Teman-teman

Sunday, October 31, 2010

Meninjau Rumah Baru

Sambil berniaga, isteriku meringankan mulutnya bertanya customer andaikata ada orang yang hendak menjual rumah. Akhirnya datang seorang pakcik mengatakan yang sebelah rumahnya hendak dijual. Setelah membuat perjanjian, hari ini aku dan isteri pergi melihatnya. Dua teres 2 tingkat memang menjadi idaman isteriku. Walaupun tuan rumah tidak dapat datang disebabkan faktor kematian ahli keluarga, kami hanya melihat dari luar saja.


Tempat tinggalku sekarang. Walaupun setahun lebih tinggal. Tetap dirindui

Isteriku terlalu seronok melihat rumah yang hendak dijual. Pakcik yang rekomen kami rumah itu pun terasa seronok andaikata kami membeli rumah itu. Katanya aku boleh aktif disurau mereka. Aku hanya mendiamkan diri. Akibat terlalu aktiflah macam-macam kejadian yang berlaku kepada aku. Walaupun rambut sama hitam tapi mempunyai hati dan niat yang berbeza.

Secara rambang yang kami lihat dari luar saja, nampak amat selesa untuk didiami. Walaupun bagaimana pun kami tidak perlu terburu-buru sebab masih ada lagi rumah yang belum lagi dilihat. Isteriku berkali-kali berkata yang dia sudah berkenan. hai nak buat macam mana. Isteri dah tersangkut dengan rumah teres dua tingkat. Aku mengikut sajalah. Asalkan dia gembira begitu juga dengan aku. Semoga Allah permudahkan kami.

Saturday, October 30, 2010

Akibat Penangan Buah Dokong & Gado-Gado

Setelah selesai makan gado-gado, aku makan buah dokong pula. Isinya yang manis membuatkan aku terus makan. Terkejut isteriku bila melihat kulit dokong penuh dalam plastik. " Abang ni kalau boleh makan tak ingat. Nanti kalau sakit abang juga yang susah ". Lembut saja isteriku menegur namun idghamnya cukup sah. Nada bukan marah tapi nasihat. Itulah kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Terus aku stop dan mengikat kembali pkastik buah dokong yang aku beli. " Budiman ini buah dokong Batu Kurau. Hang cuba rasa. Memang power ". Kata kawanku yang membuka gerai buah-buahan. Disitulah tempat aku melepak sambil menikmati buah yang kadang-kadang dah lasu. Setelah merasa buah dokong terus hati sudah berkenan. Dengan harga RM2 sekilo jauh lebih murah dari tepi jalan yang menjual sebanyak RM3 sekilo maka aku beli 3 kilo. Isteriku pula memberi tips kalau nak beli buah dokong. " Abang pilih yang muncung tajam diatas. Yang itu pasti manis ". Setelah merasa yang muncung tajam ternyata memang manis. Isteri aku amat suka dengan buah dokong jadi aku beri alasan beli untuknya manakala aku hanya tumpang sekaki. isteriku memang sedia maklum yang aku kalau jamah buah dokong melebihi 5 biji, sure jalan esok pasti tempang. Ini bukan 5 biji aku makan tapi menghampiri 1/2 kilo.

Setelah berada ditempat kerja dengan aircon pula yang sejuk aku sudah merasai denyutan di lututku. Semakin lama semakin kuat denyutannya. Setelah aku sampai dirumah, isteriku membuka pintu. Dilihatnya aku masih berdiri dan tidak bergerak tahulah dia yang lutut aku dah problem. Sambil tersenyum melihat aku terhincut-hincut berjalan, " Haa tulah Nah dah pesan. Abang makan juga. Sekarang siapa yang sakit ". Aku hanya tertawa kecil sambil menahan kesakitan. Seperti cara yang digunakan arwah Siti Aishah, isteriku Rosnah memasak air panas untuk diremdam kaki aku. Terasa segar bila kaki direndam didalam air suam.

Malamnya isteriku telah menjelajah keluar dari Penang, aku masih terkebil-kebil menahan kesakitan. Kesian pula aku nak kejutkannya. Besok dia nak berniaga. Sambil membaca surah Al-fatihah aku menghembus lututku agar dapat bertahan sehingga paginya. Aku mencari panadol yang khas untuk kesakitan bahagian yang joint. Walaupun sakit tetapi masih boleh bertahan. Ketika isteriku bangun untuk memasak untuk meniaga ketika itulah aku baru boleh tertidur. Diurutnya perlahan-lahan kaki aku dan akhirnya aku keluar juga dari daerah Pulau Pinang merantau jauh. Sedar-sedar dia baru selesai solat subuh. Aku bangun sambil terhincut-hincut. " Abang boleh kerja ka dengan keadaan kaki macam tu ". Aku hanya mengangguk kepala saja.

Sebelum aku ketempat kerja isteriku sambil tersenyum, " Bang malam ini ada pasar malam. Mau tak Nah beli buah dokong ". Aduhh...walaupun nadanya bergurau tapi tajamnya masuk hingga kedalam. Berdesup. " Tak payah abang sudah insaf ". Aku menjawab sambil tertawa gelihati dengan gurauannya. Suami isteri kalau tidak ada tangisan dan gurauan memang tidak sah maka pincanglah rumahtangga. Itu pendapat akulah. Pendapat pembaca semua mungkin lain.

Friday, October 29, 2010

Makan Gado - Gado

Aku memerhati isteriku memegang sebungkus kacang tanah yang telah digoreng. " Nah kacang tu boleh dibuat apa ". Sengaja aku menguji mindanya. Manalah tahu dia cepat menangkap apa yang aku hajati. " Abang nak makan cucur udang ka ". Soal isteriku. Aku tersengih sebab umpan aku mengena. Memang dia faham apa yang aku hajati. " Boleh juga sebab lama tak makan. Sekali abang nak buat gado-gado ". Kebetulan kangkung tumbuh segar dibelakang rumah makan bertambah selera nak makan.

Sementara isteri aku membuat cucur dan kuah kacang, aku kebelakang memetik kangkung. Dah terbayang dimata rupa gado-gado atau dalam bahasa jawanya disebut pecal. Selalunya gado-gado dimasukkan kangkung, kacang panjang, taukua dan lain -lain. Aku tak berani makan kacang panjang sebab ini akan membuat aku sedap dimulut tapi sakit dilutut.


Ini saja yang mampu aku makan. Biar tak banyak janji kangkung dan cucur ada sudah memadai bagi aku. Bila isteri hidang diatas meja, aku semacam tak makan seminggu terus menyambar. Memang rasanya begitu enak. Sudah berapa kali aku menambah. isteriku tersenyum sambil menggekleng kepala melihat kerakusan aku makan gado-gado. Bila kami sudah berpindah mungkin tak dapat suasana kangkung dtanam dibelakang rumah.

Kuah kacang ni banyak kegunaanya. Selain gado-gado boleh juga dibuat pasembor. Potong timun dan sengkuang sudah boleh dinamakan pasembor. " Esok Nah beli salad untuk dimakan bersama kuah kacang ". Hai bertambah naik berat badan aku setiap kali timbang bak kata doktor, " Ariff you are putting your weight ". Hai sekali sekala. Petang ni aku nak joging bersama isteri menaiki bukit yang tidaklah tinggi.

Thursday, October 28, 2010

Kerja Untuk Mati

Setelah pulang dari syif malam pasti aku singgah digerai isteriku. " Lepas ni abang nak kemana ". Tanya isteriku. " Seperti biasalah tawaf ". Jawab aku selamba. " Abang tak mengantuk ka tak tidur. Tidur la dulu bang ". Nasihat isteriku. " Takpa-takpa abang bayar bil dulu lepas tu abang balik tidur ". Cepat-cepat aku jawab. " Alaa.. tau la tu nak tawaf merata ". Sambil menggeleng kepala. Rasa rugi pula kalau aku terus tidur. Biar aku pusing pekan puas - puas baru aku boleh tidur dengan khusyuk. Semasa bersama arwah Siti Aishah begini juga rungutannya terhadapku. " Abang ni tak jemu-jemu ka ronda. Siti tak boleh. Siti banyak kerja ". Memang dia begitu sibuk. Menjahit pakaian adalah pendapatan sampingan. Selepas habis ronda aku akan membeli nasi bungkus. Tak payah la dia masak. Kesiannnnnn

Aku singgah di warung yang menjual ais kacang. " Bang cendul satu ". Aku dan abang aku memang tak boleh miss dengan ais kacang atau cendul. Abang aku kalau ceramah dia tak sebut cendul kira tak sah la. Aku bertemu dengan kawan lama sekampong. Kami terpisah akibat tuntutan pembanggunan. Kampong kami akan dibangunkan jadi kami terpaksa berpindah. Aku di barat manakala dia di selatan. Orang lelaki ni kalau bertemu, " Budiman hang berapa orang anak ". Itulah ayat killer pembuka kata bagi kami kaum adam. " Aku 2 orang bini dan 2 orang anak ". Sengaja aku bergurau. Ternyata dia terkejut bila mendengar aku mempunyai 2 orang bini. Akhirnya aku cerita yang isteri pertama telah meninggal dan baru berkahwin lain.

Semasa dikampong kami sama-sama main bola, sepak takra, silat dan tambahan ialah pakar jahit kasut. " Hang dok jahit kasut lagi ka Man ". Tanya kawan aku. " Tak. Malas bila dah bekerja ". Marah dia bila aku kata malas. " Hang ni pandai jahit kasut tapi tak mahu buat bisness. Aku dok buat lagi. Kadang-kadang bos kilang panggil aku tolong repair kasut. Jadilah Man macam tu. Aku kerja ni pun bekalan untuk nak mati ". Katanya-kata membuat aku terfikir lalu aku bertanya kembali apakah yang dimaksudkan dengan kerja bekalan untuk mati. " Zaman la Man batu nisan mahal. Jadi aku tempa siap-siap batu nisan yang berharga RM400. Tarikh aku tak letak lagi la ". Terdiam aku mendengar kata-katanya. " Kita ni tak lama lagi nak hidup. Bila kita mati batu nisanlah tempat anak cucu kenal. kalau kita letak batu nisan biasa nama tak jelas jadi depa tak tau siapa dan depa tak berdoa untuk kita. Sebab tulah aku tempa batu nisan yang mahal. Baru anak cucu aku tau yang itu adalah kubur aku . Hang kena buat macam tu Man. Baru anak-anak kita berdoa dan kita rasa ok sikit didalam kubur ".

" Yang betoinya dari apa yang aku belajar ialah selepas kita mati hanya 3 yang ikut kita. 1. Sedekah jariah kita. 2. Ilmu yang dimanfaatkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuk kita. Batu nisan tu sebagai alat untuk keluarga mengenali saja. Anak cucu kita boleh berdoa untuk kita bila-bila masa saja dan diaman saja mereka berada". Aku cuba memperbetulkannya. " Hang tau Man walaupun aku kerja untuk mati tapi sembahyang aku masih belum cukup. Kadang-kadang aku buat 3 kali sehari. Kadang-kadang 2 kali sehari. Sebabnya ialah tak sempat ". Hairan juga apa yang dimaksudkan dengan tak sempat dan aku terus bertanya. " Ya la. Kalau kita nak kebandar kita guna pakaian yang elok. Jadi nak bertemu dengan tuhan pakaian juga mesti elok. Aku kerja dan mungkin seluar yang dipakai terkena najis. Sebab itulah aku tak sempat nak salin dah masuk kerja ".

" Sebenarnya Hamzah, syaitan telah meniupkan was-was dalam hati kita. Sebab itu kita tidak yakin dengan apa yang kita pakai. Semuanya najis bagi kita sedangkan jelas najis tidak melekat dipakaian. Kalau dah tau tak yakin kita boleh bawa kain. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Inilah bekalan untuk kita bila kita mati nanti. Islam itu mudah Hamzah Allah tidak memberatkan hambanya. Aku masih ingat bila time aku ke bendang. Baju dipenuhi dengan selut tapi tok wan aku suruh juga aku sembahyang. Katanya selut tidak najis. Time sihatlah kita nak buat ibadat Hamzah. Bila dah sakit dan mulut terketar-ketar baru timbul penyesalan tak ada guna lagi ". Panjang juga aku jawab. Kawanku hanya terdiam sebab dia menceritakan walaupun meningkat ke umur 52 tapi masih lagi sihat bermain sepak takraw.

Akhirnya sebelum aku pulang kerumah aku berkata, " Hamzah kalau bola takraw kita boleh lompat dan lipat dan kadang-kadang tergeliat juga pinggang kita. Solat yang difardhukan keatas kita 5 kali sehari dimana setiap solat tidak sampai 5 minit pun kita tak boleh lakukan maka sia-sialah Allah bagi kesihatan yang baik dekat kita tapi kita tidak mensyukuri nikmat yang dia bagi ". Sambil bersalaman aku berlalu pergi meninggalkan kawan lamaku diam seribu bahasa. Mata dah mengantuk dan aku pulang untuk melayan mataku pula.

Wednesday, October 27, 2010

Isteriku Sudah Mula Hilang sabar

Isteri menalipon aku tatkala aku berada di tempat kerja. " Assalamualaikum bang. Kawan abang datang tadi. Dia bawa sorang lagi kawan abang. Dia nak rekomen anak kita dekat seorang lagi kawan abang. Dia kata kira jadilah. Kesian dekat kawan abang yang bujang ". Aku yang mendengar bagaikan dirasuk sesuatu. Betapa geramnya hati ini. Tidak ada sifat malu langsung mereka. " Awat depa ingat anak kambing ka boleh senang-senang nak beli ". Aku dah mula meradang. Kalaulah aku berada disana sudah tentu aku menasihati mereka agar carilah yang sepadan. Jangan mengikut hawa nafsu.

" Macam mana abang kalau depa mai lagi ".Kata isteriku." Kata dekat depa ayah dia ada. Kalau mau contact ayah dia ". Aku minta isteriku berkata demikian dan aku tahu sudah tentu mereka ridak berani. Isteri yang jarang marah sudah mula merungut. Atas nasihat aku, aku minta andaikata mereka datang lagi tegurlah mereka secara elok. Biarlah cari yang sepadan dengan diri. Jangan over acting. Kami bukan mata duitan

Tuesday, October 26, 2010

Beli 3 Bang Dapat Free 1

Isteriku mengajak membeli barangan perniagaannya yang telah habis. Pasar yang dibuka sebelah petang memudahkan mereka yang bekerja di waktu pagi. Kebetulan hari tu aku mengambil cuti rehat jadi aku setuju 100% maklum sajalah bukan senang nak dapat kepasar bersama. Kami pusing keliling dan akhirnya isteriku menunjukkan ikan sembilang yang masih lagi hidup. " Abang tak mau dah ikan semilang. Dah jemu makan ". Ketawa isteriku bila sampai tahap jemu aku dengan ikan sembilang. Dulu pantang di panggil aku akan brek mengejut. Akhirnya kami beli ikan siakap untuk dibakar.

Setelah selesai membeli barangan dapur dan perniagaannya kami berangkat pulang. Ketika membuka pintu kereta datang seorang pemuda india lalu membuka begnya. " Bang kereta abang banyak calar. Tengok saya boleh bagi hilang kesan calar ". Disemburnya tempat yang ada kesan calar. Ternyata memang hilang. Pernah aku merungut pada isteri yang kereta aku dipenuhi dengan kesan calar hasil dari kesan kucing yang suka beromen diatas keretaku. Bila kucing dah selesai tiba giliran ayam pula mengambil tempat. kadang-kadang terdapat telor ayam diatas keretaku. Tuan ayam dah pesan kalau bertelor atas kereta makanlah telor tu. Jadi rezeki juga dapat makan telor ayam kampong.

Aku belek tin yang disebur tadi. " Berapa harga dia ". Aku bertanya. " Dekat abang saya RM25 ". kata pemuda india. " Apa RM25. Saya pernah beli sebelum ni harga dia RM10 saja ". Lepas kata aku bisik pada isteri yang aku beli pada tahun 90an. " Macam inilah kalau RM15 saya beli ". Ternganga pemuda india bila aku minta harga begitu. " Oyo bang mana boleh macam tu. Rugilah saya. Macam ini saya kasi sebotol RM20 ". Akhirnya aku menolak secara elok lalu masuk kedalam kereta. Pemuda india mengetuk cermin kereta. Ketika itulah aku teringat sewaktu bersama sepupu nak mengubat ketua gangster. Dia mengajak aku membaca ayat, " Rabbish rahli sadri.....". katanya untuk melancarkan lidah agar tidak terasa takut dan kekok. Setelah selesai aku membaca ayat tersebut aku keluar dari kereta semula.

" Macam ini bang. Abang beli 3 dengan harga RM50 dan saya bagi sebotol free ". Tegaru-garu pemuda india tersebut sambil mengira kembali dalam bahasa tamil. Aku tersenyum kepada isteri. " Boleh la bang. Jadi sebotol harganya RM12.50 ". Kata isteriku. " Ok saya ambil 4 botol dengan harga RM50 ". Sambil mengeluarkan wang. Pemuda india belum mahu menyerah botol tersebut. Dipanggilnya rakannya. Datang pula lagi 2. Sambil 3 orang bercakap isteriku mengajak pergi. Katanya dah nampak pelik. Aku masih berdiam diri dan bertenang. Datang salah seorang dari mereka yang berbadan tegap. " Bang kawan saya silap kira tadi. Sebenarnya 4 botol RM60 bukannya RM50 ".

Akhirnya sekali lagi aku menolak secara lembut. Bukannya aku terlalu inginkan benda itu tapi yang aku tertawan ialah kegunaannya. " Tak apa kalau macam tu saya tak jadi beli. Saya hanya ada RM50 saja. kalau you tak boleh beri harga tu pun saya tak marah ". Lembut sungguh aku mengatur ayat. Pemuda india bercakap-cakap dalam bahasa tamil sesama mereka. Akhirnya, " Ok la bang. Saya jual juga 4 botol RM 50 ". Aku terus memberi wang dan masuk kedalam kereta. Kami melihat pemuda india yang berbadan tegap asyik menampar kepala rakannya. " Depa tersilap kut bang. Sebab tu depa tampar kepala kawan depa ". Aku terus memandu kereta melintasi pemuda india yang memerhati akan kami. : Bukan tersilap tapi untung tak banyak ".

Monday, October 25, 2010

Dayus Lelaki Bersikap Begitu

Sudah 13 jam aku bertugas dari 24 jam. Entah kenapa perut asyik meragam kelaparan. Aku mengambil keputusan untuk keluar membeli makanan. Ditakdirkan jalan yang aku lalui ada pasar malam jadi jenuh la mata memilih beraneka jenis makanan. Dalam banyak makanan dijual, aku hanya terpikat kepada satay. Setelah membeli sebanyak 10 cucuk aku pulang semula ketempat kerja. Aku berhenti di lampu isyarat. Selang 3 biji kereta aku melihat pasangan sedang bertengkar didalam kereta. Silelaki kelihatan menunjuk-nunjuk jari kearah pasangannya. Namun pasangannya hanya mendiamkan diri.

Dalam hati aku berkata lantak kau orang la nak bergaduh. Lampu menyala hijau. Kereta itu terus memecut. Tiba-tiba kereta berhenti lalu keluar silelaki menuju kepintu pasangannya. Dibukanya pintu lalu diheret keluar lalu menampar dan menendang pasangannya. Pasangannya yang bertudung hanya mampu menahan kesakitan. Entah kenapa secara automatik aku terdetik berdoa agar Allah melumpuhkan kaki lelaki itu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Uniformku membataskan segalanya. Kalau aku berhenti dan menegur tentu akan berlaku ketegangan dan akhirnya mungkin insiden lain yang akan berlaku.

Padaku memang lelaki begini dayus orangnya. Pasti mereka merupakan pasangan suami isteri. kalau kekasih sudah pastinya diberhentinya kereta lalu memujuk akan kekasihnya. " Jangan begini sayang. Marilah kita selesai masalah ini bersama ". Kalau adik atau anaknya diperlakukan begini bagaimana perasaannya. Aku cerita kepada isteri apa yang terjadi dan sumpahku. " Abang sumpah macam tu dekat dia. Kalau betullah Allah makbulkan doa abang macam mana ". Isteri aku meluahkan kerisauannya. " Entahlah abang pun secara tiba-tiba berdoa macam tu. Allah berikan kaki kepada kita bukan untuk menendang mereka yang banyak berjasa kepada seorang lelaki yang bergelar suami ". Terdiam isteriku mendengar akan kata-kataku.

Aku pun sehingga sekarang masih belum menarik kembali doaku. Walaupun aku pun jenis lelaki kasar yang pernah suatu ketika mempunyai sikap panas baran tetapi belum pernah terlintas dihati nak melakukan begitu. Rugilah manusia yang dianugerah panca indera menggunakannya untuk memuaskan hatinya. Berbincang merupakan jalan yang terbaik. Mengapa memilih jalan yang singkat. Fikir-fikirkanlah

Friday, October 22, 2010

Bukan Seronok Tapi Syukur

Pagi ini sebelum aku ketempat kerja, aku singgah di pusara isteriku. Sudah seminggu aku tak kesana akibat tuntutan tugasku. Hanya doa dari kejauhan saja yang dapat aku hadiahkan kepadanya. Suasana pagi di dalam kawasan perkuburan begitu mendamaikan hati ini. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Hari ini bukan aku keseorangan. Ada individu lain yang lebih awal dari aku. Dari kejauhan aku dapat mendengar akan bacaan surah yasin. Masing-masing dengan bacaan tanpa memperdulikan siapa yang datang.

Aku marapati pusara isteriku. Sayu hati ini bila melihat rumput mulai tumbuh diatas pusara isteriku. " Siti abang minta maaf kerana agak lama tak datang ". Aku bercakap sendirian seolah-olahnya isteriku dapat mendengar. Rumput mulai menutupi pusara isteriku. Aku mencabutnya perlahan-lahan sambil membaca ayat suci al-quran. Insyaallah Ahad ini aku pasti akan datang kembali membersihkannya. Agak lama aku tidak bertemu dengan rakanku yang ditugaskan mengorek liang lahad. Selalunya dia akan memaklumkan kepadaku andaikata kubur isteri, ayah dan anakku ditumbuhi rumput.

Selesai berdoa aku terus beredar untuk ketempat kerja. Aku berjumpa dengan rakan lamaku. Dari kata-katanya tahulah aku yang isterinya baru meninggal sebulan yang lepas akibat cancer. Menangis dia tatkala menceritakan akan kisahnya kepadaku. Aku amat mengerti akan kesedihannya. Aku juga seperti dirinya bila isteri meninggal. Kini sudah hampir 2 tahun peristiwa itu berlalu. Hanya kenangan dan blog inilah tempat aku melepaskan rinduku. Katanya anak-anaknya masih lagi kecil. Mereka memerlukan seorang ibu tapi dia amat takut kalau dituduh terlalu awal mencari pengganti. Hidupnya terlalu sunyi. Dia pula tidak pernah bermain perasaan dengan wanita lain.

Aku menceritakan akan kisahku kepadanya. Terdiam dia bila mendengar akan ceritaku. " Ariff seronoklah dah ada pengganti ". Katanya. " Bukan seronok tapi syukur sebab Allah masih memberi nikmat untuk kali yang kedua. Allah memberi ujian kepada kita tanda sayangnya Allah kepada kita. Cuba kita bayangkan ketika kita ditimpa musibah, akhirnya kepada Allah juga tempat kita bergantung sebab kita tahu tak ada orang lain dah yang boleh membantu kita. Cuba kalau kita tidak diduga begini. Masjid yang begitu hampir dengan kita pun kita buat tak endah. Masjid buat program kuliah pun kita tak hadir ". Terangguk-angguk kepala rakanku mendengar celotehku. Akhirnya sebelum kami berpisah aku menasihati rakanku agar perbanyakkan doa kepada Allah. Amat rugi orang terlalu sombong tidak mahu meminta kepada Allah sedangkan Allah menyuruh kita agar minta. Setelah berjabat salam kami membawa diri masing-masing. Hati dan minda aku terasa begitu tenang melangkah masuk kepejabat seolah-olahnya aku dapat bertemu dengan kekasih hati.

Thursday, October 21, 2010

Lagi Kes Pembuangan Bayi

Tak baik berdosa tau. Siapa punya kerja ni yang buang bayi. Tak mahu mengaku anak pula !!!!!!!

Bapak Rajin Ya

Adalah menjadi rutinku bila pulang dari kerja syif malam aku akan pastikan rumah dalam keadaan bersih. kasihan isteriku tidak sempat mengemas. Setelah mop dibahagian dapur aku membuka pula mesin basuh. Baju yang sudah dibasuh isteriku masih belum di jemur. Diluar rumah pekerja indonesia sedang membuat bilik atas arahan tuan rumah. Bilik itu akan dijadikan stor simpanan barang bila mereka berpindah kesini. Aku terpaksa meletakkan kereta diluar saja memandangkan sudah tidak ada lagi ruang.

Aku terus membawa keluar bakul yang berisi baju untuk di jemur. Pekerja indonesia tersenyum dan bercakap dalam bahasa jawa yang sedikit sebanyak dapat aku fahami maksudnya. Mereka sedang bercakap tentang aku bila melihat aku menjemur pakaian. setelah selesai kerjaku, aku disapa oleh seorang pekerja. " Bapak rajin ya. Jemur pakaian ". Aku tersenyum mendengar pujian darinya. " Biasalah siapa lagi kalau bukan suami yang membantu isteri ". Jawab aku selamba saja. " Pak kalau kami warga indon, kerja ini dilakukan oleh isteri saja. Lelaki enggak buat kerja itu ". Jelas pemuda itu. " Biar bener. Itu lelaki ego namanya. Tidak salah kita membantu isteri kita. Islam menggalakkan umatnya saling membantu ".

" Zaman sekarang isteri turut membantu suaminya mencari rezeki yang halal. Bila pulang kerumah harus pula meneruskan kerja rumah sedangkan kita sebagai suami bila pulang dari kerja boleh berehat. Isteri pulang dari kerja perlu memasak untuk keluarga. Jadi enggak salah kita ringankan sedikit beban dengan membuang ego kita ". Aku bercakap bagaikan seorang ustaz yang berada di hadapan anak murid. Terdiam pemuda indon tadi. Mungkin tidak ada modal lagi untuk menyanggah kata-kata aku. " Sebenarnya kita tidak perlu merasa malu kalau membantu isteri kita. Islam memandang mulia akan sikap ini ". Aku terus memberi ceramah kepada mereka. Jadilah walaupun pendek namun padaku aku sampaikan walau satu ayat.

Wednesday, October 20, 2010

Manusia Hanya Mampu Merancang

Ketika aku berada dirumahku, jantungku bergerak begitu pantas sekali. Naluriku berkata mungkin ada perkhabaran berita yang aku akan terima. Begitulah yang selalu aku hadapi tatkala akan berlaku sesuatu. Aku tidak lama berada dirumahku. Aku bergegas pulang kerumah isteriku yang setahun lebih aku bersamanya. Setibanya dirumah seperti yang telah aku jangkakan kelihatan 3 orang sedang berbicara sesuatu dengan isteriku. Setelah bersalaman dengan mereka, aku diberitahu yang rumah yang aku duduki selama ini akan dihuni kembali oleh anak tuan rumah dan ini bermakna kami terpaksa mencari alternatif lain. Dari maklumat isteriku rumah yang mereka telah diami kini telah menjangkau 16 tahun semasa arwah suaminya masih ada.

Terdiam aku sambil memikirkan bagaimana disaat ini aku terpaksa mencari rumah baru untuk diduduki. Tak ku sangka yang aku terpaksa menghadapi saat ini. Ketika aku bersama dengan arwah Siti Aishah kami dapat membeli sebuah rumah yang tidaklah sehebat mana. Aku berkata kepada arwah isteriku, " Siti inilah harta yang dapat abang beri kepada Siti dan anak-anak. Jikalau abang tiada jagalah rumah ini dengan baik ". " Terima kasih bang. Insyaallah bang kita akan menjaganya bersama ". Ucapan terima kasih dari arwah Siti Aishah membuat hati aku begitu bersyukur. Siti Aishah tidak cerewet akan keadaan rumah. Rupanya aku bermimpi disiang hari. Siti Aishah tidak sempat untuk terus memiliki rumah kami. Namun aku menyakini yang Siti Aishah telah mendapat rumahnya yang amat mulia disisi Allah swt.

" Nah sama-samalah kita berdoa agar Allah permudahkan kita membeli rumah baru ". Aku beritahu pada isteriku. Aku amat terkesan dengan peristiwa ini. Tak kusangka diumur begini aku masih lagi bergelut mencari tempat dari hujan dan panas mentari. Melihat aku termenung memikirkan hal rumah, isteriku merapatiku. " Sabarlah bang. Nah sudah merasai banyak kali. Semasa hidup bersama arwah suami. Sudah berapa kali kami berpindah randah ". Aku melihat airmata bergenang dikelopak matanya. Memang benar akan kata-kata isteriku. Aku begitu menyanjunginya disebabkan kesabaran yang telah ditempuhinya berbanding aku.

Tatkala arwah suaminya meninggal, anak-anaknya masih kecil. Terlalu awal untuk berpisah dengan ayah mereka. Namun semangat seorang ibu amat kuat demi untuk membesarkan anak-anaknya. Aku pernah melihat bagaimana isteriku ketika itu menarik beg yang dipenuhi dengan tepong kekedai untuk berniaga. Namun aku tidak dapat melakukan apa-apa sebab ketika itu aku bersama Siti Aishah. Hanya perkataan kesihan yang mampu keluar dari mulut aku. Setelah bertahun lamanya dia bersabar dengan dugaan yang Allah berikan akhirnya dia masih mampu berdiri megah setelah menongkah arus cabaran hidup. Sudah berapa kali mereka yang bersimpati dengannya ingin mengambilnya sebagai calun isteri. Namun ditolaknya dengan baik atas alasan tidak layak dan anak-anak masih kecil.

Aku belajar bersabar setelah mengetahui bahawa isteriku lebih menderita hidupnya ketika diuji. Namun dia menerima ujian itu tanpa sangkaan buruk terhadap Allah. Diraut wajahnya tidak mengambarkan dia mempunyai masalah. Padaku dialah wanita contoh dan aku begitu bersyukur mendapat isteri setabah dirinya. Abang kagum padamu isteriku Rosnah.... Inilah anugerah kedua Allah berikan kepada abang.

Monday, October 18, 2010

Bawah 10 Minit Free

Pagi ini setelah menghabiskan tugas malam dan terus ke Hospital Pantai Mutiara untuk membuat follow up checkup. Malas rasanya nak pulang kerumah dan menyalin pakaian. Aku menghampiri pos keselamatan dan mengambil tiket untuk memparkir keretaku. " Nak buat check up pun kena bayar juga ke ". Aku bertanya lelaki yang memberi tiket. " kena encik tapi tak apa encik boleh minta dicopkan ". Beritahu lelaki tadi. Alhamdulillah doktor amat berpuas hati terhadap aku tentang penjagaan makanan. Selesai mengambil ubat lutut aku terus ketempat cop. Kertas pun dicop dan aku ke kereta. Ketika berada depan penghadang parkir aku menghulurkan kertas tadi. " RM1 encik ". Terkejut aku bila diminta bayar duit.


" Saya dah cop apasal kena bayar ". Aku bertanya pengawal tadi. " Encik kalau park bawah 10 minit memang free ". Aku tertawa mendengar jawapan kartun oleh pengawal tersebut. " Mana ada orang park bawah pada 10 minit. Semua datang mesti ada hal. Waa...you orang banyak untung la " Aku memerli akan pengawal yang hanya mendiamkan diri. Sebulan yang lepas aku menerima panggilan talipon dari pihak hospital. Katanya nak survey tahap perkhidmatan mereka. Dia meminta aku menyebut ok atau tidak. Banyak yang aku sebut ok saja. Akhirnya dia berkata, " Terima kasih encik kerana sudi menerima perkhidmatan dari pantai Hospital. Saya nak tanya adakah encik akan rekomen kepada kawan-kawan atau sanak saudara agar ke pantai Hospital ". Aku menjawab tidak. Terkejut dia dengan jawapan aku dan bertanya kenapa. Aku berkata yang bayaran yang dikenakan oleh Pantai Hospital amat tinggi jika dibandingkan dengan kepakaran yang disediakan. Terdiam dia lalu mengucapkan terima kasih.

Aku sedang menanti pula panggilan seterusnya sebab aku merupakan pengguna yang kerap kesana. Ini disebabkan kami adalah panel mereka. lagipun ia berdekatan dengan rumahku.

Sunday, October 17, 2010

Bila Hati Sudah Tertawan

Tatkala isteriku pulang dari berniaga, aku melihat wajahnya menampakkan kemuraman. Aku terus kedapur dan buatkan air kosong bagi menghilang dahaga dan keletihan. Setelah duduk berehat dia pun memulakan ceritanya. katanya ada seorang lelaki yang amat aku kenali dan dan berumur dalam linkungan umur yang sama berjumpa dengan isteriku. Terus dia bertanya isteriku andaikata anak gadisnya yang menolongnya digerai sudah ada yang punya. Dalam kehairanan isteriku bertanya untuk siapakah gerangan orang sudah tertawan dengan anak gadisnya. Katanya untuk dirinya. Katanya lagi dia nak mengikat tali pertunangan dengan anak gadis kami.

Aku yang mendengar beristighfar panjang. Sudah mempunyai 2 orang isteri dan masih mencari lagi untuk menambahkan kuota. Sepatutnya dalam umur begini perbanyakkanlah amal kita bak kata pepatah rumah kata pergi kubur kata mari. Jangan kita mengandaikan yang bila duit sudah banyak, kita boleh membeli apa saja. Aku masih ingat ketika baru berumahtangga dengan isteriku, dia menceritakan yang pernah suatu hari ketika dia memasuki keretanya setelah membeli barangan dipasar, tiba-tiba pintu kereta dibuka. Tergamam isteriku bila orang yang berada disebelahnya yang amat dikenali merayunya agar menerimanya untuk dijadikan isteri kedua. katanya, "Siang dan malam saya tak boleh pejamkan mata. Asyik dok teringat dekat Rosnah saja ". Kini bila aku berjumpa dengan orang itu dia pasti menundukkan mukanya. Mungkin malu andaikata aku sudah mengetahui akan rahsianya. Kalau program masjid dia lah menonjol.

Aku tersengih mendengar cerita isteriku. Patutlah bila selesai aku diijab kabulkan, kakak dan abang ipar mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima adik mereka. Mereka tahu yang kehidupan adik mereka diselubungi dengan dugaan. Kini sudah ada orang yang mengambil berat akan adik mereka. Dalam bergurau aku berkata kepada isteriku, " Kira abang ni bertuahlah. dalam banyak orang yang mengimpikan Nah, abang yang tersangkut ". Malu isteriku bila aku berkata demikian. Pernah arwah Siti Aishah menceritakan yang ramai kaum wanita merasa marah kepada suami mereka kerana asyik makan roti canai dan nan digerai isteriku. Berkata arwah isteriku, " Mengapa dimarahi kepada kak Rosnah. Dia mencari rezeki yang halal ".

Walaupun aku seorang lelaki, aku sendiri tidak mengerti akan jenis apa bila lelaki yang suka menambah calun isteri. Marah isteriku semasa menceritakan peristiwa itu. " Tu nak kahwin kerana nafsu bang. Bukannya apa ". Memang betul apa yang telah diperkatakan oleh isteriku. kedua-dua isterinya amat cantik dan mempunyai ketrampilan. Apa lagi yang dicarinya. Setiap kali bila bertemu dengan isteriku dia pasti bertanya, " Rosnah bahagiakah dengan Budiman ". " Dia tak bahagiakah dah ada dua isteri yang cantik ". Isteriku menamatkan ceritanya dan terus kedapur untuk memasak pula. Sekali sekala kena dengar juga luahan hati seorang isteri.

Friday, October 15, 2010

Taklimat Bakal Haji

Aku menerima panggilan talipon dari pejabat yang mengatakan bahawa nama aku telah dilih untuk sesi taklimat bakal haji selepas solat fardhu jumaat. Hairan juga mengapa aku yang dipilih. " En Ariff kan baru mengerjakan umrah jadi amat sesuailah untuk mendengar taklimat pula. Ala tak apa abang Ariff cuma pergi dengar saja ". Aku akur dengan arahan ini. Nanti kalau diengkar arahan ini KPI pula menurun dan hasilnya bonus akan berkurangan. Aku cerita kepada isteriku. " Tak apa la bang pergilah. Manalah tau TNB nak sponsur abang pula ke Mekah ". Aku tertawa mendengar akan kata-kata ini. " Bertuahlah staff TNB kalau di sponsur ke Mekah ". Aku menjawab kembali sambil memakai uniform. Selepas solat Jumaat aku bergegas ke pejabat yang akan bermula pada jam 2.45 petang. Bila dibuka saja pintu makan rakan-rakan yang lain terkejut melihat aku. " Bila Ariff bertolak ". Tanya seorang rakan. " Saya akan bertolak pada tahun 2020 ". Jawab aku sambil tersenyum.

Kami yang datang adalah pelengkap kepada sesi taklimat dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yang telah mendapat jemputan oleh Allah. Aku masih ingat sewaktu mendaftar untuk mengerjakan haji dengan arwah isteriku. Akhirnya kami mendapat sekeping kertas bertulis tahun 2020 kami akan kesana. " Tak apa encik. Kalau duit encik sudah cukup encik boleh buat rayuan ". Kata petugas tabung haji. Begitu gembira arwah isteriku menceritakan kepada jiran-jiran. Akhirnya tidak kesampaian juga. Aku kembali sekali lagi ke tabung haji. " Encik, isteri saya Siti Aishah telah meninggal. Kami daftar untuk menunaikan haji dan dapat pada tahun 2020. Boleh kah saya gantikan isteri saya yang baru menggantikan Siti Aishah ". Staff tabung haji melihat akaun kami di skrin komputer. " Maaf lah encik. Tempat tak boleh ditukar ganti tapi kalau encik dapat panggilan encik boleh membuat rayuan untuk bersama isteri ". Lega aku mendengar penerangan staff tabung haji.

Begitu jauh fikiran melayang sehinggakan penceramah berada didepan tidak aku dengari. Cepat-cepat aku fokus kembali sesi taklimat. Kalau aku tak pergi pun sekurang-kurangnya ilmu mengenai haji dapat juga aku pelajari. Sesiapa yang belum lagi mendaftar untuk ke Mekah, bila mendengar saja taklimat ini pasti terdetik dihati yang suatu hari akan ke sana juga. Begitu juga aku. Terasa rindu dengan Masjid Nabawi, Baitullah, Maqam Rasul dan sejarah peperangan islam. Aku pernah berkata kepada isteriku Rosnah yang aku tidak akan ke Mekah bersendirian. Aku akan pastikan yang isteriku berada berasamaku. Aku lebih tenteram bersama isteri.

Setelah selesai sesi taklimat, kami ke sesi jamuan pula dan itulah rezeki kami. kelihatan mee kari, roti jala dan kuih muih yang membuka selera. Aku mengambil mee kari. Sambil makan aku terbayang muka isteriku Rosnah. kalaulah dia tahu aku makan mee kari pasti dimarahinya. Nak dijadikan takdir arwah isteriku juga begitu. Jika aku makan saja mee dia akan berdoa macam perli aku semoga lutut aku sihat. Sebabnya ialah kalau aku makan saja mee maka keesokan harinya pasti aku terhincut-hincut. Kataku isteriku Rosnah sedap di mulut sakit di lutut.

Setelah kenyang aku berangkat ketempat kerja. Aku menalipon isteriku menceritakan tentang sesi tadi. " Nah..abang makan mee kari tadi ". Slow saja aku mengatur ayat. " La abang makan mee ka. Ya Allah moga-moga lutut abang ok ". Aku tertawa gelihati bila memikirkan ayat yang sama juga dikeluarkan oleh isteriku. Sebab itulah kadang-kadang fikiran aku cepat melayang bila ada ayat yang dikeluarkan oleh isteriku mempunyai persamaan dengan arwah isteriku. " itu yang abang marah sangat ni. Macam mana depa boleh buat mee ". Sengaja aku buat lawak sikit sebab aku tahu dia pasti melatah. " Tak ada ka makanan lain. Abang makan mee ". " Ada roti jala dan kuih ". Jawab aku sambil ketawa. " Ha..itu yang betoi. Abang tak boleh pisah dengan mee. Semoga abang pulang dari kerja nanti kaki tak terhincut-hincut ". Aku hanya tertawa. " Insyaallah i'm ok ".

Thursday, October 14, 2010

Berapa Peratus Untuk Pasangan Kita

" Nah..petang nanti selepas selesai buat kerja dapur jom kita pergi jogging. Lama juga kita tak bersenam ". Aku bersuara kepada isteriku. " Bagus juga idea abang ni. Perut Nah pun dah naik sekarang ni ". Balas isteriku. " Hah...dah naik. Aii..ni naik sebab lain kut ". Aku menyakat isteriku. Itulah kerjaku setiap hari. Kalau tidak menyakat sehari tidak sah. " Abang jangan dok syak macam-macam. Tak ada apa la. Asyik makan dan tidur saja mau tak naik perut. Perut abang pun dah menonjol sekarang. Entah-entah menonjol sebab lain ". Last sekali aku pula disakat oleh isteriku. Itulah yang paling aku suka. Tidaklah aku berkomunikasi hanya sehala sahaja. Aku masih lagi dapat membayangkan wajah arwah isteriku ketika aku menyakatnya. Tertawa geli hati dengan gelagat aku. Walaupun muka nampak garang tapi hati baik be.....

Aku mengambil keputusan menggunakan kereta sahaja. kali ini aku nak bawanya jauh sedikit dari rumah. Selalunya kami hanya bersenam di padang berdekatan rumah kami. Sambil memandu aku mencari siaran radio kedah FM. Selalunya Kedah FM membincang banyak topik. " Selamat datang ke Radio kedah FM. Kali ini kita akan membincang topik Berapa peratus kita nak bagi dekat pasangan kita. Sila dail ketalian........ ". DJ bertugas memulakan tugasannya. Padaku isu ini amat menarik sekali. Selepas selesai lagu dimainkan maka panggilan pertama dijawab, " Assalamulaikum puan. Berapa peratus puan nak bagi kepada suami puan " Tanya DJ. " Dulu masa kahwin kak bagi 100 %. lani kak bagi 50 % saja ". Jawab pemanggil. " La awat rendah sangat akak bagi dekat suami ". Tanya DJ. " Ya la. Masa tengah bercinta setiap hari mesti sebut ayang. lepas kahwin rajin juga keluar makan. La ni bila dah tua dia panggil akak dengan panggilan Mah oiiii. Pula tu dia asyik tidur saja. Nak ajak berjalan pun payah ".

Gelihati kami berdua dengan gelagat pemanggil tadi. Terasa seronok pula dengan isu ini. Sedar-sedar kami dah sampai ketaman rekreasi. " Tunggu sat bang. Kita dengar radio dulu ". Pujuk isteriku. Panggilan yang kedua pula diterima. " Assalamualaikum puan. Ok berapa peratus puan nak bagi dekat suami puan ". DJ memulakan bicaranya. " Saya bagi 20% dekat suami saya ". Jawab pemanggil. " La akak tadi bagi 50%. Puan pula bagi 20% pasai apa ". Soal DJ. Bertambah rancak rancangan ini. " Semenjak dia kahwin lain hati saya dah tawar. Memang la dia suami saya tapi kepercayaan saya pada dia menurun. Cuba bayangkan saya nak lihat handset dia pun tak boleh. Sebagai seorang isteri tak boleh ka kita nak melihat-lihatnya. Nak masuk dalam bilik air pun bawa handset. Bagaimana perasaan DJ isteri DJ buat macam tu. Sambil makan pun nak ber sms ". Sebak sedikit nada pemanggil tadi.

" Err...maaf puan. Suami puan kerja apa ". Soal DJ. " Dia kerja pembantu makmal ". Jawab pemanggil. DJ cuba berseloroh takut isu menjadi tegang terus berkata, " Mungkin kerja dia penting sebab itulah kena ada ramai kenalan. Dia kena cakap berahsia takut berlaku kebocoran soal kerja ka ". kemudian cepat-cepat dipintas oleh pemanggil tadi. " Orang jantan ni dia tak rasa apa. Dia tau seronok saja. Sebab tulah dia boleh kahwin 2 & 3 orang. kami yang kaum wanita ini yang menanggung seksa. Saya dah kena saya tau la ". Marah pemanggil wanita tadi. " lagu tu no. Ok kepada anda yang masih mendengar sila dail lagi untuk membicarakan topik ini ". Cepat-cepat DJ menukar topik takut terus menjadi tegang. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk keluar berjogging. Pusing 2 kali bukit membuatkan badan berpeluh dan terasa segar.

Kepada pembaca WN. Cuba kita bayangkan wajah pasangan kita masing-masing. Secara jujurnya berapa peratuskah yang kita akan beri kepada pasangan kita. Tepuk dada tanyalah iman kita. Aku bertanya kepada isteriku berapa peratus dia nak beri kepadaku secara jujurnya. " Masa lepas kahwin Nah bagi tak banyak sebab tak tahu hati budi abang. Kini Nah bagi abang 100 %. Abang pula berapa nak bagi dekat Nah ". Tanya pula isteriku. " Abang bagi Nah 150 % sebab Nah banyak membantu abang pulih kembali ". Tersenyum dia menerima peratusan yang tinggi dari aku dan sememangnya dia memang layak diberi begitu.

Wednesday, October 13, 2010

Baru Terasa Begitu Hampir dengan Allah

Sementara menanti waktu isyak, aku penuhi dengan membaca Al-Mathurat. Isteriku duduk bersebelahanku sambil mendengar akan ayat-ayat yang aku baca. Selesai membaca aku melihat muka isteriku seolah-olahnya ada persoalan. " kenapa Nah. Ada masalah ke ". Dia hanya diam sambil memerhati aku. " Dulu abang pernah berjanji nak cerita pada Nah mengapa abang memilih Nah sedangkan masih ramai lagi diluar sana yang mampu abang miliki ". Rupanya aku tertunggak cerita bagaimana aku boleh melamarnya dan kini telah setahun lebih kami melayar bahtera bersama dengan penuh kasih sayang. " Begini Nah. Lepas solat isyak dan selepas makan insyaallah akan abang cerita dari mula hingga kita disatukan ".

Selepas selesai solat isyak berjemaah kami makan malam bersama. Sambal tumis jawa yang sudah lama dibekukan dipanaskan kembali. Itulah selalu yang aku lakukan pada sambal tumis. Aku buat berlebihan dan diletakkan didalam peti sejuk. Bila teringin saja hanya panaskan dan sudah boleh dimakan. Alhamdulillah walaupun sedap aku hanya menjamah sepinggan nasi saja. Tidak elok makan terlalu banyak diwaktu malam. Kini waktu yang dijanjikan telah tiba. " Sebelum abang cerita boleh tak Nah bancuh kopi arab ". Aku tidak pernah miss minum kopi arab dari syarikat AZI.

Setelah meneguk sedikit kopi arab, aku pun memulakan cerita. Seperti dalam sebuah drama aku flashback kembali kisah lalu...." Seminggu sebelum kematian Aishah, sudah beberapa kali dia berpesan kepada abang... Abang kahwin lain jikalau Siti sudah tiada, Siti redho bang. Abang hanya pekakkan telinga abang. Abang tidak mahu mendengar perkataan itu. Sambil mengelap darah yang keluar dari mulutnya abang cuba tenangkan dirinya jangan berfikiran begitu. Sebenarnya Nah, abang takut untuk ditinggalkan oleh Aishah. Abang tidak sanggup berpisah selama-lamanya dengan Aishah ". Aku mengesat airmataku. " Setelah didesak Aishah akhirnya abang sengaja mengiakan permintaanya. Kata abang insyaallah. Kita merancang dan Allah juga merancang untuk kita namun perancangan Allahlah yang terbaik ".

" Akhirnya Nah abang tak dapat melawan takdir. Aishah pergi meninggalkan abang. Waktu itu abang rasakan yang abang juga telah mati bersamanya. Abang tak dapat menerima kenyataan ini. Apabila mayat Aishah berada didalam dewan sudah beberapa kali abang mencium dahinya. Setelah habis bacaan quran, abang akan cium dahinya. Dengan senyuman yang menguntum dibibirnya seolah-olahnya gembira menerima ciuman dari abang. Setiap kali abang cium dahinya abang akan berkata bahawa tempat Aishah adalah di syurga. Abang telah ampunkan Aishah walaupun pada abang Aishah tidak pernah melakukan kesalahan ". Kini airmata isteriku Rosnah pula yang berguguran. " Setelah jenazahnya disemadikan abang ingin tinggal saja dikubur menemaninya tetapi anak-anak mengajak pulang dan abang akur akan permintaan mereka ".

" Bila berada dirumah, hidup abang tertekan. Abang terlalu rindukan Aishah. Rumah abang terlalu sunyi ketika itu. kami anak beranak ketika itu lebih suka menyendiri. Masing-masing masih lagi terkesan dengan kematian Aishah. Apa yang boleh abang lakukan ketika itu ialah mengambil wuduk dan solat dan dihabiskan dengan membaca al-quran. Ketika melakukan solat, abang dapat rasakan yang abang terlalu hampir dengan Allah. Selalunya bila melakukan qiamullail bersama jemaah surau tidak terasa begini. Waktu tu Nah, sudah beberapa minggu abang tidak menjamah nasi. Emak dan mak mertua abang kerap menalipon mengajak abang kerumah mereka namun abang tidak ada selera langsung. Abang lebih suka menyepi dari bergaul dengan adik beradik ".

" Abang jarang berinteraksi dengan anak-anak ketika itu. Abang lebih suka melayan perasaan abang. Sudah sebulan Aishah pergi dan abang masih seperti dulu. Diam dan termenung merupakan kegemaran abang. Perubahan diri abang dapat dirasai oleh kaum keluarga. Mereka mula menampakkan kerisauan. Pada suatu malam abang bangun untuk bersolat tahajjud. Abang membuka pintu bilik anak-anak. Bila melihat anak-anak tidur ketika itu abang menangis teresak-esak sebab sudah sebulan abang mengabaikan mereka. Mereka juga turut sedih diatas kematian ibu mereka dan bila melihat pula keadaan ayah mereka tentu jiwa mereka lebih tertekan. Selepas solat abang memohon ampun kepada Allah. Abang telah abaikan anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang selepas ketiadaan emak mereka. Masa itu hidup abang terlalu sunyi. Pergi kerja tidak ada yang menghantar. Pulang kerja tidak ada pula yang menyambut. Hanya airmata saja yang sudi menemani abang ".

" Akhirnya abang berdoa kepada Allah, ' Ya Allah ya tuhanku. Aku redho segala ujian yang aku terima ini walaupun padaku ia terlalu berat. Ya Allah hidup aku terlalu sunyi selepas pemergian Siti Aishah. Kau tempatkannya bersama para solihin. Ya Allah andaikata ditakdirkan aku bertemu jodoh, kau berikan jodohku seorang wanita yang solehah seperti Siti Aishah yang dapat membimbing aku serta anak-anak. Begitu mendayu abang bermunajat kepada Allah. Abang merasa terlalu nikmat beribadah kepada Allah yang selama ini abang pinggirkan. Jarang-jarang abang lakukan solat malam. Kini hampir setiap malam abang bermunajat kepada Allah dan setiap malam jugalah doa ini yang abang ucapkan ".

" Suatu hari perut abang terlalu lapar lalu abang teringat akan pasar malam. Abang hendak mencari sesuatu untuk mengalas perut. Bila tiba dipasar malam, abang tak tahu nak beli apa. Pergi hujung tak rasa berkenan dihati. Abang patah kembali. Juga begitu. Tak ada yang tersangkut dihati. Ketika itulah abang terpandang Nah menjual nasi tomato. Sebelum ini kalau abang datang bersama Aishah, abang hanya melihat saja Nah menjual nasi. Tak pernah terlintas nak membelinya. Kini seperti ada sesuatu yang membuat abang pergi kearah Nah. Tatkala Nah menghulurkan nasi sambil tersenyum timbul satu perasaan anih pada diri abang. Terasa yang abang seperti sudah jatuh hati pada Nah ". Tersenyum meleret isteriku bila aku berkata jatuh hati kepadanya time tu.

' Abang pendamkan perasaan abang ketika itu. Siapalah nakkan abang. Rupa tak ada. Kulit pula gelap " Tertawa isteriku bila aku berkata demikian. " Pulang kerumah seperti selalu sebelum tidur abang pasti melakukan solat dahulu dan berdoa. Doanya tetap sama. Malamnya abang bermimpi abang dan anak-anak melalui sebatang anak sungai. kelihatan ikan terlalu banyak dan berwarna warni. Kami terus berlalu. Tak berkenan langsung melihat ikan-ikan yang timbul. Bila sampai dihujung sungai kami melihat beberapa ekor ikan begitu jinak mendekati kami seolah-olahnya membenarkan kami menagkapnya. Anak gadis abang menjerit, Ayah..ayah tangkap ikan tu. Cantiklah. kita letak dalam akuarium. Anak lelaki abang terus mengambil jala berhampiran dan menagkap ikan-ikan tersebut untuk dibawa pulang ".

" Abang terkejut dari tidur. Terfikir juga apakah maksud mimpi abang. Cukup anih sekali bila difikirkan. Dalam pukul 10 pagi abang menerima panggilan talipon dari sahabat baik Aishah. Dia bertanya adakah abang ada mencari pengganti Ashah. Abang katakan yang abang masih belum lagi mencari pengganti. Lantas dia menasihati abang agar carilah calun lain. Aishah sudah tiada dan abang perlu meneruskan kehidupan abang. Katanya abang masih ada dua lagi harta yang perlu diberi perhatian. Abang katakan yang abang tak tahu nak mencari calun isteri. Akhirnya dia mencadangkan nama Nah. Menyirap darah abang bila terdengar nama Nah. Peristiwa yang berlaku malam sebelumnya abang ceritakan kepada sahabat Aishah. Hanya perkataan subhanallah yang keluar dari mulutnya. Katanya mungkin ini perancangan Allah. Dia meminta izin dari abang untuk merisik Nah. ".

" Akhirnya abang izinkan mereka merisik Nah walaupun abang tahu Nah pasti menolaknya seperti berlaku terhadap mereka yang pernah mempunyai keinginan berbuat demikian. Menanti jawapan dari Nah merupakan azab bagi abang, Tidak putus-putus abang berdoa agar Allah perkenankan permintaan abang. Akhirnya selepas 3 hari menunggu, abang menerima panggilan dari sahabat Aishah. Dalam sebaknya dia beritahu yang Nah telah menerima abang. Abang menerima khabaran ini dengan syukur dan linangan airmata sebab Nah sudi terima abang. Kaum keluarga abang juga terkejut bagaimana Nah sudi terima abang. Setelah kaum keluarga abang bermesyuarat maka akhirnya kita telah disatukan ". Aku mengakhiri ceritaku.

Aku pula bertanya isteriku bagaimana dia boleh menerima aku. Katanya sambil tersenyum, " Abang bawa 2 orang yang power. Seorang pandai berkata - kata dan seorang lagi membenarkannya '. Aku tertawa gelihati bila mendengarnya. Syukur ya Allah. Sekian ceritaku.

Ada kelibat wanita kendong anak

Kosmo hari ini masih menceritakan tentang tragedi kemalangan ngeri yang melibatkan kematian seramai 12 orang. Ada yang menceritakan tentang apa yang mereka lihat ditempat kejadian. Bagi aku memang benar seperti apa yang diperkatakan. Bukan ditempat itu saja malahan di kebanyakan lebuh raya pasti ada. Kalau kita nak pulang ke utara sebelum memasuki terowong kelihatan kelibat seorang wanita sedang duduk ditengah-tengah pembahagi jalan seolah-olahnya hendak melintas. Bayangkan kalau tiba-tiba dia berbuat begitu dan mereka yang sedang memandu terserempak sudah pasti akan membrek dan itulah kebanyakannya punca kemalangan. Susah untuk kita mempercayai andaikata kita sendiri tidak mengalaminya.


PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
_________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.

Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.

"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.

"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Monday, October 11, 2010

Masa Yang Terluang Di Manfaatkan

Sabtu lepas merupakan hari yang begitu sibuk buat aku atau hari yang sengaja aku buat sibuk. Seperti selalu seawal jam 7 aku keluar. Setelah menjamu selera di gerai isteriku maka bermulalah tawaf aku. Aku merayau-rayau di Lorong Kulit mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Akhirnya hanya buah limau yang aku beli. Aku ke kedai PC Depot untuk mencari sub woofer untuk laptop aku. Aku amat suka mendengar lagu-lagu dengan bunyian yang sedap sound systemnya. Akhirnya aku beli sound system yang berharga RM150. Aku pulang kerumah dan try dengan soundnya. Fulamak... soundnya amat mengkagumkan. Aku begitu leka mendengar lagu sambil anak jari menekan dari satu blog ke satu blog.

Akhirnya aku sendiri tidak sedar jam 12 tengahari isteriku sudah pulang dari meniaga. Tersenyum dia bila melihat aku ada dirumah. Setelah memasak untuk makan tengahari isteriku sibuk pula dengan memasak nasi tomato untuk berniaga di pasar malam pula. Aku biarkan saja rutinnya. Aku kena terima kenyataan ini. Hari Sabtu adalah hari yang sibuk buat isteriku. Tak apa aku relax mendengar lagu nasyid dan sentimental. Bunyi soundnya membuatkan kadang-kadang aku terlentok diatas kusyen. Sedang begitu leka aku mendengar muzik sehinggakan aku terlupa yang anak gadisku akan membuat rumah terbuka dan menjemput rakan-rakannya pada hari Ahad. Bergegas aku mencari bahan-bahan terutama sekali untuk laksa. " Ayah jangan lupa order satay juga sebanyak 300 cucuk ".

Setelah semua bahan-bahan dibeli, aku mengikutnya pula ke pasar malam. Entahlah aku tidak terasa boring pula dengan kehidupan baruku. Kalau sebelum ini aku begitu jarang kepasar malam tetapi kini kalau ada masa terluang aku akan bersama isteriku di pasar malam. Entah kenapa kali ini pengunjung tidak begitu ramai. Ramai peniaga pasar malam mengeluh bisnes mereka slow. " Itulah adat berniaga bang. Ada hari cepat habis dan ada hari jam 9 pun masih ada lagi nasi ". Akhirnya setelah selesai semua kami pulang dan aku pula bersiap untuk kerja malam. " Kesian dekat abang teman Nah. Ni nak pergi kerja pula ". Alhamdulillah berkat aku dengan Habbatus Sawda, aku tidak terasa letih walaupun dari jam 7 pagi aku tidak melelapkan mata.

Ditempat kerjalah aku menulis di blog. Kesunyian malam membuatkan hati aku terasa amat tenang walaupun sesekali ada yang mengganggu aku. Ahh..biarkan saja. kalau setakat mendengar ketawa mereka tak menjadi hal. Letih ketawa diamlah mereka. Bisik hati kecilku. Bila pulang kerumah isteriku dah sibuk membuat kuah laksa dan kuah kacang untuk anak aku. Syukur Ya Allah walaupun ibunya sudah tiada, dia masih lagi mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu tirinya. Setelah siap semuanya kami kerumahku untuk mengemas. Setelah mempastikan segalanya beres, kami pulang kerumah sebab selepas solat zohor isteriku mengajak ke Tanjung untuk membeli peralatan anak gadisnya pula yang akan ke KL untuk kursus ticketing. Sepanjang perjalanan mulut aku tidak henti-henti menguap. Mengantuk la tu.

Bila selesai pembelian untuk anak gadisnya pula, aku mengajak ke Restoran Kapitan. Lama tak makan tandoori. Kami disambut oleh pekerja bangladesh. Isteriku seperti biasalah tak boleh lepas dengan nasi kandar. Aku dan anak gadisnya order tandoori. Pekerja bangladesh begitu sibuk mengambil order dari kami. " Menu..menu ". Kata pekerja bangladesh. Aku sendiri tidak tahu apa nama menu tandoori. Akhirnya aku menyuruh pekerja bangladesh melihat kebelakang. " You tengok itu orang makan. You kasi sama macam dia makan ". Aku menunjuk tandoori yang dimakan oleh orang disebelah kami. Sekejap mereka memandang kearah kami apahal memerhatikan akan mereka. Tergaru-garu pekerja bangladesh. " Menu..menu ". Sambil menujuk isyarat minum. " La..dia tanya nak minum apa ka. Menu dengan menum dekat sama ". Isteriku hanya tertawa bila aku tak faham dengan pekerja bangladesh.

Sementara menunggu tandoori sampai, isteriku sempat juga menyuap aku nasi kandar. Pasangan sebelah kami asyik memerhati gelagat kami. Hairan juga kali ini isteriku tidak lagi malu. Aku pula yang malu dia kerap menyuap aku. " La abang malu ka Nah suap abang ". Anak gadisnya hanya tersenyum bila ibunya perli aku. Akhirnya aku terpaksa buka juga mulut menerima suapan dari isteriku. " lama Nah tak suap abang makan. kita jarang dapat berjumpa macam ni ". Betul juga kata isteriku. Apa yang nak dimalukan. Ini yang patut diamalkan. kalau mat saleh buat macam tu kita akan berkata mereka merupakan loving couple. Yang paling banyak dilihat ialah mereka yang belum berkahwin begitu loving sekali. Bila sudah berkahwin lantak kau la makan sendiri. Tak ada kuasa nak menyuap-nyuap. Akhirnya sampai juga tandoori yang dipesan. Aku pula mencubit ayam dan menyuapnya. Kira balas kembali suapan darinya.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki cina sedang meminta sedekah. Dari satu meja kesatu meja lelaki cina berhenti namun ada sesetengah pengunjung buat tak tahu dan ada yang menghalau. kasihan aku dengan lelaki cina. walaupun dia cina, kita yang muslim tidak patut menunjuk akhlak sedemikian. Apa la sangat dengan RM1 kalau diberikan. Akhirnya lelaki cina itu berada dihadapan aku. Aku mengeluarkan dompet lalu menghulurkan RM2. Mungkin dia kelaparan. Itu lebih baik dari mencuri. Setelah dia mendapat wang lalu dia mengangkat tangan seperti berdoa dan menunduk memberi hormat kepada kami sekeluarga. Pengunjung lain hanya memerhati akan kami. Dia terus kemeja sebelah. Seorang pemuda india terus memberi wang dan begitu juga dilakukan oleh lelaki cina tersebut.

Aku berkata kepada isteri, " Insyaallah Allah akan ganti kembali duit kita. Dia akan bagi lebih lagi ". Isteriku membenarkan akan kata-kata aku. Aku memanggil pekerja restoran menyuruh mereka mengira apa yang kami makan. Pekerja itu bertanya kami apa yang dimakan dan terus mencatit dikertas. " Sila bayar di kaunter encik ". kata pekerja tersebut. Aku terus kekaunter untuk membayar. Tanpa melihat harganya aku serahkan resit kepada cashier. " Kesemua RM23 encik ". Aku terus bayar tanpa berkata apa-apa. Kami terus pulang kerumah. Dalam kereta entah kenapa aku terfikir akan harga tadi. " Nah pasai apa kita makan dia charge murah ". Isteriku mula mengira apa yang kami makan. Kami memesan 3 set tandoori. Nasi kandar isteriku harga sebanyak RM5. Minuman dipesan ialah fresh oren, teh tarik dan teh ais. Anggaran yang patut kami bayar ialah RM30.

Aku tergaru-garu kepala bagaimana nak buat. kami tak tipu. Bila pekerja bertanya kami beritahu satu persatu apa yang dimakan. Akhirnya isteriku memberi tips. katanya, " Macam ni kalau abang kerja malam, sebelah petang tu abang pergi balik ke restoran dan tanya balik. Kalau betul salah kita boleh bayar balik ". Betul juga kata isteriku sebab kami sudah tahu ada berlaku kesilapan dalam pengiraan. Insyaallah aku akan kesana. Takut pula kalau dah makan menjadi darah daging pula.

Saturday, October 09, 2010

Suatu Hari

Ketika sedang berehat berbual bersama isteri, talipon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang perlu dibaca. Terdiam aku membacanya dari pengirim yang tidak aku kenali. " salam. Anta tak mau ka share pengalaman anta mengharungi rumahtangga yang penuh cabaran dikhalayak ramai. Sekurang-kurangnya para suami tahu untuk menghargai isteri mereka. Terima kasih ". Aku bayangkan yang pengirimnya tentu seorang wanita. Bila aku bertanya siapa dijawabnya sahabat. Terdiam aku memikirkannya. Siapalah aku untuk memberi nasihat tentang kekeluargaan. Tapi dalam minda aku juga bermain adakah sudah sampai masanya aku kehadapan semula setelah sekian lama aku mendiamkan diri.

Aku terus menalipon sahabat baik arwah Siti Aishah. Manalah tahu mungkin mereka akan mengadakan program kekeluargaan dan bersetuju agar aku dijemput. Dia sendiri tidak tahu tapi menyokong penuh andaikata aku diberi ruang begitu. Aku beritahu pula kepada anak gadisku. " Janganlah ayah. Nanti ayah juga yang akan menangis tatkala memberi ceramah ". Ada benarnya kata anak gadisku. Dia lebih tahu akan keadaan ayahnya. Dia sendiri telah melihat keadaan ayahnya tatkala diuji begitu.

Akhirnya aku mengambil keputusan agar akan menerima andaikata ada jemputan untuk slot pendek menceritakan akan pengalaman yang tidak sehebat mana jika ditawar dengan syarat ada pasangan masing-masing. Aku tertarik seperti mana pengalaman yang diberikan kepada seorang saudara baru, Mohd Syafik tempuh hari dimana beliau menceritakan tentang bagaimana mereka yang non muslim tercari-cari hidayah dan merasa akan nikmatnya setelah hidayah diterima. Sayangnya kita sebagai muslim sejati tidak bersyukur diatas pemberian Allah ini. Kita abaikan segalanya. Kita mencari yang lain daripada Allah. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga. Kadang-kadang kita tidak menyedari permata yang berada bersama kita. Akhirnya bila permata itu sudah hilang maka kita baru mentyedari seperti dalam lagu Sudirman " Baru kini ku tahu nilai cintamu ".

Friday, October 08, 2010

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Rasulullah bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba.”. Jawab iblis
“Siapa sahabatmu?” Bertanya lagi rasulullah
“Penzina.” Jawab iblis
“Siapa teman tidurmu?”. Rasulullah terus bertanya
“Pemabuk.” Jawab lagi iblis
“Siapa tamumu?” Tanya Rasulullah
“Pencuri.” Jawab si iblis
“Siapa utusanmu?” Bertanya lagi Rasulullah
“Tukang sihir.” Jawab iblis
“Apa yang membuatmu gembira?”. Tanya Rasulullah
“Bersumpah dengan cerai.”. Jawab iblis
“Siapa kekasihmu?”Terus Rasulullah bertanya
. “Orang yang meninggalkan solat Jumaat”. Jawab iblis
“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”. Tanya Rasulullah
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”. Jawab iblis

Cara Iblis Menggoda

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad?,aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar – benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.


Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, CERAI.


Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur - ulur solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk menunaikan solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, iapun menoleh. Pada saat iatu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ’solatmu tidak sah’


Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul. Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan iapun semakin taat padaku.


Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. aku katakan padaknya, ‘kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.


Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?”

Wednesday, October 06, 2010

Animal Miracles

Aku telah upload video ke You Tube tentang erti sebenar kasih sayang yang ditunjukkan oleh binatang. Manusia saling bercakaran disebabkan perbezaan politik. Allah tunjukkan nilai sebenar erti kasih sayang. Sudah berhari-hari terhendap-hendap mengambil gambar ini dan hasilnya sudah siap. Semoga bermanfaat kepada semua

Rumah Jangan Dibiarkan kosong

Sudah setahun lebih aku tinggal di rumah isteriku dan dalam jangka waktu itulah aku melihat rumah jiranku setiap hari jendela disebelah atas tertutup rapi. Mereka tidak pernah membukanya dengan alasan nanti anak mereka akan jatuh melalui jendela. Itu rumah mereka dan mereka ada hak keatas privacy mereka. Cuma aku tidak berapa setuju rumah itu diperlaku begitu. Hasil dari cerita datuk aku yang merupakan orang yang boleh mengubat apabila penduduk kampung ditimpa masalah itulah yang aku pegang. Datuk dan nenekku tinggal dihujung sawah padi berduaan. Aku cukup senang bila berada dirumah atuk. Pernah atuk menunjuk kepada aku kaedah merawat seseorang yang disengat binatang bisa. Diambilnya pelepah nenas sambil menyapu kapur dan membaca sesuatu dan menepuk ketempat yang terkena sengatan. Alhamdulillah hilang bisanya. Itu yang aku lihat bila atuk mengubat seorang lelaki. Akhirnya atuk difitnah. Mereka berkata atuk ada membela pelesit. Atuk tidak pernah meninggalkan solat. Selepas solat atuk akan berzikir dahulu. " Atuk..pasal apa atuk tinggal berdua dengan nenek. Tak takut ka ". Aku pernah bertanya atuk.

" Budiman... rumah kita jangan dibiarkan kosong. Kalau dimasjid kita berubah tempat untuk bersolat kelak diakhirat tempat itu akan menjadi saksi yang kita pernah bersolat disitu. Kalau dirumah kita berubah tempat solat, iblis tidak berani untu menapak disitu ". Begitu khusyuk aku mendengar kata-kata atuk. Biarlah masyarakat memfitnah atuk tapi aku tidak pernah melihat atuk melakukan pemujaan untuk berubat. Semuanya menggunakan Al-Quran ". Akhirnya atuk menyahut panggilan ilahi. Tinggallah nenek bersama kami. Rumah dibiarkan tiada penghuni. Setiap hari bila pulang dari sekolah aku pasti kesana. Aku terasa seperti ada mata yang sedang memerhatiku. Cepat-cepat aku pergi dari situ. Rumah itu akhirnya menyembah bumi dengan sendirinya.

Berbalik cerita rumah jiranku. Anak gadisnya telah mengandung. Setelah cukup 9 bulan maka lahirlah seorang bayi comel. Setiap malam akan kedengaran tangisan. Aku dapat rasai bahawa itu bukan merupakan tangisan biasa. Pasti ada sesuatu yang mengganggunya. Pada suatu hari datang siibu bertanya kepada isteriku dimana boleh mencari orang untuk mencukur rambut cucunya. Walaupun isteriku tahu aku boleh melakukannya namun dia tidak terus mengaku. Katanya insyaallah akan tolong cari. Itu yang aku respect dekat isteriku. Akhirnya selepas isteriku bertanya aku bersetuju untuk bantu jiranku mencukur rambut cucunya. Tiba harinya kami kesana. Jantungku begitu kencang mengepam. Aku meminta isteriku merasa jantungku. " Pasai apa jantung abang laju sangat ". kata isteriku. " Mungkin dalam rumah tu tak elok la Nah ". Aku bersuara kepada isteriku.

Ketika aku sedang mencukur rambut aku dapat merasai sekilas pandangan ada lembaga diatas rumah yang tidak pernah terbuka jendelanya. Aku diamkan saja perasaan kacau bilau dihatiku. Nak aku beritahu mereka takut mereka akan merasa ketakutan. Mahukah mereka percaya akan kata-kataku ini. Akhirnya setelah melakukan tahnik dan aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran lalu aku hembus perlahan-lahan menuju keatas. Tiba-tiba terdengar seperti sesuatu terjatuh. " Rumah makcik memang ada kucing. Tu dok kejar tikus laa... ". Aku hanya memandang isteriku apabila tuan rumah berkata demikian. " Erghh.. Rosnah berapa upah cukur rambut ni ". Tanya tuan rumah. " Tak apa makcik. Budiman tak ambil duit. Dia tolong saja ". kata isteriku disambut dengan ucapan terima kasih oleh tuan rumah.

Selang beberapa minggu anak itu masih kedengaran tangisnya. Tuan rumah datang kembali mengadu kepada isteriku. Isteriku hanya mampu berkata insyaallah sebab tugasku sekarang tidak menentu. Pulang kerumah dah lewat malam. Akhirnya semalam aku mengambil cuti. Aku nak rehatkan badanku yang terlalu kerap standby. " Abang ambil cuti pun bukannya nak rehat. Tawaf sana tawaf sini ". Gurau isteriku. Itulah kerjaku jikalau cuti. Selepas menolong serba sedikit digerai, aku lebih banyak meronda. Sekurang-kurangnya minda aku tenang. Aku ke rumah ibu mertuaku untuk meninjau kesihatannya. Itulah pesanan arwah Siti Aishah. " Bang.. kalau Siti tak ada abang tolong tengok-tengokkan emak ya ". Terbatuk - batuk sambil mengalir air matanya.

Selepas solat maghrib aku pulang kerumah. Tiba-tiba aku terpandang satu lembaga putih berada diatas bumbung rumah jiranku. Menyirap darahku melihat rupa lembaga itu. Terketar-ketar juga aku dibuatnya. Sempat aku membaca ayat 3 Qul lalu perlahan-lahan aku hembus kearah lembaga itu. Sebenarnya lembaga itu tidaklah mengganggu, ia cuma singgah saja diatas bumbung dan kemudiannya terus hilang. kalaulah ia nak ganggu aku mesti ia dah mengilai dari atas bumbung. Aku masuk kedalam rumah dan cerita kepada isteriku apa yang aku lihat. Aku memnyuruh isteriku menalipon jiranku mengatakan yang kami nak kerumahnya. Aku minta kepada isteriku alat menyembur semasa digunakan untuk seterika baju. Aku baca Al-Mathurat dan ayat-ayat yang lain lalu aku hembus kedalam. Tujuannya aku nak guna semasa berada didalam rumah.

Sampainya kami disana, aku terus meminta izin untuk pergi keatas rumah. Tuan rumah tunjukkan aku tangga keatas. Ketika aku sedang menaiki anak tangga, aku terasa begitu seram sekali. Tahulah aku yang pasti ada sesuatu diatas. Sambil membaca Al-Mathurat dengan nada yang boleh didengari aku menyembur air yang dibaca tadi. Aku memasuki bilik kosong. Tiada lampu langsung. Sudahlah mata aku sepet terpaksa pula dibuka luas-luas. Bila aku menyembur air tadi tiba-tiba tangan aku ditampar sesuatu. Berterabur penyembur tadi. Isteriku menyerbu keatas dan aku memberi isyarat agar jangan keatas. Dahi aku berpeluh bila didepan aku lembaga kecil sedang memerhati aku. Aku sudah lupa akan ayat-ayat Allah. Akhirnya aku tenangkan kembali minda aku lalu aku membaca ayat suci Al-Quran. Lembaga itu hilang. Terketar-ketar tangan aku menuruni anak tangga.

Aku tidak cerita insiden ini kepada jiranku sebab aku tahu pasti mereka akan ketakutan. Aku memberi saranan kepada menantunya agar jangan lupa untuk menggunakan ruang diatas sebagai tempat solat dan berzikir. Cuba ubah-ubahkan tempat solat. Jendela jangan ditutup terus. Waktu siang bukalah sedikit agar cahaya memasuki ruang atas. kalau takut anak mereka jatuh melalui jendela itu . ikatlah dengan tali agar tidak terbuka terus. " Abang diatas rumah kami macam mana. Ada benda ka ". Tanya anak tuan rumah. " Insyaallah kalau kita guna ruang atas untuk bersolat dan mengaji, insyallah tempat itu akan bersih ". Aku cuba tidak membayangkan apa yang terjadi.

Aku mengajak isteriku pulang kerumah. Dibelakang kami lembaga itu sedang mengekori. " Nah cuba baca ayat kursi. Abang nak dengar betoi dak abang baca tadi ". Sengaja aku menyuruh isteriku berbuat demikian. Nak aku cerita pasti dia pula ketakutan. Jadi dengan cara demikianlah aku buat. Isteriku pun mula membaca sambil aku mengikuti bacaannya. lembaga itu terus hilang. Kami terus masuk kedalam. Aku mengambil Al-Mathurat dan membaca sekali lagi Aku membaca sehingga habis. Tiba-tiba pintu rumah kami diketuk bertalu-talu. Aku memberi isyarat tangan agar isteriku tidak membukanya. ketika aku sampai keayat 3 Qul ketukan itu terus hilang. Aku terus cerita kepada isteriku apa yang terjadi tadi. " la patutlah Nah heran pasal apa abang suruh baca. Nah pun syak pasti ada sesuatu ni ". Aku menyeringai gigiku yang semakin jarang bila mendengar kata-kata isteriku. Kepada pembaca sekelian. Tujuan aku menulis cerita ini hanya untuk dikongsikan sahaja. Bukan nak tunjuk yang aku ini seorang yang hebat. Tapi alhamdulillah aku berani menghadapinya dan setiap orang pun begitu sebab dengan ayat Allah saja syaitan amat takut. Kalau kita takut kepada mereka maka akan bertambah berani mereka mengganggu keluarga kita.

Tuesday, October 05, 2010

Pesanan Imam Al-Ghazali


Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...