Teman-teman

Monday, May 17, 2010

Maaf Ku Pinta

Alhamdulillah tinggal lagi 2 hari dimana pada 20 Mei 2010 aku dan isteri akan berangkat ke jeddah untuk mengerjakan umrah. Dari jauh aku memohon maaf kepada semua rakan bloggers dan pembaca yang sudi share pendapat dan banyak memberi aku harapan untuk meneruskan kehidupan setelah aku diuji dengan ujian yang amat berat bagi aku. kami akan berada disana selam 10 hari dan ini bermakna 10 hari aku tidak akan membuka komputer. Aku berdoa kepada Allah agar pembaca semua mendapat rahmat dari Allah dan dilimpahkan rezeki yang luas. Insyaallah kita akan berjumpa kembali sekembalinya aku ke Malaysia. Tolong doakan agar Allah permudahkan segala urusan kami semasa disana. Semoga kami dapat menempuh dugaan apa sekali pun semasa berada di bumi Makkah dan mendapat umrah yang mabrur. Semoga Allah memelihara kami dari berkelakuan tidak elok disana'

Insyaallah kita jumpa lagi

Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih Tak Terhingga

" Pakcik boleh ka datang kerumah. Ada benda nak bagi ". Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara sebelah arwah isteriku. Mereka juga begitu rapat dengan aku seperti anak-anak saudaraku juga. Sampainya aku disana dihulurnya sekotak yang aku sendiri tidak tahu apa isinya didalam. " Ini saja yang dapat kami bagi dekat pakcik. Semoga keadaan lutut pakcik sembuh dan dapat mengerjakan umrah dengan sempurna ". Terharu aku menerima kotak yang amat cantik. Tertera jenama Perfect Slim. Kata mereka ia untuk mengeluarkan toksid yang berada didalam badan. Aku membaca khasiat yang terdapat pada perfect Slim. Diantaranya ialah melegakan sakit lutut. Kata mereka sebelum tidur lekatkan pack dibawah tapak kaki. Keesokan harinya akan nampak hitam dan itulah toksid yang dikeluarkan.

Sebelum tidur aku pun lekat seperti yang diarahkan. keesokan harinya kelihatan hitam yang banyak melekat pada pack yang dilekatkan di kedua-dua tapak kakiku. Alhamdulillah aku dapat bangun dan berjalan sedikit laju dari biasa. Aku tidak lagi merasa denyutan didalam tempurung lututku. isteriku bersyukur melihat perubahan pada lututku. Apa tidaknya, hanya tinggal 4 hari lagi kami akan ke Mekah. Malam ini kata isteriku dia nak aku rendam kakiku didalam air suam. Katanya ia baik. Semasa arwah Siti Aishah ada inilah juga kaedah yang kerap digunakan. Pantang melihat aku terhencut-hencut sakit. Dimasaknya air panas lalu ditambahnya sedikit garam lalu kaki aku direndam didalam air suam. Memang terasa amat melegakan. Aku bersyukur kepada Allah sekurang-kurang ada juga isteri yang dapat membantuku ketika aku terhencut-hencut kesakitan.

Pada anak saudara sebelah arwah isteriku terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu. Insyaallah pakcik akan doakan agar kesemua anak saudaraku mendapat kejayaan didunia dan juga diakhirat. Mereka banyak memberi nasihat kepadaku ketika aku berduka. Kepada anak saudara sebelah aku seperti blogger Bearcat dan Usus itu panjang, Pak Anjang doakan agar Allah
juga memberi kebaikan dan dipermudahkan segala urusan. Kepada anak saudaraku sakinah selamat berangkat ke luar negara. Semoga dapat menimba ilmu yang berguna disana. Jagalah akhlak semasa berada dirantauan.

Friday, May 14, 2010

Semoga Allah Permudahkan Segala Urusanku

Surau aku mengadakan ceramah agama ketika pada hari itu merupakan perlawanan Piala Thomas diantara Malaysia dan Denmark. Walaupun aku amat meminati badminton sejak dari sekolah menengah lagi, aku tidak mahu terkandas disebabkan badminton terpaksa membatalkan ceramah agama pula. Aku pula seperti biasa telah dilantik menjadi pengerusi majlis. Hari itu sekali lagi aku menjemput saudara baru iaitu Mohd Syafiq untuk memberi tazkirah ringkas pengalaman beliau menerima hidayah Allah. Ustaz Abdullah Khairi yang suatu ketika dulu terkenal dengan jolokan ustaz laptop merupakan temanku dan juga blogger Insan Marhein dan Jendela Hatiku. Kami pernah sama-sama membuat persembahan nasyid dan pentomen suatu ketika dulu. Bila dia bertemu aku terus dia berkata, " Saya masih ingat lagi lagu ciptaan Budiman iaitu Islam Warisan ". Terus dia menyanyi lagi tu.

Selesai ceramah dari Ustaz Abdullah Khairi, aku menjemput pula saudara baru iaitu Mohd Syafiq memberi perkongsian tentang bagaimana beliau diberi hidayah Allah. Katanya umat islam banyak tidak membantunya. Ketika dia begitu meminati islam beliau mencari orang yang dapat membantu tetapi mereka menyuruh dia pergi keJabatan Agama Islam. Manalah dia tahu dimana. Ketika begitu asyik mendengar luahan hati saudara baru, aku telah dicuit sseseorang, " Bang.... isteri abang panggil. Dia di luar ". Hairan juga tak pernah dia panggil ketika waktu ceramah. Pasti ada yang tidak kena. Aku bergegas keluar dan dari jauh aku melihat hanya linangan airmata yang mengalir dipipinya.

Akhirnya aku diberitahu yang anaknya telah ditimpa kemalangan jalanraya. Kini telah dibawa ke hospital besar. Aku cepat-cepat memberi tahu pengerusi surau agar selepas ini menutup majlis ceramah. Kami bergegas ke hospital. Semasa dalam kereta tak putus-putus aku nasihat agar bersabar sebab semua ini merupakan ujian Allah bagi insan yang bertakwa. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga orang dapat menenangkan hatinya. Setelah mencari di segenap tempat kecemasan akhirnya anaknya mengalami luka yang tidak teruk. Cuma motornya saja yang teruk akibat dihentam oleh kereta dari sisi. Pening juga kepalanya memikirkan bagaimana dia nak ke kolej tanpa motosikal.

Setelah dibawa pulang kami terus kebalai polis untuk membuat repot. Tatkala memasuki balai polis kelihatan polis trafik yang tak bertugas sedang menyaksikan perlawanan piala Thomas antara Malaysia dan Denmark. " Encik dan puan sila duduk di belakang. Biar yang tuan badan sendiri membuat repot ". Cantik. Bisik hati kecilku. Dapat juga aku melihat perlawanan yang pada masa itu 2 - 2. Hafiz merupakan orang terakhir yang diharapkan. Aku pun naik sheh juga bersama polis trafik bila melihat permainan Hafiz yang sedikit meningkat dari dulu. Isteriku hanya tersenyum melihat gelagatku macam coach badminton memberi arahan. " Abang ni pantang tak boleh tengok badminton pasti terjerit-jerit ". Aku hanya tersenyum saja. Dah minat katakan. Akhirnya Malaysia berjaya juga menempah tiket ke perlawanan separuh akhir yang dijangka sukar bila bertemu China. Apa pun aku puas hatilah game malam tu.

Setelah selasai kami pulang kerumah. keesokan harinya aku pula tak boleh berjalan akibat kecederaan lama lututku kembali menyerang. Perjalanan untuk mengerjakan umrah cuma tinggal 6 hari saja lagi. Isteriku mula risau melihat keadaan aku manakala aku masih boleh lagi bergurau walaupun terlalu sakit. Memang agak lama juga Allah bagi sihat dekat aku. Kalau dulu aku amat kerap sakit lutut tapi sudah setahun aku sihat dan kini Allah memberi ujian kepadaku tatkala aku akan ke tanah suci. Walau bagaimana pun aku terpaksa juga mengurut dan terus berubat agar lututku dapat bertahan. Selebihnya aku berserah kepada Allah. Pembaca semua tolong doakan agar Allah permudahkan segala urusanku semasa berada disana.

Wednesday, May 12, 2010

Skuad Negara Memalukan. Apa kena mengena pula

Aku membelek surat khabar Metro. Ruangan sukan memaparkan skuad piala Thomas negara kita yang tercinta tewas ditangan Jepun. Aku sendiri tidak percaya setelah diberi injection semangat di pusat peranginan baru-baru ini kita tewas di tangan Jepun yang tidak digeruni. Aku masih ingat ketika membaca surat khabar sebelum piala Thomas dimana mereka berkata " Kami sudah bersedia ". Kata seorang pembaca cina. " They play like shit ". Memang memalukan. Itulah ayat yang patut diberikan kepada skuad piala Thomas. Ketika aku membeli surat kahbar, tauke cina berkata, " Gua kalau main talak pakai baju, kalau kalah pun tak apa. Talak malu. Ini Jepun pun boleh kalah ". Apa sudah jadi dengan pemain kita. Emosi pun tak boleh kawal. Nak bergaduh dengan penonton yang setia memberi sokongan, tiba-tiba permainan sambil lewa yang dipamerkan. Malas aku nak baca sampai habis. Aku menutup surat khabar lalu aku membuka loker untuk mengambil tuala. Aku perlu mandi sebab dari semalam lagi aku bekerja. Terasa air di tempat kerjaku begitu sejuk dan menyegarkan.

Setelah selesai aku membuka pintu belakang untuk menjemur tuala. Tiba-tiba meluru masuk seekor ular kedalam tempat kerjaku. Aku betul-betul terkejut beruk. Apalagi apa yang ada ditanganku semuanya aku baling keluar. Aku berlari akibat terkejut. Terus aku menutup pintu lain yang terbuka. Kalau masuk kedalam panel habislah bekalan. Ular itu memanggung kepalanya. Kini baru aku tercari-cari mana dia seluar dan bajuku. Akhirnya aku keluar melalui pintu lain untuk membuka kembali pintu yang tertutup. Ular itu masih belum mahu keluar. Akhirnya aku mengambil penyapu dan memberanikan diri menyapu ular itu. Mendengus bunyi ular. Mungkia marah aku guna penyapu.

Entah kenapa aku kalau dengan ular ni aku senditif juga. Kalau benda lain aku masih boleh mengawal perasaan. Kalau ular habis apa yang ada ditangan aku baling. Setelah ular itu masuk kembali kesungai belakang aku mencari kembali baju dan seluar yang telah aku baling. Aku tersenyum sendirian melihat baju dan seluar tersangkut atas siling. Aku seperti skuad badminton piala Thomas tewas awal dengan ular. Silap haribulan dengan Denmark Malaysia akan tewas 4 - 1.

Rungutan Seorang Ayah

Ketika aku sedang makan, dari jauh kelihatan rakanku baru keluar dari kereta bersama anak gadisnya. Memandangkan kami agak rapat aku memanggilnya untuk makan bersamaku. Beliau terus datang dan kami makan bersama. Dia beritahu yang dia baru menemani anakknya ke kedai filem membeli gambar Korea. Aku begitu meminati topik ini sebab ramai dikalangan anak remaja amat tergila-gila dengan cerita Korea dan Indonesia. Aku meminta kepada anak gadis rakanku filem Korea yang baru dibeli lalu aku snap depan muka DVD itu. Anak gadis rakanku meminta diri untuk pulang manakala kami berdua bebrbual-bual. Akhirnya dia bersuara sambil merungut yang anak gadisnya kini telah jauh berubah. Kalau dulu diajak kemana saja anak akan mengikut. Kini kalau diajak anak gadisnya tak mahu mengikut sebab filem Korea yang sebanyak 8 disc belum habis lagi.

Aku pun agak pelik juga dengan generasi sekarang. Asyik berada didepan kaca televisyen menghabiskan masa dengan menonton drama Korea dan Indonesia. Mereka tidak lagi memperdulikan kalau ada tetamu yang datang. kalau rumah dua tingkat memang mereka tidak akan turun. Jikalau rumah flat terpaksalah TV ditutup. Rakanku terus merungut yang anaknya tidak lagi mahu mengikuti kelas agama padahal surau berada sebelah rumahnya saja. Begitu asyik dengan drama Korea sehinggakan waktu azan tidak diperdulikan. Hanya selesai 1 disc yang mengambil masa selama 2 jam barulah nak bergerak untuk solat.

Kalau tak selesai lagi akan di pausenya DVD. Selesai solat cepat-cepat sambung kembali. Ini bermakna sembahyang mereka tidak khusyuk. Rungutan rakanku tadi begitu bermakna buatku sebab aku dapati di tempat tinggalku pun bukan anak muda saja yang tergila-gila gambar korea dan Indonesia, ibubapa juga turut sama terlibat. Surau atau masjid buatlah ceramah ka, kuliah ka itu hak mereka. Kata ustaz yang mengajar kalau sekarang kita asyik dengan benda ini sehinggakan aktiviti keagamaan kita pinggirkan tunggulah ketika sakaratul maut datang maka gambar Korea dan Indonesia akan ditayangkan kembali kepada kita dan ketika itu kita merayu agar dipulangkan kembali nyawa agar dapat kembali mengikuti kelas-kelas agama. Inilah yang dikatakan budaya Hedon. Cintakan dunia.

Saturday, May 08, 2010

Ni Yang Tak Tahan

Sudah empat hari batukku tidak kebah. Hari dah semakin dekat. Isteri aku sudah mula risau dengan keadaan batukku. Memang aku ni kalau batuk satu rumah boleh bergegar. Jiran-jiran berdekatan sudah mula menasihati aku agr segera ke klinik takut akan memudaratkan aku lagi. Rakanku pula memberi nasihat yang membuatkan aku bertambah risau.
" Mu gi cek di klinik. Sekarang ni Hech Wang Eng Wang ( H1N1 ) dah menyerang balik ". Aku terbatuk-batuk gelihati mendengar loghat Terengganu. Hairan juga sudah 10 tahun dia berada di Penang loghatnya masih lagi pure. Anak-anaknya dah pure Penang mereka. Akhirnya aku mengambil keputusan ke klinik juga. Alhamdulillah hanya batuk sahaja. Dr memberi ubat batuk serta anti biotik. Pulang kerumah isteriku mulalah start nak kuarantin pemakanan aku. " Hari ini abang makan sayur tauge.

Sayur tauge campur takua

Namun aku meminta agar dia membuat masak asam ikan haruan kering. Aku amat suka dengan masakan ini. Akhirnya jadilah juga masak asam idaman. Orang pandai masak katakan. Aku ambil masak asam aku modified sikit masukkan cili padi. Marah isteriku kerana masukkan cili padi. " Abang ni tak serik-serik batuk teruk. Ni masuk pula cili padi kedalam ". Terdiam aku mendengar rintihan isteriku. Dia kuis-kuisnya cili padi ketepi.

Masak asam ikan haruan kering

Aku menerima panggilan talipon dari rumah ibu mertuaku. Mereka meminta agar aku kesana untuk mengambil gulai ayam kampong. Dugaan apa yang Allah berikan kepadaku. Untuk tidak mengecil hati mereka aku kesana juga. Setelah membawa pulang aku tunjukkan pada isteriku. " Abang nak makan ka gulai ayam tu. Nampak berminyak ". Perlahan suara isteriku bertanya. Akhirnya aku meminta isteriku menyimpannya didalam tempat beku. Bila baik aku makan gulai ayam kampong.
Gulai ayam kampong

Akhirnya sayur tauge dan masak asam menjadi santapan tengahariku. Senyum isteriku bila aku menerima tegurannya. Dibancuhnya secawan kopi panas jenama Emran cafe. Produk orang islam menggantikan Nescafe yang aku suka. Produk Nestle merupakan penyumbang kepada pembunuhan rakyat palestin. Jadi biarlah mahal sedikit janji ia merupakan produk islam. Isteriku membeli di Halal Mart. Rasanya sedap juga. Macam Nescafe. 100 gram sebanyak RM6.
Alhamdulillah setelah makan ubat batuk dan anti biotik, dadaku terasa lapang. Tak sabar nak rasa ayam kampong. Dasar tak sabar sungguh manusia ini.

Emran Cafe produk orang islam

Friday, May 07, 2010

Jangan Suka Berjanji

Aku membelek-belek akaun buku bank. Rasanya cukup untuk aku gunakan semasa berada di Tanah suci. Aku kesana bukan untuk berbelanja membeli belah. Sekadar membeli buah kurma dan sedikit saguhati untuk aku berikan kepada merka yang banyak membantu aku, isteri dan anak-anak. Tujuan utamaku ialah membuat ibadah. Nasihat dari mereka yang pernah pergi kesana pun mengatakan tak perlu berbelanja besar. Suatu hari aku menerima panggilan talipon dari seorang kawan,
" Assalammualaikum Ariff. Aku nak minta tolong nak pinjam duit sebanyak RM500. Besan aku meninggal jadi keluarga mereka miskin jadi terpaksa aku kena tolong. Aku pun bulan ni duit terpaksa keluar banyak ". Aku terdiam seketika memikirkan yang aku pun tidaklah begitu banyak duit. Duit yang terkumpul pun nak aku gunakan untuk ke tanah suci. Kalau berbaki duit itu pun untuk belanja kedua-dua anakku.

" Dekat mana kita boleh jumpa dan pukul berapa ". Aku bertambah rimas bila didesak seolah-olahnya duit itu pasti dapat dipinjamnya. Akhirnya aku mengalah bila dia berjanji dapat gaji April ini akan dibayar kembali. Memandangkan umrah aku pada 20 Mei jadi aku dahulukan wang itu. Dalam keadaan hujan lebat dia sanggup menunggu dan akhirnya dengan aku sekali basah kuyub. " Terima kasih Ariff. Hang banyak tolong aku. Cukup bulan ni aku settle duit hang ". Aku cerita kepada isteriku tentang peristiwa ini. Terdiam dia seketika. Aku tahu apa yang difikirkan olehnya. " Kalau abang yakin dengan kawan abang tak apalah. Harap-harap dia berpegang pada janjinya ".

Gaji bulan April dah dapat namun aku masih tidak dapat panggilan talipon darinya. Aku masih diamkan diri memujuk hati yang resah. Petang aku melihat kelibatnya. Nampak resah. Cepat-cepat aku berjumpa dengannya. Belum sempat aku bersuara, " Duit hang aku kena hold dulu. Bulan ni overtime masuk tak banyak. Aku kena settle hutang lain dulu. Nanti awal bulan dapat duit claim aku bayar duit hang ". Kata-kata itu mematikan terus niat aku untuk bertanya. Entah kenapa hati aku tak sanggup untuk memarahi sebab aku tahu sekali mulut aku terkeluar cakap akan buruklah keadaannya. Jadi biarlah aku sabar dahulu. Mungkin ini merupakan dugaan untuk aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku mudah cair bila orang merayu minta pertolongan. Bukannya aku tak pernah kena tipu hasil dari sifat ingin menolong.

5 Mei aku terjumpanya kembali. " Alamak ariff duit claim tak masuk. Aku kena hold lagi duit hang ". Aku sudah hilang sabar sedikit. " Kalau boleh aku perlukan duit tu sebelum 20 Mei sebab aku bagi pinjam duit dekat hang sebab kesian hang perlu duit tu. Jadi aku dahulukan duit yang nak digunakan semasa di tanah suci ". Terdiam dia bila aku berkata demikian. Terus dia menukar topik perbincangan. " Hang tak apalah isteri hang berniaga. Duit tak jadi masalah ". Kenapa itu pula dipersoalkan. Sejak aku berkahwin yang hampir setahun belum pernah aku meminta duit dekat isteri aku. Aku harap dia memahami apa yang aku katakan. Surat khabar Metro hari ini menceritakan yang berkat solat hajat berjemaah telah menghasilkan penangkapan lelaki yang menipu jemaah umrah dari langkawi.Wang deposit sebanyak RM 2500 setiap seorang membabitkan sebanyak RM162,000 telah lesap.

Sipenipu dtangkap di Sungai Buluh ketika sedang berehat dirumahnya. Mungkin aku pun terpaksa menggunakan kaedah ini agar Allah juga melembutkan hati kawan aku agar dapat memulangkan kembali duit aku. Mudah-mudahan kawan tidak menjadi musuh. Biarlah Allah yang menentukan semua itu. Kalau ditadirkan aku terpaksa membawa duit yang berbaki, aku redho sebab aku tahu semua itu ada hikmahnya. Mungkin ada pengajarannya disebalik kejadian. Kadang-kadang kita tidak memahaminya. Begitulah juga dengan aku.

Thursday, May 06, 2010

Hari Keluarga

Pada tarikh 2 Mei 2010 aku dan isteriku menghadiri Hari Keluarga sebuah NGO iaitu Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) di pantai Telok Bahang. Seperti biasa atau mungkin selama-lamanya aku telah dilantik menjadi MC dan tugasku untuk meriuhkan lagi suasana. Nasib baik ada juga blogger Jendela hatiku yang satu kepala dengan aku meriuhkan lagi hari tersebut. Bermula jam 9 pagi kami sudah mula memasang khemah manakala pihak wanita seperti biasalah sibuk dengan aktiviti mereka. Cuaca alhamdulillah walaupun panas suasana sukaneka berjalan dengan lancar.

Begitu asyik dengan sukaneka

Seronok dapat berjumpa rakan-rakan lama dan baru. Berbual-bual sebelum menanti makan tengahari. Makan dengan menggunakan talam merapatkan ukhwah sesama kami. Gulai nangka menambahkan lagi selera kami untuk makan sambil berbual. Sambal belacan dengan keadaan cuaca yang panas menyebabkan peluh begitu banyak jatuh kebawah. Nasib baik tak masuk dalam talam. Ada yang mengambil kesempatan makan bersama keluarga masing-masing sambil menjaga anak-anak mandi laut.

Menyambung straw perlukan muafakat

Sudut tazkirah merupakan agenda penting. Saudara baru Syafiq Raffiqin Liow menceritakan tentang pengalamanya memeluk agama islam. Katanya dengan gajinya sebanyak RM3000 sebulan menjadikan dirinya sombong kerana dapat memberi duit kepada ibunya. Beliau yang belum berkahwin menceritakan kegiatan socialnya sebelum ini begitu teruk. Dia merupakan anak yang tidak menghormati ibubapa. Jarang berkomunikasi dengan ibubapa. Cakap dengan mereka begitu kasar. Kali terakhir beliau makan semeja dengan ayahnya ialah ketika berada disekolah rendah lagi.

Acara sukaneka

Selepas diberi hidayah oleh Allah, beliau dinasihati agar mengasihi ibubapa sebab islam mengajar semua itu. Beliau diarah untuk pulang dan mencium tangan ibubapa. Ketika beliau mencium tangan mereka terasa begitu nikmat dan lazat yang tak dapat digambarkan. Terasa sayu bila mengenangkan yang sebelum ini dia begitu biadap dengan ibubapa. Syukur kepada Allah kerena memberi islam kepadanya. Suatu perkara yang tidak dapat beliau lupa ialah ketika mencium tangan ayahnya dan makan semeja bersama ayahnya. Kini dia telah dapat kembali suasana yang selama ini dia tinggalkan.

Relax dan tenang menikmati keindahan pantai

Beliau akan belajar dalam Diploma Islam. katanya bila keluar dia akan meneruskan usaha dakwah iaitu bidang barunya. Beliau ingin sekali berkhidmat kepada islam sebab kerana islamlah beliau kini menjadi begitu tenang dan sayang kepada kedua ibubapa. Sambil berbual dengan aku beliau menangis meminta aku berdoa agar kedua-dua orang tuanya diberi hidayah agar menerima islam. Aku tidak melupakan janji itu. Setiap masa terluang aku berdoa agar kedua-dua ibu bapanya diberi hidayah. Hari keluarga selesai jam 2 petang.

Cikgu Rusli Hashim ( Blogger Jendela Hatiku ), WN & Pembaca setia Hj Atan darus

Aku dan isteri bergegas pulang kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Maklum sajalah tinggal beberapa hari lagi kami akan ketanah suci. Masih ada barang yang belum dicari. kami singgah di Masjid Terapung untuk melaksanakan solat Zohor. Isteriku sebelum ini tidak pernah jejak masjid Terapung manakala aku dan arwah Siti Aishah kerap kesini bila kami melintasi masjid ini. Kelihatan dua orang adik remaja sedang solat. Aku mengambil keputusan untuk berimam dengan mereka. Terus aku takbiratul ihram dan mencuit adik yang duduk bersebelahan rakannya.

Tujuannya untuk memberitahu yang aku menjadi makmum. Terkejut adik itu bila aku cuit dia. Terus dia pusing kebelakang dan menggaru kepalanya. Mungkin dia fikir aku sengaja mainkannya. Akhirnya beliau terus duduk disebelah aku. Selesai solat aku menegurnya apa yang dikatakan masbuk dan bagaimana caranya pula dia mengundur kebelakang. Padaku mereka merupakan remaja yang baik. Sanggup singgah untuk menunaikan solat sebelum ketempat lain.
" Terima kasih pakcik kerana menegur saya. Kalau tidak saya tak tau langsung. Kini kalau lain kali terjadi macam ini saya dah tau ".

Ketika dalam kereta aku bertanya isteriku kenapa tidak mengambil bahagian dalam sukaneka. Katanya dia malu dan aku faham dia masih perlu menyesuaikan dirinya. Akhirnya dia diberi kepercayaan menjaga barang-barang wanita lain dan anak kecil mereka. Tersenyum dia bila aku melihat dia menjaga baby kawan-kawan. Padaku itu sudah cukup baik sebagai permulaan.



Tuesday, May 04, 2010

Perhimpunan Lifeline4Gaza

Kepada pembaca WN yang tinggal berdekatan. Mari sama-sama kita membantu penderitaan rakyat Palestin. Ini bukanlah masalah rakyat palestin tetapi ia merupakan masalah dunia sejagat. Kita di Malaysia boleh dikatakan aman namun saudara kita di Palestin masih lagi berjuangan mendapat kembali tanah mereka. Jom ramai-ramai kesana. Semoga Allah terima amal-amal kita
Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
- Kumpulan Nasyid Shoutul Harokah

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care
* Yayasan Amal Malaysia

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com
* ShouHAR Management (Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, ayuh! Sebarkan usaha ini kepada kenalan-kenalan yang anda kenali tanpa mengira batasan bangsa, agama & politik!

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke


Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

Saturday, May 01, 2010

Bila Nyawa Di kerongkong

Hari telah masuk Bulan Mei. Ini bermakna tinggal 19 hari insyaallah aku dan isteri akan ke Tanah Suci. Persediaan telah pun dibuat. Semalam isteriku berkata, " Bang perasan tak tarikh 20 Mei 2010 iaitu tarikh kita bertolak merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang genap setahun ". Aku terdiam. Masyaallah tak sangka ya sudah setahun kami bersama dan ulang tahun perkahwinan kami merupakan suatu hari yang bersejarah yang pasti kami tidak dapat melupakannya. Semoga perkahwinan kami akan diberkati.


Semalam aku sengaja menekan channel tv. Aku ke NTV7. Tiba-tiba siaran beritanya mengatakan yang 65 jemaah umrah dari Langkawi telah membuat laporan polis menyatakan yang mereka telah ditipu penganjur. Kasihan mereka. Niat untuk beribadah akhirnya musnah akibat kerakusan manusia yang tidak mengenal halal dan haram. Tidak ada perasaan belas kasihan terhadap mereka yang mengumpul wang untuk ketanah suci.

Semalam ketika solat Jumaat, khatib menceritakan ketika nyawa berada dikerongkong kita akan dipertontonkan akan perbuatan kita semasa hayat. Waktu nyawa dibadan kita bermaharajalela. Kita tidak kenal Allah. Kita penipu. Makan rasuah. Pembunuh dan bermacam-macam lagi maksiat yang kita lakukan. Ketika itu timbullah penyesalan dihati namun semuanya sudah terlambat. Tidak guna meminta agar dihidupkan kembali sebab ia tidak akan berlaku dan celakalah mereka yang semasa hidup tidak memanfaatkan untuk jalan kebaikan. Mereka tidak pernah menyampaikan risalah Nabi. Mereka tidak pernah berselawat untuk nabi tetapi mengidamkan agar dihari pembalasan mendapat syafaat dari nabi. Siapa mereka yang berangan-angan begitu sedangkan ketika khatib menyampai khutbah pun boleh kita lena. Masjid dan surau mengadakan kuliah maghrib pun tidak diendahkan tetapi kita menadah tangan memohon syurga Allah. Tidak malukah kita dengan Allah. Fikir-fikirkanlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...