Teman-teman

Tuesday, April 30, 2013

Burung Puyuh

Aku beli burung puyuh dari seorang rakan yang membelanya. Dijual dengan harga sebanyak 4 ekor RM10. Aku beli sebanyak 8 ekor. 4 ekor lagi aku belikan untuk kedua-dua anakku. Tak sampai hati pula ayah kalau makan yang sedap manakala anak-anak hanya mendengar saja. Rakanku menghadiahkan sebanyak 30 biji telor burung puyuh. Kesemuanya aku berikan kepada anakku. Isteriku baru saja membeli telur burung.


Pulang ke rumah aku meminta isteriku masak kunyit. memang kesukaan semenjak kecil lagi masak kunyit. Masa di kampong ayahku memajak tanah untuk menanam padi. Aku di tugaskan menghalau burung yang datang memakan padi. Aku beli pukat lalu aku hadang di atas batas. Aku biar burung datang. Bila dah penuh aku akan bertempit dan burung yang terkejut akn terbang. Serta merta aku lontar ketul selut di atas. Burung terkejut lalu menjunam kebawah dan akhirnya mereka tersangkut di pukat.


Seronok bukan main aku mendapat burung. Aku minta bapa saudara tolong sembelih. Aku pesiang dan berikan kepada emakku. Aku minta emak buat masak kunyit. Memang sedap masakan emak. 2 pinggan aku makan belum terasa kenyang lantaran kesedapan masakan kunyit. Hari ini aku minta isteriku masak burung puyuh dengan masakan kunyit. Aku teringat minggu lepas isteriku buat ayam masak kunyit. Aku tengok masak kunyitnya agak kering tak berkuah. Kebetulan isteriku keluar.

Apalagi aku pun modified masakannya. Aku masukkan kicap pekat dan sos tiram. Terkejut aku sebab ayam bertukar wajah menjadi warna hitam walaupun berkuah. Aku sudah terbayang bagaimana nanti kalau isteriku melihat masakannya bertukar rupa. Aku terdengar bunyi enjin kereta isteriku. Ahh...dia dah balik...

" Bang...Abang dah rasa ayam masak kunyit Nah ". Tanya isteriku
" Dah...". Ringkas saja jawapanku
" Macam mana rasanya ". Tanya isteriku terus berjalan kedapur. Aku diamkan diri menanti kata-kata bentara guru.
" Ya Allah bang...Pasai apa ayam bertukar warna hitam ". Tanya isteriku kehairanan. Aku hanya tersengeh
" Tadi abang tengok tak ada kuah jadi abang modified sikit entah macam mana bertukar warna hitam ". Panjang lebar aku cerita pada isteriku.
" Hai...susah la kalau orang pandai masak ni. Asyik modified ". Kata isteriku sambil merasa hasil ubah suaiku.
" Sedap juga no abang modified ". kata isteriku sambil tersenyum.
" Yess....". Lega aku mendengar. Dia tak marah. Terpaksa aku habiskan sebab dah gatal modified.

Hari ni awal-awal lagi isteriku sudah bagi warning
" Jangan abang tukar pula burung puyuh jadi coklat ". Perli isteriku. Aduhhh...Pedih....Bisa...Tajam menusuk ke kalbuku. He he. Apa pun semoga kami bahagia.....no...

Menghilangkan Keletihan

Hari Sabtu yang lepas isteriku begitu sibuk di dapur menguruskan masakan untuk berniaga di pasar malam. Sesudah subuh dia sudah masuk kedapur. Aku beritahunya sementara dia memasak aku nak ke sungai mencari anak batu. Tujuannya untuk kegunaanku mengurut kaki dan tapak kaki. Batu yang lama sudah pecah akibat terjatuh. Mendengar aku nak ke sungai terus dia meminta agar aku menunggunya selesai memasak sebab dia hendak mengikut bersama. Katanya nak berendam dalam air yang sejuk sebelum ke pasar malam. Terpaksa aku menanti isteriku selesai masak.


Jam 10 pagi isteriku telah selesai memasak. Cepat juga dia memasak. kami terus kesungai dengan motosikal. Ia lebih mudah sebab jalan nak ke sungai agak sempit dan ia hanya untuk laluan satu kenderaan saja. Inilah sungai yang penuh dengan kenangan sewaktu aku di alam remaja. Tempat kami bermain. Memandangkan kawasan air terjun ini merupakan tumpuan ramai walaupun ketika kami sampai tiada orang namun ianya pasti akan di kunjungi orang.


Aku membawa isteriku ke atas sedikit. Tempat aku dan arwah Siti Aishah bersantai. Aku pernah membawa isteriku ke sini. tempatnya amat sesuai untuk orang berkeluarga. Anak muda tidak suka tempat ini sebab mereka tidak boleh terjun dan berenang. Ianya pula ke bawah dan orang yang lalu lalang tak nampak sangat. tepat jangkaanku. tiada siapa di sini. Aku dan isteri terus masuk kedalam. Memang nyaman dan menyegarkan. Isteriku terlalu suka hingga tak terasa masa berlalu begitu pantas sekali. Menjelang waktu zohor kami pulang kerumah untuk persiapan ke pasar malam pula. Sungai yang berdekatan dengan rumahku menjadikan ianya begitu mudah dan seronok bila terasa nak mandi di sungai.

Monday, April 29, 2013

Akibat Tertinggal Talipon Bimbit

Seperti biasa selepas solat Jumaat aku pasti akan menziarhi pusara ibu bapaku, isteri serta anakku. Ketika berjalan memasuki perkuburan aku menerima panggilan talipon dari rakan. Aku terus berbual sehingga tiba di pusara isteriku. Aku duduk berbual sambil mencabut rumput yang tumbuh. Agak lama aku tidak datang dek kesibukan bertugas. Rumput sudah mula memenuhi pusara isteriku. Aku mencabut sedikit demi sedikit. Matahari begitu terik sekali. Terasa bahang membakar kulit aku. Itu baru matahari. Belum lagi api di neraka Allah. Akhirnya aku mengambil keputusan bila aku off duty akan aku datang waktu pagi membersih pusara isteriku. Aku terus membaca ayat-ayat suci Al Quran lalu aku sedekahkan kepada isteriku. Aku juga tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipertemukan kami di akhirat kelak. Selesai membaca doa aku berjalan menuju pusara ibu serta ayahku. pusara mereka diletakkan bersebelahan. Mudah untuk kaum keluarga datang ziarah. Aku juga sedekah ayat suci al Quran kepada mereka. Akhirnya aku ke pusara anakku. Aku sedekah Al Fatihah untuknya.

Selesai saja aku terus pulang ke rumah. Isteriku menghidangkan nasi bersama sambal tumis jawa kegemaranku. Sudah cukup bagiku. Aku makan tidaklah banyak sangat dan tak pernah bertambah pun. Sebab itu aku tidak kisah samada isteriku masak sedap atau tidak. Entah kenapa bila aku makan sedikit saja sudah kekenyangan. Berat badanku pun semakin menurun. Seluar semakin longgar dan terpaksa di kecilkan pinggangnya. Cehwahhh....Nak bagi tahu sudah kuruslah tu.

Selesai solat maghrib baru aku perasan dan tercari-cari di mana talipon bimbit aku. Akhirnya baru aku teringat yang aku telah letak talipon bimbitku di atas pusara isteriku ketika mencabut rumput. Kalau nak ambil esok ia begitu penting sebab jika ada berlaku breakdown pegawai akan menalipon nombor yang ini. Kalau aku ambil juga malam itu nescaya aku pasti akan bertembung dengan sesuatu. Itulah yang aku fikirkan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambilnya. selepas maghrib aku baca Al mathurat dulu dan terus aku menuju ke perkuburan. Pagar tak berkunci. Aku sudah dapat melihat benda tu berlegar-legar. Aku memberi salam dan terus masuk

Terpaksa aku buat tak tahu benda di sekelilingku. Akhirnya aku tiba juga di pusara isteriku. Alhamdulillah. Talipon bimbitku masih di situ. Aku check dan terdapat 1 missed call. Bila aku menutup kembali talipon bimbitku entah dari mana datangnya terus tercegat di depan aku.
" Allahu Akbar....." Aku menjerit terkejut dan terus berlari menuju ke pintu pagar.
Aku dapat melihat yang ada beberapa benda mengikut aku. Aku baca ayat suci Al Quran lalu aku henmbus di sekelilingku. Pucat juga aku memenadangkan malamnya pula aku bertugas giliran malam dan isteriku keseorangan di rumah. Aku pula tidak beritahu isteriku nak ke kubur. Kalau di beritahu nescaya dia tak mengizinkan aku ke sana.

Kini sudah beberapa hari aku asyik bau kapur barus saja. Entah dari mana datangnya. Aku rasa lain kali kalau tertinggal benda apa di dikubur, aku tak akan pergi lagi. Banyak dugaan dia. Aku pun bukannya berani sangat. Waktu siang memang nampak kemas dan bersih. Waktu malamnya pula begitu menyeramkan walaupun rumah ada disekeliling. Kalaulah isteriku tahu aku kesana sudah tentu aku kena tazkirah panjang.....

Saturday, April 27, 2013

Ikan Semilang

Aku tugas malam. Jam 7 pagi selalunya aku keluar mencari kuih. yang pastinya aku mencari ikan semilang. Kadang-kadang aku makan di tempat kerjaku dan kadang-kadang aku bungkus untuk tengahari. Pagi ini aku bungkus untuk makan bersama nasi tomato. Tauke kedai sudah tahu aku akan datang dan menyimpan sebanyak 2 biji. Katanya dia bagi special price padaku. RM5 untuk 2 biji. Murahlah tu.


Entah berapa minggu lagi aku dapat merasai ikan semilang fresh sebelum aku ditukarkan kerjaku kembali ke Penang dan berdekatan dengan rumahku. Ia di jual oleh pengail ikan. Kalau beli di pasar ikan ini akan berbau sedikit. Kalau ikan yang fresh ia akan merasa manis. sebab itu aku suka beli di sini.

Banner Oh Banner

Ramai di kalangan customner isteriku memberi cadangan agar meletakkan nama supaya mereka senang beritahu rakan-rakan jika ada yang bertanya. Kadang-kadang mereka tercari-cari kalau tidak berjumpa dengan aku,. Good idea. Terus aku buat banner dan inilah hasilnya. Aku masukkan kedalam FB. Ramai rakan-rakan setuju dengan cara ini. Jadi kalau ada pembaca yang datang ke Pasar Malam Bayan Lepas pada hari Sabtu carilah banner ini.


Aku gelihati bila seorang friend aku di FB berkata. " Nasib baik tak letak nama Kak Rosmah ". Betul betul. Hanya satu huruf saja andai di tukar akan membezakan isteriku. Apakah huruf itu....Selamat datang ke gerai Nasi Tomato Kak Rosnah. kami menanti anda....

Tuesday, April 23, 2013

Ragam - Ragam Di Pasar Malam


Walaupun aku keletihan standby untuk penamaan calun pilihanraya dan perutku kekosongan dari tengahari akibat terlalu sibuk. Aku gagahi juga bila pulang terus ke pasar malam untuk membantu isteriku. ketika suasana masih lagi awal dan pelanggan masih tidak ramai aku order koay teow goreng bersebelahan gerai isteriku. Aku memang suka mee dan koay teow goreng mereka. Ianya basah dan sedap. Perut pun memang lapar jadi makan pun bersemangat la.


Inilah pelanggan tetap isteriku. Setiap sabtu sudah pasti dia akan berada dibelakang gerai isteriku menanti sesuatu. Walaupun kami tidak membela kucing namun isteriku amat menyayangi kucing. Disediakan 2 ketul ayam goreng untuk kucing ini. Setelah mendapat 2 ketul ayam kucing tersebut terus berlalu pergi. Aku begitu memuji orang yang suka kepada binatang. Aku masih ingat sahabat baik aku amat menyayangi kucing. Nama turut diberi kepada kucing-kucingnya. Antara yang aku ingat ialah Bibah dan Bokyeng. Kadang-kadang bila aku bertanya kabar tentang dirinya sudah pasti kucing kesayangannya tidak terlepas dari pertanyaanku. Aku teringat akan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairoh, Rasulullah saw pernah bersabda, " Suatu ketika seorang lelaki yang melakukan perjalanan sangat kehausan. Ia turun kesebuah sumur lalu minum air dari situ. Pada saat dari tempat itu, ia melihat seekor anjing menjilati lumpur kerana merasa haus. Lelaki itu berkata, Anjing ini sengsara kerana persoalan yang sama denganku. Lalu ia turun kembali ke dalam sumur mengisi sepatunya dengan air, menggigitnya dengan giginya dan memanjat dinding sumur, kemudian memberinya minum dengan air itu. Allah berterima kasih atas perbuatan baiknya dan memamafkannya. Orang-orang bertanya , Ya Rasulullah, apakah kami diberi pahala bila melayani haiwan ?"
Rasulullah saw menjawab, " Ya..melayani keperluan makhluk hidup memperolehi pahala ".


Dari jauh pula kelihatan seorang lelaki membawa fail untuk meminta derma. Setiap orang yang lalu akan disapanya dan meminta derma. Kertas yang dibawanya bersama begitu lusuh. Pakaiannya juga tidak begitu kemas. Waktu maghrib dia masih lagi kehulu dan kehilir meminta derma. Banyak juga duit yang didapatinya. Aku kira rakyat Malaysia ini memang berhati mulia. Peminta sedekah juga begitu banyak yang datang untuk meminta. Bagi aku kalau siapa yang nak memberi sedekah berilah. Kalau tak nak beri jangan dimarahi atau mengherdik mereka. Bab kita sudah lepas dan Allah akan memberi pahala kepada kita.Dalam surah Al Baqarah ayat 263, Allah berfirman yang bermaksud, " ( Menolak peminta-peminta sedekah ) dengan perkataan yang baik dan memaafkan ( kesilapan mereka ) adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi " dengan perbuatan atau perkataan yang ) menyakitkan hati dan ( ingatlah ) Allah maha kaya lagi maha penyabar ".


Ibubapa yang mempunyai anak kecil janganlah membawa mereka ke pasar malam bila waktu maghrib. ketika itulah makhluk berkeliaran. Ada satu keluarga membawa anaknya waktu maghrib. Ada makhluk yang berminat dan nak bermain dengannya. Anaknya menjadi takut lalu menangis. Si ibu memberi anak patung kepada anaknya. Makhluk tersebut bertambah minat lalu tidak berganjak. Anaknya semakin menangis dan si ibu hanya menepuk anaknya sambil melihat makanan. Biarlah selepa solat baru kita keluar.

Kuala Lumpur

Insyaallah aku dan isteri jika tiada halangan akan berada di KL pada 17 Mei - 20 Mei. Kalau ada rakan- rakan yang nak berjumpa boleh saja. Kami akan menetap di Citin Hotel di Masjid India. Sudah tentu Pasar malam di Jalan TAR menjadi idaman. Ronda- ronda di Midvalley, Amcorp Mall, Kajang dan tempat-tempat yang lain. Isteriku sudah beritahu nak ke IKEA. Moga perancangan kami Allah izinkan. Sebelum aku berada di UNITEN untuk tempuh yang panjang, aku akan habiskan masa bersama isteriku. Semoga di permudahkan

Monday, April 22, 2013

Tersentuh Hati

Aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Rutin aku selalu ialah check hp samada mesej yang masuk aku tidak dapat mendengarinya. Tepat jangkaanku. Mesej dari anak lelakiku yang dihantar pada jam 4 pagi. Apa hal pula dengannya. Kalau tak ada perkara mustahak sudah tentu dia tidak hantar mesej. Dalam mesej berkata yang dia sakit pinggan dan meminta aku membawa ubat. Selepas solat aku talipon bertanya kabar. Katanya memang masih terasa kesakitan. Aku berjanji akan membawanya ke klinik pada pukul 9 pagi. Sebelum ke klinik biar dia makan ubat dulu tapi kalau perut kekosongan tidak digalakkan memakan ubat. Lebih-lebih kalau ubat tahan sakit.

Aku ke dapur lalu membuka periuk nasi. Nasi semalam yang dimasak isteriku tidak disentuh. Baru teringat yang semalam kami makan Char Koay Teow. Aku membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sambal tumis yang aku simpan. Sengaja aku buat lebih. Ia mudah sebab kalau nak makan boleh panaskan saja. Niat di hati aku nak beri kepada anak lelakiku sebelum dia makan ubat. Aku tumis bawang terlebih dahulu lalu aku masukkan sambal tumis + kicap manis + sos tiram. Resepi inilah yang aku gunakan sewaktu bersama dengan arwah Siti Aishah. Isteri serta kedua-dua anakku amat menggemari nasi goreng resepi aku ini.


Setelah siap di goreng aku meminta isteriku Rosnah merasa nasi goreng special bagi aku dan anak-anakku.
" Sedap bang nasi goreng ni ". Alhamdulillah. Aku minta isteriku goreng sebiji telur dan memintanya masukkan bersama nasi di dalam tuppaware. Jam 9 pagi aku kerumahku yang pertama. Bila anak aku masuk kedalam kereta aku berikannya nasi. Anak aku terus makan. Seronok aku melihatnya makan. Teringat bila balik sekolah kepenatan sudah pasti nasi goreng ayahnya yang dicari.

" Sedap nasi goreng ni. Siapa goreng ayah ". Tanya anakku.
" Ayah goreng. Ayah masuk sambal tumis dalam nasi ". Kataku
" Patutla sedap...lama tak makan nasi goreng ayah ". Kata anakku. Aku terdiam. Airmataku hampir jatuh namun aku mampu menahannya. Kasihan anak-anaku. Merindui ibu mereka yang telah pergi dan merindui ayah mereka yang jauh dimata. Anakku terus menghabiskan nasi goreng. Sekejap saja sudah habis nasi dalamm tuppawre. Isteriku pula buatkan air gano untuk anakku. Katanya tidak bagus minum Nescafe. Aku mengikut saja.

Selesai check up di klinik aku hantar anakku pulang kerumah untuk berihat.
" Terima kasih ayah ". Ucap anakku sambil mencium tanganku.
" Sama-sama. Jaga diri baik-baik ". Pesan aku kepada anakku. Semoga anak-anakku dalam peliharaan Allah. Ya Allah. Tabahkanlah hati kami dengan ujianmu ini. Peliharalah kedua-dua anakku. Gembirakanlah hati mereka ya Allah

Saturday, April 20, 2013

Selidikilah Berita Dari Orang Fasik

kelmari aku solat Jumaat di sebuah masjid. kebetulan khatib yang menyampaikan khutbah ialah Dr Danial. Beliau tidak asing lagi pada kita. Kita boleh lihatnya dalam program Al Kuliyyah di TV9. Terus aku rakam menggunakan mp3. Bagus juga isi khutbah. Kita berlumba-lumba mencari takwa dan bukannya karun. Beliau juga mengingatkan tentang isu menjelang pilihanraya tenatng begitu banyaknya fitnah. Aku ke youtube dan aku paparkan juga di blog ini. Semoga mendapat manfaat dari pembaca sekelian.

Haruskah Aku

Aku pernah berkata kepada isteriku sebelum aku ke UNITEN untuk belajar selama 1 1/2 tahun aku akan membawanya pusing-pusing di KL. Pernah aku cerita padanya juga semasa aku kursus di Bangi aku berjalan-jalan di Midveli, Amcorp Mall dan TAR. Yang paling aku seronok ialah di TAR. Semua ini berkat pertolongan sahabat baik aku. Sanggup dia turun ke kajang sekaligus mengajar aku cara-cara menggunakan Komuter, LRT. Terus terang aku katakan yang aku memang blur dengan semua itu.

Seminggu yang lepas aku ke UNITEN untuk sesi temuduga. Dari Kajang aku sendirian menuju ke Midveli. Alhamdulillah aku telah melepasi rintangan ini. Kemungkinan selepas pilihanraya aku dan isteri akan ke KL. Teringin juga hendak bertemu rakan-rakan dan bloggers KL kalau ada perjumpaan. Tapi aku tidak sampai hati bila membaca kata-kata anak gadisku di FB. katanya kalau ada emak kan best.

Aku memang tak boleh melihat dan mendengar anak-anak aku bersedih sebab akulah yang paling sedih. Aku tahu mereka kesunyian kehilangan emak dan ayah pula berjauhan. Kalau sekali fikir ingin saja aku membatalkan hajat membawa isteriku ke KL. Tapi mungkin isteriku yang akan bersedih sebab akan berjauhan dengan aku selama 1 1/2 tahun. Malam tadi aku pulang kerumah berjumpa anak gadisku. Aku mengajaknya ke KL denganku memandang anak gadisku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Januari 2014.

Kalau dia bersetuju insyaallah kami akan kesana. Aku tahu anak gadisku memang teringin sangat nak ke KL. Pernah dia berkata yang auntie nak bawanya ke spa. Baik sungguh auntie. Tapi itu dulu. Mungkin kini auntie sudah berkeluarga dan aku berkata kepada anak gadisku jangan diganggu kehidupan auntie. Planning kami ialah pertengahan bulan Mei. Moga-moga aku dapat membuatkan dua insan ini gembira. Ya Allah permudahkan kami. Terima kasih tak terhingga kepada sahabat baikku yang banyak mengajarku tentang kehidupan di KL. Moga Allah merahmati keluarganya dan moga Allah tempatkan kedua-dua ibu dan ayahnya bersama para solihin.

Friday, April 19, 2013

Bubur Pulut Hitam

Selalunya bila aku kerja shif pagi dan bila pulang dari kerja sudah pasti aku singgah di warung untuk membeli kuih muih. Bermacam jenis kuih yang di jual. Kelmarin petang aku kerja pagi dan seperti biasa bila pulang aku sekali lagi singgah di warung. Sengaja nak melihat. Manalah tahu kalau ada yang berkenan dan membuka seleraku.

Apa yang membuatkan airmukaku berubah ceria ialah bila terpandang bubur pulut hitam dan bubur kacang yang di jual. Sebungkus harganya RM2. Aku cukup suka dengan bubur pulut hitam dan bubur gandum. Bila pulang terus aku mengambil mangkuk dan memasukkan bubur kedalamnya. Ketika melihat bubur entah kenapa fikiran aku melayang teringat akan sahabat baikku yang terpisah. Masing-masing membawa haluan. Dia juga meminati bubur pulut hitam dan bubur gandum. Gambar yang di hantar ketika memakan bubur pulut hitam masih lagi tersimpan. Apa kabar dirinya sekarang. Masihkah dia mengikuti perkembanganku di dalam blog ini. Ahh...mustahil. Aku doakan semoga dia bahagia.


Habis Madu Sepah Dibuang

!6 April 2013 - Selasa. Aku dan isteri telah menghadiri ceramah agama di masjid kariahku. Kali ini ceramah diadakan di perkarangan masjid. Aku dan isteri membawa tikar. Seronok dapat mendengar ceramah agama bersama. Tokoh yang dibawa ialah seorang pakar Motivasi dan kaunseling yang terkenal di TV Al Hijrah. Beliau ialah Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah.

Tajuk pula tentang trend perkahwinan masa kini. Ini sudah tentu melibatkan suami isteri. Ramai juga yang hadir mendengar. Aku membawa mp3 untuk merakam ceramah beliau. Akhirnya aku upload ke Youtube. Di blog ini aku turut paparkan ceramah yang telah aku rakam. Semoga pembaca semua mendapat manfaatnya dengan ceramah yang baik ini. Selamat mendengar.

 

Thursday, April 18, 2013

Jangan Suka Menghina

Dulu dia merupakan seorang penagih. Ramai yang memusuhi dan menghinanya. Bila penduduk kampong kehilangan barang sudah pasti namanya yang disebut. Sudah beberapa kali aku bergaduh dengannya. Sudah beberapa kali aku melontar batu kearahnya. Kampong kami telah dijadikan markas penagih. Aku dan rakan telah berpakat akan belasah mereka bila mereka datang pada waktu malam. Tepat jangkaan kami. Ketika sedang khayal kami pukul mereka dengan kayu. Lari lintang pukang mereka termasuk pemuda ini. Dia tahu siapa punya angkara. Esok dia datang mencari aku. Hampir kami bertumbuk kalau tidak dihalang rakan-rakan. Masing-masing berdendam.

Kini masa sudah berlalu. Bila sudah meningkat umurnya pemuda ini telah menampakkan perubahan. Dia sudah mula berjinak dengan masjid. Dengan berkopiah dan kain pelikat di sendeng atas bahunya dia berjalan menuju ke masjid. Tugasnya ialah mengambil penyodok lalu mencari tahi cicak dan membuangnya. Aku juga melihat rakannya juga ke masjid. Pernah aku dan rakan membelasah rakannya hingga termuntah. Aku terus kearah mereka dan bersalaman. Tiada siapa yang mengungkit kisah lampau. Aku dan rakan pernah melonggarkan skru basikal kepunyaan rakan pemuda ini. Akibat dari perbuatan kami rakannya jatuh tersungkur bila tayar basikal tercabut. Aku dan rakan-rakan tertawa bagai nak pecah perut kami. kami juga berdosa. Aku pernah meminta maaf dari rakannya tentang perbuatan kami. Bersahaja saja airmukanya memaafkan kami.
" Man...macam nilah kami. Kami nak berubah tapi tak boleh tahan Man kalau tak dapat ubat ". Kata pemuda ini. Rakannya hanya mengangguk saja. Cengkung nampak rakannya tapi nampak keikhlasan dalam solat mereka malah lebih ikhlas dariku.

" Tak apa la. Memang secara mendadak nak berhenti agak susah tapi hang boleh cuba kurangkan pengambilan. Yang penting jangan tinggal solat sebab solat banyak membantu kepada perubahan. Aku pun macam hang juga. Aku nak ubah diri aku ". Aku berkata kepada mereka. Kalau ada kuliah aku melihat mereka pasti mendengarnya. Hari tu dalam kuliah menekan bab taubat nasuha. Aku melihat pemuda ini menyapu airmatanya. Mungkin telah timbul keinsafan. Aku turut terharu melihat mereka. Allah telah meniup hidayah kepada mereka.

Aku masih ingat ketika berkumpul bersama rakan-rakan yang lain sambil bermain gitar di tepi jalan. Melhat kelibat pemuda ini rakan-rakan sudah perli dengan kata-kata yang menghina. Nak cari ubat la. Jantan jalang la dan bermacam-macam lagi. Tapi dia datang bersahaja dan terus menceritakan tentang kuliah yang didengarnya mengenai bab meninggalkan solat dan azab yang menanti. Rakan-rakanku tertawa sambil berkata yang pemuda ini telah khayal. Akhirnya aku membuat keputusan menjarakkan diriku dari kumpulan ini sekaligus membuatkan ibu dan ayahku gembira. Kalau tiada muadzin ayahku menyuruh aku azan. Aku tahu ayahku amat gembira dengan perubahanku. Aku bukan lagi suka melepak bermain gitar di tepi jalan.

Dua hari yang lepas aku mendapat khabar yang pemuda ini telah kembali menemui ilahi. Apa yang membuat aku tersentuh ialah bila melihat jenazahnya yang berseri dengan senyuman. Tanpa disedari airmataku mengalir. Aku berkata didalam hati adakah ini dinamakan Bihusnil Khatimah iaitu penyudah yang baik. Aku melihat rakannya yang berjinak dengan masjid dan kuliah hanya menundukkan kepalanya. aku bersalaman dengannya. Aku melihat airmata bergenangan. Aku tidak sanggup melihatnya lalu menepuk bahunya dan bersalam dengan yang lain. Rata-rata masih menceritakan sebab kematian sekaligus membuat andaian punca kematian akibat najis dadah. Selamba saja mereka tertawa padahal masih lagi di rumah mayat.

Aku begitu insaf dengan peristiwa ini. Padaku janganlah kita sekali-kali menghina mereka walaupun kita tahu latar belakang mereka. Jangan kita anggap mereka umpama syaitan sedangkan kita tidak tahu jikalau Allah meniupkan hidayah kepada mereka, mungkin mereka lebih baik dari kita. Amalan mereka mungkin diterima Allah tapi amalan kita kosong. Penyudah mereka mungkin penyudah yang baik tapi penyudah kita belum kita tahu. Hari ini kita islam. Entah esok kita menjadi kufur. Sama-samalah kita berdoa kepada allah agar mereka yang mencari kebenaran akan menerima hidayah dari Allah. Kita juga berdoa kepada Allah semoga Allah tidak menarik kembali hidayah setelah memberinya kepada kita.

Wednesday, April 17, 2013

Sambal Tumis VS Pak Tongko

Awal-awal lagi isteriku mengajak aku menemaninya ke pasaraya Mydin untuk mencari barang untuk berniaga. Jam 9 pagi kami keluar menuju ke Mydin. Memang barang di Mydin jauh lebih murah dari pasar dan sayur-sayurnya juga segar. Alhamdulillah kami merasa begitu tenang dengan keadaan yang tidak sesak. Mungkin masih awal lagi. Selepas membayar sedar-sedar jam sudah pukul 12 tengahari. Perut pula terasa lapar. Maklum la pagi tidak menjamah apa-apa. Nasib baik bersebelahan Mydin ada foodcourt jadi di situlah kami makan pagi merangkap tengahari. Bila perut kelaparan maka makanan sudah tentu menjadi sedap.


Sebelum pulang kerumah isteriku membeli Pak Tongko. Lama katanya tidak makan. Tiba-tiba terasa teringin nak makan pula. Di jual dengan harga 3 biji untuk RM1. Isteriku membeli sebanyak RM3.
" Bang..Pak Tongko ni kalau makan dengan sambal tumis jawa memang sedapkan ". sambil mengerlin g kearah aku. Aku tertawa gelihati.
" Ala..tau la. Nah nak minta abang buat sambal tumis ". Tertawa dia bila aku tahu maksud kerlingannya. Bila pulang aku tahu dia akan terus menetak ayam dan disimpan di dalam peti sejuk. Badan sudah tentu keletihan. Jadi biarlah aku yang masak kali ini.


Selepas solat zohor aku terus masuk kedapur. Maka keadaan di dapur mula berbunyi bising bila aku masuk. Biasa la kalau orang jantan buat kerja kan. Setelah ready semua, aku pun mula menumis..
" Wanginya kalau tuan dia sendiri yang buat. Nah buat tak wangi macam ni ". Puji isteriku. Aku kembang la sekejap dengan pujian isteri. Akibat terlebih makan puji maka sambal tumis aku sedikit masam. Setelah isteriku selesai membelah ayam maka dengan cepat sekali dia mengambil sambal tumis lalu memcicah dengan pak tongko. Diam saja isteriku.
" Macam mana rasa sambal tumis abang ". Aku bertanya untuk kepastian. Maklum la chef yang makan.
" Sedap..sedap...". Kata isteriku sambil membuat thumbs up.
" Masam sikit tu. Abang terlebih masuk asam jawa. Tu la Nah puji sangat ". Aku berkata. Isteriku terus tertawa.



" Tu la...Abang ni pantang sikit kena puji dah lari resepi ". kata isteriku. Aku turut tertawa. Terus aku masukan kembali sambal tumis dan modified sikit. Maknanya kena tambah cili la. Selepas siap aku minta isteriku merasa.
" Ha...ni baru terbaik ". kata isteriku. Akhirnya Pak Tongko atau chakui dengan begitu cepat kehabisan. Tak terasa cicah dengan sambal tumis.

Monday, April 15, 2013

Pada Syurga Di Wajahmu

Siti Aishah. Perkahwinan kita bukan atas dasar cinta. Ia hasil dari pencarian seorang ibu bila anaknya sudah mahu berumahtangga. Bila menatap wajahmu entah kenapa hatiku menjadi begitu tenang. Senyum manismu ketika kita dialam pertunangan tidak mampu aku buang. Akhirnya kita sah menjadi suami isteri. Pandai engkau mengambil hati ibuku dan dalam masa yang sama engkau tidak melupakan ibumu. Siti Aishah...saat yang paling menggembirakan hati ini bila dirimu disahkan positif mengandung anak kita yang pertama. Aku menjagamu dengan penuh kasih sayang. Engkau bakal melahirkan zuriatku.

Saat yang ditunggu telah tiba. Doktor beritahu yang dirimu harus di bedah untuk menyelamatkan anak kita yang hampir lemas. Terus aku menandatangani surat. Akhirnya kita telah di kurniakan seorang anak perempuan. Akulah orang yang paling gembira. Berita dari doktor amat merisaukan aku. Engkau terpaksa tinggal di hospital untuk mencuci luka hasil dari pembedahan. Aku berjumpa doktor meminta agar aku sendiri yang akan mencuci lukamu dirumah. Sekali lagi aku diminta menandatangani. Alhamdulillah. Lukamu sembuh dan anak kita semakin dewasa.

Selang 2 tahun engkau didapati positif lagi. Doktor sudah beritahu yang engkau perlu dibedah. Sedih aku mendengarnya. Engkau berkata demi untukku engkau sanggup bekorban sakit. Mengalir airmata ini mendengar kata- katamu. Akhirnya lahirlah seorang anak lelaki. Sekali lagi aku mainkan peranan mencuci lukamu dirumah. Aku masih ingat akan kata-kata doktor yang engkau begitu bertuah mendapat seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Kembang hidungku ketika itu. Banyak suka duka kita bersama sewaktu membesarkan anak-anak.

Selang 3 tahun kemudian engkau didapati positif lagi. kali ini doktor berjumpa dengan agak lama. Rahimmu perlu diikat kerana termasuk ini engkau harus di bedah sebanyak 3 kali. Ini membahayakan dirimu. Engkau menangis sebab tidak dapat lagi memberi zuriat padaku. Aku memujukmu dengan berkata
" Tak apa la Siti. 3 orang anak yang Siti bagi dekat abang sudah memadai. Kita jaga depa elok-elok ". Aku masih ingat lagi kata-kata itu. Akhirnya engkau mengalah dan mengizinkan rahimmu di ikat. akhirnya Allah anugerahkan kita seorang anak lelaki tapi kata doktor anak kita tidak dapat balik lagi sebab ada masalah. setiap hari kita melawat anak kita. Bila dipanggil namanya Asyraf dia membuka mata dan tersenyum. Walaupun engkau masih sakit tapi dengan senyuman seorang anak seolah-olahnya engkau tiada kesakitan langsung. Masuk hari yang ke 17 nurse menaliponku. Bergegas aku ke hospital. Doktor beritahu yang anak kita telah dijangkiti oleh kuman.

Aku pulang keruma seolah-olahnya tiada apa yang berlaku. Engkau menanti dengan penuh debaran bila anak kita dibenarkan pulang. Engkau terlalu merindui anak kita. Akhirnya aku tidak dapat menyembunyikan lagi perasaanku. Aku menangis di hadapanmu. Dengan segera engkau mengajak aku ke hospital. Hari 18 doktor menalipon aku mengatakan anak kita kritikal. kita bergegas kesana dan bila tiba doktor beritahu yang anak kita telah meninggal dan menanti waris untuk mereka menutup alat bantuan. Engkau jatuh terduduk menerima berita itu. Aku begitu sedih dengan apa yang engkau tanggung.
" Bang..anak kita dah tak ada. Siti tak dapat lagi bagi abang anak. Abang jangan tinggalkan Siti bang ". kata-kata itulah juga membuatkan aku menangis didal wad.
" Demi Allah Siti. Abang tak akan tinggalkan Siti. Kita masih ada 2 orang anak lagi. Terima kasih abang atas pengorbanan Siti ". Walaupun kata-kataku ini sedikit sebanyak mententeramkanmu tapi aku tahu betapa siksanya engkau menanggung dugaan ini. Hanya imanlah yang membuatkan dirimu dapat dikawal.

Masihku ingat betapa gembiranya dirimu bila kita memiliki rumah sendiri walaupun kecil tanpa kita sedari ini merupakan detik-detik kita akan berpisah buat selama-lamanya. Kita telah melibatkan diri dengan masyarakat, surau dan juga politik. Kita tidak pernah memusuhi sesiapa. Kita berbaik dengan masyarakat dan bersangka baik tapi kita tersilap Siti. Sesetengah orang tidak berfikiran seperti kita. Petengahan tahun 2008 engkau mula berubah. Engkau batuk-batuk dan mengeluarkan darah yang pekat. Aku membawamu ke hospital untuk berubat tapi tidak dapat dikesan. Aku menjadi buntu. Darahmu semakin banyak. Kadang-kadang engkau meracau.

Aku tidak tahu apa jenis penyakit yang engkau hadapi. Engkau dibenarkan pulang. Ketika berada dirumahmu datang seorang wanita yang pandai berubat. Dia memandang diriku.
" Budiman...Isteri kamu ni kena santau ". Tiba-tiba baru aku tersedar dan terkejut melihat darah yang begitu banyak.
" Depa tutup pintu hati hang ni. Sebab tu la hang jadi buntu ". Terus dia mengarah aku berjumpa seorang ustaz. Kata ustaz isteriku terlalu parah. Walaupun berubat keadaan dirimu seperti biasa juga. Akhirnya aku membawamu ke bumi Kelantan untuk berubat tanpa aku ketahui itulah kenangan terakhir kita berdua. Bayangkan ketika menaiki firefly engkau tersenyum melihatku tapi ketika pulang ke penang engkau tidak mengenali dirimu sendiri. Mengalir airmataku bila melihat keadaanmu ketika berada diatas kapalterbang. Aku tahu aku akan kehilanganmu buat selama-lamanya. Aku memegang tanganmu. Aku letak tanganmu didadaku sambil menangis teresak-esak.
" Siti jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa Siti ". Engkau mengalir airmata sambil menahan batukmu.

Atas nasihat ustaz engkau diminta merujuk ke hospital sebab sudah habis ikhtiar yang allah beri padanya. Aku menangis memelukmu bila melihat begitu banyak wire yang telah dipasang pada dirimu. Ketika aku masuk kedalam engkau membuka topeng yang menutup hidungmu. Engkau memegang tanganku.
" Bang..Siti minta ampun dan maaf banyak-banyak pada abang. Kalau Siti tak ada abang kahwin la lain. Terima kasih banyak-banyak bang kerana tolong Siti selama ini. Siti sayang abang. Abang seorang suami yang baik. Bang...Siti rindu dekat Zinnirah ". Aku menangis memeluk dirimu. Aku tidak mampu mengeluarkan perkataan. Setelah engkau berjumpa dengan anak lelaki engkau terus koma. Akhirnya doktor mengesahkan yang seluruh organ dalamanmu telah rosah. ia hasil dariperbuatan khianat manusia yang berhati binatang.

Tanggal 18 December 2008 engkau pergi buat selama-lamanya. Engkau membawa segala memori kita. Engkau bawa segala kegemaranku. Engkau pergi disaat kami amat memerlukan dirimu. Disaat aku memberi kucupan terakhir sebelum kain kapan ditutup aku telah bisikan sesuatu kepadamu.
" Abang telah ampunkan Siti. Abang redho Siti pergi. Tempat Siti adalah di syurga ". Beberapa kali aku mengucup dirimu. itu merupakan kucupan terakhir dari seorang suami.Terlalu berat rasanya hendak berpisah dengan dirimu. Sejak pemergianmu aku menjadi seorang yang tidak banyak bergurau. Hanya kepada Allah saja tempat aku mengadu.

Rosnah...Kita berkahwin juga bukan atas dasar cinta. Aku masih ingat ketika aku berdoa kepada Allah andaikata aku bertemu jodoh biarlah isteriku mempunyai perwatakan yang sama sepaerti Siti Aishah. Malamnya aku bermimpi aku dan anak-anakku menangkap ikan.
" Ayah...ayah ikan tu jinak. Tangkap ayah ". Kata anak gadisku. Akhirnya aku mengambil penyauk lalu menyauk ikan-ikan itu. Pada waktu malamnya aku ke pasar malam. Aku tidak tahu apa makanan yang harus aku beli. Entah kenapa aku berdiri dihadapan geraimu lalu meminta nasi tomato untuk diriku dan anak-anak padahal sebelum ini aku tidak pernah singgah geraimu. Engkau tersenyum sewaktu menghulurkan nasi kepadaku.

Keesokkan harinya seorang sahabat Siti aishah menaliponku lalu menyebut namamu. Aku tertawa sebab aku tahu sudah tentu engkau menolak diriku kerana telah beberapa orang yang telah engkau tolak sebelum ini. Akhinya aku mengalah dengan sahabat ini lalu mengizinkan mereka merisik dirimu. Engkau memberi tempuh selama seminggu untuk jawapan. Aku tergamam bila diberitahu yang engkau menerima aku untuk menjadi suamimu. Akhirnya kita disatukan. Ini bermakna aku harus berpindah kerumahmu. Saat aku kelaur dari rumahku hatiku terlalu sayu meninggalkan kedua-dua anakku.

Aku sering berkhayal. Aku menjadi seorang yang serius. Aku tahu engkau mneyedari kesemua itu. Kadang-kadang hati aku berkata adakah aku telah membuat keputusan yang betul dengan mengahwinimu. Meninggalkan anak-anakku ketika mereka memerlukan diriku. Kejam sungguh. Aku tahu engkau bermain airmata dengan kelakuanku. Makanku hanya sedikit. Aku tidak pernah meminta agar engkau masak sesuatu untukku. Padaku apa yang engkau masak aku jamah saja.

Aku cemburu bila melihat dirimu bergurau dengan anak-anakmu sedangkan aku terpaksa berjauhan dengan anak-anakku. Apa yang sedang mereka lakukan. Apa yang mereka makan. Semua itu berlegar di fikiranku. Luaran aku ketawa tetapi didalam aku merintih merindui anak-anakku. Berkat kesabaranmu, Semakin lama telah ada sedikit perubahan pada diriku. Aku sudah mula bergurau. itupun kalau aku dapat bertemu dengan anak-anakku.

Kini hampir memasukki 4 tahun kita bersama. Aku benar-benar menyayangimu, menyintaimu. Aku tidak sanggup berpisah denganmu. Aku pun tahu engkau pun demikian juga. kini kita seolah-olahnya sedang bercinta. kita seolah-olahnya baru mengenali hati budi masing-masing. Aku berdoa kepada Allah agar Allah pancarkan kasih sayang di hati kita. Semoga Allah berkati perkahwinan kita. kita bersatu hasil pengorbanan seorang wanita yang bernama Siti Aishah.. Kepada kedua-dua isteriku siti Aishah dan Rosnah. Kamu merupakan isteri yang solehah. kamu mempunyai kesabaran yang begitu kukuh. kamu banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. kamu telah mewarnai Warna Kehidupan.

Apa yang layak aku katakan kepada kamu berdua ialah syurga memang layak buat kamu. Pada Syurga Di wajahmu


Sunday, April 14, 2013

Kenapa Harus Di Puji

Ketika berada di pasar malam aku dan isteri berbual jikalau tiada customer yang datang membeli. Katanya esok dia nak buat soto. Dia bertanya samada aku makan atau tidak dan aku tak kisah sangat tentang makanan. Aku berkata yang aku hendak membeli bihun singapore untuk dibuat bekalan ke tempat kerja pada esok hari.
" Abang tak payah belilah. Nah buat esok ". Katanya dan aku hanya mendiamkan diri saja.


Selepas solat subuh isteriku mengadu sakit pinggang. Mungking sudah lama tidak berniaga jadi tulang dan urat saraf pun bertambah manja. Aku mengambil minyak lalu aku urut pinggangnya. Alhamdulillah dia merasa lega dan terus kedapur.
" Jadi ke buat soto ". Aku bertanya dan mendapat jawapan positif dari isteriku.
" tapi apa barang pun belum siap lagi. nasi himpit, begedil. sempat ke buat ". Aku bertanya.
" Insyaallah...sempat ". Jawab isteriku ringkas. Dia yang nak masak. Tentu dia tahu.


Soto kalau tiada begedil memang kurang enak. Cepat juga dia buat begedil dan dalam masa yang sama buat nasi himpit. Aku kedapur untuk membantu apa yang patut.
" Tak apa la. Abang rehat. Insyaallah Nah boleh buat ". Dah dia buat pengakuan begitu aku pun dengan ipad aku ler. Aku terdengar isteriku memanggilku
" Abang nak tolong kan. Kali ni abang beli tauge. Nah terlupa beli. Yang lain semua dah siap ". Cepat juga siapnya. Aku bergegas ke kedai mencari tauge. Perut sudah terasa lapar.


Selepas solat zohor isteriku pun hidang soto di atas meja. Memang sedap soto yang di buat isteriku.
" Ini bihun singapore untuk abang bawa bekal petang ni ". Subhanallah. Aku ingatkan dia terlupa. Rupanya dia ingat akan janjinya.
" Terima kasih banyak-banyak ". Kataku kepada isteriku. Tersenyum dia dengan ucapan aku.
" Macam mana rasa soto bang ". Tanya isteriku
" Masyaallah. Sedap sekali soto ini ". Aku bergurau dengan bercakap jawa kepadanya. Tertawa isteriku

Sebab itu aku suka memuji isteriku. Siapa yang friend dengan aku di FB tentu tahu. Padaku memang dia layak dipuji. Walaupun ada yang menegur aku kerana aku suka memuji isteriku di fb dan blog. Terus terang aku katakan aku menulis di fb dan blog bukan dengan tujuan untuk menunjuk atau berlagak yang aku ini seorang yang hebat. Ia datang dari hati lantas menggerakkan anak jari ini mengetuk ayat-ayat. maafkan aku jikalau ada yang terasa. Padaku bukan senang nak buatkan semua pembaca blog ini suka dengan coretanku.

Kepada pembaca yang suka dengan blog ini aku ucapkan terima kasih. Kepada pembaca yang meluat dengan coretanku yang terlalu asyik memuji isteriku, maafkan aku. Lebih baik aku memuji isteriku dari memuji isteri orang lain. Terima kasih sekali kepada semua. terima kasih tidak terhingga kepada isteriku. I LOVE YOU SO MUCH.

Kembali Berniaga

Alhamdulillah. Aku bergegas pulang dari tempat kerja menyusuri Jambatan Pulau Pinang. laluan inilah yang aku gunakan semenjak ditugaskan pada tahun 1999. Hari ini aku sedikit letih dengan pekerjaanku. Aku tahu balik pula aku akan menyambung tugasku membantu isteriku setelah aku berjanji dengannya.


Bila tiba di rumah, isteriku sudah menunggu dengan senyuman manisnya. Dia sudah ready nak ke pasar malam. 
" Kesian abang letih. Nak bantu Nah pula meniaga ". kata isteriku. Aku hanya tersenyum. Memang hilang keletihanku bila isteriku berkata demikian.
" Tak apa. Abang sanggup lakukan apa saja untuk Nah ". Aku berkata kepada isteriku.
" Terima kasih bang ". Ucapan itu sebenarnya melegakan hatiku dan membuatkan aku begitu semangat.


Setelah selesai solat asar kami terus keluar dengan motosikal. Barangan telah isteriku letak seawal jam 4 petang. Aku membuka payung dan meletakkan meja manakala isteriku memasukkan nasi kedalam bekas. Customer bila saja melihat isteriku terus datang membeli walaupun terpaksa menunggu sehingga isteriku selesai mengatur periuk di atas meja. Anak gadisku pula hari ini mengambil cuti jadi aku mengajaknya menolong kami. Kebetulan dia juga berminat dengan perniagaan. Ketika sibuk melayani pelanggan anak lelakiku menalipon kakaknya mengatakan yang dia tidak boleh bernafas.

Aku mula syak yang itu adalah kesan dari kemalangan motosikal beberapa tahun yang lalu. Belakangnya kembali sakit. Aku menyuruh anak gadisku pulang dan mengurut belakang adiknya sementara aku selesai membantu isteriku.


Ketika hampir memasukki waktu maghrib hanya 6 bungkus lagi nasi masih berada di atas meja. Selalunya aku biarkan isteriku dahulu mengerjakan solat. Selesai dia solat aku pula mengambil giliran. Bila aku tiba isteriku beritahu yang kesemua jualannya telah habis. Alhamdulillah. Ketika masih ramai lagi orang datang membeli kami pula membuka payung tanda telah habis barang yang di jual. Gembira sungguh isteriku hari ini. Akulah merupakan orang yang paling gembira bila dapat menggembirakan hatinya. Itulah tanda sayang dan cintanya aku terhadap dia.

" Abang letih ka ". Tanya isteriku bila melihat sudah beberapa kali aku menguap.
" Letih la sikit. Tadi di tempat kerja agak sibuk ". Aku berkata benar. Aku buat la muka letih sikit
" Kesian dekat abang. Kena tolong Nah ". Kata isteriku.
" Siapa lagi nak tolong kalau bukan abang. Ni semua sebab abang cinta Nah. Abang sanggup buat apa saja untuk Nah asalkan Nah gembira ". Aku berkata.
" Terima kasih bang ". Cukuplah dengan perkataan yang begitu mendamaikan hatiku. Sekurang-kurang isteriku menghargai pertolongan yang telah aku berikan. Semoga Allah terus pancarkan kasih sayang diantara kami berdua.



Jam 11 malam aku bergegas puolang kerumah pertamaku untuk melihat keadaan anakku yang kembali tidak dapat bernafas. Sekali lagi aku mengurut belakang iaitu urat belikat. Itulah tempat yang membuatkan dia tidak dapat bernafas. Alhamdulillah setelah di urut nampak ada perubahan. Akhirnya aku menalipon isteriku mengatakan yang aku akan tidur bersama anak-anakku. Sudah lama aku tidak tidur di rumah pertamaku. Bila berada di rumahku sudah tentu memoriku sewaktu bersama isteriku berputar. Hampir di segenap penjuru mempunyai.

Yang paling menyentuh perasaanku ialah tarikh 6 April yang lepas. Itu merupakan tarikh lahir arwah Siti Aishah. Aku terbayang di ruang tamu kami sekeluarga menikmati hidangan masakan special isteriku iaitu nasi beriani. Kami tidak pernah memotong kek. Cukup sekadar berdoa kepada Allah semoga kami bahagia. Kini semuanya sudah berlalu. Rumah ini menjadi sepi. Tiada lagi ketawa. Tiada lagi usik mengusik. Ia hanya menjadi tempat aku menziarahi anak-anakku ketika lama tidak bertemu. Aku membuka Al Quran kepunyaan Siti Aishah lalu aku sedekah kepadanya ayat-ayat suci Al Quran. Semoga dia bahagia bersama anak kami Asyraf bin Ariff Budiman

Saturday, April 13, 2013

Pernah Cuba...

Semenjak dari bangku sekolah rendah hinggalah kehari ini. Inilah makanan yang cukup menyelerakan. Kalau aku sudah jemu dengan nasi maka inilah yang menjadi menuku. Jangan ada yang meminta resepi pula sebab semuanya ada di jual di kedai. Cuma sedap atau tidak saja.






Pernahkan pembaca semua mencubanya. Kalau belum cuba-cubakanlah. Pasti anda semua nak lagi. Selamat mencuba.


Friday, April 12, 2013

Awan Memukau

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ketempat kerja kelihatan awan yang begitu memukau. Terus aku berhenti di tempat kecemasan atas Jambatan Pulau Pinang untuk mengambil gambar. Sayang kalau tak rakam gambar ini. Subhanallah....






Roti Goreng Telur

Selalunya isteriku mengamalkan diet dengan makanan begini. Ia merupakan resepi dari ibunya. Roti yang di goreng bersama telur. Pada mulanya aku hanya melihat saja dia makan. Last sekali aku mencubanya. Sedap juga dan terus menjadi makanan waktu malamku.


Hari ini aku pulang kerumah pertamaku. Aku nak ajar anak gadisku tentang roti ini. Aku beli kelengkapan dan aku tunjukkan caranya. Akhirnya bila siap anak gadisku berkata memang sedap sekali rasanya.


Aku berikan resepi ini dengan nama Roti Goreng Telur. Kalau aku kerja petang ini merupakan makanan malamku seterusnya mengurangkan berat badanku.

Resepinya.

BAHAN YG PERLU ADA
1. Roti
2. Bawang besar
3. Cabai kering
4. Telur ayam
5. Serbuk secukup rasa

CARA-CARANYA
1. Sebanyak 6 keping roti digunakan. Setiap keping dipotong kecil menjadikannya 6
2. Goreng bawang besar sehingga nampak layu. Kemudian masukkan cabai kering dan goreng bersama dgn bawang.
3. Tolak bawang dan cabai tadi ke atas sedikit
4. Pecahkan sebanyak 3 atau 4 biji. Pukul dahulu didalam mangkuk. Masukkan kedalam kuali.
5. Masukkan roti yg telah di potong tadi dan gaul bawang, cabai kering
6. Masukkan serbuk secukup rasa. Ikut rasa masing2
7. Dah boleh di makan.

Thursday, April 11, 2013

Kembali Berniaga

Sudah hampir 5 bulan isteriku tidak berniaga nasi tomato di pasar malam. Kadang-kadang bila sudah berpakat nak mulakan perniagaan ada saja masalah yang membantutkan niat kami. Bila berjumpa ramai yang bertanya isteriku samada dia hendak menjual tapak pasar malam tersebut. Akhirnya aku memujuk isteriku agar Sabtu ini dia berniaga. Aku berjanji akan membantunya walaupun aku bertugas pagi.


Aku cuma khuatir tapak yang begitu penting kepada mereka yang ingin berniaga akan hilang begitu saja jika diberikan kepada orang lain. Tapak itu merupakan warisan hasil dari ibunya yang berniaga nasi tomato dulu. Kini isteriku menjadi penyambung warisan itu. Ramai orang akan bertanya jika isteriku tidak berniaga.


Hari ini kami ke Mydin mencari barangan untuk perniagaan pada hari sabtu ini. Nampak bersungguh-sungguh isteriku. Mungkin semangatnya datang kembali. Aku juga tahu dia tidak mahu menyusahkan aku yang keletihan setelah pulang dari kerja dan terus membantunya di pasar malam.. Siapa lagi kalau bukan aku yang membantunya.

Wednesday, April 10, 2013

Menaruh Harapan

Pernah dalam entriku sebelum ini dengan tajuk Pertemuan Yang Tidak Di Sengajakan . Ia mengisahkan tentang bagaimana aku berjumpa dengan spesies rumput yang bernama Jarum Mas. Dua hari yang lepas aku menerima email dari seorang pembaca dari Johor mengatakan yang dia amat memerlukan rumput Jarum Mas untuk tujuan perubatan.

Aku berjanji akan membantunya mencari Jarum Mas memandangkan di tempat kerjaku rumput ini senang di dapati. Hari ini aku datang kerja dengan harapan dapat membantunya. Sayang keadaan padang yang baru saja di mesin rumputnya membuatkan rumput Jarum Mas amat susah di dapati. Aku terpaksa menanti sehingga rumput kembali panjang dan sudah pastinya harapanku ialah hujan yang pasti akan menyegarkan tumbuhan.



Namun bagaimana pun stok rumput masih lagi ada dengan aku. Ia untuk kegunaan isteriku. Aku beritahu isteriku agar rumput itu di berikan dahulu kepada mereka yang betul-betul memerlukannya. Insyaallah pagi ini aku akan bungkus dan ke pejabat pos untuk sesi penghantaran. Semoga dengan pemberian yang sedikit ini akan membuatkan kesihatan orang yang berhajat pulih seperti sediakala. Sekurang-kurangnya aku bersyukur entriku yang lalu dapat membantu orang lain. Alhamdulillah.

Sunday, April 07, 2013

Program Hari Minggu

Awal pagi jam 6.45 pagi aku keluar menuju ke pasar. Aku suka pergi awal sebab aku tahu kalau hari minggu tentu ramai yang datang. Lagi satu kalau datang awal banyak ikan yang fresh akan kita dapat.


Memang betul tekaanku. keadaan pasar masih lagi tidak ramai. Aku mencari siput retak seribu atas permintaan anak gadisku. katanya nak masak lemak cili padi. setelah membelinya aku terus tawaf. Alhamdulillah akhirnya nampaklah selungguk telur ikan. Itulah yang aku cari. Niat dihati nak minta isteri buat kari dengan kelempung ikan


Bila pulang kerumah, isteriku sedang membancuh tepung beras dan ubi kayu. Katanya nak buat bengkang ubi kayu dengan magic pan yang di beli semasa kami berada di Langkawi. Teruja juga aku mendengarnya. Aku hulurkan bungkusan telur ikan kepada isteriku. Aku terus membuat kerja aku dengan laptop. Sekejap saja kari telor ikan dan kelempong sudah siap untuk di makan.


Ketika aku menjamah nasi, isteriku membawa bengkang ubi kayu hasil percubaan pertamanya dengan magic pan. Suka sungguh dia bila dia berjaya juga membuat bengkang ubi kayu.


Apa yang baik tentang magic pan ini ialah. ia senang di alihkan bawah atau atas. Aku yang tidak pandai memasak pun berkata yang magic pan merupakan pilihan terbaik. Kalau siapa yang nak ke Langkawi boleh dapat di Idaman Suri dengan harga RM80 untuk size 36cm. Memang murah.


Perut sudah kenyang jadi mata pun sudah mengantuk. Jangan ikutkan hati dan perasaan ini. Aku mengajak isteriku ke kuliah tafsir Dr Danial yang diadakan pada setiap hari Ahad. Kebetulan hari ini merupakan OFF duty untuk aku jadi bolehlah menimba sedikit ilmu dengan menghadiri kelas tafsir. Moga kami terus istiqamah dengan kuliah yang telah lama kami tinggalkan.



Saturday, April 06, 2013

Siput Belitung @ Siput Sedut

Semalam isteriku bertanya apakah menu yang hendak dimasak. Kepala ikan siakap masih ada dalam peti sejuk. " Apa kata esok kita masak siput belitong. Kepala ikan siakap kita buat hari Ahad ". Aku memberi cadangan kepada isteriku.
" Nah suka siput masak kari. Nah tak suka masak lemak ". Kata isteriku
" Abang pun suka masak kari. Jadi ke esok kita buat siput belitung ". Aku ingin kepastian isteriku.
" Nah boleh masak. Cuma satu saja Nah nak minta tolong abang basuh dan tetak siput yang bawah ". kata isteriku dan aku tak kisah sebab arwah Siti Aishah juga begitu.


Pagi tagi hujan turun dengan lebatnya. Aku redah juga hujan demi siput. Alhamdulillah ada rezeki. Harga sekilo RM12. Aku beli 2 kilo. Aku beli pula ubi keledek dan santan. Aku bawa balik terus bawa masuk kedalam tandas.


Aku mula basuh membuangkan selutnya. Aku tahu isteriku terasa geli dengan selut. Lepas sudah bersih aku pun mulalah menetak bahagian bawah siput agar mudah disedut. Tersenyum isteriku melihat aku bekerja keras untuk siput.


Selesai bersih dan menetak bahagian bawah siput aku basuh sekali lagi dan berikan kepada isteriku yang sudah menanti siput untuk dimasukkan kedalam periuk.


Wangi baunya tumisan untuk siput sedut. Isteriku masukkan ubi keledek agar kuahnya pekat dan manis.


Akhirnya siput belitung @ siput sedut sudah siap untuk di makan. Terus aku masukkan kedalam mangkuk. Memang best rasanya. Terima kasih isteriku kerana telah merealisasikan impianku. I LOVE YOU.

Friday, April 05, 2013

Pasar Kemboja

Jam 6.30 pagi aku dan isteri telah bertolak menuju ke Pasar kemboja yang terletak di Parit Buntar. Ia merupakan sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak. Pasar ini bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Ia beroperasi hanya hari Isnin dan Jumaat. Jam 8 pagi kami sudah berada di sini. kereta sudah memenuhi tempat. Aku berlegar-legar mencari tempat parkir. Akhirnya dapat juga. Sambil menggalas kamera aku jelajah segenap penjuru gerai.


Pernah Pasar ini ditayangkan di dalam berita tv1. Ini disebabkan aduan yang mengatakan pasar ini mengganggu lalu lintas. Semenjak itu semakin terkenal pasar ini. Ramai dikalangan peniaga pasar malam dan pasaraya datang memborong disni.


Memang jauh lebih murah harganya dari shoping kompleks. Kata isteriku blaus yang dibelinya di shoping kompleks setelah tawar menawar akhirnya dapatlah RM45. Kalau disini blaus yang sama berharga RM25.


Aku sempat bertanya peniaga adakah semua peniaga yang berniaga merupakan orang Kemboja. Katanya ramai yang datang dari KL. Habis berniaga terus mereka pulang ke KL. Orang Kemboja tak ramai katanya.Orang tempatan kebanyakkannya menjual makanan dan minuman.


Hari Isnin tidak ramai yang berniaga walaupun masih lagi meriah. Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nanti oleh peniaga. Banyak peniaga yang datang berniaga. Patutla semasa aku datang pada hari Isnin masih ada lagi tapak yang kosong. Hari Jumaat tapak telah diisi.


Boleh dikatakan kebanyakkan peniaga menyewa tapak berniaga dengan tuan punya tanah. Ada yang berniaga dibawah rumah, tepi rumah. Ada yang menyewa sebiji rumah. Kata seorang penjual, tuan tanah disini memang buat duit. Mereka tidak mungkin yang membuat aduan mengatakan mengganggu lalu lintas katanya.


Entah kemana pula isteri dan anaknya menghilang. Tak apalah. Mereka dengan perniagaan mereka. Aku seronok begini. Sekejap kehulu. Sekejap kehilir. Peniaga hanya tersenyum bila aku mengambil gambar gerai mereka.


Ada peniaga yang bertanya aku dari wartawan mana. Aku tersenyum. Aku beritahu yang aku seorang blogger.
" Bagus bagus. Encik tolong promote perniagaan kami ". Kata salah seorang dari mereka.


Ada pula seorang peniaga lelaki buat macam muka harimau bila aku mengambil gambar gerainya.
" Awak ambil gambar saya. Berapa awak nak bagi dekat saya ". Katanya dengan muka yang garang.
" Saya tak bagi apa. Encik boleh berniaga pun dah bersyukur ". Selamba saja aku berkata. Ya lah. Dia orang buat kerja dia orang dan aku dengan kerja aku.
" Betul betul betul ". Kata peniaga tadi sambil meneruskan kerjanya. Mungkin dia bergurau dan aku juga pandai bergurau.



Ketawa isteriku bila aku cerita kepadanya. Rasa-rasa sudah 3 beg besar telah dimasukkan kedalam bonet kereta. Kebanyakkannya tudung. Memang murah dan cantik-cantik tudung disni. Patutlah golongan wanita yang paling banyak kesini.


Isteriku berkata yang dia melihat satu blaus yang begitu cantik. Katanya mahal. Harganya RM40. Aku terus mengajaknya ketempat yang menjual blaus.
" Belilah. Abang belanja ". Kataku sambil tersenyum memandang isteriku. Isteriku hanya mendiamkan diri.
" Mahal la bang RM40. Abang kerap sangat beli pada Nah ". Katanya
" Ya la. Memang menjadi tanggung jawab seorang suami la menyediakan pakaian kepada isteri ". Aku berkata kepada isteriku. Aku tahu dia malu nak menerima pemberianku


Akhirnya balus yang dia berkenan agak kecil. Agak sendat dengan tubuhnya. Kata penjual minggu hadapan ada yang size besar sedikit.
" Minggu depan insyaallah kita mai lagi ". Aku berkata kepada isteriku.


Aku begitu teruja melihat air sirap yang dijual di teepi jalan. Sempat juga membasahi tekak yang begitu haus dek cuaca panas. Tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya
" Bagi air cincau 1 bang ". 


Aku meninjau gerai buah bersebelahan gerai air sirap. Tapi tak ada yang menarik minat aku untuk membeli.


Aku tertarik dengan ketam nipah. Masih fresh lagi ketam. Ada dua longgok. Masa aku tiba satu longgok telah diambil seorang pemuda. Setiap longgok berharga RM15. Kira murah la berbanding Penang. Dalam aku nak bertanya ketam lagi satu longgok datang seorang pakcik terus mengambil dan membayar wang. Melopong aku. Hanya gambar yang aku dapat.


Aku sempat meninjau seorang lelaki cina yang menjual iakan laga-laga. Orang Penang menyebut ikan Pelaga. Masa aku remaja aku begitu gemar menagkap ikan laga ini di sawah padi. Penuh balang di rumah aku dengan ikan lagi. Akhirnya aku surrender dan berehat di dalam kereta. Jam 10 pagi kami bertolak pulang ke Penang.




Sebelum pulang sempat juga aku berhenti bila terpandang juz kegemaranku. Last sekali aku setiap jus sebungkus. Geleng kepala isteriku melihat aku membeli juz yang begitu banyak. Itulah aku yang memeriahkan lagi Pasar Kemboja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...