CERITA 1
Aku bersama isteri ke Giant untuk membeli barangan perniagaannya. Ketika sibuk memilih barang terlihat sebuah keluarga. Si anak begitu petah bercakap. Comel sungguh si anak dengan bertudung walaupun diusia kecil lagi. Si ayah pula kelihatan begitu mesra melayani anaknya bercakap
" Ayah...kakak sudah pandai mengeja ". Kata si anak kepada ayahnya
" Ya ka kakak pandai mengeja. Ok sekarang ayah nak dengar kakak mengeja ".Kata si ayah
" Ayah nak kakak eja apa ". Tanya si anak. Si ayah terus mencari dan akhirnya
". Ok ayah nak kakak eja yang itu ". Kata si ayah sambil menunjuk kearah satu ayat. Aku dan isteri melihat ayat tersebut yang tertulis Ayam. Tak sabar nak dengar ejaan anak tersebut
" Ooo yang itu ka.. Ma ya....MAYA ". Si anak eja dan terus menyebut. Aku dan isteri tertawa dengan gelagat si anak. Si ibu dan ayah hanya tersenyum.
" Pandai kakak ". Puji si ayah
" Ok lagi satu. Kakak eja yang itu pula ". Tunjuk si ayah kepada anaknya. AWAS
" Oooo. SA WA....SAWA ". Eja sianak. Nampak gembira sungguh si anak kerana dapat mengeja. Aku dan isteri menanti akan reaksi si ayah.
" Masyaallah kakak pandai mengeja. Cuma satu saja. Kakak eja guna bahasa jawi yang bermula dari sebelah kanan. Kalau bahasa rumi atau bahasa Malaysia kita kena eja dari kiri. Cuba kakak eja dari kanan pula ". Kata si ayah
" Ooo. Ayam....AYAM. A was...AWAS ". Eja si anak
" Alhamdulillah. Pandai anak ayah mengeja jawi dan rumi ". Puji si ayah. Si ibu tersenyum bila melihat kami sedang memerhatikan mereka. Aku membuat thumbs up kepada anak kecil bila dia melihat kami. Aku puji sikap si ayah. Tidak terus menyalah anaknya dan tidak terus membetulkan kesilapan anaknya.
CERITA 2
Aku dan isteri ke Tesco pula. Masih mencari barangan yang tidak terdapat di Giant. Alhamdulillah. Barangan yang di cari ada disitu. Ketika keluar kami berjalan bersebelahan seorang wanita. Penuh barang yang di beli didalam troli. Sebentar kemudian datang sebuah kereta. Suaminya membuka bonet kereta dan terus si isteri memasukkan barang ke dalam kereta. Si suami begitu leka mendengar lagu sambil mengetuk stering.
" Bang...Kesian dekat isteri dia masukkan barang dalam kereta sendiri. Suaminya tak tolong langsung ". Aku faham maksud isteriku. Aku sendiri melihat si isteri mengangkat beras dan memasukkan kedalam bonet. Haruskah aku bersangka baik dengan si suami. Tidak bolehkah dia keluar mengambil barang yang ringan jikalau dia tidak sihat. Itu sebagai tanda prihatin terhadap isteri yang terpaksa mengangkat beberapa kampit beras. Ini tidak. Mendengar lagu dengan kuat sambil mengetuk stering akan membuat orang lain yang melihat akan bersangka buruk.
CERITA 3
Aku berada didapur menolong isteriku mengupas kulit udang. Sebanyak 2 kilo udang aku beli. Niat di hati untuk membuat mee goreng bagi menjamu kaum keluarga yang datang bermesyuarat. Itulah kami andaikata ada kaum keluarga yang akan melangsungkan perkahwinan. Kami akan mengadakan mesyuarat untuk memudahkan perjalanan majlis. Ketika asyik mengupas kulit udang kami dikejutkan dengan suara jiran sebelah. Dia bergaduh dengan siapa.
" Hang naik kut mana. Cepat bagi tau. Amboi pandai no dok merayap naik. Cepat bagitau. Hang naik kut mana. Melampau. Pandai dok merayap ". Aku dan isteri tertawa. Kalaulah kucing tu boleh bercakap dia naik ikut tangga, sudah pasti jiranku pengsan. Betapa ramai sekarang manusia yang suka bercakap dengan kucing. Janji terhibur...
2 comments:
moral banyak dalam cerita pendek..:)
nice sharing..
Thirah....Semoga mendapat pengajarannya
Post a Comment