Teman-teman

Friday, May 31, 2013

Makanan Kegemaranku


Bubur gandum sudah tidak asing bagiku. Ia merupakan makanan kegemaranku selain bubur pulut hitam dan pengat pisang. Ketika dihidangkan oleh isteri aromanya sungguh wangi. Perut pun kosong. Kalau waktu muda aku lebih suka santan yang pekat dan manis rasanya. Kini umur sudah meningkat jadi terpaksa kurangkan lemak dan manisnya. Inipun sudah terbaik


Cucur bawang, burger ( inti sambal ikan bilis ) dan roti canai kacang dal. Cucur bawang aku rasa semua sudah maklum. Roti canai kacang dal mungkin ada setengah tempat tidak ada. Roti canai kosong dimasukkan kacang dal atau kacang parpu. Burger pula ia digoreng kosong. Setelah diangkat lalu dipotong dan dimasukkan timun dan sambal tumis. Ia mirip burger. Ia merupakan makananku kegemaranku tidak kira waktu pagi atau petang.


Selain roti canai kacang dal dan burger, apom lenggang juga merupakan makanan kesukaanku. Dipekan tempat aku tinggal masih ada lagi yang menjual apom lenggang. Memang sedap rasanya


Semua orang sudah maklum. Kuih lopeh dan buah melaka. Kerapnya aku beli kuih lopeh 2 dan buah melaka 2 bungkus. Aku buat macam didalam gambar. Memang best. Semasa aku masih kecil lagi ibuku merupakan orang yang memperkenalkan makanan ini kepada kami adik beradik. Ayahku tidak pernah beli dikedai kopi. Ibuku memang pakar dalam membuat kuih-kuih ini. Kini semuanya kena dibeli. Zaman sudah berubah.

Thursday, May 30, 2013

Projek Buat Pekasam

Baru-baru ini aku dan isteri meghadiri majlis akad nikah anak saudaraku di sebuah masjid. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terasa sebak juga bila ketika anak saudaraku melafazkan akad dimana dia kini telah bergelar seorang suami. Terasa sebak sebab kedua-dua ibubapa mereka telah tiada. Perkahwinan telah diuruskan oleh kakak yang penuh bertanggungjawab terhadap adik-adik disamping emak dan bapa saudara yang turut membantu. Aku doakan semoga mereka bahagia di dunia dan juga akhirat.


Selepas majlis akad nikah, kami dijemput untuk makan tengahari. Melihat saja makanan yang dihidangkan perut sudah tak tahan. Memang best masakan kampung. Dalam kesemua jenis makanan, aku amat suka dengan pekasam. Isteriku tidak gemar pekasam. katanya bau busuk. Memang la pekasam kalau tidak kena gaya buatnya sudah pasti busuk baunya. Bersahaja aku makan.
" Nah try la rasa. Tak bau ". Aku memujuk isteriku. Isteriku mencubit sedikit lalu dirasanya.
" Ok juga. Tak busuk ". Kata isteriku lalu terus bangun dan mengambil pekasam. Tiba-tiba dia pula yang suka. Aku yang paling suka sebab makanan kegemaranku disukai isteriku. Maknanya kalau aku makan dia pun boleh tumpang sama.


" Bang sedap juga pekasam yang kita makan. Senang tak nak buat pekasam ". Aku terus mengambil ipad dan search cara-cara nak buat pekasam. Alhamdulillah banyak maklumat yang dapat.
" Senang bang nak buat pekasam. Mai kita buat ". Kata isteriku bersemangat.
" Esok pasar malam ada jual ikan darat. jom kita beli ". Aku berkata kepada isteriku. Esoknya aku dan isteri ke pasar malam. Alhamdulillah. Aku beli setengah kilo ikan puyu dengan harga RM6. hidup-hidup lagi ikan.


Isteriku awal-awal lagi dan beritahu yang dia geli bila melihat ikan terlompat-lompat. Maknanya aku la yang kena pesiang ikan tersebut. Riuh juga suara aku di dapur. Apa taknya. Ikan licin dan sekejap keluar dari tangan dan jatuh kelantai. Habis lantai berbau. Nak habiskan sebanyak 7 ekor ikan makan masa selama satu jam. Selepas aku basuh dengan serai dan limau barulah isteriku masukkan garam, beras serta asam keping. Ia harus diperap selama 5 hari. Hari ini baru 3 hari. Tak tahu lagi apa hasil percubaan kami yang pertama. Semoga ianya berjaya.

Sunday, May 26, 2013

Besar-Besarnya

Aku bertugas petang. Jam 6 petang aku keluar dengan membawa kameraku. Sengaja nak mengambil gambar awan yang cantik. Tiba-tiba aku terkejut bila pengawal keselamatan menempik padaku
" Encik Ariff...Jaga ada monyet besar di belakang ". Bila aku toleh belakang aku melihat seekor monyet hitam yang besar menyeringai giginya. Matanya pula merah. Aku terkejut dan hanya membatu sahaja. Datang pula seekor demi seekor terus masuk kedalam tempat yang bahaya. Aku berdoa janganlah ada salah seekor dari mereka memanjat tower. Kalaulah terkena renjatan akibatnya Pulau Pinang akan bergelaplah. Kebetulan 2ekor sedang memanjat tower. Cepat-cepat aku tempik. Nasib baik juga. Aku baca dari buku yang mengatakan monyet ini amat berbisa kalau menggigit. Syukur tak ada apa yangg berlaku


Saturday, May 25, 2013

Cerita - Cerita Pendek

CERITA 1
Aku bersama isteri ke Giant untuk membeli barangan perniagaannya. Ketika sibuk memilih barang terlihat sebuah keluarga. Si anak begitu petah bercakap. Comel sungguh si anak dengan bertudung walaupun diusia kecil lagi. Si ayah pula kelihatan begitu mesra melayani anaknya bercakap
" Ayah...kakak sudah pandai mengeja ". Kata si anak kepada ayahnya
" Ya ka kakak pandai mengeja. Ok sekarang ayah nak dengar kakak mengeja ".Kata si ayah
" Ayah nak kakak eja apa ". Tanya si anak. Si ayah terus mencari dan akhirnya
". Ok ayah nak kakak eja yang itu ". Kata si ayah sambil menunjuk kearah satu ayat. Aku dan isteri melihat ayat tersebut yang tertulis Ayam. Tak sabar nak dengar ejaan anak tersebut
" Ooo yang itu ka.. Ma ya....MAYA ". Si anak eja dan terus menyebut. Aku dan isteri tertawa dengan gelagat si anak. Si ibu dan ayah hanya tersenyum.
" Pandai kakak ". Puji si ayah
" Ok lagi satu. Kakak eja yang itu pula ". Tunjuk si ayah kepada anaknya. AWAS
" Oooo. SA WA....SAWA ". Eja sianak. Nampak gembira sungguh si anak kerana dapat mengeja. Aku dan isteri menanti akan reaksi si ayah.
" Masyaallah kakak pandai mengeja. Cuma satu saja. Kakak eja guna bahasa jawi yang bermula dari sebelah kanan. Kalau bahasa rumi atau bahasa Malaysia kita kena eja dari kiri. Cuba kakak eja dari kanan pula ". Kata si ayah
" Ooo. Ayam....AYAM. A was...AWAS ". Eja si anak
" Alhamdulillah. Pandai anak ayah mengeja jawi dan rumi ". Puji si ayah. Si ibu tersenyum bila melihat kami sedang memerhatikan mereka. Aku membuat thumbs up kepada anak kecil bila dia melihat kami. Aku puji sikap si ayah. Tidak terus menyalah anaknya dan tidak terus membetulkan kesilapan anaknya.

CERITA 2
Aku dan isteri ke Tesco pula. Masih mencari barangan yang tidak terdapat di Giant. Alhamdulillah. Barangan yang di cari ada disitu. Ketika keluar kami berjalan bersebelahan seorang wanita. Penuh barang yang di beli didalam troli. Sebentar kemudian datang sebuah kereta. Suaminya membuka bonet kereta dan terus si isteri memasukkan barang ke dalam kereta. Si suami begitu leka mendengar lagu sambil mengetuk stering.
" Bang...Kesian dekat isteri dia masukkan barang dalam kereta sendiri. Suaminya tak tolong langsung ". Aku faham maksud isteriku. Aku sendiri melihat si isteri mengangkat beras dan memasukkan kedalam bonet. Haruskah aku bersangka baik dengan si suami. Tidak bolehkah dia keluar mengambil barang yang ringan jikalau dia tidak sihat. Itu sebagai tanda prihatin terhadap isteri yang terpaksa mengangkat beberapa kampit beras. Ini tidak. Mendengar lagu dengan kuat sambil mengetuk stering akan membuat orang lain yang melihat akan bersangka buruk.

CERITA 3
Aku berada didapur menolong isteriku mengupas kulit udang. Sebanyak 2 kilo udang aku beli. Niat di hati untuk membuat mee goreng bagi menjamu kaum keluarga yang datang bermesyuarat. Itulah kami andaikata ada kaum keluarga yang akan melangsungkan perkahwinan. Kami akan mengadakan mesyuarat untuk memudahkan perjalanan majlis. Ketika asyik mengupas kulit udang kami dikejutkan dengan suara jiran sebelah. Dia bergaduh dengan siapa.
" Hang naik kut mana. Cepat bagi tau. Amboi pandai no dok merayap naik. Cepat bagitau. Hang naik kut mana. Melampau. Pandai dok merayap ". Aku dan isteri tertawa. Kalaulah kucing tu boleh bercakap dia naik ikut tangga, sudah pasti jiranku pengsan. Betapa ramai sekarang manusia yang suka bercakap dengan kucing. Janji terhibur...

Thursday, May 23, 2013

Selamat Hari Lahir Isteriku

20 Mei 2013 merupakan hari ulangtahun isteriku. Awal-awal lagi aku beritahunya yang aku akan buat sambutan dirumah. Isteriku tidak mahu. Katanya malu. Mungkin seumur hidupnya dia tidak pernah mengadakan sambutan hari lahir.
" kita buat kenduri kesyukuran dan jemput kaum keluarga yang terdekat sudah ler ". Kataku kepada isteri namun dia masih tidak mahu. Akhirnya aku mengalah juga bila isteriku berkata dia akan buat kek harijadinya sendiri dan makan anak beranak.


Tepat jam 12 tengahmalam aku menghantar mesej selamat Hari lahir dari tempat kerjaku. Keesokkan harinya bila aku pulang dari kerja aku telah plan nak singgah di kedai yang menjual bunga. Akan aku beli sejambak bunga ros untuk isteriku. Tapi hampa sebab kedai yang menjual bunga tutup. Akhirnya aku berlegar di pekan lain dan akhirnya berjumpa dengan 2 kuntum bunga ros yang cantik. Hanya tinggal ini saja. Jadilah tu. Aku beli dan minta dibungkus elok-elok.Bbila tiba dirumah, isteriku membuka pintu.
" Selamat hari jadi Nah ". Sambil menghulurkan 2 kuntum bunga ros. Tertawa gelihati isteriku sebab semenjak kami berkahwin inilah pertama kalinya aku menghadiahkan bunga kepada isteriku.
" Terima kasih bang ". Terus di ciumnya bunga ros
" Minta maaf. Hadiah lain abang tak beri ". Kataku kepada isteri
" Tak apa bang. Nah tak kisah. Bunga pun dah ok ". Kata isteriku.


Tapi dalam diam aku sudah berpakat dengan sahabat fb aku yang tinggal di Sabah. Aku bertanya apa souvenir cantik yang boleh di dapati di sana. Beliau mencadangkan agar di beri keronsang dan jam tangan dari mutiara sabah. Aku bersetuju dan meminta pertolongan darinya untuk membeli barang tersebut dan hantar kepadaku. Alhamdulillah pada 20 Jun 2013 ketika maghrib aku menerima panggilan dari courier yang menghantar barang. Aku mengambil barang ditepi jalan sahaja. Senang tak payah mereka tercari-cari dimana alamat rumah aku


Sampai dirumah aku meminta isteriku membuka parcel yang dikirim. Terkejut isteriku melihat ada kotak kecil beserta barangan lain yang di order.
" Nah buka ler kotak misteri tu ". Aku bergurau dengan isteriku. Dia membuka dengan berhati-hati. Jantung aku pula yang berdegup kencang. Dan bila dibuka maka riak muka isteriku berubah.
" Jam dan keronsang abang hadiah untuk Nah. Walaupun murah inilah tanda kasih abang pada Nah. Kalau abang tak ada barangan ni akan jadi kenangan buat Nah ". Kata-kataku membuatkan airmata jernih mengalir di pipinya.
" Terima kasih abang. Cantik jam tangan mutiara. Sayang pula nak pakai ". Di ikatnya kembali kotak seperti sediakala. Aku merupakan orang yang paling gembira bila melihat isteriku gembira. Terima kasih kepada sahabat baikku Afra Cumil Craft kerana bersusah payah merealisasikan impianku


22 Jun 2013. Kaum keluarga akan berkumpul dirumahku. Kami akan mengadakan mesyuarat khas memandangkan anak saudaraku bakal melangsungkan perkahwinannya. Aku meminta anak saudaraku menempah sebiji kek. Aku nak buat surprise semasa kaum keluarga berhimpun. Isteriku pulang buat mee goreng untuk menjamu kaum keluarga. Selesai kami bermesyuarat dan sebelum kami menjamu selera aku meminta agar kek dikeluarkan.


Terkejut isteriku dan tersipu-sipu malu bila diminta memotong kek. Aku menemaninya memotong kek sambil didoa oleh kaum keluarga agar diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga. Isteriku bertanya padaku siapa punya idea memesan kek. Aku katakan yang ini semua adalah idea anak saudara. Tersenyum isteriku. Alhamdulillah. Aku merasa lega sebab telah menggembirakan hatinya. Walaupun sederhana tapi kemeriahan itu tetap ada. Terima kasih tak terhingga kepada anak saudarku yang sudi menolong merealisasikan sekali lagi impianku. Semoga Allah dapat membalas budi Afra Cumil Craft dan anak saudaraku.

Wednesday, May 22, 2013

Bergurau Senda

Seperti selalu sebelum aku ke pasar membeli barang aku pasti menulis dahulu. Bukan apa takut aku terbeli benda yang lain. Maklum la aku kan mudah lupa. Senang begini dan aku tak pernah merasa malu membacanya di khalayak ramai ketika berada di pasar.


Selesai menulis aku beritahu isteri yang aku akan ke pasar. Cepat-cepat isteriku menahan meminta aku meletakkan botol kosong di luar. Sengaja isteriku kumpul botol untuk diberikan kepada seorang lelaki india. Setiap hari lelaki india ini akan mencari botol kosong, tin buruk untuk di jual bagi menyara keluarganya. Kadang-kadang isterinya datang bertanya kami samada ada botol kosong yang hendak di buang. Apalagi aku pun meminta isteriku mengambil gambar.
" Ni nak letak dalam fb ler ". Kata isteriku. Benar sekali katanya. Aku letak dalam fb dan berkata ianya untuk dijual. Sengaja aku bergurau dengan rakan-rakanku. Isteriku tertawa bila membaca aku menulis aku hendak jual botol untuk membeli barangan.


Bila aku pulang cepat-cepat aku memanggil isteriku. Sekali lagi aku meminta isteriku mengambil gambar.
" Alhamdulillah Nah. berebut orang ramai beli botol kosong kita. inilah rezeki kita untuk makan tengahari ni ". Aku bergurau dengan isteriku.
" Sedih pula bila abang kata macam tu. Kalau la rezeki macam tu dan tugas abang pula begitu....'. Terus sebak isteriku. laa...lembut sungguh hati isteriku. sampai kesitu dia berfikir. bila aku kenangkan kembali gurauanku betapa bersyukurnya aku dengan pekerjaanku sekarang.

Aku harus menghargainya. Aku harus beramanah dan aku harus bangga dengan majikanku. Rezeki itu dari Allah dan majikanku sebagai perantara sahaja. Apapun aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada majikanku. Sekurang-kurang aku dapat membeli benda yang aku hajati. Yang penting isteri dan anak-anakku terjamin kehidupan mereka.


Alhamdulillah. Lepas solat zohor isteriku pun buat mee rebus. ketika di hidangkan tergamam aku melihat mee tersebut. Nampak menggoda. Apalagi dengan lafaz bismillah aku makan dengan penuh semangat. Lama tak makan mee rebus. Walaupun kadang-kadang aku makan mee juga di kedai tapi mee masakan isteri lebih enak rasanya.
" Terima kasih Nah kerana telah melaksanakan impian abang ". Tertawa isteriku dengan gurauanku.

Wednesday, May 15, 2013

Kasihan Aishah

Sudah 3 hari ibu mertuaku berada di dalam hospital. Aku menerima panggilan talipon dari adik iparku mengatakan ibu mertuaku kepenatan. Akhirnya terpaksa di bawa ke hospital dan doktor mengesahkan yang paru-paru ibu mertuaku dimasuki air. Aku hanya mampu mendengar sebab di arah untuk tunggu sedia selama 16 jam. bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahmalam.
" Bila abang boleh ziarah mak ". Kata isteriku. Aku hanya diam sambil memikirkan bila aku dapat ziarah ibu mertuaku. Aku masih ingat akan pesan arwah Siti Aishah.
" Bang kalau Siti tak ada abang tolong jenguk-jenguk mak sama. Emak bukannya sihat sangat ". Masih terngiang-ngiang permintaan isteriku.

Setelah 3 hari berada di hospital aku mendapat mesej dari adik iparku mengatakan yang ibu mertuaku telah discharge dari hospital. Bertambah perasaan bersalahku.
" Emak dak keluar wad. Abang masih tak dapat ziarah emak lagi ". Aku berkata kepada isteriku
" Nanti time abang kerja malam bila balik kerja abang singgah kejap rumah emak. Tentu mak ternanti-nanti mana menantu kesayangannya ". Gurau isteriku. Aku hanya tersenyum.

Ketika aku pulang dari bertugas malam, aku singgah di rumah ibu mertuaku. Pintu rumah masih ditutup. Selalunya kalau waktu begini ibu mertuaku sudah berada di luar di bawah pondok rehat seorang diri. Tentu ibu mertuaku masih belum sihat lagi. Aku menolak pintu dan bila aku jenguk kelihatan ibu mertuaku sedang tidur. Aku terdengar seperti seseorang sedang menggoreng di dapur. Aku masuk kedalam menuju dapur. Entah macam mana ibu mertuaku terjaga. Terus aku pergi kearah ibu mertuaku.
" Mak apa kabar ". Aku bertanya
" Mak letih. Tak lalu makan. Jalan pun tak bermaya ". Perlahan saja percakapan ibu mertuaku. Dari riak mukanya aku dapat merasakan ibu mertuaku masih belum sihat.
" Saya minta maaf sebab tak dapat ziarah emak di hospital ". Kataku kepada ibu mertua sambil mengurut tangannya. Datang adik iparku bila mendengar aku datang. Ibu mertuaku pula bangun dari katilnya terus berjalan dan duduk diatas kerusi bersebelahan dengan aku.

" Emak letih sangat. Nak jalan pun tak boleh. Ni tengah dok buat roti untuk emak. Alhamdulillah ni baru nampak emak boleh bangun dan berjalan ". Kata adik iparku. Aku terus mengurut tangan ibu mertuaku.
" Budiman nampak kurus ". Kata ibu mertuaku. Aku hanya tersenyum.
" Makan pun sikit saja mak. Sebab tu nampak kurus sikit. Rosnah masak sedap tapi bila saya nak makan dok teringatkan anak-anak makan apa. Ayah makan sedap tapi anak-anak entah makan ke tidak. Last sekali saya hanya makan sepinggan nasi saja. Bila sudah biasa macam ni tak boleh nak ubah lagi. Sedap ke atau tidak hanya sepinggan yang saya makan ". Aku berkata kepada ibu mertuaku. Nampak air mata jernih di kelopak ibu mertuaku.

" Zinnirah insyaallah bulan satu tahun depan dia akan kahwin mak. Dah confirm ". Aku berkata kepada ibu mertuaku.
" Kesian Aishah kan mak. Tak dapat merasai hari bahagia anak dia ". Kata-kataku membuatkan adik iparku menangis. Ibu mertua pula menyeka airmatanya.
" Tak sangkakan Aishah begitu cepat pergi. Kadang-kadang saya harap agar semua ni hanya mimpi belaka ". Entah kenapa aku meluahkan perasaanku. Selama ini aku hanya pendamkan perasaanku didalam hati saja. Aku tidak mahu membebani orang lain dengan masalah aku. Aku tewas juga akhirnya di depan ibu mertuaku. Aku menangis sambil bercerita.
" Sebab tu saya mahu agar jenazah Aishah di kebumikan di kariah saya. Mudah untuk saya ziarah kuburnya ". Aku menunjuk gambar kubur isteriku yang aku rakam selepas membersih. Esak tangis adik iparku semakin kuat.

" Tak apalah emak. Insyaallah nanti kami sekeluarga akan bertemu Aishah di akhirat. Di sana nanti tidak akan berpisah lagi ". Aku menyeka airmataku sambil bersalaman dengan ibu mertuaku sebelum pulang kerumah. Aku masih ingat ketika aku dan isteri mendengar kuliah dari Ust Abu Hassan Din Al Hafiz. Kata ust seorang isteri yang kematian suaminya dan kemudian bila dia berkahwin di akhirat kelak dia akan bersama suaminya yang terakhir. Bila pulang isteriku bertanya
" Abang nanti nak pilih siapa ". Soalan yang betul-betul menguji mindaku. Terdiam aku. Maksudnya yang aku faham ialah dia atau Aishah.
" Sudah tentu abang pilih kedua-duanya ". Senang jawapan aku.
" Kalau la di minta pilih hanya seorang sahaja. Macam mana ". Fuh ujian lagi.
" Abang tetap akan bermohon agar dapat memiliki Rosnah dan Aishah sebab kedua-dua isteri abang ni amat abang sayangi dan tak dapat berpisah ". Barulah tersenyum isteriku. Silap jawab maka naya aku.

Bila aku pulang kerumah isteriku sedia menanti. Terus aku cerita akan keadaan ibu mertuaku kepada isteriku. Menangis isteriku mendengar cerita.
" Mungkin emak rindu dekat abang sebab lama tak ziarah ". Aku membenarkan kata-kata isteriku.
" Lepas ni abang kerap-kerap la ziarah emak kalau ada masa terluang ". Pesan isteriku. Syukur isteriku tidak pernah mengongkong kehidupanku.

Tuesday, May 14, 2013

Mahu Makan Apa Pak

Aku dan isteri ke sebuah restoran. Aku kata kepadanya tak payah masak dan hari ini kita makan di luar. Selepas zohor kami keluar. Kami memesan nasi goreng paprik saja. Sambil menanti makanan sampai kami melayari internet. Kemana saja aku pergi pastinya ipad tak pernah aku lupa.
" Abang ni tak boleh pisah dengan internet ". Perli isteriku. Aku hanya tersengih sahaja. Sekejap saja nasi yang di pesan sampai bersama air sirap laici. Fuhh panas terik ni air sirap laici dulu yang kehabisan. terpaksa order lagi segelas.

Ketika enak menikmati makanan, masuk satu keluarga. Ceria sungguh mereka sambil bergelak ketawa. Mereka duduk bersebelahan dengan kami.
" Bapak mahu order makanan apa pak ". Tanya pelayan Indon
" Nasi apa yang ada di sini ". Tanya seorang lelaki
" Macam-macam ada pak. Nasi goreng ikan masin, Pattaya, kampung. Ini pak menunya ". Sambil menghulurkan buku menu. Lelaki itu terus melihat buku menu.
" Nasi goreng cina ada ". Tanya lelaki tersebut
" Itu ada pak. Bapak mahu nasi goreng cina ya ". Tanya kembali pelayan
" Iya. Saya nak nasi goreng cina tapi enggak mahu babbi ". Kata lelaki tersebut spontan. Terdengar ketawa perlahan dari kaum keluarganya.

" Kakak..buat nasi goreng cina satu Babbi enggak mahu ". Tempik pelayan tersebut kepada tukang masak. Apalagi customer lain yang mendengar ketawa. Aku dan isteri turut tertawa. lucu juga. Mana mungkin restoran islam menjual babi.
" Hoi. Hang ingat ada jual babi di sini ka ". Tempik pula tukang masak kepada pelayan tadi.
" Bapak...sebetulnya memang enggak ada jual babbi di sini ". Tertawa lelaki tadi mendengar kata-kata pelayan indon.
" Laa...saya bergurau saja tadi. Yang awak bagitau kenapa ". Kata lelaki tersebut.
" Lorr..saya ingat bapa betul betul enggak mahu babbi. Waduh nanti saya pasti di marahin tauke. Wadduh pak. Gimana ni ". Kata pelayan indon. Mungkin dia baru bekerja di restoran ini. Orang Pulau Pinang guraunya agak kasar dan keras sedikit. Jadi antonasinya perlu di fahami terlebih dahulu. Susah jugak kan.

Aku masih ingat ketika keluar makan bersama rakan-rakan. Datang pelayan wanita bertanya hendak minum apa. Selamba saja aku minta air ais panas.
" Air ais panas satu ". Kata pelayan tersebut kepada tukang bancuh air. Pening kepala tukang buat air lalu bertanya sekali apa itu air ais panas. Aku tertawa dan akhirnya aku order air nescafe ais sahaja.Akhirnya baru pelayan tersebut perasan.
" La saya pun tak perasan air ais panas. hang ni buat leceh la ". Kata pelayan tersebut sambil tertawa dan berlalu pergi ke arah tukang bancuh air.

Minat Baru

Isteriku bersungut jemu bila berada di rumah semenjak dia rehat dari perniagaan roti canainya sementara menanti tapak berniaga yang baru. Katanya dia hendak belajar membuat kuih. Aku terus mencari resepi di internet. Akhirnya aku bertemu dengan satu web site perkongsian resepi. Bukan main seronok isteriku bila melihat bermacam-macam jenis kuih.


Ini adalah Kuih lapis roti gardenia. Percubaannya yang pertama. Alhamdulillah sedap juga rasanya. Di agihkan kepada adik beradik serta jiran yangb dekat. Masing-masing berkata memang sedap. Aku beri markah sebanyak 90%.


Ini pula Kek lapis cheese kukus. Percubaan yang kedua. Juga berjaya dan sedap. Walaupun aku tidak begitu menggemari kek tapi bila di beri rasa memang sedap juga la. Aku beri padanya sebanyak 80%. Kira orait la.


Ini pula agar-agar lapis buih. Kali ketiga mencuba. Tak menjadi dan tidak berapa sedap. Terasa buih saja. Mungkin resepinya tak berapa kena lagi. Aku bagi markah 40%.


Percubaannya yang kekempat pula ialah kek lapis tembikai. Sebelum ini kami ke kedai kek untuk mencari kek untuk buat hantaran anak saudaranya bertunang. Kata isteriku kek yang dipaparkan tidak elok. last sekali dia membuat keputusan buat kek hantaran sendiri. Aku beri markah 80% sebab masih boleh di perbaiki lagi. Kalau pembaca nak mencuba boleh layari link ini.

Monday, May 13, 2013

Baru Dapat Merasa

Alhamdulillah. Setelah beberapa hari mengidam laksa akhirnya hari ini barulah isteriku berkesempatan membuatnya. 2 mangkuk penuh aku makan. harap-harap kaki aku tidak sakit. Kebetulan pula kakak kepada isteriku datang maka rezeki mereka juga dapat merasa laksa yang mereka juga menyukainya


Kisah Nasi Goreng

Isteriku meminta keizinan untuk berpuasa sunat. Di samping membayar hutang, pahala sunat pun di perolehi. " Nah tak payahlah masak nasi dekat abang. Abang beli di kedai. Time Nah nak buka nanti abang beli nasi goreng ". Tersenyum isteriku bila aku berkata demikian. Aku tahu nasi goreng ikan masin adalah kesukaannya manakala aku lebih suka dengan nasi goreng paprik. Waktu tengahari aku hanya makan sengkuang calit sahaja. memangdangkan kuah rojak masih ada lagi didalam peti sejuk maka itu merupakan makanan tengahariku. Jus buah tembikai tetap di hatiku.


Jam 6 petang aku keluar untuk mencari nasi goreng. aku bawa bersama kamera kesayanganku. semasa menunggu nasi siap boleh la aku ambil gambar pemandangan dari atas bukit yang terletak di belakang rumah ibuku.
" Bang...nasi goreng ikan masin 1 dan nasi goreng paprik 1. kejap saya ambil ". Aku berkata kepada penjual. Aku terus ke bukit dan waktu petang memang banyak binatang serta burung berkeliaran. seronok sungguh aku mengambil gambar. Terkejut aku bila melihat jam sudsah pukul 7 petang. bergegas aku pulang kerumah. Tercengang isteriku melihat aku tercegat di depan pintu.
" Mana nasi goreng bang ". Kata isteriku
" Ya Allah...Abang boleh lupa. Lepas order abang terus naik bukit ambil gambar ". Geleng kepala isteriku.

Terus aku ke kedai nasi goreng yang di pesan tadi
" Bang nasi goreng dah siap ? ". Aku bertanya.
" Saya ingat abang tak nak ambil jadi saya beri pada yang lain dulu. Tak apa saya buat lain ". Jam di tangan sudah pukul 7.20 petang. Nasib baik cepat juga nasi goreng siap. Bergegas aku pulang dan bila sampai di muka pintu azan maghrib berkumandang. Isteriku tersenyum sambil membaca doa berbuka manakala aku tersandar di kusyen kepenatan.
" Terima kasih bang kerana susah payah beli nasi untuk Nah. Semoga Allah berkati abang ". Sumbing saja senyumku tapi doa itulah yang membuat aku merasa amat lega.

Begitulah yang kerap berlaku padaku. Kata isteriku bila aku fokus kepada benda yang lain maka benda asal akan terlupa. Begitu juga bila dia berbual dengan aku. Aku mengangguk kepala manakala ingatan aku melayang kepada benda lain.
" Abang ni dok ingat apa. Terangguk-angguk kepala. Nah tanya pun tak perasan ". Cepat-cepat aku bertanya soalannya kembali. Nasib baik dia bukan dari jenis yang kuat merajuk. kalau merajuk susah nanti aku nak pujuk. Ya tak pembaca semua.

Sunday, May 12, 2013

Tak Pernah ku Lupa

Cadangnya sebelum aku ke pasar aku nak beriadah di Taman Metropolitan. Taman aku serta isteriku kerap beriadah pada waktu pagi. Aku terus menaiki motosikal. Entah semasa dalam perjalanan aku teringat akan pusara isteriku yang penuh di tumbuhi rumput. Aku hanya ziarah dan berdoa jadi aku tidak sempat untuk membersihkannya. Hari ini aku off duty jadi inilah masanya aku bersihkan pusara isteriku.


Jam di tangan masih pukul 7.30 pagi. Cuaca begitu tenang sekali. Aku memasuki perkuburan lalu mencari cangkul yang di simpan oleh penggali kubur. Terus aku memulakan tugasku. Peluh membuatkan bajuku basah. Sudah lama tidak mengcangkul. Bila peluh sudah keluar maka terasa begitu semangat untuk aku membersihkan kubur isteriku.


Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga aku membersihkan kubur isteriku. Aku sedekah Al Fatihah buatnya. Terasa hati begitu tenang bila melihat kubur isteriku bersih. Selesai berdoa aku melangkah keluar meninggalkan perkuburan menuju ke pasar. Insyaallah aku akan datang lagi bila masa terluang.

Saturday, May 11, 2013

Mana Ikannya

" Abang teringin nak makan laksa. Lama tak makan ". Aku bersuara kepada isteriku.
" Abang beli ikan hari Sabtu. Nanti malam lepas pulang dari pasar malam Nah akan rebus. Nah buat hari Ahad " . Balas isteriku. Pagi ini aku ke pasar mencari ikan dan bahan-bahan untuk laksa. Banyak ikan sardin hari ini tapi kecil- kecil saja. Akhirnya aku beli yang besar sedikit dengan harga RM5 sekilo. Aku ke tempat sayur pula lalu mengeluarkan kertas. Itulah caranya aku membeli. Kalau tak tulis aku akan terlupa bahan apa yang hendak ku beli.
" Ros tak mai ka ". Tanya kakak yang menjual sayur bila melihat aku membuka kertas.
" Dia dok masak nasi tomato. Malam ni berniaga pasar malam. Bagi daun cenohom RM2 dan timun 3 biji ". Senang macam ini. Tak payah fikir.
" Baguih juga encik mau tulis atas kertas. Suami saya malu nak tulis. Katanya nanti orang tertawa ". Kata wanita sebelah aku. Aku tersenyum
" Saya ni kalau tak tulis alamat lupa la apa yang nak beli. Apa yang nak di malukan ". Kataku kepada wanita tersebut. Wanita yang lain hanya tersenyum melihat aku membelek kertas sebelum membeli barangan sayur. Selesai membeli Aku membawa pulang dan berikan kepada isteriku.



" Abang letak dulu. Nanti bila selesai masak nasi tomato Nah akan pesiang ikan ". Kata isteriku. Kesian juga aku bila memikirkan dia masak untuk berniaga pasar malam kemudian nak menyiang ikan pula.
" Tak apalah. Biar abang pesiang ikan tu ". Tersenyum isteriku. Aku tahu dia begitu mengharapkan aku membantunya.
" Terima kasih kalau abang sudi nak menolong Nah ". Kata isteriku tersenyum. Aku pun mulalah menyiang ikan. Seekor demi seekor aku pesiang. Datang isteriku...
" Bang mana ikan yang abang pesiang ". Kata isteriku bila melihat tiada ikan didalam sangki.
" Ya Allah Nah. Ikan abang masuk dalam plastik sampah ". Tertawa isteriku bila melihat ikan yang aku pesiang aku letak dalam plastik sampah manakala insang dan perut ikan aku letak dalam plastik elok.

Isteriku mengambil kembali ikan yang di buang dalam plastik sampah.
" Orang jantan buat kerja macam tu la ". Gurau aku
" Bukan sengaja pun ". Kata isteriku. Mungkin nak menenangkan aku. Akhrnya selesai juga aku menyiang ikan. Alhamdulillah.

Tuesday, May 07, 2013

Kisah Buah Macang

Aku ke kedai buah dengan tujuan mencari buah tembikai. Banyak juga buah pagi ini. Aku ntertarik bila melihat selonggok buah berwarna hijau. besar-besar pula tu. Terus aku ambil sebiji.
" Ini macang globe ". Kataku kepada rakanku yang merupakan tuan punya kedai.
" Betoi Man. Baru sampai. Ambil la. Aku bagi hang sebiji RM1". Katanya dan lantas aku mengambil sebanyak 2 biji. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya nama macang globe. Masa remaja dulu kami bayangkan yang globe iaitu bumi yang bulat. Aku membelek buah macang lalu aku teringat akan kisahnya semasa aku berada di alam remaja. Kisah kehidupan di kampong.


Ayah rakanku mempunyai dusun buah-buahan yang terletak di atas bukit. Aku sering di ajaknya ke bukit pada musim buah. Berpeluh juga naik bukit. Yang seronoknya di atas bukit terdapat anak sungai walaupun airnya perlahan tapi sungguh menyegarkan. Kalau nak mandi airnya perlu di tahan terlebih dahulu di dalam baldi. Kadang-kadang aku minta emak bungkuskan nasi didalam daun pisang. Bila berada di atas bukit nasi yang hanya berlauk ikan masin cukup menyelerakan. Pagi tu kami berdua ke dusun kawanku. Musim buah katakan. Bila tiba saja sudah terbau wangi buah durian. Sambil membawa guni kami sempat memerhati pokok macang. Banyak juga buah kali ini. Sebab itu harga buah macang menurun akibat terlalu banyak.

Rakanku berkata yang buah macang kadang-kadsang dibiarkan saja. Nak jual orang tak nak ambil. Nak makan dah tak larat.
" Hang nak bawa balik ambil la.  ". Pelawa rakanku. Aku sudah terbayang muka-muka yang hendak aku berikan buah macang. Bersebelahan dusun kawanku terdapat dusun seorang pakcik yang di panggil dengan nama Pak Cin ( Bukan nama sebenar ).Buah macangnya amat berlainan dari pokok yang lain. Buah macangnya amat besar.
" Man..ni buah macang globe ". Kata rakanku. Banyak buah bertaburan di bawah pokok macang tersebut.
" Jom kita ambik ". Kataku kepada rakanku. Memang geram melihat buah yang begitu besar.
" Jangan buat pasal. Nanti kena kacau susah kita ". Kata rakanku. Itulah yang kami dengar dari mulut ke mulut tentang dusun kepunyaan Pak Cin yang berpenunggu. Siapa pun tak berani mengambil apa saja dari kebun tersebut. Kalau ambil siap akan di sergah olehnya. Kata penduduk kampong itu ialah hantu raya. Ia di guna untuk menjadi sebagai penjaga harta menurut kata mereka.

" Jom kita balik. Nanti petang kita mai pula. Petang buah elok-elok yang akan jatuh ". Kata rakanku. Kami menuruni bukit dengan basikal. Laju sungguh sewaktu menuruni bukit yang mempunyai jalan tar. 
" Nanti kalau kita jumpa Pak Cin kita berhenti sat. Aku nak minta izinnya nak ambil buah macang ". Aku berkata kepada rakanku. Terdiam dia. Ketika kami sampai di halaman rumah PakCin tidak kelihatan kelibatnya. Kecewa sungguh aku. Mudah-mudahan petang nanti dapat berjumpa dengannya.


Selepas solat asar kami sekali lagi mengayuh basikal menuju kaki bukit. Ketika melalui rumah Pak Cin kelihatan dia sedang membersih halaman. Begitu perlahan dia mengcangkul rumput. Memang kemas dan bersih halaman rumahnya.
" Assalamualaikum Pak Cin ". Aku memberi salam
" Waalaikum salam. Hah Man, Li...Hangpa nak pergi mana ". Tanya Pak Cin.
" Nak ke bukit ". Kata rakanku. terangguk-angguk kepala Pak Cin
" Pak Cin. Saya nak minta izin nak ambil buah macang globe sikit ". Kataku kepada Pak Cin.
" Ambil la Man. Buah nak jual pun tak laku ". Betapa gembiranya hatiku bila mendapat kebenaran Pak Cin. Beg plastik memang aku telah sediakan. Kalau tak dapat macang globe macang biasa pun jadilah. Sambal macang memang kesukaanku. Kadang-kadang dengan sambal macang yang emak buat sudah cukup bagiku makan dengan nasi kosong saja. Berselera. Aku masih ingat akan kata-kata emak kepada kakak serta adikku.
" Tengok Budiman. Dia makan tak cerewet. Senang bela. Esok bini dia mesti suka ". Bangganya aku bila emak puji. Kakak serta adik-adik menarik bibir yang masam tanda tidak bersetuju. 

Bila aku berkahwin di pesannya pula kepada menantunya.
" Abang hang ni bab makan dia tak cerewet. Sedap ke. Tak sedap ke. Dia makan. Jarang dia komplen kata tak sedap ". Isteriku Siti Aishah hanya tersenyum waktu itu. Setelah beberapa lama kami berkahwin tahulah juga isteriku yang aku memang tidak cerewet. kalau sedap makanku bertambah. Kalau kurang cukuplah dengan sepinggan nasi.
" Bertuahnya Siti dapat abang. Makan tak cerewet ". Puji isteriku. bangganya aku ketika itu. 

Kami menaiki bukit yang agak tinggi juga. Bila berada di puncak kami dapat melihat pekan dan perkampungan kami. Amat indah pemandangan dari atas bukit. Kami mmemungut buah durian terlebih dahulu. Sempat aku mengerling pokok macang globe bersebelahan dusun rakanku.
" Li buah macang globe banyak. Cantik la. Aku boleh bawa balik ". Aku berkata kepada rakanku. Kami meletakkan buah durian di atas pondok. Buahnya akan di bawa turun oleh ayah rakanku. kami berdua terus ke dusun Pak Cin. betapa seronoknya kami memasukkan buah macang globe kedalam plastik.
" Li...Buat sambal macang ni sedap ". Aku berkata kepada rakanku. Bila telah mendapat greenlight kami menjadi begitu rakus pula. Tiba-tiba kami terkejut bila mendengar satu suara...

" Hoi...Hangpa ambil apa. letak balik ". Terkejut kami bila melihat Pak Cin menempik sambil mencekak pinggangnya. Suaranya begitu dalam.
" Saya dah minta izin Pak Cin tadi. Pak Cin pun telah izinkan ". Tergagap-gagap aku bersuara.
" Aku kata letak. Hangpa p balik ". Kata Pak Cin. Kami pula hanya terpaku. Terkejut dan tidak percaya.
" Aku kata balik...hangpa balik ". Kali ini dia memegang kayu besar. Lagi terkejut kami. Kuatnya Pak Cin sehingga kayu besar pun dia angkat bersahaja saja. Apalagi kami terus meninggalkan buah dan berlari turun ke bawah.

Kami mengambil basikal dan terus meluncur laju menuruni bukit. Kami tiba di halaman rumah Pak Cin. terkejut kami bila melihat Pak Cin sedang menyapu sampah.
" Awat hangpa kelam kabut sangat. mana buah macang ". Kata Pak Cin. terdiam kami berdua.
" Masa kami ambil buah macang tadi Pak Cin tempik kami suruh letak buah dan balik. Pak Cin pegang kayu besar pula tu ". Aku berkata kepada Pak Cin
" Haish...kan aku dok sapu sampah. Macam mana hangpa kata aku yang tempik. Lagi pun aku yang bagi hangpa ambil ". Pak Cin berkata sambil tersengih. Pening kepala memikirkan bagaimana Pak Cin begitu cepat menuruni bukit.

Kami pulang dan terus cerita kepada ayah rakanku yang sedang bersiap nak ke bukit untuk mengambil durian. Tersenyum ayah rakanku.
" Ha..yang tu la hantu raya. Dia di bela untuk menjaga harta tuannya ". Kata ayah rakanku. Tak kan Pak Cin bela hantu raya. Bisik hati kecilku. Yang aku tahu rumah Pak Cin begitu kemas dan tidak ada yang berani mencuri barang dari rumahnya. Walaupun ada yang berkata betul Pak Cin yang membela tapi ayahku amat marah kalau kita menuduh takpa bukti.
" Yang ayah tau PakCin ni orang yg kuat agamanya. Setiap waktu ada di masjid. Sudah. Jangan nak menuduh. Nanti kita pula yang berdosa. Siap ikut ayah ke masjid ". Teguran ayah membuatkan aku terus terdiam. Aku masih lagi terbayang wajah bengis Pak Cin sambil mencekak pinnggang. Jadi itulah hantu raya yang boleh menyerupai orang lain.....Semoga ruh PakCin di tempatkan bersama para solihin. Amin.

Friday, May 03, 2013

Ini Kali Lah

Rata- rata sekarang semua orang berada di dalam mood pilihanraya. Dalam FB bermacam- macam pos tentang parti masing- masing. Kalau bahan yang kita pos mengenai pilihanraya maka banyaklah komen tentangnya. Kalau bahan yang di pos hanya gambar dan cerita biasa maka ia hanya menjadi tatapan sahaja. Dalam FB aku bersikap tidak terlalu fokus kepada kepartian walaupun kadang- kala ada di kalangan friend aku yang tulisannya membuatkan aku terasa ingin menjawab kembali. Akhirnya aku biarkan saja tanpa menjawab apa- apa sebab ia hanya akan membuahkan pertengkaran sesama kawan dek sebab berlainan fikrah. Aku sekadar LIKE saja berita yang bagiku memang menarik. Ada juga di kalangan friend aku yang sudah Unfriend dan Block aku di fb mereka. Aku tak marah dan itu hak mereka. Aku tak pernah bertindak demikian walaupun ada tulisan mereka yang tidak sama dengan naluriku. Kita harus menjadi orang yang bijak dan dapat mengawal perasaan kita.

Baru- baru ni aku Off duty. Isteriku sudah bertanya apa program aku bila off.
" Nah tanya abang nak buat apa off ni kenapa. Nah ada program lain ke ". Aku bersuara kepada isteri.
" Nah boring duduk di rumah. Ingat nak keluar jalan-jalan ". Kata isteriku dan aku faham sangat bila dia bersuara demikian.
" Apa kata kita pergi ke Lorong Kulit. Abang teringin nak makan pulut durian ". Kataku
" La....sama la kita bang. Baru- bari Nah tengok Master Chef. Depa tunjuk durian king. Rasa teringin pula ketika tu ". Kata isteriku tersenyum.
" Elok la jom kita kesana..". Aku berkata dengan nada bergurau.

Selalunya kalau nak kesana aku lebih suka menggunakan motosikal sebab parkirnya senang didapati. Kalau berkereta jenuh berapa kali tawaf belum tentu lagi dapat tempatnya. Isteriku pula lebih suka pergi dengan kereta. Katanya sakit pinggang bila naik motosikal.
" Ala orang kaya mana mau naik motor ". Gurauku. Isteriku hanya tersenyum dengan gurauanku.
Akhirnya dia mengalah juga untuk pergi dengan motosikal. Aku mengambil kunci kereta dan
membuka pintu rumahku.

" Nah...langit nampak gelap. Nak hujan ni. Kita pergi dengan kereta lah ". Isteriku tersenyum bila mendengar sarananku. Jam sudah pukul 10.30 pagi. Waktu begini sudah pasti kenderaan sudah banyak. Kami bertawakkal saja. Semoga kami mudah mendapat tempat parkirnya.

Sepanjang perjalanan hujan sudah mulai turun. Nasib baik juga pergi dengan kereta.
" Nasib la kita naik kereta. Kalau tidak habis baju basah ". Kataku kepada isteri sambil menjeling kearahnya menanti respon.
" Sebab tu la Nah ajak naik kereta. Pasti akan hujan ". Cehwah....Dengan senyuman dan kerlingan yang penuh makna. Perli lah tu. Aku mengambil keputusan parkir keretaku di dalam perkampungan yang bersebelahan dengan tempat tersebut. Alhamdulillah ada tempat kosong.

Ketika kami sedang berjalan, tiba-tiba terdengar panggilan dari arah belakang
" Abang..abang....". Seorang lelaki cina bermotosikal menuju ke arah kami. Aku silap parkir kereta kah atau aku telah meletakkan keretaku di kawasan rumahnya kah. Tapi ini perkampungan orang melayu. Aku dan isteri terus berjalan dan lelaki cina menuju kearah kami. Bermacam- macam andaian dalam kepala otak aku dan aku juga bersedia menanti apa saja. Aku suruh isteriku berjalan sebelah kiriku sebab lelaki cina berada disebelah kananku. Kalau apa-apa berlaku tidaklah terus menuju ke isteriku. Kami terus berjalan
" Abang agak ini kali lah mana akan naik. Merah ka biru ". Kata lelaki cina dan aku faham apa yang di maksudkan olehnya.
" Saya rasa merah juga. Biru susah mau makan ". Kataku selamba
" Ohh...bukan itu biru ka ". Lelaki cina menunjuk bendera 1 Malaysia
" Bukan...bukan. Kalau biru itu warna biru muda punya ". Maksud aku biru muda itu Keadilan la.

" Tauke ini kali lah ". Kataku selamba. Isteriku hanya diam.
" Ini kali ka. Itu biru punya warna memang ada yang jahat tapi bukan semua jahat ". Fahamlah aku yang lelaki cina ini penyokong BN.
" Tauke kita mau undi kita kena pilih orang yang baik dan bukan orang jahat. Betul tak ". Kataku
" Butoi butoi. Wa punya tempat itu biru manyak baik. Dia tolong sama olang talak minta duit punya ". Kata lelaki cina.
" Kalau lu rasa dia sudah baik you ada hak mau undi sama dia. Tempat saya itu biru muda manyak baik. Saya mesti support sama dia. Ini kali lah tauke ". Isteriku mencuitku tanda warning agar berhati-hati.

lelaki cina tersebut terus berlalu pergi sambil merungut kepadaku
" Itu biru bukan semua jahat ". Aku nak jawab kembali isteriku sudah menahan.
" Sudah la bang. Nanti jadi lain pula ". Aku akur dengan isteriku. Tiba-tiba lelaki cina berhenti menanti kami. Isteriku terkejut sambil memegang tanganku. Dalam hati aku dah bersuara. Ini mesti gaduh kerana parti
" Abang...Semoga parti kita berjaya ". Sambil shake hand dengan aku. Aku senyum kembali dan berkata.
" Ya ya....ini kali lah tauke ". Kataku kepada lelaki cina.
" Lain kali lah ". Kata lelaki cina terus pergi. Isteriku tertawa gelihati peristiwa yang menimpa kami. Kami berjalan terus memasuki Lorong Kulit dan alhamdulillah buah durian ada dijual. Kami membeli sebanyak 3 biji. Hujan sudah mulai turun dan kami berlari kembali ke kereta. Tak sempat ronda-ronda. Kami singgah beli pulut dan santan. Sudah terbayang pulut durian yang sudah lama tidak di jamah. Alhamdulillah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...