Teman-teman

Sunday, March 31, 2013

Rehlah Keluarga - Langkawi Day 1

Alhamdulillah. Kami tiba di Jetty Kuala Perlis. Keadaan tidaklah sesak sebab bukan cuti sekolah. Terus aku mencari tempat untuk aku meninggalkan kereta selama 3 hari. Sementara itu isteriku yang berada di Jetty telah membeli tiket untuk memudahkan aku juga. Setelah menunggu hampir setengah jam kami di arah menaiki feri menuju Langkawi. Berada di dalam feri tidaklah terasa excited sangat sebab sudah beberapa kali aku kesana. Aku dan isteri hanya lena semasa dalam perjalanan. Setibanya kami di langkawi terus aku mencari kenderaan sewa untuk digunakan. akhirnya kami dapat menyewa Avanza dengan harga RM90 untuk 3 hari. Ok la tu. Terus kami ke apartment yang kami sewa. Aktiviti hari pertama kami ialah shoping coklat dan lain-lain selepas solat maghrib.


Sepanjang petang hingga ke maghrib hujan turun tidak henti-hentinya. Kami tekad untuk keluar mengikut perancangan asal. Ketika keluar hujan mulai reda. Terus kami keluar menuju ke kedai Haji Ismail yang terkenal dengan coklat. Sudah ramai yang berada di dalam kedai coklat. Kami mengambil bakul masing-masing. Aku hanya ambil coklat yang di kirim. Untuk aku rasa-rasanya tak ada. aku tidak berminat sangat dengan coklat. kalau isteriku beli aku makan la.


Time nak bayar la baru masing-masing terkejut melihat bakul yang di pegang. Rasa-rasanya anggaran coklat yang kami beli ialah RM500. Fuhh....ramainya yang memesan coklat. Habis shoping di Haji Ismail kami menuju ke Idaman Suri yang menjual barangan magkuk pinggan dan lain-lain. Isteriku berminat nak membeli magic pan. Kalau di Penang harganya RM130 untuk saiz 32 inci. Tergamam isteriku bila melihat saiz 36 dijual dengan harga RM90. terus di talipon anak-anaknya. Akhirnya isteriku beli sebanyak 4 kotak.


Selesai shoping perut terasa lapar dan mengantuk. Kami mencari gerai makanan yang terdekat. Akhirnya gerai ini yang menjadi pilihan hati sebab yang lain masing-masing sedang mencuci untuk di tutup. Hujan menyebabkan pelanggan berkurangan. Jam pula sudah 10 malam keatas.


Aku dan isteri hanya makan nasi goreng ikan masin. Anak gadisku memesan kerang bakar. Manakala anak tiriku memesan nasi kosong dan ikan bakar. Aku paling minat dengan Lai Ci Kang. Memang best. Walaupun keletihan kami tetap enjoy dengan makanan kami.


Esok akan bermula pengembaraan kami dengan Avanza. Waterworld, Cable car. Bird park, telaga air hangat dan tempat-tempat lain. Apartment yang begitu sunyi dan terbaik membuatkan kami begitu mudah terlelap menanti hari esok.



Saturday, March 30, 2013

Rehlah Keluarga - Padang Besar

Selepas perut telah diisi kami bertolak menuju ke Padang Besar pula. Check bilik di langkawi pada jam 2 petang. Jam ditangan pula pukul 1130 pagi. Masih sempat lagi kalau nak shoping. Memang seronok datang kesini. Banyak barangan dijual. Nak kata murah sangat tu taklah. Ada yang murah dan ada yang mahal. Kena pandai-pandai lihat sekelililng dahulu.


Bila sampai kami terus masuk kedalam ruang perniagaan. Isteri mencari flask nasi. katanya nak guna ketika berniaga nasi tomato di pasar malam. Aku dan anak lelaki berlegar-legar mencari sesuatu yang menarik untuk di bawa pulang. Aku paling suka dengan kacang cerdik. 3 bungkus aku beli. Bija gajus juga tidak ketinggalan.


Sempat juga melihat seorang gadis begitu pandai membuat lukisan di baju t. Ia sesuai untuk di hadiahkan kepada anak kecil. Aku tempah sebanyak 3 helai dengan menulis nama anak saudaraku. Tentu mereka seronok bila melihat nama mereka tertera di baju t yang di pakai.


Bila melihat saja sabun susu kambing dan sabun beras apalagi isteriku seolah-olahnya tidak mahu kemana lagi. Sabun ada colagen la. Untuk wanita la. Penjual begitu bersemangat memberi penerangan kepada isteriku
" Abang jalan dulu. Ni bab orang pompuan ". Kata isteri kepadaku. Aku melihat penjual hanya tersenyum. Banyak juga sabun yang di borong oleh isteriku. Ya lah kalau di penang memang mahal harganya. Dah berada di sini apalagi. Borong sakan la dia.


Aku begitu berminat dengan kraftangan robot. Ia di buat daripada spring yang terpakai. Aku tak pernah tengok lagi di tempat lain. Aku mengambil yang besar. kata penjual harganya RM160. setelah tawar menawar akhirnya dapatlah harga RM140. Anak lelaki pula berminat dengan robot predator yang berharga RM80. hanya itu saja yang aku beli di Padang besar. isteriku entah ler. Sekejap barang dimasukkan kedalam kereta dan datang mencari lagi. janji dia gembira sudah. Aku tak kisah.



Kami ke gerai buah pula. Sepakat. Aku dan anak-anak tak boleh melihat akan buah ini. Mulalah..
" Ayah..ayah buah ni best ". Apalagi bila rasa buahnya yang manis terus tanpa berfikir duit dihulurkan.
" Kita beli buah limau ayah. Nanti kita makan di hotel ". Kata anak gadisku. Aku ikut saja. Aku pun suka juga dengan buah limau ni.


Masing-masing sudah berpuas hati shoping di padang Besar. Sebelum berangkat ke langkawi kami menjamu selera dulu di warung yang di sediakan. Pulut bersama ayam. Mee sup. Nasi goreng pataya dan mee goreng. Fuhh...best masakan orang Thai ni. Pedas menggila. jam sudah pukul 1 petang. Lewat sedikit check in tak apa. 


Sebelum kami meneruskan perjalanan menuju Jetty Kuala Perlis, sempat juga kami beli sorang sebungkus air yang begitu menggoda tekak kami. Aku paling tak tahan bila melihat jus asam boi campur limau. Tapi yang tak seronoknya ialah ketul ais lebih banyak dari airnya. Itulah dia kepandaian penjual air ais....Selamat tinggal Wang kelian dan Padang Besar. Insyaallah kami akan datang lagi. Langkawi...tunggu.....

Thursday, March 28, 2013

Rehlah Keluarga - Wang Kelian

Aku telah berpakat dengan isteriku ingin ke Langkawi. Sudah berapa kali kami kesana. Isteriku tidak pernah jemu. Tanya saja di mana hendak bercuti sudah pastinya Langkawi menjadi pilihan hatinya. Aku terus melayari Agoda.com untuk menempah hotel. Alhamdulillah kami mendapat sebuah aparment yang mempunyai 3 bilik serta dapur. Memandangkan ini merupakan percutian keluarga maka apartmentlah yang paling sesuai sekali. Aku mendapat maklumat yang check in pada jam 2 petang.


Aku membei cadangan kepada isteriku untuk ke Wang Kelian dan Padang Besar. Memandangkan kami berkereta, jadi tak menjadi hal untuk singgah di tempat lain. Isteriku setuju dengan cadanganku. Awal-awal lagi dia memasak nasi lemak untuk sarapan pagi. Jam 4.30 pagi kami bertolak dari rumah. Kami sampai agak awal di R & R Gurun. Sementara menunggu waktu subuh aku sempat melelapkan mata sebentar. Maklumlah selepas solat nak drive sehingga ke Perlis.


Setelah selesai solat subuh kami terus bergerak ke Perlis. Memang seronok drive kereta bersama keluarga. Isteriku pula rajin bercerita jadi mata aku terasa sedikit segar. Kami mengambil lebuhraya yang menuju ke Bukit Kayu Hitam. Kemudian kami mengambil jalan ke Chuping untuk ke Padang Besar dan Wang Kelian. Jam 8 pagi kami sudah berada di negeri Perlis. Tak sangka pula. terasa cepat masa berlalu. Alhamdulillah disebabkan aku sudah mengenal jalan nak ke perlis jadi senang saja perjalanan kami. Anak gadisku pernah berada dalam program PLKN di Perlis. Aku dan arwah isteri kerap kesana untuk melawat anak gadis kami.


Kami terus ke Wang Kelian. Wang Kelian merupakan border diantara Malaysia dan Thailand. Hanya pada hari Ahad saja ia dibuka kepada kedua-dua negara untuk keluar masuk tanpa permit. Banyak juga jualan disana. Tak banyak barang yang kami beli sebab kami merancang nak ke Padang Besar selepas ini. Kami hanya jalan-jalan melihat pemandangan sekitar tempat itu. Banyak juga bas persiaran yang datang membawa penumpang untuk membeli belah disini. Suasana agak meriahlah juga.


Perut sudah terasa lapar. Kami mengambil keputusan untuk sarapan nasi lemak di taman berdekatan Gua Kelam. Suasana pagi yang sunyi membuatkan kami begitu berselera menjamu nasi lemak isteriku. Keadaan taman di sini tidak begitu elok dan tidak dijaga. Banyak daun-daun kering bertaburan. Air sungai yang tersekat dan tiada penyaliran. Namun disebabkan kelaparan semua itu tidak kami hiraukan. Janji utamakan dahulu perut yang kelaparan.


Setelah masing-masing sudah kekenyangan, kami bergerak menuju ke Padang Besar. Besar kemungkinan banyak barang yang bakal kami beli di sini. Aku pun sudah arif dengan jalan menuju ke sana. Sudah berapa kali aku dan arwah isteriku singgah bila kami melawat anak gadis di kem Perlis.

Gambar - Gambar Keindahan

Hari ini aku hendak paparkan gambar yang di ambil ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat aku bertugas. Sayang kalau tak di simpan di sini. jadi pembaca lihat saja ler. itulah tanda-tanda kebesaran Allah.









Wednesday, March 27, 2013

Tok Chik Sudah Tua

Kelmarin petang aku kerumah ibu mertuaku. Disitulah tempat aku melepaskan rinduku terhadap arwah Siti Aishah. Banyak kenangan kami bersama di tempat ia dibesarkan. Kelihatan ramai anak saudara yang berkumpul di situ pada sebelah petang. Apabila aku sampai maka serbulah cucu saudara
" Hoi..Tokchik datang la. Jom kita minta Tokchik belanja aiskrim ". Kata salah seorang daripada cucu saudara.
" Tokchik...Belanja la kami aiskrim. Lama kami tak rasa ". Tokchik terus mengeluarkan lipan bara bila melihat muka sedih cucu saudara minta di belanja. Tak sampai hati rasanya Tokchik.
" Yey yey...Tokchik bagi duit.. ". Sambil terus mengayuh basikal menuju ke kedai yang menjual aiskrim.

" Rosnah tak datang ka ". Tanya ibu mertuaku sambil bersalaman dengan menantunya.
" Dia sibuk di dapur mak ". Ringkas saja jawapanku sambil anak mata melirik kearah cucu saudara yang baru pulang dari kedai. Berebut-rebut yang lain mengambil aiskrim. Gembira hati Tokchik melihat gelagat cucu saudara.
" Terima kasih Tokchik sebab belanja kami aiskrim. Sedap aiskrim ni ".Mahu tak sedap. Beli aiskrim corneto pula tu. Nasib baiklah cukup-cukup saja untuk mereka. Kalau tidak beg duit Tokchik harus di buka lagi.

" Tokchik Tokchik ". Salah seorang dari cucu saudara bersuara sambil lidahnya menjilat aiskrim corneto.
" Ada apa panggil Tokchik ni ". Tanya Tokchik kepada cucu saudara.
" Tokchik nampak tua la. Muka pun dah berkedut ". Kata-kata cucu saudara membuatkan Tokchi Grrr... macam nak jadi Incredible Hulk. Ibu bapa yang lain hanya mampu tertawa gelihati melihat kejadian tidak pelik tetapi benar sebab rata-rata sudah mengenali cucu saudara yang seorang ini.
" Hai..Tokchik baru saja belanja dah kena kutuk ". Kata Tokchik kepada cucu saudaranya.
" Cuba bagitau dekat Tokchik dimana nampak berkedut ". Tokchik inginkan kepastian sambil membelek muka di cermin.

" Ala...dekat dahi, bawah mata, pipi...Semuanya berkedut ". Selamba saja kata cucu saudara. Sekali lagi Tokchik grr....
" Tapi yang bestkan...Walaupun Tokchik nampak tua Tokchik pakai hp canggihhh.. ". Kata-kata itulah yang membuat Tokchik kembali reda akan kemarahannya. Kata-kata itulah juga yang membuat Tokchik ingin meneruskan kehidupannya.

" Tokchik walaupun nampak tua tapi Tokchik ramai peminat ooo ". Kata salah seorang anak saudara Tokchik. Tokchik tersenyum lagi bila di puji ramai peminat.
" Hah...Tokchik ramai peminat. Peminat Tokchik lelaki ke perempuan ". Tanya cucu saudara kepada ibunya.
" Tentu la peminat Tokchik perempuan ". Kata ibunya sambil tersenyum melihat Tokchik. Tokchik juga tersenyum bangga bercampur perasan.
" Oyo...Tokchik ada peminat. Siapalah peminat Tokchik yang malang tu ". Kata-kata cucu saudara itu membuatkan Tokchik kembali grrr....
" Budak ni tak sayang mulut. Tokchik baru saja belanja aiskrim dah kena kutuk ". Cucu saudara tersengih bila Tokchik marah-marah. Namun itulah Tokchik. Tak pernah Tokchik terasa hati dengan gurauan anak cucu. Sekurang-kurang Tokchik telah terhibur seketika.

Pulang kerumah, Tokchik lelaki terus menceritakan tentang peristiwa bersama cucu saudara kepada Tokchik perempuan. Apalagi...Tokchik perempuan ketawa berguling-guling bila cucu saudara berkata Tokcik lelaki sudah tua dan muka berkedut dan malangnya nasib peminat Tokchik.
" Terimalah kenyataan Tokchik ". Gurau Tokchik perempuan. Grrr.......

Wednesday, March 20, 2013

My Lepat Liat Project

Aku masih ingat ketika waktu kecil dan tinggal di kampong. Ibuku seorang surirumah yang begitu rajin dan pandai. Bermula dari makan pagi, tengahari, petang dan malam, ibulah yang menyediakan semuanya. Ayah tidak pernah beli makanan diluar. Kadang-kadang bila aku teringin aku akan bersuara,
" Mak..esok buat pulut udang ". Aku berkata kepada ibuku.
" Boleh tapi dengan syarat Budiman kena bakar ". Cepat-cepat aku mengiakan. Kadang-kadang aku melihat ibuku memasukkan ramuan kedalam kuih yang dibuatnya. Sebab itu bila besar aku tahu ramuan apa yang perlu dimasukkan. Dalam banyak-banyak kuih, kuih lepat liat berintikan kelapa menjadi salah satu kesukaanku.


Suatu hari aku berkata kepada isteri yang aku begitu teringin nak makan lepat liat. Tertawa isteriku mendengar kata-kataku. Inilah pertama kalinya semenjak kami berkahwin dia baru tahu yang aku suka lepat liat. Katanya dia tak tahu cara nak buat lepat liat. Terus aku google dan dapat resepinya. Aku menngajaknya kerumah ibu mertuaku untuk mengambil daun pisang. Tertawa ibu mertuaku bila isteriku beritrahu yang aku begitu teringin nak makan lepat liat. Jadilah dengan dua pelepah daun pisang sudah memadai.


Ibu mertua menyuruh aku mengopek kelapa. Kelapa putih akan dimasukkan kedalam lepat. Itulah yang arwah ibuku buat. Tak kiralah lepat liat ke atau lepat pisang pasti kelapa parut dimasukkan kedalam. Kalau dulu aku mengopek kelapa menggunakan parang. Tapi kini ia begitu senang sekali. Tidak sampai 5 minit kelapa sudah dapat dikopek.


Adik ipar aku terus mengambil kelapa yang telah dibelah untuk memarut kelapa. Begitu cepat sekali jika menggunakan mesin memarut. Waktu dulu aku memarut kelapa menggunakan cara lama. Selalunya bila ibuku nak buat kari sudah pasti akulah orangnya yang kena mengopek, membelah dan akhirnya memarut kelapa. Itulah tugasku sebagai anak lelaki. Kini begitu senang sekali nak mamarut kelapa. Selesai semua kami pulang untuk tindakan selanjutnya.


Aku menalipon ibu angkatku bertanyakan cara-cara membuat lepat. Aku bagi isteriku sendiri bercakap dengan ibu angkatku.
" Makcik kata senang saja. Nah tau dah cara nak buat ". Confident isteriku bila mendapat tunjuk ajar dari ibu angkat kami. Aku masih ingat ketika teringin nak makan lepat liat ibu berkata,
" Kalau Budiman nak makan kena kopek nyok, belah nyok dan parut kelapa tu baru emak boleh buat ". Cepat sungguh aku buat kerja bila ibu sudi nak buat lepat. Ibuku meminta aku meleperkan tepung untuk mempercepatkannya memasukkan kelapa didalam. Bila semuanya dibungkus dengan daun pisang barulah ianya dikukus.


Kini aku membantu isteriku memasukkan kelapa dan membungkus lepat dengan daun pisang. Setelah siap isteriku mengukus lepat tersebut. Bila masak dan ianya sudah sejuk isteriku memberinya agar aku merasmikan lepat liat berintikan kelapa. Inilah lepat liat yang pertama dia buat. Aku makan dan memang sedap sungguh.
" Masyaallah Nah. Sedap sungguh lepat ni. Semua berasa ". Tersenyum isteriku menerima pujian dariku. Aku tahu isteriku merasa begitu puas hati sebab inilah lepat yang pertama dia buat berdasarkan resepi dan tunjuk ajar ibu angkatku. Kini dia bersemangat untuk belajar membuat kuih tradisional pula dan aku merupakan seorang suami yang beruntung sebab walaupun isteriku tidak pandai buat tetapi dia bersungguh-sungguh belajar hanya kerana keinginanku. Syukur Ya Allah. Terima kasih isteriku.




Wednesday, March 13, 2013

Terima Kasih Cik Afra Luthfiyah

Aku menerima mesej dalam petak friend request. Memang aku tidak mengenali siapa yang menghantar request. Aku just click confirm. Sebentar kemudian aku telah disapa oleh orang yang tertera Afra Luthfiyah. Sedap sungguh namanya. Rupanya dia ialah orang Sabah dan merupakan pembaca blog Warna Nostalgia. Memang tidak dinafikan yang kebanyakkan kawan dalam FB merupakan pembaca blogku. Seronok juga dapat berborak dengan pembaca yang baik hati. Ada yang menceritakan betapa sedihnya mereka bila membaca coretan tentang Berakhirnya Sebuah Kehidupan dan terus memberi nasihat agar aku banyak bersabar. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang sudi menegur aku di FB.

Aku bergurau minta dia cipta satu craft dengan menulis nama aku dan isteri. Inilah hasilnya. Cantikkan

Sumandak ( gadis ) Sabah ini rajin juga bersembang dengan aku dan akhirnya barulah aku tahu yang dia memang pandai dalam pembuatan seni craft. Cantik-cantik juga hasil seninya. Katanya dia akan hadiahkan aku sesuatu bila kawannya datang kursus di Penang. Seperti janji - janjinya dia memberitahu yang 2 orang kawannya akan datang berkursus di Pulau Pinang dan dia nak hadiahkan cenderahati untuk aku sekeluarga. Syaratnya aku kena ambil hadiah misteri itu di Airport.

Antara hadiah-hadiah yang lain

Seperti yang telah dijanjikan, jam 4 petang aku sudah berada di Airport Bayan Lepas.Terasa begitu tidak sabar. Apakah bentuk hadiah yang akan diberikan. Kereta Myvi ke. Tertawa isteriku bila aku berkata demikian. Talipon berbunyi dan ternyata kawan Cik Afra sudah berada di airport. Setelah bersalaman aku diberi sebungkus hadiah. Bukan kereta Myvi ni. Terus aku pulang kerumah. Isteriku membuka dengan teliti takut koyak pembalutnya. Kalau aku yang alamat kotaklah pembalut itu. Itulah orang perempuan kan. Begitu teliti padahal yang menanti merasa tidak sabar.

Pin baju melayu

Bila di buka saja isteriku terus tersenyum sambil memegang craft yang tertera nama kami.
" Masyaallah bang...Cantik dan pandainya dia buat ". Puji isteriku
" Tak apa. Kita letak dalam frame ". Aku berkata kepada isteriku. Dalam hati aku berkata. Hadiah ini dari peminat aku. Eh..eh..silap bukan peminat tapi pembaca. Kalau peminat once dia tengok wajah aku sudah tentu hilang minatnya. He he.


Aku membuka satu bungkusan. Butang baju melayu dari Mutiara Sabah. Cantik sungguh. Solat Jumaat nanti boleh la bergaya dengan butang baru ni. Bisik hati kecilku. Aku paparkan gambar FB Cik Afra Cumil Craft dengan tujuan mempromosikan craftnya. Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Afra yang sudi menjadi friend aku di FB dan menghadiahkan aku craft yang cantik. Bukan kepada Cik Afra saja. Ada lagi friend yang lain dan seorang sahabat yang begitu baik dalam hidup aku juga tidak lokek untuk memberi hadiah atas dasar persahabatan. Kepada mereka semua aku doakan agar mereka bahagia, dimurahkan rezeki dan yang penting aku doakan agar kedua-dua ibu bapa mereka berada dalam rahmat Allah. Terima kasih Cik Afra, Saing dan cik Trah yang sudi ziarah kami dan itu juga merupakan sumbangan. Terima kasih semua. I love you all. Ehh..mana boleh. I LIKE LIKE LIKE YOU ALL.


Tuesday, March 12, 2013

Menolong Projek Isteri

Sudah beberapa kali isteriku menyuarakan yang dia ingin menanam semula pokok pandan dan pokok kari yang sudah kelihatan layu dan lesu. Masalah utamanya ialah mendapatkan tanah bakar. Aku hanya mendiamkan diri saja apa yang disuarakan olehnya sebab aku tahu akulah orangnya yang perlu membuat kesemua kerja-kerja itu. Bila aku diam terus niat untuk projeknya tergendala. Kelmarin awal-awal pagi lagi aku beritahu isteriku yang sebelah petangnya aku mengajaknya kerumah ibu mertuaku untuk mengambil tanah bakar.


Nampak wajahnya girang memandangkan aku akan menolongnya. Pkl 6 petang kami kerumah ibu mertua yang tinggal berdekatan dengan rumah baruku. Tertawa ibu mertuaku bila diberitahu yang aku hendak mengambil tanah bakar. Terus aku mengambil cangkul dan mengajak isteriku ke belakang rumah. Nasib baiklah tanah bakarnya masih lembut. Begitu senang aku mengcangkul dan isteriku memasukkan kedalan beg plastik.



Selesai memasukkan tanah kedalam beg plastik maka aku mengajaknya mengambil daun pandan yang begitu banyak di belakang rumah kakak iparku. Cukuplah 3 pokok pandan. Insyaallah kalau hidup segar dan rajin siram maka akan membesarlah ia.


Kami kebelakang ibu mertuaku sekali lagi untuk mengambil anak pokok kari. Memang banyak. Kata ibu mertuaku kalau nak mengambil anaknya mesti menggunakan cangkul dan mengambil dengan akar-akarnya sekali. Kalau boleh akarnya jangan putus untuk memudahkan ia tumbuh dengan segar. Nampak berpuas hati benar isteriku dengan projeknya. Aku mengajaknya pulang untuk menanam pokok yang diambil.


Terus daun pandan dimasukkan kedalam foam dan dimasukkan tanah bakar didalamnya. Isteriku berdoa semoga pokoknya tumbuh dengan segar. Aku mengaminkan sambil tersenyum melihat gelagat isteriku. Aku tahu dia begitu suka sekali.


Aku mengubah pokok kari yang lama lalu memasukkan tanah bakar yang baru. Selepas itu isteriku menyiram kedua-dua pokok dengan harapan ia akan tumbuh dengan segar.
" Terima kasih bang sebab tolong Nah ". Kata isteriku yang nampak begitu seronok sekali. Aku dapat merasai akan keseronokannya.


Moga-moga pokoknya akan hidup dengan segar dan ia akan menjadikan kenangan buat kami berdua sebab inilah kali pertama aku membantunya menanam pokok. Aku juga berjanji yang aku akan membuat rak untuk meletakkan pila pasu bunga di atas rak tersebut. Moga Allah memberiku kekuatan untuk melakukannya. Sudah lama tak bertukang.

Wednesday, March 06, 2013

Nostalgia Menggamit Kembali

Pagi semalam seperti biasa aku dan isteri ke pasar. Sambil berjalan sambil berbincang apa yang hendak di masak.
" Abang nak makan apa tengahari ni. Kita beli untuk esok sama ". Kata isteriku. Aku hanya diam sambil tawaf dan melihat apa yang aku berminat hendak makan.
" Kita beli sotong. Buat masak kunyit. Lepas tu beli sayur pucuk dan takua. Cukup  saja Untuk hari ". Aku berkata kepada isteriku.
" Untuk esok bang ". Tanya isteriku pula. Aku menggaru kepala yang tidak gatal memikirkan untuk makan esok pula.
" Macam inilah. Esok kita buat gulai udang. Nah masuk ubi kentang dalamnya. Macam gulai daging ". Aku mengajar chef. Terus aku memilih udang yang sederhana besarnya. Kami ke tempat sayur pula untuk mencari sayur.

Tiba-tiba aku melihat seorang wanita yangamat aku kenali. Dulu dia merupakan seorang penjual sayur di pasar yang sama. Aku dan arwah Siti Aishah merupakan pelangganya. Anaknya juga satu kelas dengan anak lelakiku. Kadang- kadang kalau dia tak dapat ambil anaknya, kami yang menolong ambil anaknya di sekolah. Tercengang dan tersenyum dia bila melihat aku. Jantung aku terus bergerak kencang. Dia memanggil aku ke suatu sudut. Isteriku tidak menyedari kerana memilih sayur.
" Budiman kahwin lagi satu ka ". Tanya wanita tersebut sambil tersenyum.
" Kak tak marah aihh Budiman kahwin dua ". Sambil bertanya sambil anaak mata mencari sesuatu.

" Aishah tak datang ke. Ohh...sorry terlupa... Budiman datang dengan isteri muda. Aishah sihat ke. Lama tak nampak dia selepas akak tak meniaga. Akak sakit lama juga ". Cerita wanita tersebut.
" Kak. Saya minta maaf....". Sebak juga aku ketika itu. Terlalu berat untuk mengeluarkan kata- kata
" Aishah dah meninggal kak. December 2008 ". Aku cuba control percakapanku tapi airmata tidak dapat menyembunyikan perasaanku.
" Ya Allah. Akak tak tau Aishah meninggal. Sakit apa Budiman ". Tanya wanita tersebut.
" Sihir kak. Santau ". Ringkas jawapanku tapi si kakak tersebut yang kuas menangisnya. Orang ramai terpinga- pinga melihat kami berdua. Isteriku datang kearahku. Mungkin dia juga terkejut

" Laknat sungguh orang yang buat kerja zalim ni. Nerakalah tempat dia ". Kata kakak yang mendayu tangisnya. Aku juga begitu walaupun suara tidak kedengaran namun airmata menggambarkan segalanya. Isteriku hanya terdiam. Aku serba salah takut isteriku terasa bila mengetahui yang sehingga kini aku belum mampu melupakan isteriku. Sudah 4 tahun lebih isteriku mengadap ilahi tapi padaku ia baru saja berlalu.
" Tak apa. Budiman sabar banyak- banyak. Berdoalah untuk Aishah ". Pujuk kakak tersebut. Aku hanya diam. Memori begitu cepat memutarkan kembali kisah lalu.

" Akak doakan semoga Budiman bahagia di samping isteri baru. Cantik dia. Jaga dia elok- elok ". Kata akak tersebut sambil tersenyum bila bersalaman dengan isteriku. Akak terus berlalu pergi manakala aku dan isteri terpaku macam di pukau dengan insiden yang baru berlaku Aku mengajak isteriku pulang dengan segera. Hilang terus mood untuk tawaf lagi. Pulang kerumah aku mengambil wuduk dan solat dhuha sambil berdoa agar ruh Siti Aishah berada dalam rahmat Allah dan Allah merahmati juga dengan kehidupan baruku. Sebab itu aku tidak mahu melibatkan diri dalam jawatan dalam masyarakat. Biarlah aku di perli atau di marah. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang tersirat di hati ini....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...