Alhamdulillah semalam aku berkesempatan menemani isteri berniaga di pasar malam. Ramai juga yang membeli nasi tomato. Syukur rezeki. Kata mereka nasi tomato isteriku sangat sedap. Bagi aku sendiri yang merasainya memang sedap juga. Namun sedapnya sama seperti arwah Siti Aishah buat. Aku tak boleh komen. Hanya mereka yang makan saja yang tahu.
Entah kenapa aku tertarik apabila melihat seorang budak sedang membeli nugget goreng. Disebelahnya juga lembaga budak sedang menjelir lidah kearah budak itu. Yang menghairankan aku budak itu turut menjelir lidah kearah budak lembaga itu. Aku tertawa kuat melihat telatah mereka. Isteri aku terkejut bila melihat aku tertawa melihat budak itu. Dia agak kehairanan apa yang aku lihat. Aku menceritakan apa yang aku lihat kepadanya. Tertawa juga bila dia mendengarnya.
Ketika mereka berjalan pergi, budak itu asyik memerhati kebelakang sambil budak lembaga menjelirkan lidahnya kearah budak tadi. Rupanya budak itu pun dapat melihat alam lain juga. Ketika aku hendak mengerjakan solat maghrib dirumah adik iparku aku terkejut apabila melihat lembaga berada diluar pintu rumah. Bila kami masuk kerumah aku melihat adik iparku sedang mengurut kaki anaknya yang membengkak secara tiba-tiba selepas pulang dari pasar malam. Aku pasti dia tersangkut sesuatu. Kalau tidak manakan benda itu berada diluar. Aku buat seperti biasa saja seoalah-olahnya aku tidak melihat. Senang kerja.
Selepas solat maghrib aku meminta minyak lalu aku urut tapak kaki sambil membaca ayat-ayat al-quran. Bukan pandai sangat tapi apa lagi kalau bukan ayat Allah yang kita gunakan. Alhamdulillah surutnya menghilang. Mereka tak sangka aku boleh mengurut. Aku baru berada dalam keluarga mereka selama sebulan dan aku tak cerita apa-apa. Aku berkata mungkin nak menjadi. Bila aku keluar makhluk itu sudah tidak ada lagi.
Bila aku pulang kerumah aku menerima panggilan talipon dari seseorang yang tidak aku kenali. Katanya abangku memberi nomborku untuk membantunya. Dia menceritakan bahawa isterinya sering diganggu oleh lembaga sehingga pernah isterinya mengalami keguguran. Aku dapat merasai bahawa itu adalah saka. Dia pun mengaku begitu sebab ada seorang ustaz pun berkata demikian. Aku terus memberi nombor talipon seorang ustaz yang insyaallah dapat membantu. Bagi aku bab ini memerlukan orang yang betul-betul pakar. Aku bukan pandai sangat
Kenapa pula malam itu merupakan malam yang betul-betul ingin mencabar aku. Isteriku melihat muka aku dalam keadaan marah. Dadaku bergerak kencang ketika berada didalam rumah. Aku tak pernah merasai begini. Selama sebulan tak pernah isteriku begitu marah bila melihat aku. Tapi dia tak berani nak bercakap. Kalau dia bercakap dia akan menundukkan kepalanya. Aku tahu ada yang tidak kena dengannya. Aku biarkan dulu. Bila aku tanya dia cuma angguk kepala sahaja. Bukan ini sikap isteriku selama ini. Tentu ada yang menumpangnya. Mungkin selepas aku mengurut kaki anak saudaranya.
Aku biarkan saja. Tak berani pula dia menatap wajah aku bila aku panggilnya kedepan bersamaku. Aku meminta nasi kerabu yang dia beli. Dia hanya membawa pinggan dan nasi lalu terus naik keatas tanpa memperdulikan aku dalam keadaan marah. Aku tahu ini memang sah. Aku kedapur lalu mengambil garam kasar lalu aku bacakan ayat suci al-quran. Aku sebarkan disekeliling dapur dan ruang tamu. Terdengar seperti benda jatuh diluar dan ayam bertempiaran lari.
Aku senagaja test tengok. Aku naik keatas lalu masuk kebilik. Sebentar saja isteriku datang. Terkejut dia dan bertanya bila aku pulang. Dia tak dengar apa-apa. Aku ceritakan kepada apa yang terjadi. Katanya patutlah dia merasa sakit tengkok sangat-sangat selepas pulang dari solat maghrib di rumah adiknya. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar memelihara keluarga kami sebab aku bukanlah pandai sangat dalam perkara ini. Aku perlu belajar dan belajar. Semoga aku dapat membantu mereka yang memerlukannya. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti nasib yang aku terima sebelum ini.
Teman-teman
Sunday, July 26, 2009
Saturday, July 25, 2009
Alhamdulillah Selesai Sudah Berkursus
Alhamdulillah hari ini selesai sudah kursus dan peperiksaan dan petang ini aku akan kembali ke Penang. Sebelum kembali aku sempat juga guna laptop kawan dengan broadband celcom yang kurang laju aku gagahi juga menulis. Sepanjang kursus di sini aku seperti hilang semangat sebab banyak berita yang aku terima dari Penang yang tidak menyenangkan. Sekejap kawanku si Khor bertanya, " Ariff perempuan itu ada ka dekat pokok buluh ". Walaupun ada namun aku menjawab tiada. Aku seperti tidak mengindahkan lagi apa yang aku lihat dan melintasi didepanku. Bagiku semua itu aku sudah mangli.
Yang membuat hati aku tidak tenteram ialah berita dari seorang rakanku yang menceritakan mengenai sebuah keluarga yang hancur berkecai. Aku tidak mahu menceritakan sebab musabab hancurnya keluarga ini sebab aku takut aku juga akan menjadi seperti mereka. Yang membuat aku menangis keseorangan ialah disebabkan keluarga inilah Siti Aishah meninggal. Hasil dari hasad dengki mainan iblis akhirnya kami terpisah selama-lamanya. Selama ini aku cuba menghilangkan memori silam walaupun amat payah namun selepas berita ini memori ini seperti memainkan kembali saat-saat Siti Aishah menderita kesakitan yang amat sangat.
Walaupun aku dan Siti Aishah tahu akan permainan mereka namun arwah isteriku tidak membenarkan aku membalasnya. Kata isteriku sambil menangis, " Abang walaupun Siti mati janganlah abang membalas balik kejahatan mereka. Kita akan tuntut di akhirat kelak. Janganlah abang ceritakan kepada sesiapa ". Aku tak dapat melupai akan kata-kata ini. Aku simpan akan rahsia ini. Namun kini aku tahu dalam masa 6 bulan sahaja Allah telah membayar tunai didunia. Bertanya anak gadisku, " Ayah!!! kalau depa datang minta maaf adakah ayah akan maafkan depa ". Aku terus menjawab dalam keadaan sebak, " Tidak kakak, Ayah tak akan maafkan perbuatan mereka. Kita akan tuntut di akhirat kelak ".
Seharian aku bermurung didalam bilik di asrama. Aku tak mood untuk bergurau dengan rakan-rakan. Aku hanya mengenangkan kembali saat bahagia kami 4 beranak ketika berada dirumah. Aku tertanya-tanya adakah kami tidak layak untuk bahagia. Adakah kami tidak layak untuk merancang masa depan. Adakah mereka merasa puas setelah kami berpisah. Kini aku amat merindui gurau senda sebuah keluarga. Namun aku harus akur dengan qada dan qadar. Aku seperti baru memulakan penghidupan baru. Aku dengan dunia baruku dan meninggalkan duniaku yang indah sebelum ini.
Kubur Siti Aishahlah tempat aku melepaskan rinduku. Disitulah aku melepaskan segala isi hatiku seolah-olahnya Siti Aishah mendengar. Namun sesudah aku melangkah keluar dari perkuburan aku mesti bertukar watak. Watak yang akan membuatkan ibuku tidak risau akan diriku. Ibuku kerap bertanya, " Budiman apa habaq sekarang ni. Sihat ka. Keluarga baru sihat ka ". Aku mampu menjawab, " Alhamdulillah mak. Budiman sihat dan kami sekeluarga baik-baik saja ". Namun hakikat sebenarnya aku masih merindui akan Siti Aishah.
Pernah aku berdoa 2 hari selepas kematian Siti Aishah mengapa Allah tidak mengambil kami berdua. Mengapa Siti Aishah yang harus pergi. Aku tahu Allah marah akan doa ini. Aku perlu bersyukur sebab andaikata kedua-dua kami pergi maka kedua-dua anak kami akan menderita dan menjadi yatim piatu. Allah sebaik-baik perancang. " Ampunkan dosaku ya Allah andaikata tidak mensyukuri akan pemberianmu. Kau berikanlah kebahgiaan kepada keluarga kami dan kau kekalkanlah kami sehingga keakhir hayat. jangalah kau tarik kembali setelah engkau berikan nikmat kepada kami. Amin Ya Rabbal Alamin "

Monday, July 20, 2009
Kursus Lagi
Esok 21 Julai, aku akan ke Bangi lagi selama 4 hari untuk kursusku yang kedua. Aku dah booking bilik yang sama. Kata penjaga kalau ada en dapatlah bilik tu. Katanya lagi, " Apa yang encik minat sangat dengan bilik tu. Ramai yang menolaknya ". Aku jawab entah saja.
Aku beritahu kepada rakanku Khor. Katanya, " Lu pandai la mau tengok perempuan cantik lagi ".
Aku tertawa sebab memang itu niatku. Aku ceritakan peristiwa lalu kepada isteriku. Dia relax saja mendengar. Katanya dia tak takut. Kini katanya, " Hati-hati bang. Secantik macam mana pun Ingat sama orang Penang ni ". Gelihati aku mendengar. Bukanlah niat hati ini nak goda atau tergoda. Tapi kalau dah bilik bersebelahan tu, nak la tengok juga. Ok la jumpa lagi insyaallah.

Sunday, July 19, 2009
Aku Bermimpi Rupanya
Badan aku amat keletihan setelah pulang bertugas di Parit Buntar. Selepas solat isyak aku dah tidur. Rasa mata ini tak dapat dibuka lagi. Aku bermimpi didatangi beberapa orang sahabat lalu memperkenalkan seorang wanita yang mirip Siti Aishah. Memang wajah, pakaian, tudung senyum dan kesemuanya saling tak tumpah seperti Siti Aishah. Aku begitu terkejut dan air mata membasahi pipiku. Terasa amat rindu sekali aku untuk memeluknya. Namun aku tahu yang berdiri didepan aku bukan Siti Aishah tetapi wanita lain yang menyerupainya. Mereka bertanya kepada aku samada aku ingin menjadikan wanita itu sebagai isteri nombor 2.
Aku terdiam memikirkannya. Isteriku Rosnah turut terdiam menanti keputusanku. Sahabatku memberi tempuh selama 2 hari untuk aku memikirnya. Cukup 2 hari mereka datang lagi bersama wanita ini. Melihat wajah wanita ini membuatkan hati aku begitu teruja sekali untuk memperisterikannya. Sayang untuk aku melepaskannya. Namun aku melihat wajah isteri baruku begitu sayu dan tenang menenti akan keputusanku. Akhirnya aku membuat pilihan hanya Rosnah sahaja yang aku mahu. Ternyata penolakkanku membuat wanita itu sayu. Begitu juga aku.
Aku menangis teresak- esak melihat pemergian wanita itu. Akhirnya aku dikejutkan isteriku Rosnah setelah melihat aku tidur sambil teresak - esak. Aku berastaghfar panjang lalu aku menceritakan segalanya kepada isteriku. Tertawa dia sambil berkata, " Abang ni masih dok ingat dekat Aishah lagi ni ". Aku bertanya kepadanya samada dia marah setelah mendengar ceritaku. katanya tidak sebab dia tahu bahawa Siti Aishah telah pun pergi. Kalau aku mimpikan wanita yang belum berkahwin dia akan marah juga.
Aku termenung seketika memikirkan mimpiku. Itu menandakan bahawa aku terlalu merindui akan Siti Aishah walaupun hampir 7 bulan dia meninggalkan aku. Kata isteriku, " Bang bukan senang nak hilangkan memori silam no ". Aku terus membisu seribu bahasa akan kata-kata ini. Semoga Isteriku sabar dengan tingkahku dan juga berdoa agar Allah memberi akan aku kekuatan untuk mengharungi bahtera yang berada bersamaku. Aku harus pandai memainkan emosiku. Akibat terlalu merinduinya yang menyebabkan hadirnya mimpi sebegini atau sebaliknya. Entah aku pun tak tahu..........

Friday, July 17, 2009
Antara Michael Jackson & Marwa Al-Sharbini
Baru-baru ini dunia tergamam dengan pemergian raja pop iaitu Michael Jackson. Masyarakat di Malaysia turut terkena tempiasnya. TV diserata dunia turut menayang rancangan ekskusif penghormatan terakhir terhadap raja pop ini. Di stesen TV kita ada ditemuramah pandangan masyarakat tentang MJ. Semua mengatakan bahawa dunia telah kehilangan seorang raja pop yang sukar dicari ganti. Aku terasa sedih tapi bukan kerana pemergian raja pop ini. Dalam waktu yang sama berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Allah telah kurniakan syahidah kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki dan sedang mengandung tiga bulan. Beliau telah ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang anti islam. Tapi berita ini tidak disensasikan. Negara yang majoritinya umat islam masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ribuan rakyat Mesir telah menghantar jenazah Marwa untuk dikebumikan. Marwa merupakan seorang ibu dan bukan superstar. Pemergian Marwa merupakan lambang jihad yang mempertahankan dirinya sebagai seorang muslimah dan diakhiri dengan kematiannya. Marwa telah ditikam oleh seorang pemuda Jerman yang kerap kali memanggilnya teroris kerana memakai jilbab. Suami Marwa berusaha melindunginya tetapi terkena tembakan yang dikatakan tidak disengajai.
Bayangkan jikalau wanita ini seorang warga Jerman tentu dah hebuh satu dunia. Tetapi memandangkan Marwa seorang islam maka dunia membisu dan mengalih tumpuan kepada acara penghormatan terakhir raja pop. Berapa kerat sangat rakyat di Malaysia ini yang tahu akan trajedi ini. Tidak ada protes dunia islam terhadap Marwa yang mempertahankan kehormatannya. Jangan risau Marwa, pengorbananmu tidak sia-sia. Engkau akan mendapat tempat yang paling mulia disisi Allah. Semoga jihadmu akan dikenang oleh seluruh dunia suatu hari nanti.

Thursday, July 16, 2009
Aku Tergoda Lagi
Salam semua. Aku kerja malam dan pagi-pagi lagi jam 7 aku ke warung untuk membeli kuih. Sebelah warung tu ada kedai kopi yang sudah menjual nasi. Laku sungguh kedainya maklumlah pelaut baru pulang dari menangkap ikan. Maka berkerumunlah mereka dengan juadah nasi yang panas. Aku tidak peduli langsung akan gelagat mereka. Entah macam mana tauke kedai itu nampak aku. Apa lagi, " Bang pagi ni ada ikan semilang fresh bang. Tak mau ka ". Bagai ada magnet yang menarik aku kesana. Semangat hendak membeli kuih terus hilang. Sampai saja disana, mak datuk besarnya kepala ikan semilang. Aku terus minta untuk dibungkuskan nasi. Aku menjadi lupa diri lagi dengan ikan semilang. Aku talipon isteri saja nak bagitau. " Nah abang beli nasi kepala ikan semilang ". Ketawa dia sambil berkata, " Abang ni, tak boleh dengar atau nampak kepala semilang semua boleh lupa ". Aku turut ketawa.
Teringat juga semasa aku talipon arwah Siti Aishah, " Siti abang beli kepala ikan semilang ". Arwah isteri berkata, " Abang,abang tak boleh jauh dengan kepala semilang. Bila tengok ikan semilang bini pun boleh lupa ". Aku dapat merasakan persamaan mereka berdua sebab kedua-dua mereka tidak makan ikan semilang. Masak boleh. Aneh bukan....

Wednesday, July 15, 2009
Ayah!!! Tolong Sat Kakak
Aku bersama isteri kepantai untuk mencari siput. Inilah kegemaranku masa lapang selain menjala dan memancing. Kalau aku terlalu banyak berfikir kerana masalah dunia akan aku memilih salah satu daripadanya. Memandangkan aku kini tinggal tak jauh dari pantai lalu aku mengajak isteriku menemaniku untuk mencari siput. " Kalau ada rezeki sedaplah kita makan siput. Kalau tak ada kita cuma dapat angin pantai ". Kataku kepada isteri. Ternyata dia pun begitu gemar mencari siput. Selepas menunaikan solat asar kami berdua kepantai. Memang tak ada rezeki petang itu sebab air laut pasang. Selalunya ketika air surut baru senang mencari siput.
Kami berduan dipantai. Tak ada pula orang datang mencari siput hari ini. Mungkin mereka dah tahu air surut jam berapa sedangkan aku main redah saja..Kadang-kadang bahaya juga berduaan dipantai. Silap hari bulan kena cekup dengan pegawai agama dan dituduh berkhalwat. Banyak juga yang tertangkap di sini. Walaupun aku tak takut sebab dan kahwin namun kalau tertangkap juga maka prosedur untuk membetulkannya akan mengambil masa. Dalam kami bersiap hendak pulang talipon berbunyi. Anakku Siti Zinnirah yang talipon. " Assalamualaikum ayah. Sihat ka ". Aku membalas jawapan anakku lalu menceritakan bahawa kami berada dipantai.
" Ayah tadi polis datang rumah kami sebab jiran sebelah membuat aduan kata kami bising ". Aku menasihat anakku supaya menjaga hati jiran sebelah sebab merekalah yang dekat jikalau berlaku sesuatu perkara. " Tapi kami tak la bising sangat. Kami pergi jumpa pakcik sebelah tapi dia tak mau keluar. Kami nak bersemuka dengannya kenapa dia buat aduan. Lebih baik tegur dulu kami secara baik ". Benar juga kata anakku. Sepatutnya jiran sebelah, berilah nasihat dahulu. " Kami tanya jiran sebelah kami lagi satu, dia kata kami tak pernah bising pun. Jiran tu kata pakcik tu memang suka bergaduh sebab tu tak ada siapa yang mahu bercakap dengan mereka ".
" Kami tak puas hati lalu kami pergi berjumpa sekali lagi dengan pakcik sebelah. Katanya kami jangan dok cabar dia. Kata pakcik tu disebabkan kami, isteri dia keguguran ". Menangis anakku menceritakan perkara yang terjadi. Aku nasihat anakku agar sabar. Tak apa kalau polis menjalankan tugasnya. Sebab ada aduan lalu dia terpaksa datang melihat. Agak lama juga aku bercakap dengan anakku. Kalau talipon aku guna kredit tentu dah habis. Kesian juga aku dengan anakku dan rakan-rakan sewa. Dahlah time periksa. Jadi hal begini pula. Tentu ada yang akan terkesan seperti anak aku.
Selepas maghrib aku menerima panggilan sekali lagi dari anakku. Jantung aku bergerak kencang. Ya Allah apa pula yang berlaku ni. Bisik hati kecilku. " Ayah..tolong sat kakak ". Menangis dia. " Jiran sebelah upah pemuda lalu baling mercun depan pintu rumah kami. Terkejut kami yang dok belajar. Ada yang dah takut ayah. Lepas tu depa letak ular yang dipukul penuh darah dan letak depan pintu kami. Kami takut ayah. Tolong sat ayah ". Aku berkata kepada isteriku bahawa ini dah kes berat. Aku terpaksa buat sesuatu. " Ayah nak pergi kerja ni. Macam ni, kakak ambil air sembahyang selepas tu cari garam. Bila siap talipon ayah ".
Sebentar kemudian dia talipon aku. " Ok kakak, kakak baca ayat Al-Mathurat. Kemudian baca ayat kursi sebanyak 3 kali. Akhir sekali bacalah ayat 9 dari surah Yasin. Genggam garam dan hembus. Niatkan didalam hati supaya Allah kaburkan penglihatan mereka jikalau ada yang berniat jahat. Kakak berdoa agar Allah hindarkan segala kejahatan. Tebarkan garam diluar. Insyaallah ". Aku terpaksa guide dari jauh. "Ayah macam mana kalau kakak niat supaya butakan mata mereka. Terkejut juga aku. " Jangan terlalu emosi bila berhadapan dengan sesuatu perkara. Kakak kawal perasaan insyaallah yang lain Allah akan bantu. Ayah akan cuba ikhtiar dari jauh ". Ini yang paling aku takut kalau darah muda menguasai mereka. Mereka cepat hilang pertimbangan. Aku turut melakukan perkara yang sama dirumah sebelum ketempat kerja.
Esoknya selepas mereka pulang dari kolej aku menghubungi anakku menanyakan jikalau ada perkara-perkara yang berlaku. Kata anakku semua ok. Malamnya tak ada gangguan langsung dan mereka dapat belajar dengan tenang. Kata anakku, " Ayah la ni di kolej dok hebuh kakak jadi Tok Bomoh ". Tertawa dia menceritakan apa yang terjadi dikolej. Hebuh cerita anakku memulih keadaan rumah mereka. " Jangan terlalu gembira kakak. Jangan merasa ego dengan ini. Kakak akan berhadapan dengan perkara yang lebih dasyat lagi selepas ini. Kalau terlihat apa-apa jangan cepat terkejut dan melatah. Baca apa yang ayah berikan ".
Aku doakan agar anakku Siti Zinnirah akan bersedia menghadapi keadaan yang seterusnya. Aku begitu yakin pasti dia akan mengalaminya. Semalam anakku Hermawan pula menaliponku. " Ayah adik rasa ada sesuatu yang tak kena dengan pokok sebelah asrama adik. Pokok tu betoi-betoi depan tingkap adik ". Memang belakang asrama mereka adalah hutan belantara dan sudah pastinya tempatnya baru saja dibongkar untuk membina asrama. Pasti asrama anakku akan terkesan dari perkara ini. Aku juga memberi ayat yang sama yang aku berikan kepada kakaknya. Semoga mereka dapat menjaga diri mereka masing-masing.

Monday, July 13, 2009
Persembahan Nasyid
Alhamdulillah tanggal 12 Julai 2009 aku telah membawa anak buah untuk membuat persembahan nasyid. Inilah pertama kalinya mereka membuat persembahan diluar kawasan perumahan. Ada yang dah berapa kali masuk ke tandas. Sekejap-sekejap," Pakcik Budiman kami nak pergi tandas ". Isteriku tertawa melihat perangai mereka. Bagi aku itu tidak menghairankan sebab semasa aku juga nak membuat persembahan nasyid terasa perut begitu ngilu sekali. Aku pun kerap ke tandas sehingga ditertawakan oleh rakan-rakan yang lain. Manis melihat anak-anak bertudung. Malam itu ada 3 kumpulan. Kumpulan Ar - Riyadh. Jannatul Adni dan Ar - Raudhah. Anak-anak begitu teruja dan gembira walaupun dalam masa yang sama begitu gementar.
Alhamdulillah akhirnya mereka berjaya melakukan persembahan dan mendapat pujian dari YB. Ketika nak pulang anak-anak bertanya, " Pakcik dapat duit ka ". " Dapat insyaallah nanti pakcik Budi tukar dan bagi ". Gembira anak-anak bila mendapat duit. Inilah pertama kalinya mereka mendapat wang bila membuat persembahan. Aku terasa enjoy sekali sebab aku merasakan bahawa aku turut juga berada diatas pentas. Aku berdiri didepan mereka sebagai kemudi. Kalau aku tak mengangkat tangan maka mereka akan diam. Terima kasih kepada isteriku yang sudi mengikut dan membetulkan tudung anak-anak.

Sunday, July 12, 2009
Berniaga Di Pasar Malam
Alhamdulillah semalam - Sabtu aku berkesempatan membantu isteriku berniaga di pasar malam. Pada mulanya dia keberatan membenarkan aku bersama sebab aku akan bertugas malam. Katanya nanti letih. Rasa kesian pula sebab inilah pertama kalinya aku berkesempatan mencari pengajaran berniaga di pasar malam. Dari pagi lagi hujan turun dengan lebatnya. Setelah selesai aku melatih anak-anak bernasyid, aku terus kesana. Hujan semakin lebat. Kelihatan isteriku keseorangan. Dengan kehadiranku nampak riak air mukanya gembira. Malam ini pelanggan agak kurang sebab hujan turun dengan lebat. Aku kagum dengan semangat mereka yang berniaga dipasar malam. Walaupun hujan lebat, namun riak muka mereka tidak menggambarkan kekecewaan. Kata isteriku, " Inilah rezeki yang Allah berikan kepada kita hari ini ".
Bagi aku inilah pertama kalinya aku berniaga. Sebelum ini aku hanya sebagai pembeli dan aku tak pernah kisah bagaimana kehidupan mereka yang mencari rezeki berniaga di pasar malam. Isteriku tertawa bila melihat aku basah kuyub dan menggeletar kesejukan. Katanya padaku lagi, " Selamat datang kedalam dunia perniagaan ". Aku hanya mampu tersenyum. Anakku turut tertawa bila aku hantar mesej mengatakan ayah basah kuyub berniaga di pasar malam. Aku terpaksa mengubah corak kehidupan 360 darjah. Sebelumnya arwah isteri yang banyak membantuku. Kini aku pula yang banyak membantu isteriku. Memang kita tidak dapat menduga perancangan Allah. Namun aku bersyukur dengan kehidupan baruku ini.
Isteriku masih sempat bergurau, " Selalunya berniaga tak pernah macam ini. Hai mesti terkejut ada orang baru yang datang berniaga ". Rakan-rakan sebelah ada juga yang mengusik sebab isteriku dah bawa bodyguard. Rezeki semalam taklah banyak. Akhirnya Allah dah tetapkan bahawa rezeki malam itu untuk gerai-gerai berhampiran. Banyak juga malam tu aku dapat merasai berbagai-bagai juadah yang turut disedekahkan. Itulah juga rezeki untuk kami. Aku ketempat kerja dalam keadaan hati yang tenang sebab dapat juga membantu isteriku.

Friday, July 10, 2009
Berjalan Diatas Titian Siratul Mustaqim
Aku merupakan seorang remaja yang tidak nakal. Aku patuh kepada kedua-dua orang tuaku walaupun kadangkala pernah aku membuat mereka marah. Namun sebagai seorang ayah dan ibu mereka begitu sabar mendidik kerenah anak-anak. Ayah mendidik aku tentang solat. Dari tadika lagi aku telah diasuh dengan solat dan sekali sekal ayah membawa ke masjid. Bila aku meningkat dewasa solat tak pernah aku miss. Yang menjadi keberatanku ialah kuliah-kuliah agama. Memang aku tak suka mendengar. Aku lebih suka dengan memetik gitar dan menyanyi di tepi jalan bersama rakan-rakan.
Kalau ada yang mengajak aku kesurau atau masjid, dengan cepat aku menolak. Ayah menyedari akan perkara ini. Dimarahinya aku tetapi tidak meninggalkan bekas langsung. Aku masih ingat tatkala ayah gagal mengawal tingkahku dan aku semakin hanyut dengan dunia muzik. Yang hairan solat masih tetap aku lakukan. Ayah pada hari itu mengajak aku menonton wayang gambar yang bertajuk Ratapan Si Anak Tiri yang dibintangi oleh Aktor Rano Karno. Aku begitu tersentuh dengan cerita itu sehinggakan aku menangis teresak- esak didalam panggung wayang.
Ayah mengharapkan bila aku selesai menonton wayang gambar, sikap aku akan berubah. Sayang aku masih tetap dengan dunia muziku. Betapa malunya ayah. Masyarakat mula berbunyi, ayah seorang bilal anak menjadi pelesit dengan muzik. Tohmahan masyarakat tidak menggentarkan aku. Aku menjadi lebih berani dengan muzik. Viola, gitar dan belajar chord semua aku boleh buat. Satu saja yang aku tak boleh ialah mendengar kuliah agama. Ayah tak tahu macam mana nak buat hinggalah suatu waktu abangku pulang dari Mesir dan memulakan sesi kuliah dan ceramahnya.
Aku tidak hairan dengan perkara ini. Bagi aku abang aku dengan dunianya dan aku dengan dunia aku. Dari mulut ke mulut berbunyi dengan kuat, ayah bilal anak seorang lagi ustaz dan seorang lagi rockers tepi jalan. Semua kata-kata ini membuat perasaan aku bertambah benci dengan kuliah agama. Aku berhenti berjumpa dengan rakan-rakan ditepi jalan tetapi aku mainkan muzik dirumah dengan amat kuat sekali. Aku tidak menghiraukan abangku atau ayahku. Bagiku muzik tidak dapat aku pisahkan dari jiwa ini. Kini aku benci terhadap abang aku sendiri. Emak menangis melihat aku enggan mendengar kuliah agama. Akibat terpaksa apabila melihat airmata emak aku pergi juga mendengar kuliah. Jiwa aku sungguh menyampah mendengar kuliah agama. Bagi aku cepatlah habis kuliah dan aku akan pulang.
Suatu malam aku bermimpi ketika sedang memetik gitar bersama kawan-kawan. Sedang asyik memetik gitar kami melihat langit menjadi hitam. Bumi bergegar dengan kuat. Aku melihat bukit yang berada dihadapan kami beterbangan. Cahaya terang dari langit terus menghentam bumi. Kami berlari ketakutan dan akhirnya aku tewas apabila kayu terjatuh diatas aku. Sedar- sedar aku sedang berada disuatu tempat yang amat luas. Jauh dihadapan aku melihat gaung yang dalam. Terasa amat panas sekali. Sekejap terlihat api naik keatas. Aku memanggil akan emak, ayah dan abang. Namun tiada siapa yang menyahutnya.
Aku terdengar suara menyuruh aku berjalan. Tapi aku tidak dapat melihat jambatan dihadapan. Apabila meneliti dengan betul-betul dibawah terlihat seutas tali yang begitu halus. Sekali pandang memang tidak nampak. Aku berjalan dengan perlahan takut terjatuh didalam gaung yang penuh dengan api. Terasa amat panas sekali. Kenapa begitu jauh untuk aku sampai kesebelah sana. Tiba-tiba aku tergelincir dan jatuh kebawah. Aku menjerit takut dan akhirnya aku dapat mencapai ranting kayu. Aku terkapai- kapai mencari orang yang dapat menolongku. Aku menangis memanggil emak, ayah, abang. Diman akan mendengar kuliah dan tinggalkan muzik. Aku menangis teresak - esak sehinggalah aku dikejutkan oleh emak.
Emak terkejut melihat badan aku berpeluh seolah-olahnya baru selesai bersukan. Aku tidak menceritakan apa yang aku mimpikan. Aku terus mengambil air sembahyang untuk ke masjid dan kebetulan hari itu merupakan hari abang aku mengadakan kuliah tafsirnya. Aku duduk dihadapan sekali untuk mendengar kuliah. Rakan - rakan yang lain hanya memerhatikan aku. Pada mereka apa yang menyebabkan aku mendengar kuliah. Entah kenapa apabila aku mendengar kuliah aku dapat merasai betapa tenangnya fikiranku. Tatkala aku sujud aku dapat merasai aku begitu hampir dengan yang maha esa. Sujud yang akhir aku memohon ampun kepada Allah kerana memandang remeh kuliah agama.
Akhirnya aku sendiri tidak dapat pisahkan lagi dengan kuliah agama. Aku mengambil keputusan membakar kesemua piring hitam yang aku miliki. Kelihatan asap hitam begitu tebal. Rakan-rakan seperjuanganku merasakan bahawa aku telah menjadi mereng dengan membakar kesemua piring hitamku. Padaku biarkan pandangan mereka. Aku tahu apa yang aku lakukan dan aku takut andaikata mimpi yang aku alami benar-benar terjadi terhadap diriku. Sehingga hari ini aku masih tidak dapat melupakan peristiwa dan gambaran didalam mimpiku. Semoga Allah terus memberi hidayah kepadaku, anak-anakku dan kepada mereka yang membaca kisah ini.

Thursday, July 09, 2009
Nilai Di Hargai
Bulan ini merupakan bulan yang paling sibuk dan meletihkan. Apa tidaknya. Aku terpaksa menguruskan soal anak lelakiku ke Politeknik. Mengurus diri sendiri menghadiri kursus di Bangi dan kerja yang tidak menentu. Badanku juga tidak dapat menerima segala perubahan ini. Sekejap panas. Sekejap biasa. Macam chipsmore dalam iklan roti. Aku akan menghadiri kursus semula pada 21 Julai ini. Banyak tugasan belum mampu aku lakukan. Mesyuarat agong surau pada 26 Julai ini belum lagi aku prepair. Aku seperti tidak tahu membahagikan masa sebab sebelum ini aku mempunyai pembantu. Namun kini aku terpaksa menyesuaikan diri dengan pembantu baruku yang sedikit demi sedikit memahamiku. Syukur.
Aku juga tidak mampu menolak untuk mengendalikan persembahan nasyid sempena pertandingan akhir musabaqah Al - Quran pada 12 Julai ini. Aku telah dihubungi seseorang yang mengatakan bahawa YB mahukan nasyid para tarikh itu dan dia sendiri tidak tahu mencari siapa lagi. Walaupun padat dengan tugasanku, rasa tak sanggup menghampakan harapan orang. Aku terpaksa mengumpul adik-adik yang pernah memasuki pertandingan nasyid anjuran surau kami. Tak susah sangat untuk bertemu mereka sebab ibu bapa dah kenal sangat dengan aku. Mereka memberi sokongan padu kepada anak mereka.
Seronok juga anak-anak bila diberitahu akan persembahan ini. Mereka telah dijanjikan sijil yang akan ditanda tangani oleh KM Pulau Pinang sendiri. Ada yang beria-ia nak lekatkan di dinding. Ada yang nak buat frame. Bagi mereka ini merupakan suatu penghargaan dan besar nilainya disisi mereka. Aku juga mengharapkan agar perkara ini benar-benar dapat dilaksanakan. Mengendalikan anak-anak tidaklah susah sebab mereka senang mendengar cakap. Pernah aku bersama blogger Insan Marhein, Jendela Hati mengendalikan nasyid dan pernah membuat persembahan didepan protokol. 11 Julai merupakan hari jadi Gebenor Pulau Pinang. Kami pernah membuat persembahan didepan Gabenor Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Terasa bangga dan seronok bila dihargai walaupun dengan ucapan terima kasih.
Kini anak-anak terlalu seronok dengan persembahan ini. Sekejap-sekejap talipon bertanya bila nak buat latihan. Kini isteriku Rosnah pula menjadi pengiringku menjalani latihan bersama anak-anak. Nampak dia juga terhibur melihat suaminya melakukan amal jariah. Kataku padanya, " Nah, sekarang ini kita tak nampak setiap apa yang kita lakukan apa balasannya. Ketika kita meninggal dunia kelak Allah perlihat segala usaha kita. Orang akan bercakap yang baik-baik tentang kita ". Dia faham contoh siapa yang aku maksudkan. " Betoi bang no. Lihat arwah Aishah, jenazahnya tersenyum manis ". Aku hanya diamkan diri sahaja tanpa komen apa-apa.
Aku sempat juga menegur anak-anak tentang aurat mereka. Kataku jangan ketika nasyid saja memakai tudung. Bila tak ada nasyid tak pakai tudung. Ada yang berkata bahawa emak mereka tak bagi sebab masih kecil lagi. Aku berkata kepada anak-anak semasa kecil la kita bermula. Ia bagaikan latihan. Kalau terus pergi buat persembahan tanpa latihan macam mana jadinya persembahan itu. Tentu kekok. Begitu juga dengan tudung. Kalau dah besar baru disuruh memakai tudung tentu adik-adik merasa rimas. Aku sarankan bercakap dengan baik dengan emak dan ayah. Katakan pakcik Budiman suruh pakai tudung bila berada diluar. Apa yang aku bersyukur ada segelintir ibubapa yang mengambil positif tentang aurat. Bila bertemu dengan anak-anak mereka dengan bangga berkata bahawa emak dan ayah mereka mengizinkan mereka memakai tudung.
Ketika berceloteh dengan anak-anak, aku berkata, " Tahu tak pakcik Budiman tergoda dengan Mak cik Rosnah sebab Makcik Rosnah menutup aurat. Manis sungguh orang yang menutup aurat ". Ketawa anak-anak bila aku memuji isteriku dan dia menunuduk malu bila dipuji begitu. Aku mengharapkan agar persembahan ini berjalan lancar tanpa ada cacat cela sebab ibubapa anak-anak ini juga begitu teruja untuk melihat persembahan anak-anak mereka yang telah menapak kehadapan dan mampu membuat persembahan dihadapan orang ramai.

Tuesday, July 07, 2009
Hantar Anak ke Politeknik
Alhamdulillah. Tanggal 6 Julai 2009 merupakan hari yang penuh sejarah dimana anakku Hermawan telah melaporkan diri memasuki Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang dalam jurusan Elektronik. Kami bertolak pada jam 5.30 pagi dan menunaikan solat subuh di R & R Sungai Perak. Kami sampai di politeknik pada jam 9 pagi. Kelihatan begitu banyak kereta berderet - deret memasuki kawasan itu. Kelam kabut juga petugas keselamatan mengawal keadaan. Perasaan aku ketika itu amat bersyukur kerana anakku kini telah melangkah setapak kehadapan untuk masa hadapannya. Kelihatan semua pelajar memakai baju putih dan berseluar hitam seperti mana syarat-syarat yang perlu dipatuhi pelajar.
Setelah selesai pendaftaran, pelajar telah diberi
kunci bilik masing-masing. Isteriku membantu
mengemas bilik dan memasang cadar baru. Kawasan persekitaran nampak cantik. Rasa teringin juga nak masuk Politeknik. Kata isteriku tak payahla. Biar anak-anak saja yang masuk. Kita dah tua. Ya ka dah tua ni. Nasib baik kami datang awal sebab masih ada bilik kosong. Yang datang lewat sebab dekat dengan Politeknik akhirnya terpaksa menumpang dahulu dengan pelajar senior. Setelah selesai semua, kami membawa anak untuk berjalan di sekitar bandar Behrang dan menjamu selera. Rasa kesian juga dekat anak kalau nak tinggal terus. Setelah merasakan bahawa masanya sudah sampai untuk kami pulang ke Pulau Pinang, kami menghantar kembali anak ke asrama. Masa perpisahan amat menyedihkan aku sebab inilah kali keduanya aku berpisah dengan anakku. Semasa menghantar Hermawan ke sekolah Tenik Balik Pulau, amat terasa sebab dari kecil bersama dan kini akan berjauhan dari ibu dan ayah.
Kini sekali lagi setelah pemergian arwah isteri, bila aku pulang kerumah, dia berada didepan komputer atau melihat tv. Semasa berpelukan kami masih dapat menahan rasa sebak. Aku tak mahu menunjukkan sangat akan kesedihan ini. Aku juga melihat perubahan air muka anakku. Mungkin juga dia menahan perasaan yang sama. Setelah kami berlalu pergi aku berhenti ditepi jalan untuk mengeluarkan segala rasa sedihku berpisah dengan anakku. Aku menangis didalam kereta. Walaupun isteriku berada disebelah mententeramkan perasaanku namun aku masih merasakan bahawa aku keseorangan. Sayang ibu anakku tidak dapat merasai nikmat ini. Namun aku tahu dan melihat sendiri bagaimana tekunnya siibu siang dan malam bermunajat kepada Allah dan berdoa agar anak-anak berjaya didunia dan akhirat. Inilah kejayaan hasil dari doa seorang ibu.
Terima kasih juga aku ucapkan kepada isteriku yang baru ( Rosnah ) kerana bersusah payah menemaniku dan membantu anakku. Padaku dia seorang isteri yang baik. Tak pernah aku mendengar keluhan. Hanya senyum saja yang dilemparkan.

Sunday, July 05, 2009
Anak-anak Semakin jauh
Insyaallah esok 6 Julai aku akan ke Tanjung Malim menghantar anak lelakiku daftar memasuki Politeknik Sultan Azlan Shah. Anak gadisku berada di Sungai Petani. Hanya 2 orang sahaja cahaya mata yang dapat aku kongsikan bersama arwah Siti Aishah. Bermula dengan anak gadisku berhijrah ke Sungai Petani. Tinggal kami bertiga. Kemudian pergi pula isteriku untuk selama-lamanya pada 18 Disember 2008. Tinggal aku dan anak lelakiku.
kini esok dia pula akan merantau jauh. Tinggal aku keseorangan walaupun aku telah pun beristeri. Pernah aku bersuara kepada arwah Siti Aishah, " Siti nanti kalau kedua-dua anak kita melanjutkan pelajaran mereka, tinggal kita berdua saja. Tentu kita sunyi ". Isteriku memang lembut perwatakannya. Aku luahkan perasaan begitu dia dah mengalir airmata. Katanya dia tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Bayangkan kami menghantar anak memasuki sekolah Teknik yang satu pulau dengan kami pun dah terasa kesunyian.
Tak sangka pula kini saya yang penuh dengan kesunyian bila Siti Aishah rupanya yang meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kini bila aku pulang kerumah setiap sudut aku pandang memori lama pasti bermain kembali. Aku dapat melihat bagaimana kami berempat bergurau senda bila aku bergurau menjadi tok bomoh lalu bercakap bahasa siam dengan isteriku. Ketawa dia tak tahan melihat perwatakan aku. Bila aku kenangkan kembali, hanya airmata yang mampu aku luahkan. Aku tak sanggup tinggal lebih lama di rumahku sendiri. selepas mengetuk keyboard, aku akan terus keluar memujuk perasaanku.
Aku ketawa, gembira setiap hari tetapi bukan itu yang aku alami dalam hatiku. Aku bersyukur kepada Allah kerana masih ada insan yang sudi mengembirakan hati ini. Namun pada waktu yang sama aku begitu merasai pemergian Siti Aishah. Aku hanya mampu mengawal diri sebab aku tahu semua itu adalah perancangan dari Allah dan aku sebagai hambanya tidak mampu menolak. Bila aku menulis aku merasa begitu tenang sekali. Banyak cerita yang hendak aku kongsikan bersama agar aku dapat mengawal emosiku ini. Alhamdulillah isteri baruku ini amat baik sekali. Memang aku tahu ini semua adalah anugerah Allah. Setiap apa yang dia ambil akan diganti samada sama atau lebih baik lagi. Bagi aku masing-masing ada kelebihan masing-masing cuma aku perlu pandai menghargainya. Semua ini mengajar aku supaya tidak jauh dari Allah. Kalau kita ingat Allah maka Allah akan ingat kita. Kepada pembaca semua janganlah kita lupa dan alpa dengan setiap suruhannya. Didiklah isteri atau suami juga anak-anak kearah keredhoaan Allah.

Saturday, July 04, 2009
Aku Dah Kembali
Alhamdulillah aku dan rakan-rakan selamat kembali ke Penang pada 3 Julai jam 11.30 malam. Perjalanan selama 6 jam amat meletih dan menghiburkan. Sepanjang perjalanan rakanku Si Khor tidak kering gusi dengan celotehku. Sekurang-kurangnya dia tidak merasa mengantuk bila ada orang yang bersembang. Begitu juga dengan aku tatkala memandu Siti Aishah tidak pernah jemu bercakap denganku. Katanya takut nanti aku mengantuk.
Aku terkenangkan ILSAS di UNITEN Bangi suatu ketika dahulu dimana aku baru melangkah masuk dalam keluarga TNB. Kami dihantar berkursus selama 2 minggu. Masa itu aku belum kahwin lagi tak apalah 2 atau 3 minggu. Semasa pendaftran, kami diberi taklimat oleh warden. Aku masih lagi ingat akan kata-kata ini. " Jangan pergi ketandas seorang diri. Kalau terdengar orang yang menjual kuih jam 2 atau 3 pagi jangan buka pintu ". Kami memandang sesama sendiri sebab kami menginap betul-betul tempat laluannya.
Memang malamnya tepat jam 2 pagi pintu kami telah diketuk. Terdengar suara seorang wanita, " Kuih..kuih ". Aku apa lagi terus menarik kain selimut menutup seluruh badanku. Namun telingaku masih dapat mendengar jualan kuih dan diikuti dengan tangisan kesedihan. Keesokkan harinya pula kami terdengar jerita didalam tandas akibat seorang pelajar terkejut bila melihat hanya kepala sahaja yang melayang sedangkan badannya tiada. Patutla warden melarang jangan ketandas seorang diri.
Kini aku begitu teruja sekali bila aku telah dipanggil sekali lagi ke ILSAS Bangi untuk menjalani kursus selama 3 hari. Hati aku melonjak keriangan. Apa tidaknya, aku bakal melihat gambaran yang suatu ketika dahulu aku begitu ketakutan. Kami telah diberi kunci seorang satu bilik. Aku dan rakanku si Khor mendapat bilik seorang satu bilik. Senang tak ada yang mengganggu. Dalam 32 buah bilik, hanya kami sahaja yang menginap. Kami tinggal bertentangan. Malamnya aku dikejutkan dengan bunyi orang flush tandas. Dalam hati aku berkata, ini permulaan. Ketika aku hampir memejamkan mata lintas seorang wanita didepanku terus menghilang. Aku buka pintu dan melihat dia memasuki bilik rakanku si Khor.
Aku senyum seorang diri sebab aku pasti besoknya rakanku akan menceritakan sesuatu. Tepat tekaanku. Besoknya dia menceritakan ada lembaga mencuitnya badannya. Akibat ketakutan dia terus tidur dan bila bangun pagi dia terkejut bila didapati pintu tingkapnya terbuka. Aku hanya diam mendengar ceritanya. Bila tiba waktu malam aku pergi kebiliknya untuk melihat. Mungkin ada sesuati yang tidak kena. Aku memerhati diluar tingkap. Pandanganku terus ke rimbunan pokok buluh. Aku melihat seorang wanita berambut ikal mayang paras ke pinggang sedang melurut rambutnya.
Kalau sebelum ini aku dipertontonkan dengan wajah yang hodoh. Kini wajah wanita ini amat cantik sekali. Dia tidak memperdulikan sesiapa. Dia hanya melurut rambutnya. Aku begitu tergoda melihat kecantikan wanita ini. Tiba-tiba rakanku menegurku kenapa tercegat didepan cermin tanpa bersuara. Memang aku seolah-olahnya terpukau dengan kecantikan rupa parasnya. Nak kata orang bunian, aku tak pernah melihat. Aku berkata kepada rakanku, " Khor.. dekat pokok buluh ada perempuan cantik. Sebab tu aku terdiam. Aku tak pernah tengok perempuan secantik ini ".
Rakanku ketawa tidak percaya. Aku terus menceritakan bahawa semalam aku melihat seorang wanita masuk kedalam biliknya. Baru dia tersedar akan kebenaran ceritaku. Pucat mukanya seketika. Aku berkata bahawa perempuan di rimbunan pokok buluh tidak mengganggu sesiapa. Dia hanya melurut rambutnya. Sekejap dia memerhati aku. Mungkin dia tahu bahawa aku telah nampaknya. Aku berkata kepada rakanku, " Khor.. aku nak pergi sekejap ke pokok buluh. Aku nak berkenalan dengan perempuan itu ". Rakanku berkata, " Ariff lu jangan cari pasai. Lu baru saja kahwin ". Terus aku tersedar. Betul juga kata rakanku ini. " Ariff..kira lu punya mata 3G la ". Aku hanya ketawa sahaja.
Kami keluar ke Kajang untuk menikmati satay Hj samuri yang amat terkenal. Begitu ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Entah sehari berapa puluh cucuk satay yang dapat di hasilkan. Jam 11 malam kami kembali ke asrama dan wanita itu masih disitu bermain dengan rambutnya. Cahaya lampu jalan terus menyuluh wanita itu. Sekejap rakanku menjenguk kearah tingkap. " Masih ada lagi ka. Wa tak nampak apa-apa ". Aku hanya diam dan asyik memerhatikan akan kecantikan wanita itu.
Aku terkejut bila talipon bimbitku berbunyi. Isteriku menalipon rupanya. Aku terus kebilikku. Selesai bercakap dengan isteriku terus aku tertidur sehingga akhirnya terdengar azan subuh. Malam itu dan seterusnya tidak ada lagi gangguan. Mungkin wanita itu menjadi penghuni di perkarangan bilik kami. Bila ada orang menetap dia terus berubah tempat. Pada 22 Julai aku telah siap booking bilik yang sama. Rakanku Khor juga aku booking bilik yang sama. katanya,
" Lu pandaila mau tengok itu perempuan. Janji dia tak kacau aku sudah ".
Sepanjang perjalanan pulang merentasi lebuhraya, begitu ramai makhluk yang tidak dapat dilihat berada dilereng-lereng bukit. Ada yang duduk berselang kaki. Ada yang melayang. Yang paling aku takut ialah bila melihat seorang wanita seolah-olah akan menyeberang jalan. Mungkin ketika dia menyeberang sesetengahnya diperlihatkan olehnya maka akan terkejut lalu memusing stering atau membrek. Ini yang berlaku kemalangan bila ada yang mengatakan melihat lembaga menyeberang lalu terkecut terus memusing stering. Akibatnya berlakulah kemalangan. Aku berkata kepada rakanku, " Khor kalau you nampak perempuan lintas, lu hentam saja sebab dia buka orang ". Rakanku hanya terdiam bila aku menceritakan bahawa begitu ramai makhluk berkeliaran di waktu maghrib.
Aku begitu kepingin untuk melihat apa yang berada didalam tempat karaoke. Rakanku mengajaku kesana untuk melihat apa yang tak dapat dilihat. Dia pun begitu seronok nak mendengar cerita. Aku masih lagi was-was untuk kesana takut fitnah kepada diriku juga. Takut aku pula yang akan terikut bila berada didalam tempat itu. Maklumlah aku pun minat muzik juga. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang menjadi makhluk itu.

Thursday, July 02, 2009
Besok Kembali Ke Penang
Berita yang paling aku nantikan ialah besok 3 Julai aku tamat kursus dan 22 Julai aku akan datang kembali. Apa yang aku amat merindui disini ialah pengalaman 18 tahun yang lepas tempat yang berpuaka.... Nanti aku sambung kembali. Sabaq no.
Subscribe to:
Posts (Atom)