Teman-teman

Tuesday, August 05, 2014

Abah Nampak Tenat..

Aku masih ingat lagi 12 hari sebelum umat islam menyambut bulan Ramadhan. Aku telah menerima panggilang talipon dari seseorang
" Assalamualaikum pakcik. Pakcik boleh tolong tengok abah. Nampak pelik sangat. Dada abah berombak-ombak. Abah sering meracau ". Kata anaknya. Pening kepala aku sebab aku bukannya pandai dalam bab-bab ini tapi sebagai manusia aku harus juga pergi. Mungkin dengan kehadiranku dapat menenangkan perasaan kaum keluarga mereka. Aku pernah merasai saat itu bila isteriku tenat dan sering meracau. Sahabat handai datang menziarahi walaupun aku tahu tidak banyak yang mereka dapat menolong tapi sedikit sebanyak aku merasa lega dengan kebersamaan mereka terhadap aku.

Bila aku memasuki rumah seluruh anak mata menumpu perhatian kepada aku. Malu juga rasanya sebab aku bukannya pandai sangat.
" Budiman....Ada budak duduk sebelah kakak. Depa dok kacau saya ". Kata lelaki yang tenat dengan nada yang tersekat-sekat. Kelihatan dia begitu penat.
" Budiman ada nampak apa-apa ke ". Tanya isteri lelaki tersebut. Aku hanya diam. Pelik. Kenapa aku tak nampak apa-apa sedangkan lelaki tu berkata dia melihat budak duduk sebelah isterinya.
" Abang nak duduk pun tak boleh. Dia akan jatuh balik. Kalau dia duduk kita kena pegang dia ". Kata isterinya lagi

Aku meminta sejag air kosong dari isterinya. Aku letak didepanku lalu aku membaca Al Mathurat. Nasib baik aku dapat menghafal wirid Ak Matsurat jadi tak gaduh aku nak mencari bukunya. Selesai aku baca Al Matsurat barulah aku nampak segala-galanya. Rupa-rupanya mereka telah bertindak lebih awal dari aku. Mereka telah menutup hijab mataku. Kata kawan-kawan aku, aku di beri anugerah dengan dapat melihat benda ghaib dan ada yang berkata ia adalah bala bagiku. Aku menerima kata-kata mereka. Anugerah sebab dalam orang lain tak dapat lihat alam ghaib aku dapat melihatnya. Macam-macam perangai yang dapat dilihat dari makhluk-makhluk. Bala ada betulnya juga sebab kiri kanan di penuhi dengan manusia yang hodoh dan ada yang pengotor. Aku terima segalanya sebab bukan aku yang belajar untuk melihat benda-benda ghaib ini. Ia terjadi bila arwah Siti Aishah membaca sepotong ayat lalu dihembus ke ubun-ubun ketika aku tidak sedarkan diri bila pulang dari tempat kerja. Bila aku buka mata aku terkejut labih daripada beruk bila melihat begitu ramai makhluk-makhluk yang hodoh dan sempurna.

Berbalik kepada kisah lelaki tadi. Akhirnya terjawab juga apa yang terjadi kepada lelaki tersebut. Ada makhluk yang menekan dadanya. Sebab itulah kelihatan penat. Ada budak duduk dibawah katil. Ada makhluk bertenggek di atas alang rumah. Ada beberapa pula dalam bilik kosong. Patut la penuh. keliling rumah sudah di roboh dan tanah telah di ratakan untuk tujuang pembanggunan jadi makhluk ni mencari tempat baru dan rumah ini menjadi sasaran sebab banyak bilik tidak di gunakan dan di biarkan kosong. Aku meminta garam kasar kepada kaum keluarga. Aku membaca ayat suci al quran dan aku lempar ke arah makhluk dan di sekeliling rumah. Bagi kita ia hanyalah garam kasar yang di lemparkan begitu saja tapi bagi makhluk-makhluk jahat ia bagaikan peluru-peluru menghujani mereka dengan bacaan ayat quran.

Aku tuang air dari bacaan Al Matsurat lalu aku hulurkan kepada lelaki tersebut
" Sebelum abang minum, abang baca bismillah. Selawat nabi dan abang berdoa semoga Allah keluarkan segala bisa-bisa yang berada di dalam badan dan makhluk-makhluk yang menumpang juga di keluarkan ". lelaki tersebut melakukan seperti apa yang di suruh. Aku baringkan kembali lelaki tersebut sebelum aku pulang kerumah. Keesokkan harinya aku menerima panggilan talipon dari anak lelaki tersebut.
" Pakcik...Abah alhamdulillah boleh berjalan dah ". Aku hanya mampu mengucapkan kalam alhamdulillah dengan pertolongan sedikitku atas izin Allah. Aku terus kerumah mereka. Bila sampai aku melihat lelaki tersebut sedang berdiri di depan pintu rumahnya. Tersenyum dia menyambut kedatanganku. Alhamdulillah dia dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna dalam bulan ramadhan. Bila Syawal menjelma aku menyuruh anaknya membaca ayat suci Al Quran dan sembur di dalam rumah. Ia sebagai langkah percegahan sebelum mereka bertindak. Setakat ini alhamdulillah tiada lagi gangguan.

Kepada pemilik-pemilik rumah besar yang mempunyai banyak bilik. Gunalah ia setiap hari untuk beribadah dan membaca quran. Bertukar-tukar bilik untuk melakukan solat. Jangan di biarkan ia kosong sepanjang masa menanti anak menantu pulang. Mungkin ada makhluk lain yang terlebih dahulu menumpang di bilik.

Akhir sekali mari kita sama-sama berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada saudara kita di Gaza. Moga Allah hapuskan Israel. Kita berdoa juga agar Allah berikan kemenangan kepada saudara di di Syria. Moga Allah hapuskan regim Basyar. Moga Allah selamatkan saudara kita di Burma. Kalau kita tidak boleh berjihad jangan tinggal semua. Kita boikot barangan israel.

2 comments:

sukaxplo said...

salam tuan
terima kasih share cerita nih.

Ariff Budiman said...

sukaxplo.....Sama-sama. Moga ada manfaatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...