Teman-teman

Friday, October 21, 2016

Kuasa Pujukan Seorang Isteri

Kalau hendak ketempat kerja aku lebih suka menggunakan motosikal dari kereta. Keadaan jalan yang sesak ditambah lagi kalau bertugas syif pagi membuatkan aku harus menggunakan motosikal. Kereta kadang-kadang aku guna ketika hujan. Itupun kalau bertugas syif petang atau malam. Time tu kenderaan tidaklah sesak. Ketika sedang mencuci motosikalku tiba-tiba isteriku bersuara
" Abang...Cuba check roadtax. Rasa-rasanya dah lama mati ". Kata isteriku. Aku pun terus membuka seat motor dan check. Betul kata isteriku. Sudah setahun lebih mati. Esoknya aku ke kedai motor untuk memperbaharui roadtax.
" Waa....Ini sudah satu tahun lebih mati. Tak boleh buat. Lu kena bawa pergi Puspakom ". k
Kata cina kedai. Ahh...sudah kataku. Ini yang aku malas.

" Pergilah Puspakom bang. Bahaya naik tak ada roadtax ". Kata isteriku namun jawapan aku hanya nantilah. Diam isteriku. Suatu hari isteriku minta tolong aku belikan roti. Aku terus naik motosikal kepekan. Di pertengahan jalan rupanya ada road block. Aku tak perasan. Dari jauh aku nampak anggota polis menunjuk arah agar aku berhentikan motosikalku. Dalam fikiranku berkata habislah kali ni aku kena sama
" Assalamualaikum encik ". Aku menjawab salam anggota polis
" Boleh bagi ic ". Minta anggota polis dan aku pun buka beg duitku
" Encik nak kemana ni ". Tanya anggota polis
" Ada mayat. Saya nak korek liang ". Tiba-tiba aku berkata demikian
" Macam tu ke. Ok lah encik. Hati-hati bawa ". Kata anggota polis. Terasa begitu lega bila dia tidak meminta untuk melihat roadtax.

Bila pulang kerumah aku cerita pada isteriku. Tertawa dia bila dengar cerita aku
" Abang ni macam-macam. Macam mana boleh sebut nak korek liang. Itulah...Nah suruh ke Puspakom abang kata nanti la. Ni nasib baik polis tak minta tengok roadtax ". Aku hanya diam mendengar leteren isteriku
" Esok jom kita ke Puspakom. Nah teman abang ". Terus aku menarik muka kelat aku
" Alaa...Nanti la abang pergi ". Isteriku diam lagi. Akhirnya bulan bertambah. Aku masih seperti biasa. Ketika aku pulang dari tugas malam tiba-tiba sekali lagi aku tidak perasan ada road block depan balai polis. Aku kantoi lagi. Anggota polis arah aku ke tepi.
" Selamat pagi encik. Tolong bagi ic dan lesen ". Aku tercari-cari ic dan lesen di celah beg. Dalaman aku hanya tuhan saja yang tahu ketika itu. Dup dap dup dap. Orang salah katakan
"  Banyak kad encik ". Tegur anggota polis bila melihat aku tercari-cari ic dan lesen
" Kad hutang semua ni encik ". Kataku sambil menghulurkan ic dan lesen
" Encik baru balik kerja ka ". Tanya anggota polis
" Tak dalam kerja. Tadi kilang talipon cakap tak ada supply. Ni yang saya kelam kabut nak kesana. Kalau lewat komplen pulak ". Anggota polis menghulurkan kembali ic dan lesen
" Kalau macam tu encik selamat bertugas. Maaf ganggu. Ini kewajipan kami ". Kata anggota polis
" Biasa la encik. Kita masing-masing ada kewajipan ". Tersenyum anggota polis mendengar kata-kataku.

Bila sampai di rumah aku cerita lagi pada isteriku. Tertawa dia lagi dengan cerita aku
" Abang ni macam-macam la. Kalau la abang ni perawi hadis dah lama hadis abang di tolak sebab tak bercakap benar ". Senyum saja dia kata tapi mendalam maksudnya.
" Abang rasa kena p puspakom ni ". Kataku. Isteriku tersenyum mendengarnya
" Bila abang nak ke Puspakom ". Tanya isteriku dan jawapannya masih tidak tahu. Baru-baru ni aku mendapat 3 hari rehat
" Bestnya dapat 3 hari rehat. Esok kita nak jalan mana ". Aku tanya isteriku. Tersenyum dia lagi
" Ok esok pagi-pagi kita ke Puspakom dulu ". Dengar nama puspakom terus muka aku kelat
" Jom la abang. Nah teman abang. Dah 2 kali abang kena tahan ". Pujuk isteriku. Dengan suara yang lemah lembut. Dengan gaya yang manja, akhirnya dia berjaya memujuk aku ke Puspakom.

Jam 9 pagi kami keluar dari rumah. Dalam 15 minit perjalanan kami sampai dan terus aku mengambil borang untuk di isi. Hari ini tak banyak kenderaan yang datang. Mungkin baru lepas hujan. Aku dikenakan bayaran sebanyak RM21.20 untuk borang. Aku meletakkan motosikal ditempat yang disediakan. Datang pegawai Puspakom untuk chenck motosikal aku. Dia menghidupkan injin motosikal. Check tayar dan kemudian check lampu signak dan brek.
" Encik. Lampu signal dan lampu brek tak menyala. Encik pergi tukar dulu. Kemudian datang jumpa saya ". Aku dan isteri ke kedai motor dan menukar lampu signal dan brek. Kemudian ke Puspakom kembali. Pegawai pastikan dulu aku menukarnya dan akhirnya berkata motosikal aku lulus dalam ujian.

Setelah mendapat surat kelulusan, kami keluar dari puspakom. Jam sudah pukul 12 tengahari
" Esok la kita ke jpj ". Kataku pada isteri
" Jom la kita settle roadtax hari ni. Bagi selesai. Esok kita ronda ". Pujuk lagi isteriku. Aku mengalah lagi. Kami ke jpj dan kebetulan di jpj juga tidak ramai. Aku terpaksa membeli insuran yang baru berharga RM171. Sekejap saja aku selesai buat roadtax. Betapa leganya aku.
" Terima kasih sebab paksa abang buat semua ni ". Terseyum isteriku menerima ucapan terima kasih dariku. Kalau dia mengalah dengan sikap aku sudah tentu aku masih tidak memperbaharui roadtax aku. Itu yang dikatakan kuasa pujukan seorang isteri.

Wednesday, October 19, 2016

Nasihat Mr Chong

Aku ternanti-nanti fasilitator yang akan memberi ilmu kepada kami. Tiba-tiba masuk seorang lelaki yang aku kenal. Dia ialah fasi yang pernah mengajar aku dalam program QCS dalam tahun 90an. Aku masih ingat dia dapat mengesan bakatku dalam percakapan. Katanya aku boleh jadi pengerusi majlis dan banyak lagi. Aku katakan padanya yang aku berminat untuk menjadi dj. Dia sarankan agar aku memhon kursus Pengacara Majlis Professional. Biar kita mempunyai bukti dalam expertise kita. Itu kata fasi aku. Bila pulang terus aku memohon kursus tersebut dan alhamdulillah aku berjaya.

Bermula saat itulah aku berani kehadapan. Aku tidak gugup, tidak takut bila berhadapan dengan orang ramai terutama dalam bidang dj rumah kenduri. pagi itu dia bersama kami. Seronok mendengar ceritanya. Dalam memberi motivasi kepada kami dia akan selit cerita tentang dirinya. Cerita sekitar tahun 90an dunia mengalami krisis ekonomi yang teruk dan Malaysia juga tidak terkecuali. Dia dihantar pihak majikan ke Singapore untuk mengetahui ilmu perniagaan. Dia bertemu dengan rakan lamanya berbangsa cina Mr Chong

" Chong....Awak tidak terkesan ke dengan kegawatan ekonomi ni ". Tanya fasi
" Tak ada. Saya rasa biasa saja tapi satu perkara yang saya ingat ialah kalau saya ada masalah peribadi dan kewangan saya akan sedekahkan wang saya dekat yang memerlukan walaupun saya tau time itu saya tidak ada wang. Hati saya akan tenang kalau buat macam tu. Saya sedar bila saya buat macam tu saya akan dapat projek ". Kata Chong

" Tuan2 dan puan2. Tiba-tiba saya rasa terpukul dengan kata2 rakan saya. Ketika memandu saya terfikir sepatutnya saya sebagai seorang muslim yang akan berkata demikian kepada Chong. Ini terbalik. Apa yang saya dapat belajar dari kisah Mr Chong ialah The Power Of Sadaqah. Bermula saat itu saya akan pastikan setiap kali keluar, duit RM1 sebanyak 10 keping mesti ada dalam beg duit saya. Itu yang saya amalkan ". Kata-kata fasi membuatkan kami semua terdiam. Kami semua amat terkesan dengan cerita The Power Of Sadaqah. Marilah sama-sama kita amalkannya walaupun sedikit tapi ia berterusan.

Monday, October 17, 2016

Cinta Sesungguhnya

Aku amat suka dengan lagu Cinta Sesungguhnya yang di dendang oleh Sabhi Saddi feat Marsha. lagunya amat menyentuh jiwaku sebab ia berkait rapat dengan kehidupan lampauku. Pada tanggal 10 - 13 Oktober 2016 aku dihantar majikanku untuk menghadiri kursus Better Brighter untuk kakitangannya. Kursus ini amat baik sekali untuk membina semangat keyakinan baru pekerjanya. Tiba-tiba fasi minta kami berpegangan tangan dan menghayati lagu ini. Terus dia memasang lagu Cinta Sesungguhnya. Aku memejamkan mataku dan menghayati lagu ini. Terasa air mata panas mengalir dipipiku. Dalam minda ada 2 perkara yang bermain dalam mindaku berkaitan dengan lagu ini

Pertama ketika aku masuk kerja di LLN yang belum lagi menjadi TNB. Gaji pokokku hanya RM150 sebulan. Ia begitu kecil sekali. Semasa aku menghadiri kuliah agama, ustaz ada berkata jika duit untuk perkahwinan sudah cukup jangan di tangguh lagi untuk berkahwin. Serahkan segalanya kepada Allah. Rezeki Allah yang aturkan. Maka aku pun buat seperti apa yang aku pelajari. Syukur bila aku berkahwin kerajaan telah membuat rombakan untuk gaji. Gajiku telah naik ke RM300 sebulan. Beberapa bula kemudian rombakan kedua dibuat kerajaan dan gajiku bertambah menjadi RM500. Syukur kepada Allah. Tepat seperti apa yang ustaz katakan.

Ketika aku mendapat anak pertama, kerajaan telah menswastakan LLN dan menjadi TNB. Gajiku terus melangkau ke angka RM750 sebulan. Bila mendapat anak kedua gajiku terus meningkat RM1000 lebih. Betapa bersyukurnya aku. Sebab itu aku bersyukur berada dalam pekerjaanku sekarang. Aku berjanji akan menjaganya sebaik mungkin sebab aku beruntung bersamanya.


Kisah yang kedua pula ialah ketika bersama isteriku, aku berjanji akan menjaganya dengan sesungguhnya. Aku begitu menyayangi dan mencintainya. Begitu juga dengan dirinya tapi aku hanya mampu merancang dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Pada tahun 2008 isteriku pergi buat selama-lamanya. Aku terlalu sedih sebab tidak dapat menjaganya dengan sekuat hatiku

Sebab itu lagu ini terlalu bermakna buat diriku. Aku bertuah memiliki isteriku dan aku takkan lelah mendampinginya. Moga Allah tempatkan ruhnya di tempat yang paling mulia disisi Allah.




Sunday, October 16, 2016

Menulis Kembali

As Salam semua rakan2 blogku. Insyaallah aku akan meneruskan penulisanku yang lama di di update. Moga Allah beri kekuatan kepadaku. Terima kasih kepada yang bertanya apa jadi kepada penulisanku yang banyak di facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...