Teman-teman

Thursday, May 14, 2015

Pincuk Cermai

Aku masih ingat ketika menziarahi anakku di rumah ibu mertuanya. Aku melihat buah cermai masih muda lagi.
" Kakak masih ingat masa kita di kampung. Pokok cermai jiran yang banyak buah. Kita akan buat pincuk ". Aku beritahu anakku yang masih lagi ngat ketika kecil berada di kampong. Kini kampongku telah hilang dek kerana pembanggunan


Baru-baru ni anakku balik Penang dan membawa buah cermai yang dah masak. Aku seperti orang mengandung terus mengambil sambal belacan yang sedia ada dalam peti sejuk. Aku tumbuk buah cermai sehingga separuh lumat. Aku masukkan sambal belacan. sewdikit lagi belacan serbuk. Aku masukkan kicap dan gula dan gaul rata.


Bila siap dan rasa. Masyaallah. Emak mertua lalu bawah meja pun tak nampak. Mungkin pembaca yang membaca kisah ini akan teringat semasa waktu kecil atau dewasa di kampong. Memang kampong merupakan tempat yang paling nikmat dan seronok untuk di diami. Baru-baru aku ke rumah bisanku yang berada di kampong dan aku dapat merasai ketenangan suasana kampong yang tidak terdapat di kawasan bandar

Saturday, May 09, 2015

Jus Belimbing Asam Boi

Aku terfikir juga. Aku pernah minum jus kedondong asam boi. Epal asam boi tapi belum lagi rasa belimbing asam boi. Aku beritahu isteriku yang aku nak ke rumah ibu mertuaku untuk mengambil buah belimbing. Kebetulan ada 2 pokok yang di tanam.


Bila sampai aku terus beritahu ibu mertuaku tentang niatku itu
" Budiman nak buat apa dengan belimbing ". Tanya ibu mertuaku
" Nak buat jus mak ". Kataku ringkas
" Rajinnya Budiman ". Puji ibu mertuaku. Aku tersenyum. Memang aku rajin kalau tidak mana mungkin anaknya jatuh cinta padaku selepas kahwin. Kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin


Pulang kerumah aku potong dan buang mana-mana yang tak elok. Isteriku tersenyum melihat kerajinan suaminya. Siap di potong halus terus aku masukkan kedalam blender dan blend. Aku tapis untuk membuang bahan sisa.


Aku letakkan 4 biji asam boi kedalam jus tadi. Kemudian aku masukkan kedalam peti sejuk. Sudah terbayang keenakkan jus belimbing asam boi.

Bila dikeluarkan dari peti sejuk terus aku rasa. Cukup sedap. isteriku sendiri memuji kesedapoan jus belimbing asam boi. Tak perlu ambil yang masak. yang hijau pun boleh sebab akan dimasukkan asam boi. Pembaca yang mempunyai pokok asam belimbing di rumah, cubalah buat jus ini. memang tak merugikan. Percayalah....

Friday, May 08, 2015

Takut Bini

Aku singgah di gerai buah kepunyaan rakanku. Melhat tembikai merah sudah cukup membuat aku tergoda. Aku megambil buah yang telah di potong lalu ku hulurkan kepada isterinya. Isterinya lalu menimbang
" RM3.30 ". Katanya. Terus dia jalan mengambil plstik yang terletak jauh sedikit darinya. Datang pula suaminya.
" Boss. Nak beli apa ". Tanya rakan aku
" Beli buah tembikai ni ". Aku menunjuk buah tembikai yang terdapat di atas alat penimbang
" Ok bos RM3.30. Bagi 3 rial sudah ". Kata rakanku. Isterinya datang membawa plastik
" RM3.30 ". Tegas isteri rakanku. Rakanku mengenyit kepadaku. Aku cukup mengerti lalu menghulur wang sebanyak RM3.30 kepada isterinya. Aku terus keluar
" Boss...datang lagi ". Sambil melambai tangan kepadaku.


Ketika aku memasukkan buah kedalam raga motorsikal datang seorang lelaki
"Dia ni takut bini ". Kata lelaki tersebut yangkebetulan berada dekat dengan aku semasa didalam gerai tadi. Terus aku menoleh kearahnya
" Itu bukan takut bini. Dia tolak ansur dengan bini dia. Ada masanya kita kena buat macam tu. Takkan kerana 30 sen suami isteri nak bertekak dalam gerai depan customer ". Aku berkata dan lelaki tersebut diam.
" Betoi kata-kata abang ". Kata lelaki tersebut.
 Dalam keluarga kena ada salah seorang yang cool. Kalau kedua-duanya suka melenting alamat rumah tangga porak peranda.

Wednesday, May 06, 2015

Hubungan Sesama Manusia

Hujan mulai reda. Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 1 petang. Perut sudah berbunyi. Aku beritahu rakan setugasku untuk membeli nasi. Bila sampai aku melihat sudah tidak banyak makanan yang tinggal. Maklumla pekerja kilang keluar makan jam 12 tengahari. Aku hanya mengambil ikan belah belakang dan sambal. Ketika sedang enak memilih yang lain aku di tegur oleh seorang lelaki.
" Kenal tak orang bernama ....... ". Aku kenal sangat dengan orang yang di sebut
" Saya lama tak nampak dia ". Aku berkata
" Tak boleh pakai punya orang. Time nak pinjam duit gigi jadi lembut dari gusi. Bila dah ada duit tak tau nak bayar balik ". Katanya lelaki dan aku menjangkakan itulah tauke kedai.

" Tak minta balik ka duit yang di pinjam ". Aku bertanya
" Minta maaf. Saya bukan jenis yang suka minta-minta. Dia minta cara elok dia kena bayar pun cara elok ". Kata tauke kedai tersebut
" Saya dah pesan dekat abang jangan senang-senang bagi pinjam. Kami pun bukan senang sangat ". Kata isteri tauke.
" Saya sedih bila tengok dia menangis, merayu kata duit perbelanjaan tak ada. Saya pun bagi bila dia kata nak bayar balik dalam masa terdekat bila ada duit. Tapi bila ada duit duit tengok muka saya boleh cabut lari ". Kata lelaki tersebut.
" Dia ingat dia boleh lepas ka kalau berhutang dengan manusia. Jawab la dengan Allah ". Kata lelaki tadi.

Aku terdiam dan teringat ketika mendengar kuliah. Kata Ustaz, kalau kita berdosa dengan Allah kita boleh memohon keampunan dengan bertaubat nasuha dan bersungguh-sungguh meninggalkannya.Berdosa dengan manusia kita kena memohon ampun dan maaf darinya. Sama juga dalam bab hutang. Kita harus membayar kembali melainkan orang yang memberi hutang itu menghalalkannya. Aku tidak marah terhadap lelaki tersebut. Betapa susahnya dia mencari nafkah. Dalam kesempitan yang dia alami sanggup pula dia menolong kawannya. Sama juga dengan keluarga aku. Tidak siapa yang boleh marah bila kami tidak memaafkan orang yang telah membunuh isteriku. Betapa peritnya kami menanggung derita.

Semua ini hanya Allah yang dapat membalasnya.Dalam bab hutang ini aku teringat juga ketika mendengar kuliah tentang orang yang suka menunda membayar hutang bagi yang mampu. Rasulullah telah memberi ancaman kepada orang berniat buruk ketika berhutang
Sabda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Bukhari..." Barangsiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, niscaya Allah akan membayar baginya. Barangsiapa yang mengambilnya dengan niat hendak melenyapkannya, Niscaya Allah akan menghancurkannya ".
Jadi fikir-fikirkanlah ancaman Rasulullah ini. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk melunas kembali hutang kita.

Tuesday, May 05, 2015

Penangan Cucur Bawang

Ketika aku pulang dari kerja aku melihat isteriku masih lagi keletihan dan terbaring di atas katil.
" Macam mana rasa hari ni ". Aku bertanya
" Rasa letih lagi ". Kata isteriku. Pucat mukanya.
" Abang nak makan apa malam ni ". Sempat lagi dia bertanya walaupun masih tak sihat. Aku termenng memikirkan apa yang hendak aku makan
" Nah boleh bancuh tepung cucur bawang. Nanti abang goreng ". Terus isteriku bangun menuju ke dapur lalu membancuh tepung cucur. Selalunya ia perlu di biarkan lebih kurang setengah jam untuk tepung naik.


" Abang...Jom kita keluar beli benang ". Tiba-tiba isteriku bersuara
" Aikk...badan dah ok ke ". Aku bertanya
" Nah tak mau ikut perasaan letih badan. Nah nak lawan ". Katanya. Aku hanya mengikut saja. Sekejap saja kami sudah pulang. Aku terus kedapur untuk menggoreng cucur.


" Alaa....Mai la Nah goreng. Tak sampai hati tengok abng goreng sendiri ". Kata isteriku sambil mengambil tepung yang di bancuh tadi. Aku hanya tersenyum. Dalam hati, aku merasa betapa leganya.
" Dah kuat ke badan tu ". Aku bertanya
" Alhamdulillah. Berkat lawan tadi ". Kata isteriku tersenyum


Akhirnya cucur bawang siap untuk di makan. Betapa tidak sabrnya aku. Ketika azan maghrib berkumandang aku makan sebanyak 3 ketul dulu. Tak baik bila makanan sudah berada di depan tidak di jamah. Nanti solat tak khusyuk


Selepas solat terus aku ke meja makan. Aku ambil sos pencicah ari Kelantan. Aku cukup suka sos pencicah. Lagi pun aku sudah confident status halalnya. Sudah entu dia produk rang islam. Isteriku tersenyum melihat aku menghabiskan cucur bawang. Moga Allah berkati steriku. Walaupun tak sihat dia masih gagahi memenuhi keinginanku.

Monday, May 04, 2015

Terharunya Dia

Telah 3 hari isteriku demam dan tak mampu berjalan. Dia hanya baring di atas katil saja. Jarang dia sakit tapi sekali datang jenuh juga dia menghadapinya. Masuk hari ke empat tiba-tiba isteriku bersuara.
" Hari ni Nah dah rasa sihat. Boring la duduk di rumah ". 
" Jadi...Nak pergi mana ". Aku bertanya. Isteriku hanya diam. Mungkin sedang memikirkan sesuatu
" Jom kita ke Queensbay. Cari baju dan seluar ". Bila aku sebut Queensbay terus dia memberi respon yang positif. Selalunya kami pergi dengan motosikal saja. Senang parking. memandangkan dia baru saja pulih dari demam aku mengajaknya naik kereta. Kami terpaksa bersabar sebab memang orang ramai sebab public holiday.

Setelah selesai membeli baju dan seluar kami ke Aeon pula mencari barang dapur. Sepanjang berada di Queensbay isteriku nampak happy dan sihat. Banyak barang juga yang kami beli. Sebulan sekali katakan. Bila dah selesai kami pulang kerumah. Isteriku nampak keletihan.
" Nah rasa nak demam. Badan jadi letih ". kata isteriku
" Memang la. Badan baru saja pulih. Kita ronda sakan hari ni ". Kataku


Bila lepas solat asar, badan isteriku panas semula. Dia mula baring atas katil. Aku memberinya panadol. kataku selepas makan malam jangan lupa makan ubat
" Nah tak larat nak masak. Abang nak makan apa ". Tanya isteriku
" Abang..Nah jangan kisah. Nah nak makan apa ". Aku bertanya. Diam isteriku sambil berfikir
" Nah teringin nak makan bihun ". Kata isteriku
" Macam ni la. Abang tak suka beli sebab sedikit sangat makanan yang kita beli. Tak puas makan. Abang akan goreng bihun. Bukannya susah sangat pun. Nah tidur dulu dan keluar abang beli bihun. Balik abang rendam dan goreng. Bila siap abang kejutkan Nah ". Katakum panjang lebar. Tersenyum isteriku
" Rajinnya abang. Terharuuu.... ". Puji isteriku
" Takpa. Bila lagi nak tolong masak untuk isteri ". Aku bergurau. Isteriku baring dan aku keluar membeli bihun. 

Tiba-tiba aku ternampak Tomyam Cafe meniaga. Terus aku brake emergency
" Bagi saya Mee Goreng 1. Bihun Goreng 1. Teh tarik 1 ". Entah macam mana di saat akhir aku mengubah fikiran. Aku membayar harga makanan dan minuman yang aku pesan sebanyak RM7.50. Murah pulak. Mee dan bihun banyak yang di buat. Bila sampai aku mengejutkan isteriku
" Nah...Bangun kita makan ". Isteriku bangun dengan terpinga-pinga
" Abang dah goreng ka. Nah tak dengar pun ". Kata isteriku
" Dah tidur lena. Mana nak dengar ". Isteriku keluar tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba.....

" Abang beli ka. Tadi semangat kata nak goreng bihun ". Tertawa isteriku bila melihat bungkusan di atas meja. Aku juga turut tertawa dengan gelagat aku sendiri.
" Entah...Abang rasa sakit badan hasil dari kemalangan tempuh hari. Abang tengok cafe pulak tak ramai orang. Terus abang order ". Isteriku terus makan. Lapar katanya
" Sedap bang bihun ni ". Puji isteriku. Alhamdulillah. Moga isteriku sembuh sepenuhnya.

Sunday, May 03, 2015

Cari Pengganti

Pada 1 Mei bersempena hari Buruh, isteriku telah menghadiahkan kepadaku sebuah cawan plastik yang cantik mengikut mata kasarku. Ia bagi menggantikan cawan kaca yang patah telinganya. Kata isteriku harganya amat murah. Cuma RM4.50. Mengikut kata hatiku, makna harganya murah itulah saja kemampuan isteriku yang tidak bekerja. Dia tidak dapat menghadiahkan kepada cawan yang mahal. Padaku harga bukan mainkan peranan. Ingatan itu lebih bermakna. Buat apa kalau memberi hadiah yang mahal-mahal tetapi sering bergaduh


Biarlah ianya murah dari segi harga tetapi ianya mahal dari sudut ingatanku. Mana mungkin aku boleh melupakan mereka-mereka yang telah memberi hadiah kepadaku. Baik yang murah atau yang mahal. Aku sentiasa mendoakan mereka. Selagi aku masih hidup selagi itulah aku akan menggunakannya.


Selagi cawan ini tidak rosak selagi itulah ia akan berkhidmat untuk selama-lamanya. Tak gaduh nak pecah bila terlanggar sinki batu. Maklum la orang jantan ni mana ada kelembutan bila buat kerja

Saturday, May 02, 2015

Jeruk Mempelam

Wahh....Anak aku bagi buah mempelam. Apalagi aku ambil sebiji untuk di buat jeruk. Senang saja nak buat jeruk.

1 ) Langkah pertama aku buang kulit
2 ) Aku rendam dalam air kapur. Ini untuk merangupkan buah. Tak lembik
3 ) Setelah sejam aku remdam aku buang airnya lalu rendam pula dalam air garam. Ini untuk menghilangkan rasa masam. Sementara tu aku masak air gula
4 ) lepas air gula sejuk aku masukkan buah mempelam dan letakkan di dalam peti sejuk
5 ) Lepas 1 atau 2 hari di dalam peti sejuk. Aku keluarkan dan makan. Hurmmm...Memang lazat. Jadi pembaca sekelian. Jom pakat2 cuba....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...