Teman-teman

Wednesday, January 29, 2014

Selamat Pengantin Baru Anakku

Alhamdulillah pada 25 Januari 2014 telah berlansung majlis perkahwinan anak gadisku. Aku telah membuat jemputan seramai 1000 orang. Aku telah berjanji pada diri sendiri bermula saat anak aku akad khutbah yang aku tidak akan menangis. Aku tak nak anak gadisku bersedih di hari bahagianya. Aku juga perlu hurmat pada isteriku. Dia juga sepertiku.


Syukur majlis akad nikad anakku berjalan lancar seperti di rancangkan. Kini tiba pula majlis kenduri untukknya. Sebagai seorang ayah aku telah akan cuba lakukan yang terbaik buat anakku. Biarlah ia menjadi kenangan paling manis untuknya. Bila pengantin lalu dihadapanku, anak gadisku kelihatan begitu cantik sekali. Persis ibunya. Aku masih mampu mengawal emosiku walaupun di dalam hati hanya Allah saja yang tahu.


Ketika berada di meja makan dan sebelum majlis di teruskan, bacaan doa telah di baca oleh anak saudaraku. ketika ini aku dapat merasakan airmataku sudah berada di dalam kelopak mataku. Akhirnya ia tidak dapat disekat lagi. Airmataku gugur juga kebawah. Semua ini ada sebabnya. ketika doa sedang dibacakan, aku terlihat seorang wanita yang aku kenali. Aku masih ingat ketika kami memegang amanah di tadika dan fardhu ain Kariah. isteriku sebagai guru sandaran dan aku sebagai gurubesar.


Seorang wanita datang menghantar anaknya. Aku bisik kepada isteriku Siti Aishah
" Siti...Tengok kembar Siti ". Isteriku tersenyum melihat wanita tersebut. Memang persis muka isteriku. Kemudian wanita itu datang mendapatkan isteriku
" Cikgu...Muka kita nak sama. Macam kembar ". Kata wanita tersebut yang membuatkan isteriku tersenyum bak bulan purnama. Setiap hari aku melihat dia menghantar anaknya kesekolah


Kini dia datang bersama suaminya dan duduk di depanku. Mereka tersenyum melihat aku dan isteriku. Selesai majlis makan aku dan isteri terus mendapatkan mereka.
" Bang...Muka dia macam muka Aishah ya ". Kata isteriku. Aku hanya membenarkan kata-katanya


Kami terus ke depan pintu untuk menyambut tetamu. Jika ada masa terluang aku akan bergurau dengan isteriku. Berbagai aksi lucu aku buat dan isteriku hanya tersenyum manis. keluargaku juga turut tertawa gelihati melihat aksiku yang berbagai.


Padaku pantang ada masa terluang aku akan panggil jurukamera untuk merakan gambar kami. Isteriku hanya tersenyum bila di ajak bergambar. Tidak banyak percakapannya. Dia mengikut saja bila di ajak bergambar.


Sempat juga aku bergurau dengan abangku. Aku memanggil jurukamera dan meminta dia merakamkan gambar kami. Kataku nak bersalaman dengan selebriti TV9. Kaum keluargaku tertawa melihat kami bersalaman




Hari tersebut aku benar-benar dapat merasakan kegembiraan. Dapat bertemu rakan-rakan sekolah. Dapat berjumpa sanak saudara. Yang paling seronok ialah kami adik beradik dapat berkumpul walaupun emak serta ayah telah tiada. Semoga majlis ini di berkati Allah. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang banyak membantuku. Special thanks kepada sahabat baikku LSY yang banyak membantu. Semoga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan yang di lakukan. Semoga anakku bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Thursday, January 23, 2014

Kau Di Takdirkan Untukku

Siti Aishah - Kita tidak pernah bertemu
Bila kita di satukan, aku tahu bahawa
Engkau telah di takdirkan untukku
Betapa bahagianya kita
Melayari bahtera kehidupan
Padaku kita akan hidup berdua
Untuk selama- lamanya
Rupanya aku tersilap akan kuasa Allah
Engkau sememangnya untukku
Tapi engkau bukan milikku
Daripada Allah engkau datang
Kepada Allah engkau telah kembali
Aku pasti merinduimu seumur hidupku
Aku bahagia walau hanya untuk seketika
Terima kasih Allah
Kerana meminjamkan dia untukku

Rosnah - Kita juga tidak pernah bertemu
Bila kita berdua disatukan
Aku sedari yang
Engkau telah di takdirkan untukku
Perlahan- lahan kita membina kehidupan
Maklumlah masing- masing baru bertemu
Kini aku benar - benar menyayangimu
Tapi aku harus mengerti bahawa
Kita bukan milik sesiapa
Kita adalah milik Allah
Kita juga datang dari Allah dan
Kepada Allah kita pasti kembali
Terima kasih Ya Allah
Kerana menganugerahkan kepadaku
Dua insan yang begitu istimewa

Tuesday, January 21, 2014

Tempek Nyok

Sudah lama aku tidak makan tempek nyok. Entah kenapa tiba-tiba aku beritahu isteri yang aku teringin nak makan tempek nyok. Isteriku beritahu yang tempek nyok amat senan dibuat. Esoknya lepas subuh dia bangun dan bancuh adunan tempek.


Alhamdulillah. Makan 3 keping saja sudah mengenyangkan perut sehingga tengahari. Cicah pula dengan kari daging. Masyaallah. Amat meneyelerakan. Tentu rama pembaca yang pernah makan tempek nyok. Sedap di makan. Senang di masak.


Monday, January 20, 2014

Semoga Bahagia Anakku

17 Januari 2014 - Anak gadisku beritahu selepas majlis akad nikah mereka akan menziarahi pusara ibunya. Bila aku pulang dari bertugas malam terus aku menyalin pakaian. Aku beritahu isteriku yang aku nak bersihkan kubur isteriku. Jam baru pukul 9.30 pagi.
" Abang tak minum dulu ke ". Tanya isteriku. Aku mengalah lalu meminta dia buatkan aku air. Selesai minum aku minta diri untuk ke kubur.
" Awai Budiman hari ni ". Tegur Tok Siak masjid
" Sebelum panas Tuan hj ". Jawabku. Tersenyum Tok siak masjid melihat aku mengambil cangkul serta penyakar. Bila tiba aku mula membuang rumput yang memenuhi pusara isteriku. Dalam hatiku bermain perasaan adakah mampu anak gadisku ziarah pusara ibunya pada hari gembiranya. Selesai semua seperti lazimnya aku akan duduk sebentar sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran.


18 Januari 2014 - Aku berdoa semoga Allah kuatkan hati aku. Aku tidak mahu menangis di hari yang begitu bermakna bagi anakku. Pagi itu aku menerima sms dari anak gadisku yang mengatakan betapa sayunya dirinya. Aku sudah dapat membaca apa yang tersirat dihatinya. Aku berkata yang ayah sentiasa berdoa semoga dia bahagia. alhamdulillah dia dapat menerimanya. jam 11.20 pagi aku tiba di masjid. keluarga pihak lelaki sudah berada di perkarangan masjid. Aku meminta semua rombongan masuk kedalam masjid. Jam 12 tengahari Tok kadi sampai. Setelah melakukan apa yang perlu maka tibalah saat yang ditunggu.
" Aku nikahkan dikau Siti Zinnirah binti Ariff Budiman dengan mas kahwin......... ".
" Aku terima nikahnya Siti Zinnirah binti Ariff Budiman.......". Ketika itu aku terlalu sebak. Hampir aku mengeluarkan airmata. Namun aku dapat menahannya dari gugur ke lantai.


Tanggal 18 Januari 2014 anak gadisku telah menjadi milik dan tanggungjawab suaminya setelah bersama dengan aku selama 25 tahun. Ketika bergambar aku sendiri tidak pasti samada aku senyum atau tidak. Aku gembira sebab anak gadisku telah selamatdi ijab kabulkan. Aku sedih bila mengenangkan ibunya yang tidak dapat berkongsi bersama-sama dengan kami. Aku ternanti-nanti sms dari sahabat baikku namun aku hanya mampu menanti. Apa kabar dirinya sekarang. Kepadanya tempat aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini.


Kepada anakku. Ayah berdoa semoga anakku bahagia di alam perkahwinan. Janganlah bersedih di hari yang penuh bererti ini. Sentiasa berdoalah kepada emak. Hanya doa yang mampu membuat emah dan ayah gembira di sana. Jangan lupa itu. Terima kasih kepada kaum keluargaku yang banyak membantu untuk majlis ini. terima kasih tak terhingga kepada sahabat baikku LSY yang banyak membantu. Semoga Allah memberkati kalian semua.


Insyaallah pada 25 Januari 2014 merupakan hari kenduri bagi pihak perempuan. Semoga ianya berjalan lancar dan semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah.....

Tuesday, January 14, 2014

Tewasnya Aku

Aku sudah tidak berdaya....
Aku sudah tidak mampu bertahan lagi....
Aku tewas akhirnya....
Punah segala harapan....
Apakah ini suratan takdir....
Aku tidak bisa melupakannya....
Suka dukaku meninggalkan memori 2013...
Lepaskanlah....
Lepaskanlah....
Lepaskanlah saya.....
Haruskah aku melapaskannya...
Sebab aku sendiri tidak bisa.....
Melakukan demikian......
Ya Allah...
Dengarlah rintihan hambamu.....


 

Saturday, January 11, 2014

Ohh..Mak Hang Meletup...

Seperti biasa jam 3.30 petang aku keluar untuk bertugas. Hari ini setiap kali aku sampai di lampu trafik lampu bertukar merah. Kali ini aku berhenti di lampu trafik yang merahnya selama 120 saat. Kira lama juga ler. Sempat juga aku tengok whatsApp dan komen. Mesej penting kena jawab ler. Tiba-tiba berhenti 2 buah motosikal berkuasa tinggi. Fuhh..aku tengok macam nak meleleh saja air liur ni. Orang dia pun nampak mantop. Memang sejak aku di alam remaja aku suka dua benda. Pertama motosikal besar dan kedua ialah kamera. Nak dapat motosikal berkuasa besar tapi gaji yang kecil memang susah nak merealisasikan impian. Aku hanya mampu memiliki kamera yang berharga murah saja ketika itu.

Bila aku berkahwin niat untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi terus berkubur. Aku lebih memberi tumpuan untuk memiliki rumah untuk anak dan isteriku. Namun aku masih dapat memiliki kamera. Itulah yang aku gunakan untuk mengambil gambar anak dan isteri. Sebab itu bila isteriku meninggal banyak gambar yang pernah aku ambil menjadi kenangan. Minatku terus dengan kamera sebab itulah satu-satunya benda yang dapat menghilangkan kerinduan terhadap arwah isteriku. Bila rumahku dipecah masuk dan kamera kesayanganku telah diambil, aku menjadi tenggelam punca sehingga tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Kini dengan hanya kamera handphone aku upload setiap gambar. ada rezeki maka adalah kamera baru untukku.

Jauh sungguh aku mengelamun bila melihat motosikal berkuasa tinggi. Datang pula sebuah motosikal kapcai macam motosikal aku. Berhenti disebelah motosikal besar. Dia melihat lelaki tersebut
" Ohh...hang ka. Aku ingat sapa yang bawa motor besar ni ". Sambil dia menyucuk pinggang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa besar.
" Ohh...mak hang meletup..". Rupanya pemuda tersebut latah. Aku tertawa melihat aksi latah pemuda tadi.
" Hang ambik mana motor ni. Habaq mai dekat aku ". Sambil menyucuk sekali lagi pinggang pemuda tersebut.
" Aku sewaa....Mana aku ada duit ". Terkeluar la kisahnya. Aku tertawa kuat juga. Mana taknya. Orang latah mana boleh simpan rahsianya. Penunggang lain pun turut tertawa.
"Kuajaq hang....Malu aku. Semua orang tau aku sewa motor ni ". Kata pemuda tadi kepada rakannya yang menyakat tadi.
" Hang nak p mana ni ". Sakat lagi sekali
" Aku nak hantaq balik la motor ni....aiii nak hantaq balik...Dajai hang ". Lampu bertukar hijau dan pemuda tersebut terus memecut motorsikalnya. Aku tersengih seorang diri diatas motrsikal kapcaiku mengenangkan peristiwa tadi.....



Friday, January 10, 2014

Pesan Ibu Tentang Ayah

Anakku....
Memang ayah tak mengandungmu....
Tapi.....
Darahnya mengalir di darahmu
Darinya kau di warisi namanya, kedermawanan dan kerendahan hati

Memang ayah tak melahirkanmu....
Tapi....
Suaranyalah yang pertama mengantarmu pada Allah
ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu....
Tapi....
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat....
Tapi....
Tahukah dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya

Tangisan ayah tak pernah kau dengar....
Kerana......
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragui untuk berlindung di lengan dan dadanya ketika merasa tidak aman

Pelukan ayahmu mungkin tidak sehangat dan seerat pelukan ibu...
Kerana...
Terlalu cinta sehingga dia takut sehingga tidak sanggup menghadapi semua sendiri

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa....
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti dia mencintai ibu

Anakku...
Dari dirinya juga terdapat syurga bagimu..
Maka....
Hormati dan sayangilah ayahmu
kerana....
Ibu adalah tulang rusuknya

Jauh dilubuk hatinya
Dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Allah
Menjadi penolong di padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka

Berhahagialah bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah
Hargailah mereka
Seperti mana mereka menghargai kita
Kasihanilah mereka
Seperti mana mereka mengasihani kita dari kecil...

 

Thursday, January 09, 2014

Kisah - Kisah Makhluk Halus

Aku mengimbas kembali nostalgia ketika aku berada alam remaja. Tapi remajaku ini kelihatan pelik sedikit berbanding rakan-rakan yang lain. Aku memang impikan untuk bertemu dengan Panglima Hitam. Ketika aku dan rakan-rakan bekerja di Padang Golf Bukit Jambul dan disitu terletaknya sebuah gua yang diberi nama Gua Tok Alang. Ia masih belum disentuh lagi oleh pihak pemaju. Ketika waktu rehat aku mengajak rakan-rakan berehat didalam. Mengikut percakapan orang-orang tua disitu gua tersebut memang dalam entah kemana. Suasana didalamnya gelap. Aku sudah bayangkan kalaulah Panglima Hitam berada didalam gua ini ingin sekali aku menuntut ilmu persilatan darinya. Akhirnya gua tersebut terpaksa ditutup untuk laluan membina hotel yang diberi nama Hotel Equatorial. Aku masih ingat lagi ketika aku bekerja hebuh bila ada pekerja berjumpa sepasang kubur lama. Bomoh di panggil dan mengikut kata-kata bomoh ia diminta agar tidak mengganggu kubur tersebut. Kubur tersebut masih berada disitu didalam hutang yang dijadikan seperti taman.

Setelah aku berhenti bekerja di Padang golf kerana mendapat tawaran bekerja dengan LLN/TNB. Disinilah bermulanya detik-detik aku dapat melihat makhluk halus. Aku mengimbas kenangan pada tahun 2004 apabila aku bertembung dengan lelaki yang seakan-akan Panglima Hitam impianku. Dia memperlihat seni tarinya silatnya yang begitu memukau hatiku dan tiba-tiba dia terus meluru kearahku dan akhirnya aku tidak menyedari apa yang berlaku. Sedar-sedar aku sudah berada dirumah dan pelik kenapa begitu ramai orang di dalam rumahku. Ada yang berjubah, mata sepet panjang, telinga panjang, perut buncit. Akhirnya setelah diceritakan apa yang berlaku kepadaku barulah aku mengerti. Kata isteriku aku pulang dengan mata yang merah lalu meminta isteriku membaca sepotong ayat al Quran. Akhirnya setelah isteriku merujuk perkara ini kepada abangku dan dengan arahannya sepotong ayat yang di hembus oleh arwah Siti Aishah ke ubun-ubunku akhirnya telah membuka hijab mataku.

Padanya mulanya aku gementar bila melihat banyak makhluk yang berwajah hodoh. Kadang-kadang bila aku mengelak tahulah mereka yang aku nampak mereka dan aku pasti diganggu. Kini sudah 9 tahun masa berlalu. Aku sudah dapat mengawal keadaannya. Ada rakan-rakan meminta aku berjumpa dengan pakar untuk menghilang penglihatan tapi aku diamkan saja sebab bukan aku yang belajar. lagi pun ia bukannya khurafat. Aku jarang bercerita tentang makhluk. Aku takut ia akan disalah ertikan seolah-olahnya aku menuntut ilmu untuk melihat makhluk halus. Kini ada juga rakan-rakan aku yang mengatakan mereka terlalu rindu untuk mendengar kisah tentang makhluk halus. Jadi ini kisahnya.....

Aku suka mengikut seorang perawat kalau ada waktu lapang. Kerapnya dia akan bertanya dulu kepada pesakit untuk mengetahui punca serangan yang diterima. Bila sudah mengetahui puncanya barulah senang dia merawat. Dia akan memulakan dengan membaca surah Jin. Disinilah akan berlakunya pertempuran bila makhluk didalam badan pesakit melawan. Aku melihat berpeluh dan penat perawat untuk mengeluarkan makhluk yang berada di dalam badan pesakit. Aku melihat benda yang ditarik berada didalam genggaman perawat. kemudian dia membuka tangannya lalu bertanya
" Pakjang nampak tak ". Aku hanya anggukkan kepala sambil melihat diatas tapak tangannya.
" Macam mana rupa dia ". Tanya perawat
" Ishh...perawat ni nak test aku ke ". Bisik hati kecilku
" Pakjang...nampak tak rupa dia ". Tanya perawat sambil tersenyum
" Ya nampak. Telinga capang. Mata merah. Dia sedang menepuk kepala...ustaz.. ". Kataku pada perawat. Dia tersenyum mendengar kata-kataku
" Itu taiko dia pakjang. Awat dia tak tepuk kepala. Hari ni dia kena berpisah ". Kata perawat. Setelah ditangkap makhluk tersebut akan diletakkan kedalam botol sebelum dibuang. Kemudian dia menarik keluar lagi.

" Pakjang...nampak tak yang ini ". Aku tersenyum sebab kalau aku kata ya dia akan bertanya lebih lanjut lagi.
" Ya nampak yang ini ". Jawabku ringkas sambil menanti soalan cepu mas
" Lelaki ke perempuan ". Tanya perawat inginkan kepastian. Mungkin dia nak test aku jugak
" Perempuan. Rambut panjang ". Kataku lagi
" Betul..". Ringkas jawapan perawat sambil tersenyum
" Perempuan ni claim kata si N ni suami dia. Dia marah bila dia ditarik keluar ". Kata perawat setelah memasukkan makhluk perempuan kedalam botol.

Perawat menarik seekor lagi dari badan pesakit lalu dirunjukknya kepadaku. Aku sudah faham
" Lelaki...". Kataku ringkas sambil melihat makhluk tersebut dimasukkan kedalam botol.
" Pakjang...Yang itu raja. Dia minta agar di keluarkan sama permaisuri yang masih terdapat didalam badan pesakit. Macam-macam hal depa ni ". Kata perawat lalu menarik keluar makhluk lain dan dimasukkan kedalam botol.
" Apa pakjang nampak dalam botol ". Tanya perawat kepadaku
" Saya nampak yang raja tu punya seronok sambil memegang tangan permaisurinya ". Kataku kepada perawat.
" Raja ucap terima kasih pada saya kerana bawa permaisurinya bersama ". Kata perawat. Aku terhibur juga bila melihat begitu mesra raja berpegangan dengan permaisurinya. Perawat tersenyum melihat aku yang tersenyum sorang diri melihat botol. Itulah serba sedikit kisah makhluk yang dapat aku kongsi bersama. nanti aku cerita kisah bagaimana makhluk halus suka pula pada permainan play station...Tunggu insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...