Teman-teman

Wednesday, August 28, 2013

Lebih Dari Orang Mengandung

Aku tugas pagi. Selepas solat zohor aku keluar ke kedai. Niat di hati bukan untuk mencari nasi tetapi benda lain. Aku ke kedai apek yang selalu aku singgah. Didapati kedai tersebut tutup pula pada hari ini. Akhirnya aku kekedai melayu. Inilah pertama kalinya aku ke kedai tersebut. Selalunya apa yang aku inginkan boleh didapati di kedai apek yang banyak menjual barangan orang islam. Dia tinggal berdekatan dengan rumah orang- orang islam jadi dia sudah tahu apa keperluan orang melayu. Orangnya pula suka bergurau walaupun kadang-kadang agak kasar gurauannya.



" Kak ubi sengkuang ada tak ". Aku bertanya kakak yang menjual barang dikedai.
" Tak jual la encik. Cuba encik kedalam sikit dalam lebih kurang 100m adabterdapat kedai runcit. Disitu ada jual " . Kata kakak tersebut.
" Isteri encik mengandung ke ". Kesitu pula kakak ni. Takkan la bila seseorang tu cari ubi sengkuang maknanya isteri dia mengandung.
" Tak. Saja cari. Rasabteringin nak makan sengkuang palit pula ". Kakak tersebut hanya tersenyum dengan kata- kataku

Aku masih ingat semasa aku mencari timun, sengkuang dan kuah rojak dikedai apek
" Tauke....timun dengan sengkuang ada ka ". Aku bertanya apek
" Itu dalam bakul ". Sambil menunjuk kearah bakul. Aku mengambil lalu letak diatas meja
" Kuah rojak ada ". Lu angkat didalam. Selalunya begitulah apek. Kita tanya dia beritahu dimana. Dia hanya duduk didepan kaunter saja. Aku mengambil lalu letak didepan dan meminta apek mengira berapa harganya. Sudah terbayang rojak.

" Hang ni lebih dari oghang pompuan mengandung ". Kata apek dalam loghat Penang. Akuntertawa kecil dengan gurauan apek. Tiba- tiba isterinya marah. Entah apa yang dimarah isterinya
" Ini orang talak sayang mulut. Olang punya pasal la mau makan apa ". Baru aku tahu rupanya isterinya marah akan suaminya sebab berkata demikian padaku padahal aku tidak berkecil hati pun.
" Tarak apa la nyonya ". Saya tak marah. Saya sudah kenal apek. Lepas aku demikian apek pula marah pada isterinya. Entah apa yang dimarahinya.
" Aku nak kata aku tengok orang juga. Bukan sedap- sedap mau kata. Aku sudah kenai hang ". Kata apek kepadaku.
" Betoi la nyonya. Dia sudah kenai sama saya. Sebab itulah dia melawak macam tu ". Aku cuba redakan kemarahan isterinya. Ternyata betul. Isterinya terus diam lalu masuk kedalam. Aku memberi wang kepada apek.
" Itu pompuan mulut..aiya pok pek pok pek ". Aku tertawa melihat pasangan veteran. Walaupun mulut mereka pok pek pok pek tapi nampak akan kebahgiaan mereka.

Thursday, August 22, 2013

Mak Limah

Seringkali bila kita bertugas dalam satu kumpulan kita dapat melihat dan menilai peribadi seseorang. Kadang-kadang gurauan ada yang melucukan dan ada yang menyakitkan hati. Ada yang dapat menerimanya dan ada pula sehingga melibatkan bermasam muka. Ada pula mereka yang bertugas keseorangan seperti contoh diri aku sendiri. Aku tidak bertugas dengan kumpulan cuma kadang-kadang kumpulan datang bertugas ditempat aku dan disitulah aku dapat berbual dan mendapat maklumat tentang apa yang berlaku di pejabat.

Baru-baru ini ketika aku bertugas datang satu team pekerja yang membuat maintance. Bila sudah ramai maka cepatlah kerja dapat diselesaikan. Ketika waktu rehat maka riuhlah dengan cerita-cerita, usik mengusik sesama rakan. Masing-masing sudah mengenali perangai setiap yang lain. Jadi tak pernah berlaku pergaduhan besar. Dalam banyak-banyak cerita entah macam mana seorang rakan terkeluar akan cerita hantu. Maka riuhlah gelak ketawa mendengar kawan ini di usik kawan itu diganggu. kisah aku disakat pun telah dijadikan bahan gurauan. Aku tak pernah berkecil hati dengan mereka.
" Hantu ni..kita jangan dok takut dengan dia. Bila jumpa baca ayat quran. Ayat Allah. Laghi dia ". Kata seorang rakan. Baguslah tu. Meletakkan Allah dulu.

" Saya kalau macam kes abang Ariff hari tu. Saya nanti minta ilmu. Bukan senang nak dapat ". Kata lelaki tersebut. Aku hanya diam dan malas nak bercerita tentang hantu. Aku akui memang dia seorang yang berani. kalau tidak masakan dia boleh memberi idea-idea yang baik.
" Abang Ariff jangan takut. Kalau abang Ariff jumpa baca ayat qursi. Hantu cukup takut ". Rakan aku berpesan kepada aku. Aku hanya anggukkan kepala sahaja. Ketika berada di tempat kerja aku merupakan orang yang tidak banyak bercakap. Sebab itu rakan-rakan berkata yang aku ini seorang yang pendiam. Sebenarnya aku amat malas berbicara tentang hantu. Apa yang aku lihat dan apa yang aku kena. Aku hanya diam mendengar apa yang diceritakan. Ada juga rakan-rakan yang mengetahui kisah aku. Bila aku diam mereka pun turut tidak bersuara. Bukan apa, aku takut nanti orang tersalah anggap pula tentang diriku. Memang aku tidak ada ilmu dunia. jadi lebih baik aku diam. Biar mereka yang ada ilmu dunia yang bercakap.

Suatu hari ketika aku bertugas dalam pukul 9.30 malam, tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta diluar. Pintunya ditutup dengan agak kuat. Dari dalam aku sudah dapat mendengar. Pintu pejabat dibuka. Rakan aku menerpa masuk. Pucat juga muka dia.
" Bang Ariff...Tadi time saya sampai dekat pokok ada lembaga putih. Rambut panjang bang..". Katanya dengan nada tersekat-sekat.
" Hang tak baca ayat quran ka ". Aku berkata
" Tak sempat bang. Terkejut terus saya pecut ". Gelihati aku mendengar juga. Tapi dalam hati aku la
" Ohh...itu Mak Limah ". Aku berkata kepada rakanku
" Abang pernah nampak ka ". Dia bertanya dan aku mengaku
" Abang tak takut ka ". Tanya rakanku
" Mau tak takut. Saya pecut motor ". Sengaja aku berkata demikian. Takut dia rasa malu bila kenangkan kata-katanya

" Abang balik pukul berapa ". Dia bertanya
" Pukul 11 malam. kenapa ". Aku bertanya
" Saya nak tumpang abang la ". Katanya dan aku berkata tiada masalah. Bila jam 11 kami keluar. Rakan aku menyuruh aku berjalan dahulu sementara dia mengikut dari belakang. Bila tiba di pokok besar Mak limah sudah tak ada. Terus dia memberi hon dan memotong motosikal aku. Laju dipandunya kereta. Sambil membawa motosikal aku terfikir juga. Semua ini merupakan iktibar. Kalau kita ada ilmu sejengkal, janganlah kita berlagak seolah-olahnya kita mempunyai ilmu yang hebat. Allah uji sedikit saja kita sudah mulai hilang kewarasan. Semoga aku bukanlah dalam golongan manusia yang begitu.

Tuesday, August 20, 2013

Ada Sesuatu Terbang Tu....

Sebentar tadi waktu maghrib aku berada diluar pejabat. Keindahan matahari terbit telah memanggil aku keluar. Ketika leka mengambil gambar aku terlihat makhluk yang sedang terbang. Ada yang memanggilnya jembalang maghrib. Telinganya capang dan tajam. Mukanya macam yang terdapat dalam cerita Armagedon. Bila dia nampak aku mengambil gambarnya terus dia datang kearah aku.


Cepat-cepat aku masuk kedalam pejabat. Bila aku upload ternya aku dapat merakam gambar tadi. Cuma ia agak jauh sedikit



Monday, August 19, 2013

Suatu Ketika Dahulu

Pada tahun 2009 aku berkahwin dengan isteriku. Aku berpindah kerumah sewanya. Pada tahun 2010 tuan rumah tempat kami menyewa beritahu yang dia akan tinggal dirumah tersebut. Ini bermakna kami harus mencari rumah yang lain. Aku cukup terkesan dengan ini. Aku harus berfikir mencari tempat berteduh. Sebelum ini aku tidak ada masalah. Semua kelengkapan cukup walaupun rumah aku dan arwah isteri begitu kecil tapi kami amat bahagia bersama anak-anak.

Akhirnya setelah berbincang dengan isteriku kami mengambil keputusan untuk membeli rumah. Aku menerima panggilan dari seorang rakan. Katanya ada orang hendak menjual rumah kampong dan meminta agar aku sendiri berjumpa dengan tuan rumah. Setelah diatur pertemuan akhirnya kami berjumpa. Subhanallah...rupanya yang nak menjual rumah itu adalah rakanku juga. Terus dibawanya aku untuk melihat rumah yang hendak dijual. Rumah 2 tingkat yang mempunyai 4 buah bilik. Setelah melihatnya aku telah tertarik tapi isteriku juga perlu melihatnya. Aku meminta tempuh kepada rakanku agar isteriku sendiri pula yang melihat maklumlah dia yang banyak berada dirumah nanti. Akhirnya isteriku juga tertarik dengan rumah yang hendak dijual. Akhirnya alhamdulillah dapat juga kami membelinya.


Setelah melakukan sedikit pengubahsuaian pada bulan Januari 2011 kami berpindah masuk kerumah baru. Sedikit demi sedikit barangan yang kami beli. Aku mula perasan rumah yang bertentangan dengan rumahku itu tiada penghuni. Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang. Jadi bila ia ditinggalkan dan dibiar barang dalam keadaan lintang pukang maka ia telah menjadi tempat makhluk halus bertapak. setiap hari dia akan duduk dekat almari seolah-olahnya dia adalah penunggu almari tersebut. Dia suka bermain rambut dan bila dia melihat seseorang yang dia minat maka direnungnya orang tersebut.

Pernah suatu ketika dia bertandang kerumahku. Isteriku diusiknya. Jam 12 tengahmalam isteriku menutup TV, tiba-tiba terbuka semula. Bila sedang asyik menonton rancangan diubahnya ke saluran yang lain. Nasib baik isteriku cool juga orangnya. terus dia call aku. Aku suruh dia baca Al Mathurat dan tiada lagi gangguan selepas itu. Dia hanya duduk di rumah kosong itu saja.

Suatu hari aku mendengar lori berhenti didepan rumahku. Barang dikeluarkan dan diletakkan diatas lori. Rumah itu kepunyaan seorang lelaki cina. Katanya dia nak buat rumah sewa. Sewaktu lori itu pergi membawa barang dari rumah tersebut aku melihat makhluk tersebut berada diatas almari. Aku tertawa dan cerita kepada isteriku.
" Nah...seronok sungguh dia naik lori ". Isteriku tertawa mendengarnya.
Apa yang melegakan isteriku ialah tatkala ia pergi anaknya pula telah melahirkan anak dan tinggal dengan kami sementara dalam pantang. Kalau tidak sudah tentu akan menarik minatnya dengan tangisan bayi. Makhluk tersebut akan mengganggu bayi. Kini ia kosong menanti penyewa masuk. Entah didalam macam mana pulak....

Sunday, August 18, 2013

Hari Raya Aktiviti

Pada malam hari raya aku telah diarahkan standby. Terasa sedih juga tatkala di masjid dan surau sedang takbir raya, aku pula bertugas. Tapi aku harus bersyukur bila aku dibenarkan pulang pada jam 7.30 pagi. Dapat juga aku solat hari raya. Selesai solat selalunya aku tidak pernah lupa menziarahi pusara isteriku. Telah 4 tahun lebih isteriku meninggalkan kami semua.


Selesai menziarahi kubur aku pualng kerumah. Juadah hari raya sudah berada diatas meja. Nasi himpit dengan kuah kacang memang menjadi kegemaranku setiap kali pagi raya. Kami akan kerumah emakku yang kini di huni oleh kakak aku. Kami sepakat tahun ini adik beradik berkumpul dirumah ibu. Ini saja caranya kami mengeratkan lagi silturrahim sesama adik beradik bila ibu dan ayah telah tiada. Selepas beraya dengan adik beradik barulah kami beraya dengan yang lain.


Setiap tahun aku pasti buat jamuan hari raya untuk kaum keluarga. Itu merupakan lagi satu cara kami adik beradik berkumpul. Raya kedua selepas solat Jumaat jemputan untuk adik beradik sebelah isteriku. Waktu malamnya pula selepas solat maghrib barulah sebelah keluargaku pula. Terasa sempit rumahku bila anak cucu memenuhi ruang rumah. Terasa kemeriahannya. Menunya tetap sama seperti tahun-tahun lalu. Menu utama laksa dan satay. Yang lain hanya sampingan sahaja.


Hari raya ketiga adikku pula bersama suaminya membuat jamuan raya dirumah mereka. Berkumpul pula kami disana di sebelah pagi. kemeriahannya masih dapat dirasai. Bergambar bersama keluarga tercinta diwajibkan. Boleh dikatakan 3/4 keluarga berada di Penang. Jadi tahun ini anak cucu memenuhi rumah bapa serta emak saudara. 


Alhamdulillah raya tahun ini begitu meriah sekali. Kaum keluarga berkumpul dan ada yang baru menjadi ahli keluarga minta perkenalkan diri. Cukup meriah dengan usik mengusik bila ahli baru memperkenalkan diri mereka. Suami siapa. Isteri siapa. Kami juga tidak lekanag setiap kali jamuan hari araya diadakan.


Tazkirah dari ketua keluarga iaitu abangku dimestikan. Beliau menekan betapa anak cucu harus menjaga keharmonian rumahtangga. Jangan bergaduh hanya kerana harta pusaka. kaum keluarga juga harus tidak leka dengan dunia yang serba canggih ini. Yang pastinya kaum keluarga diingatkan agar tidak melupakan Allah yang esa. Alhamdulillah walaupun sekejap sahaja tazkirahnya namun ia begitu menginsafkan kami semua agar tidak terlalu mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. semoga keluarga kami terus bersatu walaupun ayah dan ibu kami telah tiada. Biarlah mereka tenang disana tanpa persengketaan kaum keluarga.

Monday, August 12, 2013

Buah Demam......

Sudah lama aku tidak bersiaran. Pertama sekali ingin aku merakamkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog WN ini. Insyaallah akan aku update gambar serta sedikit coretan tentang sambutan hari raya. Namun hari ini aku nak kongsi satu cerita. Bukan cerita siapa tapi cerita aku juga. Dalam bulan puasa aku terpaksa pendamkan perasaan teringinku bila melihat longgokan buah durian. Mungkin ini fasa kedua musim buah durian di Pulau Pinang. Ada yang membeli sebanyak 5 biji, diberi pula hadiah sebanyak 5 biji pula. Bulan ramadhan buah durian tidak dapat menarik perhatian pengguna. Pengguna lebih berminat dengan bazar ramadhan.

Buah durian Demam

Hari ini aku beritahu isteri yang aku begitu teringin nak makan buah durian. Aku nak keluar mencari buah.
" Abang beli sebiji sudah ler. Kita berdua saja nak makan ". Aku akur dengan permintaan isteriku. lagi pun kalau beli banyak pun pasti akan dimasukkan kedalam peti sejuk. pukul 12 tengahari aku keluar. dari jauh sudah kelihatan longgokan buah durian. Aku berhenti dan lalu meminta sebiji buah durian yang elok isinya.
" Abang cuba buah ni. Saya bagi namanya buah demam. Abang rasa dulu ". Terus di kopeknya buah demam. terdapat sebanyak 4 ulas.
" Abang makan semua tu dulu ". Tanpa membuang masa terus aku makan. Masyaallah. Begitu sedap. Lemak, manis dan berkrim. Warna putih susu. 4 ulas dapat aku habiskan. Tak pernah aku makan sebanyak 4 ulas sekaligus.

Aku bawa pulang sebiji buah durian atas permintaan isteriku. Perut sudah kekenyangan. Buah durian yang aku beli elok juga isnya. puas hati dengan harga RM7. Agak besar juga. jam 2 petang aku sudah dapat sesuatu pada badan aku. Ia mula berpeluh. Aku masuk lalu ON air cond. dengan suhu 27 selalunya sudah sejuk bagiku tapi badan aku tetap juga berluh. Rasa pening dan meloya sudah melanda. Jam 3 petang aku ke tandas sebab aku kerja petang. Terus aku munta dengan begitu banyak sekali. badan terasa panas. Aku sudah mula risau. Adakah BP aku sudah naik dengan 4 ulas durian. Aku terus muntah dan muntah. aku masuk kedalam bilik dan minta isteriku menyapu bam halia di tengkukku. Perut pula meragam. Pelik sungguh. Sekali lagi bergegas ketandas.

Akhirnya terpaksa juga aku lewat ke tempat kerja. Alhamdulillah demamku tidak berlarutan. Memang benar kata penjual buah tadi. Sebab itu ia memberi nama buah itu dengan nama durian demam. Walaupun buahnya kecil tapi isinya amat sedap sekali. Setakat makan 2 ulas ok lagi. Aku bedal sehingga 4 ulas patut la jadi macam itu. Nasib baik aku beli hanya sebiji sahaja.

Saturday, August 03, 2013

Ucapan Terima Kasih

Isteriku begitu sibuk sekali dengan cucunya. Si ibu masih lagi belum kuat. Parut akibat pembedahan masih lagi terasa. Isteriku mengambil keputusan baby yang baru dilahirkan tidur bersama kami. Jadi setiap malam isterikulah yang membuat susu untuk cucunya. Bila pagi diserahkan kembali kepada ibunya. Entah suatu hari bila aku pulang dari kerja aku melihat isteriku terbaring diatas katil. Dia menangis kesakitan. Katanya lututnya tidak dapat dilipat dan bengkak. Sejak kami kahwin selama 4 tahun lalu ini merupakan yang pertama aku melihat dia menangis kesakitan. Bila berjalan kaki terasa amat sakit. aku dapat merasakan bagaimana sakitnya ketika berjalan sebab aku sudah melaluinya.

Mee Kuah Pulau Pinang

Aku terus mengajak isteriku ke klinik. Kalau dibiarkan lama pasti akan memburukkan lagi keadaan. Hari raya pula bakal menjelma dan aku pula bercadang mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua untuk adik beradik. Menurut kata doktor isteriku telah diserang radang saraf. Akhirnya dia di beri injection. MC telah diberi kepada isteriku secara gurauan oleh doktor.
" Tak boleh buat kerja banyak-banyak. Kena duduk saja ". Tersenyum isteriku. Aku pula membayangkan yang tahun ini tiada rumah terbuka bila melihat keadaan isteriku yang tidak dapat berjalan.
" Tak apalah. Nah rehat. Hari ni abang masak. Abang beli ketam. Ingat nak buat kari ketam ". Tertawa kecil isteriku bila aku berkata nak masak gulai ketam.

" Abang rasa Nah boleh baik cepat tak ". Aku faham maksudnya. Jarang isteriku sakit begini. Dulu aku begitu kerap sakit kaki. Sekejap baik dan sekejap sakit. 
" Insyaallah. Tadi dah bagi injection. Nanti balik abang urut sikit dan bandage ". Kataku kepada isteri.
" Abang mengantuk sangat. Rasa-rasa esok sajalah abang buat kari ketam. Hari ni beli di bazar ramadhan ". Tersenyum isteriku mendengar. Bila sampai dirumah aku baringkan isteri diatas katil. Aku mengambil minyak lalu mengurut perlahan-lahan. Lutut yang bengkak dan sakit tidak boleh dipaksa urut dengan kekuatan. Nanti bertambah sakit. Selepas menyapu minyak aku bandage kaki isteriku. Akhirnya aku terlelap. Bila sedar jam sudah pukul 3 petang.

Kari ketam + nenas + rempah Tarbus

Keesokan harinya bila aku pulang dari tugas isteriku menyambut kepulangan dengan senyuman. Melihat senyuman yang terukir aku sudah dapat mengagak yang isteriku telah pulih sedikit.
" Tengok bang...Nah boleh buat tarian ballet ". Gurau isteriku sambil mengangkat kaki sebelah. Aku tertawa gelihati melihat gayanya.
" Dah makan ubat ". Aku bertanya isteriku. Doktor menasihati agar isteriku tidak berpuasa supaya senang menelan ubat mengikut jam.
" Belum lagi. Ada bubur lambuk semalam dalam peti sejuk. Ingat nak panaskan dan makan yang itu saja ". Kata isteriku.
" Tak apalah. Nah rehat. Biar abang buat ". Aku berkata kepada isteriku
" Abang baru balik kerja. Letih dan mengantuk. Tak apa Nah buat perlahan-lahan ". Aku membantah kata-kata isteriku dan akhirnya dia akur.

Bila selesai semuanya akhirnya baru terasa mengantuk. Sekejap saja aku sudah terlena. Sekejap sekejap terjaga macam terdengar orang memasak di dapur. Wangi sungguh baunya. Mataku terlalu berat untuk dibuka luas. Aku terus menyambung tidurku. Bila sedar aku melihat isteri berjalan dengan lajunya. Subhanallah...Nampak bertambah baik kakinya. Tersenyum dia bila melihat aku.
" Nah dah buat kari ketam untuk abang. Ada lagi satu Nah nak buat untuk abang sebagai ucapan terima kasih kerana menolong Nah ". Kata isteriku
" Apa dia....". Aku bertanya. Tak sabar nak tahu
" Nantilah waktu berbuka....". Tersenyum isteriku. Aduhh...dia mendera mental aku...Jam 7 petang isteriku mengajak aku kedapur. Aku mengikutnya.
" Haa...ini dia Nah buat yang special untuk abang hari ini ". Aku terlopong bila melihat mee kuah.
" Masyaallah Nah. Terima kasih...". Tak sabar menanti azan. Akhirnya bila azan berkumandang aku dahulukan dengan buah kurma. Kemudian terus aku mengambil mee kuah dan........

" Ada sesuatu yang lain dari yang lain ". Aku berkata kepada isteriku
" Apa dia tu bang...Apa yang lain ". Tanya isteriku.
" Selalu Nah buat buat kuah dia pekat. kali ni terasa cair sedikit ". Aku berkata kepada isteriku dan tiba-tiba........
" Ya Allah bang...Nah lupa masukkan sos tiram. Patutla tak pekat. Tak apa mai Nah nak buat balik ". Kata isteriku.
" Tak apa...Rasa dia memang sedap cuba berlainan dari selalu. Nah tak payah buat balik. Ini pun sedap dan terima kasih kerana sudi buat untuk abang ". Tersenyum lagi isteriku. Akhirnya selesai juga semangkuk mee kuah special. Alhamdulillah kaki isteriku bertambah pulih dan akulah orang yang paling lega sekali....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...