Teman-teman

Thursday, March 29, 2012

Sunset

Hari ini aku bertugas petang. Bila menghampiri waktu maghrib aku melihat matahari yang hampir terbenam. Terus aku mengambil kamera. Bukanlah niatku untuk mengatakan yang aku ini seorang photographer yang hebat. Aku cuma nak share alam ciptaan Allah.

Sudah Lama Tak Kesini

Aku tugas petang hari ini. Bangun pagi aku terfikir kemana yang nak aku pergi ambil gambar sebelum ke gerai isteriku. Akhirnya dapat idea. Aku akan jogging sambil mengambil gambar. Hampir 3 tahun aku tidak kesini. Banyak nostalgia aku bersama arwah Siti Aishah di tempat ini. Jam 8 pagi aku sudah terpacak. Nostalgiaku terus berputar. Aku seolah-olah ternampak arwah isteriku sambil berjalan sambil melambai tangan kepadaku.

Selalunya sebelum kami ke pasar, kami akan kesini dahulu. Pusing sampai berpeluh barulah kami kepasar. Bila selesai membeli di pasar, kami pasti akan singgah di warung yang di tumbuhi pokok besar. Kami berbual dan melepaskan lelah sambil menjamu Char Koay Teow. Sungguh indah memori itu. Aku hanya memerhati saja persekitaran tempat ini yang sudah banyak berubah dan cantik.

Perlahan-lahan aku berjalan sambil mengambil gambar. Peluh sudah membasahi bajuku. Alhamdulillah aku mengambil jalan yang tidak berbukit untuk menjaga lututku yang akan di bedah pada bulan Jun atau Julai. Aku bertekad akan membawa isteriku Rosnah jogging di sini. Rasa bosan bila berjalan keseorangan. Peluh sudah membasahi dan banyak gambar yang aku dapat. Terus aku meninggalkan tempat yang penuh nostalgia ini.

Seperti biasa isteriku pasti tersenyum manis bila melihat aku. Aku tunjukkan gambar kepadanya dan mengajaknya bersama pada hari Ahad ini.
" Kita pusing 2 round pun jadilah sebagai permulaan ". Aku berkata kepada isteriku
" Insyaallah bang... ". Katanya sambil tersenyum.


Tuesday, March 27, 2012

Buat Gado-Gado

Aku sampai di rumah jam 12.30 malam. Hujan lebat membuatkan aku membawa motosikal secara berhati-hati. Badanku terasa sejuk dan akhirnya terpaksa menyiram air panas di keseluruhan badanku. Ketika rancak berbual dengan isteriku entah bila aku terlelap. Aku melihat isteriku Rosnah membawa sepinggan gado-gado. Gembiranya hatiku. Sudah lama aku tidak merasai makanan ini. Entah dari mana datangnya seorang lelaki terus merampas pinggan yang hampir berada di tanganku. Begitu lahap dia makan gado-gado yang dibawa isteriku.

Apalagi darah jantan aku sudah naik. Aku terus mendapatkan pemuda tersebut lalu kami bergomol merebut pinggan tadi. Aku menumbuk lelaki tersebut. Sambil menumbuk tidak habis aku merungut geram. Akhirnya aku terasa pipiku di tampar
" Bang..bang...bangun. Apa ni boleh mimpi...Bunyi punya kuat ". Kata isteriku.
" Apa yang abang mimpi ni sampai Nah duduk di dapor pun dapat dengar ". Kata lagi isteriku.
" Abang mimpi berebut gado-gado dengan jantan mana ". Perlahan aku menjawab antara mengantuk dan tidak. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.
" Nah...hari ni kita buat gado-gado. Abang teringin pula ". Kataku pada isteri.

" Abang ni merapu la...Mimpi sampai terbawa-bawa terus. Abang belilah sayur. Nanti balik dari gerai Nah buat ". Kata-kata isteriku membuatkan aku tersenyum. Tak rugi mimpiku. Setelah isteriku ke gerai aku pula ke pasar. Aku mencari kangkung, tauge, taukua dan fish cake. Terus aku mencari kuah kacang segera. Selalunya untuk membuat kuah kacang terpaksa menggoreng kacang tanah. Kuah kacang akan terasa wangi. Tapi yang ini tak wangi pun tak apa. Keinginan gado-gado segera katakan. Bila isteriku pulang di ambilnya bahan lalu di gorengnya cucur udang sebagai bahan sampingan. Begitu berseleranya aku menyantap gado-gado atau pecel.
" Nanti kita buat pasembur pula Nah ". Kataku pada isteri yang hanya tersenyum....

Monday, March 26, 2012

Kari Kelempung Ikan

Aku dan isteri berlegar-legar di pasar pada hari Ahad. Walaupun dia tidak memasak pada hari Ahad sebab kami akan mula memanggil untuk perkahwinan anak tiriku, jadi kami mengambil keputusan untuk makan di luar. Jadi ikan yang di beli akan di masak pada hari Isnin. Setelag berlegar akhirnya isteriku membeli ikan bawal. Katanya nak buat kari ikan bawal. Aku setuju dan aku terus mencari kelempung ikan untuk dimasukkan sekali kedalam kari. Padaku kalau hanya dengan kelempung ikan saja sudah memadai buat diriku.

Hari Isnin bila isteriku pulang dari gerai maka dia pun terus membuat kari ikan bawal bersama 5 keping kelempung ikan. Tak sabar rasanya menanti kari yang akan di hidangkan. Selepas zohor isteriku terus menghidangkan masakannya iaitu kari ikan bersama kelempung dan kacang buncis goreng bersalut telur. Fullamak ternagkat habis. Sungguh mennyelerakan sekali.
" Kenapa Nah tak makan kelempung ". Aku bertanya isteriku.
" Nah tak suka. Pelik la kegemaran abang ni ". Aku tersenyum dengan kata-kata isteriku.

Arwah Siti Aishah juga tidak menggemari kelempung ikan. Dia hanya masak untukku. Kini isteriku Rosnah juga tidak menyukai ikan sembilang dan kelempung ikan. Apakah ini adalah suratan atau kebetulan. Apapun aku bersyukur dengan anugerah ini..

Sunday, March 25, 2012

Dia Juga Berhak Untuk Hidup

Aku begitu letih bila sampai kerumah. Perjalanan dari KL ke Penang walaupun mengambil masa 5 jam begitu meletihkan. Itupun bila aku sampai di rumah aku masih mampu lagi keluar menunggang motosikal mencari sup ekor. Malamnya aku tidur begitu nyenyak sekali. Sedar-sedar isteriku telah mengejukkan aku untuk solat subuh dan dia akan kegerai. Setelah selesai solat aku menyambung kembali tidurku. Jam 10 pagi aku bersiap dan terus ke gerai isteriku. Tersenyum manis dia melihat kedatangan aku. Bila sampai aku melihat seorang lelaki yang kurang siuman berdiri di hadapan gerai isteriku.

" Abang boleh tolong bagi roti canai dekat lelaki tu. Kesian dekat dia dari tadi dok tunggu ". Kata isterku. Terus isteriku membungkus 2 keping roti canai dengan kuah sekali lalu diberikannya kepadaku. Bila melihat aku menghulur roti canai bergegas lelaki kurang siuman menerpa dan mengambinya. Gerai sebelah memberi sebungkus teh ais kepadanya. Berselera dia makan tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikannya. Gambar yang aku ambil pun menggunakan lens zoom. Bila perut terasa kenyang lelaki tersebut bangun dan datang kembali kegerai isteriku.
" Hoiiii... ". Katanya. Mungkin tanda ucapan terima kasih.
" Hoi hoi ". Aku pula menjawab. Dia pergi pula kegerai sebelah.
" Hoiii... ". Teriaknya lalu dijawab dengan hoi juga dari gerai sebelah.

Tersenyum isteriku melihat gelagat aku dan lelaki tersebut. Sikap isteriku membuatkan aku bertambah sayang padanya. Tidak ada sikap mementingkan diri sendiri.
" Nah dapat pahala dari Allah dengan sedekah Nah tadi ". Aku berkata kepada isteriku
" Dia juga berhak untuk hidup bang ". Ringkas jawapan dari isteriku. Terdiam aku membenarkan akan kata-kata isteriku. Semoga jannah untuk isteriku Rosnah

Saturday, March 24, 2012

Berada Di Penang

Aku bangun seawal jam 6 pagi untuk menyambung study aku. Ini merupakan study last minit. Sudah 3 cawan kopi aku bedal. Jam 8.30 pagi aku masuk ke kelas. melihat saja kertas soalan hati aku sudah terasa sesuatu. Kecut perut di buatnya maklumlah sudah lama meninggalkan peperiksaan. Fasilitator menyerahkan kertas ujian. Dibacanya soalan pertama sebagai panduan.
" Encik jawapannya untuk solan nombor 1 apa ". Aku bertanya secara seloroh.
" Saya dah ajar kan semalam. Cuba lihat kembali nota ". kata fasi
" Boleh tengok nota ke encik ". Kata rakanku pula
' Saya tak cakap apa-apa pun ". Kata fasi sambil tersenyum.

Mendengar kata-kata azimat fasi apa lagi riuh rendah tanda gembira dengan kebaikan fasi yang buat tak tahu saja sambil bermain laptop.
" Untuk soalan no 2 & 3 apa jawapannya ". Aku bertanya rakanku yang berada di sebelah.
" A...Abang Ariff dapat tak jawab soalan no 5 ". Jawab rakanku dan dia pula bertanya
" C ". Jawab aku ringkas. Mesej bunyi bertalu-talu dan bermacam ragam. Technician dan Jurutera tidak terkecuali. Bagi aku ini merupakan refreshment saja sebab aku sudah lulus peperiksaan sebelum ini. Bagi jurutera mereka terpaksa lulus peperiksaan ini bagi memudahkan mereka berhijrah ke division yang lain. Walau bagaimana pun aku harus lulus dengan peperiksaan yang kedua ini.

" Pakcik dapat tak jawapan untuk soalan no 15 dan 16 ". Tanya jurutera.
" A dan D " Jawab aku ringkas dan aku pula bertanya.
" Encik soalan 20, 21 dan 22 dah dapat jawapan ". Tanya aku
" B, C dan A ". Jawab seorang juurtera dengan ringkas.
" Saya harap kamu semua dapat menjawab kesemua soalan.Saya dengar pagi ini banyak sungguh bunyi SMS maklumlah awak semuakan sudah nak pulang kerumah dan berjumpa orang tersayang ". Gurau Fasi berseloroh dan kami tahu apa maknanya. Riuh rendah gelak ketawa. Soalan objektif bolehlah pakat-pakat share pengetahuan seorang sedikit tapi kalau melibatkan soalan subjektif ia haruslah ada kretiviti sendiri sebab ia melibatakan kita melukis plan, diagram dan bermacam-macam bentuk lukisan yang harus di jawab. Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan aku dan rakan-rakan. Tak sabar rasanya kami untuk pulang ke Penang. Siapa yang summit jawapan terlebih awal dia boleh pulang. Seorang jurutera wanita yang mudah telah menghabiskan jawapannya dan dia pulang awal. Semua terhenti melihat dia melangkah keluar dari kelas.

Orangnya masih muda dan sudah tentu otaknya masih boleh digunakan lagi. Kami yang berada di penghujung rindu masih terkial-kial mencari jawapan sebab jawapan yang diberikan terlalu hampir.Selesai menghantar kertas jawapan kami bersurai dan makan di kantin. Kemudian terus kami memecut pulang ke Penang selepas solat Jumaat. jam 7 petang aku sudah sampai di rumah. isteriku menyambut dengan penuh senyuman gembira. Sudah lama tak bersua. hanya talipon menjadi penghubung di antara kami. Syukur alhamdulillah...

Friday, March 23, 2012

Peperiksaan

Aku berada di PJ semenjak hari Isnin untuk menghadapi peperiksaan yang akan menentukan kenaikan pangkatku. Sudah agak lama aku tidak menulis. Entah kenapa sudah hadir penyakit malas menulis dalam diriku. Perkara pertama yang aku buat selepas check in hotel ialah merayau-rayau ke Midveli.Sebelum ke PJ aku tidak menghiraukan langsung tentang pakaianku. Isterikulah yang bertanya baju dan seluar apa yang hendak aku bawa. Terima kasih kepada isteriku.

Seorang sahabat telah membawa aku ke Amcorp Mall yang berdekatan dengan hotel yang aku tinggal. Ternampak saja kedai kamera apalagi terus aku masuk untuk mencari lens. Ternganga mulut aku bila di beritahu yang harga lens disini begitu murah berbanding Penang.Selesai berjalan-jalan rakanku pulang dengan LRT dan aku berjalan kaki menuju hotel. Pada pandanganku antara Amcorp Mall dengan hotel adalah dekat maka aku mengambil keputusan berjalan kaki saja. Berpeluh aku dibuatnya. Sampai saja di hotel aku terus tidur akibat keletihan berjalan. Macam joging pula.

Keesokan hari pula aku dan sahabat menaiki LRT untuk ke Pertama Complex. Inilah pertama kalinya aku menaiki LRT. Aku melihat cara-cara penumpang lain menggunakan kemudahan LRT. Akhirnya aku malu bila aku tersilap. Kad untuk keluar dimasukkan kedalam lubang tapi aku meletakkan di atas untuk scan. Pintu tak dapat dibuka la. Berkali-kali aku scan. Akhirnya aku telah di perbetulkan oleh penumpang yang menanti di belakang. Malunya...

Aku teruja sekali lagi bila berada di Pertama Complex. Harga lens agak murah juga berbanding Amcorp mall. Namun aku tidak membelinya. Menjamu selera di Sogo begitu sedap dengan Mee Claypot kegemaranku. Akhirnya aku tiba di hotel jam 11 malam. Terasa begitu letih sekali maklumlah lututku pun tidaklah begitu baik. Rakanku asyik bertanya, " Macam mana lutut..Ok ke ".
" Ok ok ". Kataku. Peperiksaan akan diadakan pada hari Jumaat. Buku masih belum di pegang.

Jumaat merupakan hari peperiksaan. Hari Khamis Fasilator kami sambil mengajar sambil memberi soalan-soalan yang akan keluar. Aku menyalinnya agar senang untuk diingati. Balik dari kelas aku dan rakan-rakan ke Giant mencari bekalan untuk berjaga malam dan mentelaah. Sekarang roti dan secawan kopi telah habis. Mata pun sudah mula mengantuk. TV pun menyanyi lagu negaraku. Bagaimana esok....lepas menyerah kertas jawapan kami akan pulang ke Penang. Penang sedang menggamitku

Friday, March 16, 2012

Jangan Percaya Kepada GPS


Aku tersenyum sendirian membaca kisah GPS di Berita Harian Online. Aku dan isteri sudah terkena dengan sistem ini. Kami telah di jemput ke kenduri perkahwinan anak kakak isteriku di Kajang.
" Abang tau ke nak kesana ". Tanya isteriku.
" Beres. Dont worry. Abang baru beli GPS jenama Papago ". Kataku dengan bangga sambil set alamat rumah kakak iparku.
" Boleh percaya ke dengan GPS ni abang ". Tanya lagi isteriku.
" Inilah teknologi terkini. Lagipun jenama Papago memang di akui baik ". Jelasku lagi.

Hari yang di nantikan telah tiba. Aku pastikan yang pengecas GPS dalam kereta tidak ditinggalkan. Ia amat penting untuk pandu arah kami. Dalam perjalanan kesana isteriku begitu cepat terlelap tapi lelapnya hanya seketika saja. Kemudian fresh kembali. Macam-macam jenis makanan dan cokelat di masukkan kedalam mulut aku. Aku hanya ngangakan saja mulut. Syokkan dapat pembantu macam isteriku. Ketika memasuki Kajang aku pun ON GPS.
" Selamat datang kepada pengguna GPS ". Kata GPS ler. Tersenyum bangganya aku memerhati isteriku yang di tugaskan memegang GPS.
" Teruskan perjalanan. Pandu dengan cermat. Sila berhati-hati ". Bebel GPS.
" 200m di hadapan ada bulatan. Masuk kiri dan simpang yang kedua masuk kanan ". Arah GPS.
" Alhamdulillah Nah. Nasib baik kita bawa GPS. Senang saja dia tunjuk jalan ". Tersenyum isteriku.

" 100m di hadapan sila belok ke kanan dan teruskan perjalanan anda ". Kata lagi GPS
" Bila nak sampai ni bang ". Tanya isteriku
" Insyaallah percaya kepada GPS ". Kataku confident.
" 10 m di hadapan belok ke kiri....Anda telah selamat sampai ke destinasi ". Kata GPS.
" Alhamdulillah sampai juga kita. Terima kasih kepada GPS ". Gurauku.
" Assalamualaikum....". Isteriku memberi salam. Entah berkali-kali diberi salam akhirnya pintu pun terbuka. Aku dan isteri saling berpandangan. Rupanya apek berseluar pendek yang membuka pintu rumah. Aku bertanya alamat yang di beri.
" Oooo itu tempat. Lu jalan terus...lu jumpa kilang...lu masuk kili ". Aku tergaru-gari kepala dengan penjelasan apek tersebut.

" Assalamualaikum kakak..Kami tersesat jalan ". Telepon isteriku kepada kakaknya. Akhirnya dengan bantuan melalui telefon akhirnya sampai juga kami di rumah kakak ipar. Tertawa isteriku bila memandang muka aku. Perli la tu.
" Jangan percaya kepada GPS bang ". Aku tertawa macam muka sardin akibat terkantoi. Terlalu percaya dengan teknologi ciptaan manusia...

Tuesday, March 13, 2012

Sedap La Bang

Hari ini aku bertugas agak lewat dari biasa. kalau selalu aku masuk kerja jam 8 pagi tapi hari ini aku masuk jam 10 pagi. Sepatutnya aku Off hari ini namun atas sebab ada kerja maka aku di tugaskan melakukan kerja bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Selalunya selepas subuh aku sudah mula bersiap dan hari ini aku tidak terasa untuk menyambung mimpiku kembali. Sudah biasa agaknya. Aku sudah plan yang aku akan lepak di gerai isteriku sebelum ke tempat kerja.

Setelah bersiap, aku tercari-cari dimana kunci motosikalku. Semalam berada di atas meja. Pagi ini sudah tiada atau aku yang lupa dimana telah aku simpan kunci motosikalku.
" Assalamualaim Nah. Nampak tak kunci motorsikal abang. Semalam abang letak atas meja ". Aku menalipon isteriku.
" Nah tak nampak pun kunci motosikal abang. Cuba abang cari di tempat lain. Abang ni kadang-kadang pelupa ". Ewah...kita tanya dia dia kata kita pelupa. Akhirnya aku mengambil keputusan tidak membuat OT. Nak makan apa pula pagi ini. Kunci motor tak ada. Akhirnya last choice aku buka almari hikmat lalu aku mengambil maggi kosong. Aku tumis bawang dan cili bo. Aku masukkan maggi kosong bersama perencah yang aku buat sendiri. Masyaallah sedap juga. Makan bersama minuman kopi Tongkat Ali memang best. Aku tinggal sedikit untuk isteriku. Saja nak bagi dia test masakan Mr Mama.

" Assalamualaikum bang. Nah minta maaf banyak-banyak. Kunci motorsikal abang ada dalam beg tangan Nah. Nah terambil ". Tertawa aku bila isteriku beritahu . Terpaksa la aku tunggu dia pulang dari kerja barulah aku ketempat kerja dengan excuse yang memikat hati ketua aku.
" Nak buat macam mana. Dah wife you terambil kunci ". Kata ketua aku.
" Bang maggi yang abang buat sedap la. Pandai abang buat ". Itulah hikmahnya aku tak marah-marah wife tak tentu pasal. Isteriku talipon setelah merasa maggi yang aku buat. Maggi Mr Mama katakan.

Sunday, March 11, 2012

Macam Orang Mengidam Pula

" Nah... abang teringin nak makan nasi minyak hari ni ". Aku berkata sejurus lepas berdoa ketika solat subuh. Tersenyum isteriku bila mendengarnya.
" Ni tentu solat tak khusyuk tadi. Dok teringat nasi minyak pula. Abang beli ler bahan-bahan dia. Insyaallah Nah buat ". Betapa gembiranya hatiku dengan pengakuan isteriku. Bergegas aku ke pasar mencari daging untuk di buat kari. Aku serahkan segalanya kepada isteriku. Aku ke rumah ibu mertuaku pula untuk mencari daun kari dan daun pandan.

" Budiman jangan lupa hari ini ada kenduri kahwin ". Pesan ibu mertuaku. Baru aku teringat yang jiran sebelah rumah ibu mertuaku telah menjemput aku untuk kenduri anaknya. Macam mana ni. Nasi telah di masak. Kari sedang di tumis. Nak makan yang mana satu.
" Tak apa...abang bawalah bekal petang ni. Pergilah kenduri tu ". Kata isteriku. inilah yang terbaik. Dua-dua dapat makan.


Saturday, March 10, 2012

Really Enjoy

Hari ini aku bertugas petang. Awal-lagi lagi aku telah beritahu isteriku yang aku akan mengambil gambar matahari terbit di Jambatan Pulau Pinang. Jam 7 pagi aku bergegas keluar dari rumah. Semalam hujan dan ini bermakna matahari akan kelihatan dengan jelas. Selalunya aku hanya melihat dari atas jambatan mereka yang mempunyai hobi sepertiku mengambil gambar.

Cemburunya aku melihat begitu ramai yang memegang kamera. Aku terpaksa memendan rasa akibat kekangan tugasku. Hari ini aku begitu seronok sekali. Bila sampai tiada orang pula. Aku seorang diri yang mengambil gambar. Seronok bila saat-saat matahari terbit. Tidak pernah matahari mengengkari perintah Allah. Cukup waktu dan ketikanya ia telah menjalankan tugasnya.
Ketika seronok mengambil gambar, tiba-tiba isteriku talipon. Katanya dia terlupa membawa minyak untuk menggoreng roti canai. Terpaksa juga aku pulang kerumah untuk mengambil minyak masak.

Setelah aku memberi minyak masak, isteriku menarik aku keluar sambil menunjuk seeorang bayi iaitu anak kepada rakannya gerainya. Aku juga tertarik sebab di letakkan di dalam tong. Kata ibunya anaknya terlalu aktif dan takut di letakkan di atas kereta sorong. Tersenyum ibunya bila aku mengambil gambar.

Apapun aku begitu gembira dan tenang dengan hobiku ini. Aku masih menanti hujan reda untuk meredah bukit pula. Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik kepadaku.


Friday, March 09, 2012

Siasat Kes Profil Tinggi

Salam pembaca semua. Hari Jumaat ini Warna Nostalgia telah dapat menyelesaikan kes berpofil tinggi iaitu kes buang anak. Inilah mereka yang terlibat dengan buat dan kemudian campak anak. Renung-renungkanlah.

Anak yang telah di campak buang

Mak bapa yang terlibat membuang anak. Takut la tu. WN snap gambor depa

Thursday, March 08, 2012

Pertemuan Yang Tidak Di Sengajakan

Seperti biasa sebelum aku pulang kerumah setelah menghabiskan tugasku, aku pasti mencari sesuatu di padang untuk aku snap. Dalam tercari-cari tiba-tiba aku terlihat rumput jarum emas yang sudah sekian lama mencari. Yang special tentang pertemuan ini ialah bila sudah terlihat maka mata terus terpaku bila begitu banyak rumput ini di depan mata.

Apalagi kamera aku simpan di dalam beg dan mula mencabut rumput ini. Terbongkok-bongkok aku mencabutnya. Begitu banyak pula aku dapat. Tak sangka rupa-rupanya rumput ini boleh didapati di tempat kerjaku. Begitu khusyuk aku mencabutnya. Isteriku memang mengetahui akan khasiat rumput ini. Mengikut kata dari arwah ibu mertuanya, rumput ini amat baik untuk golongan wanita. Aku google tentang rumput ini di Wikipedia dan ketahui akan kebaikannya.

Aku google lagidan dapat lagi info disini. Pembaca boleh kaji sendiri akan kebaikannya. Bila aku tanya isteriku mau atau tidak dengan rumput ini. Cepat-cepat dia mengaku..." Nak Nak Nak ". Apalagi satu plastik aku bawa pulang ke rumah. Tumpang ada. Nanti akan datang gang untuk memotong rumput panjang dan dengan sekali gus rumput ini juga akan lenyap.

Rumput ini perlu di keringkan terlebih dahulu. Macam daun teh juga. Bila sudah kering bolehlah di rebus dan di munum mengikut sukatan seperti yang aku telah google. Rumput ini banyak boleh di dapati di tepi lebuhraya. Ia akan hidup bersama rumput-rumput yang lain. Kena pandai mengenal pasti rumput ini. Kalau tersilap rumput maka tak sempatlah bertemu Jumaat akan datang....

Rumput jarum emas yang telah di keringkan

Wednesday, March 07, 2012

Sebelum Pulang ke Rumah

Ish ish dahaganya. Panas terik pula hari ini. Tak terdaya lagi aku

Mak....Ayah... Ning dan Teh di buang. kami sejuk. Mana mak...Mana ayah...Tolonglah

Hangpa pergi main dulu. Mat mana dok ambil gambar aku nak masuk blog dia

Begitulah Awan Nano Nano

Aku harapkan agar si dia sudi menerima ranting ini sebagai cintaku padamu

Lets fly together honey. We go ronda - ronda

Manalah ranting yang di janjikan tak sampai-sampai lagi. Dasar helang jantan. Tak boleh di percayai langsung

Tuesday, March 06, 2012

Panorama 2

Selepas aku sedia semua kelengkap untuk isteriku bila pulang dari berniaga iaitu membuat kari ikan senangin. Seperti biasa aku keluar dengan membawa kamera menaiki bukit di belakang rumah ibuku. Hobi yang membuatkan hati aku begitu tenang. Hasil gambar yang aku snap aku tunjukkan kepada isteriku. Cantik katanya.
" Esok abang nak ke mana pula ". Tanya isteriku.
" Esok abang balik kerja abang tidur dulu. Kemudian abang akan tepi laut pula. Petang kita jalan-jalan ". Tersenyum isteriku. Tak pernah dia merungut hobi baruku ini. Alhamdulillah.

Bunga apa pun entah.Tumbuh liar di dalam hutan

Anak anjing yang comel tapi garang

Pepatung

Burung Tiong

Monday, March 05, 2012

Kari Ikan Senangin

Selalunya isteriku pasti bertanya sebelum masuk tidur.
" Esok abang off. Abang nak makan apa. Nah beli ".
" Abang nak gulai Nah masak ". Kataku perlahan.
" Kalau nak buat gulai Nah kena tomeh rempah siap-siap. Takut esok tak sempat ". Aku mengerti kata-katanya. Balik jam 1 tengahari. Masak untuk esok pula.
" Tak apa. Nah tomeh. Esok abang siap sedia semua ". Kataku kepada isteri.

Pagi-pagi lagi aku kepasar. Kalau lewat tak banyak ikan yang tinggal. Aku tawaf keliling mencari ikan apa yang sedap untuk di buat gulai. Akhirnya aku beli seekor ikan senangin dengan harga RM10. Beli ikan sekarang amat mudah bila kita boleh meminta penjual membuang sisik dan membelahnya. Aku beli pula kacang buncis untuk di goreng. Bila pulang kerumah, aku letak nasi dan cuci ikan dengan air asam jawa untuk menghilang bau hanyir ikan. Kacang buncis aku potong siap-siap untuk di goreng. Bila siap semua barulah aku keluar rumah untuk aktiviti photographer.

Bila semua tersedia begitu cepat isteriku masak. Bau gula membuatkan seleraku datang.
" Terima kasih bang sebab tolong sediakan semuanya ". Kata isteriku.
" Abang pun ucap terima kasih kerana Nah buat gulai untuk abang. Sedap.... ". Pujiku

Sunday, March 04, 2012

Panorama Alam

Ahad 4 Mei. Aku di arahkan standby di Prai. Tempat yang penuh nostalgia yang pernah berlaku kepadaku. Aku begitu gembira sebab di dini juga kalu berada di atas bumbung pasti dapat melihat panorama alam semulajadi.
" Seronok la abang dapat ambil gambar ". Kata isteriku. Aku hanya tersenyum.
" Abang jangan bawa balik benda tu sudah. Kalau dia ikut jangan bagi ikut ". Pesan isteriku. Dengan lens baru yang aku beli inilah hasilnya. Pembaca jangan tertawa dengan gambar ini sebab aku baru saja belajar.

Penang dan Komtar ketika matahari terpacak

Penang dan Komtar sudah gelap. Hujan lebat di Pulau Pinang

Sang helang sedang berehat di atas pokok bakau

longgokkan bijh besi bersebelahan tempat aku standby

Pokok kayu bakau yang sudah reput

Pulau Pinang dari kejauhan sudah di timpa hujan lebat

Pokok kayu bakau

Thursday, March 01, 2012

Langkawi Day 1

25 Februari 2012 - Sebelum aku bertolak ke Langkawi dan memandangkan isteriku meniaga, pagi-pagi lagi aku sudah merantau di bukit untuk mengambil gambar pemandangan dan air terjun. Jarak kesana hanya memankan masa 15 minit. Sungai yang banyak menyimpan nostalgia ketika aku di alam remaja. Aku keseorang di dalam hutan mengambil gambar. Marah juga isteriku bila menalipon bertanya di mana aku akhirnya di beritahu yang aku berada di atas bukit keseorangan.
" Nah ingat abang dok tidur. Abang rehat la. Petang nanti nak drive kereta ". Risau isteriku.
" Ya ya abang balik rehat la.. ". Itulah aku yang tak pernah kenal akan letih. Time sihat la yang di maksudkan.

Jetty Langkawi. Dah sampai pun kami

Jam 12.30 tgh aku dan isteri bertolak ke Kuala Perlis. Aku hormati permintaan isteriku untuk berniaga pada hari Sabtu memandangkan dia terpaksa menutup gerai selama 3 hari. Perjalanan dari Penang ke Kuala Perlis hanya memakan masa selama 2 jam saja. Jadi tidak menjadi masalah bagi kami untuk sampai. Feri terakhir ke Langkawi ialah pada jam 7 petang.

Datang dengan membawa 2 beg saja

Aku membiarkan isteriku yang keletihan berniaga tidur maklumlah bangun seawal jam 4 pagi lagi. Hanya lagu yang menemani aku. Entah macam mana aku tersesat dengan meneruskan perjalanan hampir memasuki Bukit Kayu Hitam. Terpaksa aku berpatah balik untuk ke Kuala Perlis. Jam 5 petang kami tiba di jeti Kuala Perlis. Tiket begitu senang di dapati sebab bukan musim cuti sekolah. Kami di maklumkan yang feri akan bertolak ke Langkawi pada jam 6 petang. Jadi sempatlah kami nak melapik perut yang lapar.

Jetty Kuala Perlis

Kami mencari gerai untuk mengalas perut.Aku mengajak isteriku mencari laksa Kuala Perlis. Keadaan Kuala Perlis tidaklah begitu sesak. Akhirnya kami berjumpa dengan sebuah gerai di tepi laut yang menjual laksa Kuala Perlis.

Laksa Kuala Perlis

Isteriku agak keberatan untuk merasa laksa Kuala Perlis. Aku meminta agar dia merasa laksa di sini pula. Kalau ada sesiapa yang menceritakan tentang laksa Kuala Perlis dia sudah dapat membayangkannya. Akhirnya dia akur juga. Aku memesan sepinggan laksa. Dalam sekejap saja sampai. Aku rasa dahulu sedikit. Memang jauh rasanya dengan laksa Penang. Banyak perencah yang tidak terdapat dalam laksa di sini. Aku berikan kepada chef aku pula. Aku sudah tahu apa yang dikata olehnya.
" Nah bagi 30 % saja ". Kata isteriku. Aku tersenyum sebab telah menduganya.
" Janji kita tau macam mana rasa dia. Setiap negeri ada menu-menunya tersendiri tapi laksa Nah memang terbaik ". Aku berkata kepada isteri. Tersenyum isteriku.

Kereta Cherry yang di sewa

Bila tiba di Langkawi kami menyewa sebuah kereta Cherry. Besar sedikit dari kancil. Sewanya hanya RM40 untuk sehari. Memang murah sangat.
" Abang isi minyak sebanyak Rm30 dah cukup pusing Langkawi sampai abang balik. Memang kereta ni jimat minyak bang ". Kata anak muda. Aku terus memecut kereta mencari hotel yang telah di tempah di pekan Kuah. Sedap juga memandu cherry ni walaupun ianya kecil. Terus kami check in di Citin Hotel di Kuah.

Sky Bridge.Pandangan dari dalam kereta kabel

26 Februari 2012 - Kami bertolak untuk menaiki kereta kabel. Tiket begitu mudah didapati berbanding semasa aku datang datang waktu cuti sekolah. Untuk mendapat tiket dah sejam. Beratur untuk menaiki kereta kabel pula mengambil 1 jam setengah. Kali ini selepas mengambil tiket terus kami naik kereta kabel. Bila dah naik kali yang kedua tiada lagi excited berbanding kali pertama.Namun pemandangannya tetap juga indah. Itulah yang membuatkan aku dan isteri masih lagi sudi menaikinya.

Sewaktu sampai di atas bukit

Kami bersama anak saudara yang datang dari Kelantan. Kata mereka nak join bersama. Tiada masalah bagi kami. Seronok juga dapat berkumpul di sini. Anaknya yang merupakan cucu kami juga terus bertanya kepadaku
" Tok Anjang. Bagaimana kalau kita naik kemudian kereta kabel ini putus. Kita jatuh lalu mati ". Isteriku tersenyum mendengar celoteh cucu kami.
" Hish kami ni tak sayang mulut la ". Risau juga takut masin mulutnya. Kereta kabel pula asyik bergoyang saja. Terasa geli perut aku.
Dari jauh kelihatan perhentian yang pertama

Keindahan melihat dari puncak atas kereta kabel amat mempersonakan. Seperti biasa tidak sah kalau tak ke Sky Bridge. Cucu kami begitu gayat sekali berjalan sambil melihat ke bawah. Sayup melihat pokok-pokok di bawah kami. Kalau berhenti untuk mengambil gambar terasa bergoyang bila time orang ramai berjalan. Namun kami begitu enjoy berada di atas. Bila terasa puas barulah kami kembali turun ke bawah untuk ke destinasi yang lain...To be continued

Bergambar di Sky Bridge

Berada di bawah selepas menaiki kereta kabel. Cuaca panas. Terpaksa mencari topi

Aduh gayatnya bila melihat ke bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...