Teman-teman

Saturday, January 31, 2009

Puisi Buat Isteriku

Aku dah karang puisi ini selepas 3 hari isteri meninggal. Nak masuk dalam blog tak confident lagi sebab baru lagi. Ni gagah juga aku masuk kedalam blog takut terdelete puisi ini. Semoga dapat iktibar. Sampai bila-bila aku tak dapat melupakan dirinya. Orang nak marah mengatakan aku terlalu mengikut perasaan itu adalah hak mereka. Hak aku ialah aku merasa lega bilamana aku dapat mencoretkan penulisan ini. Banyak yang menceritakan tentang penderitaan hidup tanpa suami. Apa kurangnya peritnya hidup tanpa isteri. Kami sekeluarga umpama layang-layang yang terputus talinya
________________________________________________________________

Gembiranya hati seorang lelaki apabila dikurniakan seorang isteri

Dia yang akan menjaga makan minumku

Membesarkan anak-anakku dengan didikan agama

Dan yang pasti dia yang akan selalu menemaniku

Itulah Siti Aishah nama yang diberi


Aku bersyukur diatas kurniaan ini Ya Allah

Sememangnya dia penuh dengan kasih sayang

Dia yang selalu menjaga sakitku

Walaupun kadang kala dia sendiri yang kesakitan

Namun aku diutamakannya ibarat menatang minyak yang penuh


Tanggal 18 December 2008 tatkala azan maghrib berkumandang

Dia telah pergi menyahut seruan ilahi untuk selamanya

Akibat tangan-tangan manusia yang dengki serta khianat

Meninggalkan kami yang masih mengharapkan belaiannya


Oh tuhan betapa pilunya hati ini

Betapa siksanya batin ini

Betapa sunyinya hidup ini

Orang yang aku kasihi telah mendahului aku

Aku terpinga-pinga antara mimpi dan kenyataan


Engkau menderita kesakitan

Namun kau masih tetap mengingati Allah

Engkau tidak pernah mengeluh apa yang dihadapi

Aku begitu terharu melihat apa yang engkau tanggung selama ini

Mahu saja aku membalas akan kejahatan

Yang kita terima ini


Tapi Ya Allah aku tak mampu untuk melakukannya

Aku takut aku sendiri akan terpesong

Lantaran untuk memuaskan hati ini

Kakak, adik tabahkan hatimu menghadapi

Saat yang menyedihkan


Buangkan segala dendam dihati

Ibu telah pergi dengan tenang

Lihatlah bagaimana tersenyumnya ibu

Lihatlah begitu ramai yang solat untuk ibu


Ya Allah berikanlah kami kekuatan

Untuk meneruskan kehidupan ini

Kakak, adik ayahlah sebagai ganti ibu

Selagi mana ayah termampu

Walaupun ayah sendiri begitu tersiksa

Begitu merindui ibu


Insyaallah disuatu ketika kita akan dapat

Bersua kembali dengan ibu

Kita akan dapat memegang jari-jari halus ibu

Kita akan dapat memeluk ibu

Kita akan mencium ibu

Kita akan bertemu dengan adik


Kakak, adik kelak kita akan menuntut didepan Allah

Inilah orang yang telah merosakkan

kebahgiaan kita

Inilah orang yang telah membunuh segala harapan kita

Ya Allah kami mohon padaMu. kau berikanlah

Balasan yang setimpal Ya Allah

Tapi yang pasti kakak, adik janganlah

Lupa untuk mendoakan ayah dan ibu

Kami menanti dari doa anak yang soleh

Kerana itulah saja harta kami

Ibu memang insan istimewa

Kerana syurga untuk ibu


Thursday, January 29, 2009

Adoi... pedihnya

Pagi ini aku menyahut seruan kawan-kawan serta keluarga aku. Pukul 9.30 pagi aku sudah berada di klinik. Nama dipanggil dan aku terus masuk berjumpa doktor. Aku menceritakan segala apa yang terjadi terhadap diriku sehingga menyebabkan satu badan kesakitan. Dr hanya menggelengkan kepala.

Kata Dr," Ariff kena banyak bersabar. Jangan terlalu mengikut perasaan". Aii... sama macam orang lain bagi nasihat. Jangan ikut perasaan. Bukan aku saja-saja nak ingat. Bila datang time dia, hati ini tak dapat di control lagi. Dr memberi aku ubat tahan sakit dan sedikit krim panas. Aku mengambil kesempatan meminta ubat yang membuatkan badan dan paha aku kemerahan. Dr tak cakap banyak. Apa yang aku minta dia bagi.

Aku pulang dengan hati yang lega sebab Dr kata tak ada apa-apa. Cuma terseliuh sikit. Dia suruh aku cari tukang urut. Yang tu biar dulu. Sampai dipintu aku tersepak pintu maka bertaburanlah ubat. Aku kutip kembali. Alamak.... yang mana satu ubat panas ni. Semua nampak sama saja.

Pukul 2 petang aku mandi sebab kerja petang. Seperti biasa aku sapulah krim untuk badan kemerahan. Aku tau ambil saja lalu aku sapu dipaha dan tempat lain. Aii.. kenapa rasa semacam saja. Tiba-tiba aku menjerit Siti abang kena pula. Aku sapu krim panas la. Apalagi melompat macam orang utan la seorang diri.

Dulu pun aku biasa kena. Bila aku minta dekat isteri dia terbagi silap krim apalagi terloncatlah aku sehinggakan kami berdua gelak sampai boleh berguling diatas lantai. Aku menuruni anak tangga dalam keadaan langkah yang tak pernah dibuat orang. Kawan tanya," Awat hang jalan macam baru kena sunat". Heehe lagi peluh lagi pedih aku kena tanggung. Nasib badan la...

Wednesday, January 28, 2009

Sedekahlah untuk menghilangkan resah

Badan aku masih terasa bisa yang amat sangat akibat kemalangan tempoh hari. Mahu saja aku tidur. Tapi tugasku kepada surau perlu aku laksanakan dulu. Malam ini ada kuliah dari Ust Nik Razi Nik Mat iaitu adik kepada Tuan guru Nik Aziz Nik Mat. Aku perlu membuka surau dan melihat apa yang perlu aku lakukan.

Selepas solat maghrib Tuan Guru memulakan kuliahnya. Kuliahnya banyak berkisar tentang isu semasa. Isu palestin tidak ditinggalkannya. Agak ramai juga yang hadir. Aku amat terkesan bila Tuan Guru berkata bahawa untuk menghilangkan resah, gundah gulana dan perasaan sedih kita perlu banyak bersedekah. Aku pernah juga berkata kepada isteri kalau ada kuliah bawalah bersama wang supaya senang kalau ada pelan wakaf bolehlah digunakan wang ini.

Wakaf ini merupakan pelaburan masa hadapan. Ia berkekalan sehingga kita mati pun pahalanya kita dapat. Itulah kata-kata dari ustaz. Jadi aku pun tak mahu melepaskan peluang keemasan. Malam ini aku membeli dua lot wakaf. Satu untuk aku dan satu lagi untuk isteri aku. Aku mendoakan semoga Allah terima amal-amal ini.

Setelah selesai aku dan anak menaiki motorsikal dalam jalan-jalan cari makan. Kami singgah disebuah warung nasi goreng. Ketika sedang makan aku melihat seorang lelaki bertongkat bersama anaknya sedang mencari nafkah dengan menjual key chain. Mereka melalui tempat kami. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu membeli. Aku lihat sayu siayah berjalan pergi. Makanan sampai dan aku tak dapat menelannya kerana merasa berdosa tidak membeli walaupun berharga RM2.

Selesai makan aku mengajak anak mencari lelaki tadi untuk aku berikan duit kepadanya. Namun lelaki itu sudah pergi. Puas aku mencari namun tidak berjumpa. Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini yang mementingkan diri sendiri.

Tuesday, January 27, 2009

Mengapa gelisah

Entah kenapa pagi ini aku begitu gelisah sehinggakan kakak sendiri menegur melihat kegelisahan aku. Duduk sini tak kena. Duduk sana pun tak kena. Aku tidak cerita kepada siapa bahawa entah kenapa pagi ini hati ini terlalu merindui Siti Aishah. Aku hanya mampu menziarahi kuburnya. Namun kerinduan semakin menebal.

Akhirnya aku pulang kerumah dengan harapan dapat menenangkan fikiran. Terlihat saja perkakas rumah terutamanya kain langsir aku menjadi tidak keruan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata sebentar. Aku terjaga bila jam menunjukkan pukul 2 petang.

Aku bergegas ketempat kerja sambil ingatan melayang sewaktu bersama dengan isteriku. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian diatas motor bila teringat perkara lucu berlaku dan ada ketikanya pula aku bersedih bila mengenang tragedi yang menimpa kami.

Tiba-tiba " Gede boom..... !!!! . Aku terlanggar tebing jambatan. Tersungkur aku dihadapan. Dalam hati berkata Ya Allah patah ka kaki aku ni. Bunyi semacam saja. Aku cuba memusingkan kaki aku. Aduh sakit. Tangan aku juga sakit. Seorang penunggang motosikal terus mendapatkan aku, " Bang saya minta maaf kalau saya yang menyebabkan abang terlanggar tebing tadi ". aku pun tak pasti siapa yang salah. Yang aku ingat, aku sedang khayal memikirkan tentang diri aku.

Aku bangun dalam keadaan longlai dan kesakitan menuju ketempat kerja. yang pastinya manik-manik bercahaya jatuh dari mataku akibat menanggung kesakitan. Aku hilang tempat mengadu kini. Aku terpaksa menanggung kesakitan seorang diri. Tangan dan kaki aku terseliuh. Aku tempang ketempat kerja tanpa siapa mengetahui apa yang terjadi terhadap aku.

Aku hanya mampu pulang kerumah lalu kutelan 2 biji panadol untuk menghilang kesakitanku. Esok aku akan meredah kembali jambatan untuk meneruskan kehidupan ini. Tangan dan kaki terpaksa aku lupakan kalau mengalami kesakitan

Sunday, January 25, 2009

Aku Pandu Dengan Tenang sekali

Aku kerja malam. Selalunya bila time nak balik dok terfikir juga macam mana keadaan Jambatan Pulau Pinang. Tentu sesak dengan kenderaan nak memasuki tol. Boring sungguh aku dengan jambatan ni. Pagi ni alhamdulillah. Time aku pulang dari kerja jambatan lengang saja. Seronoknya aku tak terkira. Rasa jambatan macam aku yang punya. Paling aku takut bila anak hantar anak balik ke kolej di Sungai Petani. Kerapnya jambatan sesak. Entah apa-apa saja yang buat jadi sesak. Kalau boleh aku tak nak keluar langsung dari Penang. Tapi nak buat macam mana aku kerja luar dari Penang. Maknanya jambatan akan aku kerap menggunakannya.

Pernah suatu ketika aku terpaksa pulang agak lewat iaitu jam 3 pagi. Aku melalui jambatan yang begitu sepi sekali. Tiba-tiba dihadapanku terlihat seorang gadis berbaju kebaya sedang berjalan. Aku tahu itu bukan lagi manusia dan aku terus memandu tanpa ambil peduli dengan gadis itu. Pernah suatu ketika aku melihat seorang nyonya sedang mencangkung diatas jambatan. Disebelahnya diletakkan motosikal. Keesokkan harinya terbaca diakhbar star nyonya itu telah membunuh dirinya. Mayat telah dijumpai terapung diPulau Jerjak.

Dibawah jambatan pula menjadi syurga para pemancing. Tapi terdapat satu tapak yang menjadi ketakutan para pemancing. Kalau siapa yang masuk ketapak tu makna tak boleh memancinglah sebab diganggu makhluk. Dia akan duduk memerhatikan kita sambil matanya bewarna merah. Bila subuh terus dia terjun dalam air. Itu yang aku dapat dari kawan akulah. Apalagi bila makhluk tu terjun depa apa lagi talipon tauke sampan suruh datang ambil mereka. Lepas tu tapak itu menjadi famous.

Pernah berlaku kemalangan dihadapan mata aku sendiri sepasang suami isteri melayu. Suaminya terpelanting manakala isterinya hanya cedera ringan sahaja akibat dirempuh kereta. Adegan ini sungguh menyayat hati bila si isteri menangis menggerakkan suaminya yang sudah kaku. Itulah suka duka pengguna jambatan Pulau Pinang yang terpaksa berhadapan dengan segala macam dugaan.

Friday, January 23, 2009

Siapa yang salam dan cium tanganku !!!!!!

Aku masih lagi tengah memikirkan perkara yang terjadi terhadap aku semasa ceramah Palestin baru-baru ini. Selesai melakukan solat hajat aku memusingkan kepala kebelakang untuk memerhatikan samada penceramah dah datang ke belum. Aku terlihat satu susuk tubuh. Sah itu anak saudara aku. Alhamdulillah datang juga dia walaupun agak jauh rumah mereka. Mungkin datang dengan emaknya bisik hati kecilku. Selesai berdoa jemaah bersalaman. Aku pun bersalaman seorang demi seorang sehinggalah sampai kehadapan anak saudara aku.

Kami berdua hanya tersenyum tidak berkata apa-apa. Dia bersalaman dengan aku sambil mencium tanganku. Jernih matanya seakan ada takungan air mata. Begitulah kesemua anak saudara aku akan melakukan demikian bila bersalaman dan mencium tangan emak atau bapa saudara dan mereka semua amat rapat dengan aku jadi setiap gaya mereka amat aku kenali. Aku terus keluar untuk melihat samada penceramah sudah datang ke belum lagi. Kemudian aku masuk kembali kedalam surau untuk mencari anak saudara aku. Nak bertanya juga dengan siapa dia datang. Namun dia sudah tidak kelihatan sehinggalah selesai ceramah.

Keesokkan hari aku berjumpa dengan emaknya dan bertanya anaknya datang dengan siapa semasa ceramah Palestin. Emaknya beritahu anaknya tak datang semalam sebab ada kelas tuition. Menyirap darah aku. Jadi semalam aku bersalaman dengan siapa dan ia pula mencium tanganku. Wangi bau minyak atarnya. Mustahil aku tersilap orang sebab kami bertentangan mata sambil tersenyum tetapi tidak berkata.

Jadi dengan siapa aku bersalaman. Allah jua yang mengetahuinya. Kata orang kalau kita niat semasa sujud terakhir solat hajat insyaallah doanya akan Allah makbulkan. Terus terang aku katakan bahawa semasa sujud yang terakhir aku berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada pejuang Palestin dan seterusnya aku juga berdoa agar Allah pertemukan aku dengan isteriku samada sedar atau dalam mimpi sebab aku amat merindui akan isteriku.

Wednesday, January 21, 2009

Ceramah Palestin


Alhamdulillah pada tanggal 21 Januari 2009 aku dan Jawatankuasa Surau telah menganjurkan satu program ceramah tentang Palestin. Baju hijau tu akulah sebagai Pengerusi majlis. Penceramah undangan ialah Prof. Madya dr Md Roslan bin Hashim dari USM. Hadirin ramai yang terdiri dari anak remaja. Penceramah banyak memberi info terkini tentang Palestin. Aku masih ingat akan kata-kata rabai yahudi lebih kurang begini," Janganlah umat islam bermimpi untuk menawan yahudi sehingga solat subuh sama penuhnya macam solat Jumaat". Kalau subuh disurau aku boleh dikira adalah 15 orang dari 350 buah rumah.

Penceramah Prof. Madya dr Md Roslan bin Hashim

Seterusnya penceramah telah memberi sebuah hadis dari sabda rasulullah yang bermaksud," Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam maka bukanlah dia dari kalangannya". Seterusnya penceramah telah memberi serangan pemikiran yang telah berlaku keatas umat islam terutamanay di Malaysia. Ia dikenali sebagai 5 S. aku dapat catit hanya 4 sahaja.
1. Seks - Dekat Malaysia dah macam perkara biasa. yang paling juara ialah anak islam kita.
2. Smoke - Merokok. fatwa dah mengatakan bahawa merokok tu haram sebab ia memudaratkan. Setiap batang yang disedut telah menyumbang kepada pembunuhan rak yat Palestin.
3. Song - Dah banyak rancangan hiburan yang melalaikan sehinggakan kita boleh menangis bila sesorang terkeluar tetapi bila rakyat palestin menderita kita tak rasa apa-apa
4. Sport - Sukan sudah menjadi kegilaan di Malaysia. Kalau ada live lihatlah di kedai-kedai kopi. Penuh dengan manusia.


Sebahagian hadirin yang hadir

Sumbangan telah dapat dikumpulkan sebanyak RM1301.90 dan duit arab sebanyak 60 rial

Kenalilah Pokok Gharqad Yahudi


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.


( Di ambil dari seorang sahabat dari mailing list )

Janganlah Menangis

Pagi-pagi lagi aku dah kepasar untuk membeli sayur untuk aku simpan didalam peti sejuk. Manalah tahu kalau hujan turun bekalan dah ada. Hari ini entah kenapa banyak sungguh ikan terubuk. Ni aku punya favourite juga. Selalunya aku akan beli dan bawa balik. Isteri aku dah tahu apa yang kesukaanku dengan ikan terubuk. Bila dibakar baunya memang membangkitkan selera. Kini aku hanya mampu memandang ikan itu. Aku tak tahu macam mana nak buat semua itu. Nak beli suruh mak mertua, aku malu sebab selalu sangat minta dia masak. Aku hanya mampu menelan air liur yang tidak ada. Aku mengambil keputusan hanya membeli telur ikan sebab ini yang paling senang dimasak.

Ketika dalam perjalanan pulang aku melalui tempat yang kami selalu singgah bila pulang dari pasar. Aku memberhentikan motor dan memikirkan haruskah aku kesana sebab nostalgianya terlalu banyak. Ahh.. tak apa aku kuatkan semangat. Aku terus order Koay Teow kerang seperti selalu. Aku tahu kalau isteri aku dia mesti order mee kari. kedua-dua wanita hanya memerhatikan aku sambil mata mereka mencari sesuatu. Akutahu siapa yang mereka cari tapi aku buat selamba saja. Aku terus duduk dimeja hujung iaitu tempat yang kami selalu duduk. Datanglah wanita itu membawa pesanan aku lalu dia bertanya," Kak tak mai ka".

Aku memang dah agak soalan itu. Aku beritahu bahawa kakak dah sebulan meninggal. Terduduk wanita itu dan airmatanya mengalir laju. Lalu dia pergi dan aku melihat dia bercakap dengan seorang lagi rakan kongsinya. Terkejut rakan kongsinya dan dia terus meninggalkan tempat meniaga menuju kearah aku sambil menangis. Laa... yang ni yang aku tak mau keluar jalan-jalan. sambil menangis dia bertanya aku sebab musabab kematian isteri aku. Aku ni kalau boleh tak mau dah cerita tentang kematian isteri aku tapi memandangkan permintaan dia aku cerita juga.

Menangis sungguh dia bila mendengar cerita aku. Orang sekelililng terus memberi tumpuan kepada kami. Aku berkata," Janganlah menangis sebab saya ni pun pemurah juga dengan air mata". Nasib baik dia terus bangun berlalu pergi. Nasib baik aku duduk dihujung meja jadi tak nampaklah sangat aku pun meleleh air mata. Aku cepat-cepat habiskan makanan dan terus membayar duit kepada mereka. Kata seorang wanita itu," Bang, abang tau ka sapa yang buat". Aku hanya mengangguk. " Abang tak mau balas balas balik ka". Aku berkata bab balas ni bukan urusan aku. Aku tidak mahu jadi seperti mereka. Biar Allah saja yang membalasnya. Terdiam mereka. Memang kalau aku tak mempelajari ilmu agama sudah lama orang yang mengenakan isteri aku dah tersungkur. Banyak yang offer dekat aku bomoh-bomoh yang handal untuk mengenakan orang itu kembali. Semoga Allah melindungi aku dan anak-anak dari sifat dendam.

Pulang kerumah, aku mengambil air sembahyang dan terus membaca Al-Quran. Itulah saja cara untuk aku tenangkan jiwa ini sebab Allah pun berfirman," Dengan banyak berzikir hati akan menjadi tenang ". Membaca Quran pun salah satu dari zikir juga. Alhamdulillah memang terasa tenang sekali. Habis masak telur ikan aku akan kekubur isteri aku. Entah kenapa hati ini melonjak gembira bila nak kesana seolah-olahnya aku akan bertemu dengan kekasih hati. Aku terbayangkan siti Aishah sedang menanti aku disana. Insyaallah Siti abang akan kesana nanti.......

Monday, January 19, 2009

Tak Sangka Betoi......

Petang tadi aku saja jalan-jalan makan angin. Sekali ni aku naik motor meredah bukit kearah sungai yang kami panggil Sg Tok Keramat yang terletak di Sungai Ara. Saja nak release tension tinggal sorang-sorang. Aku p sana bukan nak terjun. Hangpa jangan salah faham. Kan aku kata aku nak relax. Dalam hati aku nak tengok tempat lama aku dan kawan masa remaja melepak dalam air sungai dari pukul 9 pagi sampai 1 petang.

Batu besar tempat kami guna untuk terjun masih ada lagi. Batu ni memang aku tak boleh lupa. Kisah dalam tahun 80an. Satu kampong dapat notis dari PBA mengatakan bahawa kawasan aku akan mengalami gangguan bekalan air. Apalagi kami pederas pagi-pagi lagi kesungai. Dalam masa sejam orang dah ramai. Apalagi kawan aku yang sorang ni nak tunjuk hebat melompat dari atas batu terjun kedalam sungai. awets-awets pun tersenyum melihat aksi berani dia. Sekali terjun fulamak macam real punya. Kami semua tepuk tangan. kembang habih apa yang ada. Terjun kali kedua. Awets-awets pula tepuk tangan. Kali ketiga dia ambik lajak jauh sikit. terus loncat dan memusing macam stunt la.

Tiba-tiba kawan aku berjaya jatuh kedalam sungai tetapi yang melayang alamak seluar dia la. terus dibawa air kehilir. Member kita tak perasan yang dia dah kehilangan something. Dia naik atas batu lagi nak buat lompatan sekali lagi. Apalagi awets-awets menjerit tutup muka. Member kita ingat dok syok dekat dia. sambil belek atas bawah mak datuk seluar dah hilang. Apa lagi terkejut beruk dia terus terjun kedalam sungai. Sebelum terjun aku sempat ambil gambar naked dia. Tapi aku tak bagi tau dekat dia.

Balik kami singgah dikedai photo sebab nak cuci gambar. Tauke cina kata," Besok petang lu mali angkat. Kalau ini gambar cantik wa mau lekat ini dinding boleh ka". Kawan aku kata no problem. Aku dah tak tahan perut nak tergelak. Esok sebelum kami pergi mandi sungai, kami singgah dikedai photo. Kawan aku tak sabar nak tengok gambar dia. " tauke ada siap ka gambar". Tanya aku. " aiyaaa lu olang manyak cilaka tangkap itu gambar". Kawan aku terus ambil dan tengok gambar dia. Aku awai-awai lagi dah blah sebab tak tahan nak tergelak ada nak terbe... pun ada. Apalagi bila dia tengok gambar dia, " Hoi Chiman dajai hang ambik gambar aku macam ni".

Apalagi sampai saja disungai dia rejam aku dalam air. Nasib baik aku terror time tu. Aku boleh survive dalam air. Tapi kami ok saja. Sekarang member aku dah jadi seorang Jurutera kat KL. kami panggil dia jurutera yang terlampau. Bila balik raya kami jumpa dia, keluar cerita dia yang terlampau apalagi anak-anak dia menjerit ayah teruk la muda-muda dulu....Hee Heee. Aku pun sama.

Diam tak diam...........

Sudah sebulan Siti Aishah meninggalkan kami semua. Namun memori suka duka ketika kami bersama masih lagi bermain dikelopak mata. Kenapa pinggang aku kerap sangat sakit. Ramai juga suruh aku buat checkup. Aku masih ingat pada 17 Dec 2008, sehari sebelum isteri aku meninggal. Aku telah dibawa ke Sungai Petani untuk bertemu dengan seorang bomoh. Aku hanya mengikut saja. Kalau ada rezeki isteri aku akan pulih.

Kami sampai disebuah rumah teres. Ada beberapa orang sedang memerlukan khidmat dari tok bomoh. Aku lihat tok bomoh ni muda sungguh. Rupanya dia seorang budak dari sekolah tahfiz. Aku pun tak tanya sekolah mana. Selesai rombongan yang datang awal kini tok bomoh itu memandang aku. Matanya tidak berkedip langsung. Terus dia tanya apa masalah aku. Aku pun cerita segala apa yang berlaku terhadap isteriku. Dia bertanya nama isteri dan emak.

Setelah nama ku beri tok bomoh tadi pun mula menjalankan tugasnya. Aku lihat dia menggelengkan kepalanya. Hati aku bercelaru melihat cara tok bomoh. Tiba-tiba tok bomoh berkata," Oh.. dia ada di Pantai sekarang( Pantai Hosp. ). Uihh... banyaknya wayer dibadan kakak. Ini bukan sakit biasa. Ini buatan orang. Subhanallah depa hantar 3 penunggu rupanya. Ketiga-tiga tu ada dekat katil kakak. Sekarang ni bang dia sedang menghadapi masalah jantung" Berdeghau darah aku bila mendengarnya.

Dia terus memandang kearah aku sambil berkata, " Betoi ka abang nak berubat kakak. Abang sanggup ka". Aku terdiam seketika sambil ingatan aku tertumpu kepada kesihatan isteri aku. Aku berkata," Boleh saya tau siapa yang buat benda ini semua terhadap isteri saya". Aku tidak dapat mengawal lagi air mata didepan orang ramai. Aku amat kasihan akan isteri aku. Kalau marah aku sekalipun mengapa isteri aku yang menjadi mangsa. Tok bomoh memandang sayu ke arah aku. Katanya'" Begini bang, kita pulih kakak sudah. Bab orang buat tu kita serah dekat Allah saja. nanti kita asyik berdendam saja". Aku mengalah dan setuju.

"Ok bang sekarang saya akan pindahkan kesemua penyakit yang ada dibadan kakak masuk kedalam badan abang. Dari situ kita akan tahu apa jenis penyakit dan kemudian mengubatinya". Aku akur dan selepas diberi ayat-ayat tertentu aku niatkan supaya kesemua penyakit isteriku masuk kedalam badanku. Aku sangggup lakukan apa saja asalkan isteri yang aku sayangi pulih. Selepas itu aku terasa badan aku seolah-olah terapung dan kesakitan. Patutlah isteri aku asyik sebut sakit bang.... Inilah sakitnya.

Tok bomoh terus memegang kaki ibu jari kaki aku. Ya Allah sakitnya tidak dapat aku lafazkan. Dia membaca sesuatu dan menarik keluar. Menjerit aku kesakitan. Rupanya begitulah keadaan isteri aku bila diubati. Kata tok bomoh dia dah keluarkan 3 penunggu melalui badan aku. Keadaan isteri aku menurut kacamata tok bomoh amat teruk sekarang ini. Katanya kita berserah kepada Allah. Beliau memberi masa seminggu untuk mengubat isteri aku pula. Aku sampai dirumah sekitar jam 2 pagi. badan dan pinggang terasa amat sakit sekali. Aku terus tertidur dan akhirnya aku dikejutkan dengan bunyi talipon dari pihak hospital yang mengatakan bahawa isteri aku tenat dan masalah jantungnya amat kritikal. Aku teringat akan kata-kata tok bomoh. Memang dia nampak apa yang berlaku.

Akhirnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang tepat. Isteri aku telah mendahului kami semua. Namun pinggang aku masih terasa bisanya. Aku nak buat checkup pun aku tak berani. Kata kawan-kawanku mungking masa tok bomoh tarik penyakit isteri aku kedalam badan aku masih lagi ada. Ya Allah...............

Saturday, January 17, 2009

Jom Makan ikan Bakar


Semalam aku mengambil peluang untuk bersama keluarga arwah isteri aku pergi makan ikan bakar di Restoran Sri Idaman di Telok Tempoyak. Restoran ini aku pilih sebab ia berhampiran dengan laut dan sudah tentu bayu laut pasti menyapa kami ketika makan. Tauke restoran ini juga merupakan kawan aku. Jadi siapa lagi kalau tak tolong kawan. Tujuan aku membawa keluarga sebelah arwah sebagai tanda ucapan terima kasih kami sekeluarga sebab ketika aku bekerja, isteri aku merekalah yang menjaganya. Bila aku pulang dari tugas barulah aku pula yang mengambil alih.


Antara menu yang kami pesan. Ikan bakar dan sotong celup tepung

Wednesday, January 14, 2009

Muka kesian

Pagi lagi aku dah bagitau dekat anak lelaki aku yang aku nak buat gulai ayam kampung. Anak aku kata ayah boleh buat ka. Insyaallah boleh punya. setelah aku kemas rumah aku terus kepasar untuk membeli ayam kampung. Kata tauke ayam," Bang ayam hari agak kecik saja dalam RM13 seekor. Akukata tak pa kira jadi. Dia kata pukul 9 boleh ambil ayam. Aku pun beli la ubi kentang, cabai hijau , kerisek dan santan. Fulamak tengok ke beli masyaallah.

Tepat jam 9 pagi aku terus ke tempat ayam dan aku tanya tauke tu berapa. Dia kata macam tadi RM13. Kemudian dia kata, " Nanti bang, saya tengok muka abang hari ni pasai apa rasa nak bagi free saja dekat abang. Ok bang kira halal. Abang tak payah bayar". Aku terdiam. Betoi ka mamat ni tak mau duit. Dia kata, " Confirm bang hari ni free lain kali bayar". Aku berkata alhamdulillah semoga Allah melimpahkan rezeki dia. Aku terfikir juga semalam aku buat kenduri sewaktu NGO islam guna surau kami. Aku order la nasi lemak dalam 100 bungkus. Saja niat untuk arwah isteri aku. Alhamdulillah ada yang bawa balik. Hari ini Allah ganti balik rupanya.

Aku pun pulang dengan semangat nak masak sendiri. Ada kawan dah tanya," Hai Budiman hari ni masak sendiri ka". Aku hanya ata senyum...oooo. Dulu kalau isteri aku, dia memang tau dah. Kalau aku pergi kepasar selalu bawa balik ikan semilang, kepala ikan atau ayam kampung. Aku masuk dan letak nak buat kerja. Semangat ni. Aku duduk termenung dulu peghati sana peghati sini. Dok terbayang arwah isteri dok proses ayam yang aku pernah beli dulu. Ahhh.. tak boleh jadi aku bungkus balik ayam tu dan aku terus bawa dekat mak mertua minta dia masak.

Macam mana ni tadi semangat sangat nak masak sendiri, kata hati aku la. Tak pa lain kali. Lain kali tu bila kata hati aku. Last sekali pakai hang tak masak terus la Budiman. Hati aku pun kadang-kadang jahat juga. Tak mau bagi semangat. Dasar lelaki.........

Monday, January 12, 2009

TERLUPA AKU

Aku tugas petang hari ini. Pusing TV sini sana hiburan saja. Aku terus tukar ke channel TV 2. Oh rupanya Cerita P Ramlee Sarjan Hassan. Best jugak. Aku terus angkat talipon dan terus dial rumah. Tak ada orang angkat. Astaghfirullah Hal azim isteri aku dah meninggal. Termenung aku seketika. Selalunya bila aku tengok cerita P Ramlee aku pasti akan talipon isteri aku untuk beritahu kepadanya. Yang pastinya aku akan usik dia dulu. Ketawa dia bila aku mengusik dalam talipon dengan menyamar seorang india. Katanya."Alaa belum cakap lagi dengar bunyi nafas dah tau sapa talipon". Last-last aku yang ketawa kuat Kini hampir 4 bulan tiada senda gurau, usik mengusik. Anak lelaki aku pun dah jadi pendiam. Kalau tidak, jika aku tak usik pasti dia. Sampai emak dia kata ni sebiji turun ayah. Aku selalu berdoa agar Allah kembalikan sinar semula dalam hidup kami. Bila... hanya Allah saja yang tahu. Cepat sungguh masa berlalu.

Sunday, January 11, 2009

Rupanya letih Jadi Mr Mama

Hari ini badan aku amat letih setelah bekerja 24 jam tanpa henti. Tengahari tadi aku makan roti saja sebab tak ada selera. Malam ni aku nak makan nasi dengan sambal tumis Jawa. Agak lama aku tak buat. Balik aku terus kekedai beli perkakas nak buat sambal tumis. Dalam keluarga aku yang dapat resepi ni dari ayah aku ialah aku dan isteri aku sebab kami duduk lama dengan depa. Setelah Isteri aku tak ada hanya tinggal aku saja. Yang lain dah try buat tapi tak jadi. Kalau depa teringin sangat nak makan, depa talipon dekat aku suruh buat. Lepas solat Asar aku pun mulalah kupas bawang dan lain-lain. Teringat arwah isteri aku cukup pandai bodek. Kalau dia ada kerja banyak nak jahit baju pasti dia minta tolong aku buat sambal tumis sebab anak-anak aku pun suka. Jadi senanglah tak ada yang cerewet. Aku pun apa lagi bila kena puji apalagi kuali belanga jadi tunggang langgang la. Ala orang jantan buat kerja katakan.

Sambil dok kupas bawang otak aku dok pikiaq nak buat ka tak mau. Terngiang telinga aku bila teringat isteri berkata," Bukan senang jadi orang perempuan, Balik kerja kena masak pula ". Betoi kata isteri aku. Badan aku pun letih. Kalau aku letak kepala alamat lepas Maghrib la aku bangun. Tak boleh jadi. Aku terus ambil kuali dan buat kerja. Akhirnya ini dia masakan pertama dari Mr Mama. Aku harap yang ni bukan last. Esok aku kerja petang. Mak aku dah suruh aku makan dekat rumah mak. Mak mertua pun pelawa juga. Aishhh mana satu aku nak serbu. Tak pa dua-dua rumah aku ziarah. Macam mana hangpa tengok. Ok ka sambal tumis aku. Nak rasa boleh booking dekat Mr Mama.

Friday, January 09, 2009

Bang Batu Nesan Dah Siap


8 Januari 2009 - Setelah segalanya berjalan dengan lancar aku telah menetapkan untuk mengadakan kenduri kesyukuran seperti hajat isteri aku. Semasa di Kelantan isteri aku ada berkata, " Bang bila kita balik ke Penang nanti, kita buat kenduri untuk kanak-kanak yang masuk pertandingan Tunas Rabbani". Pertandingan Tunas Rabbani adalah petandingan untuk kanak-kanak dan remaja. Ia berbentuk nasyid, sajak, pidato dan azan. Ramai juga kanak - kanak dan remaja yang menyertainya sehingga ada yang tak sempat masuk dah booking untuk tahun 2009. Betapa seronoknya aku, isteri dan anak-anak tatkala kami mengajar kanak-kanak bernasyid, azan, sajak yang dibuat di surau kami. Tidak ada rasa jemu bagi kami.

Kanak-kanak telah aku beritahu jamuan akan diadakan selepas solat isyak. Aku ke kedai membeli apa yang patut untuk malam itu. Tiba-tiba talipon berbunyi," Assalamualaikum bang, batu nesan yang abang tempah dah siap". Aku terus ketempat tempahan untuk mengambilnya. Sayu rasa hati bila melihat tertera nama Siti Aisha bt Zakaria pada batu nesan. Tak sanggup aku melihatnya. Aku terus bawa ketanah perkuburan. Setelah selesai aku letakkan batu nesan aku berbual sebentar. " Siti malam ini abang buat kenduri seperti yang Siti niatkan ". Tidak sedar air mata aku mengalir laju. " Siti hari ini genap 3 minggu Siti tinggalkan kami semua. Abang amat rindu sekali dengan siti". Aku membetulkan tanah kubur agar nampak kemas. " Siti abang nak balik, esok insyaallah abang datang lagi, Assalamualaikum Siti ". Tak tahu kenapa. Aku berbual seolah-olahnya dia masih hidup. Ya hidup didalam hati aku dan anak-anak serta sahabat baiknya.



Aku terus kesurau untuk mengemaskan apa yang patut untuk kenduri malam ini. Talipon berbunyi lagi. " Assalamualaikum Pak Anjang, ayah baru saja meninggal ". Terkejut aku berita pemergian abang ipar aku. 3 minggu yang lepas dia memeluk aku sambil menangis agar aku dapat bersabar dengan pemergian isteriku. Kini Allah pula telah menjemputnya pergi menemui yang esa. Tergamam aku sambil mengucap Inna lillahiwainna ilai hirojiun. Setelah kata sepakat dari keluarga, mayat akan dikebumikan pada jam 10 pagi hari Jumaat 9 Januari 2009. Sempat aku selesaikan kenduri kesyukuran.

Selesai solat Maghrib diadakan bacaan ayat suci Al-Quran dan tahlil untuk Aishah. Agak ramai jemaah yang hadir. Selesai solat Isyak majlis kenduri bermula. Kelihatan begitu ramai kanak-kanak, sahabat handai dan jiran-jiran datang. Aku dan anak-anak amat gembira dengan kedatangan para tetamu. Kataku kepada anak gadisku," Kalaulah mak ada tentu mak pun seronok". Aku amat sebak ketika ini. Terlihat aku akan sahabat Aishah datang. Sambil berbual masing-masing mengalir air mata, sebak mengenangkan Aishah. Aku tak berani berbual dengan mereka takut aku akan turut sama menangis. Seronok rasanya buat kenduri untuk kanak-kanak sebab mereka tidak cerewet berbanding orang dewasa.

Akhirnya aku turut berbual juga dengan sahabat Aishah. Aku cuba mengawal perasaan agar tidak ketara sangat akan kerinduan aku terhadap Aishah. Tapi sahabat-sahabat Aishah amat memahami perasaan aku ketika ini. Kata mereka bukan senang bagi Budiman untuk menghilangkan nostalgia dengan Aishah. Batin aku ketika itu menangis mendengar nasihat dari mereka.



Selesai jamuan kesyukuran aku dan anak-anak bergegas pula kerumah kakak aku. Sampainya kami disana aku melihat kakak aku sedang menangis dan kadang-kadang memegang suaminya. Aku amat mengerti akan perasaan ini sebab aku sendiri dah melaluinya. Terasa amat perit sekali. Cuma aku tidak salahkan ketentuan ilahi cuma cara Aishah meninggal membuatkan aku begitu sedih. Aku masuk untuk membaca Fatihah untuk abang ipar. Aku keluar untuk bersendirian diluar. Aku mengelamun sebentar mengenangkan kembali tatkala Dr memanggil aku untuk memberitahu bahawa harapan untuk hidup amat tipis buat isteriku. Aku meminta izin kepada Dr untuk memeluk isteriku. Terdiam seketika Dr dan dia mengizinkan.

Aku dibawa kepada isteriku oleh 3 orang jururawat. Sampai saja aku dan bila melihat isteriku, aku tak tapat menahan sebak lagi. Aku meluru kearahnya. Aku cium tanganya, aku cium pipinya beberapa kali. Aku cium dahinya. Aku tidak rasa malu lagi terhadap nurse disebelah aku. Aku peluk isteri aku yang sudah tidak ada tindak balas. " Siti, Siti jangan tinggal abang. Abang tak boleh hidup tanpa Siti". Seorang nurse dari negara India tak tahan melihat aku hanya mampu mengalirkan air matanya. Bukan aku sengaja nak tunjuk-tunjuk tetapi entah kenapa seorang isteri yang terlalu baik harus menerima nasib sebegini akibat perbuatan manusia yang dengki. Apa salah kami. Apakah kami tidak patut ada rasa gembira berkeluarga. Kenapa begitu kejam melakukan perkara yang bertentangan dengan agama islam. Kenapa harus memisahkan kami.

Lamunan aku terhenti bila aku disapa oleh anak saudara aku. Aku mengambil air sembahyang lalu membacakan surah yasin lalu aku hadiahkan kepada arwah abang iparku dan yang pastinya tidak aku lupakan arwah isteriku yang tercinta. Aku bermalam dirumah kakak aku. Jam 8 pagi jenazah abang ipar dimandikan dan dikapankan. Tepat jam 10 pagi jenazah disembahyangkan di Masjid Taman Guar Perahu dan dikebumikan. Yang pastinya kakak aku pasti akan merasai seperti mana aku rasa. Sunyi, rindu. Sehingga kini telah menjadi rutin aku sebelum ketempat kerja atau selepas pulang dari kerja aku akan cium baju Aishah dulu. Kalau tidur aku akan meletakkan baju Aishah bersebelahan aku. Itulah saja cara aku melepaskan kerinduan ini.

Selesai mayat dikebumikan aku meminta izin kakak aku untuk pulang sebab aku akan kerja petang. Aku terus menunaikan solat Jumaat. Khatib menyampaikan dengan baik mengenai penderitaan Palestin dan apa yang perlu orang islam lakukan untuk menolong saudara seagama.
Selesai solat aku terus pulang kerumah. Sampainya aku didepan rumah kelihatan rumah aku amat berseri. Apa tidaknya anak gadis aku telah mengemas rumah. Tidak ada lagi baju-baju yang dilungguk. Wangi bau rumah selepas dimop. Sudah 3 bulan rumah aku terbiar tanpa jagaan. Aku dan anak lelaki bukannya tak rajin cuma lagi kami kemas lagi semak. Terima kasihlah anak. Susah juga kalau tak ada orang perempuan no ( Fikir positive no ).

Jam 3 petang aku bersiap ketempat kerja berbekalkan burger buatan sendiri oleh anak gadis aku dan kini anak aku pula mengambil tempat emaknya. Diciumnya tangan aku. Terasa seperti Aishah mencium tangan aku. Tenang aku menuruni anak tangga. Esok anak gadis aku akan pulang ke Sungai Petani. Seperti biasa aku akan habiskan masa ziarah tanah perkuburan dan berbual. Itulah rutin ayah kalau terasa sunyi. Pedulikan apa yang orang akan berkata. Janji ayah terasa bahagia dan tenang.

Sekian ariman

Wednesday, January 07, 2009

Do You Still Remember Us


We are still under siege !!!!
Darkness....


And hunger... Do you still remember us!!!


To get water we have to walk so far....

To fill a bottle or a jar...

Do you still remember us!!! We still have no food...


Or medicine to be fed...


Our kids are dying ...... everyday


In their beds!!!!


And many have just tears to shed !!!!


Do you still remember us!!!!?


Death is everywhere..... that sometimes we had no place to make our prayer.....

Do you really still remember us!? We have nothing but pain......


Illness.....

And Daily Sadness!!! To Share!!! So dou you still remember us!!!?


At Least in your prayer!?

Gaza children implore you! They are dying due to the blockade!

There is growing
humanitarian crisis
happening in
GAZA


There is an EXTREME restricted access' to FOOD,WATER,
and MEDICINE !!


Signature made by :


THE DEMOCRATIC! X - HOLOCAUST VICTIM!!!! PRESENT HOLOCAUST MAKER!!! EXTRA - HUMAN STATEOF ISRAEL!


Please !!!!
Dont forget us

SAAD - BURNT BY AN UNCONVENTIONAL ISRAELI BOMD

Please do remember us....
GAZA NEEDS YOUR VOICE


Dear friends,

Remembering the suffering of our fellow mankind in Palestine .

Please donate to them.

In Penang we have an account by NGO dedicated for Palestinian “ Bantuan Kemanusiaan Palestin” 557157802444 (Maybank Gelugor)

Akhirnya Allah Makbulkan Doaku

Ya Allah kenapa petang ini badan aku terasa amat letih dan panas. Hilang selera untuk makan. Seharian aku tidur keseorangan dirumah.Entah kenapa pula lutut aku berdenyut-denyut. Teringat kata Dr kalau tak buat operation sakit akan berlarutan. Ah.. biarkan dulu. Inilah hasilnya masa muda dulu main bolasepak dan akhirnya bila diusia begini terasalah bahangnya. Aku hanya makan roti saja tengahari sambil mata memerhati lansir tingkap.

Teringat akan kata-kata isteri,"Bang... hari raya puasa kita tukar langsir. Dah 3 tahun kita tak tukar". Aku akui memang langsir yang sedia ada sudah bertukar warna akibat terlalu lama. Tersenyum aku atas permintaan isteriku. Aku tahu memang dia amat mengharapkan sangat sebab sebelum ini tak pernah pun dia meminta-minta.

Dipendekkan cerita setelah kami setuju warna dan corak, maka kain langsir pun dibeli. Aku terus pergi kerja seperti selalu. Pulang saja aku lihat isteriku dan anak-anak tersenyum-senyum. Aku bertanya kenapa semua orang senyum-senyum ni. Isteriku berkata," Cuba abang tengok apa perbezaan dalam rumah kita ". Aku memerhati sekeliling sambil berkata tak ada apa-apa yang beza. Muncung isteri aku. Katanya " Abang tak peka langsung ". Aku terdiam sambil memerhati sekeliling dan badan pun letih juga. Tiba-tiba subhanallah cantik sungguh langsir yang isteri aku jahit. Tersengih-sengih dia bila aku puji cantik maka itu dapatlah secawan kopi Radix. Itulah langsir yang terbaru dan terakhir.

Semalam aku menalipon kawan aku mengatakan yang aku tak dapat masuk kerja sebab badan terasa demam. Kawanku kata no problem. Aku keluar sebentar bertemu rakanku untuk pertemuan mingguan yang kami panggil sebagai usrah. Kami akan membaca A--Mathurat yang merupakan himpunan doa Rasulullah. Selesai membaca kami akan berdoa. Sambil menikmati hidangan dari tuan rumah kami berbincang tentang isu semasa. Bermula dengan masalah Palestin dan akhirnya kepada kehidupan aku.

Kata kawan aku, sekarang dia tak nampak dah Budiman dan Kak Aishah di pasar. Memang kami kerap kepasar untuk membeli bekalan untuk 3 hari dan kami akan berjumpa kawanku itu. Aku berkata setelah 20 hari isteri telah meninggalkan aku sekeluarga, Allah tak izin untuk aku bermimpikannya. Aku berkata memang aku amat rindu sangat untuk bertemu dengannya secara mimpi ataupun sedar. Kawan-kawan yang lain hanya terdiam sambil berkata tak ada rezeki lagi tu.

Seperti biasa sebelum tidur aku akan membaca sedikit ayat Quran. Sekurang-kurang hati aku terasa begitu damai sekali dengan membacanya dan aku akan akhiri doa agar Allah pertemukan aku dengan Aishah didalam mimpi. Aku amat merinduinya. Aku terus tidur. Subhanallah malamnya aku bermimpi aku dan Aishah kepasar membeli ikan sambil memegang tangan. Masing-masing tidak mahu melepaskan tangan walaupun ramai yang memerhati. Kami nampak begitu gembira sekali. Dalam mimpi itu juga Aishah bertanya kepada aku," Abang mau ka kepala ikan, Siti nak beli ". Aku hanya mengangguk kepala saja. Memang kepala ikan dan ikan semilang adalah kegemaranku.

Setelah kami beli ikan seperti biasa kami makan kuih muih dibawah pokok berdepan dengan masjid Bayan Baru. Sambil makan kami terus memegang tangan seoalah-olahnya masing -masing tidak mahu berpisah. Aku meramas-ramas tangan isteriku yang sudah lama aku tidak pegang. Tiba-tiba Aishah terkejut, Katanya dia kena pergi sebab ada kerja.

Aku terus tersedar tatkala azan subuh berkumandang. Aku solat subuh sambil berlinangan air mata. Betapa gembira dan bersyukurnya aku akhirnya Allah memperkenankan doa aku. Walaupun mimpi itu hanya mainan tidur tapi bagi aku cukuplah kerinduan yang aku tanggung selama ini membuahkan hasil yang begitu indah. Itulah senyuman yang aku rindui selama beberapa bulan dan akhirnya aku dapat melihat senyumannya dan memegang tangannya. Syukur ya Allah. Pagi tadi aku terus kepasar dan alhamdulillah ada ikan semilang. Aku beli dan aku berikan kepada ibu mertuaku untuk memasak. Resepinya sama. Inilah hari yang bahagia buatku yang selama ini aku pendam didalam hati. Syukur..syukur.....syukur

Tuesday, January 06, 2009

5 S yang dirinduinya

Dalam blog ini aku masih menceritakan kisah isteri aku. Semoga kalian semua tidak jemu membacanya. Masih ada lagi perkara yang selama ini aku pendamkan rasa bersalah aku. Kini aku terpaksa luahkan segalanya dalam blog ini. Niat dihati memang aku nak diamkan saja perkara ini. Namun bila aku sendirian terdengar akan kata-katanya.

Semasa kami berada di Kelantan beliau memang batuk kuat sehinggakan bila ada yang talipon minta dia bercakap pun tak boleh sebab bila dia bercakap dia akan terbatuk kuat dan penat. 2 hari sebelum kami pulang ke Penang pada waktu malam selepas solat isyak aku menghampiri isteriku yang aku lihat sedang menangis. Aku bertanya kenapa dia menangis. sambil terbatuk-batuk dalam tangisan beliau berkata yang dia amat merindui suara sahabatnya. Aku bertanya siapa dia agar aku boleh tolong talipon dan minta isteriku bercakap. Aku sebut sebagai 5 sahabat

Isteriku hanya diam kemudian berkata Mizan. Aku kenal orang ini sebab dia tinggal diperumahan aku. Mizan merupakan orang yang kerap membantu kami disurau walaupun arwah pernah memujuk untuk menjadi AJK surau tapi beliau menolak tapi berjanji jikalau ada program beliau akan turun membantu. Dan Mizan memang kotakan janjinya. Setiap kali program dia turun padang membantu.

Kedua nama yang diberi ialah Kak Pah. Kak Pah adalah jiranku yang paling baik. Kami dah anggap macam adik beradik. Kak Pah juga selalu membantu jikalau ada program disurau. Arwah isteri aku kerap juga ajaknya kesurau. Kalau masak makan Kak Pah tak pernah lupa kepada kami. Begitu juga kalau isteri aku buat special sikit pasti Kak Pah dapat merasainya.

Ketiga Kak Nab. Kak Nab tinggal dekat dengan rumah aku. Kerap juga dia bertandang kerumah bertanya khabar ataupun tempat dia meluahkan perasaannya kepada isteriku bila perasaannya tertekan. Pernah juga bila Kak Nab masuk hospital dia amat risau dan meminta izin kepadaku untuk menjaga Kak Nab bila Kak Nab pulang kerumah.

Keempat Kak Norsiah. Kak Norsiah adalah Ketua Wanita JIM Daerah Barat Daya. Kak Norsiah kerap juga talipon nak begitau program kebajikan dan tugasan yang Aishah kena buat. Bila dapat tugasan ketawa isteri aku sebab seronok dan takut. Tapi kerapnya depa akan bantu juga isteriku.

Kelima Kak Nor. Kak Nor tinggal berhampiran rumah aku. Kak Nor adalah regular customer untuk isteri aku jahit pakai dia dan anak-anak. Pernah aku cerita dialah yang paling risau bila suatu ketika Kak Nor ada masalah. Kalau ada program surau isteri aku akan talipon Kak Nor dan alhamdulillah mereka akan hadir.

Setelah 5 S ini diberi. Aku berkata, " Mau ka kalau abang talipon depa dan Siti cakap". Dia mengelengkan kepala sambil menangis dan berkata kalau dia bercakap akan batuk sebab sedih. Katanya lagi tak palah abang talipon dan kirim salam dekat depa. Aku pun tak perasan samada aku talipon atau pun tidak sebab aku amat khuatir dengan kesihatan isteri aku. Yang kerap aku talipon ialah keluarganya dan abang aku.

Kepada 5 S aku pohon maaf sangat-sangat kalau tak talipon. Bukan tak mau tapi bila melihat keadaan isteri aku aku terlupa habis semua perkara. Dalam doa janganlah dilupakan untuk kesejahteraan Siti Aishah.

Monday, January 05, 2009

Tanggapan salah masyarakat

Petang tadi aku menziarahi mak angkat aku yang lama aku tak jenguk. Semasa perbualan terkeluar perkataan dari mak angkat aku yang mengatakan bahawa ada orang yang membaca blog aku mengatakan bahawa aku sudah tidak lagi berminat dengan surau selepas kematian isteriku. Aku berastaghfar panjang sambil berkata bahawa kalau aku berniat begitu bermakna berdosalah aku kerana jawatan yang aku sandang adalah amanah dari Allah.

Dalam blog ini lagi sekali aku ingin menjelaskan bahawa surau tidak ada kena mengena dengan kematian isteriku. Dia pergi kerana memang dah ketentuan ilahi dan perginya pun dalam keadaan penyudah yang baik. Cuma aku sedikit terkejut pemergiannya takku jangka sama sekali begitu cepat. Apa yang kami rancangkan untuk masa depan kami bersama sudah tidak berguna lagi. Aku amat terkesan sekali diatas pemergiannya sebab kalaulah aku ditempatnya bagaimana dengan amalku. Adakah mencukupi. Sedekah, amal jariahku dan lain-lain lagi.

Dalam umurku 40an bermakna jalan kekubur semakin dekat. Surau dan NGO islamlah tempat untuk aku mengumpul dana untuk akhirat. Tidak terlintas sekali aku nak lari dari tempat yang menjanji kebaikan. Perkara dengki dan kianat itulah lumrah kehidupan. Rasullullah pun pernah disihir. Cucu baginda diracuni. Bab orang yang melakukan sihir terhadap isteriku akan aku tuntut diakhirat namun untuk lari dari perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak sekali. Jadi kepada mereka yang tinggal disekitar tempatku jangan risau selagi Allah pilih aku akan jalankan tugas setakat yang mampu insyaallah. Tepuk dada tanyalah iman. Sekian chow... dulu

Saturday, January 03, 2009

Salam Terakhir

Entah kenapa hati ini terlalu merindui pemergian isteriku. Aku baru saja pulang kerumah asalku. Agak lama juga aku tinggalkan rumahku dan tinggal bersama ibuku. Kini aku memberanikan diri untuk tinggal dirumah. Ya Allah aku tak tahan lagi dengan kerinduan ini lalu aku paparkan klip video saat-saat terakhir Siti Aishah bersamaku.

Friday, January 02, 2009

Tulisan dari sahabat Siti Aishah ( Siti Aishah yg ku kenali )

Hari ini genap 2 minggu pemergian isteri kesayanganku. Masih terasa kerinduan walaupun aku nampak tenang. Semua ini adalah hasil dari doa kawan-kawan alhamdulillah. Aku terpanggil untuk berkongsi cerita yang aku tak dapat nak padam dari mail box aku. Luahan dari sahabat baik Siti Aishah. Sebab apa aku berkata demikian. Pernah satu ketika bila aku pulang dari kerja, sampai saja dirumah aku melihat isteriku bersama seorang lagi sahabat baiknya yang dipanggil Kak Nab sedang menangis. Aku bertanya mengapa menangis. Isteriku memberitahu bahawa Kak Nor ( panggilannya ) sedang menghadapi masalah dan mereka tak tahu nak tolong macam mana. Aku berkata malam ini kita buat solat hajat agar mereka sekeluarga Allah berikan ketenangan. Malam itu kami berdua melakukan solat hajat. Aku melihat bagaimana terisak-isak isteriku menangis mendoakan akan sahabatnya Kak Nor Allah berikan ketenangan. Cuma nama Jiman dan Chiman itu adalah aku. Bacalah coretan yang membuat aku mengalir air mata.
____________________________________________________________________

Salam.

Takziah diucapkan kpd Ariff Budiman sekeluarga atas pemergian isteri yang dikasihi.

Bersama2 ini saya ingin berkongsi pengalaman saya selama 20 thn bersahabat dgn beliau.

Siti Aishah nama yg begitu indah, seindah itulah budi pekertinya. Mula mengenalinya dgn rapat bila dia berkahwin dgn Budiman & kebetulan kami mempunyai anak yg sebaya usia. Dari Thn 4 hingga Thn 6, anak kami pergi tuisyen bersama. Kami bergilir menghantar & mengambil anak dari tempat tuisyen, malah kami pernah sama2 mengandung anak yg ketiga yg skrg sudah berusia 12 thn, tp anak Aishah meninggal dunia stlh beberapa hari dilahirkan. Dia begitu sedih dgn pemergian anaknya itu. Kdg2 dia berkata kalau anaknya hidup, tentu sebesar anakku.

Siti Aishah seorg yg ku kenali ialah seorg yg tidak byk bercakap tetapi senang utk didekati. Tidak pernah sombong atau meninggi diri. Dia seorg isteri yg solehah. Rumahtangganya tersusun rapi. Seorg yg sgt pandai memasak & juga pandai menjahit baju, langsir, etc. Baju anakku dari sekolah rendah hingga kini dialah yg menjahitnya. Dia juga seorg isteri yg sentiasa kemas penampilannya hingga baju hariannya juga digosok. Dia sentiasa sibuk dgn tugas2 masyarakat, jemaah, upah menjahit & mcm2 lagi. Aku selalu berkata padanya,"Syah, Kak Nor tabik kat Syah. Syah tak penat ka? Rajin sungguh! ".Dia hanya membalas dgn ketawa & senyuman manis menerima pujian dariku. Tidak hairanlah Siti Aishah amat disayangi oleh suaminya sehingga kasih syg suaminya dpt dilihat & dirasai oleh semua org. Aku sndiri merasakan alangkah bertuahnya jika suamiku menyayangiku spt Jiman menyayangi Siti Aishah, malah shbt2 lain juga merasakan demikian.

Kami satu usrah, dia pegang Biro Kebajikan & aku dipilih sbg AJKnya. Memang minat kami sama, selalu berbincang kalau ada program yg akan dijalankan. Sama2 susah hati sbb sama2 tak pandai. Pernah sama2 tak lalu makan sbb takut tak dpt handle program. Kami jadi rapat & sama2 kongsi masalah. Dia sangat mengambil berat hal kebajikan & masalah shbt. Byk kenangan manis kami lalui bersama spt program Infak Ramadhan ke Sik, Kedah; Iftar pd bln Ramadhan tiap2 thn di Balik Pulau, Kem Anak Soleh & mcm2 lagi. Sepanjang tempoh persahabatan itu, tak pernah pun aku terguris atau berkecil hati atas sikapnya.

Siti Aishah sgt disayanginya oleh jiran-jirannya. Mereka memberitahuku kalau ada program, dialah dahulu yg datang dan dialah akhir sekali yg pulang. Kalau ada kematian, dialah yg akan datang membersihkan dewan bersama Jiman walaupun pd masa itu, jam menunjukkan pukul 2 pagi! Jika habis program kenduri, dialah yg tekun membasuh periuk belanga, semuanya dilakukan ikhlas tanpa menarik muka masam walaupun badannya amat letih. Sebab itulah semua org tidak faham & percaya mengapa org sebaiknya dianiaya. Buktinya dpt dilihat bagaimana jiran2nya menangisi pemergiannya bagaikan mereka kehilangan anggota keluarga yg dekat. Semoga semua amal kebajikan yg dilakukannya mendapat balasan drpd Allah Rabbul Alamin.

Siti Aishah yg ku kenali sbg seorg menantu amat baik sekali. Aku tak pernah lagi jumpa seorg yg sebaik dia, menunaikan tanggungjawab sbg seorg menantu. Dia menjaga ibu bapa Jiman spt ibu bapanya sendiri. Sejak berkahwin dia tinggal dgn keluarga mertuanya hinggalah bila mereka membeli rumah sendiri baru berpindah. Hubungan mereka amat rapat. Semasa ayah Jiman sakit, dialah yg menjaganya & membersihkan najisnya hingga ayah mertuanya selalu memanggil-manggil namanya. Begitu juga semasa ibu Jiman masuk hospital, dialah yg bersengkang mata menjaga dgn penuh kasih syg. Setiap hari Rabu, dia akan ke rumah ibu Jiman memasak menu special sbb Ustaz Danial nak datang. Dia tidak membezakan keluarga sendiri dgn keluarga mertua, sebab itulah dia amat disayangi oleh keluarga sebelah Jiman. Siti Aishah, pergimu meninggalkan jasa & nama yg harum seharum kasturi.

Itulah Siti Aishah yg ku kenali sbg isteri, sahabat, jiran & menantu. Rasaku tidak ada cacat celanya. Kalau adapun kelemahan, sedikit sbg manusia biasa tapi tidak berbekas dibandingkan dgn kebaikan yg dilakukannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa Taala. Pergimu dgn senyuman walaupun pada hakikatnya, kau bertarung dgn kesakitan & penderitaan. Semoga Allah mengkifarah semua dosa2mu & menempatkan dirimu di dalam syurga bersama para syuhada'. Amin...

Drpd sahabatmu,

Kak Norzilah

Thursday, January 01, 2009

Mr Mama

Pagi tadi aku kepasar keseorangan. Masih ada yang mengucapkan takziah terhadapku dan bertanyakan bagaimana isteriku meninggal. Macam selebriti la. Aku hanya menyebut bila janji Allah dah sampai siapa pun tak dapat menghalangnya. Malas aku nak cerita satu persatu.

Aku terkejut bila seorang kawan menyapa dari jauh. " uihh!!! Chiman hang jadi Mr Mama la ni". Aku nampak terbeliak biji mata bini dia marah dekat suaminya sebab berkata demikian. Aku hanya senyum dan tak kecil hati pun. Aku kata ni Mr Mama dan Mr Papa sekali. Setakat gelaran Mr Mama tak jadi hal sangat. Jangan gelaran yang mengaibkan sudah.

Belek punya belek ikan akhir sekali aku balik begitu saja tanpa membeli apa-apa. Nak masak apa tengahari ni. Last sekali aku beli gulai RM3 dan masak nasi dirumah. Nak makan sorang saja sebab anak lelaki aku dah mula kerja hari ini. Aku kerja petang ini dan pandai-pandai kalau nak hidup. Bukan senang nak dapat title Mr Mama ooo. Jumpa lagi nak pergi kerja

Perlukah kita menyambut diambang tahun 2009

Pastinya sambutan menjelang tahun 2009 tidak dapat dipisahkan bagi rakyat Malaysia. Persiapan demi persiapan telah dilakukan. Aku bersama Jawatankuasa Surau telah menetapkan satu program yang merupakan tayangan gambar berjudul Kiamat Begitu Hampir dimana jalan ceritanya mengisahkan bagaimana seorang pemuda tertarik dengan seorang gadis lalu diusahakannya sehingga berjaya dengan menguasai ilmu - ilmu islam seperti yang telah disyaratkan oleh bapa gadis itu. Tujuan tayangan yang dibuat untuk menggalakkan remaja agar mendekati surau manakala aktiviti surau tidaklah menjerumus sangat dengan ceramah agama.

Kehadiran alhamdulillah ok juga walaupun di padang sebelah pihak Persatuan Bolasepak telah mengadakan persembahan karaoke untuk anak muda. Dengar berita agak ramai juga yang hadir. Ada yang menalipon kami bertanyakan adakah pihak surau yang buat persembahan karaoke. Tayangan selesai sekitar jam 11 malam.

Tiba detik 12 malam terdengarlah dentuman bunyi mercun yang menggegarkan kawasan perumahan aku. Aku tak dapat bayangkan bagaimana di Palestin berdentum bunyi bom yang telah digugurkan oleh regim israel laknatullah. Aku amat risau dengan budaya sebilangan masyarakat di Malaysia yang tidak prihatin tentang penderitaan saudara mereka. Mereka bersorak gembira menyambut tahun 2009 manakala saudara mereka di Palestin menjerit ketakutan, kesakitan menjelang tahun 2009.

Mereka berpesta dengan makanan sambil berkaraoke sehingga jam 1 pagi atas tiket menyambut tahun 2009. Janganlah negara Malaysia kita menjadi seperti Kosovo yang selama ini telah melupai islam dan akhirnya allah azabkan dengan pembunuhan beramai-ramai. Aku dan pihak surau tidak berdaya untuk mengubah sikap mereka andaikata mereka sendiri tidak mahu mengubahnya. Semoga Allah berikan hidayah kepada mereka. Aku tercari - cari dimana dia isteriku. Kalau arwah masih hidup tentu dia juga sesibuk aku mengendali program surau. Kini aku pulang kerumah keseorangan tanpa mengetahui esok apa yang akan bakal berlaku. Kerdilnya aku disismu Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...