Teman-teman

Sunday, November 29, 2009

Korban 2009..Antara Suka & Duka

Alhamdulillah tepat pada jam 8 pagi kami telah melakukan solat Aidil Adha. Memandangkan kaum lelaki akan menunaikan pula solat Jumaat maka solat Aidil Adha dipercepatkan agar memudahkan pula program ibadah korban dijalankan. Alhamdulillah memang ramai jemaah disekitar kawasan datang untuk menunaikan kewajipan. Walaupun taraf surau, jemaah melimpah ruah. Selesai solat Aidil Adha masing-masing pulang kerumah untuk melaksanakan pula korban. Ada juga beberapa orang wanita yang masih lagi mengalir airmata bila melihat aku berlalu dihadapan mereka. Kata mereka masih terbayang wajah Aishah sedang membantu jikalau ada program surau. Begitu juga aku tidak terkecuali. Aku masih lagi dapat membayangkan betapa sibuknya arwah isteriku jika program korban sebelumnya. Dia merupakan jawatankuasa yang paling muda berbanding yang lain. Namun mereka semua amat senang dengannya sebab dia tidak banyak bercakap.

Chef sedang menumiskan untuk memasak kari daging

Aku hanya mampu memendam perasaanku. Hanya kenangan waktu bersama Siti Aishah masih bermain dimata. Masih terbayang tawanya sambil membantu wanita lain membuat kerja. Tapi aku tidak mahu terlalu mengikut perasaan. Biarlah kenangan itu aku simpan di dalam peti kaca yang indah ini. Aku masih bersyukur walaupun isteriku kini tidak seratus peratus dapat bergiat bersamaku namun biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan. Redhanya aku berkecimpung dalam surau sudah cukup memadai bagiku. Aku tak boleh samakan Siti Aishah dengannya. Masing-masing punya wataknya tersendiri.

Kaum wanita tidak ketinggalan membantu apa yang perlu

Sebelum melaksanakan korban pasti aku akan menziarahi pusara arwah isteriku. Tidak sabar lagi aku seolah-olahnya aku akan bertemu dengannya. Jikalau aku tidak dapat menziarahi pusaranya pasti Al-Fatihah yang akan aku sedekahkan. Itulah saja yang mampu aku lakukan tatkala rinduku padanya begitu tebal. Sedikit sebanya ia meredakan stress aku. Aku bergesa kembali ketempat korban. Ada yang tercari-cari aku kemana perginya menghilang diri.

Rakanku yang merupakan seorang manager kilang membawa rakannya dari UK untuk menyaksikan sendiri ibadah korban

Selepas solat Jumaat maka kenduri kesyukuran pun bermula. Begitu ramai sekali penduduk yang hadir. Dalam aku bersykur dengan kehadiran mereka sedikit sebanyak didalam hati timbul juga perasaan dukaku. Alangkah indahnya kalau program ceramah tempuh hari dihadiri dengan begitu ramai orang. Apakan daya kami sebab hidayah datangnya dari Allah. Manusia hanya diseru untuk melakukan dakwah. Kata seorang makcik. Kalaulah program kuliah dan ceramah mendapat sambutan seperti ini alangkah gembiranya hati. Terpegun isteriku melihat begitu ramainya manusia yang hadir. Katanya padaku suatu hari dia ingin sekali menolong membuat kerja disurau. Syukur Ya Allah kerana sedikit sebanyak engkau telah makbulkan doaku walaupun tidak kesemuanya. Namun detik ingin menolong didalam hati isteriku ini membuat aku amat bersyukur kepada Allah. Aku pernah berkata kepada isteriku. Inilah pekerjaan yang ramai orang menolak tetapi nilainya begitu tinggi disisi Allah. Inilah saja salah satu cara kita membawa membuat bekalan untuk akhirat, Semoga Allah terima amal-amal ini. Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan.

Lembu pertama disembelih untuk dibuat kenduri

Thursday, November 26, 2009

Abang Pilih Siapa

Aku membawa isteri menghadiri program kuliah Maghrib. Kuliah hari tu berkisar tentang rumah tangga dan suami isteri. Walaupun hadirin tidak ramai namun ustaz meneruskan juga kuliah. Kata ustaz seorang isteri begitu mudah memasuki syurga dengan syarat patuhi Allah serta Rasul dan ikut perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Bila kematiannya mendapat redha dari suami alangkah bahagia isteri itu. Aku terus melayang mengingati akan arwah Siti Aishah. Tentu dia sedang bahagia disana bersama anaknya. Aku begitu yakin sebab sepanjang aku bersamanya, tidak pernah aku berkecil hati dan kalau ada ia hanyalah amat kecil jika dibandingkan dengan kebaikan yang dilakukannya kepada kami sekeluarga. Aku terhenti dari lamunan bila ustaz berkata lagi,

" Di akhirat nanti suami boleh memilih isterinya semasa didunia. Isteri pula akan mendapat suami berdasarkan suaminya yang terakhir semasa didunia ". Aku terus memikir lagi. Berat rasanya nak memilih ni. Program kuliah akhirnya berakhir bila masukknya waktu isyak. Kami pulang kerumah dan semasa dalam perjalanan kami berdua menjadi senyap tanpa bicara. Selalunya aku yang mulakan dulu perbualan. Tapi kali ini fikiranku asyik memikir akan kuliah tadi. Sebelum kami tidur aku terus bertanya kepada isteriku.

" Nah, dengar ke kuliah tadi apa yang ustaz katakan ". Dia hanya menganggukkan kepalanya sambil tepat memandang wajahku.
" Jadi nanti abang pilih siapa. Rosnah ke Aishah ". Pertanyaan yang membuat aku tersentak dan terus terdiam.
" Kenapa bang. Abang dipersimpangan jalan ke nak memilih ". Usiknya sambil tersenyum .
" Kalau ikutkan hati abang la, abang pilih kedua-dua sekali sebab Rosnah abang sayang dan Aishah pun abang sayang ". Tersengih dia mendengar kata-kataku.

" Tapi Nah pula kena pilih suami yang terakhir dan pastinya abang la ". Sengaja aku usiknya
" Tak kan abang nak bermadu ". Sambil aku tersengih melihat dia pula terdiam.
" Kenapa Nah di persimpangan jalan ke ". Akhirnya kami berdua ketawa bila memikir benda yang belum pasti lagi. Dalam kami berdua ketawa aku terus bersuara.
" Nah ini bukan betul-betul. Kalau lah suatu hari abang berkata kepada Nah yang abang nak kahwin lagi seorang. Apa kata Nah. Tapi ini bukan betul-betul cuma kalau saja '. Aku sengaja mengusiknya untuk melihat sensitivitinya.

Dalam diam kami, terus dia mengalir airmatanya dengan laju sekali sambil teresak menangis
" Abang jangan la buat Nah sedih. Nah tak boleh dengar tentang ini. Nah tak mau abang kahwin lain ". Airmatanya bertambah laju. Apalagi terkejut beruk aku dibuatnya.
" Ok- ok abang minta maaf. Bukan abang ada niat nak kahwin. Yang ada didepan abang ini dah terbaik. Buat apa nak cari lain. Abang minta maaf. Abang hanya bergurau saja. Tak ada niat langsung nak pasang lagi satu ". Aku cuba menenangkan perasaannya yang berkecamuk.

" Nah tau abang hanya bergurau tapi Nah tak boleh dengar perkataan itu ". Reda seketika kami.
Dalam hati aku terus berfikir, " Uishh..dasyat juga kaum wanita ni. Sensitivitinya tinggi. Dan kini aku makin mengerti bahawa jangan sekali-kali menyebut perkataan nak kahwin lagi seorang walaupun dalam hati hanya nak test power saja. Silap haribulan dapur tak berasap oii....

Tuesday, November 24, 2009

Aduh Sakitnya cubitan Cikgu

Petang semalam aku bersama isteri beriadah sambil menghirup udara segar. Sambil berlegar-legar ditengah padang kami terasa letih maklumlah aku telah meninggalkan joging selama hampir 7 bulan. Badan dah semakin mengembang kembali. Sambil meneguk air aku memerhati seseorang. Dalam hati aku berkata apakah mungkin itu cikgu Zaleha. Guru kelasku semasa di Bayan Lepas English School. Tepat memang dia bersama suaminya turut sama berjoging disitu. Mereka juga seperti kami berhenti setelah terasa penat. Aku mengajak isteriku untuk berjumpa guruku.
" Assalamualaikum cikgu Zaleha ". Sambil menjawab kelihatan dia sedang berfikir mungkin mengenaliku atau mungkin tidak.
" Cikgu tak kenal saya ka. Nama saya Ariff Budiman ". Aku memberi klu agar mudah dia menginatiku.
" Kalau Ariff Budiman memang cikgu kenal sangat sebab nama kamu seorang saja dalam sekolah "

Aku perkenal isteriku kepadanya. Sambil bersalaman aku terus bercerita yang cikgu Zaleha ni seorang yang amat garang. Tahi lalat dibirnya menjadikannya lebih garang. Sudah berapa kali pipi aku dicubitnya akibat lembab dalam matematik.
" Kalau saya tak garang dengan kamu Ariff, takkan kamu jadi manusia hari ini. Cikgu minta maaf banyak-banyak pada kamu Ariff ".
" Tak apa cikgu, saya tak berdendam pun dengan cikgu malah saya ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana membimbing saya selama disekolah rendah ".

" Haa..Ariff bagaimana dengan cita-cita kamu nak menjadi seorang penyanyi bila besar nanti. Dah tercapai ke ". Tak sangka cikgu masih ingat lagi cita-citaku.
" Laa..cikgu ingat lagi ka akan cita-cita saya ".
" Mana cikgu tak ingat cita-cita pelik kamu tu ". Tersengih suaminya mendengar kami berceloteh.
" Allah tak izin cikgu. Tapi jadi juga artis yang tak terkenal iaitu penyayi lagu nasyid. Nasyid atas pentas saja ".
" Kira tercapai juga cita-cita kamu ya ".
" Ariff ni dulu masa dikelas asyik menyanyi. Suara pula sedap didengar. Tapi yang saya geram time saya mengajar dia dok menyanyi dekat seorang pelajar perempuan. Tu yang saya cubit ".
Malu sungguh aku bila cikgu cerita kisah aku dalam kelas. Aku melihat isteriku mengerling kearahku bila cikgu bercerita.

Akhirnya kami minta diri untuk pulang kerumah. Semasa dalam perjalanan isteriku mengusik
" Tak sangka abang dulu romantik sampai nyanyi lagu dekat budak perempuan ".
" Ala dulu bodoh lagi. Tapi kalau sekarang buat macam tu sudah tentu orang kata abang gila ".
Ketawa dia mendengar cerita aku semasa dibangku sekolah. Padaku guru merupakan seorang insan mulia. Aku juga berpesan kepada kedua-dua anakku semasa mereka dibangku sekolah agar menghormati guru. Aku tidak mahu menjadi seperti ayah zaman sekarang. Silap sikit buat laporan polis. Ayah dulu kalau pulang kerumah buat laporan dibedal oleh guru pasti dibedalnya sekali lagi dirumah pula. Kasihan guru sekarang. Sudahlah kerja banyak asyik kena kutuk saja.

Anak tidak cemerlang salahkan guru. "Kami bayar duit. Tugas cikgu mengajar bukan mendera ".
Itulah kata-kata rungutan ibubapa sewaktu aku menghadiri mesyuarat ibubapa. Aku tak dengar langsung ucapan terima kasih dari ibubapa kepada keikhlasan guru yang mengajar. Ibubapa berjawatan tinggi ialah hasil dari dididkan seorang yang bernama guru. Semoga keikhlasan guru mendapat rahmat dari Allah swt

Monday, November 23, 2009

Remaja & Ibubapa


Pada Jumaat 20 Nonember 2009, aku bersama Jawatankuasa Surau telah menganjurkan satu remaja motivasi mengenai Remaja & Ibubapa. Seorang pakar motivasi untuk remaja telah dibawa dari Johor. Beliau ialah Dr Hishamuddin Alham. Yang menjadi masalahnya ialah program ceramah yang tidak dapat dielak dibuat pada hari Jumaat. Ada juga ibubapa yang berjumpa dengan saya
" Budiman pasal apa buat ceramah pada malam ini. Kami nak hadir tapi malam ni drama bersiri Nur Kasih merupakan episod yang terakhir. Mungkin Adam mati ". Begitu hebat pukulan drama bersiri ini sehingga membantutkan orang untuk mendengar ceramah. Apa boleh buat, aku tidak boleh melayan sangat kerenah mereka. Bila lain kali dibuat ceramah atau kuliah alasan lain pula yang dicari. Mereka belum lagi ditimpa bencana. Bila sudah kena barulah tercari-cari orang nak belajar agama.

Aku masih ingat lagi ketika aku ditingkatan 2. Ibuku membawa aku bersama menziarah kawannya yang terlantar sakit. Anehnya bila setiap kali berjumpa dengan orang yang datang untuk menziarahinya, beliau pasti berpesan agar mendoakannya sihat supaya senang dia mengikuti kelas agama dan menutup aurat. Walaupun keinsafan itu amat baik, kita belum tahu ajal maut. Kalau Allah panjangkan umur kita maka sempatlah kita melakukan kebaikan. Kalau tidak hanya Allah saja yang mengetahuinya. Bila kami berhadapan dengannya dia berpesan kepada ibuku agar mendoakannya sihat. Sambil menangis, katanya dia nak menutup aurat. Dia nak mendengar ceramah yang sebelum ini dia tidak mahu mendengarnya. Selang beberapa hari dia meninggal. Semoga Allah terima taubat-taubatnya.

Jadi ceramah malam itu dihadiri sekitar 200 orang. Alhamdulillah. Itu saja yang mampu kami lakukan. Setiap poster telah diedarkan disetiap rumah. Sekurang-kurangnya kami boleh menjawab bila Allah bertanya di akhirat kelak. Bagi aku ceramah malam itu amat baik untuk ibubapa. Dr Hishamuddin menekan bahawa 1 - 7 tahun merupakan waktu bermain. 7 - 14 tahun waktu untuk mendisiplinkan anak-anak. 14 tahun keatas ialah waktu untuk kita berkawan dengan anak-anak. Inilah yang terjadi kepada remaja sekarang. Bila mereka membesar, mereka tidak ada kawan dan akhirnya mencari kawan lain. Nasiblah kalau mendapat kawan yang baik.

Ketika aku keluar dari rumah seorang ibu berkata kepada anaknya,
" Ha malam ini jangan lupa pergi dengar ceramah yang pakcik Budiman buat ".
" Mak dengan ayah pun tak pernah pergi. Asyik duduk depan tv saja. Nak suruh orang ".
Apalagi melayang kasut dan kahirnya kasut itu hinggap dibahuku. Malu siibu terus dia masuk meghempas pintu rumah. Apo Nak di kato lagi jang oii....

Thursday, November 19, 2009

Rahsia Bintang Enam Israel-Jahanam Israel

Maaf agak sibuk kebelakangan ini jadi aku tempelkan saja email yang baik untuk dikongsi bersama. Insyaallah jumpa lagi

Oleh: Muhamad bin Abdullah

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid.Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di
Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi.

Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? Lambang negara Israel .kisah selanjutnya klik di bawah

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum
Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.


Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .


"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
12 Mei 09

Tuesday, November 17, 2009

Sementara Ku Masih Bernafas

Salam. Secara tiba-tiba, entah mengapa, aku terangsang untuk menulis di bawah tajuk ini. Ia mungkin disebabkan beberapa pengalaman yang aku lalui yang ingin dikongsikan bersama orang lain. Atau, mungkin disebabkan oleh adik-adik serta anak-anak yang seringkali bertemu aku bertanyakan tunjuk ajar tentang itu dan ini, apatah lagi berdepan isu-isu yang melanda umat Islam yang tidak kunjung padam...Seminggu yang lepas Br. Kamaruddin, Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI), menelefon aku menceritakan pengalamannya meraikan pelancong-pelancong daripada Amerika yang mengunjungi Masjid Kapitan Keling di P Pinang. Masjid ini merupakan salah satu destinasi pelancongan di P Pinang.

Mereka begitu teruja mendengar penerangan Br Kamaruddin ini. Apabila tiba waktu solat, beliau menjemput pelancong-pelancong ini ke dalam masjid dan duduk di belakang sekali agar mereka dapat melihat umat islam bersolat. Tiba-tiba datang seorang Imam dari Masjid Kapitan Keling menghalau mereka dan meyuruh mereka pergi ke tempat lain. Keadaan ini menyebabkan para pelancong terkejut dan terus meninggalkan dewan Masjid dalam keadaan tersipu-sipu. Aku bertanya kepada Br Kamaruddin, "And what did you do to save the situation?" Beliau menjawab, "After prayer, I met them again and serve them cookies and tea. And only after that their smiles came back and and with that I bid them goodbye."

Inilah antara senario yang wujud di Malaysia yang tidak membantu dakwah kepada yang bukan Islam. Sedangkan Nabi menerima tetamu yang bukan Islam dari Taif dan golongan Kristian dari Najran di dalam Masjid di Madinah. Imam Bukhari pula meriwayatkan suatu insiden di mana Thamamah ibn Athal, seorang musyrik, diikat di dalam Masjid. Kesemua ini adalah dalil keizinan untuk yang bukan Islam memasuki dengan tujuan yang baik, kecuali di Masjid Haram berdasarkan surah at-taubah ayat 28. Agak pelik bahawa umat Islam menutup ruang yang di buka oleh Islam atas nama Islam....

Pada hari Ahad yang lepas ketika sedang memulakan kelas tafsir di Kompleks Belia Batu Uban, aku ternampak seorang wanita Inggerisn sedang khusyuk mendengar penyampaianku. Aku terus teringat kepada Imam Hasan al-Banna yang, ketika menyedari ada tetamu tertentu dalam kelas beliau, akan mengubah sedikit pengisian beliau, mengambil kira tetamu yang berkenaan itu, tanpa disedari oleh orang lain. Kebetulan aku sedang merumuskan pengajaran utama dari surah al-Mujaadalah yang baru dikhatamkan tafsirannya.

Aku terus menceritakan tentang K
houlah binti Tha'labah kerana kisah beliau menjadi tema surah al-Mujaadilah (atau al-Mujaadalah), yang bermaksud 'wanita yang mengadu', ya tema surah ini berkaitan dengan seorang wanita yang mengadu serta membantah tentang suaminya, Aus bin Somit, yang menziharnya. Beliau berkata, "Suamiku mengahwiniku ketika aku muda dan cantik. Ketika itu aku pula kaya raya.. Ketika aku tua diziharnya aku..." Keluhan wanita ini dilayan oleh Allah maka turunlah wahyu. antaranya bermaksud "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (Mujadalah ayat 1) Kemudian Allah menjelaskan hukuman ke atas suami yang menzihar isterinya itu..

Surah in sekaligus menampakkan status wanita dalam Islam yang dimuliakan Allah. Siapa yang mengatakan wanita Islam dicipta untuk menjadi hamba sahaya kaum lelaki? Siapa mengatakan kaum wanita dalam Islam hanya menjadai pak turut membuta tuli kepada suami mereka? Siapa mengatakan isteri dalam Islam tidak boleh bersuara terhadap suami mereka? Jika ada yang berkata demikian ceritakan tentang surah ini dan sebab turunnya kepada mereka yang jahil ini. Sesungguhnya wanita di pandang mulia oleh Islam. SUARA MEREKA diiktiraf oleh Allah....

Begitulah antara perkara yang aka katakan dalam kelas itu, merujuk kepada Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Aku melihat wanita Inggeris itu terus mencatat sesuatu selepas mendengar kenyataanku itu. Selesai tafsir dan solat Asar aku dibawa kepada wanita itu Beliau rupanya seorang wanita Jerman yang mendalami bidang Antropologi dan berada di Malaysia untuk mengkaji keadaan mereka yang memeluk Islam di Malaysia. Di dalam hatiku aku berdoa semoga Allah memberi hidayah kepadanya....

Cetusan Minda
Oleh Dr Danial bin Zainal Abidin
Telah mendapat keizinan dimasukkan kedalam WN

Monday, November 16, 2009

Kenapa Ayat Mereka sama

Pagi tadi seperti biasa aku berjalan-jalan sambil mencari apa yang perlu di pasar. Setelah selesai membeli aku singgah di astaka untuk bersendirian sambil memesan bihun goreng dan kopi ais. Aku terus mengelamun mengenangkan kisah lampau. Sudah pastinya kisah aku bersama arwah Siti Aishah. Entah kenapa aku tidak dapat memadam memori ini. Terasa terlalu indah untuk dipadamkan. Dimana saja tempat aku berhenti pasti disitu ada kenangannya. Cuma kali ini aku dapat mengawal perasaan ini. Kalau dulu bila terkenang saja pasti sebak aku dibuatnya. Sekarang bila terkenang aku pasti senyum sendirian. Pasti siapa yang melihat akan berkata,
" Sewel ke orang tua ni. Senyum sendirian ". Teringat aku tentang cerita DO RE MI. Ketika apek melihat muka DO dia berkata,
" Aiyaa..muka atak sinyum..Hutang sula habih muka ata sinyum".

Sedang aku mengelamun, aku dihampiri oleh seorang budak. Aku sudah tahu dan pasti ini merupakan satu sindiket menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah.
" Bang minta sedekah bang. lama saya tak makan ". Muka nampak sedih. Ni taktik lama ni.
" Adik nak minum apa. Mai abang belanja ". Sengaja aku test. Tapi dia menggelengkan kepala.
" Adik ni dari mana ". Pertanyaan yang sengaja aku tanya sebab aku pasti ayat itu tetap sama seperti dulu. Kanak-kanak bukannya terror sangat bab-bab ni.
" Saya datang dari Bagan ". Betul tekaanku. Ayat yang sama juga keluar ketika kanak-kanak lain meminta sedekah di Chowrasta di Jalan Prangin Pulau Pinang.

" Emak dan ayah buat apa ".
" Emak sakit dan ayah meninggal dunia ". Aku tersenyum sendirian sebab mungkin semua mereka menggunakan ayat yang sama untuk menagih simpati orang ramai. Akhirnya aku mengajak dia minum tanpa memberi satu sen pun sebab duit yang diberi orang ramai akan dinikmati oleh pihak lain. Dari jauh aku melihat seorang pemuda sedang memerhatikan kami. Mungkin marah dia sebab beri kanak-kanak itu minum. Kurus kering orangnya. Aku memerhatinya tanpa berkedip mata dan akhirnya aku terus bangun menuju kearahnya. Ingin sekali aku berbicara dengan pemuda kurus yang mungkin merupakan orang yang membawa kanak-kanak meminta sedekah.

Melihat aku meluru kearahnya, pemuda itu terus masuk kedalam van dan terus pergi. Aku melihat saja kemana arah van itu pergi. Ketika aku pulang aku melalui jalan itu dan van itu masih berada disitu. Melihat aku datang dari belakang van itu terus memecut laju. Mungkin sangkaannya aku merupakan seorang pegawai polis sebab rambut aku pendek dan aku menggalas beg secara berselepang. Inilah manusia yang menggunakan kanak-kanak Myanmar untuk menjalankan operasi mereka. Selagi kita memberi selagi itulah mereka akan terus menipu masyarakat Malaysia yang begitu bersimpati terutamanya orang kita yang bergelar melayu.

Saturday, November 14, 2009

Filem 2012

12 November 2009 ialah hari yang dinanti oleh sesetengah rakyat Malaysia bilamana satu tayangan serempak filem 2012. Filem ini mengisahkan tentang tragedi yang akan berlaku hari kiamat pada tahun ini. Seorang peramal yang terkenal iaitu Michel de Nostredame ( Nostradamus ) telah meramalkan berlakunya malapetaka bumi pada tanggal 2012. Sebuah planet yang dikenali sebagai Nibiru sedang menghala bumi dan dijangkakan akan melanggar bumi pada tahun 2012. Mengikut prediction mayan people, hari kiamat akan berlaku pada tahun 2012 nanti. Jadi itulah motif sebenar keseluruhan filem ini muncul. Diarahkan oleh seorang director yang terkenal dengan imaginasi iaitu Roland Emmerich. Dia seorang yang suka bayangkan bagaimana bentuk detruction ke atas bumi ini sekiranya berlaku ketasa tamadun manusia sekarang.

Panggung wayang penuh sesak dengan lautan manusia. Tiket sold out. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat menonton tayangan filem yang hebat ini. Anak jiranku beria-ia benar meminta agar ayahnya booking tiket agar mereka sekeluarga dapat menonton filem ini. Di Amerika filem ini menjadi isu yang menakutkan mereka. Gunung berapi yellow stone yang menunggu masa untuk dimuntahkan juga diramalkan akan berlaku pada tahun ini. Gereja-gereja penuh dengan manusia.

Akhirnya pihak Nasa terpaksa mengeluarkan kenyataan, " Contrary to what you may read on thje internet, the world is not going to end in 2012. A rogue planet named Nibiru is not on a collision course with earth. And a solar flare won't toast the planet. It's all fiction though the maker of the film "2012" may lead you think otherwise. I don't have anything agaist the movie. It's the way it's been marketed and the way it exploits people's feras,"NASA scientist David Morrison at the Ames Research Centre in Moffett Field, Calif...told Discocery News.

Gambaran planet Nibiru dan planet bumi

Begitu hebat impak filem ini. Bagi kita umat islam, kita memang yakin akan rukun iman iaitu beriman dengan berlakunya hari kiamat. Tatkala Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril bila berlakunya hari kiamat, jawab malaikat hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Mengapa kita umat islam tidak peka dengan hadis Rasulullah tentang tanda-tanda hampir berlakunya hari kiamat. Bila orang barat gah menceritakan tentang hari kiamat umat islam juga akan terasa akan tempiasnya. Ada yang ketakutan. Baru-baru ini aku ada melihat Discovery Channel tentang akhir zaman. Mereka menggunakan ramalan Nostradamus dan kitab yahudi.

Sayang kalau mereka merujuk kitab orang islam, mereka akan menemui banyak hadis Rasulullah tentang hari kiamat. Ada yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.Rasulullah telah memberi gambaran tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar
Tanda Kecil ( Hanya sebahagian saja )
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Tanda Besar
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka'abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada azan tak di jawab
  • 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Friday, November 13, 2009

Abang Nak Apa bagitau

" Abang makan apa hari ini ". Isteriku menaliponku
" Biasalah ikan semilang Kuala Juru. Memang menjilat jari ". Ketawa dia bila aku beritahu yang setiap hari pasti ikan semilanglah yang aku jamah.
" Abang ni tak jemu ka dengan ikan semilang ".
" Entah la pula. Ikan semilang ni semenjak dari kecil lagi dah abang suka ".
" Rosnah tak pernah makan ikan semilang ka ". Aku bertanya
" Lama dah tak makan. Tak ada orang nak beli ". Aku faham sangat dengan kesibukan berniaga, dia tidak ada masa untuk kepasar membeli ikan. Hanya lauk segera sajalah yang mampu dibeli. Aku berjanji kepadanya bahawa satu hari akan aku beli kari ikan semilang. Semoga dia gembira dapat merasai kari ikan semilang Kuala Juru. Minggu lepas aku bertugas pagi. Seperti biasa aku singgah digerai yang menjual kari ikan semilang.

" Bang hari ini ada ikan semilang. Besar-besar pula tu ". Terbayang muka isteriku. Ini rezeki isteriku agaknya. Aku terus bungkus kari ikan semilang. Sengaja aku tidak beritahunya tentang kari ikan semilang. Bila aku talipon tanya dia, katanya tak ada ikan sangat. Bila dia bertanya aku makan apa, aku pula menjawab tak ada apa juga di Juru. Hanya ikan biasa. Sesampainya aku dirumah aku melihat dia tersenyum.
" Cuba abang lihat atas meja ". Aku terus membuka tudung
" Ya Allah ". Terkejut dia bila aku berkata demikian. Aku terus meluru diluar dan mengambil bungkusan kari ikan semilang. Kononnya nak buat surprise. Aku tunjuk kepadanya.
" Subhanallah bang kita sama-sama beli ikan semilang nak buat surprise ". Aku tak tahan gelihati memikirkan peristiwa yang tidak dirancang itu dimana kami berdua nak buat surprise dan akhirnya memang kedua-dua kami surprise.

Satu lagi kesukaanku ialah minuman yang masam. Sebut saja yang masam memang menjadi kesukaanku. Selalunya bila pulang dari kerja, aku akan singgah membeli jus asam jawa. Sehari sebotol.
" Abang ni suka sangat minum air masam. Patutla muka nampak masam selalu ". Guraunya
" Nak buat macam mana, muka abang orang lihat dah takut. Susah nak senyum tapi baik orangnya Aku sambut gurauannya. Tersenyum dia dengan gurauan ini. Keesokkan harinya dia menalipon aku.
" Bang hari ini jangan beli air asam jawa ". Aku kehairanan sebab dia menghalang aku membelinya.
" Kenapa Rosnah tak bagi abang beli ". Aku terus bertanya.
" Ha.. Rosnah dah buat air asam jawa untuk abang ". Sambil ketawa dia memberitahu.
Aishh.. sedap ka dia buat ni. Aku terus berfikir. Kalau aku beli nanti jauh hati pula. Tak apalah aku try dulu.

Sampainya aku dirumah setelah berehat seketika dia membawa segelas air dan aku pasti itulah air asam jawa. Tersenyum-senyum dia menyuruh aku minum.
" Masyaallh sedapnya air ni. Sebiji macam yang abang beli ". Bukan aku sengaja hendak puji. Memang pandai dia buat. Bermula hari itu air asam jawa tidak pernah kering dalam botol yang diletakkan didalam peti sejuk. Kadang-kadang dibuatnya air untuk aku membawanya ketempat kerja. " Abang nak makan apa bagitau dekat Rosnah ". Setiap masa yang terluang pasti dia akan bertanya aku apa makanan kesukaanku.

Hari itu aku sengaja bergurau yang aku nak makan roti cicah dengan kuah durian. Bila pulang ke rumah aku terbau wangian durian dan akhirnya dapat aku merasai roti cicah dengan kuah durian. Walaupun cara kuahnya berbeza dengan kuah yang Siti Aishah buat, namun aku tidak pernah membezakannya. Perkataan sedap dan terima kasih tidak pernah aku lupa. Layanan yang sempurna membuatkan aku semakin sayang dengannya. Aku tak mampu berbuat begini kepadanya. Hanya Allah saja yang memberi ganjaran yang setimpal kepada seorang isteri yang bergelar Rosnah. Itulah doaku setiap hari. Dia benar-benar membahagiakan diriku dan begitu juga dengannya. Katanya aku begitu baik dengannya. Amin Ya Rabbal alamin

Thursday, November 12, 2009

Selamat Hari Ulangtahun

Entah kenapa semalam isteriku beria-ia benar meminta aku menemaninya ke kamdar. Katanya nak beli sesuatu. Bila ditanya jawabnya rahsia. Ini yang tidak sedap hati ni. Selepas solat maghrib kami berdua ke kamdar. Dia membawa aku ketempat baju. Dipilihnya baju batik. Warna demi warna dicari. Akhirnya dia mengambil baju batik yang berwarna biru. Memang warna biru warna kesukaanku. Dia pun tahu yang baju batik aku sebelum ini yang dibeli oleh arwah Siti Aishah juga berwarna biru. Sehingga kini aku masih lagi memakainya. Aku bertambah hairan baju batik ini untuk siapa.
" Haaa bang. Cuba try ini. Muat ke tidak ". Dihulurnya baju kepadaku sambil tersenyum. Aku bertambah pening.
" Sebenarnya sengaja Rosnah nak buat surprise dekat abang. Baju batik yang abang pakai dah agak lama. Sempena menyambut selama 5 bulan kita hidup bersama Rosnah nak hadiahkan untuk abang. Abang mesti pakai pada ceramah yang akan datang ".

Tak terucap dengan kata-kata. Aku hanya mengambil dan terus mencuba. Sekejap aku keluar dan perlihatkan kepadanya. " Oii..handsomenya abang memakainya ". Pujian yang membuat aku kembang seluruh badan. Hanya terima kasih yang dapat aku ucapkan kepada. Selepas itu aku mengajaknya makan malam. Aku tahu bahawa dia benar-benar menyayangiku. Adakah dengan menghadiah baju ini menunjukkan bahawa dia benar-benar menerimaku. Aku pasti itulah jawapannya sebab aku pun menerimanya. Apa yang kami doakan ialah agar Allah kekalkan kami bersama. Amat berat dugaan yang Allah berikan. Tapi tidak ada seorang pun yang dapat melawan takdir Allah. Hanya doalah yang dapat mengubahnya.

Wednesday, November 11, 2009

Buatlah Program lagi

Setelah selesainya program remaja tempuh hari, aku berpesan kepada anak-anak remaja yang hadir dalam program itu yang seramai 25 orang agar bila mereka pulang kerumah nanti ceritalah kepada kedua ibubapa, kawan-kawan dan jiran-jiran apa faedahnya mereka menyertai program ini. Alhamdulillah mereka tidak menghampakan aku. Aku menerima sms dari ibubapa yang mengucapkan ribuan terima kasih. Diantara sms yang aku terima dan masih lagi berada didalam inbox berbunyi begini

" Berbanyak terima kasih dari saya dan suami diatas kemurahan hati Tuan Budiman dan beberapa pihak lain yang menjayakan program ilmu dan membolehkan 3 orang anak kami dapat menimba ilmu. Semoga pihak tuan dan puan semua diberkati Allah ". Aku tidaklah bermaksud yang setiap kali program diadakan akan ada sms semacam ini. Cuma sms ini menyuntikkan lagi semangat aku dan rakan-rakan yang lain untuk terus memberi yang terbaik kepada anak remaja.

Ada juga ibubapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai program ini tetapi atas desakan anak-anak mereka, akhirnya membenarkan anak mereka turut hadir. Anak-anak yang hadir aku dapati begitu seronok dengan program ini. Aku faham benar sebab apa mereka jadi begitu. Sebabnya politiklah yang menjadikan mereka tidak suka selain dari parti mereka yang mengadakan program seperti itu. Apakah aku bersalah sekiranya aku menyertai parti politik yang tidak sama aliran dengan mereka sedangkan kami tidak pernah membezakannya.

Bagiku mereka merupakan majoriti yang sedikit. Masih banyak ibubapa yang meminta aku agar mengadakan program remaja cuti sekolah ini. Kalau kita nak buat program remaja, kita kena pandai cari ketuanya. Brainstorm otaknya dan akhirnya dia akan mengajak pula rakan-rakannya yang lain. Itulah yang aku lakukan suatu ketika dahulu apabila ada persatuan yang meminta aku mencari remaja untuk membuat persembahan sempena hari kebangsaan. Aku cari ketuanya dan aku duduk bersama. Aku biarkan saja dia menghabiskan sebatang ganja dan aku terangkan niat hatiku. Akhirnya aku dapat mengumpulkan sebanyak 20 orang remaja dan membuat persembahan walaupun persembahan mereka carca marba namun mereka berjaya melakukannya.

Kini remaja-remaja itu telah hijrah dimerata tempat. Lahir pula remaja yang baru dan perangai tetap juga sama. Kalau dulu mereka hanya melihat, kini mereka pula berani mencuba. Berkepul asap dengan wangian ganja yang menusuk lubang hidung. Sebenarnya remaja ini ketandusan program. Tidak ada sesiapa yang sudi mengajak mereka. Banyak program dibuat untuk golongan kanak-kanak. Banyak ibubapa meluahkan perasaan mereka kepada aku.
" Budiman..buatlah program remaja cuti sekolah ini. Lihatlah anak-anak tanpa segan silu berkepit sana sini dan ibubapa mereka pula tidak pernah melarang ".

Aku pernah menegur seorang remaja perempuan yang asyik bersembang dengan lelaki didepan rumah mereka. Jiran-jiran selalu meminta agar aku melakukan sesuatu. Akhirnya aku terpaksa juga menegur mereka. Akhirnya bunyilah ayat ini
" Apa yang pakcik sibuk sangat dengan kami. Emak dan ayah saya pun tak marah kami bersembang ". Memang perasaan ketika itu hancur berkecai dengan sikap ibubapa sekarang. Apabila melihat aku dan isteri pasti muncung mulut mereka. Setelah isteriku meninggal dunia terdengar suara, " Itulah tegur lagi orang, Akhirnya isteri mati ".

Kata-kata ini amat pedih dan hampir beberapa bulan aku terpaksa melupakan program. Aku kehilangan teman yang sanggup bersama menjayakan program ini. Bila memikirkan perjuangan Rasulullah aku merasakan siapalah diri ini. Rasulullah dugaannya lebih berat lagi. Bacalah buku sirah tentang perjuangan Rasulullah. Kini hatiku bertambah pulih dan aku akan bangkit kembali. Kepada rakan-rakanku yang membaca blog ini marilah kita lakukan sesuatu. Surau kami menadah tangan kepada kalian semua untuk mengadakan suatu program remaja. Insyaallah kita akan bertemu lagi. Semoga Allah permudahkan

Monday, November 09, 2009

Misi Kasih & Program Remaja

Sabtu 7 November. Aku sekali lagi memberi penghormatan kepada rakan-rakanku yang akan berlepas ke Padang dalam Misi Kasih Padang ke 3 di lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Walaupun aku masih lagi tidak berkesempatan kesana, jiwa ini begitu merindui akan bersama rakan-rakan yang lain suatu masa nanti. Insyaallah hari kedua Aidil Adha rakan-rakanku sekali lagi akan melaksanakan korban disana. Katanya kalau makan lembu sudah dianggap mewah disana. Seekor lembu boleh mencapai RM4000.

Selesai menghantar rakan-rakanku, aku bergegas pula menghantar anak-anak remaja ke Surau An Nur dalam Program ceramah Motivasi oleh Dr Danial Zainal Abidin. Seramai lebih kurang 100 orang anak remaja telah mendaftar. Aku mengambil peluang ini menghantar poster kepada ibubapa yang anak-anak mereka telah memasuki pertandingan nasyid di surau aku. Berkata mak angkat aku yang membawa poster,
" Ni program Budiman buat di surau ".
" Kalau Budiman buat kami nak hantar la anak kami ". Aku begitu terharu bila ada ibubapa yang menaruh kepercayaan kepadaku. Aku tidak sekali-kali akan mengkianati kepercayaan ini. Biarlah aku mengeluarkan sendiri wang untuk menghantar anak-anak remaja. Insyaallah rezeki ada dimana-mana. Kepada anak remaja aku mengharapkan agar mereka menjadi seseorang yang boleh membuatkan ibubapa merasa bangga dengan mereka dan non muslim merasa kagum dengan akhlak islam.

Anak remaja begitu khusyuk mendengar motivasi dari Dr Danial Zainal Abidin


Dalam sesi motivasi Dr Danial telah menekan tentang Formula IT iaitu I untuk Ilmu dan T untuk Takwa.
Orang yang tidak mempunya ilmu begitu susah untuk menjadi seorang yang baik. Sebelum Nabi Adam diturunkan kebumi, projek ilmu telah ditekankan kepadanya. Bermacam-macam pengajaran telah diajar untuk Nabi Adam mengenal sesuatu.

Seterusnya Dr Danial menekankan Kenapa ilmu itu penting
1 ) Pentingnya kita mengenal ilmu ialah dengan ilmu kita kenal akan tuhan
1.1 Bukti ialah Ayah Pin yang menganggap dirinya tuhan
1.2 Pluralisma yang melanda dunia dengan mengatakan bahawa semua agama adalah sama.

2 ) Dengan ilmu kita kenal yang hak dan yang batil
2.1 Contoh Abdul kahar yang mendakwa dirinya adalah rasul melayu dan akhirnya rasul
melayu telah dipenjarakan dan dikenakan 6 sebatan

3 ) Dengan ilmu kita kenal halal dan haram
3.1 Contoh ialah babi itu haram

4 ) Dengan ilmu kita kenal sah dan batal
5 ) Dengan ilmu kita faham keutamaan
6 ) Dengan ilmu ia menampakkan islam itu paling maju dan saintifik.

Dalam Formula T iaitu Takwa.
Mengikut definasi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Ibnu Mas,ud Takwa ialah
Taat jangan Maksiat
Ingat jangan lupa
Syukur jangan kufur

Hanya inilah yang sempat aku tulis dan duduk bersama adik-adik remaja. Terasa jadi remaja pula. Akhirnya aku menyedari rupa-rupanya aku ialah remaja bangka.......

Friday, November 06, 2009

Ayat Terakhir Rasulullah

Matahari kian tinggi,
tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah
tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata
Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril,
jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara
yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti
kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum
- peliharalah shalat dan peliharalah orang-oranglemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Thursday, November 05, 2009

Tak Mau. Itu Tadika PAS

Pagi semalam seorang wanita yang merupakan jiran tetangga datang. Sambil bersembang sempat juga dia meluahkan perasaannya.
" Sekarang ini susah betul nak mencari tadika yang murah. Kebanyakkannya mahal-mahal belaka. Yang murah pula jauh dari rumah ".
" Kenapa adik tak mendaftar tadika yang berada didalam kampung saja. Murah dan berdekatan dengan rumah ". Sampuk isteriku.

" Eeee tak mau la. Itu tadika PAS ". Sambil menggelengkan kepala seolah-olahnya merasa amat kegelian.
" Adik satahu saya tadika PASTI tak pernah pun mengajak kanak-kanak masuk dalam PAS. Walaupun saya bukanlah ahli PAS tapi saya tahu tadika itu banyak menerapkan tentang islam ". Sampuk pula aku
" Kalau nak dibandingkan dengan tadika lain yang asyik menyanyi lagu Twinkle-twinkle litle star lebih baik anak kita pulang kerumah dan mendengar dia bernasyid dan membaca doa ". Aku terus brainstorm dia.

" Tapi kami UMNO. Suami saya tak suka "
" Adik kita sebagai ibubapalah yang menjadi punca keruntuhan akhlak anak-anak kita. Kita terlalu mementingkan diri dan akhirnya anak-anak kita yang menjadi mangsa. Bila anak-anak dah besar sudah tentu susah untuk mencorakkannya kembali. Akhirnya kita akan menyalahkan mereka ". Aku bercakap amat lembut agar mudah dia faham akan keadaan. Terdiam dia seketika.

" Adik..apa yang berlaku ini ada pengajarannya. Adik bersusah payah mencari tadika yang terbaik untuk anak dan tidak dapat. Akhirnya yang hanya dapat dilihat dan ternyata murah sudah berada didepan mata. Itu semua perancangan dari Allah. Balik kerumah bincanglah dengan suami adik. Adik tak akan rugi memilih tadika ini dan inilah pelaburan yang baik untuk adik dan suami berjalan menuju keakhirat". Pandainya aku menasihat orang lain. Aku berkata begini sebab bila melihat anak-anak kecil pulang kerumah sambil bernasyid dan membaca doa, hati ini begitu sejuk.

Itulah yang aku lakukan terhadap kedua-dua anakku. Walaupun mereka tidak pandai sangat dalam agama namun penerapan semenjak kecil dan ibu bapa pula memantau setiap hari menjadikan mereka tidak terpesong dari landasan kehidupan. kalau kita sebagai ibubapa asyik memandang status kita. ego kita dan politik kita akhirnya anak-anak kita yang akan rugi dan sudah pastinya kita akan menyesal seumur hidup kita. Dengan keadaan kehidupan sekarang ini yang penuh dengan pergaulan yang melampau, agamalah yang akan menjadi pendinding kita. Bolehkah mereka membuang ego mereka sebagai ibu bapa. Jawapannya entah.. kalau politik disalah gunakan.

Wednesday, November 04, 2009

Abang..Boleh tunjuk Gambar Aishah

Petang semalam aku seperti biasa menatap laptop dan melayari blog kawan-kawan sementera isteriku berada didapor memasak. Melihat aku sedang bermain laptop dia terus menghampiri aku.
Sambil matanya merenungku.
"Apa yang tak kena dengannya pula sehingga merenung aku semacam". Bisik hati kecilku.
" Bang boleh tunjuk gambar Aishah. Nah tak pernah lihat lagi gambarnya secara lebih dekat. Mesti orangnya special sehingga abang begitu sayang akan Aishah ".
Aku tergamam tak dapat menjawab. Aku hanya mampu memandang wajahnya. Tak sangka betul permintaannya.
" Betul ka Nah nak tengok. Abang bukan tak mahu tunjuk. Abang takut nanti Nah terasa yang abang terlalu mengingati orang yang telah pergi ".

Akhirnya aku tunjuk klip video yang aku simpan didalam youtube. Aku melihat dia mengalir airmata. Entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin didalam hatinya berkata inilah wanita yang aku sayangi suatu ketika dahulu sehingga terbawa didalam mimpi.
" Nah. Percayalah kepada abang. Bagaimana abang menyayangi Siti Aishah, abang juga akan berbuat begitu kepada Rosnah. Nah begitu banyak bersabar agar abang pulih seperti sediakala dan hari ini abang hampir pulih".
" Terima kasih bang ". Berderau airmata kami berdua

Pembaca boleh melihat kembali 3 klip video yang aku hasilkan selepas seminggu Siti Aishah pergi. Mungkin ada yang masih belum melihat. Bukan sengaja aku nak ingat kembali. Sekadar sentuhan peribadi. Saksikanlah. Kepada anak saudaraku janganlah menangis bila melihat klip Pak Anjang dan Mak Anjang





Tuesday, November 03, 2009

Tahukah Kita Menggunakannya

Waktu dulu-dulu kalau seseorang itu ingin memberitahu akan sesuatu perkara penting umpamanya sakit atau kematian maka telegramlah menjadi alat perhubungan. Mesej dihantar ke talikom dan pihak talikom akan bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka mencari alamat yang dihantar. Kemudian datang pula talipon. Maka mesej menjadi bertambah cepat. Ada masalah saja terus di dial nombor rumah. Kemudian dimasukkan pula internet untuk meneroka dunia dengan begitu cepat sekali. Yang paling canggih sekali ialah kelahiran talipon bimbit. Sekarang ini bermacam-macam jenis keluaran yang dikeluarkan bagi menarik minat pembeli. Remaja begitu tergila-gilakan talipon bimbit. Jenama Sony Erikson dan Nokia menjadi pujaan hati. Ada pula sesetengah mereka telah menyalah gunakan kemudahan ini dengan pengedaran bahan-bahan lucah. Akhirnya kemudahan yang diberikan digunakan untuk benda-benda lain.



Khidmat pesanan ringkas ( SMS ) begitu cepat sekali. Tidak sampai satu minit mesej telah sampai kepenerimanya. Tidak kira dimana saja seseorang itu berada. Kalau liputan dikawasan itu kuat maka dapatlah ia beritanya. Aku merupakan salah seorang pengguna talipon bimbit. Pesanan SMS amat penting dan cepat. Namun bagi sesetengah orang mereka tidak memperdulikan penantian orang yang menghantar SMS. Aku sendiri telah merasainya. Betapa penting kita menghantar SMS. Wang ringgit tidak dikira. Namun bila kita menanti jawapan masih ada yang berat untuk membalasnya walaupun dengan perkataan OK sekali pun.

Adakah golongan ini termasuk dalam mereka yang malas untuk SMS. Baca dan pedulikan. Berkira tentang wang untuk dibalas kembali. Kadang-kadang aku merasa semakin canggih kemudahan semakin malas umat manusia. Bila ditanya adakah menerima SMS kata mereka SMS diterima cuma tak sempat untuk dibalas. Adakah SMS menjadi alat untuk menyerang atau memfitnah seseorang. Janganlah kita menjadi orang yang silap keutamaannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...