Teman-teman

Tuesday, September 14, 2010

Rumah Terbuka

Alhamdulillah seperti yang dirancang selepas solat subuh aku tidak tidur. Terus aku mengambil peluang mengemas dan menyusun kerusi meja bagi menyambut 3 keluarga. Disaat inilah baru teringat masih ada barangan yang terlupa dan masih sempat untuk dibeli. Jam 9 pagi aku bergegas untuk mengambil satay. Sebanyak 800 cucuk telah diorder. Aku berdoa agar ia mencukupi maklumlah satay ini peminatnya ramai. Isteriku dan anak-anak begitu sibuk didapur untuk menyiapkan laksa dan pizza. Sebanyak 16 keping pizza telah dibuat isteriku. bau kuah laksa begitu wangi sekali. Akhirnya aku tewas dahulu. Semangkuk laksa telah aku bedal. Itu baru nak try macam mana rasanya.

Bersama abang, kakak serta adik

Jam 12 tengahari tetamu dari keluarga isteriku datang. Bunyi dentuman pintu kereta dan suara anak-anak membuat kami semua kelam kabut. " Cepat-cepat tetamu dah sampai ". panik aku bila melihat kehadiran keluarga sebelah isteriku. Rata-ratanya 80 % yang hadir sebabinilah pertama kalinya kami berdua membuat rumah terbuka. Kelam kabut isteriku menghidangkan makanan. Bila sudah diberi lampu isyarat untuk makan maka laksa diserbu mereka. " kami tau laksa Rosnah memang sedap ". Kata salah seorang kakaknya kepadaku. Patutla diserbu. Ketika sedang menikmati laksa, isteriku mengeluarkan pula pizza. Apalagi pizza pula menjadi rebutan. Aku tertawa gelihati melihat telatah mereka. Persekitaran rumahku menjadi riuh rendah dengan suara tetamu. Agak ramai juga keluarga isteriku datang. Akhirnya sedikit demi sedikit mereka beredar. Aku berkata kepada isterku yang fasa pertama telah tamat. tinggal lagi 2 fasa.

kaum Keluarga isteriku sedang mengambil makanan

Setelah masuk waktu asar kami bergegas menunaikan solat. Takut terlalu asyik melayan tetamu solat dipinggirkan. Aku mendapat maklumat dari anakku yang keluarga sebelah arwah isteriku akan datang sebanyak 8 buah kereta. Namun akibat kesesakan jambatan Pulau Pinang akibat kabel terbakar membuatkan mereka tiba sedikit lewat. Akhirnya datang juga mereka. Rumahku kini dipenuhi pula dengan kereta dan sanak saudara. Dalam sibuk-sibuk melayan keluarga datang pula rakan-rakanku. Terpaksa juga melayani mereka. Setelah menjamu laksa rakanku berkata, " Di Balik Pulau ada laksa Pokok Janggus. Di Sungai Nibong ada laksa pokok kunyit ". Akhirnya mengerti juga aku bila melihat pokok kunyit yang tumbuh begitu tinggi dihalaman rumahku. Tingginya melebihi 7 kaki. Akhirnya selesai juga fasa kedua.

Akhirnya dapat juga gelaran laksa pokok Kunyit dari rakan-rakan

Sambil menanti waktu maghrib, sempat juga aku melelapkan mata. Terasa letih juga walaupun dalam masa yang sama amat gembira sekali dengan kehadiran kaum keluarga. Akhirnya fasa ketiga bermula selepas isyak dengan kehadiran kaum keluarga aku. Boleh dikatakan kehadiran adalah sama rata. Laksa, pizza dan satay menjadi tarikan. Masa perjumpaan inilah kita mengeratkan lagi silaturrrahim sesama keluarga. Ibuku begitu gembira bila melihat anak-anaknya rapat sesama kami. itulah harapan semua ibubapa. Mereka tidak mahu anak-anak mereka berbalah sesama sendiri. Akhirnya selesai juga 3 fasa kehadiran kaum keluarga. Boleh dikatakan kesemua keluarga berpuas hati dengan makanan dan layanan. kaum keluargaku bergurau agar dibuat lagi rumah terbuka di Aidil Adha

Tuan rumah Rumah Terbuka Aidil Fitri 2010

Kami disini igin merakamkan jutaan terima kasih kepada kaum keluarga yang sudi hadir. Tahun ini merupakan Aidil Fitri yang begitu bermakna buat kami. Insyaallah andaikata dipanjangkan usia, bertemu lagi kita di Aidil Fitri yang akan datang


Kaum keluarga arwah isteriku turut hadir ke rumah terbuka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...