Sudah 4 hari aku tidak menziarahi ibu mertuaku disebabkan tugasanku. Ibu mertua hanya bertanya kabar tentang diriku bila kedua-dua anakku kesana. Ketika aku sampai ibu mertua berada di dapu sedang memasak. Aku hanya duduk di luar di atas pangkin. Sekejap ibu mertuaku datang. Rupanya dia menangguhkan dulu masakan semata-mata ingin berbual denganku. Ibu mertua beritahu yang abang iparku sedang sakit. kaki kanannya menjadi tidak kuat bila berjalan. kebetulan rumah mereka berkembar dengan rumah ibu mertua jadi senanglah bagiku untuk bertanya kabar.
Aku terus masuk kedalam rumah. Rupanya ipar duai sudah memenuhi ruangan bilik tetamu. Setelah bersalaman dengan mereka aku mendapatkan abang iparku. Satu yang aku respect dengan abang iparku walaupun dia di uji dengan bermacam-macam ujian dan yang terbaru inilah. Dia masih mampu ketawa ketika menceritakan kejadian. Kalau aku di tempatnya entah ler. Mungkin aku hanya mendiamkan diri dan tidak mahu bergaul dengan sesiapa.
Macam-macam cerita yang keluar. Penyakit urat la, gout, angin, kencing manis, buah pinggang dan akhirnya satu pertanyaan keluar dari mulut abang iparku.
" Macam mana Budiman boleh hilang terus gout. Ubat apa yang Budiman makan ". Aku terdiam mendengar pertanyaannya. Terlalu berat untuk aku menceritakan kisah aku. Ini bermakna aku harus kembali ke zaman lampauku.Mereka juga tahu dan melihat bagaimana sakitnya kakiku apabila gout menyerang. Akibat tidak dapat menahan sakit aku hanya mampu menangis menahan kesakitan bagaikan aku sedang memijak serpihan kaca. Aku pun memulakan cerita. Cerita yang tidak pernah aku ceritakan kepada mereka. Aku tidak mahu ibu mertuaku mendengar sebab takut penyakit jantungnya akan menyerang bila di timpa kesedihan mengenangkan anaknya yang telah pergi.
" Memang la semasa Aishah ada kaki saya kerap sakit. Kadang-kadang Aishah sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Dia hanya mampu membaca ayat suci Al Quran sambil menggosok kaki saya sehingga saya terlena. Baru rasa hilang sakit. Bila Aishah meninggal dia seperti membawa bersama penyakit saya. Alhamdulillah kaki saya tidak sakit lagi. Rupanya baru saya sedar bila Allah memberi dugaan yang membuatkan saya begitu sedih sekali dan dalam masa yang sama Allah memberi juga sedikit kegembiraan bilamana sakit kaki saya terus hilang ". Abang iparku mengesat airmatanya.
Kemudian mereka mula bercerita kisah isteriku ketika sakit. Aku melihat ibu mertuaku diam tapi airmatanya mengalir. Memang dia begitu sayang dengan anaknya ini. Bila kami datang ziarah, isteriku akan mengajak ibunya solat berjemaah dengannya. Aku pun menyampuk dan mencerita kisah yang aku rahsiakan dari mereka. Aku tidak mahu mereka tahu dan bersedih lebih-lebih ibu mertuaku yang mempunyai penyakit jantung. Kisah bagaimana aku berjumpa seorang tahfiz lalu memindahkan penyakit isteriku kebadanku. Barulah aku tahu bagaimana isteriku mennggung kesakitan yang amat.
Aku memulakan cerita. Saya sanggup mengambil risiko dengan harapan Aishah sembuh dengan segera. Saya tidak mahu memikirkan sangat akan kata-kata tahfiz keputusan yang saya ambil ini terlalu bahaya sehingga boleh membawa maut.
" Abang sanggup ke menanggung risiko untuk memindahkan penyakit kakak ke badan abang ". Tanya budak tahfiz.
" Ya...saya sanggup menanggungnya asalkan isteri saya sihat ". Kataku sambil memandang anak lelakiku yang turut serta. Dalam hati aku berkata kalau aku meninggal isteriku boleh membesarkan mereka. Airmata aku mengalir melihat anak lelakiku.
" Saya nak abang pejamkan mata sambil membaca Fatihah dan 3 Qul. Selepas itu abang bayangkan wajah kakak ". Kata budak tahfiz. Aku pun mula membaca dan terus membayangkan wajah isteriku.
" Dah nampak ke wajah isteri abang ". Tanya budak tahfiz
" Ya..saya sudah nampak ". Aku berkata dan budah tahfiz terus menggerakkan tangannya seolah-olah sedang menarik sesuatu ke badanku.
Ketika itu barulah saya dapat merasakan begitu sakit sekali. Rupanya inilah kesakitan yang Aishah tanggung selama ini. Semakin lama semakin sakit badan saya. Saya sendiri sudah tidak dapat menahannya. Kemudian dia menarik keluar melalui ibu kaki saya. Begitu sakit sekali ketika di keluarkan.
" Bang...Saya dah tarik keluar penyakit kakak melalui badan abang. Cuma satu yang saya nak beritahu abang. Kakak tidak mahu melawan lagi. Dia menyerah saja apa yang akan berlaku ". Saya menangis ketika itu. Dalam hati saya berkata, " Siti lawan la Siti. Jangan mengalah. Apa yang terjadi abang akan tetap bersama Siti ". Abang iparku dan yang lain menangis mendengar ceritaku. Ibu mertuaku pula diam tapi airmatanya mengalir laju.
" Kata budak tahfiz saya perlu menerima kenyataan dan bersabar. Ketika dalam perjalanan pulang nurse menalipon saya beritahu yang Aishah dalam keadaan nazak. Bila tiba di ICU doktor beritahu yang kesemua organ dalaman Aishah telah hancur. Saya terduduk mendengar kata-kata doktor. Kejamnya manusia ". Sehingga sekarang saya masih menanggung bisa yang telah di pindahkan kebadan saya. Sebab itu kadang-kadang saya mencari anak-anak bila mereka datang sini. Saya minta tolong urutkan badan saya yang terlalu bisa. Melihat abang iparku yang menangis teresak-esak akhirnya aku meminta diri untuk pulang. Tiidak sanggup aku meneruskan lagi ceritaku. Aku bersalaman dengan ibu mertuaku. Nampak dia begitu sedih sekali.
" Tak apalah emak. Biar mereka gembira di dunia. Di akhirat kita pula akan menang dan kita akan berjumpa dengan Aishah ". Ibuku hanya anggukkan kepala sahaja sambil airmatanya berlinangan.
" Siti maafkann abang kerana tidak dapat menyelamatkanmu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersirat di dalam hati abang. Insyaallah moga-moga kita berjumpa lagi ".