Kuah rojak manis yang sedap |
" Siti ajar abang macam mana nak buat. Biar abang buat ". Aku berkata kepada isteriku. Akhirnya dia pun ajar aku cara-cara nak membuat kuah rojak. Itu yang aku pandai buat. Akhirnya aku berjaya siapkan tempahan untuk warga Indonesia. Feedback yang aku dapat dari mereka ialah mereka suka akan kuah rojak yang aku buat.
" Pandai abang buat. Tu yang Siti sayang dekat abang ". Pujian dari isteriku membuatkan hidung aku kembang sekembangnya.
" Nanti kalau Siti tak ada abang teruskan buat kuah rojak ni. jangan bagi lupa ". Aku hanya diam mendengar kata-kata isteriku tanpa menduga terselit sesuatu yang aku sendiri tidak jangkakan
Kini setelah dia pergi untuk selama-lamanya dan aku pula telah menerima tempahan dari orang yang aku sayang, aku tanpa rasa penat lelah mencari bahan dan buat kuah rojak yang di pinta. Kini sudah beberapa bulan ianya tersimpang didalam peti sejuk. Aku buka kembali peti sejuk lalu mengambil kuah rojak. Firasatku ialah orang itu sudah tidak mahu menerima barangan aku lagi. Lalu aku akan berikan kepada sesiapa yang berminat.
Aku buka dan rasa samada masih elok atau tidak. Alhamdulillah ianya masih elok. Sedap dan manis. Aku masukkan kembali dalm peti sejuk menanti rezeki sesiapa. Hasilnya ini lah gambar yang aku hantar. Colek pauh atau mempelam. Di tabur kacang tumbuk di atas. Cukup sedap.
Lepas maghrib aku buat pula rojak buah. Rasanya tidak pedas dan ianya sesuai untuk mereka yang tidak suka akas pedas. Kuah rojak hasil buatan tanganku sendiri. Entah rezeki agaknya....Rasa-rasanya kuah rojak yang aku buat ini untuk 30 orang makan. Masyaallah kalau siapa yang dapat.