Teman-teman

Tuesday, May 07, 2013

Kisah Buah Macang

Aku ke kedai buah dengan tujuan mencari buah tembikai. Banyak juga buah pagi ini. Aku ntertarik bila melihat selonggok buah berwarna hijau. besar-besar pula tu. Terus aku ambil sebiji.
" Ini macang globe ". Kataku kepada rakanku yang merupakan tuan punya kedai.
" Betoi Man. Baru sampai. Ambil la. Aku bagi hang sebiji RM1". Katanya dan lantas aku mengambil sebanyak 2 biji. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya nama macang globe. Masa remaja dulu kami bayangkan yang globe iaitu bumi yang bulat. Aku membelek buah macang lalu aku teringat akan kisahnya semasa aku berada di alam remaja. Kisah kehidupan di kampong.


Ayah rakanku mempunyai dusun buah-buahan yang terletak di atas bukit. Aku sering di ajaknya ke bukit pada musim buah. Berpeluh juga naik bukit. Yang seronoknya di atas bukit terdapat anak sungai walaupun airnya perlahan tapi sungguh menyegarkan. Kalau nak mandi airnya perlu di tahan terlebih dahulu di dalam baldi. Kadang-kadang aku minta emak bungkuskan nasi didalam daun pisang. Bila berada di atas bukit nasi yang hanya berlauk ikan masin cukup menyelerakan. Pagi tu kami berdua ke dusun kawanku. Musim buah katakan. Bila tiba saja sudah terbau wangi buah durian. Sambil membawa guni kami sempat memerhati pokok macang. Banyak juga buah kali ini. Sebab itu harga buah macang menurun akibat terlalu banyak.

Rakanku berkata yang buah macang kadang-kadsang dibiarkan saja. Nak jual orang tak nak ambil. Nak makan dah tak larat.
" Hang nak bawa balik ambil la.  ". Pelawa rakanku. Aku sudah terbayang muka-muka yang hendak aku berikan buah macang. Bersebelahan dusun kawanku terdapat dusun seorang pakcik yang di panggil dengan nama Pak Cin ( Bukan nama sebenar ).Buah macangnya amat berlainan dari pokok yang lain. Buah macangnya amat besar.
" Man..ni buah macang globe ". Kata rakanku. Banyak buah bertaburan di bawah pokok macang tersebut.
" Jom kita ambik ". Kataku kepada rakanku. Memang geram melihat buah yang begitu besar.
" Jangan buat pasal. Nanti kena kacau susah kita ". Kata rakanku. Itulah yang kami dengar dari mulut ke mulut tentang dusun kepunyaan Pak Cin yang berpenunggu. Siapa pun tak berani mengambil apa saja dari kebun tersebut. Kalau ambil siap akan di sergah olehnya. Kata penduduk kampong itu ialah hantu raya. Ia di guna untuk menjadi sebagai penjaga harta menurut kata mereka.

" Jom kita balik. Nanti petang kita mai pula. Petang buah elok-elok yang akan jatuh ". Kata rakanku. Kami menuruni bukit dengan basikal. Laju sungguh sewaktu menuruni bukit yang mempunyai jalan tar. 
" Nanti kalau kita jumpa Pak Cin kita berhenti sat. Aku nak minta izinnya nak ambil buah macang ". Aku berkata kepada rakanku. Terdiam dia. Ketika kami sampai di halaman rumah PakCin tidak kelihatan kelibatnya. Kecewa sungguh aku. Mudah-mudahan petang nanti dapat berjumpa dengannya.


Selepas solat asar kami sekali lagi mengayuh basikal menuju kaki bukit. Ketika melalui rumah Pak Cin kelihatan dia sedang membersih halaman. Begitu perlahan dia mengcangkul rumput. Memang kemas dan bersih halaman rumahnya.
" Assalamualaikum Pak Cin ". Aku memberi salam
" Waalaikum salam. Hah Man, Li...Hangpa nak pergi mana ". Tanya Pak Cin.
" Nak ke bukit ". Kata rakanku. terangguk-angguk kepala Pak Cin
" Pak Cin. Saya nak minta izin nak ambil buah macang globe sikit ". Kataku kepada Pak Cin.
" Ambil la Man. Buah nak jual pun tak laku ". Betapa gembiranya hatiku bila mendapat kebenaran Pak Cin. Beg plastik memang aku telah sediakan. Kalau tak dapat macang globe macang biasa pun jadilah. Sambal macang memang kesukaanku. Kadang-kadang dengan sambal macang yang emak buat sudah cukup bagiku makan dengan nasi kosong saja. Berselera. Aku masih ingat akan kata-kata emak kepada kakak serta adikku.
" Tengok Budiman. Dia makan tak cerewet. Senang bela. Esok bini dia mesti suka ". Bangganya aku bila emak puji. Kakak serta adik-adik menarik bibir yang masam tanda tidak bersetuju. 

Bila aku berkahwin di pesannya pula kepada menantunya.
" Abang hang ni bab makan dia tak cerewet. Sedap ke. Tak sedap ke. Dia makan. Jarang dia komplen kata tak sedap ". Isteriku Siti Aishah hanya tersenyum waktu itu. Setelah beberapa lama kami berkahwin tahulah juga isteriku yang aku memang tidak cerewet. kalau sedap makanku bertambah. Kalau kurang cukuplah dengan sepinggan nasi.
" Bertuahnya Siti dapat abang. Makan tak cerewet ". Puji isteriku. bangganya aku ketika itu. 

Kami menaiki bukit yang agak tinggi juga. Bila berada di puncak kami dapat melihat pekan dan perkampungan kami. Amat indah pemandangan dari atas bukit. Kami mmemungut buah durian terlebih dahulu. Sempat aku mengerling pokok macang globe bersebelahan dusun rakanku.
" Li buah macang globe banyak. Cantik la. Aku boleh bawa balik ". Aku berkata kepada rakanku. Kami meletakkan buah durian di atas pondok. Buahnya akan di bawa turun oleh ayah rakanku. kami berdua terus ke dusun Pak Cin. betapa seronoknya kami memasukkan buah macang globe kedalam plastik.
" Li...Buat sambal macang ni sedap ". Aku berkata kepada rakanku. Bila telah mendapat greenlight kami menjadi begitu rakus pula. Tiba-tiba kami terkejut bila mendengar satu suara...

" Hoi...Hangpa ambil apa. letak balik ". Terkejut kami bila melihat Pak Cin menempik sambil mencekak pinggangnya. Suaranya begitu dalam.
" Saya dah minta izin Pak Cin tadi. Pak Cin pun telah izinkan ". Tergagap-gagap aku bersuara.
" Aku kata letak. Hangpa p balik ". Kata Pak Cin. Kami pula hanya terpaku. Terkejut dan tidak percaya.
" Aku kata balik...hangpa balik ". Kali ini dia memegang kayu besar. Lagi terkejut kami. Kuatnya Pak Cin sehingga kayu besar pun dia angkat bersahaja saja. Apalagi kami terus meninggalkan buah dan berlari turun ke bawah.

Kami mengambil basikal dan terus meluncur laju menuruni bukit. Kami tiba di halaman rumah Pak Cin. terkejut kami bila melihat Pak Cin sedang menyapu sampah.
" Awat hangpa kelam kabut sangat. mana buah macang ". Kata Pak Cin. terdiam kami berdua.
" Masa kami ambil buah macang tadi Pak Cin tempik kami suruh letak buah dan balik. Pak Cin pegang kayu besar pula tu ". Aku berkata kepada Pak Cin
" Haish...kan aku dok sapu sampah. Macam mana hangpa kata aku yang tempik. Lagi pun aku yang bagi hangpa ambil ". Pak Cin berkata sambil tersengih. Pening kepala memikirkan bagaimana Pak Cin begitu cepat menuruni bukit.

Kami pulang dan terus cerita kepada ayah rakanku yang sedang bersiap nak ke bukit untuk mengambil durian. Tersenyum ayah rakanku.
" Ha..yang tu la hantu raya. Dia di bela untuk menjaga harta tuannya ". Kata ayah rakanku. Tak kan Pak Cin bela hantu raya. Bisik hati kecilku. Yang aku tahu rumah Pak Cin begitu kemas dan tidak ada yang berani mencuri barang dari rumahnya. Walaupun ada yang berkata betul Pak Cin yang membela tapi ayahku amat marah kalau kita menuduh takpa bukti.
" Yang ayah tau PakCin ni orang yg kuat agamanya. Setiap waktu ada di masjid. Sudah. Jangan nak menuduh. Nanti kita pula yang berdosa. Siap ikut ayah ke masjid ". Teguran ayah membuatkan aku terus terdiam. Aku masih lagi terbayang wajah bengis Pak Cin sambil mencekak pinnggang. Jadi itulah hantu raya yang boleh menyerupai orang lain.....Semoga ruh PakCin di tempatkan bersama para solihin. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

Menarik cerita ni, sesuai utk blog djkc

abuzorief said...

Bukan macang globe... Tapi macang gelok, mcg ni species besar...

Ariff Budiman said...

Anonymous...DJKC. Teruskan dan terima kasih.

Ariff Budiman said...

abuzorief....Ya ka. Terima kasih kerana membetulkan sebutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...