Teman-teman

Friday, September 17, 2010

Kita Tak jadi Ke Kajang

Semalam aku pulang dari kerja jam 12 malam. Bila isteriku membuka pintu mukanya nampak menahan kesakitan. " Esok kita tak jadi pergi kajang. Nah terpelecok semasa nak ke Bukit jambul shoping complex ". Sambil berjalan memakai tongkat. Nampak macam kes berat ni. Kesian juga kalau dia tak pergi. Memang dia idamkan sangat-sangat agar dapat ke kajang. " Tak pa Nah pergi dalam bilik suis ON tunku elektrik. Nanti tok bomoh urut ". Aku memberi keyakinan kepada isteriku. " Abang pandai ke cari urat ". Tanya isteriku. " Tiada akar rotan pun berguna ". Tertawa isteriku bila aku menggunakan peribahasa. " Salah la abang. Tu dah tebalik. Yang betulnya ialah Tiada rotan akar pun berguna ". Aku tertawa gelihati diatas kesilapanku. Setelah semuanya ready aku pun mulalah mengurut. Semenjak aku berkahwin, inilah pertama kalinya aku mengurut kaki isteriku. Sedikit ilmu yang aku dapat dari arwah isteriku yang pandai mengurut telah aku gunakan. Alhamdulillah setelah bangun untuk solat subuh kaki isteriku menampakkan perubahan. " Alhamdulillah bang kita boleh ke kajang. Kaki Nah dah rasa ok sikit ". Maka bermula pula baju-baju dimasukkan kedalam beg sebab jam 10 pagi nanti kami akan bertolak.

" Bang ayam masak rendang hari raya, tak habis. Bagi dekat ayam sajalah ". Rungut isteriku mengeluarkan ayam rendang semenjak hari raya dalam dalam peti sejuk. Aku mencium bau ayam dan ternyata masih elok lagi. " Tak apa ayam tu abang nak buat serondeng. Boleh kita makan semasa dalam perjalanan nanti ". Aku pun mula menggoreng ayam rendang sehingga kering untuk dijadikan serondeng pula. Ilmu ini aku dapat dari kakak aku yang berada di Kelantan. Dia kalau ayam tak habis akan dijadikan serondeng. Akhirnya jadilah juga serondeng. " Abang ni pandai la dalam serba serbi ". Pujian isteriku membuatkan sekali lagi hidung aku kembang. Ok aku nak bertolak ke kajang pula......

1 comment:

hrusli61 said...

Hidung itu memang sudah kembang bertambah-tambah kembanglah tuu.

Teringat lakunan Tok Moh dua beranak di Kebun Pak Syarif Teluk Kumabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...