Teman-teman

Wednesday, November 30, 2011

Doa Untuk Emak

Aku menulis sebelum aku bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 11.30 malam ini. Kena berkursus pula. Pada 26 November 2011 anak gadisku telah membuat kenduri doa selamat untuk ibunya arwah Siti Aishah. Sebagai ayah aku membantu sedikit bagi meringankan anak gadisku. Agak ramai juga kaum keluarga dan orang kampung di jemput. Aku mendoakan agar Allah terima kenduri doa selamat dari anak gadisku untuk ibunya yang tercinta. Gambar merupakan hidangan yang di sajikan. Ok jumpa lagi 8 hb insyaallah. Doakan semoga perjalananku ke KL di lindungi Allah.








Friday, November 25, 2011

Terliur Sungguh

Entah kenapa bila teringat muruku membuatkan aku begitu terliur. Teringat pernah aku beli di kedai berhampiran tempat kerjaku. Bila habis aku ke kedai mencari lagi namun bekalan tidak sampai. Hari ini aku singgah mencari susu manis. Gembiranya hati bila melihat ada 3 kotak muruku yang baru sampai.

Seorang pembaca pernah menghantar email ketika berada di India untuk membuat presentation di Kolkata. Katanya muruku India sedap. Apalagi bertambah terliur aku membaca kisah muruku India. Hari ini dapat juga aku membeli 3 bungkus untuk di simpan. Takut bejkalan habis. Isteriku juga begitu menggemari muruku. Elok sangatlah tu.

Thursday, November 24, 2011

Ragam Orang Melatah

Aku bertugas malam. Jam 6.30 pagi aku sudah keluar ke pekan untuk mencari makanan pagiku. Niat di hati ingin mencari kari kepala sembilang untuk di cicah bersama roti. Tak ada rezeki rupanya pagi ini. Hanya terdapat kari ikan bawal saja. Terus aku mencari kuih. Kaum wanita sudah memenuhi gerai kuih maklumlah mereka mencari untuk anak-anak dan suami. Dalam semua-semua yang ada aku mengenali seorang makcik yang suka melatah. Pernah aku cerita kisahnya di dalam blog ini.

Mee goreng 2 bungkus. Buah melaka 1, Cucur udang 1 dan karipap

" La pasai apa kuih ni penyek ". Kata seorang wanita yang di tujukan khas kepada wanita yang melatah.
" Dia duduk dulu atas kuih untuk bagi penyek. Aii...dia duduk atas kuih ". Tergaru-garu kepala wanita yang melatah di ikuti ketawa dari yang lain.
" Hang dok fitnah orang buat kuih ni buat apa ". Kata penjual sambil tersenyum
" Aihh...aku tak fitnah dia. Depa yang fitnah. Entah-entah hang yang duduk atas kuih tu. Sebab tu penyek ". Kata wanita latah kepada penjual kuih. Riuh pagi ni dengan wanita latah.

" Ni sapa yang pakai baju biru ". Tanya penjual kuih kepada wanita latah sambil menunjuk ke arah aku yang memakai uniform.
" Ini abang Budiman. Aii abang Man ". Aku tertawa gelihati bila aku juga dilibatkan sama. Orang latah ni kadang-kadang dia seperti artis yang menghiburkan orang ramai. Orang ramai pula janganlah mengambil kesempatan terhadap orang yang melatah. Kesian sebab ada yang menjadi terlalu penat bila di suruh menari. Bagaimana kalau kaum keluarga kita di perlakukan demikian. Selamat makan semua.......

Tuesday, November 22, 2011

Gol !!!! Isteriku Menjadi Mangsa

" Abang boleh tolong Nah buat bebola roti canai tak sambil tengok bola ". Pinta isteriku.
" Insyaallah. Malam ni Nah buat bihun goreng untuk abang ". Aku pula meminta kepada isteriku. Selepas pulang dari masjid terus aku membuka TV. Belum mula lagi perlawanan akhir di antara Malaysia dan Indonesia. Bihun goreng sudah tersedia. Begitu nikmat sekali bila makan ketika lapar.
" Malam ni game pasti best Nah ". Diam isteriku. Aku tahu yang dia tidak begitu menggemari bolasepak. Dia berada di sisiku sekadar menemaniku. Kenapa aku berkata demikian. Ketika Malaysia menentang Myanmar begitu semangat dia menyokong tetapi tersilap sokong.
" Apalah Nah ni sokong siapa. Itu team Myanmar la". Tegurku yang membuat dia tertawa.

Bila perut dah kenyang maka kerja pun bermula.
" Abang basuh tangan dulu. Kena jaga kebersihan. Walaupun orang tak nampak Allah itu nampak ". Tazkirah pertama yang aku dapat. Terus aku kedapur untuk membasuh tangan. Perlawanan akhir sudah bermula. Tidak senang aku di buatnya. Kadang-kadang aku bertempik dan kadang-kadang aku geram.
" Bang pasai apa rakyat Indonesia tak suka Malaysia padahal Malaysia sudah membawa masuk berjuta-juta rakyat Indonesia mendapat pekerjaan ". Rungut isteriku bila pasukan Malaysia di ejek.
" Itulah kalau otak berada di kepala lutut. Tidak tahu membezakan apa yang betul ". Kataku kepada isteriku. Padaku pedulikan sentimen tidak suka Malaysia. Padahal bila Malaysia kalah dalam badminton tidaklah penonton Malaysia jadi hilang ingatan. Kita begitu sporting menerima kekalahan. Itulah adat sukan. Ada yang kalah dan ada yang menang. Lima minit perlawanan bermula aku tergamam bila Indonesia mendahului Malaysia.
" Alamak Nah Indonesia score ". Tempik aku. Tersenyum isteriku. Hilang mood aku seketika. Bebola roti canai sudah memenuhi besen. Begitu cepat isteriku memotongnya.
" Cepatlah gentel bang. Dah banyak tu ". Baru aku cepat-cepat gentel bila di tegur.

Saat yang aku tunggu tiba bila pasukan Malaysia menanduk masuk bola. Aku menjerit Gol !!!!!! entah bila aku tidak sedar bebola yang aku pegang sudah hinggap di muka isteriku.
" Ya Allah Nah abang minta maaf. Intan payung, sayang ". Sambil menyapu airmatanya yang mengalir. Aku sendiri tidak sedar macam mana aku boleh terbaling bebola roti canai.
" Gol!!!!! ya Indonesia score ". Tempik isteriku. Biar betul dia nia. Pasukan mana yang dia sokong. Tersenyum isteriku melihat aku terdiam.
" Nah ni Indon ke Malaysia. Yang abang tau Nah ni orang Tanjung ". Tertawa isteriku mendengar kata-kataku. Syukur dia tak ambil hati bebola roti canai hinggap di pipinya.

Akhirnya kami sama-sama menjerit bila sepakan Badrul di tampan penjaga gol Indonesia dan bola terus bergolek masuk. Terasa begitu bangga dengan permainan pasukan Malaysia. Kalau kalah sekali pun tak apa. Mereka berjuang habis habisan. Aku dan isteri menunggu sehingga majlis penyampaian hadiah dan barulah kami tidur. Tahniah aku ucapkan kepada team Malaysia. You are the best. Kepada isteriku. Sorry aarr bola hinggap di pipi. Next time need to be more careful.


Thursday, November 17, 2011

Fius Elektrik Di Curi

" Ayah...kenapa rumah kita tak ada letrik. Rumah orang lain ada. Ayah tak bayar bill ka ". Talipon anak gadisku bila ia pulang dari kerja dan di dapati lampu tidak menyala.
" Hish..setiap bulan ayah tak pernah miss bayar. Kenapa TNB nak potong pula ". Aku berkata kepada anak gadisku. Bermacam-macam persoalan berligar di dalam kepala.
" Kakak cek dulu dekat MCB dia. Mungkin terpelantik akibat kilat ". Kadang-kadang kilat pun boleh menyebabkan MCM terpelantik.
" Kakak dah check. Ok tak ada apa yang trip ". Kata anak gadisku.

Akhirnya aku terus pulang ke rumah pertamaku. Setelah menyiasat apa masalahnya. memang sah tiada apa yang trip.Betul kata anak gadisku. Anak pekerja TNB katakan. Aku check dekat supply. Macam mana boleh tak ada supply masuk kerumah. Memang sahlah kena potong letrik rumah aku. Aku turun kebawah untuk ke bilik meter. Bila aku trace meter rumahku, akhirnya dapat masalahnya. Fius di meter rumahku telah di curi penyangak. Nasib baik ada sebuah kedai yang masih di buka sehingga pukul 9 malam. Dengan harga sebanyak RM16 akhirnya rumahku bersinar kembali.


Tuesday, November 15, 2011

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Masa hidup di kampong, dibelakang rumah di penuhi dengan pokok betik jantan. Betik jantan hanya mengeluarkan bunga sahaja. Kadang-kadang emak akan menyuruh aku mengambil bunga betik. Kata emak hendak di buat kerabu. Setelah kelapa parut di goreng untuk dijadikan kerisik untuk di gaul bersama kerabu. Subhanallah. Memang sedap walaupun rasanya pahit. Sehingga ke hari ini aku amat menggemari kerabu bunga betik. Arwah Siti Aishah sering membuat kerabu kesukaanku.

Hari ini aku kerumah ibu mertuaku. Kelihatan di atas meja teradapt bunga betik. Kata ibu mertuaku ia di beri oleh jiran sebelah.
" Mak..bunga betik kalau buat kerabu sedap juga ". Kataku kepada ibu mertua.
" Kalau Budiman nak makan, beli kerang, daun kaduk dan kelapa parut ". Kata ibu mertuaku.
Apalagi bila ada yang sudi membuatnya terus aku menuju kepasar. Bila sudah dapat semuanya aku serahkan kepada ibu mertuaku. Selepas zohor aku terus kerumah ibu mertua untuk mengambil kerabu kesukaanku. Isteriku tidak menggemari kerabu bunga betik. Katanya pahit.

Merungut isteriku bila anaknya tidak mahu menyentuh nasi sebab kari ikan masin terasa masinnya. Aku makan bersahaja tanpa banyak kerenah. Aku tidak suka complaint jika makanan tidak sedap. Sudahlah orang yang memasaknya penat. Suka-suka saja complaint tak sedap.
" Masin la gulai ni bang. Abang tak rasa masin ka ". Rungut isteriku.
" Masinnya sedikit saja. Berselera abang makan dengan kerabu betik ". Kataku kepada isterikku
" Abang ni saja nak ambil hati Nah. Kalau gulai tu masin tak payah makan la ". Kata isteriku.
" Tak apa sedap gulai ni ". Sambil laju aku memakan.
" Abang ni tak pernah cerewet kalau tak sedap. Tak pernah Nah dengar abang merungut ". Kata isteriku. Terdiam aku seketika bial isteriku menyebut aku tidak cerewet. Fikiranku mengelamun sejenak.

" Abang tak suka Siti buat masak lemak. Buatlah gulai ". Kataku sambil mencebik mulut tatkala arwah Siti Aishah menghidangkan makanan. Sambil menjamah sedikit sahaja terus aku meninggalkan baki nasi. Panas baran aku ketika itu. Isteriku hanya mampu mengalirkan airmata bila masakannya tidak disukai oleh suami. Di usahakannya juga membuat gulai dan akhirnya begitu berselera aku makan tanpa mengucapkan terima kasih kepada isteriku.

Bila menghadiri kelas agama barulah terbuka pintu hatiku mengawal nafsu panas baran dan bersyukur dengan apa yang ada. Begitu gembira arwah Siti Aishah bila aku banyak berubah. Bukan saja aku suka memuji tapi aku lebih banyak menolong isteriku di dapur.
" Bang boleh tak abang buat nasi goreng. Siti nak habiskan jahitan baju yang banyak. Abang baikkan ". Aku cukup gemar bila isteriku memujuk begitu. Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang suara manjanya memuji " abang baikkan ".

Sebab itu bila aku berkahwin pula dengan isteriku Rosnah, tak pernah aku complaint jika masakannya tidak memenuhi seleraku. Kalau sedap bertambahlah. Kalau kurang cukuplah sedikit. Aku lebih banyak mengucapkan terima kasih kepada isteriku di atas segala pemberiannya. Kini dia juga banyak berterima kasih kepadaku.
" Terima kasih bang kerana masak. Sepatutnya Nah yang masak untuk abang tapi sebaliknya ". Cukuplah ucapan terima kasih yang aku terima. Aku tidak mahu menjadi orang yang tidak pernah menyukuri akan nikmat bila makanan sudah terhidang di atas meja. Tak sedap complaint. Bila sedap tiada ucapan terima kasih kepada isteri kita.

Sunday, November 13, 2011

Selesai Majlis Pertunangan

12 Novenber 2011 - Sabtu. Rumahku telah menerima kunjungan dari pihak lelaki untuk majlis pertunangan anak tiriku. Sebanyak 5 buah kereta datang. Campur dengan keluargaku menjadi seramai 50 orang. Alhamdulillah nasib baik rumahku masih mampu menerima tetamu seramai itu. Pesan isteriku yang membuat aku tertawa kecil ialah,
" Abang jangan buat muka serius sangat nanti. Senyum-senyum la sikit ". Itu dia sampai kena pesan. Itu benar sebab orang yang berada dekat dengan kita sajalah yang tahu akan kelemahan seorang suami. Apalagi bila di minta demikian mulut aku sentiasa mengukir senyum.

" Nah nampak wajah abang berseri bila senyum. Macam tu lah ". Puji isteriku yang membuatkan aku tertawa. Bila majlis berjalan wajahku kembali kepada asal. Nak buat macam mana. Itulah aku. Aku dan isteri telah diperkenalkan oleh jurucakap kami.
" Amboi muda lagi emak dan ayah pihak perempuan. Kami tercari-cari dimana emak bapa pihak perempuan ". Aku terus bisik kepada isteriku
" Depa kata kita muda Nah. Abang tak sangka betoi ". Sambil tersenyum mengusik isteriku
" Abang jangan dok perasan. Bahaya perasaan tu ". Kata isteriku sambil tersenyum
" Kalau semua sudah setuju bila kita nak langsung hari perkahwinan depa ". Kata jurucakap pihak lelaki.
" Insyaallah pihak perempuan telah menetapkan tarikh pada 21 April 2012 untuk hari perkahwinan ". Kata jurucakap kami.
" Kalau macam tu kami setuju sajalah ". Kata juracakap sebelah lelaki.

Selepas selesai menetapkan perbelanjaan maka bertukar-tukar lah hantaran. Ini merupakan hantaran dari pihak perempuan. Isteriku memang minat dengan warna pink. Alhamdulillah selasai akhirnya majlis pertunangan anak tiriku tanpa ada kecacatan. Semoga majlis seterusnya di permudahkan Allah. Entah kenapa aku melihat isteriku tersenyum bila anaknya membisik sesuatu. Terus aku bertanya kenapa. Kata isteriku riuh di pekan bila ramai yang bertanya adakah aku yang bertunang. Terus aku mengangkat tangan.
" Amin amin Ya Allah ". Tapi hinggap satu cubitan yang tidak sakit dari isteriku.

Berkali-kali isteriku mengajak aku bergambar bersama anak gadisnya. Akhirnya tak dapat nak elak.
" Tak apalah abang tumpang berkat ". Gurauku kepada isteriku. Isteriku hanya tersenyum bila aku berkata demikian.
" Dah tua-tua tak ada orang nak ". Gurau pula isteriku
" Ish.. makin tua la makin orang mau ". Ketawa isteriku. Setakat itu sahaja gurauanku. Aku tidak mahu memanjang-manjang gurauan yang akhirnya akan menjadi sensitif pula kepada isteriku.



Seorang makcik berjumpa aku lalu di hulurnya sireh junjung yang di bawa oleh pihak lelaki.
" Budiman tau dak. Kata orang-orang tua siapa yang makan sireh ni akan bertemu jodoh ".
" Betoi ka makcik ". Aku bertanya
" Makcik jangan bagi dekat Budiman. Nanti apa hal pula jadinya. yang ni pun riuh dia yang bertunang ". Aku tertawa bila melihat akan kerisauan isteriku.
" Budiman tak buat macam tu aih.... Dia sayang Rosnah ". Kata makcik
" Betul..betul.. betul ". Aku mengiakan bila isteriku mengambil sireh dari tangan makcik. Padaku sireh itu tidak ada apa-apa. Dia hanya sebagai hiasan untuk mencantikkan hantaran saja. Nasib baik pihak lelaki tak suruh aku makan sireh sebab seumur hidup, aku tidak pernah aku mengunyah sireh walaupun dulu semasa tinggal di kampung, pokok sireh begitu banyak di tanam.

Thursday, November 10, 2011

Majlis Pertunangan

Isteriku begitu sibuk menyediakan peralatan dan membersih rumah. Insyaallah pada hari Sabtu 12 November ini ada rombongan yang akan datang meminang anak gadisnya. Ini bermakna sekali gus menjadi anak tiriku. Anak tiriku 2 tahun tuanya dari anak gadisku. Aku pernah bergurau dengan anak gadisku tentang calunnya.
" Kakak tak mau fikir pasal kahwin lagi. kakak nak kumpul duit nak beli rumah dan kereta. Kalau Allah dah tetapkan jodoh kakak awal maka terimalah ". Itulah kata anak gadisku.

Ketika isteriku beritahu yang ayah kepada pihak lelaki ingin datang kerumah untuk merisik, aku menjadi gelabah.
" Depa nak merisik abang ke anak ". Gurauku kepada isteri.
" Merepek la abang ni. Ayah kan dah berpunya. Abang lupa ke ". Gurau isteriku seperti ketukan di kepalaku. Tiba masanya maka datanglah rombongan merisik dari pihak lelaki. Aku hanya berbaju t-shirt yang kemas. Bila melihat yang datang berkopiah dan memakai baju teluk belanga hati aku menjadi begitu gelisah.
" Ala Nah abang pakai seluar dan t-shirt saja. Bapa anak teruna dengan kopiah dan teluk belanga ". Namun isteriku hanya tersenyum saja melihat kegelisahanku.
" Tak apa la bang. Ini kan cara abang ". Kata isteriku dengan cool saja.

Setelah bersalaman maka pihak keluarga lelaki berkata yang aku dan isteri kelihatan muda. Tidak seperti yang mereka sangkakan. He he perasannya aku ketika itu. Kata mereka sebagai adat , nak melihat juga ibu bapa pihak perempuan. Aku hanya tersenyum dan tersengih padahal kalau orang itu amat aku kenali memang riuhlah mulut aku. Yang ini aku control macho aku. Sekali sekala isteriku menjeling kearah aku yang nampak banyak diam. Tentu dia juga menyedari yang banyak diam itu bukan cara aku.

" Jadi kalau sudah setuju untuk diadakan majlis pertunangan, kami nak tahu berapa hantarannya pula supaya senang kami bersedia ". Kata si ayah anak teruna. Aku menjeling kearah isteriku dan isteriku pula menjeling kearah aku. Kami sama-sama berpandangan. Ketika itu aku begitu tergamam apa yang perlu aku jawab tentang belanja hantaran.

" Macam inilah. Bab belanja perkahwinan saya dan isteri belum berbincang lagi. Tak apa kita settle satu persatu dulu. Kita sudah bersetuju untuk di jodohkan anak-anak. Jadi soal hantaran nanti setelah saya dan isteri berbincang insyaallah kami akan talipon ". Aku melihat isteriku tersenyum dengan jawapanku. Aku pasti sebab dia menyerah segala-galanya kepada aku dalam soal percakapan. Bukan senang 000 pembaca semua.

Akhirnya setelah segala-galanya di atur, pada hari Sabtu ini kami akan menerima sebanyak 5 buah kenderaan. Banyak tu. Aku sudah mencari mereka yang boleh bercakap semasa majlis pertunangan. Isteriku merupakan orang yang paling sibuk. Selepas pulang berniaga terpaksa buat kerja lain pula dan selepas isyak sudah tidak sedarkan diri lagi akibat keletihan berniaga dan persiapan majlis pertunangan. Aku mengharapkan majlis ini akan berjalan lancar. Insyaallah majlis kenduri kahwin akan di buat pada bulan April tahun hadapan.

Wednesday, November 09, 2011

Langit Bagaikan Hendak Runtuh

Aku melihat jam di tanganku. Baru pukul 8.00 pagi. Aku bersiap sedia untuk pulang kerumah. Isteriku menaipon mengatakan yang di Pulau Pinang hujan sudah turun dengan lebatnya. Aku melihat di langit. Awan tebal sedang bergerak laju.

Cepat-cepat aku bergegas menaiki motosikal. Baju hujan ku pakai supaya tidak berlaku kelam kabut. Bila memasuki tol Jambatan Pulau Pinang hati aku menjadi kecut bila melihat langit yang begitu gelap. Jam di tangan pukul 8.30 pagi. Angin sudah bertiup kencang. Aku terus memecut motosikal dan akhirnya sekali lagi aku dan motosikal yang lain terpaksa berihat di laluan rehat. Begitu lebat sekali turunnya hujan.

Langit bagaikan menanti arahan Allah. Aku teringat sewaktu memepelajari kuliah agama bagaimana umat-umat terdahulu yang menerima bala Allah akibat melakukan kemungkaran di atas muka bumi.

Monday, November 07, 2011

Hari Raya Aidil Adha 2011

Alhamdulillah surauku tahun ini telah mengadakan korban sebanyak 5 ekor. Sebagai umat islam bukan jumlah yang perlu di fokuskan. Masjid itu 10 ekor. Masjid sini 6 ekor saja. Kita perlu mengambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan bukannya berbangga dapat menjalankan korban dengan begitu banyak sedangkan ruh korban itu tiada.

" Allahu Akbar Allah, Huakbar Allah... "

Pemuda-pemuda begitu ramai yang tolong membantu

Lembu yang telah di lapah kulitnya. Kulitnya terpaksa di potong sebab ada manusia yang mengintai hendak menjual kulit lembu.

Kepala lembu yang menjadi rebutan Bangladesh. Minat sungguh...

Seorang pemuda Bangladesh begitu bersemangat melapah kepala yang diserahkan kepadanya. Ini bermakna dia mendapat 5 kepala. Gembira sungguh mereka

Kaum lelaki bertungkus lumus memotong daging korban

Ini dia Warna Nostalgia. Dulu Kini dan Selamanya. Bermula dari zaman remaja menjadi tukang potong tulang.

Kaum wanita turut memeriahkan majlis korban. Tanpa mereka nasi tak masak lor...

Daging masak goreng kunyit. Memang sedap. Pandai chef-chef yang memasaknya

Kari lembu. Isinya memang lembut dan manis. Makan bersama ikan gelama kering. Hujan lepat pula turun merancakkan lagi penambahan nasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...