Teman-teman

Wednesday, September 22, 2010

Bela tapi Beli

" Pakcik. Nak beli tak burung puyuh ". Aku menerima panggilan talipon dari anak saudaraku. Walaupun aku tidak berhajat nak membeli tapi aku bersetuju nak mengikutnya untuk melihat sendiri bagaimana burung puyuh dibela seperti apa yang aku dengar darinya. Sudah 3 hari aku tidak melihat dunia luar. Tugas standbyku menghalang aktiviti aku. Jadi pagi itu aku mengambil peluang keluar seawal jam 7 pagi lagi. Sudah pastinya aku kegerai isteriku dahulu. Aku menolongnya apa yang patut. Pelanggan hari ini begitu ramai maklumlah cuti sebulan dan ramai merindui roti canai dan roti nan. Riuh rendah pelanggan meminta itu dan ini. Berpeluh juga aku melihat isteriku menggoreng roti canai. Kesian juga aku melihat dirinya sebelum ini dan kini masih giat mencari rezeki. Padaku walaupun dia tidak meniaga sekalipun aku boleh menampung perbelanjaan harian. tapi katanya sayang nak tinggalkan begitu saja apa yang telah dihasilkan berbelas tahun.

Ayam gajah. Dagingnya lebih sedap dari ayam kampung

Setelah pelanggan nampak reda sedikit aku beritahu pada isteri nak ke Balik Pulau melihat burung puyuh. Sambil membawa kereta aku dan anak saudara berborak tentang kejadian yang menimpa keluarga sebelah mertuaku. Sudah ramai keluarga kehilangan telekung. kesabarab mereka tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya anak saudara aku atas pertolongan orang bertemu dengan seorang ustaz di Kulim. ustaz itu berkata kejadian itu berpunca dari suami isteri warga indon yang baru menuntut ilmu hitam. Telekung digunakan untuk menghidarkan orang ramai dari melihat mereka. Pelajaran mereka baru bermula dengan mencuri telekung. Lama kelamaan bila dah pandai akan bermulalah penduduk kehilangan duit. Ustaz itu menyarankan agar mencari buluh kuning lalu menjampi dan diletakkan disetiap pintu dan tingkap. Bila mereka melepasi tingkap, ilmu hitam itu akan menjadi lemah dan mereka akan keasal atau menjadi ular hitam. Lalu diberikannya kayu remunggai andaikata melihat ular didalam rumah terus saja dipukul akan ular itu.

Reban burung puyuh

Dalam rancak kami berborak akhirnya kami sampai diperkarangan rumah. Sungguh besar reban puyuh. Kedengaran bunyi puyuh memecahkan kesunyian kawasan itu. Seronok aku melihat burung dan telur. Teringat aku masa arwah ayah sakit, emaklah yang menyara kami dengan membela ayam dan setiap pagi kami akan mengutip telur direban ayam. Begitu banyak telur puyuh yang dihasilkan oleh puyuh betina. kata tauke cina kalau nak beli puyuh betina harganya ialah RM7. kalau puyuh jantan harganya ialah RM1.20. Sungguh tak ada harga nilai jantan. Dijadikan untuk dimakan. Anak yang baru menetas dijual dengan harga RM1.30 seekor sebab belum diasingkan jantinanya. Setelah berumur 5 minggu dan telah diasingkan jantinanya maka anak puyuh jantan dijual dengan harga 50 sen seekor.

Anak burung puyuh yang baru berusia 5 hari

Akhirnya aku beli juga burung puyuh sebanyak 20 ekor. Telur puyuh kalau yang reject seperti mengalami keretakkan atau lembik dijual dengan harga 8 sen sebiji. Kalau yang elok dijual dengan harga 18 sen sebiji. Selebihnya setelah diasingkan diambil untuk proses pengeraman. Seronok aku bila melihat begitu besar ayam gajah. Aku pernah makan ayam gajah yang dijual dengan harga RM15 sebelah. Rasanya lebih enak dari ayam kampung. Aku merayu nak beli tapi tauke tu berkata yang ayam tersebut ialah ayam betina yang menghasilkan telur. Ayam jantan tak banyak. Sekali lagi nilai jantan jatuh merudum.

Telur burung puyuh

Aku beli juga telur puyuh yang reject sebanyak 50 biji dijual dengan harga RM4. Walupun aku tahu kadar kolestrol telur puyuh ni amat tinggi tapi aku beli juga sebab murah. Kalau tak makan pun masih ada orang lain yang boleh makan. Setelah selesai semua kami pulang dan terus saja aku sembelih sessudah sampai dirumah. Selepas selesai sembelih maka aku pun pujuk mak mertuaku iaitu ibu kepada arwah isteriku. " Mak...boleh tak tolong lapah burung puyuh ni ". Mak mertuaku terus ambil dan lapah. katanya bukannya susah sangat nak lapah. Sekejap saja selesai 20 ekor dilapah. Aku beri 6 ekor kepada mak angkat aku. Aku pulang kerumah dalam keadaan semua burung sudah diproses dan menunggu untuk dimasak.

Burung puyuh setelah dilapah kulitnya

" Abang beli burung puyuh ka. Yang dok bela pun masih ada didalam reban ". Aku tersenyum mendengar kata-katanya. " Entahlah abang pun tak tahu bagaimana boleh tergerak nak beli ". Aku cerita kepada isteri kisah bagaimana kaum jantan ni tak ada harga. " Nasib kami la orang jantan ni tak ada harga. Dijadikan makanan ". Aku bergurau dengan isteri. Tertawa dia mendengar gurauanku. " Itu burung. Kalau manusia jantannya begitu berharga ". Aku pula tertawa mendengar jawapannya. Aku meminta isteriku membuat burung puyuh goreng masak kicap. Memang enak dan menyelerakan. Selepas makan maka mata pun mulalah menunjukkan isyaratnya. Tapi aku pula bertugas petang dan aku terus bersiap-siap untuk tugasku pula bersama bekalan nasi goreng dan burung puyuh masaka kicap.

Emm.. Burung puyuh goreng masak kicap

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...