Teman-teman

Friday, February 24, 2012

Jantung Pisang Unik

Tadi bila aku sampai dari rumah baru aku terperasan pokok pisang jiranku. Jantungnya warna pink dan dia tumbuh menegak keatas. Selalunya jantung akan menurun. Itulah kuasa
Allah yang mengatasi pemikiran manusia. Tentu ada sebabnya.



Tiada Kata

Insyaallah esok aku dan isteri akan bertolak ke Langkawi. Selepas tu kami akan pulang dan singgah pula ke Padang Besar, Wang Kelian dan Gua Kelam. Sibuk sekali isteriku mengemas barang. Kami akan menaiki bot dari Kuala Perlis. Asalnya planning ingin pergi bersama Firefly tapi tak adventure pula. Hari ini aku cuma letakkan gambar sahaja untuk tatapan.

Matahari terbit dari atas Jambatan Pulau Pinang

Walaupun awal tebal namun tidak mencacatkan keindahan ciptaan Allah

Wednesday, February 22, 2012

While On The Way Back Home From Work

Alhamdulillah. Aku telah selesai tugas malam. Sebelum aku pulang ke rumah aku singgah dulu perkampungan nelayan yang berdekatan dengan tempat kerjaku untuk mengambil gambar. Telah lama aku inginkan begini. Aku terasa amat tenang dengan hobi baruku. Kata isteriku
" Abang dah ada kekasih baru ".
" Kekasih lama tetap di hati ". Kataku kepada isteriku
" Kekasih lama tu siapa ". Aku faham akan maksudnya
" Kedua-dua isteri abang. Tapi sekarang ini abang bersama Nah maka Nah la yang abang sayang ". Tersenyum isteriku.


Perkampungan nelayan di Juru

Jam sudah pukul 10 pagi. Talipon berdering. Rupanya isteriku.
" Abang kerja OT ka ". Tanya isteriku sebab selalunya waktu begini aku telah sampai di gerainya.
" Tak-tak. Abang ambil gambar. Kejap lagi abang balik ". Leka sungguh aku dengan gambar

Kuala Juru

Tersenyum isteriku bila melihat aku sampai di gerainya. Di buatnyakopi tongkat ali. Masyaallah sedap sungguh.
" Abang nak kemana lepas ni ". Tanya isteriku
" Balik rumah tidur ". Kataku ringkas.
" Betul ke ni. Entah-entah shoot ke mana pula ". Kata isteriku sambil tersenyum. Aku tunjuk kepada isteriku hasil gambar yang aku ambil.
" Cantik gambar yang di ambil ". Puji isteriku.

Tali air. Sebelah petang ramai yang menjala di sini


Cantik sungguh hutan paya bakau


Ketika air surut


Jauh sungguh air surut


Kuala Juru


Pulau Jerjak


Pulau Pinang dari atas jambatan


Tempat baik mengail ikan ialah di bawah jambatan


Bot mewah melintasi jambatan

Tuesday, February 21, 2012

Makan-Makan Bersama Famili

Semalam aku, isteri dan bersama 2 orang anakku sekali lagi ke Restoran Sri Idaman Teluk Tempoyak. Kami di sambut mesra oleh pemilik restoran yang merupakan sahabat baik kami. Restoran yang penuh dengan kenangan dimana aku dan isteri telah di sponsur majlis kahwin kami berdua di sini. Tersenyum pemilik restoran meminta kami memilih makanan
" Tak pa ambil saja ". Katanya

Sambil menanti anakku Hermawan tak habis-habis snap gambar. Akhirnya pesanan sudah sampai. Aku meminta anakku Hermawan untuk membaca doa. Itulah budaya kami semenjak bersama arwah Siti Aishah. Kalau tidak aku yang membaca sudah pasti anak lelakiku yang membacanya. Semenjak dari tadika lagi kami telah mendidik sebelum makan pastikan membaca doa dahulu.

Teruja melihat begitu banyak makanan di atas meja. Semuanya pembuka selera. Makan sambil bergelak ketawa memang seronok. Kami dengan kehidupan baru. Setelah selesai makan tiba masanya untuk bersurai.Aku ke kaunter bayaran untuk membayar.
" Tak payah bayar. Tauke belanja ". Kata juruwang. Betapa malunya aku bila setiap kali makan di sini sudah tentu pemilik restorang tidak mahu mengambil wang.
" Tak apa. Budiman mai la dengan keluarga. Saya belanja ". Kata pemilik restoran.

Anakku Hermawan dan Siti Zinnirah

Menanti dengan penuh kesopanan dan debaran

Jus epal

Bila pulang ke rumah aku hantar sms kepada pemilik restoran mengatakan yang aku terasa malu bila selalu makan percuma di restorannya. Aku menerima kembali sms darinya.
" Sebenarnya saya langsung tak tergamak mengambil wang dari Budiman. Mai la bila masa pun. Jangan segan-segan ". Apa yang istimewanya aku sehingga dia tidak tergamak mengambil wang walaupun aku merayu agar ambil wang dari kami. Sms yang membuatkan aku begitu terharu dengan sahabat yang banyak membantu perjuangan islam. Mintalah pertolongan dalam bentuk kewangan untuk program islam. Pasti tidak menghampakan.

Dalam solatku aku berdoa agar Allah memberkati keluarga sahabatku ini dan Allah limpahkannya rezeki yang luas. Amin.
Fresh orange

Sotong celup tepung


Siput masak lemak cili api


Ikan jenahak bakar


Jemput makan


Tomyam campur


Nasi goreng cili padi


Ketam masak cili


Bersama pemilik Restoran Sri Idaman Puan Faezah

Nak Makan Nasi Tomato

Tidak lama lagi anak gadis isteriku akan melangsungkan perkahwinannya. Isteriku sudah mula pening memikirkan siapa yang akan membantunya kelak untuk berniaga roti canai.
" Bang macam mana kalau Nah tukar jual nasi tomato ganti roti canai ". Tanya isteriku. Kadang-kadang isterku merungut sakit lengan setelah selesai menebar roti canai. Akulah yang mengurut lengannya bila dia merungut sakit.

WN sedang melayan customer

Kini targetnya ialah untuk berniaga nasi tomato di gerainya di pasar malam setiap pagi. Nasinya tomatonya sudah dikenali. Setiap kali pasar malam sudah pastinya jam 8 malam sudah berkemas nak pulang. Kadang-kadang ada yang menalipon untuk booking kenduri di masjid atau surau.

Nasi tomato lauk daging

Tapi hatinya masih berbelah bagi sebab takut keseorangan digerai waktu pagi dengan keadaan sekeliling masih lagi gelap. Aku juga risau kalau dia keseorang bila time aku kerja pagi.
" Macam nilah. Abang berhenti kerja la ". Gurauku kepada isteri.

Nasi tomato lauk ayam

Yang berhajat nak makan nasi tomato silalah ke pasar malam Bayan Lepas setiap kali hari Sabtu. Insyaallah kalau ada rezeki berjumpalah kita no.

Mari-mari singgah dulu di gerai nasi tomato

WN sedang menyusun nasi. Bior cantik dan kemas

Monday, February 20, 2012

Rehlah Bersama Anak-Anak

Hari Ahad aku bertugas malam. Setelah pulang aku rehatkan badan dahulu sebab pada jam 11 pagi isteriku mengajak ke bandar mencari kain untuk dijadikan baju tema perkahwinan. Sebelum membeli kami menjamu selera dengan makan Tandoori di kapitan. Selesai membeli belah kami pulang sebab aku akan bersama-sama kedua-dua anakku pula. Isteriku tidak mengikut sama. Letih katanya.

Lain kali nak naik bot pula untuk pusing Pulau Pinang. Sewa RM100 untuk 10 orang di jeti Taman Negara

Setelah zohor kami bertiga bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bersama kami kamera DSLR pasti bersama. Kami pusing satu Pulau Pinang. kepala aku yang masih lagi mengantuk akibat tidak cukup tidur membuatkan aku terasa pening bila jalannya macam ular.

Minta doa bukan minta hujan no

Alhamdulillah walaupun aku amat mengantuk sekali namun hati dan perasaan aku amat puas kerana dapat bersama dengan kedua-dua anak-anakku. Insyaallah suatu hari kami akan bergabung dan menyewa bot untuk pusing Pulau Pinang pula.

Taman Negara Pulau Pinang

Botanical garden

Kuch Kuch Hota Hai

Boleh juga naik keretapi di Botanical garden

Penuh bergaye

Sunday, February 19, 2012

Alhamdulillah. Tercapai Akhirnya Impianku

Alhamdulillah. Akhirnya impian aku untuk memiliki kamera DSLR tercapai jua. Nikon D5100 aku beli bila penjual memberi tawaran yang baik. Hari ini aku bersama 2 orang anakku pusing satu Pulau Pinang sambil bergambar. Nanti aku upload gambarnya.




Thursday, February 16, 2012

Terima Kasih Ayah Ucapkan

Setiap tahun aku melihat isteriku begitu gembira menerima hadiah hari jadi dari anak-anaknya. Bertuah kataku kepada isteri. Anak-anaknya ada yang telah berdikari. Anak-anakku pula masih belajar lagi ketika itu. Walaupun aku hanya menerima ucapan hari lahir dari kedua-dua anakku bagiku itu sudah mencukupi. Mereka masih lagi belajar. Bila tiba masanya mereka bekerja pandai-pandailah mereka urus diri mereka sendiri. Aku berkata kepada anak gadisku
" Nanti kalau kakak sudah bekerja tak payahlah susah-susah nak hulurkan duit kepada ayah. Ayah masih lagi bekerja. Simpanlah duit kakak dalam tabung haji ". Kataku kepada anak gadisku.


Kini anak gadisku telah mula bekerja. Syukur kepada Allah kerana dia telah berjaya mengharungi dugaan. Ketika peperiksaan akhirnya, ibunya telah koma. Aku begitu risau ketika itu takut dia akan terkandas di pertengahan jalan. Alhamdulillah kini Allah telah memberinya kejayaan di dunia. Anak lelakiku pula akan tamat pengajian Diploma pada bula April ini dan dia juga sudah pasti akan berdikari. Sekali-sekala aku membelek jam tangan casio hadiah dari arwah Siti Aishah 17 tahun yang lalu. Masih kelihatan elok dan masih lagi bersamaku.

Aku menerima panggilan talipon dari anak gadisku. katanya dia ada sesuatu yang hendak diberikan kepadaku. Bergegas aku pulang kerumah. Di hulurnya bungkusan kotak kepadaku.
" Kakak tak dapat bagi yang mahal kepada ayah. Ini saja yang kakak mampu ". Katanya. Aku menerima dan terus memeluk serta mencium pipi anak gadisku. Kini akulah emak dan akulah ayah kepada kedua-dua anakku. Kadang-kadang aku begitu cemburu bila melihat isteriku bergurau senda dengan anak-anaknya. Aku terpaksa pendamkan segala perasaanku. Terpaksa aku korbankan segala-galanya. Rinduku terhadap kedua-dua anakku aku pendamkan saja dalam hatiku. Kegembiraan lampau bersama keluargaku sudah hilang semenjak kehilangan isteriku.

Aku membawa pulang hadiah tersebut. Di depan isteriku aku membuka bungkusan hadiah. Subhanallah. Anak gadisku memberi seutas jam tangan digital.
" Cantik jam tangan ni ". Kata isteriku. Terima kasih kakak. Pada kakak nilainya amat rendah tapi pada ayah nilainya begitu tinggi dan bermakna sekali. Akan ayah pakai jam tangan ini di selang seli dengan jam tangan pemberian emak. Semoga anak-anak ayah dalam peliharaan Allah. Ayah sayang pada anak-anak ayah. Inilah harta ayah dan emak. Walaupun kita berjauhan tidak pernah sesekali ayah melupakan anak-anak ayah. Take care....

Tuesday, February 14, 2012

Di Mana Tanggung JawabMU...

Aku di besarkan di sebuah kariah yang bernama Sungai Ara. Di situlah aku belajar erti kehidupan sehinggalah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Selepas kematian isteriku, aku bertemu jodoh lalu terpaksa berpindah ke kariah baru yang bernama Sungai Nibong. Terpaksa aku menerima takdirku berjauhan dengan kedua-dua anakku yang ketika itu dahagakan kasih sayangku. Siang malam aku terpaksa bersembunyi mengeluarkan airmata kerinduan terhadap kedua-dua anakku. Perasaan itu terpaksa aku simpan dalam hatiku agar isteri baruku tidak mengetahui apa yang aku sedang alami. Isteriku hanya menyewa rumah tersebut. Setelah setahun berada di sana, aku berbincang dengan isteriku untuk membeli rumah. Padaku biarlah bulanannya banyak namun ia akan menjadi hak milik kami. Akhirnya dengan izin Allah kami dapat membeli sebuah rumah kampung di sebuah kariah yang bernama Bayan Lepas. Semua orang mengenali di mana letaknya Bayan Lepas. Sebut saja airport sudah semestinya orang akan menyebut Bayan Lepas.

Sudah hampir setahun kami menjadi ahli kariah yang baru. Padaku maghribku di kampung halamanku dan Isyakku di kariah baruku. Aku tercari-cari kawan-kawan sekolah yang tinggal di sekitar Bayan Lepas. Manalah tahu dapat juga bertanya khabar berita. Namun hampa belaka.
" Mungkin mereka sibuk dengan keluarga ".. Bisik hati kecilku. Di pendekkan cerita anak tiriku akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Mereka perlu mengisi borang dan di tanda tangani oleh Pengerusi Kariah dan 2 orang AJK. Padaku itu semua tidak menjadi masalah. Aku pernah menghadapi perkara ini sewaktu mengawini isteriku Rosnah. Kariahku banyak membantu sebab masing-masing tahu akan tanggung jawab mereka.

Aku membawa borang lalu pergi ke masjid untuk solat zohor. Selesai solat aku bertanya jemaah yang mana satu pengerusi kariah. Maklumlah aku ini merupakan anak kariah yang baru.
" Pengerusi kariah dia tak datang. Dia hanya datang waktu subuh saja ". Kata jemaah tersebut. Aku berjumpa dengan seorang lagi. Begitu jawapan yang diberikan.
" Boleh saya tahu siapa AJK masjid ". Aku bertanya lagi. Namun jawapan yang di beri AJK tidak datang. Aku pulang kerumah. Solat asar aku datang lagi. Jawapan tetap sama. Pengerusi kariah dan AJK tak datang.
" Macam nilah encik pergi ke rumah pengerusi kariah. Rumah dia yang besar terletak di tepi jalan ". Aku akur dengan saranan salah seorang dari mereka.

Berlegar-legar aku mencari rumah pengerusi kariah. Akhirnya aku mengagakkan yang sebuah rumah itu merupakan rumah pengerusi kariah memandangkan ianya besar dan cantik.
" Assalamualaikum... ". 10 kali aku memberi salam namun tiada jawapan. Aku pulang kerumah. Kemudian aku keluar lagi kerumah tersebut. Aku terus kebelakang rumah dan memberi salam. Terdapat seorang wanita sedang menjemur pakaian. Aku hulurkan borang kepada isterinya sebab katanya pengerusi kariah keluar.
" Tak apa. Lagi 3 hari saya datang ambil insyaallah ". Aku berkata kepada isterinya. Perasaan lega terpahat dihatiku. Harap-harap ketiga-tiga orang yang diperlukan tandatangan mereka akan menanda tangani borang tersebut.

Setelah cukup 3 hari sekali lagi aku ke masjid. Manalah tahu hari minggu semua jawatankuasa serta pengerusi kariah jemaah bersama. Hampa bila di beritahu yang pengerusi kariah dan ajk kariah tidak datang. Selesai solat aku terus kerumah pengerusi kariah. Entah sudah berapa kali aku memberi salam. Hati aku mula panas. Aku terlihat suis loceng di pintu terus aku tekan
" Ding dong ding dong ". Banyak kali aku tekan dan akhirnya aku terdengar pintu di buka. Keluar seorang lelaki. Terus aku memberitahu akan niatku. Lelaki tersebut masuk kembali dan memberiku borang tersebut. Aku mengucap terima kasih kepadanya. Gembiranya hatiku bila masalahku sudah selesai. Bila aku pulang kerumah dan membuka surat tersebut.
" Ya Allah Nah..Pengerusi kariah sign untuk dia sorang saja. Tak boleh ka dia bawa borang tersebut waktu subuh untuk minta ajknya sign ". Panas sungguh hatiku. Isteriku hanya mampu mengurut perlahan-lahan belakang aku.


Maghrib aku sekali lagi ke masjid. Selesai solat aku berjumpa dengan imam.
" Tuan haji. Yang mana satu ajk masjid. Saya nak minta tandatangan mereka ". Imam terus berkata yang ajk kariah tidak datang.
" Maaf tuan haji. Sudah beberapa kali saya hadir sini tapi ajk tak ada. Kita mau masyarakat hadir ke masjid tapi kalau pengerusi dan ajk pun tak nampak macam mana masyarakat nak ikut ". Aku terpaksa berkata sesuatu.
" Saya pun malu dengan kariah saya ". Kata imam masjid tersebut. Seorang lelaki tunduk malu dengan kata-kata imam.
"Hang tau dak siapa ini ". Tanya imam tersebut kepada lelaki di sebelahnya.
" Dia ini adik Dr Danial ". Aku yang malu bila aku di kaitkan dengan abangku. Tuan imam terus membelek borang. Katanya dia boleh sign tetapi chopnya ada di rumah. Jadi terpaksa di tinggalkan borang tersebut bersama imam masjid.

Keesokkan harinya waktu maghrib sekali lagi aku ke masjid. Selesai solat imam memberi borang tersebut.
" Saya dah sign tapi nak cari ajk punyalah susah. Macam nilah Budiman datang isyak ni sebab kami ada buat latihan bardah ". Hampa sungguh hati aku dengan akhlak mereka yang telah di pertanggungjawabkan. Aku sudah mula hilang sabar. Di rumah aku mula bising-bising.
" Menyesal Nah kita duduk di sini. Teruk sungguh kariah Bayan Lepas. Sampai beberapa waktu tak nampak pun muka ajk masjid ". Isteriku diam melihat aku sudah hilang sabar. Inilah pertama kali sejak kami berkahwin aku hilang sabar tahap gila. Aku menghentak tanganku di atas meja. Aku seperti hilang kawalan.

Mengalir airmata isteriku serta takut bila melihat aku seperti hilang kawalan. Cepat sungguh terasanya. Macam arwah Siti Aishah.
" Nah minta maaf kerana kami telah menyusahkan abang ". Sayu dia berkata. Linangan airmata itulah yang menyedarkan aku kembali. Itulah juga yang Siti Aishah mampu lakukan bila aku hilang kawalan satu ketika dahulu.
" Astaghfirullah hal azim...Nah abang minta maaf. Abang tak sedar apa yang abang dah buat. Nah jangan sedih. Abang tak salahkan Nah. Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah terhadap anak-anaknya. Abang minta maaf ya Nah. Abang janji akan kawal diri ". Aku cuba melembutkan hati isteriku. Alhamdulillah tersenyum isteriku.

" Abang dah waktu isyak. Semoga Allah permudahkan abang ". Aku tersenyum mendengar kata isteriku. Hati aku sejuk kembali. Selepas selesai solat isyak aku terus berjumpa imam.
" Setiausaha kata dia tak boleh datang sebab demam ". Kata seorang lelaki.
"Ya Allah...kalau demam sekali pun selasaikan dulu masalah orang. Dah seminggu kawan kita dok cari depa ". Kata imam.
" Macam mana ni imam.Saya harap kalau boleh malam ni saya mesti dapat tandatangan ". Aku beristighfar akan dapat mengawal marahku. Imam terus mencari dan akhirnya membawa seorang lelaki.
" Hang tolong sign sat. Kesian dia punya dok cari ajk ". Kata imam.
" Saya boleh sign tapi tak ada chop khas ". Kata lelaki tersebut.
" Hang pakai cop masjid. Insyaallah depa terima. Ini hanya untuk pengesahan anak kariah saja ". Kata imam yang membuatkan hati aku mula lembut.

Setelah berjabat salam dan mengucapkan terimakasih kepada imam dan lelaki tersebut, aku pulang kerumah. Isteriku terus menyambut dengan pertanyaan.
" Alhamdulillah Allah permudahkan selepas terpaksa merafak sembah ". Tertawa isteriku bila aku berkata demikian.. Kalau ada sesiapa yang sudi panjangkan kisah ini kepada yang berwajib, aku ucapkan terima kasih.
" Kalau ada pertandingan kariah abang akan bertanding untuk Pengerusi kariah. Kalau ketua pun mai waktu subuh saja mana ajk tak ikut ". Aku bergurau pada isteriku.
" Nah setuju.... ". Tak sangkaaku dia setuju. Kalau dulu dia amat takut kalau aku memegang jawatan setelah apa yang terjadi terhadap keluargaku. Kini dia memberi sokongan yang tinggi.

Aku ini di ibaratkan sebagai Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Tapi itu hanyalah peribahasa. Aku perlu melakukan sesuatu dari aku hanya melihat saja perkara yang berlaku. Kalau peluang itu datang aku harus grab it.....Semoga Allah permudahkan dan kuatkan imanku.



Monday, February 13, 2012

Kena Bomoh

Sudah beberapa hari aku melihat rakanku datang dengan keadaan tidak sihat. Asyik batuk saja dan kadang-kadang merungut sakit badan serta demam. Masuk hari yang kelima entah kenapa rakanku bersuara kepadaku.
" Ariff...aku ingat aku sudah kena buatan orang. Sudah seminggu aku batuk. Masih juga tak hilang. Hang tolong tengok sat apa yang tak kena ". Katanya kepadaku. Aku terdiam memikirkan apa yang berlaku sebab aku tahu kenapa dia batuk-batuk. Akhirnya aku bersuara.

" Apa yang aku tau. Tak ada siapa yang buat hang. Hang yang buat diri hang sendiri ". Tercengang rakanku mendengar kataku.

" Apa maksud hang aku yang buat diri aku sendiri ". Tanya rakanku. Beria-ia benar untuk mengetahui punca. Macam la aku ni bomoh yang hebat.

" Hang masuk kerja pagi hang beli Milo ais. Tengahari hang beli nasi, hang masuk kuah yang berminyak. Hang order lagi Milo ais lagi 2 bungkus. Petang hang nak balik hang beli lagi Teh ais. Tak pernah aku nampak hang minum air kosong. Sebab tu batuk hang tak hilang. Lepas tu hang merungut orang buat dekat hang ". Terdiam rakanku. Mungkin dia tak sangka aku akan berkata begitu.

" Betoi juga kata hang no. Aku asyik minum ais. Mana aku ada berkawan dengan siapa bila pulang ke rumah ". Aku tertawa mendengar kata-kata rakanku. Nasib baik dia boleh terima.

" Tabiat aku ni Ariff tak boleh tinggal air ais. Kalau tak minum ais hidup aku tak sempurna ". Kata-katanya membuat aku lebih tertawa.

" Jadi sahlah hang kena buatan sendiri dan bukan orang lain ". Sumbing senyumnya bila kena perli...

Friday, February 10, 2012

Rehatkan Minda Anda. Hanya Di Malaysia

Waaaahhh Nie Mesti Mahal Harganya pak. Sehelai Mencapai RM10 nie…

Mengganggu laluan pejalan kaki… Adaka patut Motor letak kat situ!!!??? Tak ada baca punya orang

Yang ini aku no komen

Nak Hantar motor Rosak… kalau hantar kat kedai nie agak² apa dia akan buat kat motor kita nanti ???


Waaahhh Proton ada keluaran terbaru… bumbung boleh lipat simpan kat bonet belakang jangan Jelousss kelas gituuu…

Kalau tak faham jugak tak tau lerr nak Habaq mai camnooo…

Nie betul punya lapar susu nie… Emak dia boleh gelak sabor jerr lerrr


Kalau sesiapa yang tinggal di kawasan hutan. Sebelum memandu pastikan tiada sesiapa yang menumpang sama no

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...