Teman-teman
Thursday, September 30, 2010
Berpeluh Dibuatnya
Dari jauh aku lihat orang dah ramai memesan roti canai. Aku masuk kedalam gerai dan duduk seperti selalu. Tiba-tiba isteriku nampak kelam kabut. " Bang-bang. Abang tolong layan mat saleh nak mai makan. Abang pandai cakap orang putih ". Kembang lagi hidung bila dipuji. 2 orang mat saleh suami isteri menghampiri gerai isteriku. " Good morning. Can i help you sir ". Entah betul atau tidak aku pronoun english sebab aku pun main bedal saja. isteriku tersenyum disebelah. Mungkin dalam hatinya memuji aku, " Pandaila abang aku cakap orang putih ". Cepat-cepat aku sedar bila aku dilanda terperasan begini. Bila aku cakap orang putih mat saleh cuma berkata, " yeah yeah ".
Sambil tersenyum dia mencari sesuatu. ' OK bagi saya roti canai 2 keping dan roti nain ( roti nan ) 2 keping. Saya duduk disana ". Bahasa melayunya amat fasih walaupun masih dengan idgham mat saleh. Aku mengerling kearah isteriku. Dia menahan ketawa sambil menutup muka. Malunya aku nak letak muka dimana ni. Selepas menghantar roti yang dipesan aku mengajak isteri masuk kedalam kereta. kami tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan lucu. Puas kami ketawa didalam kereta sebab tiada siapa yang dengar. Bila keluar dari kereta kedua belah mata kami kemerahan akibat ketawa sehingga ditegur gerai sebelah. Mungkin mereka menyangka ada perselisihan faham dalam kereta tadi sehingga mata kami merah. Kepada pembaca sekelian betulkan kalau english aku silap. Sila perbetulkan. Manalah tahu ada mat saleh yang betul-betul cakap inggeris janji aku dah bersiap sedia.
Tuesday, September 28, 2010
Roti Canai Segera
Rasa sayang juga kalau ditinggalkan terus roti canai. Bukan senang nak cari roti canai yang diuli sendiri. Sebab itulah ramai pelanggannya suka sebab mereka tahu roti canai ini memang asli. Bolanya tidak dibeli dan sumbernya sudah mereka tahu. Setiap hari mereka akan melihat isteriku menguli tepung menggunakan mesin. Kalau nak jual roti canai segera aku perlu belajar menebar. Aku akan belajar kelak.
Monday, September 27, 2010
Akhirnya Sembelih Jua
" kalau nak sembelih Nah kena pegang ni ". Kataku kepada isteri. " Eeee tak mau geli ". Sambil mengangkat-ngangkat bahu. " kalau isteri tak pegang macam mana nak sembelih ". Sengaja aku provokasi sikit. " Dulu masa abang sembelih ayam sapa pegang ". Soalan cepu mas ni. Bisik hati kecilku. " Siapa lagi Aishah lah yang pegang ". Sambil tersenyum aku mengerling kearahnya. Terus dicapainya tudung dan meluru keluar. Ni kes tak mau mengalah ni.
Terus aku menangkap burung dan aku serah kepadanya. Ketika pisau hampir keleher burung, tiba-tiba burung berbunyi. Apalagi terkejut isteriku terus melempar burung. Aku tertawa gelihati sehingga terduduk diatas tanah. Jiran sebelah rumah ada yang terjenguk-jenguk apa hal mereka berdua ni. " Bang Nah lepas burung. Macam mana ni ". Panik isteriku. Akhirnya Kami mengejar burung puyuh. Dalam kesibukan mengejar, ada sepasang mata sedang mengintai kami. Tiba-tiba meluru seekor kucing terus menggigit seeokr burung yang keluar dari sangkar. Menjerit pula isteriku melihat kucing sedang menggungong burung. Nak jadikan cerita, kucing putih yang diberi makan setiap hari terus mengejar kucing tadi. Maka berlakulah pergelutan. Akhirnya burung puyuh mengalami luka kecil saja. Terus aku sembelih takut mati pula.
Sebagai penghargaan aku berikan kucing putih 5 ketul hotdog mentah. Betapa sedap ia makan sambil diperhati oleh kucing pelahap tadi. Setelah kesemua 20 ekor burung puyuh disembelih bermulalah pula untuk melapah. Ini terpaksa aku lakukan seorang diri memandangkan isteriku sudah terasa geli melihat dada burung. Sekejap saja aku melapah burung. ketika aku berehat aku mengenangkan kembali insiden tadi. Ia begitu mirip waktu pertama kali arwah isteriku memegang ayam sabung untuk disembelih. ketika pisau menyentuh leher ayam terus ayam sabung menendang tangan Siti Aishah. Apalagi terkejut isteriku terus melepaskan ayam tersebut. kami mengejar ayam namun dia begitu tangkas menyelinap masuk kedalam hutan. Akhirnya aku tidak dapat merasai kalazatan ayam kampung. Bukan senang nak tangkap.
Dari jauh isteriku melihat aku tersenyum-senyum seeorang diri. " Ni dok senyum seorang diri ni dok ingat apa ". Teguran isteriku membuatkan lamunanku terhenti. " Abang dok ingat kisah tadi. Tu yang dok senyum seorang diri ". Tersenyum juga isteriku bila mendengar kata-kataku. Mungkin dia juga mengenangkan kembali kisah tadi. Berdosakah aku berbohong kepadanya sedangkan lamunanku terkenangkan memori lain. Namun dua memori indah ini tidak dapat aku buang begitu saja. Cukup indah untuk dikenangkan.
Sunday, September 26, 2010
Luka Lama Berdarah Kembali
" Ariff apa khabar ". Dia memulakan pertanyaan. " Alhamdulillah kalau saya ada disni kira sihatlah tu ". Perlahan aku menjawab. " Isteri dan anak-anak bagaimana. Semuanya sihat ka ". Tersu dia bertanya. " Anak-anak alhamdulillah sihat tapi isteri saya meninggal pada bulan 12 tahun 2008 ". Terasa sedikit sebak bila aku menyebut isteri meninggal. Ternyata rakanku terkejut diatas kematian isteriku. Katanya dia tidak mendapat berita. Akhirnya apabila ditanya aku terpaksa mencerita segala apa yang terjadi terhadap kami sekeluarga. Menangis rakanku bila mendengar aku telah diuji sebegitu. Katanya kalau dia entah macam mana dia akan menghadapinya.
Aku hanya mampu menangis sepuasnya. Inilah kali pertama aku menangis begini. Sudah setahun lebih aku memendam rasa. Aku tiada siapa untuk meluahkan perasaan ini. Nak luah pada ibu, beliau pun uzur apatah lagi untuk mendengar masalahku. Kepada adik beradik, mereka pun mempunyai masalah mereka. Hanya dua orang saja yang sudi mendengar masalah aku. Mereka ialah ibu angkat aku dan sahabat baik baik Siti Aishah. Selebihnya aku luahkan bila keseorangan dilaut. Bila menunggang motosikal aku luahkan segalanya. Bila pulang kerumah aku tenang sedikit bila melihat isteriku.
Yang paling kerap aku terima ialah perkataan, " Sabarlah. ini merupakan ujian Allah ". Perkataan ini juga aku gunakan tatkala menasihati rakan-rakanku yang kematian isteri. Kini aku telah merasainya. Begitu perit sekali. Tatkala aku hendak melupai segala kenangan silam tiba-tiba ia muncul kembali. Tapi kali ini tidaklah seteruk sebelumnya. Aku sudah dapat mengawal emosiku. Syukur ada orang yang sudi menerimaku. kalau tidak entahlah apa nasibku kini.
Saturday, September 25, 2010
Badan Letih Pun Mimpi Begini
Dalam keletihan juga aku boleh bermimpi yang aku sedang bersanding sendirian tanpa ada pasangan disebelah. Cepat-cepat aku cerita kepada isteriku. " Aishh...bang. Janganlah dok mimpi macam ni. Baru saja kita bersanding di kajang ". Aku terus mengusik isteriku, " Siapalah gerangan wanita disebelah abang ni. Tak sabar nak tidur malam ni ". Begitu cepat cubitan hinggap dipahaku. Sakit pula kali ini. Aku melihgat wajahnya dah berubah. Cepat-cepat aku pujuk takut melarat pula. " Nah tetap dihati abang kini dan selamanya insyaallah. Mana nak dapat isteri yang baik macam ni kali yang kedua ". " Ala abang dapat isteri tua buat apa ". Sengaja dia pula nak uji aku ni. " Tua tak apa asalkan beriman. Siti khadijah pun lebih tua dari Rasulullah tapi Rasulullah bahagia. Insyaallah abang bahagia bersama Nah. Anugerah yang Allah bagi tak akan abang persiakan ". " Betul ka bang ". Sampuknya. " Insyaallah ". Terus aku nyanyi lagu " Bila Rindu Ku Pejam mata mengenangmu. Seakan engkau disisiku. Terbayang siang dan malam ". lagu itu aku cukup minat. Ia nyanyian dari kumpulan Black Dog Bone diera 80an. Disebabkan lagu itu jugalah isteriku tersenyum riang. " Abang ni buat macam filem hisdustan pula ". Apa pun takapa janji dia gumbira sudah le.
Wednesday, September 22, 2010
Bela tapi Beli
Tuesday, September 21, 2010
Aku Tak Ada kerja
Monday, September 20, 2010
Aku, Lim Dan Islam
Dari email seorang kawan. Semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah ini
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..
Nukilan
Shahkirin Mohd Shah
Sunday, September 19, 2010
Baru Nak Merasainya
Isteriku yang berada di tingkat atas turun kebawah. " Bang macam mana tidur sorang dibawah ". Gurau isteriku. " No problem. Semalam abang masak maggi. Minum jus yang begitu banyak didalam peti sejuk ". Terlopong isteriku mendengar cerita aku. Dia sendiri pun tak menyangka bila masa aku beli maggi. Akibat tak dapat melelapkan mata itulah kerja aku sambil melayani internet membaca email tentang rakan-rakanku dari Aqsa Syarif yang berada di London berkonvoi beramai-ramai ke Gaza. Sempat aku berdoa kepada Allah agar Allah memudahkan perjalanan mulia mereka. Jam 11 pagi kami semua bersiap untuk kedewan makan. Aku sekeluarga tidak bercadang untuk tinggal semalam lagi. Sebelum kenduri selesai aku perlu pulang ke Penang. Aku kena standby akibat kabakaran kabel di Jambatan Pulau Pinang.
Setelah memasuki dewan makan keadaan masih lagi sunyi. Tetamu belum lagi datang. Aku mengajak abang iparku agar mengambil gambar bersama isteri diatas pelamin. " Hang jangan dok merepek Budiman. Dah tua-tua nak bersanding apa. Buat malu dekat orang saja ". Aku tertawa mendengar kata-kata dari abang ipar. Aku menuju kearah isteriku. " Nah jom kita ambil gambar berdua diatas pelamin. Kita tak ada pun gambar macam ini semasa kahwin ". Sengaja aku bergurau dengan isteri sebab aku tahu dia begitu malu berbuat demikian. Sebelum ini pun pernah aku ajak tetapi jawapan yang keluar, " Ahhh malu la bang ". Tapi kali ini lain. Dia akur pula dengan permintaan aku. Sambil berjalan menaiki stage aku berkata dengan kuat kepada ipar-iparku yang tadinya malu-malu nak bergambar. " Kami berdua nak ambil gambar atas pelamin Siapa yang nak join ". Melihat aku dan isteriku sudah berada diatas pelamin maka kelam kabutlah isteri mereka mengajak suami-suami bergambar bersama diatas pelamin.
Perasaan malu tadi sudah hilang dan kini riuh dengan suara gelak ketawa diatas pentas. Para isteri begitu seronok sebab inilah pertama kalinya suami mereka mahu bergambar bersama-sama diatas pelamin. kali ini begitu susah pula para suami menuruni pelamin. Dah semakin semangat. Masing-masing berkata, " Rasa seronok pula bila dah duduk diatas pelamin ni. rasa-rasa boleh lagi ni ". Riuh rendah diatas pelamin bila para suami sudah mukla merasai kehangatan berada diatas pelamin sehingga tidak sedar tetamu sudah tiba. Semasa aku bersama isteri diatas pelamin begitu ramai sanak saudara yang snap gambar. Rasa macam baru kahwin pula.
Diluar dewan bau satay begitu wangi. Dewan telah disewa bersebelahan dengan komplek satay Hj Samuri yang terkenal di Kajang. Di Penang pun sudah ada satay Kajang Hj Samuri. Tapi bila berada di Kajang aku rasa tak sah kalau tak menziarahi komplek satay ni. Dari semalam aku kempunan lagi. Kata mereka komplek ini dibuka jam 7 petang. " Tak pa Nah kita makan satay di R & R Sungai Buloh bila pulang nanti ". Jam 3 petang kami terpaksa beredar sebab entah pukul berapa kami akan sampai di Penang. Lagipun aku bukannya pandai sangat jalan pulang ke Penang. " Budiman ikut highway Kuala Lumpur dan cari signboard Ipoh ". Abang iparku memberi petua. Mereka semua masih ingin bermalam sebab akan meronda di KL pada hari Ahad. Jadi kami terpaksa pulang bersendirian.
Kami singgah di masjid kajang untuk menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar. Aku berdoa kepada Allah agar Allah memelihara kami semasa pulang ke Penang. Aku memasuki kereta sambil membaca doa menaiki kenderaan diaminkan oleh isteri dan anak-anak. Aku terus memasuki highway Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat melihat signboard ipoh. Aku terus mengikut lorong Ipoh. ketika memasuki jalan besar sudah hilang signboard Ipoh. " Ya Allah Nah jalan mana kita nak masuk ni ". Yang terulis sebelah kiri ialah ke Cheras manakala sebelah kanan pula Puchong - kajang - KLIA. Aku dah mula pening terus aku ambil kanan. Aku memasuki plaza tol Kinrara dan mula terasa yang aku sudah tersilap jalan pulang.
Sambil tertawa aku berkata kepada isteri yang sudah nampak risaunya. Sebenarnya aku pun risau juga tapi dengan cara ketawalah aku lakukan untuk hilangkan sterss aku. " Nah nampak gayanya kita kena masuk kajang balik. Ni sebab abang tak dapat satay la ni ". Tetawa gelihati isteri dan anak-anakku. Akhirnya aku memasuki kembali jalan ke kuala Lumpur mencari kembali signboard Ipoh. Akhirnya sepanjang perjalanan aku melihat signboard ipoh dan aku hanya mengikut lorong itu saja. Akhirnya aku keluar melalui tol Rawang. " Tak ada rezeki Nah kita nak makan satay. Tak jumpa R & R Sungai Buloh ". Sayu aku berkata kepada isteriku. " Tak apa bang kita makan satay Ahh Basri lagi sedap. Walaupun secucuk RM1 tapi puas memakannya ". Betul kata isteriku itu. Disepanjang perjalanan tidak putus-putus isteriku bertanya., " Bang dekat mana yang abang cerita banyak benda tu tepi jalan ". Akhirnya aku memperlahankan kenderaan sambil beritahu tempat ini dan tempat itu. Tapi nak buat macam mana Allah tidak mengizin dia melihat. Di dalam hutan sebelum sampai Sungai perak merupakan tempatnya. ' Nah tu dia pocong sedang melompat dalam hutan getah. Didepan pula dok terbang. Disebelah kanan didepan ada lembaga macam nak terjun kearah kereta. Tu yang terdengar kadang-kadang pemandu terkejut tiba-tiba berlanggar dengan lembaga ". Aku terus beritahu tempat-tempat favourite mereka. Terdiam isteriku. " Semua pakai putih ka bang ". Tanya lagi dia. " Ya. Ada yang putih tapi berdarah. Tak payah la cerita Nah tengah dok bawa kereta ditempat begini ". Aku berkata demikian sebab entah kenapa tiba-tiba saja radio yang aku matikan ON dengan sendirinya. Akhirnya aku terus memasang cd al-Quran.
Kami sampai di R & R Sungai Perak untuk menunaikan solat jamak Maghrib - Isyak. Aku berjumpa dengan rakan-rakanku yang baru pulang dari KL. "Ya Allah kami baru sebut nama Budiman tadi dalam kereta ". Kata seorang rakan. Tiba-tiba keluar pula lagi seorang. Bila melihat aku terus dia terkejut. " La baru tadi kami dok sebut nama anta ni ". Katanya. Hai sampai 3 orang sebut nama aku ni apa cerita pula ni. Aku ingin bertanya lebih lanjut apa halnya tapi kami menunaikan solat dahulu. Setelah selesai solat, masing-masing keluar untuk mencari makan jadi kes ini tergantung. lega rasanya bila dapat menunaikan kewajipan. Sebelum pulang aku sempat singgah digerai orang asli yang menjual barangan kraf hutan. Akhirnya aku mendapat juga barang yang aku amat hajati iaitu kayu semambu yang dijual setelah tawar menawar aku dapat dengan harga RM10. " Abang nak buat apa dengan tongkat semambu tu ". tanya isteriku. " Saja nak letak dalam kereta. Malah tau kalau ada apa-apa yang datang berguna juga tongkat tu ". kata aku kepada isteri. Hanya dalam hati saja yang tahu betapa berguna aku dengan tongkat itu. Alhamduliilah kami sampai dirumah jam 10 malam.
Saturday, September 18, 2010
Dah Ada Di Kajang
Friday, September 17, 2010
Kita Tak jadi Ke Kajang
" Bang ayam masak rendang hari raya, tak habis. Bagi dekat ayam sajalah ". Rungut isteriku mengeluarkan ayam rendang semenjak hari raya dalam dalam peti sejuk. Aku mencium bau ayam dan ternyata masih elok lagi. " Tak apa ayam tu abang nak buat serondeng. Boleh kita makan semasa dalam perjalanan nanti ". Aku pun mula menggoreng ayam rendang sehingga kering untuk dijadikan serondeng pula. Ilmu ini aku dapat dari kakak aku yang berada di Kelantan. Dia kalau ayam tak habis akan dijadikan serondeng. Akhirnya jadilah juga serondeng. " Abang ni pandai la dalam serba serbi ". Pujian isteriku membuatkan sekali lagi hidung aku kembang. Ok aku nak bertolak ke kajang pula......
Thursday, September 16, 2010
First Customer
Wednesday, September 15, 2010
Ramadhan Bulan Tarbiah
" Encik boleh tak talipon isteri encik dan minta nombor akaunnya ". Kata petugas PBA dengan senyuman. " Aku terus menghubungi isteriku didepan petugas. kata isteriku memang ada bil tapi kena cari dimana letaknya. " Cik, kata isteri saya dia kena cari dulu bil tersebut sebab baru saja mengemas untuk hari raya. Macam inilah cik. Esok saya datang pula bersama bil ". Aku berkata demikian sebab tidak mahu petugas menunggu bil yang entah dimana letaknya.
" Tak apa saya tunggu isteri encik mencari bil. Kalau sebulan saya boleh bersabar kenapa ini sekejap saya tak boleh tunggu ". kata-kata petugas PBA amat menyejukkan hati aku. Inilah orang yang berjaya mengharungi dugaan dibulan ramadhan dan akhirnya layak mendapat rahmat Allah. Tidak bagi sesetengah orang lain setelah melangkah keluar dari ramadhan, akhirnya hanya mendapat 2 sijil iaitu sijil lapar dan dahaga. Akhirnya jumpa juga isteriku dengan bil air. Alhamdulillah semuanya selesai dengan sekejap saja. Memang ramadhan merupakan bulan tarbiah untuk umat manusia.
Tuesday, September 14, 2010
Dosa Gugur Apabila Suami Isteri Bersalaman
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira
kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan
ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada
orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri
yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk
seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara,
ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan
suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
==============================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."