Teman-teman

Thursday, April 28, 2011

Kerisauan Terhakis

Esok merupakan hari konvo anak gadisku Siti zinnirah. Dia akan menggenggam segulung Diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Katanya inilah hadiah untuk ayah dan arwah emak yang bertungkus lumus membesarkannya. Aku amat terasa sekali sebab ibunya tidak merasai semua ini. Namun satu yang cukup aku pasti ialah kejayaan anak-anakku adalah berkat dari doa ibu yang mengandungkan mereka di samping ayah yang turut sama mencari nafkah berkorban tenaga dan wang ringgit.

Aku dikejutkan dengan panggilan dari anak gadisku yang mengatakan bahawa dia mengalami demam campak dan batuk-batuk. Aduh..besok nak konvo dan hari ini demam. Aku mengajaknya ke klinik panel. Sebelum kesana aku mengajak anakku ke pusara ibunya. Melangkah saja ke kawasan perkuburan terasa begitu senang sekali airmata mengalir. Kami mendoakan Al-Fatehah. Semoga Allah menempatkan ruh isteriku bersama para solihin. Kalau aku datang keseorangan sudah tentu aku berkata-kata seoalah-olahnya Siti Aishah berada di hadapanku. Ketika aku menghadiri kuliah maghrib, seorang ustaz yang bergelar al-hafiz berkata bahawa ruh mendengar dan melihat tatkala seseorang itu menziarahi mereka. Katanya lagi kalau ada anak-anak kita yang nakal kita boleh minta nenek mereka yang berada di alam akhirat tolong berdoa. Mereka melihat dan mendengar.

Setelah berjumpa doktor dan akhirnya kerisauanku terhakis bila doktor mengatakan itu bukan campak tapi kesan gigitan nyamuk atau serangga. Akhirnya nampak sekali kegembiraan pada wajah anakku. Pada mulanya tidak lalu makan sebab risau keadaan dirinya. Akhirnya kami ke Supermarket Giant. katanya lapar. Last sekali kami order mee claypot. Esok pagi aku, isteriku dan anak lelakiku akan ke Shah Alam menghadiri hari konvokesyen anak gadisku. Semoga Allah memelihara kami sewaktu dalam perjalanan. Berkali-kali aku berpesan kepada anak gadisku yang akan berkonvoi bersama rakan-rakannya yang lain. Sebelum bertolak amalkan kesemua orang membaca doa dan meminta agar Allah melindungi mereka sewaktu dalam perjalanan ke sana.

Monday, April 25, 2011

On The Way Ke Tempat Kerja

Dalam perjalanan ketempat kerja. Seperti biasa aku pasti melalui jambatan Pulau Pinang. Cuaca tidaklah panas. ketika aku sampai ditengah jambatan aku terpegun melihat hujan yang turun begitu lebat di tengah laut sedangkan di atas jambatan masih panas. Fenomina ini kerap juga aku lihat namun tidak sempat merakamkannya. Kini aku rakan dan letak didalam blog ini untuk renungan betapa besarnya kekuasaan Allah. Subhanallah


" Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awam kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakkiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakkiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira "

Ar-Rum ayat 48

" It is Allah Who sends the Winds, and they raise the Clouds: then does He spread them in the sky as He wills, and break them into fragments, until thou seest rain-drops issue from the midst thereof: then when He has made them reach such of his servants as He wills behold, they do rejoice ".
Ar-Rum ( ROME ) - 48

Artis Makan Roti Nan

Aku pulang dari tempat kerja lalu singgah di gerai isteriku. Lama tak makan roti bakor. Sampainya di gerai pekerja isteriku terus beritahu yang baru tadi artis Mubarak Majid datang makan roti nan. Selepas makan dia puji roti nan sedap. Isteriku tersenyum mendengar pekerjanya cerita dekat aku. Riuh juga di gerai-gerai bila artis datang makan. Kata isteriku kalaulah aku ada sudah tentu aku bergambar dengan Mubarak Majid. Customer isteriku pun ramai yang berkata yang isteriku beruntung sebab artis datang makan. Itu baru artis. Kalaulah menteri datang makan, aku tak tahu macam mana punya riuhnya. Kata pekerja isteriku, " Kak kita tukar nama roti nan kepada roti Nan Mubarak ". Tertawa isteriku bila dengar nama itu. Bila ler silent reader aku nak datang makan. Datang ler. Aku belanja. Just email me. Ok.... Aku akan sambut kalian semua gaya Yusuf Wilcha. Kalau habis roti canai dan roti nan aku akan berkata kepada isteriku, " Nah kita bakor ler saje roti tu ". Sila-sila tapi time WN ader ler.

Sunday, April 24, 2011

Ahad Pun Kena Ambil Cuti


Aku melihat isteriku merenung-renung roaster kerjaku. " Hari Ahad 24 April ni abang boleh tak ambil cuti. Lama kita tak jalan-jalan ". Memang benar. Sudah lama kami tidak berjalan bersama. Masing-masing sibuk. Tapi akulah yang paling sibuk sekali. keluar pagi dan pulangnya jauh malam. Nak buat macam mana. Sudah arahan kerja begitu. Pagi ini seperti biasa selepas solat subuh aku hendak keluar mencari kuih namun isteriku berkata yang dia hendak buat cucur bawang. Sedap juga dengar cucur bawang. Siap dia buat dengan sos cili sekali. Ditumbuknya cabai merah lalu dicampur cuka dan gula sedikit. Memang aku cukup suka. Kenyang sudah makan pagi.


Jam 11 pagi kami keluar dari rumah menuju ke destinasi pertama iaitu Lorong Kulit. Begitu ramai orang dan sesak. Maklumlah cuti minggu. Aku hanya membeli perfume saja. Isteriku hari ini memborong sakan dia dengan buah. Dia beli buah pear, buah lai dan mempelam. Peniaga kata buah semua special terutama buah mempelam. Gred A. Dia beri rasa fulamak manisnya. Bawa pulang kerumah hampeh, Buah mempelam busuk. Rupanya isteriku di tipu oleh penjual buah. Sungguh tidak amanah langsung peniaga. Kata isteriku melayu tipu melayu.

Setelah selesai berjalan di Lorong Kulit kami menuju pula ke Komtar. Katanya nak mencari beg tangan offer. Nak pakai meniaga. Akhirnya kami ke Pacific. Di belek-beleknya beg. Tertulis harga asal RM199. Bila offer dapat RM50. Boleh percaya ke. Tak pa la isteriku beli juga.

Aku berlegar-legar mencari GPS. Harganya boleh tahan juga. Paling kurang pun RM499 jenama PapaGo. Nampak ok juga GPS tu. Tapi aku tak jadi beli. Nak survey tempat lain pula. Setelah berlegar-legar perut pun terasa lapar. Kami terus ke Kapitan untuk merasai Tandoori dan inilah matlamat utama aku. Lama juga tak rasa tandoori. Ramai juga customer makan. Makanan siap pun cepat. Itu yang bestnya. Tak perlu tunggu lama. Akhirnya perut pun kenyang badan menjadi letih dan mengantuk. Alhamdulillah tak sia-sia aku mengambil cuti hari ini. Puas berjalan bersama isteriku.

Saturday, April 23, 2011

Lion Of The Desert

Sekitar tahun 80an. Filem ini mendapat sambutan. Aku sebagai anak remaja ketika itu telah 4 kali menonton di panggung wayang. Kisah mengenai seorang pejuang islam. Omar Mokhtar. Pembaca boleh membaca kisahnya di sini. Kini aku tercari-cari videonya. Alhamdulillah akhirnya aku dapat download videonya dan cita-citaku insyaallah pada bulan Ogos ini aku dan Jawatankuasa surau akan menayangkan gambar ini kepada penduduk.

lion Of The Desert

Tahun lepas sebelum menyambut tahun baru kami telah menayangkan filem Kiamat Sudah Dekat. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk. Ramai-ramai turun kebawah untuk menyaksikan tayangan ini. Masing-masing terkenangkan semasa Milo kerap membuat tayangan amal dengan cerita-cerita menarik. Free pula tu. Mungkin ramai anak muda sekarang tidak mengenali siapa dia Omar Mokhtar. Jadi dengan tayangan ini aku dan jawatankuasa mengharapkan anak-anak muda tidak leka dengan sejarah islam.

Omar Mukhtar lakonan Anthony Quiin

Di Malaysia ini alangkah bagusnya penerbit filem dapat mengeluarkan filem tentang perjuangan pahlawan-pahlawan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Dengan teknik canggih yang ada sekarang tidak mustahil filemnya akan mendapat sambutan. Cuba pembaca semua lihat filem Haq, Merong Mahawangsa dan banyak lagi. Tekniknya semakin canggih. Jadi kenapa tidak mahu berjumpa dengan tokoh sejarah untuk mendapat gambaran sebenar tentang pejuang tanah melayu. Ini tidak gambar hantu, cinta dan seksi di pertontonkan. Pelakun pula kalau dah laku asyik muka itu saja.

Omar Mukhtar sebelum di hukum gantung

Aku mengharapkan agar niat untuk menayangkan filem ini kepada penduduk di tempat aku akan menjadi kenyataan. Sebelum menyambut malam merdeka filem akan ditayangkan terlebih dahulu dan tepat pukul 12 tengahmalam mungkin kumpulan anak muda akan menembak bunga api seperti selalu yang dilakukan. Agak lama juga aku tidak turun padang semenjak kematian isteriku. Ia menghampiri 2 tahun. Alhamdulillah biar pun aku bangkit amat perlahan namun aku pasti bangkit juga walaupun sakit-sakit masih di rasai. Aku teringat kembali semasa kumpulan nasyidku membuat persembahan. Tajuknya Sunnah Orang Berjuang. Rupanya selama ini aku sendiri tidak mengahayati lagu ini. Kini aku paparkan kembali lirik ini. Mungkin ada manfaatnya kepada sahabat-sahabatku yang lain serta pembaca semua.


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga

Wednesday, April 20, 2011

Salah Tu. Perbetulkan Balik

Aku membuka peti surat dirumah pertamaku. Inilah rumah hasil perkongsian hidup aku bersama arwah Siti Aishah. Banyak sungguh surat menyurat. Aku membawa pulang kerumah keduaku. Terkejut isteriku bila melihat begitu banyak bil. Bil api, bil air, cukai tafsiran, indah water, bil talipon dan bermacam-macam bil. Aku membuka satu sampul surat yang amat penting sekali. Tak lain dan tak bukan surat cukai pendapatan. Terpaksa juga aku kena bayar cukai sebanyak RM800. Banyak tu.

" Macam nilah Nah. Abang terpaksa menyara 2 rumah dan 2 bini ". Kataku berseloroh. Tapi apa kena mengena dengan 2 bini pula.
" Aii...pembetulan bang. Sebenarnya 2 rumah 1 bini. Dari mana datangnya satu lagi". kata isteriku sambil tersenyum.
" kenapa. Nah tak suka ka abang kawin lain ". Kataku lagi dengan nada bergurau walaupun aku tahu perkataan itu amat sensitif bagi golongan wanita.
" Nah tak rela abang kahwin lain ". Sambil menggelengkan kepala. Mukanya nampak serius juga.

Cepat-cepat aku perbetulkan. Takut dek hanya bergurau akan melarut berpanjangan.
" Cukuplah abang mempunyai isteri yang baik. Nah merupakan anugerah kedua abang. Kalau abang kahwin lain pun abang tak mampu membahagikan kasih sayang. Kau tetap dihatiku ". Sambil meletakkan tangan didada. Tertawa isteriku dengan gurauanku. Sempat juga aku bergurau sebelum melangkah ke masjid.


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [Al-Rum: 21]

Tuesday, April 19, 2011

Siapa Yang lebih Berakhlak

Sewaktu aku memasuki jambatan Pulau Pinang dari jauh sudah kelihatan awan begitu gelap diseberang. Ini bermakna hujan lebat sudah mulai turun. Aku memecut ketempat perhentian untuk memakai baju hujan. Baju hujan yang jenis seluar dan baju masalah sikit. Kita kena berhenti lalu menyarungnya. Kadang-kadang terketar-ketar bila hujan sudah sampai. kebaikannya baju tidak basah. Kalau yang jenis pakai didepan saja masalahnya kadang-kadang basah juga kesemuanya.

Setelah berhenti di tempat perhentian yang disediakan, aku pun mula memakai seluar dan baju hujan. Seorang lelaki melayu begitu marah sambil memaki hujan yang datang menyusahkannya. Pedih telinga juga aku mendengarnya. Kalau dia merungut seorang diri tak apa. Ini suaranya kuat seolah geram dengan Allah.

Akhirnya lelaki cina sebelah yang turut sama memakai baju hujan berkata, " Mau buat macam mana. Ini semua kerja tuhan. Tak ada hujan kita boleh mampuih ooo ". Ada benarnya kata dari lelaki cina. Pada pandangan aku lelaki cina itu lebih berakhlak dari lelaki yang beragama islam. Kalau hujan tak turun pun tentu ada yang merungut juga. Aku teringat sepotong ayat quran dari surah Al-baqarah ayat 22 yang bermaksud, " Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dia menurun air ( hujan ) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui ".

Jadi fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata. Takut kita mengundang kemurkaan Allah. " la in Syakartum, Laa-adziidan Nakum. Wa la in Kafartum Inna Azabi Lasyadiid - Dan ( ingatlah ) tatkala tuhanmu memaklumkan: " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( nikmatku ) maka sesungguhnya azabku sangat pedih ". Surah Ibrahim ( 14 ) ayat 7

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed." Abraham - 7

Monday, April 18, 2011

Boring Gller

Aku diambang penyakit boring. Apa tidaknya sudah 4 hari aku keluar pagi dan pulang kerumah pukul 1 pagi. Isteri dah tidur awal sebab esok nak berniaga. Sembang sekejap saja sebelum dia bertolak ke gerai dan aku ketempat kerja. Jadi semasa kerja aku luangkan masa jika terdapat laluan bergambar yang canatik. Nasib baik aku bawa laptop dan beruk band ( broadband la )

Senja melabuhkan tirainya. kedengaran azan maghrib berkumandang

Disuatu tempat pula bila saja aku sampai pasti aku diintai. Ini dia 3 ekor anak kucing. Bila aku panggil DO RE MI maka keluarlah mereka dari longkang cable menanti makanan yang akan aku beri kepada mereka. Aku kalau beli nasi, aku beli 2 bungkus. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Do Re Mi. Begitu lahap mereka makan sambil sekali sekala memandang dekat aku. Nak menghampiri mereka sorrylah. Kucing liar katakan. Bila sampai sudah menyeringai gigi ketiga-tiga ekor.

Align Left3 ekor anak kucing. Aku panggil DO RE MI

Aku kirim mms gambar dekat peminat kucing siapa lagi kalau bukan my darling la. Cepat-cepat dia call. " Abang comelnya anak kucing. Bawa pulang la ". kata isteriku. macam la senang sangat nak tangkapnya.
" Ok nanti abang tangkap bawa balik ". kataku bergurau.
" Abang nak letak dalam apa anak-anak kucing tu ". Confident sungguh isteriku.
" Abang letak dalam poket seluar abang ". kataku ketawa
" Apa...jangan cari pasal bang nanti dia ngap ....... naya ". ketawa isteriku bagai nak rak dalam talipon. Tak sangka sungguh semenjak dia kahwin dengan aku, sudah pandai dia menyakat aku
Pembaca fikir sendiri apa maksud isteriku. He he tak sanggup aku.........

Sunday, April 17, 2011

SMS Tergempar

Baru-baru ni di dalam Metro telah hebuh tentang cerita bagaimana seseorang yang telah menerima sms yang mengatakan ayahnya berada di balai polis dan minta di masukkkan kredit RM30 ke dalam nombor talipon yang diberikan. Bila aku baca kisah ini aku teringat pula kisah anak saudaraku sebelah arwah Siti Aishah. Baru-baru ni isterinya menerima sms,
" Ini pakcik. Pakcik ada di balai polis. Pakcik ada masalah. Minta tolong masukkan kredit 30 dalam nombor ini. Jangan talipon pakcik. Nanti pakcik talipon balik '.
Apalagi isterinya pun panik. Apa kena dengan pakcik. Dahlah makcik meninggal. Ni pakcik pula ada masalah. Timing memang cantik sekali. Kebetulan anak saudara sebelah arwah isteriku memanggil aku pakcik.

Tak tahu nak buat macam mana, si isteri menalipon suaminya suruh topup 30 dekat pakcik. Nasib baik si suami cerdik juga. Dalam hati kalau pakcik tukar nombor talipon sudah tentu dia beritahu. Akhirnya si suami menalipon aku. "
" Pakcik sihat ke. Pakcik ada dimana ". Tanya anak saudaraku.
" Pakcik di rumah dok tidur. Baru pulang dari kerja ". Kataku separuh sedar. Maklumlah kerja malam. Selepas bangun dari tidur aku menalipon semula anak saudaraku. Mereka menceritakan kepadaku apa yang terjadi. Aku terus kerumah mereka lalu aku mengambil nombor yang diberikan.

Aku talipon nombor tersebut namun tiada jawapan. Hanya pesanan peti suara. Aku taip mesej.
" Orang Malaysia bukannya bodoh macam negara you orang. Kanak-kanak dalam perut you boleh tipu la. Lebih baik awak minta sedekah di tepi jalan lagi bagus ". Aku send ke nombor tersebut. Dalam 3 jam kemudian aku menerima sms dari nombor tersebut
" F..k you ". Ringkas saja tapi cukup bermakna yang mereka hangat dengan sms yang aku hantar.

Jadi kepada pembaca sekelian kalau anda terima sms begini jangan cepat-cepat terpedaya. Selidik dulu kesahihannya. Jangan main percaya bulat. Serupalah juga dengan kes tuduhan zina. Jangan percaya bulat-bulat bila orang fasik sampaikan. Ada mata lihat. Ada telinga dengar. Jangan main terima macam upin dan ipin betul betul betul.

Saturday, April 16, 2011

Lakukanlah. Semoga Allah Membantu

Disebabkan kekerapan menggunakan motosikal membelah jambatan Pulau Pinang maka
cepatlah kepincangan yang berlaku kepada motosikalku. Rantai bagaikan hendak putus dibuatnya. Risau juga andaikata berlaku sesuatu ditengah malam. Terpaksalah aku hantar servis dikedai pomen. Bila sampai tauke kedai motor dah senyum menyambut pelanggan.
" Tauke you tukar minyak, rantai dan brek " . Beritahu kepada tauke motor.
" OK no problem tapi i nak kasi tau sama you. Sekarang harga barang semua sudah naik. Ini semua sebab kes kastam rasuah ler ". Kata tauke kedai motor yang buat kepala aku pening.

" Apa kena mengena kastam dengan kenaikan harga barang ". Aku bertanya
" Itu kastam kasi masuk barang murah dan dijual dengan harga mahal. Tapi tak ada kualiti ". kata tauke kedai yang membuat aku lebih pening kepala.
" You mau rantai macam mana. Ada 3 jenis '. Kata tauke kedai dan aku bertanya apa jenisnya.
" 1. Rantai jenis murah. 2. Rantai jenis sederhana 3. Rantai ori ". Bersemangat penerangan dari tauke kedai. Akhirnya aku memilih rantai yang sederhana.

Itu bukan persoalannya. Yang ingin aku coretkan ialah betapa pentingnya sifat Intergriti atau amanah yang perlu diterapkan. Tidak kiralah dalam bidang kerja apa sekali pun . Dalam surah Al Baqarah ayat 188, Allah telah beritahu, " Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil ". Sekarang ni rasuah semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang bila aku menyelia kontrak, mereka minta nak pulang awal. Di hulurnya RM20. Kata mereka untuk minum kopi. Hai tak kanlah kopi sampai RM20. Aku cakap kalau ada hal nak pulang awal beritahu saja dan tak payah hulurkan wang. Tersipu-sipu malu. Esoknya mereka belikan aku sebungkus kopi tanda terima kasih. Terpaksa minum juga.

Jumaat kelmarin yang buatkan hati aku benar-benar terbakar. Seorang kepala kontrak berkata kepada anak buah dia.
" Lu orang keluar makan dan masuk balik 12.30 tengahari ". Sambil bercekak pinggang.
" Tapi hari ini Jumaat boss. kami mau sembahyang dulu " kata seorang pekerja Indonesia.
" Tarak-tarak. I'm your boss now. Masuk pukul 12.30 tgh. Tak ada sembahyang ". Sambil berjalan menekan nombor talipon bimbitnya. Aku dah mendidih. Dalam hati aku berkata " Nanti sat hang. Sat lagi hang dapat dengan aku ".

" Bapak macam mana kami mahu pergi solat. Sudah berapa kali kami tidak syolat Jumaat ". Kata seorang pekerja Indonesia yang membuatkan aku hampir-hampir mengalir airmata. Walaupun kerjanya berat namun bab solat amat di titik beratkan.
" Insyaallah bapak jangan risau. Kita akan pergi solat. Nanti saya ikhtiarkan ". Aku memberi pengharapan kepada mereka. Nampak ceria pada wajah mereka. Jam menghampiri pukul 1 petang. Aku memanggil kepala kontrak agar datang kepadaku dihadapan pekerjanya.
" Ok saya akan pergi sembahyang Jumaat dari pukul 1 hingga 2.30 petang. Jadi you all tak boleh kerja sehingga saya masuk kembali ". Aku melihat kepala kontrak dah tak senang duduk.

" Boss i punya time makan 12.30 kena masuk. Tak apa ka time you sembahyang i punya pekerja buat kerja ". Tanya kepala kontrak.
" No no no. Kalau i tak ada, tak ada siapa yang boleh kerja. kalau jadi apa-apa hal saya yang akan bertanggung jawab. Jadi saya tak mahu menanggung risiko tu ". Serius aku bercakap.
" Ok ok kalau macam itu kalau siapa mau sembahyang boleh pergi. make sure 2.30 you orang masuk kerja ". Kata kepala kontrak kepada pekerjanya.
" Bapak terima kasih sebab pertolongan bapak kami semua boleh sembahyang ". Ucap pekerja kontrak kepadaku.
" Tak tak bukan saya yang tolong tapi Allah yang merancang semua itu ". Aku cuba membetulkan keadaan. Aku melihat kepala kontrak semacam tak puas hati dengan aku. Aku terus pergi kepadanya.

" You kena pandai adjust masa. You pun tau kan yang hari Jumaat orang islam kena sembahyang, you adjust la time makan dia orang. Sekarang you tengok dia orang banyak suka sebab boleh pergi sembahyang. Lepas sembahyang dia orang akan berdoa minta tuhan Ala kasi rezeki. Bila tuhan Ala kasi rezeki sama dia orang sudah tentu you punya company untung sebab dia orang kerja sama you. Lagi satu kalau dia orang mau sembahyang pukul 1 dan pukul 4, you suruhlah dia orang sembahyang satu-satu. Jangan sembahyang semua sekali. Selesai seorang pergi seorang. Dia orang pun suka you punya kerja pun jalan. Betul tak ". Panjang lebar aku beri penerangan. kalau dia tak suka pun dia terpaksa dengar sebab apa-apa yang berlaku sudah pasti aku yang di cari.

" Betul-betul boss kata you. I silap. Banyak thank you. Jom kita makan. I belanja you ". Aku tersengih mendengar ajakan itu dan akhirnya aku menolak dengan alasan nak pergi sembahyang Jumaat. Kadang-kadang non muslim ni tidak faham kalau kita sendiri tidak berusaha untuk memahamkan dia. Berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash, Rasulullah saw bersabda, " Sampaikan dariku walau satu ayat ".Kalau dapat peluang lakukanlah. Allah membantu kita.

Friday, April 15, 2011

Why Why..

Aku bertugas malam. Entah kenapa pagi-pagi lagi sebelum isteriku kegerai dia menalipon aku.
" Abang... macam mana lutut abang. Sakit lagi tak ". Hairan juga aku kenapa dia bertanya sebab semenjak aku bertugas malam belum pernah dia menalipon aku seawal pagi.
" lutut abang orait. Alhamdulillah. Baik-baik saja ibu ". Sambil menanti jawapan seterusnya.
" Tengahari ini Nah tak mau makan nasi. Customer complain kata badan sudah gemuk semenjak kahwin ". Bertambah hairan aku pula apa kena mengena pula dengan lututku.
" Alhamdulillah..itu tanda abang bagi makan cukup ". Kataku sambil tertawa.
" Abang nak makan apa. Tengahari ini Nah nak beli ". kata isteriku
" Macam nilah. Kalau Nah tak mau makan tak payah beli. Abang masak sambal tumis telur sudah cukup. Nasi ada lagi ". Confident aku padahal mata mengantuk. Boleh ka aku masak.

" Malam ni kalau lutut abang tak sakit Nah nak buat Mee Udang ". Ternganga mulutku bila mendengar mee udang kesukaanku. Terus aku setuju. Sebelum aku melelapkan mata, aku goreng telur dan selepas itu aku menumis cabai untuk dibuat sambal tumis telur. Akhirnya berjaya juga mencipta sambal tumis telur buatan sendiri. Entah sedap ke tidak. Kalau aku punya taste memang A aku beri markah. Bila isteriku pulang dari gerai aku meminta dia merasa sambal tumis telur. " Pandainya abang masak. Sedap. Boleh masuk jaguh kampong seperti dalam astro ". Waduh semacam mahu pengsan aku dipuji begini. Walau bagaimana sedap sekali pun aku makan. Ia tetap tidak bertambah. Cukuplah. Berhenti sebelum kenyang.

Sebelum waktu maghrib isteriku pula begitu sibuk di dapur. Sekejap-sekelap aku kedapur untuk melihat apa perkembangan mee udang. Selepas maghrib akhirnya isteriku membawa semangkuk mee udang. Apalagi aku makan tak menoleh. kata orang kalau mertua lalu belakang pun tak nampak. Betullah tu. Kenapa lalu dibelakang. lalu la di depan baru menantu nampak.
" Macam mana mee udang Nah. Sedap tak tapi tak sama macam Aishah masak ". Tanya isteriku menanti jawapan.
" Mee udang Nah amat sedap. Sekarang ni abang hidup bersama Nah. Jadi apa yang Nah masak memang sedap. Masa abang dengan Aishah sudah berlalu dan ada sejarahnya. Kini masa abang dengan Nah. Insyallah apa yang Nah masak bagi abang memang sedap. Tak ada cacat celanya ". Takut juga kalau selama ini dia terlalu merendah diri padahal dia masak pun sedap juga. Masing-masing ada keistimewaannya.

Time aku tengah sedap makan, isteriku mengambil gambar. katanya untuk dimasukkan kedalam blog. " Apa nama blog abang. Nah nak baca cerita abang ". Tersentot aku bila dia bertanya lagi sambil tersenyum. Tu la yang gambar diambil aku tersenyum. Jemputlah makan semua.

Wednesday, April 13, 2011

Syukur Dan Tahniah Anakku

Aku menerima berita dari anak gadisku yang mengatakan bahawa dia akan mendapat Diplomanya pada 30 April 2011 di MSU Shah Alam. Hati ibubapa mana yang tidak gembira dengan berita ini. Aku berkata kepada anakku yang betapa ayah gembira tetapi dalam masa yang sama ayah terasa sedih kerana emak tidak dapat merasai kesemua ini. Setelah anakku mendapat keputusan SPM dia mengisi borang untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi namun gagal atas sebab keputusannya tidak berapa baik kalau dibandingkan dengan orang lain. Aku meminta anakku bersabar dengan ujian ini. Mungkin Allah sedang menguji.

Kecewa anakku dengan berita itu. Dipohonnya Diploma Jururawat dan akhirnya dipanggil untuk temuduga di kelantan. Bergegas kami kesana namun sehingga kini tiada surat jawapan hasil dari temuduga. Arwah emaknya sering berdoa agar Allah bukakan pintu rezeki kepada anakku yang ingin terus belajar. Akhirnya sedang menonton tv anakku beritahu yang iklan dari kolej swasta tentang Diploma Makmal Perubatan yang dia begitu minati. Keesokkan harinya kami bergegas ke Kolej PTPL Sungai Petani. Anakku di temuduga dan akhirnya rezekinya tetap ada. Beliau diterima untuk memasuki bidang yang diminatinya.

Setiap minggu andaikata emaknya rindu kami akan ke Sungai Petani dan makan-makan. kerapnya kami lebih banyak makan di Sungai Petani sebab biarlah anak-anak juga merasainya. Selang beberapa bulan setiap pelajar telah ditawarkan pinjaman PTPN. Anakku turut memohon namun gagal sebab dalam surat mengatakan tidak cukup syarat kreditnya padahal memang anakku telah memenuhi syaratnya. Menangis anakku sebab rakan-rakan yang telah berjaya menikmati duitnya. Kami terpaksa membayar setiap bulan sebab tidak mendapat pinjaman PTPN. Kata emaknya, " Insyaallah kakak cuma belajar. Tentang wang ayah dan emak akan berusaha ". Tenang anakku seketika. Tapi itulah rezeki yang Allah berikan tidak putus-putus. Isteriku mendapat upah menjahit baju agak lumayan juga dan wang itulah digunakan untuk bayaran bulanan yuran pengajian anakku.

Anakku memohon sekali lagi pinjaman PTPN. Bila samapi jawapan tetap sama. Tidak memenuhi syaratnya. Aku menalipon terus ke pejabat PTPN. Maklumat yang aku berikan kepada mereka dan kata mereka anakku telah cukup syaratnya. Jadi dimana silapnya. Anakku disuruh kembali memohon dan ini merupakan permohonan kali yang ketiga. Akhirnya jawapannya tetap sama bila surat diterima. Mengagis anakku terlalu kecewa dan kami mengambil keputusan yang yuran bulanan kami akan membayarnya. Siang dan malam isteriku tidak putus-putus menjahit baju. Kadang-kadang aku menemaninya sehingga subuh kalau tidak bekerja. Selepas subuh baru kami tidur. Aku berkata kepada anakku, ' kakak.. kita telah berusaha sebanyak 3 kali namun tetap gagal. Mungklin Allah sedang merancang sesuatu untuk kakak. Ayah begitu yakin ".

Akhirnya atas keprihatinan pensyarahnya, anakku di minta untuk memohon dari MARA. Seperti apa yang aku yakini akhirnya anakku berjaya mendapat pinjaman dari MARA. Gembira sungguh anakku. Kami sebagai ibubapa amat bersyukur kepada Allah. Namun ketika anakku mengambil peperiksaan terakhirnya ibunya telah koma dan berada di dalam ICU. Setelah diberitahu dan setelah selesai peperiksaan anakku bergegas pulang namun sudah terlewat untuknya. Ibunya pergi dahulu meninggalkan anak-anaknya yang masih memerlukan kasih sayang. Menangis anakku sambil memegang tangan emaknya yang telah kaku. " Emak...kakak minta maaf tak sempat jenguk mak ". Berkali-kali anakku mengulangi perkataan itu. Aku hanya mampu menangis melihat perilaku anak gadisku.

Dan kini anakku akan mendapat Diploma Makmal Perubatan yang diminatinya. Inilah hasil pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertegang mata demi kejayaan anak-anaknya. Aku amat terkesan dengan lagu dari Jamal Abdillah, " kasihnya ibu..membawa kesyurga... ". Setiap kali mendengarnya pasti airmata mengalir. Entahla......

Monday, April 11, 2011

Inilah KisahKu

Pagi-pagi lagi aku keluar bersama isteri menuju ke destinasi yang berlainan. Hari ini aku ditugaskan ke Parit Buntar. Aku sudah berkira kalau kesini bermakna aku akan bersarapan pagi di Parit Buntar. Sudah lama aku tidak merasai mee kicap pedas tapi aku harus kegerai isteriku dulu. Sebelum nak pergi nak tengoklah dulu muka isteri. " Abang nak makan roti telor ka. Lama abang tak makan ". Pula dah isteriku sudah pelawa. Memang agak lama aku tak makan roti telor. Aku bangga dengannya sebab dari tepung menjadi bebola. Dari bebola menjadi sekeping roti canai. Semuanya dibuat sendiri. Sebab itu customer ramai yang suka. Setiap hari sebanyak 140 keping terjual. Kesian pula kalau aku tak makan. Jadi aku pun order sekeping roti telor dari isteriku. Sekejap saja udah siap.

Setelah makan roti telor aku minta diri dari isteri untuk ke Parit Buntar. Dengan senyuman dia melambai tangan padaku. Setelah membawa kereta selama 40 minit maka sampailah aku di Parit Buntar. Alhamdulillah ada juga rezeki nak merasai mee kicap pedas. Berpeluh-peluh aku menikmati mee kicap pedas. Tengah asyik makan isteriku talipon. " Kenapa suara abang Nah dengar semacam penat. Abang tak sihat ke ". Risau isteriku mendengar suara aku. Bukan aku penat tapi menahan kepedasan mee kicap. " Tak-tak abang tak penat. Cuma pedas tengah dok makan mee kicap pedas ". Oh..oh aku tersilap cakap. " Ya Allah abang makan mee ka. lututbaru saja baik ". Terdiam aku bila isteri sudah marah. " Semoga abang tak sakit kaki selepas makan mee ". Alhamdulillah. Berdoa juga dia untuk aku.

Setelah aku meneruskan perjalanan, sampai juga akhirnya kedestinasi aku. Aku parkir keretaku dilaman sebuah rumah. Sebuah pokok yang sinonim buatku. Ia begitu rendang. Di Penang kami panggil pokok ceri. Buahnya kecil berwarna merah. kata orang buahnya amat baik untuk mereka yang mempunyai penyakit gout. " Buah ni kalau ada yang darah tinggi, gaut dan banyak lagi elok dimakan '. Kata pakcik yang berdekatandenganku . Confirm la tekaan aku tentang buah ini. Cuma tiada research yang menyeluruh tentangnya. Aku kutip dan makan sebelum aku menjalankan tugasku.

Setelah selesai tugasanku disini aku beredar ketempat lain pula. Dalam perjalanan ternampak pula buah durian. Sekilo dijual dengan harga RM3. Aku berhenti kereta dan membeli 2 biji. Durian Perak katanya. Isinya tebal dan wangi pula. 2 biji dijual dengan harga RM18. Ok la tu. Buahnya pula besar. Macam durian kahwin. Isteri aku bila aku beritahu beli buah durian bukan main suka dia. Peminat durian katakan. " Abang balik pukul berapa sebab hari ini Nah masak kari kepala ikan ". Mendengar kari kepala ikan saja perut sudah terasa lapar. Hai baru saja aku makan mee.
Pagi kelmarin aku ke pasar lalu membeli kepala ikan Mayong. Itu sebutan orang Penang la. Ikan ini ada kelempong besar. Aku dari kecil emak suka beli ikan ini. Bila aku dah besar aku mesti mencarinya. " Ok ok abang on the way nak balik ni ". Tak sabarnya rasa hati bila nak balik rumah. Aku buka radio channel Hitz FM. Aku minat dengan siaran ini sebab jenakanya bersahaja dan dikendalikan dalam bahasa inggeris. Hari ini seorang suami meminta agar DJ mengenakan isterinya. lalu DJ pun menalipon wanita tersebut. kata DJ dia dari bank dan mengatakan yang sudah banyak kali wanita tersebut tidak melunaskan pinjaman kereta. Terkejut wanita tersebut sebab katanya setiap bulan dia ada membayar dan resitnya pun ada.

Akhirnya bila DJ mengatakan yang pihak bank tiada rekod yang mengatakan bahawa pinjaman telah dibayar maka menangis wanita tersebut. Dalam sebak sempat juga wanita tersebut bertanya dari mana mereka mendapat nombor talipon bimbitnya sebab dia tidak pernah memberinya kepada pihak bank. Maka berlakulah pertengkaran yang sengaja diadakan oleh DJ. Terhibur juga aku mendengarnya. Akhirnya DJ pun mengalah. katanya dia baru mendapat email dan memberi nama orang yang memberi nombor talipon bimbitnya dan orang itu ialah suaminya. Akhirnya DJ memperkenalkan diri mereka dari Hitz FM dan wanita itu telah terkena.

Menjerit wanita tersebut geram lalu berkata. " Can you please tell my husband yang malam ini dia kena tidur diluar. I tak akan buka pintu bilik. Geramnya i. Dia nak kenakan i. I kenakan dia balik ". Kata-kata wanita itu bukan DJ saja yang tertawa malah aku juga tertawa seorang diri bila membayangkan bagaimana sisuami mengetuk pintu bilik yang telah dikunci. Nasib badan hang la. Gatal sangat nak kenakan isteri. Kan binasa badan. Aku sampai dirumah isteriku sudah sedia menyambutku. Kari kepala ikan terhidang diatas meja. Memang cukup lazat sekali terutama kelempong yang liat. Pembaca semua cubalah rasa kari kepala ikan tapi bukan dirumah aku. Pergi pasar dan belilah.

Saturday, April 09, 2011

Bila Ibu marah-Marah

Ibuku kini berusia 85 tahun. Kudratnya kini semakin hilang. Kadang-kadang bila penat melanda terpaksa dipasang gas. Ibu yang telah membesarkan 7 orang anak sehingga berjaya mengharungi dugaan dunia yang sementara. Bila setiap kali aku ziarah ibu, pasti aku dimarahi sebab datang keseorangan. Setiap kali ayat ini akan keluar dari mulut ibu,
" kenapa tak bawa Aishah. Datang sorang-sorang saja ".
Ingatan ibuku kini semakin merosot. Namun bab solatnya tidak pernah Allah tarik ingatannya.
Baru-baru ini ibuku dilanda penat yang amat sangat. Bibirnya biru sehingga terpaksa memakai oksigen. Aku dan isteriku Rosnah pergi menziarahi ibuku.
" Ini siapa dia ". Tanya ibuku pada isteriku Rosnah. Tersenyum isteriku bila ibuku bertanya demikian.
" Ni lah Rosnah mak. Isteri Budiman ". Begitu ketara ingatan ibuku. Terangguk-angguk kepala bila diperkenalkan isteriku kepadanya.


" Kelmarin Aishah mai ziarah mak. Sorang-sorang saja dia mai ". kata ibuku. Isteriku hanya memandang wajahku sambil tersenyum. Mungkin dia pun faham keadaan ibu mertuanya.
" Aishah kata apa dekat mak ". kataku kepada ibuku.
" Dia tak kata apa-apa. Dia senyum saja dekat mak. Ayah pun mai tengok mak ". Bersungguh ibuku menceritakan kepada kami. Aku hanya mendiamkan diri. Memoriku cepat berputar bila terkenangkan kembali saat-saat aku dan isteriku tinggal bersama ibuku selepas berkahwin. Selama 15 tahun kami bersama ibuku. Aku telah berjanji kepadanya andaikata dapat membeli rumah, kami akan berpindah. Ingin juga kami hidup berdikari.

Siti Aishah yang menolong ibuku memasak. kadang-kadang terdengar mereka bergelak ketawa didapur. Bila ibuku dimasukkan ke wad akibat koma, Siti Aishah menangis takut ibuku pergi meninggalkan kami. Ibuku amat menyayangi akan Siti Aishah. Sebab itulah nama itu tidak pernah hilang dari bibir ibuku walaupun nama cucunya kerap terlupa. kadang-kadang isteriku Rosnah dipanggilnya dengan nama Aishah. Namun siapa dapat melawan takdir Allah. Siti Aishah pergi tak kembali. Pergi dengan meninggalkan kenangan lebih-lebih lagi pada ibuku. Bila berkali-kali ibuku bertanya kenapa tak membawa Aishah datang aku harus berterus terang dengan ibuku.
" Mak Aishah dah meninggal mak. Sebab tu Budiman datang sorang ". Kataku dengan nada perlahan.
" Bila meninggal. Pasai apa mak tak tau ". Sebak ibuku bila mengetahui Siti Aishah sudah meninggal. Ibuku sudah lupa semasa jenazah Siti Aishah sedang dikapankan ibuku berada disisi jenazah.
" Dah 2 tahun Siti Aishah meninggal mak. Budiman pun sudah kahwin dengan Rosnah mak. Mak juga yang merestui perkahwinan kami ". Sebak juga aku ketika itu. Kelihatan airmata jernih mengalir dari pipi ibuku.
" Mak minta maaf sebab sudah lupa ". Sambil memegang tanganku sambil aku turut mengalir airmata...
Semoga Allah tidak hilang ingatan ibuku terhadap Allah. Kepada yang mempunyai ibu. Ziarahlah atau talipon andaikata berjauhan. Kepada yang masih mempunyai isteri, sayangilah isteri anda sebelum dia hilang selama-lamanya dari pandangan anda. Dialah yang telah melahirkan zuriat untuk kita. kepada yang masih mempunyai suami, hurmatilah dan taatilah dia selagi tidak melanggar batas-batas syariat. Kepada kita semua yang mempunyai anak marilah kita didik anak-anak kita agar menjadikan mereka anak-anak yang akan membahagiakan kita diakhirat kelak.

Andaikata kedua-dua ibu bapa telah tiada, kirimkanlah doa untuk mereka. Mereka menanti doa dari anak-anak yang soleh. Jangan kita kedekut untuk berdoa kerana besok kita juga memerlukan doa-doa dari kaum keluarga. Soal Allah terima atau tidak itu kerja Allah. Tugas kita doa.doa dan terus berdoa....

Tetapi haruslah kita ingat andaikata kita menyayangi atau mencintai seseorang tidak semestinya kita memilikinya. Dia milik Allah dan itulah tarbiah buat diriku.....

Gambar Penang

Dalam beribu-ribu pengguna Jambatan Pulau Pinang, aku merupakan salah seorang yang setiap hari pasti melalui jambatan ini. Sudah banyak kisah serta tragedi yang menyayat hati telah aku saksikan di atas jambatan. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah bila kemalangan motosikal bertembung dengan kereta. Si isteri menggerakkan si suami yang telah pun kaku. Memang sayu.


Sambil aku melaui jambatan ini andaikata terlihat pemandangan yang indah, akan aku ambil gambar untuk disimpan. Isteriku kadang-kadang menggelengkan kepala bila aku memperlihatkan gambar kepadanya. Dengan kamera yang tidak canggih iaitu kamera talipon bimbit saja aku telah merakamkan banyak gambar.

Jadi hari ini tiada cerita yang hendak aku kogsikan padahal memang ada cuma agak sibuk dengan kerja jadi aku hanya paparkan gambar saja. Inilah gambar Pulau Pinang dari atas jambatan. Selamat melihat dengan cerita yang akan di updatekan

Kepada pembaca yang belum datang lagi ke Penang. Silalah datang. Banyak tempat menarik yang boleh di lawati. Eh wah...macam pemandu pelancung pula....



Thursday, April 07, 2011

Makan Roti Saja Bang

Aku keluar menyusuri isteriku kegerai. Tapi lencunganku kearah yang berbeza. Aku terlebih dahulu kewarung berdekatan rumahku untuk mencari sarapan pagi. Entah kenapa bau nasi kandar begitu wangi sehingga aku hilang pertimbangan dan akhirnya aku beli juga nasi kandar.
" Pagi ni abang makan nasi kandar ke ". Tanya isteriku kehairanan sebab belum pernah aku makan nasi kandar sebelah pagi. Aku hanya terdiam sambil menikmati nasi kandar. " Tengahari ni abang nak makan nasi ke ". Tanya pula isteriku. Aku tahu dia sengaja nak menguji aku ke ni. Aku hanya menggelengkan kepala bermakna tidak. " Cukuplah makan nasi sekali sehari ". Kataku membuatkan isteriku tersenyum. Dia umpama jururawat kepadaku dan aku begitu senang kalau ada orang yang tolong control tabiat pemakanan aku. Siti Aishah dan Rosnah mempunyai perwatakan yang hampir serupa.

" Haa.. Nah tahu apa kita nak makan tengahari ini ". Terfikir juga apa hidangan istimewa dari isteriku tengahari ini. Akhirnya terjawab juga bila dia hangatkan kuah durian. Baunya begitu harum sekali. Akhirnya kami berdua cicah roti benggali dengan kuah durian. Itupun berebut sebab sedap dan panas lagi. Kuag durian juga merupakan makanan kesukaanku semenjak kecil lagi. Mak mertuaku rajin juga membuat lempuk durian dan disimpan didalam peti sejuk. Kalau musiam durian dah habis, aku masih lagi dapat menikmati kuah durian hasil dari lempuk yang dibuat. Sebab itu kadang-kadang aku suka borong buah yang terhem[pas diatas batu. Sebakul besar baru berharga RM10. Adalah dalam 20 biji. Buah itulah yang dibuat lempuk dan disimpan untuk bekalan masa depan. Pandai tak

Kadang-kadang aku ajak rakan-rakan kerumah. Aku order roti jala dan dicicah dengan kuah durian. Berebut beb. Selamat makan semua dan selamat mencuba juga kepada pembaca semua. Orang Singapore kalau teringin datanglah Penang.

Wednesday, April 06, 2011

Jalan-Jalan Ambil Gambar

Hari ini tidak banyak cerita yang hendak dikongsikan sebab aku hanyak memerap dirumah. Nak rest. Setelah aku pulang dari gerai isteri aku mengambil keputusan untuk kesungai. Agak lama aku tak kesana. Inilah tempat aku membesar dan belajar berenang dari sekolah rendah hinggalah kesekolah menengah. Air deras ke atau tidak inilah tempat aku dan kawan-kawan berkubang. Ia berdekatan dengan rumah ibuku.

Aku juga membawa buku dan pen. Untuk apa semua ini. Inilah tempat aku mendapat idea mencipta lagu dan lirik nasyid. Kalau tak silap aku sudah cipta sebanyak 5 buah lagu nasyid. Semuanya lagu syok sendiri untuk kegunaan kumpulan nasyid ku ketika dahulu. Ketika aku duduk diatas batu sendirian idea datang dengan cepat sekali. Tiba-tiba talipon berbunyi mematikan ciptaanku. " Abang tengah tidur ka ni ". Isteriku menalipon. Tak kan aku nak bohong dekat isteri pulak. Tak sanggup rasanya hati. " Tak..abang ada di sungai Tok Keramat ".


Suaraku begitu perlahan sebab aku tahu sudah pasti aku dimarahi. " Haa...abang bukan balik rehat tapi ada di sungai pula ". Terkejut isteriku bila mengetahui dimana aku berada. " Abang balik rehatlah. Lutut abang baru saja sembuh dah merantau jauh. Panjat bukit lagi ". Rayuannya telah mematikan niat aku untuk keatas sungai yang biru airnya. " Tak apa nanti bila selesai abang ambil gambar, abang pulang rehat ". Aku memberi jaminan. Sedang asyik memgambil gambar datang idea lagu maka ceoat-cepat aku rakam suaraku di talipon bimbitku.

Insyaallah akan aku perdengarkan suara sumbangku didalam blog bila siap lagu yang dicipta. Semua ni lagu syok sendiri. Sungai ini banyak nostalgianya. Dari sekolah rendah aku minta emak bungkus nasi dalam daun pisang dan aku akan makan dengan kawan-kawan disungai. kemudian kami akan berendam dalam air sehingga 3 jam membuatkan seluruh apa yang ada pada kami semuanya menjadi kecut he he. Sekolah menengah juga sama. Bila pulang dari sekolah aku pasti kesungai dulu. Bila masuk form 3 emak tak bagi sebab aku harus memberi tumpuan pada peperiksaan LCE ( Lower Certificate Education ). Selesai periksa sekali lagi sungai ini menjadi saksi. Kalau bekalan air terputus maka ramailah anak kampong kesungai untuk mandi manda. Disinilah kami menunjuk aksi stunt kepada aweks yang merupakan rakan sekolah. Maka esok riuhlah dikelas bila aweks menceritakan aksi kami. Betapa kembangnya hidung kami ketika itu termasuk aku yang boleh melenting. Kini kalau aku melenting pasti tercabut tulang-tulang.

Bila aku berkahwin aku kerap membawa arwah isteriku kesini. Sebelum dikurniakan anak ia menjadi tempat perkelahan kami kalau aku bercuti. Memang terasa cukup indah. Setelah dikurniakan 2 orang cahaya mata aku turut membawa mereka untuk mengajar anak-anakku agar tidak menjadi gemuruh dengan air. Aku akan rendamkan mereka kedalam air. Setelah istreriku meninggal disinilah tempat aku meluangkan masa termenung keseorangan mengimbas kenangan silam. Kini aku telah berkahwin dengan isteriku Rosnah. Disungai inilah juga menjadi saksi kami berkelah bersama. Ya mana bisa dilupakan memori silam.

Pokok cermai burung

Pulang dari sungai aku singgah dirumah emakku untuk bertanya khabar. Kebetulan jiran sebelah emakku menanam pokok cermai burong. Apalagi aku pun snap gambar untuk tatapan pembaca. Eh eh banyak pula cerita. Kata tak banyak. Biasalah kalau jari yang mengetuk

Monday, April 04, 2011

Sakit Gout Ke.....

Ketika bangun untuk mengerjakan solat subuh, terasa kesakitan pada lututku. Entah kenapa aku tidak dapat berjalan. Isteriku memimpin ketandas dan setelah itu dia pula bergegas ke gerai. katanya sudah lewat. Walaupun kesakitan aku tidak sanggup tinggal dirumah sendirian. Akhirnya aku menyusuri isteriku kegerai. dalam keadaan terhincut-hincut aku memacu motosikal. Setibanya aku digerai kelihatan sudah ramai yang berada digerai isteriku memesan roti canai. Setelah aku berjalan dengan terhincut-hincut maka banyaklah mata yang memandang maklumlah suami tauke roti canai. Terasa malu pula ketika itu. isteriku terkejut juga melihat aku datang tapi tak terkata apa-apa.

Buah cermai biasa

" Sakit gout ke ". Tanya customer kepadaku. Aku hanya tersenyum saja. Malas nak cerita banyak-banyak dengan sakit yang aku rasa. Sebelum aku sampai kegerai aku rasa sudah 4 orang bertanya soalan yang sama. Isteriku hanya menngelengkan kepala diatas kesanggupan aku datang ke gerai walaupun dalam keadaan kesakitan.
" Abang nak ke klinik dan nak ambil surat untuk masuk wad. Tak tahan sangat sakitnya ". Kataku kepada isteri yang hanya terdiam sehingga roti canainya juga menjadi hitam akibat memikirkan kesihatan aku. Kesian dekat isteriku.

Setelah sampai di klinik pesakit sudah ramai. Jadi terpaksalah aku menunggu. Datang seorang makcik kearahku. Diberinya aku merasa buah yang merah. Katanya buah cermai burung. Ini pertama kalinya aku melihat cermai ini, Selalunya dirumah sewa isteriku buahnya warna kuning. Aku merasa seperti makan buah strawberry. "
" Banyak lagi di runah makcik. Kalau nak datanglah ambil ". Katanya sambil menunjuk kepadaku buah timun yang sebesar jari kelinkingku. Setelah namaku dipanggil baru teringat sebab lupa bertanya makcik tadi dimana rumahnya.

Setelah aku diberi ubat dan cuti sakit aku pun keluar. " Encik Ariff. Makcik tadi beri buah kepada encik Ariff ". Sambil menghulurkan bungkusan buah tersebut. " Makcik tu dari mana ". Tanyaku kepada jururawat yang bertugas. " La kami ingat en Ariff kenal makcik tu ". Aku berkata yang aku sendiri tidak mengenali makcik tersebut. Mukanya lembut bertudung cokelat. Setelah aku pulang aku ceritakan perkara yang terjadi sambil memberi buah cermai burung yang diberi oleh seorang makcik. Aku simpan bijinya untuk dibuat benih. Tapi aneh siapa makcik itu dan dari mana dia datang.
" Biar betul abang ni. Siapa pula yang abang jumpa ni ". Gurau isteriku sambil makan buah cermai burung. Ya siapa makcik tadi. sambil makan sambil aku berfikir....


Friday, April 01, 2011

April Fool

Pagi-pagi lagi aku ke gerai isteri. kebetulan hari ini aku bertugas petang jadi aku nak ambil peluang sebelum solat jumaat untuk meronda dengan motosikal. Sudah seminggu aku tak meronda. Sewaktu menghampiri gerai ada beberapa kumpulan anak muda sedang bergurau dan bergelak ketawa sambil menyebut April Fool setelah mengenakan kawan mereka. Suasana menjadi riuh dengan menjerit dan ketawa yang kuat.

Rupanya hari ini sudah April dan fool pula. Itulah mentaliti rakyat Malaysia yang entah siapa mendidik mengatakan April ialah bulan yang fool manakala islam mengatakan bahawa setiap hari adalah baik. kita yang meletakkan bulan ini sial. Bulan itu fool dan macam-macam lagi yang orang melayu cipta. Hari ini aku ke gerai nak minta dia buat kuey teow kungfu lagi untuk dibawa ketempat kerja. Bila malam boleh diletakkan didalam microwave.

" Abang beli udang dan sotong. Baru kuey teow tu rasa manis sikit ". kata isteriku. Aku terus ke pasar mencari udang. Aku beli sebanyak RM10. Aku hulurkan RM 50 kepada tauke kedai. Diberinya aku baki RM10.
" Tauke i kasi you RM50. Balance sepatutnya RM40. You beri i RM10 ". kataku kepada tauke kedai'
" April Fool ". Ketawa tauke kedai menghulurkan baki lagi RM30. Rakan-rakannya yang lain pun terut tertawa setelah aku dikenakan.
" Tauke...tuhan kasi hari-hari semua baik. Mana ada hari yang fool. Yang fool itu kita bukan hari ". Marah juga aku bila menjelang saja bulan April maka riuhlah foolnya.
" Aiya...gurau sikit pun tak boleh ka. Jangan anbil serius la ". Kata tauke cina tersebut bila melihat aku dah marah sedikit.
" Tak tak saya tak marah sama you. Saya pun bergurau tadi. You pun jangan ambil serius no ". Aku pula memulangkan paku buah keras kepada tauke cina sambil tersenyum.
" Bagus bagus kalau you tak marah. Kita 1 Malaysia mana boleh marah. April fool ". Semangat betul tauke cina bila menyebut April Fool. Macam menyambut merdeka.

Aku berlalu pergi setelah membeli apa yang isteriku pesan. Bila berada diluar pula, aku ternganga bila melihat begitu banyak lunggukan buah durian yang telah menyerang Penang.
" Bang sekilo RM5 saja. Tempat lain tak dapat harga ni ". Kata penjual buah.
Aku membelek-belek dulu buah tersebut. Akhirnya aku beli sebanyak 3 biji dengan harga RM15. Aku singgah kedai beli pulut dan santan. Nanti bila isteri aku pulang dari gerai sudah pasti aku kena berleter sebab semalam aku mengadu sakit lutut yang amat sangat. Lega sedikit aku beli pulut pula. Sure kena punya aku.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...