Teman-teman

Sunday, May 31, 2009

Majlis Khatan Beramai-Ramai

Hari ini 31 Mei 2009 - Ahad. Jawatankuasa Penduduk di tempat tinggal aku telah mengadakan majlis khatan beramai-ramai. seramai 12 orang kanak-kanak telah mendaftar. Disebabkan ini merupakan kali pertama maka tidak ramai ibubapa yang menghantar. Biar mereka lihat dulu. Majlis khatan bermula pada seawal jam 9 pagi. Bermacam-macam kerenah kanak-kanak. Ada yang berani dan ada yang kali keempat baru berjaya dikhatankan. Itupun terpaksa orang ramai memegangnya. Ada yang menjerit sambil berkata," Ayah yang ini yang last. Lain kali tak mau khatan dah ". Ayah pun

berkata " Ya la lain kali kita tak buat dah ".















Kanak-kanak bergembira mandi sebelum dikhatankan dengan
menggunakan air oleh pasukan bomba















Air sedang disemburkanoleh pasukan bomba.















Pasukan marhaban turut mengambil bahagian















Para Jawatankuasa sedang di temuramah oleh wartawan Sinar Zaman

Friday, May 29, 2009

Stabil Tetapi Masih Kritikal

Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan semua, ibu mertuaku stabil walaupun Dr mengatakan masih dalam tahap kritikal. Dulu semasa arwah isteriku ada dia dan adiknya silih berganti menemani emak mereka di hospital. Kini tanggungjawab tersebut dipikul oleh anakku pula. Nasib baikla dia cuti semesta. Aku rasa kasihan juga kepada anak-anakku. Diusia begini mereka terpaksa menghadapi dugaan berat ini.

Dulu semuanya emak yang melakukan. Kini mereka terpaksa berjuang untuk membiasakan diri mereka tanpa emak tersayang. Semoga kedua-dua anakku akan menjadi lebih matang dan bertanggung jawab. Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang telah mendoakan agar ibu mertuaku memperolehi kesihatan yang baik.

Baru-baru ini sewaktu aku pulang dari menziarahi ibu mertuaku, pekerja hospital sedang mengangkat peti jenazah. jenazahnya seorang wanita islam. Yang mengagumkan aku dan juga pekerja hospital ialah bau wangi yang mengiringi peti jenazah amat kuat. Memang baunya bukan dari jenis minyak wangi yang terdapat di dunia. Yang aku tahu ia bauan kasturi. Tapi aku sendiri tidak dapat gembarkan macam mana bau kasturi. Aku amat kagum dengan wanita ini. Apakah bentuk amalnya sehinggakan didunia lagi Allah sudah muliakannya.

Teringat cerita sepupu aku sewaktu mengiringi jenazah Allahyarham Ust Fadzil Noor. Jenazahnya amat wangi sehinggakan bilik yang menempatkan arwah Ustaz Fadzil Noor masih terbau wanginya selama beberapa hari. Itu telah diceritakan oleh sepupu aku sewaktu dia bertugas di hospital suatu masa dahulu. Beruntung lah mereka yang Allah telah muliakan lagi di dunia. Kita belum tentu lagi.

Thursday, May 28, 2009

Aku Mohon Maaf

Pada entriku yang lepas bertajuk Allah itu Maha kaya, aku telah melakukan kesilapan yang besar. Akibat terlalu mempercayai khabar-khabar angin maka aku tanpa soal selidik terus menulis entri itu. Aku mengaku kesalahanku dan bermohon maaf kepada keluarga mereka yang akhirnya aku yang menjadi penfitnahnya.

Terus terang aku katakan bahawa kematian Aishah tidak ada bersangkutan dengan keluarga mantan pengerusi yang lama. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa setelah membaca entri Allah Itu Maha Kaya dan menyangkakan bahawa keluarga mantan pengerusi surau yang menyihir isteri aku. Lagi sekali aku mohon maaf kepada keluarga mantan pengerusi diatas keterlanjuranku menulis tanpa usul periksa dan akhirnya cerita ini adalah menjadi rekaan semata-mata. Sekali aku mohon maaf diatas cerita rekaan ini. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku

Wednesday, May 27, 2009

Ibu Mertuaku Tenat

27 Mei 2009 jam 6 pagi. Aku bertugas malam. Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara yang mengatakan bahawa ibu mertuaku amat tenat sekarang. Inilah kali kedua ibu mertuaku tenat. Selepas menjalani pintasan jantung lebih kurang 10 tahun yang lalu. Kini ia penat semula dan aku masih lagi di tempat kerja.

Siti Aishah mewarisi sifat ibunya yang tidak banyak bercakap. Ibu mertuaku amat sayang dengan aku. Lebih-lebih lagi selepas kematian Siti Aishah. Ibu mertuaku tidak rugi melahirkan seorang anak yang solehah bernama Siti Aishah. Kepada pembaca tolong doakan agar Allah memberi yang terbaik kepada ibu mertuaku. Jumpa lagi. Nak talipon boss minta pulang awal sikit

Monday, May 25, 2009

Lama Tak Nampak Budiman

Alhamdulillah agak lama aku tidak berjemaah di surau. Malam ini aku gagahi juga dengan keadaan lutut yang sakit akibat kemalangan tempuh hari. Dah baik sikit main perlawanan badminton dalam regu antara sanak saudara semasa percutian di Kelantan. Aku ni tak boleh pegang reket badminton. Bila pegang mula la lupa diri. Lari kesana kesini. Besok tak boleh berjalan. Marah adik beradik aku sebab bulan depan dah nak kahwin dengan keadaan lutut macam ni.

Ni rasa lega sikit aku pergi kesurau. Walaupun tahiyyatku macam robot yang dah kena tembak kaki, janji Allah terima amalku sudah. Dalam keadaan sakit sekalipun kita kena solat walaupun dengan isyarat. Maknanya solat itu adalah tiang agama. Sebab itu tiada istilah rehat solat ketika sakit. Cuma Allah beri kaedah yang perlu kita ambil tahu.

Selesai solat ramai juga jemaah surau yang datang berjumpa aku. Kata mereka agak lama tak nampak Budiman. Dengar pula berita aku akan berkahwin pula. Ni yang aku risau sebab aku buat kenduri sikit saja. Janji jiran aku tahu bahawa kami dah berkahwin. Ramai yang aku tak jemput. Maklumlah kenduri orang tua. Masih ramai yang memperkatakan tentang Siti Aishah. Entah macam mana seorang jemaah memeluk aku sambil menangis gembira bila berita aku telah bertemu jodoh. Katanya dia pun berdoa agar aku dipertemukan dengan seorang isteri yang baik seperti Siti Aishah.

Aku dipelawa kerumah seorang jiran sekampungku. Bila isterinya melihat aku dia terus tersebak akibat rindu dekat Siti Aishah. Aku hanya diam membisu disamping mengawal perasaanku agar tidak sama menangis. Bagi aku terlampau banyak air mataku tumpah akibat merindui Aishah dan alhamdulillah aku semakin pulih walaupun orang lain masih menceritakan tentang Siti Aishah. Kataku pada mereka, aku telah meletakkan Aishah dalam peti kacaku. Biarlah dia disitu. Bila aku rindu akan aku buka ia perlahan-lahan agar tidak pecah. Terdiam mereka bila mendengar aku berkata demikian.

Aku begitu yakin sekarang bahawa aku akan melangkah seperti seorang pendekar yang suatu ketika ia cedera parah namun atas semangat dan bimbingan keluarga dan sahabat-sahabatku aku pasti pulih sepenuhnya tetapi tidak bererti aku akan leka. Deriaku akan berwaspada selalu. Aku menanti 13 Jun 2009 dengan perasaan yang mendebarkan dan itulah perjalanan hidup yang Allah telah corakkan untukku. Doakan semoga aku bahagia disamping aku menjalankan tanggungjawabku kepada masyarkat yang telah mereka amanahkan kepadaku. Agak lama aku menyepi di surau. Tiba masanya aku aktif semula....

Sepanjang Rombongan Ke Kelantan & Terengganu

Alhamdulillah kami sampai di Penang pada 24 Mei 2009. Banyak kenangan yang sempat aku rakam untuk mereka yang nak pergi kesana. Aku masih ke Terengganu melawat Taman Tamaddun Islam yang terkenal dengan masjid Kristal. Pada mulanya masing-masing tak mahu masuk sebab bayaran dikenakan sebanyak RM10 seorang. Last sekali kesemua 14 orang kami masuk juga. Cantik juga replika masjid. Kalau tak kuat boleh naik keretapi. Kena RM3 seorang. Aku dan lain-lain bertekad berjalan kaki saja. Baru adventure namanya. Kira sehari suntuk kami di Terengganu. Malam baru kami sampai di Kelantan.

Keesokan harinya pula kami masuk kembali Terengganu untuk ke air terjun Lata tembakah. Cantik sungguh alam ciptaan tuhan. Sia-sia saja kalau kita melawat tempat yang cantik tetapi kita tak kaitkan dengan Allah yang maha pencipta.

































































Friday, May 22, 2009

Dah Tiba Di Kelantan

21 Mei 2009 - kami sekeluarga sebanyak 3 buah kenderaan bertolak dari Penang - Kelantan jam 4 pagi. Drive seawal begini bagiku amat baik dari drive malam-malam. Kami banyak berihat. Inilah kali pertama aku datang ke Kelantan tanpa isteri kesayanganku Siti Aishah. Alhamdulillah dapat buat solat subuh di grik. Entah mengapa hari ini aku berpeluh didalam kereta yang berhawa dingin. Mungkin aku akan melihat sesuatu bisik hati kecilku. Kami melalui perkuburan cina. " kakak tudia ramainya orang atas jirat. ". Anakku sudah mengerti akan kata-kataku. ' Depa nampak macam mana ". ' Pakaian depa macam hari depa matilah. Ada yang berdiri dan ada yang melayang ". Aku tak mau cerita banyak-banyak apa yang aku lihat. Macam-macam jenis muka ada dan yang pastinya setiap wajah tidak ada keceriaan. kalaulah aku dapat mengambil gambar mereka ingin sekali aku tunjuk wajah mereka. Kami sampai di Kelantan pada jam 10.30 pagi.

Aku terkial-kial diluar mencari kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini. Anak gadisku mengajak aku masuk. Kataku berilah peluang ayah tenangkan fikiran dan memujuk hati. Dulu memang aku seorang pendekar. Namun aku ibarat seorang pendekar yang telah tewas dengan luka parah yang amat dalam. Aku sedang berguru semula walaupun aku bangun amat perlahan. Hampir 45 minit aku berada diluar. Entah mengapa aku seperti terdengar seseorang berbisik ditelingaku. " Budiman inilah masanya kamu masuk kedalam. Kamu terus duduk ditempat isteri kamu yang suatu ketika terbaring kesakitan ".

Terus aku meluru masuk kedalam dan duduk betul-betul ditempat isteri aku terbaring kesakitan suatu masa dulu. Seperti kamera yang menggulung kembali filemnya dan ia terus gulung hingga masuk kedalam peti memoriku. Alhamdulillah seperti ada satu keajaipan bila ia masuk kedalam peti memoriku dan ia tidak main kembali. Aku merasa setenang-tenangnya dan aku berjaya menempuh halanganku yang terakhir. Aku umpama seorang pendekar yang telah pulih dan telah bersedia untuk menghadapi sesiapa saja yang datang untuk menjahanam aku dan keluargaku.

kakak, adik ayah telah bersedia menghadapi mereka. Terima kasih kerana kakak telah banyak membantu ayah untuk memulihkan kembali ruh ayah yang lama terluka. Insyaallah kita akan berjuang bersama-sama tanpa emak yang sudah pasti merestui perkahwinan ayah kali yang kedua. Yang paling menggembirakan hatiku ialah anak lelakiku telah mendapat satu lagi tawaran di KKTM ( kolej kemahiran Tinggi Mara ) di Pulau Pinang. Syukur ya Allah. Sesungguhnya doa seorang ibu tidak pernah Allah persiakan di kuatkan lagi dengan doa seorang ayah. Semoga kedua-dua anakku berjaya didunia dan juga akhirat.

Hari ini kami akan ke Terengganu. Sebelum bertolak aku sempat update blog kesayanganku. Malam ini acara final badminton antara keluarga yang kami buat semalam. Memang enjoy.....

Tuesday, May 19, 2009

Bertolak ke Kelantan

20 Mei 2009 - Aku dan anak-anak serta keluarga akan bertolak ke negeri Kelantan. Aku amat keberatan untuk kesana. Kelantan merupakan nostalgiaku terakhir aku bersama arwah Siti Aishah. Disanalah arwah menghabiskan hari-hari terakhirnya. Ketawa, sakit dan menangis mewarnai kehidupan kami disana. Anakku kerap memujuk agar aku kesana dan berkata bahawa ayah terpaksa menghadapi situasi ini. Aku mengalah akhirnya namun pada masa yang sama aku berdoa agar Allah memberiku kekuatan untuk melangkah masuk kedalam rumah adikku. Rumah itu tidak bersalah tetapi banyak percutian kami sebelum ini dihabiskan dibumi Kelantan.

Inilah halanganku yang terakhir sebelum aku melangkah masuk kedunia yang baru dengan memori yang baru. Tak sampai sebulan lagi hari yang akan mewarnai hidupku yang baru. Aku dan anak-anak telah bersedia menghadapinya. Semoga Allah memberkati perkahwinan ini sehingga keakhir hayat kami. Doa-doakanlah kami semua

Monday, May 18, 2009

Cerita menggerikan

Hari ini genap 5 bulan isteriku meninggalkan kami semua. Selalunya apa-apa perkara yang terjadi terhadapku dia yang akan menyejukkan hatiku. Kalau ada benda yang aku lihat dia yang dulu aku beritahu. Aku dah bagitau dekat dia," Siti kalau apa-apa terjadi dekat abang, Siti baca ayat ini dan hembus di telinga kanan ". Itu dulu

Baru-baru ini anak saudara kepada isteriku menalipon suruh datang kerumah baru mereka. kata mereka pakcik tengok-tengoklah apa yang patut. Aku faham akan maksud mereka sebab mereka pun tahu tentang peristiwa yang aku alami. Siapa yang tahu kisah aku tak sedar diri boleh cari di entri yang lepas. lepas solat zohor aku pun pergi la. Flat tu mempunyai 2 blok. Blok A dan B. Aku melalui blok A. Terlihat seorang lelaki cina sedang bersembang dengan pasangan suami isteri keturunan india.

Yang aku terkejut ialah mereka tidak nampak didepan lelaki cina itu seorang wanita berambut panjang sedang memerhatikan lelaki cina itu. Pakaiannya putih. Lembaga itu sedar aku nampaknya terus dipandangnya aku. Terkejut aku dan aku pura-pura buat tak tahu saja. Kalau tidak nescaya dia akan mengikut aku. Aku terus menuju kerumah anak saudaraku. Katanya semalaman anaknya asyik menangis. Aku terus mengambil semangkuk air lalu aku baca Al-Mathurat yang merupakan himpunan wirid Rasulullah. Boleh didapati di pasar malam.

Alhamdulillah tak menangis lagi anaknya. Ketika aku pulang dan melalui blok itu, lembaga itu masih tersandar dan memerhati akan aku. Aku buat tak nampak saja. Malamnya kami semua berkumpul dirumah mertuaku untuk meraikan hari ibu. Malam itu kami buat barbeque ayam. Memang setiap tahun kami pasti berkumpul meraikan hari ibu. Tak semena-mena aku terpandang arah pokok buah setoi yang besar. Satu lembaga yang digelar pocong sedang berdiri berhampiran tempat kami buat barbeque. Aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa agar lembaga itu tidak datang menghampiri aku. Aku beritahu anak saudara bahawa dekat tempat barbeque ada lembaga sedang memerhatikan kami bakar ayam.

Apalagi pucat muka mereka bila aku beritahu tapi masih boleh bertahan sebab aku kata tak apa. Aku pun dapat merasai kalau aku berpeluh sakan malam itu pasti ada saja yang akan aku nampak. Selepas aku terkena ditempat kerja pada tahun 1999 entah kenapa kadang-kadang aku dapat melihat benda pelik. Mungkin pada zaman remaja aku suka sangat mengejar hantu dan bila dewasa inilah yang aku dapat. Terketar-ketar bila pertama kali melihat. Bila dah kerap sangat dah jadi biasa. Aku pernah berkata, " hangpa nak tunjuk diri hangpa tunjukla. Jangan kacau aku sudah. Aku nak cari makan ".

Kadang-kadang tengah solat pun benda tu boleh ketawa lagi. Memang menyeramkan ketika itu tapi demi mencari rezeki untuk menyara keluarga aku beranikan diri ini. Aku tahu kalau terjadi sesuatu terhadap diriku, isteriku tahu caranya untuk memulihkan keadaan. Kini bila dia dah tiada haruskah aku cerita perkara ini kepada orang baru pula. Mungkin agak susah untuk orang lain mengerti. Bagi mereka yang sudah melalui akan perkara ini ia sudah menjadi mangli bagi mereka. Maaf cerita ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca semua. Just perjalanan hidup seorang insan lemah. Kalau aku hebat sudah tentu isteri aku tak meninggal. Cepat sungguh masa berlalu.

Saturday, May 16, 2009

Father Datang, Father Datang

Baru-baru ini aku amat terkilan kerana tidak dapat menyertai program lawatan hospital. kali ini akan melawat wad kanak-kanak. Wad inilah yang telah memberikan aku harapan untuk terus hidup dalam dunia manusia suatu ketika dahulu. Aku dilahirkan dalam keadaan yang sempurna. Aku terus membesar hasil dari belaian kasih sayang seorang yang bergelar ayah dan ibu. Aku telah disekolahkan di Bayan Lepas English School. Boleh dikatakan cikgu pada masa itu amat garang sekali tetapi amat prihatin akan nasib anak muridnya. Kalau ada apa-apa masalah mereka cepat bertindak.

Ketika berada dalam darjah 2, fizikal aku telah dikesan oleh seorang guru yang bernama Mr Cheah. Aku dibawa berjumpa gurubesar yang kami gelar sebagai Sivaji sebab misainya sebiji macam pelakun tamil Sivaji. Garang sungguh. Bila dia marah pasti di sintilkan misainya. Seram aku tatkala dibawa masuk berjumpa dengannya. Masalah aku ialah urat leher aku terlalu tegang sehinggakan menjadi masalah untuk menoleh kebelakang. Akibatnya bila aku nak pandang belakang aku terpaksa berpusing dengan badan-badan aku sekali.

Aku telah di sindir oleh rakan-rakan disebabkan keadaanku. Malu aku nak kesekolah. Mr Cheah amat kasihan nasib yang aku terima. Setelah berjumpa dengan kedua-dua orang tuaku, mereka semua bersetuju bahawa aku harus dibedah sementara masih muda. Emak menangis takut aku meninggal semasa pembedahan. Aku masih ingat akan kata-kata ayah, " Kalau Budiman mati kita masih ada Danial. Lebih baik begini daripada dia besar akan menanggung malu seumur hidup ". Tegas sungguh ayah ketika itu. Aku pada masa itu tidak tahu langsung erti berkecil hati. Aku akur dengan keputusan ayah.

Aku ditolak masuk kedalam bilik pembedahan. Emak menangis teresak-esak membuatkan aku turut menangis akibat ketakutan. Aku telah diberi sejenis cecair yang membuatkan mata aku menjadi lali. Aku terus melawan agar tidak tidur. Dr menampar pipi aku. " Emak Diman takut mak. Tolong mak depa ambil gergaji ". Aku dapat melihat lampu dinyalakan diatas aku. Aku dapat mengira kesemuanya 10 biji. lama kelamaan aku terus tidak sedarkan diri.

Ketika aku terjaga, aku melihat begitu ramai orang berada disekelilingku. Ayah, emak dan cikgu-cikgu sekolah. Aku bangun tetapi badan terasa terlalu berat. " Mak pasai apa badan Diman jadi macam ini ". Aku menangis akibat terkejut bila melihat separuh badan aku telah disimen sehingga ke kepala. Dr kata aku kini me4njadi Apollo 11. Lama kelamaan aku dapat membiasakan diriku berjalan kesana-kesini dengan hati yang girang.

Hari Ahad, kami telah dikunjungi oleh beberapa orang father ( paderi ). Mereka pasti membawa gula-gula. Aku amat gembira menanti kunjungan ini. Bila melihat akan father aku terus meluru dan berkata, " Father datang, father datang ". Father mendukung aku sambil mengagihkan gula-gula kepada rakan-rakan yang lain. Aku tahu pada masa father begitu sayangkan aku dan aku juga begitu.

Father yang aku kenali bernama John. Orang dan pertuturannya amat lembut. Jururawat pun amat senang dengan father. Setiap hari Ahad pasti ada saja hadiah dari father kepada aku. Aku tak sabar menanti hari Ahad yang akan datang. Bila aku keluar dari hospital aku merasakan aku kehilangan sesuatu dalam jiwa aku iaitu belaian father. Dirumah ayah telah memainkan peranannya dengan mendidik aku ilmu agama sehinggakan aku terus lupa akan father.

Akhirnya setelah simen yang membelengguku selama 6 bulan akhirnya dibuka dan aku dapat berpusing secara normal tanpa perlu memusingkan badanku. Kini baru aku mengerti akan berkesannya program ini. Program amal yang tidak ramai mahu menyertainya telah mencorakkan kehidupan aku suatu ketika dahulu. Insyaallah kalau aku masih mempunyai kesempatan akan aku ziarah kembali wad yang suatu ketika dahulunya aku telah dilantik oleh father sebagai ketua. Semoga aku terus istiqamah dalam program ini.

Friday, May 15, 2009

Lari Kesana Kesini

Entah sehari dua ini aku terlalu malas dan letih untuk membuka blog kesayanganku. Bukan apa ini disebabkan batuk yang teruk dan disusli dengan demam panas. Kini aku terpaksa pula naik turun pejabat agama untuk menguruskan sendiri perkahwinanku. Dulu semuanya ayah yang melakukannya. Memang susah juga dengan prosedur. Sekali, dua kali masih ada yang tertinggal. Hanya kesabaran yang membolehkan aku bertahan. Kesan hentakan badanku diatas jambatan tempuh hari masih terasa walaupun diurut.

Badan dan otakku tidak dapat berfungsi dengan betul akibat keletihan yang melampau sehinggakan kerjaku sendiri aku terlupa. Hari ini aku bergegas ketempat kerjaku. Sampainya aku disana rakan-rakan sekerja mentertawakan aku. Kata mereka hari ini sepatutnya aku Off Duty tetapi masih setia datang kerja. Kata mereka itulah bertunang lama-lama sangat. Aku hanya mampu tersenyum memikirkan otak aku yang tak keruan ini.

Anak lelakiku telah mendapat tawaran ke Politeknik dan sekali lagi aku akan sibuk dengan dengan tanggung jawabku sebagai seorang ayah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk terus menghadapi hari mendatang. Setakat ini saja yang mampu aku taip sebab badan aku terlalu panas dan nak tidur la. Insyaallah jumpa lagi. Wassalam

Tuesday, May 12, 2009

Your Blood Test Amazing

Seperti biasa aku buat checkup darah di Hospital Pantai Mutiara Penang. Aku melangkah tenang masuk dan membuat pendaftaran sewal jam 8 pagi. Itulah tabiat aku yang biasa aku lakukan. Aku tak suka melewatkan sesuatu perkara sebab ajaran islam sendiri menyuruh agar umatnya menghormati masa. Tersenyum wanita yang menerima pendaftaran aku. katanya seperti selalu aku yang pertama.

Selesai mengambil ujian darah aku ke kantin untuk makan pagi sementara menunggu hasil ujian darahku di makmal. Aku meneliti surat khabar yang hangat menceritakan tentang Dun Perak dan bagi aku yang benar Allah akan tunjukkan kebenarannya. Isu Dun Perak bukan hanya isu negeri Perak saja tetapi ia telah menjadi isu negara Malaysia yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia mengetahui cerita sebenarnya.

" Ariff Budiman boleh masuk ". Aku melangkah masuk setelah namaku dipanggil oleh jururawat bertugas." Good morning Ariff ". Senyum Dr menerima kehadiranku. Bila melihat muka Dr, hati aku dah gelabah. Macam manalah result aku ni. " Well Ariff your blood test amazing. Semua menunjukkan tahap kesihatan you amat baik. Yang paling bagus ialah berat badan you turun sebanyak 6 kilo. Very good Ariff you ada buat exercise "." Kadangkala saja Dr. Yang sebenarnya Dr i tak makan sedap. I just makan roti saja sebab tak ada orang masak ". Dr terdiam seletika." I'm still sorry about your wife but itu sudah baik untuk you. Mungkin tuhan sayang sama dia". " Ok Ariff anything you want to share with me ". Pandai Dr ni nak korek rahsia patient dia.

" Dr i'm getting married ". Kataku. " What. 1 minute please ". Dr meluru keluar memanggil jururawatnya. " Ok Ariff you cakap apa tadi ". Terasa malu pula bila 6 orang jururawat berada didepanku dan kesemuanya telah mengenaliku. " Saya akan berkahwin tidak lama lagi "." Congratulation Ariff. Tidak sia-sia i nasihat you ". Kata Dr. Jururawat yang bertugas turut mengucapkan tahniah kepadaku. Kata mereka tahniah in advance.

Aku melangkah keluar sambil diberi ucapan tahniah dari jururawat. Patient lain hanya memerhati tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Aku melangkah umpama selebriti veteran yang baru hidup semula dan akan terus berjuang untuk hidup.

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu. Patutkah Ibu Dicerca

Aku perlahan-lahan manaiki anak tangga menuju rumahku. Tiba-tiba aku terkejut dengan pasangan yang sungguh bermasalah bergaduh lagi. Suami dan isteri saling tengking menengking antara satu sama lain. Jiran-jiran habis semua keluar untuk melihat apa masalah yang berlaku. Si ibu melihat keadaan lalu menegur mereka berdua. " Tak baik nak, bergaduh macam tu. Malu jiran-jiran tengok. Selesai la cara baik ". Si menantu lelaki terus marah. " Mak jangan masuk campur hal kami ".

Sianak perempuan pula menyampuk, " Ish... orang tua ni suka sangat masuk campur rumahtangga orang lain ". Si ibu terdiam sambil menyapu air mata yang meleleh dipipinya. nampak sangat ibu begitu terharu dengan kelakuan anak menantunya. Apakah patut ibu dicerca begitu depan orang ramai. Kalau ibu bapa tidak masuk campur sudah pastinya pasangan ini tidak dapat berkahwin dengan sempurna. Sedih aku melihat kelakuan anak menantu ibu ini. Baru-baru ini si ibu berjumpa aku lalu berkata, " Budiman, makcik sedih melihat perangai anak makcik. Adakah patut makcik diherdik begitu ". Airmata si ibu mengalir lagi.

Aku tak terkata apa-apa. Aku hanya mampu berkata, " Tak apalah makcik, solat nanti makcik jangan nlupa berdoa kepada Allah agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan kembali ke jalan yang diredhoinya. Doa ibu walaupun baik atau buruk Allah akan makbul ". Aku pun masih mempunyai seorang ibu dan ibu mertua. Ibuku selepas tragedi koma selama 2 minggu akibat semburan ubat nyamuk. Kini dia banyak kehilangan daya ingatan. Kerap dia akan bertanya soalan yang sama." Budiman bila nak bawa isteri datang jumpa emak ". Aku berkata'" Tak boleh lagi mak. Budiman bukan akad nikah lagi baru bertunang ". Ibu hanya terdiam. Kemudian menanyakan soalan yang sama kembali.

Yang paling kami sekeluarga bersyukur ialah ibu kami setakat ini tidak pernah hilang ingatan akan bab solat. Cukup waktu pasti dilakukannya dengan sempurna. Bagi aku itulah kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang tidak pernah melewatkan bab solat dan ibu kami tidak pernah melalaikan waktu solatnya alhamdulillah. Kini kami sekeluarga pastinya akan melayan kerenah ibu kami dengan soalan yang sama setiap hari. Kita sebagai anak pernah menjadi anak-anak kecil satu mmasa dahulu dan pastinya ibu kita pun tidak jemu melayan kerenah kita dengan soalan yang sama setiap hari.

Teringat aku iklan petronas pada hari raya tahun 2007 tentang murai. Iklan itu memang mempunyai pengajaran yang amat berguna kepada mereka yang bergelar anak. hargailah pengorbanan Ibu dan Ayah. Jangan ibaratkan mereka sebagai sampah apabila mereka tua dan yang pastinya kita juga sedang berjalan kearah itu satu hari nanti dan apakah pula perasaan kita bila anak kita memperlakukan kita demikian. Fikir-fikirkanlah


Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu Aku Melangkah Setapak Kehadapan

Alhamdulillah sehari sebelum masyarakat Malaysia menyambut kedatangan Hari Ibu, aku dan anak-anak telah melangkah setapak kehadapan. Pada 9 Mei 2009 merupakan hari sejarah kehidupan baruku. Hari inilah aku bertunang dengan seorang wanita yang sudi menerima dan merawat lukaku. Ibuku merupakan insan yang paling gembira sekali. Setiap hari dia akan bertanya, " Tak mau kahwin lain ka Budiman. Mak kesian tengok hang macam ni". Aku hanya mampu menjawab ketika itu, " Tak apalah mak kalau Allah dah tetapkan jodoh insyaallah Diman akan kahwin juga ".


















Ibuku sedang menyarung cincin di jari bakal menantunya

Dan 9 Mei 2009 telah tercatat dalam memori hidupku bahawa aku telah bersedia melangkah dengan harapan baru tanpa meninggalkan sedikit pun memori silam. Biarlah memori ini aku letakkan kedalam peti kacaku. Ibuku terlalu gembira dengan perkembanganku ini sehinggakan dia asyik bertanya bila nak bawa balik rumah menantunya. Ahli keluargaku berkata," Mak Diman baru lesen L lagi ".

Kedua-dua anakku kelihatan tenang menerima emak baru mereka walaupun mereka tahu ia tidak sama dengan emak yang asal namun atas sebab sayangkan aku maka mereka menerima dengan hati yang penuh dengan kesyukuran. Angin-angin masih bertiup kencang yang mengatakan aku terlalu awal menuju gerbang perkahwinan. Tak apa aku tak kisah semua itu. Janji aku tahu apa yang aku lakukan dan seluruh keluargaku meredhoi perkahwinanku. Itu yang paling penting. Tanpa restu keluarga sebuah perkahwinan itu pasti tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Keluarga sebelah mertuku tidak hadir semasa majlis pertunanganku sebab kata mereka, mereka sedih bila melihat aku terpaksa mengharungi dugaan ini. Janji mereka turut meredhoiku dan aku pun tidak pernah mengabaikan mereka juga. Aku berdoa kepada Allah semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah dan kebahgiaan yang kami doakan berkekalan sehingga keakhir usia.

Terima kasih kepada mereka yang selalu mendoakan aku dan menasihat aku. Terima kasih kepada kaum keluargaku yang banyak membantuku. Terima kasih kepada keluarga mertuaku yang masih menerimaku dan paling tidak lupa ialah kepada kedua-dua anakku Siti Zinnirah dan Hermawan. Ayah terus hidup adalah disebabkan oleh kedua-dua anak ayah. Inilah harta ayah dan emak. Semoga anak-anak ayah berjaya didunia dan juga diakhirat insyaallah.
Special thanks to 2 orang sahabat Siti Aishah dengan izin Allah jua telah mempertemukan aku dan sidia. Semoga Allah merestui kalian berdua.

Wednesday, May 06, 2009

Kini Kita Terasing

Ini merupakan entri terakhir aku. Kisah aku bersama arwah Siti Aishah. Selepas ini aku akan meneruskan kehidupan yang baru tanpa meninggalkan sedikit pun kenangan lama. Siti percayalah selama 23 tahun kita bersama abang terasa cukup bahagia dan tenteram. Tidak ada cacat cela yang boleh abang menyalahkan Siti.

Abang bersyukur kerana Allah telah mempertemukan kita lalu kita meredah onak dan duri dan akhirnya alhamdulillah kita berjaya mengharungi dugaan hidup. Kita telah merancang untuk menunaikan fardhu haji bersama. Betapa gembiranya Siti. Dari raut wajah Siti, abang tahu bahawa Siti terlalu suka dengan anugerah ini. Namun Siti Allah telah merancang lain untuk kita. Rupanya Siti telah menyahut seruan ilahi meninggalkan kami yang masih memerlukan kasih sayang.

Hampir lima bulan Siti abang mengharungi dugaan ini seorang diri. Setiap malam abang akan hadiahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk Siti. Namun abang gagal menghilangkan memori silam. Terlalu indah rasanya nikmat dunia yang sementara yang Allah berikan kepada kita. Terasa masa begitu cepat berlalu. Kini setelah sekian lama kesunyian, kini Allah telah anugerahkan seorang yang akan membalut segala luka abang ini.

Abang tidak ada niat langsung melupai segala kenangan silam. Namun abang perlu menyimpan segala kenangan ini dihati. Biarlah ia bertathta dihati abang dan anak-anak. Siti abang masih ingat kenangan terakhir kita sewaktu meraikan hari ibu. Betapa gembiranya kita dan anak-anak ketika itu. Abang terlalu merindui saat itu kembali namun mustahil ia akan berpatah kembali.

Kakak, adik dengan kehadiran orang yang sudi merawat hati ayah bukanlah bermakna ayah sudah melupai emak. Tidak.. Emak adalah seorang isteri yang begitu baik yang Allah anugerahkan kepada ayah. Ayah masih ingat akan kata-kata emak, " Siti sakit tak apa asalkan jangan abang yang sakit ". kata-kata itulah membuatkan hati ayah begitu sayu bila mengingatkannya kembali. Memang benar apa yang emak kata emak lakukan. Ketika emak sakit, emak masih lagi meneruskan tugasnya sebagai seorang isteri melayan ayah. Ketika ayah sakit emak terbatuk-batuk sambil mencari ubat ayah. Pada emak kesihatan ayah yang lebih penting.

Siti, syurga memang layak buatmu. Abang selalu berdoa agar Allah menempatkan Siti bersama para solihin. Insyaallah kita akan bertemu kelak dan pada masa itulah kita sekeluarga akan meminta agar Allah membalas segala kejahatan yang mereka lakukan terhadap kita. Siti pemergianmu kini telah merubah corak kehidupan abang. Abang akan meneruskan kehidupan ini dan anak-anak akan meneruskan pelajaran mereka. Mereka berjaya adalah disebab restu seorang ibu. Kami amat merinduimu Siti Aishah. Selamat tinggal sayang.....

Monday, May 04, 2009

Jangan Tangkap Gambar Aku

Hari ini ialah hari paling lucu dan menakutkan. Aku bertugas petang. Aku melihat cuaca dilangit. Awan kehitaman. " Nak hujan ni ". Aku menyarung baju hujan supaya bila hujan turun tidaklah aku kelam kabut sangat. Masuk saja jambatan hujan beserta angin kencang menyerang aku. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran. Hujan macam nilah minggu lepas aku melambung diatas jalan. Sampai sekarang lutut aku masih sakit. Terasa macam longgar dah kepala lutut aku. Ah biarkan dulu sehingga sampai tarikh keramat.

Alhamdulillah terlepas jambatan lalu aku terus menuju ketempat aku bertugas. Seperti biasa aku mesti melalui satu-satunya jalan menuju ke kuala Juru iaitu tempat aku bertugas. Jalan ini adalah laluan berjenis-jenis kenderaan dan binatang menggunakannya. Jalan ini juga satu ketika dahulu aku dikejar oleh babi hutan yang sewel. Ini babi tak ada baca punya. Dari jauh aku melihat sekumpulan kerbau dan lembu memenuhi jalan. " Ni macam geng Boy dan Leman ". Kalau siapa yang pernah baca posting aku yang lepas dah tahu siapa dia Boy dan Leman. Itu nama kerbau la.

Jiwa blogger pantang nampak cantik sikit nak snap la. Aku pun terus buka beg ambil kamera. Entah datang dari mana makcik tuan punya kerbau tu serbu aku. Dia bagi ayat maut dekat aku, " Kalau hang ambil gambar aku, aku suruh Leman tanduk hang ". Aku tengok muka dia garang betul macam sunderbolong. Yang si Leman pun boleh kerling semacam dekat aku macam tunggu arahan saja. Aku rasa si Leman ni mulut tersengih-sengih macam dok perli aku. Aku pun perlahan-lahan off kamera dan masukkan kembali kedalam beg. Makcik tu pun kata dekat geng dia, " Boy Leman jom balik ". Kerbau-kerbau tu pun ikut cakap dia. Dasyat sungguh makcik ni. Power gila.

Nasib baik la aku cool dan tak tangkap terus. Kalau tidak tentu aku dah melayang kedalam parit sebelah dek tandukan maut si Leman dan ini bermakna aku tak sempat la nak berjabat salam dengan......... Selepas ni kalau aku nampak makcik tu, aku akan buat tak tahu saja macam tak nampak dia. Dalam hati aku berkata tak pa satu hari nanti aku akan beli kamera yang boleh fokus dari jauh. Masa tu aku akan snap habis-habisan gambar Boy, Leman dan tuan dia.

Sunday, May 03, 2009

Celoteh Pagi Ahad

Pulau Pinang semalaman hujan. Bila bangun pagi aku melihat air sudah memenuhi jalan. Banyak kereta tersadai. Ah.. macam mana aku nak pergi kerja ni. Aku mengambil jalan mudah dengan mencari jalan alternatif. Nasib baik guna motorsikal. Kalau dengan kereta harus aku tak pergi kerja. Terpaksa ambil cuti. Akhirnya alhamdulillah sampai juga aku di tempat kerja walaupun dalam keadaan basah kuyub.

Pagi ini kerja relax sikit maklumlah tak banyak kilang yang buka. Sambil membiarkan tv terpasang aku memulakan penerokaan dari satu blog ke blog yang lain. Entah macam mana Hallmark Channel menayangkan cerita yang persis tentang aku. Tak tahu tajuk ceritanya. Aku stop jelajah blog dan memberi tumpuan pada cerita tadi. Ia berkisarkan tentang seorang lelaki yang kematian isteri lalu dia menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isterinya.

Seorang wanita telah hadir dalam hidupnya. Dia amat mencintai wanita itu tapi dalam masa yang sama dia masih merindui isterinya yang telah pergi. Dia sendiri tidak yakin adakah dia boleh membahagiakan wanita itu. Aku terpaku melihat perjalanan cerita. Sedar-sedar terasa panas air mengalir dipipiku. Dipendekkan cerita setelah dinasihat oleh keluarga dan rakan-rakan lelaki itu akhirnya menutup buku kenangan lama dan menerima kahadiran wanita itu.

Cerita ini persis tentang kehidupan aku. Apabila aku ditekan, dimarahi aku merasakan bahawa aku bersalah terhadap arwah isteriku. Aku tak dapat menyelamatkannya. Ada yang berkata isteri aku mungkin dapat diselamatkan kalau aku bertindak cepat. Kini aku hanya mampu memohon maaf pada isteri disebabkan akulah dia tidak dapat diselamatkan. Hidup aku penuh dengan penyesalan. Kadang-kadang aku bercakap sendirian seolah-olahnya Siti Aishah mendengar, " Siti abang minta maaf sebab tak dapat selamat Siti lebih awal. Abang rasa bersalah pada Siti ".

Kini aku takut andaikata wanita yang mungkin muncul dalam hidupku akan mengalami nasib yang serupa. Aku diburu kekesalan. Aku pernah curahkan segala isihati apa yang aku alami sekarang kepada anak gadisku. "Kakak ayah bersalah pada emak sebab gagal selamat emak. Kadang-kadang ayah seolah-olah nampak emak dalam kesedihan sebab ayah lewat bertindak".
"Ayah tak bersalah. Dah takdir mak pergi dulu dari kita. Kakak tau ayah dah berusaha bermacam-macam cara namun Allah sayangkan emak. Kakak juga tau yang ayah terlalu sayangkan emak ". Pujuk anak gadisku. " Pedulikan apa yang orang nak kata tentang ayah. Dia orang tahu ka macam mana perasaan dan kehidupan ayah. Dia orang hanya tahu marah, marah dan marah".

Adakah aku juga harus menutup buku lama seperti dalam cerita itu dan membuka lembaran baru. Aku amat takut untuk melakukannya tapi yang pasti aku perlu melakukannya satu hari kelak. Semoga Allah memberiku kekuatan terhadapku ketika itu. Mungkin ada yang mengatakan orang lain pun ada juga yang kematian isteri namun tak hebuh pun. Benar. Tapi aku dan mereka adalah berbeza. Mereka ada cara tersendiri untuk meluahkan isi hati dan aku meluahkan isi hati aku dalam diari aku ini. Bukan untuk meminta simpati. Sekurang-kurangnya ia meredakan tekanan perasaan yang aku lalui.

Saturday, May 02, 2009

Keluhan Seorang Isteri

Sewaktu aku sedang memanaskan injin kereta, datang seorang wanita menghampiriku. " Abang Budiman apa khabar. Sihat ka ". " Alhamdulillah macam biasa saja ". Itulah jawapan yang mampu aku berikan. " Seronoklah saya lihat pekerja TNB. Semua kaya-kaya. Tak macam keluarga saya susah. Wang sentiasa tidak cukup ". " Saya ni bukanlah kaya sangat. Setakat ni Allah beri rezeki bolehlah untuk menyara keluarga saya. Yang penting kita jangan lupa kepada Allah. Lepas sembahyang jangan lupa berdoa kepada Allah. Kita ni hamba dia. Sebagai hamba kita kena minta dekat tuan. Kita kena merayu ". Aku cuba meyakinkannya.

" Saya berkahwin dengan kak Aishah pada tahun 1983. Waktu itu gaji saya sebulan hanyalah sebanyak RM400. Selepas ditolak EPF dapatlah RM300 lebih. Dalam hati, saya mengeluh bagaimana saya nak menyara keluarga dengan gaji sebanyak itu. Setiap hari waktu solat saya akan berdoa, Ya Allah andaikata engkau berkati perkahwinan kami engkau limpahkanlah rezeki kepada kami Ya Allah ". Wanita itu nampak tertarik dengan ceritaku.

" Memang Allah maha mendengar apabila hambanya merayu. Saya telah dinakkan pangkat dan ini bermakna gaji saya juga turut naik. Perangai saya ialah saya tidak merahsiakan gaji saya daripada Kak Aishah. Saya akan tunjukkan pay slip saya supaya dia tahu bahawa inilah gaji suaminya untuk sebulan. Kak Aishah alhamdulillah tak pernah saya dengar dia mengeluh. Setiap kali lepas solat dia akan berdoa panjang agar rezeki kami bertambah". " Adik nak ke kedai ka. Saya dok cerita saja ". " Tak pa seronok dengar cerita abg Budiman ". Orang dah suka dengar aku pun cerita lagi.

" Setelah beberapa lama kemudian Kak Aishah disahkan mengandung. Persiapan telah dibuat. Setelah anak dilahirkan Allah berikan lagi rezeki kepada kami. Saya terus dinaikkan pangkat lagi. Itulah rezeki anak. Setiap anak yang dilahirkan. Allah dah berikan rezeki masing-masing ". Wanita itu tekun mendengar ceritaku sambil tangannya menggosok perut yang sedang mengandung anak pertama mereka.

" Yang penting jangan kita lupa Allah. Kalau ada program kuliah di surau cuba hadirkan diri bersama suami. Insyaallah Allah akan limpahkan rahmat keatas mereka yang tidak pernah lupa kepada Allah ". Aku meminta izin pergi untuk mengambil anakku. Baru-baru ini sewaktu kuliah maghrib disurau aku melihat mereka suami isteri berada didalam surau untuk mendengar kuliah. Terngiang-ngiang ditelinga bila Ust berkata, " Setiap ujian yang ditimpakan keatas kita, terimalah dengan redho dan pastinya selepas sedih ada gembiranya ". Si suami mendapatkan aku. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyedarkan mereka. Rupanya siisteri telah menceritakan segalanya tentang perbualan kami kepada suaminya. Baguslah begitu. Jangan dirahsiakan.

Sisuami terus memegang tanganku, " Bang saya doakan semoga abang bahagia satu hari kelak ". Terasa sebak aku didalam hati bila orang mendoakan aku begitu. Sebenarnya aku bukanlah seorang pakar nasihat sebab aku sendiri pun perlu di nasihatkan. Terima kasih kepada kaum keluargaku yang banyak memberi nasihat yang berguna walaupun pahit aku menerimanya dan aku tahu mereka semua sayangkan aku dan aku juga sayangkan mereka dan memerlukan pertolongan mereka. Semoga Allah memelihara kita semua dari terjerumus kedalam lembah yang hina. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang membaca WN dan memberi nasihat yang baik. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada anda semua.

ariman

Friday, May 01, 2009

Terima Kasih Dan Maafkan Aku

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Warna Nostalgia yang sudi memberi nasihat. Ramai juga yang hantar persornal email minta aku invite mereka untuk terus membaca di WN. Memang aku telah mengunci WN dan hanya aku seorang yang menjadi pembaca setia. Ini bermakna aku tulis dan aku sendiri yang membacanya. Lagi sekali aku ingatkan aku menulis bukan untuk mengambil perhatian semua dan aku amat yakin semua bloggers menulis ketika mereka mempunyai sesuatu yang mereka nak berkongsi dan tak dapat berkongsinya secara fizikal.

Sejak kebelakangan ini fikiran dan badanku amat terganggu. Ia hasil hentakan yang kuat sewaktu aku pulang dari bertugas. Entah kenapa aku sedang berkhayal tentang hidupku yang lampau bersama orang yang aku kasihi tiba-tiba tanpa aku sedari aku telah menghentam kereta didepan. Apalagi melambung aku. Nasib baik jambatan Pulau Pinang sedang menambah laluan yang baru lalu aku melambung diatasnya. Kalau tidak tentu aku dah melambung kedalam laut dan yang paling pasti mayatku saja yang akan dijumpai. Hasil dari inilah membuatkan hati aku mudah terguris jikalau ada orang yang hanya tahu melepaskan geram mereka terhadap aku. Walaupun aku hanya diam bila dimarahi tapi batin aku cukup tersiksa.

Namun aku tahu Allah masih sayangkan aku dan bukan sampai masanya aku mengadapnya. Aku pulang kerumah dalam keadaan sakit yang amat sangat. Aku menalipon kakak ipar memberitahu apa yang terjadi dan aku dinasihatkan agar ke hospital. Aku bertahan saja sebab dah kerap sangat aku berlanggar diatas jambatan dan aku anggap ia perkara biasa saja. Entah kenapa ketika aku bersiap-siap hendak kesurau untuk program kuliah kaki aku dengan tidak semena-mena terus cramp. Tak dapat bergerak.

Nasib baik ada anak lelaki. Dialah yang bakar batu dan mengurut aku. Sebab itulah ayah sayang anak-anak ayah. Hari ini pun badan aku terasa sakit yang amat sangat. Aku gagahi juga bertugas walaupun hari ini merupakan Hari Pekerja. Keluarga aku ada juga plan cuti sekolah ini untuk ke Kelantan tapi aku tak berani lagi kesana sebab aku masih lagi mengingati nostalgia saat terakhir aku bersama arwah Siti Aishah. Ketawa dan tangis mewarnai semasa aku disana. Seminggu aku disana amat bererti bagiku sebab selepas kami kembali ke Penang aku tidak dapat menikmati senyumannya, gurauannya. Hanya doa dan airmata yang sering menemaniku. Bukan aku tak suka pergi tapi aku belum kuat menghadapi kenyataan. Baju yang dia minta untuk aku belikan dipasar minggu semasa di Kelantan dipakainya sehingga akhir hayat dan baju itulah yang sering menemaniku ketika tidur.

Anak gadisku berkata, " Aishh.. ayah macam manalah nanti ayah nak kawin dengan kaki terhencut-hencut ". Aku hanya tertawa kecil mendengar rintihan anak gadisku. Insyaallah kalau sampai juga jodohku aku tetap pasrah kepada Allah. Masanya belum tahu lagi. Rupanya kalau orang yang biasa menulis dia tidak dapat duduk diam selagi dia tak menulis. Begitu juga aku. Dapat bertahan sehari saja sebab jiwa untuk menulis amat kuat. Sekurang-kurangnya aku telah luahkan segala yang tersirat dihati. Pembacalah yang boleh memberi komen. Ramai juga kawan-kawanku memujuk supaya aku menulis dalam bentuk penerbitan buku. Kata mereka banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran dalam kisah hidupku. Memang aku berminat nak menulis dalam bentuk ini tapi aku tak tahu bagaimana nak mula.

Sekali lagi aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca WN yang sering mengikuti blog ini walaupun tanpa komen dan bagi aku itupun dah cukup baik. Sekurang-kurangnya segala isihati yang aku curahkan dibaca dan aku bukan minta untuk di puji. Kepada bloggers anak saudara yang gelisah Pak Anjang tutup WN kini bolehlah hangpa komen balik. Pak Anjang sayang kamu semua yang merupakan bloggers ikan bilis yang mewarnai alam blog.

Wassalam
ariman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...