Isteriku meminta keizinan untuk berpuasa sunat. Di samping membayar hutang, pahala sunat pun di perolehi.
" Nah tak payahlah masak nasi dekat abang. Abang beli di kedai. Time Nah nak buka nanti abang beli nasi goreng ". Tersenyum isteriku bila aku berkata demikian. Aku tahu nasi goreng ikan masin adalah kesukaannya manakala aku lebih suka dengan nasi goreng paprik. Waktu tengahari aku hanya makan sengkuang calit sahaja. memangdangkan kuah rojak masih ada lagi didalam peti sejuk maka itu merupakan makanan tengahariku. Jus buah tembikai tetap di hatiku.
Jam 6 petang aku keluar untuk mencari nasi goreng. aku bawa bersama kamera kesayanganku. semasa menunggu nasi siap boleh la aku ambil gambar pemandangan dari atas bukit yang terletak di belakang rumah ibuku.
" Bang...nasi goreng ikan masin 1 dan nasi goreng paprik 1. kejap saya ambil ". Aku berkata kepada penjual. Aku terus ke bukit dan waktu petang memang banyak binatang serta burung berkeliaran. seronok sungguh aku mengambil gambar. Terkejut aku bila melihat jam sudsah pukul 7 petang. bergegas aku pulang kerumah. Tercengang isteriku melihat aku tercegat di depan pintu.
" Mana nasi goreng bang ". Kata isteriku
" Ya Allah...Abang boleh lupa. Lepas order abang terus naik bukit ambil gambar ". Geleng kepala isteriku.
Terus aku ke kedai nasi goreng yang di pesan tadi
" Bang nasi goreng dah siap ? ". Aku bertanya.
" Saya ingat abang tak nak ambil jadi saya beri pada yang lain dulu. Tak apa saya buat lain ". Jam di tangan sudah pukul 7.20 petang. Nasib baik cepat juga nasi goreng siap. Bergegas aku pulang dan bila sampai di muka pintu azan maghrib berkumandang. Isteriku tersenyum sambil membaca doa berbuka manakala aku tersandar di kusyen kepenatan.
" Terima kasih bang kerana susah payah beli nasi untuk Nah. Semoga Allah berkati abang ". Sumbing saja senyumku tapi doa itulah yang membuat aku merasa amat lega.
Begitulah yang kerap berlaku padaku. Kata isteriku bila aku fokus kepada benda yang lain maka benda asal akan terlupa. Begitu juga bila dia berbual dengan aku. Aku mengangguk kepala manakala ingatan aku melayang kepada benda lain.
" Abang ni dok ingat apa. Terangguk-angguk kepala. Nah tanya pun tak perasan ". Cepat-cepat aku bertanya soalannya kembali. Nasib baik dia bukan dari jenis yang kuat merajuk. kalau merajuk susah nanti aku nak pujuk. Ya tak pembaca semua.
6 comments:
tak susah..sebab en ariff tentu tahu cara nak pujuk kan kan?..:)
sweetnya en ariff dan isteri...
Nasib baik maknjang...kalau orang lain rasanya dah jadi Incredible Hulk haha.
Thirah....Dah tahu di mana kecederaan pasangan masing-masing jadi senang nak pujuk
Bearcat...Betul2. Orang lain pun baik juga.
nasib baik akak sorang memahami n bersabar.abg ariff jangan leka.hati2
MaYa MustWany...Insyaallah. lain kali kena hati2. Tenkiu Mas
Post a Comment