Inilah pekerjaan yang selalu dilalui oleh isteriku. Menguli dan mencanai roti segera. Dilakukannya ketika pembeli berkurangan. Nasib baik ada mesin untuk menguli tepung. Pernah suatu ketika mesin itu rosak. Terpaksa menggunakan tangan dan sudah pastinya akan mengalami kelenguhan. Kemudian nak menebar pula. Aku pernah menyuarakan kepadanya agar mengajar aku cara-cara menebar tetapi masa tidak mengizinkan. Pernah aku berkata kepadanya selepas bersara dari TNB aku akan membeli van pickup dan akan bergerak setiap hari dimerantau ceruk menjual roti canai. Dia menolak. katanya dah jemu dengan roti canai. Dia nak meniaga laksa pula. Idea untuk membeli van terlintas bila melihat seorang mamak bersama anaknya menjual ayam goreng tepung. Setiap hari selasa mereka akan berada di tempat kami. Ramai yang menyerbu. Kata mamak setiap hari mereka akan berada ditempat yang berlainan. Aku bergurau dengan isteriku tentang kaedah ini yang akan kami gunakan. Nampaknya dia setuju. Tapi masalahnya aku lambat lagi nak pencen jadi terpaksa angan-angan dulu.
Tepung yang sudah di uliRamai yang berminat untuk membeli roti canai segera bila melihat ia dikeluarkan. Isteriku keberatan untuk menjual walaupun permintaan amat menggalakkan. Memang sukar juga untuk menebar roti canai. Selepas selesai menebar pasti bahu menjadi lenguh. Setiap hari sebanyak 140 keping roti canai habis dalam masa 2 jam selepas buka. Gerai dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.
Roti canai yang separuh masak dibalut kemas Rasa sayang juga kalau ditinggalkan terus roti canai. Bukan senang nak cari roti canai yang diuli sendiri. Sebab itulah ramai pelanggannya suka sebab mereka tahu roti canai ini memang asli. Bolanya tidak dibeli dan sumbernya sudah mereka tahu. Setiap hari mereka akan melihat isteriku menguli tepung menggunakan mesin. Kalau nak jual roti canai segera aku perlu belajar menebar. Aku akan belajar kelak.
No comments:
Post a Comment