Rakan-rakan anakku mula bercakap macam mana hari itu mood pensyarah menjadi begitu baik. Anakku hanya berkata mungkin rezeki dia mood pensyarah baik. Risau juga aku takut diceritakan apa yang berlaku. Sedikit sebanyak anak sekarang kira famous sikit. Jangan salah guna ilmu sudah le. Silap sikit hembus. Aku masih ingat ketika ustaz bertanya apa yang kami nak lakukan kiranya ustaz memberi ayat power. kami berkata dalam nada bergurau yang kami nak merompak bank. Marah ustaz bila kami berkata demikian. " Kamu tahu tak kamu telah menyalah gunakan ayat-ayat Allah. Memang Allah izinkan tapi akhirnya ia akan memakan diri kamu sendiri. Kamu akan menjadi riak. Saya tak jadi beri ayat itu kepada kamu semua ". Kata-kata ustaz membuatkan kami melopong sesama kami. Meneysal tak sudah
Kini setelah sekian lama baru aku tahu betapa powernya ayat Allah. Ketika aku membawa isteriku berubat entah kenapa ustaz telah memberi aku ayat itu dan cara-cara nak memagar rumah mengikut kaedah islam. Pernah aku dan anak lelakiku menggunakan kaedah itu untuk memangar rumah kami setelah kematian isteriku Siti Aishah. Alhamdulillah setakat ini berkesan juga. Jadi pembaca sekelian berhati-hatilah jika nak melakukan sesuatu. Jangan diikut akan perasaan marah.
No comments:
Post a Comment