Teman-teman

Thursday, May 31, 2012

Ipad Oh Ipad

Sebut pasal Ipad pasti semua orang mengetahuinya. Agak ramai yang telah menggunakannya. Kalau dulu bila aku melihat orang memakai ipad aku akan menjuihkan mulut. Bukan aku cemburu dengan rezeki mereka tapi bagiku apalah yang diminat sangat dengan benda yang kecil ini. Ramai yang menyuruh aku membelinya. Kata mereka senang dibawa kemana-mana. Masuk hotek ada wifi. Aku buat tak kisah saja. Kemana saja aku pergi laptop kesayangaku pasti dibawa. Kadang-kadang mengeluh juga aku dengan beratnya.
" Belilah ipad bang. Senang nak kemana-mana. Abang pun tak boleh pisah dengan internet ". Kata isteriku. Aku hanya diam. Malas aku dengan ipad. Bila aku kursus rakan-rakan lain menggunakan ipad.
" Kenapa abang Ariff guna laptop. Ipad kan senang. Ada wifi di hotel ". Aku tersenyum mendengar kata rakan-rakanku yang begitu khusyuk dengan ipad mereka. Laptop aku pun kadang-kadang meragam juga. Bila on ada time tak boleh masuk window. Time tu memang meradang sungguh. Terasa macam nak hempuk laptop aku.
" Eeeee geramnya abang. Kang kena hempuk baru padan muka aku ". Rungut geram aku pada isteri.
" Dengan laptop ni juga abang bawa merata tempat. Nak hempuk..". Aku sendiri yang jawab. Isteriku tertawa gelihati dengan jawapan suaminya yang kadang-kadang sewel.


Aku terus mengambil handset aku dan mencari nombor anak lelakiku
" Hermawan...nanti tolong check sat ipad ". Aku menalipon anakku.
" Ayah budget berapa ". Tanya anakku
" Tak lebih dari RM2000 ". Kataku
" Ok. Kejap adik check ". Kata anakku. Isteriku hanya tersenyum bila aku minta anakku survey ipad. 2 jam berlalu dan aku menerima panggilan dari anakku.
" Ayah..ipad jenama Apple ada. Boleh talipon. Harga dia dalam RM1700. Macam mana..nak beli ka " Tanya anakku. Aku terdiam sambil memikirkan patut atau tidak aku membelinya. Akhirnya
" Ok la. Beli ipad tu ". Terus aku berkata dan aku harap ia berbaloi.

Anakku pulang lalu menunjukkan ipad yang di belinya. Dengan ada streamyx di rumah, aku cuba menggunakan wifi. Wow best jugak. Ringan pun ringan. Senang di bawa kemana-mana. Cameranya 5 megapixel dan gambarnya cantik juga. Semasa berada di Melaka aku akan menggunakan ipad dan aku harap ia berbaloi dengan wang sebanyak itu. Dunia sudah maju....

Wednesday, May 30, 2012

Family Day

Esok 31 Mei 2012 - Aku serta family yang lain akan bertolak ke Melaka lebih awal. Pertemuan Family pada 1 - 3 Jun 2012. Sebanyak 100 family telah bersetuju untuk bertemu. Inilah pertama kalinya kami membuat reunion Family Mas Tempawan. Segenap pelusuk negeri akan hadir termasuk Singapura. Aktiviti telah disusun sepanjang berada di sana.Kami insyaallah akan menetap di Hotel 101 Bangi. Aku telah berjanji kepada isteriku hendak membawanya berjalan-jalan ke Masjid India menaiki Komuter. Hari ini sudah mula sibuknya. Balik saja dari gerai terus dibukanya almari.
" Abang nanti masa kita bertolak esok abang pakai baju ini dan Nah akan pakai baju ini ". Kata isteriku.
" Tu dia sedondong ". Tertawa isteriku bila aku berkata demikian.
" Hari Jumaat abang pakai baju ini. Sabtu yang ini dan pulang yang ini ". Sambil menunjuk baju agar aku faham. Aku hanya tersengih dengan gelagat isteriku yang sudah mengatur pakaianku. Aku sudah tidak kisah dengan semua ini sebab sebelum ini pun semasa hidup bersama arwah Siti Aishah beginilah juga caranya. Jadi bila isteriku mengatur segalanya tentang pakaianku, aku no hal.


Kami akan mengambil peluang berada di Melaka berjalan-jalan. Sudah 2 kali aku ke Melaka berkursus. Kali ini aku datang membawa isteriku kebetulan anak gadisnya yang baru berkahwin tinggal di Melaka. Jadi kepada pembaca yang tinggal di Melaka atau sesiapa saja yang tahu akan tempat-tempat yang indah di Melaka silalah beritahu. Rugi bila sudah sampai di sini tak tahu mana tempat yang best.
" Bang jangan lupa Masjid India. Nah nak rasa rojak yang abang kata best ". Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Boleh sampaikah aku ke Masjid India. Takut aku ke Masjid Pakistan saja. Malamnya kakak aku pula teringin ke I City. Katanya tak pernah pergi lagi. Jadi lepas maghrib kami akan kesana. Aku mendoakan agar Allah makbulkan doa isteri dan kakak aku. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sewaktu dan selepas program Family Day Mas Tempawan.

Tuesday, May 29, 2012

Nasihat Untuk Anak Remaja

Aku pulang kerumahku yang pertama lalu membuka peti surat. Biasalah bila tiba hujung bulan sudah pastinya banyak bil yang perlu dilunaskan. Memang padat peti suratku. Surat menyurat pun banyak. Dalam semua surat aku tertarik satu surat yang tanpa setem dan hanya menulis namaku sahaja iaitu Encik Budiman.Aku meneliti sampulnya. Bukan sampul walimatul urus. Aku terus membuka surat tersebut. Tak sempat pulang kerumah. Ringkas saja tulisan tangan.
" Assalamualaikum Encik Budiman. Boleh tak datang ke rumah saya. Saya nak minta pertolongan sedikit ". Begitu ringkas sekali isinya. Terselit juga nombor talipon bimbitnya. Memandangkan yang menghantar surat itu lelaki, aku terus dial nombornya.

"Assalamualaikum. Saya Budiman. Encik ada hantar surat dekat saya ka ". Ringkas pertanyaanku.
" Ya Budiman. Terima kasih kerana sudi talipon. Boleh tak datang rumah saya. Nak minta pertolongan Budiman sikit. Masalah anak saya ". Kata lelaki tersebut. Masalah anak. Apa la yang aku pandai sangat tentang anak. Aku bukannya pakar kaunseling. Mengapa mereka tak nak berjumpa pakar yang lebih baik dari aku. Aku berjanji perjumpaan akan diadakan selepas solat asar di rumahnya. Aku tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini. Macam mana duduk setempat pun aku tidak mengenalinya.

Selepas asar seperti yang di janjikan aku sampai di rumahnya. Aku memberi salam dan terdengar jawapan lalu pintu di buka. Tersenyum suami isteri menyambut kedatangan aku. Jantungku berdebar-debar menanti apakah bentuk pertolongan yang mereka perlukan dari aku.
" Begini Budiman..Ini masalah anak kami. Tentu Budiman mengenalinya ". Si suami memulakan bicara. Aku terdiam sambil memikirkan siapa gerangan anaknya. Biarlah mereka menghabiskan cerita dahulu. Tak perlu aku terburu-buru untuk mengetahui.
" Dulu kami risau dengan anak kami. Sekarang pun kami risau dengannya. ". Bertambah pening dengan kerisauan mereka. Sedang asyik berbual tiba-tiba muncul anaknya. Memang aku kenal budak ini. 3 tahun yang lepas aku kerap berjumpa dengannya serta kawan-kawan lepak sambil menghisap rokok.

Yang paling aku ingat ialah ketika hari Khamis. Dia begitu rajin kesurau tapi tidak menunaikan solat. Dia hanya duduk di luar surau sambil menanti nasi kenduri di agihkan. Bila selesai agihan untuk anak-anak maka datanglah group anak remaja meminta nasi. Memang aku kenal sangat dengan anak muda ini tapi kami semua di surau tidak pernah memarahi mereka. Kami beri juga nasi kepada mereka dengan harapan suatu hari nanti mereka akan datang untuk berjemaah. Aku masih ingat ketika aku di alam remaja. Kami di halau Tok Siak kerana tidak berjemaah. Kami di ibarat macam peminta sedekah.
" Hangpa semua balik. Sembahyang tak mau...nasi hangpa mau ". Kata Tok Siak. Akhirnya ketika kami sedang lepak datang Tok Siak kembali lalu menghulurkan nasi kepada kami.
" Tak habis baru cari kami. Bagi dekat anak pak haji la. Kami tak lapar dah ". Aku berkata dengan nada kasar. Terus berlalu pergi Tok Siak.

Aku menghirup kopi yang pekat. Terasa begitu enak sekali kopinya.
" Ini kopi apa ". Tanya aku
" Kopi cap kapal layar ". Sambil menuangkan dalam cawanku yang sudah kosong.
" Adik tak kerja ka hari ni ". Inilah ayat biasa yang diguanakan. Kalau bertemu kawan-kawan kerapnya ayatnya mesti, " Sudah ada berapa orang anak ". Ayat ini senang untuk memulakan bicara.
" Tak kerja. Insyaallah Allah akan bantu kita kalau kita bantu agama Allah ". Pada orang lain tentu ayat ini tidak ada cacat celanya tapi padaku ayatnya masih boleh lagi di pertikai.
" Suruh kerja tak mau. Nak belajar agama tapi duit minta dekat ibu bapa ". Sampuk si emak. Si anak hanya diam membisu. Aku tersenyum mendengar kata-kata dari si anak. Kata-kata ini telah lama aku guna suatu ketika dahulu.

" Begini dik..Masa pakcik di alam remaja, pakcik banyak habiskan masa dengan memetik gitar ditepi jalan bersama kawan-kawan. Ada setengah kawan-kawan yang menghisap dadah. Itulah markas mereka. Pakcik merasakan tempat itu bagaikan syurga pakcik. Sehari tak berjumpa kawan-kawan tak senang duduk dibuatnya. Tapi pakcik tidak pernah merokok atau menggunakan najis dadah. Pakcik masih boleh lagi berfikir akan baik buruknya perbuatan itu. Emak dan ayah pakcik selalu marah pada pakcik ".
" Lama kelamaan pakcik terpaksa berdikari dengan mencari pekerjaan. Timbul minat baru pakcik iaitu suka mengejar hantu. lepas maghrib kami berkumpul dan kemudian mula memasuki hutan mencari hantu ". Tercengang kesemua mereka. Mungkin inilah pertama kalinya mereka mendengar perkataan mengejar hantu.

Suatu hari ayah pakcik memarahi pakcik sebab tidak pernah ke masjid berjemaah dan mendengar kuliah.
" Sekali sekala Budiman pergilah ke masjid dengar kuliah. Tolong ayah azan. Ni tak..dok buat kerja tak berfaedah ".
" Terpaksa pakcik menjaga hati ayah. Bila masuk waktu maghrib, pakcik pun mengalunkan azan. Terasa begitu lazat yang tidak dapat di gambarkan pada orang lain. Ayah terlalu gembira dengan perubahan pakcik lalu membeli motosikal second hand untuk pakcik gunakan pergi kerja. Lama kelamaan dengan wang gaji pakcik, pakcik dapat membeli motosikal baru. Gembira sungguh hati pakcik. Kalau dulu pakcik amat liat mendengar kuliah dan ceramah, kini pakcik sudah jatuh hati dengan kuliah ".

" Pakcik sudah meninggalkan kawan-kawan tepi jalan. Pakcik sudah mendapat kawan baru. Kawan yang akan memimpin pakcik ke jalan yang benar. Pakcik mula mencari ilmu. Segenap pelusuk pakcik pergi sehinggakan pakcik tuang kerja. Bila pakcik pergi kerja, pakcik dimarahi oleh bos disebabkan pakcik suka tuang kerja. Pakcik tidak hairan semua itu. Pada pakcik kalau kita tolong agama Allah maka Allah akan menolong kita tanpa mengetahui bahawa Allah tidak akan membantu kita kalau kita tidak membantu diri sendiri ".

" Akhirnya pakcik mengambil keputusan berhenti kerja dan meneruskan pengajian agama. Ayah pakcik begitu kecewa dengan tindakan pakcik. Akhirnya pakcik mula merasa kepanasan. Duit bulanan motosikal bagaimana pakcik nak melunaskannya. Nak pergi belajar agama minyak harus di isi dan untuk semua itu memerlukan wang. Pakcik terpaksa menebalkan muka meminta wang pada emak. Pakcik tidak ada wang sesen pun. Emak beri pakcik sebanyak RM5 tapi tak cukup sebab minyak dan makan sudah melebihi RM5. Emak menyuruh pakcik meminta pada ayah ".

" Akhirnya dengan berat hati pakcik terpaksa meminta pada ayah. Ayah memarahi pakcik dan tidak menghiraukan permintaan pakcik. Pakcik merajuk lalu masuk kedalam bilik. Pada pakcik, ayah tidak langsung membantu pakcik hendak belajar agama. Sewaktu melayan perasaan, ayah masuk lalu menghulurkan wang sebanyak RM20. Kata ayah pakcik dia tidak bermaksud menghalang pakcik mempelajari agama tetapi ayah pakcik lebih suka pakcik berdikari. Kerja itu amat penting. Agama boleh dicari bila-bila masa sahaja ".

" Sambil memegang wang pemberian ayah, pakcik mengelamun akan kata-kata ayah. Akhirnya timbul kesedaran. Rupanya pakcik tersilap langkah dalam mencari ilmu. Kita nak bergerak memerlukan material dan material itu adalah wang. Dari mana datangnya wang. Dari kerja kita secara halal. Adik faham tak cerita pakcik ni ". Budak tersebut hanya angguk kepala saja.
" Kesian dekat emak dan ayah. Mereka dah bekerja keras untuk adik. Kini adik dah dewasa dan boleh berdikari. Mereka tidak mahu wang adik tapi mereka inginkan adik menjadi seorang yang bertanggung jawab. Itu saja. Belajar agama itu amat baik. Allah sentiasa membantu kita tapi adik perlu ingat bahawa setiap kehidupan itu ada hak-haknya. Inilah masanya adik menyenangkan emak dan ayah. Kita bekerja untuk mendapat keredhoan Allah dan kita belajar agama agar mendapat rahmat darinya ". Aku mengakhiri cerita aku dengan panjang lebar sekali.

Aku mengharapkan agar anak muda ini tidak jemu dengan cerita pengalaman hidup aku ketika berada di alam remaja. Dari gaya penumpuannya bila aku bercerita, aku yakin bahawa dia boleh berfikir dengan waras. Sambil bersalaman dengan anak muda serta kedua-dua ibu bapanya sempat juga si ayah berkata,
" Terima kasih Budiman kerana luangkan masa. Nanti boleh datang lagi. Kami nak dengar cerita Budiman kejar hantu ". Aku tertawa tapi dalam hati, aku berkata adakah mereka hanya menangkap akan kisah mengejar hantu saja. Jadi kepada adik-adik remaja marilah kita berfikir secara matang. Kita bekerja bukan kerana kita mengejar harta dunia tapi kita bekerja untuk bergerak dalam dakwah.



Wednesday, May 23, 2012

Tolong Ajarku Sifu

Pada penulisan aku yang lepas ada di ceritakan tentang fasa di mana aku perlu melalui 3 fasa dalam hidupku dalam masa yang terdekat. Fasa pertama iaitu melangsungkan perkahwinan anak tiriku yang telah dilangsungkan pada bula April 2012. Fasa kedua ialah pada bulan Mei 2012 dimana aku dan keluarga telah melancung ke Medan.

Kini fasa ketiga menghampiri iaitu pada 1 - 3 Jun 2012 satu perjumpaan keluarga terbesar kami yang melibatkan penyertaan dari keluarga dari Singapura dan seluruh Malaysia. Inilah perjumpaan pertama kami akan berlangsung di Melaka. Aku akan bertolak awal bersama kaum keluarga. Pada 31 Mei ini kami akan menetap di Hotel 101 di Bangi. Aku bertolak awal sebab bercadang membawa isteriku makan angin di KL. Pernah seorang sahabat membawa aku ronda menaiki LRT dan menuju ke Masjid India. Sempat juga kami makan rojak yang bagiku begitu special kuahnya. Dimasukkan cili padi kedalamnya.

Bila pulang aku cerita pada isteriku. Apalagi asyik di mulut rojak special tu. Katanya jauh tak Bangi dengan Masjid India. Aku sendiri pun tak pandai sangat tentang jalan di sana. Aku nak minta pandangan dari pembaca yang baik hati bagaimana aku dapat ke Masjid India dari Bangi. Ada tak LRT. Adakah dia berhenti di KL Central. Kali ini aku nak bawa isteriku menaiki LRT. Nak bagi happening sikit.

Jadi aku harap ada pembaca yang sudi menolongku. Nak join pun boleh sekali. Please. Tunjuk ajarku sifu. Terima kasih

Monday, May 21, 2012

Percutian Ke Medan / Danao Toba - Akhir

Jus Markisa

Kami bangun awal. Masa untuk pulang tapi untuk last kopek kami nak mencari sesuatu iaitu buah salak. Aku tak tahu ler kalau tak dapat bawa pulang buah salak. Selepas sarapan pagi kami terus keluar dari hotel mencari beca. Kelihatan ada sebuah beca sedang menunggu.
" Bapak kami nak ke pasar lama buah. Berapa tambangnya ". Tanya anak saudaraku
" Satu becak 50,000 rupiah ". Di tukar ke RM dalam RM12. Setelah di persetujui, pemandu beca dengan segera mencari lagi 2 orang rakannya.

Tu dia anakku Hermawan. Padat dan sendat

Datang 3 beca lalu kami semua pun apa lagi. Isteriku ketakutan menaiki beca sebab dengan keadaan jalan yang sibuk dan bunyi hon yang amat bingit sekali. Namun inilah saja yang mampu kami cari. Isteriku tertawa gelihati melihat anak lelakiku Hermawan menaiki beca. Entah ler macam mana si kakak yang berada di dalam. Beca terus memecut menuju tempat yang dipinta. Kiri kanan penuh dengan kereta. Bunyi hon jangan disangkal lagi. Kalau tak pegang sesuatu harus kami boleh jatuh. Ini di sebabkan tempat duduknya begitu sempit. No wonder la anak lelaki sampai terkeluar dari landasan.

Yang ini la pasangan legend tapi hati cute

Akhirnya beca berhenti ke destinasi yang di tuju. Tapi ini bukannya pasar buah tapi supermarket yang menjual buah. Nak buat macam mana. Hentam saja ler. Janji buah salaknya ada di jual. Setelah mendapat buahnya kami terus pulang ke hotel untuk bersiap-siap nak pulang ke Penang. Jam 12 tengahri kami check out dari hotel. Kami di bawa dengan van hotel ke airport Medan. Kali ini semuanya kami buat sendiri. Ada yang berlegar-legar nak membantu. Bantu ??...Bantu ada makna tu. 
" Pak mahu di bungkusnya beg. Ia selamat ". Tanya seorang pemuda. Aku menggelengkan kepala. Semua tu duit. Kami ke mesin automatik Air Asia. Senang tak gaduh nak beratur. Bila siap barulah kami ke kaunter. Kami terus check in dan berehat di dalam.

Dapat juga buah salak akhirnya

Sempat juga kami melawat gerai-gerai di dalam air port. Isteriku mengambil kopi luwak dan diserahkan kepadaku.
" Abang tak mau ka kopi luwak ". Aku menggelengkan kepala. Kopi dari biji kopi yang di makan oleh musang. Amat terkenal sekali. Mahal harganya. Sempat lagi isteriku membeli kek coklat untuk di bawa pulang. Setelah berlegar-legar di kedai, akhirnya kami pun mulai masuk ke pintu yang dikawal oleh kastam Indonesia. Kami meletakkan semua beg. Tiba-tiba isteriku memanggilku
" Bang..bang mai jawab sat. Depa tahan beg ". Aku tergaru-garu kepala. Apa masalah pula kali ni. Aku terus menghampiri pegawai kastam.
" Bapa tolong buka beg ini ". Arah pegawai kastam. Aku terus membuak zip beg tersebut.
" Kami cuma letak kek yang tidak habis di makan di dalamnya ". Kata isteriku. Pandai juga dia jawab.
" Iya saya tahu. Manalah tahu kalau ada yang enggak boleh dibawa masuk ". Kata pegawai kastam.
" Kami cuma beli markisa...". Terus aku mencuit isteriku. Takut juga nanti beg yang di dalam cargo kena di punggah kembali. Diam terus isteriku. Bila aku mengambil kek di atas maka pegawai kastam terus bertanya
" Ni apa pak ".
" Ini jus markisa ". Jawabku. Akhirnya baru aku tersedar. Kantoi aku. Menggelabah juga aku time tu.

Borong sakan

" Ini enggak boleh di bawa masuk ". Kata pegawai kastam.
" Habis macam mana pak ". Aku bertanya kembali
" Ya..kalau timbangan kilo masih mencukupi bapak boleh letak dalam beg. Tapi kalau timbangan kilonya sudah cukup masih bisa kita tolong ". Aku terdiam mendengar kata-kata dari pegawai kastam. Kalau nak letak dalam beg aku harus turun kebawah dan berjumpa dengan pegawai. Beg aku pun sudah dibawa ke kapal terbang. Nak tinggal sayang. Ada 2 botol didalam. Aku faham maksudnya bisa di tolong. Tolong ada makna tu. Aku terus memanggil anak saudaraku dan menerangkan segalanya.

" Bapak kalau bisa dibantu berapa yang bapa nak ". Terus terang anak saudaraku.
" Ya...berapa yang bapak boleh beri ". Tanya pegawai kastam
" 100.000 ". Kata anak saudaraku.
" Boleh..". Aku terus menghulur wang kepada pegawai kastam. 100,000 rupiah baru RM34. Akhirnya kami dibenarkan masuk. Lega aku sebab jus kesayanganku terlepas juga. Akhirnya pengumuman di buat dan para penumpang di arah menaiki pesawat menuju ke Penang. Pesawat meluncur laju meninggalkan kota Medan yang penuh dengan bermacam-macam pengalaman. Akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Aku merasa lega sebab tidak ada yang datang hendak membantu. Semuanya membuat hal sendiri.

Bila kami keluar dari airport terasa begitu aman sekali. Tiada teksi berkeliaran. Tiada pemuda yang datang dengan terus mengangkat beg. Yang paling lega ialah tiada lagi terdengar bunyi hon.

Saturday, May 19, 2012

Percutian Di Medan / Danao Toba - Bhg 3

Pertama sekali aku mohon maaf banyak kepada pembaca yang begitu setia menanti. Terima kasih yang menegur aku melalui FB bertanya khabar dan meminta aku meneruskan penulisan aku. Semenjak kembali dari Medan aku mengalami tekanan. Tapi bukan tekanan dalam kehidupanku tapi dalam pekerjaanku. Banyak sangat kena standby. Kerja tak menentu jadi badan pun menjadi letih dan blog di lupakan. So setelah di suntik semangat aku kembali menulis dan inilah sambungan cerita semasa aku berada di Medan. Harap tidak jemu membacanya.

 Matahari terbit pada jam 7 pagi di Medan

Aku bangun agak awal. Badan terasa sungguh fresh. Inilah hasilnya bila tidur awal. Aku mengeluarkan kamera dengan zoom menanti matahari terbit. Cuaca kelihatan amat baik sekali berbanding semalam. Hujan lebat dan paginya awan tebal. Matahari terbit tidak kelihatan. Jadi aku menanti dengan penuh sabar dan akhirnya inilah hasilnya.

 Di Lobby hotel menanti kedatangan pemandu kami

Kami turun bersarapan. Hidangan pagi dari hotel tidaklah hebat sangat. Aku makan nasi goreng pun tak habis. Kata isteriku
" Abang goreng nasi lagi sedap ". Puji isteriku. Perasannya aku ketika itu bila di puji namun hentam sajalah. Setelah kenyang kami menanti pemandu yang akan membawa kami sekitar bandar Medan. Sekejap sampai pemandu kami lalu memeperkenalkan dengan nama Budi.
" Pak Budi. Kemana kita hari ini ". Tanya anak saudaraku
" Hari ini kita jalan-jalan ke Istana Maimun, Pajak ikan dan mencari kek ". Kata pak Budi. Kami menaiki kereta avanza. Macam sardin dibuatnya.

 Istana Maimun

Dalam masa 15 minit kami sudah memasuki kawasan Istana Maimun. Cantik sungguh istananya. Istana yang dibina sekitar tahun 1888 oleh kesultanan Deli yang berhubungkait dengan kerajaan negeri Perak. Kami sempat bergambar sebelum memasuki kedalam istana. Dari jauh sudah memancar warna kuning. Eh siapa pula wanita yang memakai baju kuning dan berselendang juga kuning. Cantik sungguh dia. Bila kami masuk kedalam dia terus hilang. Aku membisik pada isteri dan anak saudaraku.

 Sebelum masuk kedalam pasti bergambar dulu

Datang anak saudaraku bertanya
" Di mana dia duduk PakJang ".
" Tu sebelah kerusi di hujung yang macam pelamin ". Aku berkata kepada anak saudaraku.
" Makjang..Pakjang buat pula ". Gurau anak saudaraku. Isteriku hanya tersenyum dengan gurauan tersebut. Terus aku mengajak isteriku bergambar.
" Tadi dia duduk sebelah Nah la ". Kataku pada isteri. Sempat juga isteriku mengerling sebelahnya. Aku tertawa melihat gelagat isteriku. Tapi aku tahu isteriku tidak takut sebab kerap aku menceritakan tentang makhluk dan dia sudah menjadi mangli. Tak semuanya mengganggu kita. Mereka hanyalah sekadar menetap disitu. Kalau datang orang maka pergilah mereka.

 Raja dan permaisuri menanti kedatangan tetamu

Selesai kaimi bergambar di Istana Maimun kami terus di bawa ke Pajak Ikan. Aku ingatkan nak ke pasar yang menjual ikan tapi ia merupakan tempat atau syurga membeli belah untuk orang perempuan. Yang kaum lelaki ni hanya ikut saja la.
" Bang..bang cantik la telekung ni ". Kata isteriku dan terus mengira berapa yang hendak di beli. Tak ada pula baju untuk lelaki. Yang ada cuma t shirt cop Medan. Tak minat aku. Datang pula peniaga jalanan yang asyik mengekori kemana saja kami pergi.
" Bu murah saja ni. Enggak dapat tempat lain. Saya bagi murah ". Di pujuknya isteriku.
" Jom kita pergi ketempat lain. Malas la asyik mengikut saja ". Kata isteriku dan aku pula asyik mengikut isteriku. Datang pula peminta sedekah menghulurkan tangan. Rata-rata merupakan kanak-kanak. Kata orang kalau sudah memberi akan dikerumini oleh yang lain lalu kami buat tak nampak saja.

 Menyerlah kekuningan

Pergi ketempat lain juga rimas kami dibuatnya dengan peniaga jalanan. Mereka seperti memaksa kita membelinya. Akhirnya anak saudaraku membeli baju untuk anaknya.
" Terima kasih ibu. Permisi ya. Saya lalu di belakang ibu ". Amboi lembutnya budi bahasa setelah kita membelinya. Datang sekali lagi peminta sedekah.
" Ibu tolong ya bu....". Isteriku terus pergi dari situ. Akhirnya berjumpa juga dia dengan kedai yang menjual telekung yang cantik dan harga berpatutan. Aku biarkan saja dia menawar harga. Kemudian dia datang padaku.
" Abang Nah beli sebanyak 9 pasang telekung. Nah nak bagi dekat ....bla bla.. ". Aku hanya mendengar saja. Ikut dia ler nak hadiah telekung pada siapa.
" Abang tak beli baju ke apa ka ". Tanya isteriku.
" Tak pa..abang ingat nak beli baju kebaya la. Nampak cantik pula ". Gurau aku pada isteri.
" Abang nak beli dekat siapa ni...". Tanya isteriku.
" Abang beli dan hadiah pada Nah ler ". Tersenyum lebar dia bila aku hadiah baju. Siapa lagi aku nak beli kalau bukan dia dok..

 Di dalam istana

Agak lama juga kami berada di dalam pajak ikan. Nasib baik pemandu kami pak Budi amat baik hati dan sabar. Di tunggunya kami sehingga puas membeli belah. Jenuh juga kami tawaf. Masuk dan keluar kembali. Bungkusan dah semakin meningkat. Untuk aku masih enggak ada. Apa yang aku nak beli kalau toleh kanan dan kiri semuanya untuk wanita. Isteriku nampak betul-betul sihat. Sekejap kesana..sekejap kesini. Kira sibuk betullah. Aku hanya ikut belakangnya membawa bungkusan. Nasib ler kaum Adam. Tak apa janji bahagia. Dia sihat aku sudah gembira.

 Pajak Ikan syurga kain

Anak-anak aku juga begitu sibuk. Anak lelakiku juga sibuk memilih telekung. Hai untuk siapa pula ni.
" Adik beli telekung untuk siapa kakak ". Aku bertanya anak gadisku.
" Untuk siapa lagi ayah ". Kata anak gadisku sambil tersenyum. Ish..ish sempat juga dia ingat. Anak saudaraku pula sibuk dengan tudung. Kira masing-masing ada aktiviti. Aku tercari-cari apa yang aku nak beli. Akhirnya aku beli kerepek ubi kayu. Jadilah..janji aku beli di situ. Sedap juga kerepek dia. Sementara menanti mereka selesai shoping aku pun ngap kerepek ubi kayu.

 Sibuk memilih telekung

Akhirnya selepas kaum hawa selesai shoping kami pun keluar dari pajak ikan. Destinasi kali ini ialah mencari kek lapis. Sesak juga Medan dengan bunyi hon yang amat kuat. Peeet..peet..Entah apa yang di honkan. Rasa aku kalau hon mereka rosak sudah tentu menjadi masalah besar. Traffic light pula tidak banyak jadi kereta yang berani saja boleh bergerak. Yang tak berani tu pandu perlahan-lahan. Perut kami sudah terasa lapar. Sebelum kami mencari kek lapis atau Bika Ambon kami mencari restoran untuk menggalas perut. Di Medan banyak dijiual makanan orang cina. Jadi kena berhati-hati. Kami masuk ke restoran orang islam. Nampak eklusif restorannya.

 Cantik-cantiknya

Bila masuk kedalam tak payah bertanya nak makan apa dan itu. Terus di hidangnya makanan. Kalau kita suka kita makan. Kalau tak suka tinggalkan saja dan dia tidak akan masuk kedalam bil. Itu stail restoran di Indonesia. Wow terliur kami melihat makanan yang di hidangkan. Enak-enak belaka. Aku order air sirsak ( Durian belanda ). Sekejap dia bawa. Memang best power punya sirsak. Alhamdulillah kami berpakat iaitu setiap family mengutip sebanyak RM500 untuk tambang perjalanan dan makan. Jadi ada 2 family sebanyak RM 1000 atau 3 juta rupiah. Memang mewah makan. Makanan pula sedap-sedap belaka.

 Peminta sedekah. Lagi tak bagi di situlah dia berdiri

Bila perut terasa kenyang barulah kami bergerak ke tempat menjual bika ambon. kami di bawa ke sebuah kedai kecil. Kata pak Budi kedainya memang terbaik. Banyak pelancung malaysia beli di sini. Kami di beri rasa kek lapis. Memang sedap tapi aku memang tak suka kek. Jadi biasa saja. Wife aku puji meleleh. katanya kek lapis di sini sedap. Setelah merasa barulah masing-masing nak booking.
" Abang nak berapa kek lapis ". Tanya isteriku
" Tak apa Nah kira siapa yang Nah nak beri dulu dan lepas tu abang pula ". Senang macam tu.
" Nah dah kira...Nah beli 4 kotak ". Kata isteriku. Akhirnya aku menambah sebanyak 4 kotak lagi menjadikan ia 8 kotak. Anak gadisku pula beli sebanyak 6 kotak untuk di agihkan kepada rakan dan jiran-jiran. Anak saudaraku pula 6 kotak. Aku terbayang pula bagaimana nak membawa pulang kek lapis sebanyak itu ke hotel. Akhirnya kami merasa lega bila pengusaha kek berjanji akan menghantar kek ke hotel sebelum kami bertolak pulang.

 Mimilih tudung

Selesai akhirnya pembelian kek lapis. Kami dibawa pula kesebuah kedai yang menjual kek. Aku membeli air markisa sebanyak 2 botol. Yang lain beli kek untuk di makan di hotel.
" Lepas ini kemana kita pula ". Tanya pak Budi kepada anak saudaraku.
" Bapak bisa bawa kami ke Sogo ". Tanya anak saudaraku
" Bisa ". Terus kami di bawa ke Sogo. Bila kereta kami berhenti dan belum sempat turun sudah kedengaran bunyi hon. Memang tak sabarlah penduduk Medan ni dan pemandunya pula sudah mangli dengan bunyi hon yang membingitkan telinga. Aku menjadi sakit hati dengan cara mereka. Asyik-asyik bunyi hon. Sogo seperti shoping complex di Malaysia. Tak ada istimewanya. Aku terus mencari bangku dan duduk. Isteriku berlegar-legar mencari baju t shirt untuk anaknya.
" Abang tak mau beli baju ka ". Tanya isteriku. Bila isteri aku sudah bersuara, aku pun bangun sambil membelek-belek baju t shirt. Terus aku bertanya harganya. Kalau di tukar ke RM Malaysia harga baju t shirt dalam lingkungan RM100. Terus aku tak minat.

Telekung lagi


Akhirnya setelah 2 jam berada di Sogo kami pulang ke Hotel. Esok kami akan pulang ke Malaysia. Flight pada pukul 2 petang. Kami sudah bercadang yang sebelum pulang kami nak mencari buah salak. Entah kenapa isteriku terlalu teringin buah salak. Asyik di bibir perkataan buah salak. Kesian pula aku mendengar. Nasib baik semasa ke Danao Toba aku membeli buah salak. Tapi tak berani nak beli banyak takut tak elok. Bila sudah rasa..fuhh..manis dan lemak rasanya. Siang malam asyik kunyah buah salak. Tak kiralah time tengah tidur. Bila aku terjaga aku melihat dia sedang mengunyah buah salak.
" Bang nanti kita beli buah salak. Nah nak bawa balik ". Aku hanya menganggukkan kepalaku saja tanda bersetuju.

Friday, May 18, 2012

Sesungguhnya Hidayah Itu Milikmu Ya Allah

Aku melihat jam di dinding sudah pukul 12 tengahari. Badan masih lagi letih setelah bekerja selama 16 jam. Malam ini aku akan bertugas lagi selama 16 jam. Andaikata aku terlelap kembali bermakna silap haribulan aku pasti terlepas solat Jumaat. Aku bergegas bangun lalu membersihkan diri. jam 12.30 petang aku mengorak langkah ke masjid. Aku menunaikan solat Qabliyah dan selepas itu barulah aku membaca tafsir Al-Quran serta maknanya. Selesai membaca tafsir aku berwirid sebentar.

Dalam aku tengah berwirid itu aku terlihat seorang pemuda. Sudah dimamah usia. Rambutnya sudah beruban. Begitu tertib dia menunaikan solatnya. Rokoknya, sujudnya dan di akhiri dengan doanya. Begitu tertib sekali. Aku kenal akan pemuda tersebut. Tiba-tiba aku menjadi sebak. Airmata mengalir tanpa di pinta. Aku terkenang kembali zaman remajaku. Alhamdulillah Allah telah meniup hidayah kepadaku begitu awal berbanding rakan-rakan yang lain. Aku masih lagi bercampur dengan mereka kerana darah mudaku masih mengalir. Bila tiba waktu solat cepat-cepat aku ke masjid yang berdekatan. Alhamdulillah aku telah meninggalkan lepak di kaki lima sambil memetik gitar. Aku sudah buang bermain muzik dan manaiki pentas bersama band.

Satu yang masih ada padaku ialah sifat panas baranku. Pantang aku dicabar dan pasti tangan atau kaki yang akan hinggap. Aku seperti hilang ingatan bila marah. Darah silat yang mengalir membuatkan aku seperti seorang yang riak dengan ilmu yang sedikit. Suatu hari aku kehilangan basikal racing kesayanganku. Body basikal aku jumpa di dalam belukar. Ia hasil dari basikal yang dicuri. Diambilnya benda yang lain lalu dibuang bodynya. Aku ambil lalu aku kumpul duit sedikit demi sedikit dengan membeli barang dan akhirnya jadilah ia sebuah basikal racing yang amat cantik. Tak sampai seminggu aku guna dan bila aku keluar dari rumah basikalku sudah hilang. Puas aku mencari namun tidak berjumpa.

" Dapat orang yang curi aku akan tabuh cukup-cukup ". Bisik hati kecilku tanpa aku menyedari bahawa basikal yang aku miliki itu juga hasil dari barang yang dicuri. Kebetulan pula dalam kampungku ada sekumpulan pemuda yang menjadikan kampong kami markas untuk mereka menghisap dadah. Sudah beberapa kali aku mengajak mereka bertumbuk kalau berani. Aku fahami hadis iaitu mencegah kemungkaran dengan tangan dan selemah-lemah iman ialah dengan hati. Aku sudah menyimpan niat dihati bahawa suatu hari aku akan belasah mereka cukup akibat dendam kehilangan basikalku.

Aku berjumpa dengan rakan-rakan yang lain lalu berpakat untuk operasi belasah. Malamnya selepas maghrib kami sudah berada di markas mereka. Datang seorang pemuda mundar mandir memasuki markas. Kami menyerbu lalu menyeret keluar pemuda tersebut. Aku bagaikan singa terus menumpuk muka pemuda tersebut.
" Aduh Ya Allah sakitnya ". Jerit pemuda itu menahan kesakitan akibat tumbukan aku. Terus kakiku hinggap di perut pemuda tersebut. Terkeluar muntah lalu terkena bajuku. Masamnya muntah itu. Kakiku hinggap di kepalanya pula. Aku sudah hilang kawalan. Tersembam pemuda itu dan jatuh terduduk.
" lain kali ingat..jangan mai lagi kampong kami. Ini bukan tempat penagih dadah yang jijik ". Sambil aku memegang kolar bajunya. Pemuda itu sudah tidak berdaya lagi.

Kami pulang semula ketempat kami. Aku begitu berpuashati dengan mencegah kemungkaran. Dalam hati aku berkata Allah meredhoi perbuatan kami. Datang pemuda tersebut lalu duduk diatas tangga tanpa dia menyedari yang kami berada di dalam rumah.
" Ya Allah begitu zalimnya manusia terhadap aku. Aku ingin berubah tapi aku tak terdaya Ya Allah ". Rakan-rakan aku yang lain ketawa geli hati. Aku terdiam mendengar rintihan pemuda tersebut. Datang keinsafan pada diriku. Apakah ini corak dakwahku. Suka menghukum tanpa ada cara-caranya. Pemuda itu terus hilang. Semenjak hari itu aku tidak bertemunya lagi.
.
Hari ini aku melihatnya begitu tertib dia beribadah. Terus aku berdoa kepada Allah
" Ya Allah berdosanya aku ini terhadap pemuda tersebut. Engkau yang memberi hidayah Ya Allah. Ya Allah mungkin pemuda itu menjadi lebih baik dari aku. Imanku kini begitu lemah Ya Allah. Ampunkanlah dosaku ". Terisak-isak aku menahan airmataku. Selepas selesai solat jumaat aku terus mendapatkan pemuda tersebut. Aku melihat begitu asyik dia berdoa. Begitu sabar sekali dia meminta kepada Allah. Selesai dia berdoa aku menghampirinya. Aku duduk sebelahnya.

" Assalamualaikum bang ". Sambil kami berjabat salam. Tersenyum dia menerima salam dari aku. Sudah dimamah usia pemuda ini. Dia lebih tua dari aku. Pangkat abang padaku.
" Abang kenal saya tak ". Aku bertanya dan aku melihat ada kejernihan di kelopak matanya.
" Kenal kenal ". Sambil mengangguk kepala. Tatkala itu airmata aku sudah laju mengalir.
" Bang saya minta maaf pada abang. kaki inilah yang menendang kepala dan perut abang. Tangan inilah yang menumbuk muka abang ". Aku terus memeluknya. Terdengar isakan darinya. Mungkin juga dia terasa sayu tatkala mengenang kembali saat dia di belasah oleh kami. Begitu hinanya dia pada kami saat itu lebiih-lebih aku yang menyimpan dendam disebabkan kehilangan basikal racingku.

" Bang saya minta maaf banyak pada abang. Saya sombong ketika itu ". Kami masih lagi berpelukan.
" Tak apa..tak apa adik tak bersalah ". Lembut sungguh bahasanya
" kerana tendangan adiklah yang membuat abang bertekad yang abang tak mahu lagi memegang najis dadah. Abang rasa begitu hina sekali pada mata masyarakat ". Kata-katanya membuatkan aku terus sebak. Sebenarnya akulah manusia yang hina. Aku menggunakan kekuatan fizikalku dengan cara yang salah. Aku belajar tentang peribadi rasulullah iaitu telah ada pada Rasulullah saw uswatun hasanah ( Suri tauladan yang baik ). Aku tidak mengikut akhlak nabi ketika itu. Aku berdakwah secara egresif.

Kami bangun sambil berjabat tangan. Bersih muka pemuda itu walaupun sudah berusia. Mungkin Amalnya lebih hebat dari aku. Aku diuji dengan sedikit ujian sudah lemah imanku. Mungkin dia lebih hebat ujiannya. Di hina, di pukul dan telah di pulau oleh masyarakat. Menjadi bahan ketawa masyarakat tatkala berada di alam khayal. Kini dia bangun kembali dan alhamdulillah Allah telah meniup hidayah kepadanya.Aku melihat dia terus berjalan dengan perlahan dan terus hilang dari pandangan mata. Ya Allah janganlah engkau mengambil kembali hidayah setelah engkau memberinya kepadaku. Pemuda itu telah memberi kepadaku keinsafan. Berdakwah haruslah bijak menggunakan kebijaksanaan dan bukan dengan kekerasan. Hasilnya orang akan lari dari kita dan kitalah yang akan di poertanggung jawabkan di depan Allah kelak. Pemuda itu mengajar aku dakwah yang sebenar. Semoga Allah merahmatinya dan menerima amal-amalnya.

Thursday, May 10, 2012

Percutian Di Medan / Danao Toba - Bhg 2

 Jam 7.30 pagi dari atas hotel penginapan

Jam hp berbunyi menandakan waktu subuh telah masuk. Tidak kedengaran azan disini sebab penduduknya beragama kristian. Aku memegang leher isteriku. Panas badannya sudah hilang. Tersedar isteriku bila aku menyentuh lehernya. Katanya panasnya sudah hilang cuma terasa keletihan sedikit. Dia berkata yang dia dapat ke Samosir. Setelah mandi barulah dia terasa segar dan senyum terukir diwajahnya. Akulah insan yang cukup gembira bila melihat isteriku sihat.

 Jalan menaiki ke hotel

Kami terus ke lobi untuk bersarapan. Terasa tenang sambil makan sambil melihat keindahan alam semulajadi. Terasa begitu enak kopi yang disediakan. Sudah berapa cawan aku minum. Isteriku juga memuji keenakkan kopi disini. Setelah bersarapan dan sebelum berangkat kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

 Nama hotel

Selesai bersarapan, kami terus check out dan menuju ke terminal feri. Setelah menunggu selama 10 minit kami di arah menaiki feri ke Samosir. Bermacam-macam bermain di fikiranku. Apa yang terdapat disana. kami akan berada di dalam feri selama 40 minit dan waktu inilah digunakan aku untuk mengambil gambar pemandangan cantik. Tidak ramai penumpang feri sebab banyak feri disini. Kalau terlepas feri tidak ada masalah untuk menanti feri yang lain.

 Selepas sarapan pagi

Anak saudaraku sudah memesan kalau ternampak apa-apa jangan bising. Buat diam sudah. Aku tertawa dengan ingatan yang diberikan. Setelah hampi 40 minit kami berada di atas feri maka akhirnya kami sampai di Samosir. Turun saja dari feri, kami di datangi oleh seorang tua menjual kacang goreng. Dia merayu agar kami membeli kacangnya. Kami menolak sebab tiada siapa yang berminat. Marah sungguh dia sambil mulutnya kumat kamit sambil menjeling kami.

 Berada di atas feri menuju Samosir iaitu perkampungan batak

Sewaktu berjalan memasuki perkampungan batak, aku sudah dapat merasai sesuatu. Bulu roma aku meremang secara tiba-tiba. Peluh mula membasahi dahiku.
" Nah..abang dah dapat rasa sesuatu ni ". Aku berkata kepada isteriku sambil menunjuk tanganku yang menggeletar. Isteriku segera memegang tanganku.
" Nah...abang bau mayat la ". Aku terus berkata kepada isteriku. Diam isteriku.

 Nama samosir terpahat di bukit

Bila kami memasuki selekoh menuju ke perkampungan batak isteriku membisik sesuatu kepadaku
" Bang ada mayat di sebelah...Muka dia hitam ". Kata isteriku. Aku menoleh kekiri. Betul kata isteriku. Ada kematian dan mayat diletakkan di luar tanpa ditutup. Kami dapat melihat betapa hitamnya wajah mayat tersebut. Aku pula bukan melihat mayat saja tapi begitu banyak yang berada disisi dan diluar. Berbagai bentuk rupa. Tiada kepala, kepala berdarah, mata terbonjol keluar.
' Ya Allah Nah..teruk la tempat ni ". Aku terus memberitahu anak saudaraku agar berhati-hati dengan tempat ini. Takut pula dengan 2 orang anaknya.

 Parapat dari kejauhan menuju Samosir

Begitu ramai yang datang untuk membeli belah disini. kebanyakkannya ialah budak-budak sekolah. Bila kami measuki selekoh dimana dijual berbagai jenis jualan aku sudah mula tak senang duduk. Begitu banyak makhluk yang berpeleseran seperti adanya keramaian untuk mereka. Aku sudah terasa pening. Inilah pertama kalinya aku melihat betapa ramainya mereka. Kadang-kadang aku terpaksa mengelak. Bila mengelak maka ada yang tersedar dan terus memerhati aku. Jantungku begitu berdebar sekali. Kalau tiba-tiba berada dihadapanku dengan tiada kepala, berdarah siapa yang tidak terkejut dan mengelak.

 Sampai di Samosir

Aku berkata kepada isteri dan anak saudaraku agar jangan membeli permainan dari kayu. Selalunya dari kayu yang berasal dari pokok dijadikan permainan dan barang perhiasan. Ada sesetengah makhluk masih berada dikayu tersebut dan jika kita membawa pulang maka dengan makhluk itu sekali kita membawanya. Kesemua mereka akur dan hanya membeli baju untuk anak-anak.

 Perkampungan batak. Sebelah kiri kami ialah tempat mayat. Sebelah kanan kami ialah banner tanda dukacita di atas kematian

Hujan renyai-renyai sudah mulai turun. Kami menumpang berteduh di bawah gerai. Disinilah aku melihat seperti ada sesuatu yang memanggil makhluk tersebut. Setelah hujan mulai reda kami mula bergerak. Malas untuk naik keatas. Semua barangan hampir sama. Ketika berjalan kami terdengar riuh seperti ada pesta.

 Lorong shopping

Rupanya ada pertunjukan patung di rumah panjang batak. Patutlah banyak yang datang. Semuanya menuju kesana. Aku melihat ramai pengunjung mengambil gambar. Suka sungguh mereka dengan aksi pertunjukkan patung tanpa mereka mengetahui banyak yang berkeliaran. Peluh sudah membasahi dahiku. Pening aku dibuatnya. Inilah pertama kalinya aku melihat begitu banyak makhluk berkeliaran. Anak gadisku menyapu minyak di dahi dan belakang tengkokku. Terasa nyaman dan sejuk.

 Murah-murah

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang dan meneruskan perjalanan ke Medan. Entah kenapa isteriku menjadi berani pula melihat mayat orang batak. Nampak dia begitu segar tapi aku pula yang pening dan meloya secara tiba-tiba.
" Tu dia..Puas Pakanjang melihat sampai pening-pening ". Kata anak saudaraku. Aku hanya tersenyum tapi ternyata sumbing senyumku. Semasa berada di atas feri kami sempat bergurau sesama sendiri dimana kami akan menanggung siksa selama 7 jam pula untuk tiba di Medan. Kali ini pemandu kami lebih rakus. Nampak dia begitu mengantuk sekali. Apa tidaknya semalaman dia berjoli sakan di pusat karaoke dan duitnya telah di kapor. Bila dibukanya beg duit untuk mengisi minyak, terkejut dia
" Mampos aku ". Itulah kata-kata hikmatnya yang membuat kami terasa lucu. Sekali lagi kami singgah di restoran burung puyuh. Santapan terakhir sebelum pulang. Slogan kami ialah makan puas-puas.

 Sakan memborong

Akhirnya setelah pemandu kami berlegar-legar sekitar bandar medan dan menalipon rakannya dimana terletaknya Hotel CitiInn Sun Yat Sen kami tiba di hotel. Badan sudah terlalu letih. Ingatkan malamnya kami nak mencari makan malam tapi Medan merupakan tempat untuk orang cina dan untuk mencari makanan halal amat susah. Jadi kami cuma memesan makanan hotel saja.
" Saya nak pesan maggi goreng ". Tanya anakku
" Enggak ada maggi goreng di sini ". Kata petugas counter. Akhirnya anak saudaraku perbetulkan perkataan yang digunakan di Medan. Mereka menyebut Indomie.
" Boleh saya pesan Indomie ". Tanya lagi anakku melalui talipon.
" Bisa. Maunya berapa pak ". Tanya petugas. Begitu rupanya.

Wajah kepeningan hasil terkejut

Selepas solat isyak kami semua terlelap. Esok kami akan meronda di bandar Medan yang begitu sibuk sekali. Nescaya bunyi hon sekali lagi akan membuatkan telingan kami berdesing. Kata isteriku berseloroh
" Depa ni kan bang..kalau hon depa rosak macam injin rosak no ". Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku. Ternyata dia sudah begitu sihat sekali dan bersedia untuk program seterusnya...To be continued

Percutian Di Medan / Danao Toba - Bhg 1

Baru tiba di lapangan terbang Medan

Alhamdulillah setelah membuat perancangan setahun dengan penerbangan tiket tambang murah Air Asia iaitu sebanyak RM10 sehala aku, isteri serta kedua-dua anakku dan di temani oleh anak saudaraku suami isteri kami berlepas dari airport Bayan Lepas menuju ke Medan. Setelah 45 minit di angkasa akhirnya kami tiba di lapangan terbang Medan. Aku tidak dapat melupakan peristiwa di airport Medan. Isteriku, anak-anak dan anak saudaraku sudah melepasi pihak imigresen tapi bila tiba giliran aku, pihak kastam begitu teliti sekali. di pandangnya muka aku dan passport beberapa kali.

Bandar Medan

" Bapa lihat di hadapan. Saya mahu ambil gambar ". Kata pegawai kastam kepadaku. Aku terus berdiri dihadapannya.
" Bapa kameranya di situ dan bukan di sini ". Sambil tertawa menunjuk kamera sebelah kananku. Aku juga turut tertawa dengan kebodohanku. Isteri, anak-anakku dan anak saudara tertawa dengan gelagat aku. Setelah selesai urusan passpot, kami ke tempat bagasi. Seorang pemuda mengangkat bagasi kami. Kami menyangka itu adalah petugas airport. Bila keluar saja aku sudah mula terkejut. Begitu banyak kereta dengan bunya honnya yang bising. Beg kami dimasukkan kedalam teksi. Datang seorang pemuda kearahku
" Bapak kami berempat. Bapak boleh kasi wang sama saya ". Kata pemuda tersebut. Aku sudah mula panik.
" Kejap saya keluar ". Aku keluar mencari anak saudaraku.
" Bapa duduk saja didalam kereta.". Sambil menarik aku masuk kedalam kereta. Aku keluar kembali mencari anak saudaraku.
" Bapa..bapak enggak perlu keluar. Bapak boleh bagi wang sama saya. Akan saya agihkan bersama teman-teman saya ". katanya.
" Tapi saya enggak ada wang tukarnya ". Sengaja aku berkata demikian.
" Bapak bisa beri wang RM50 kepada saya ". Kata pemuda tersebut. Aku sudah mula pening. Dengan beg yang ringan dia mahu sebanyak RM50. Aku terus menghulurkannya RM10 lalu dimintanya aku menambah lagi RM10. Aku tidak menghiraukannya terus.

 Solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Danao Toba

Teksi kami menuju ke tempat travel agent untuk menyewa van ke Danao Toba. Setelah membuat perbincangan dengan company kami diperkenalkan dengan pemandu yang akan membawa kami ke Danao Toba. Bayaran ke Danao Toba sekitar 700 ribu rupiah dan pergi balik harganya dalam 1 juta 400. 1 juta rupiah bersamaan RM340. Kami terus dibawa ke Danao Toba. Perjalanan kesana dikatakan mengambil masa selama 6 jam. Boleh tahan juga. Apa yang memeningkan kepala kami ialah budaya suka membunyikan hon. Tak kiralah kereta atau motosikal. Semasa dalam perjalanan kami kesana amat susah untuk melelapkan mata sebab pemandu yang membawa kami memandu secara laju dan suka memotong. Sekejap kami menjerit bila dihadapan kami trelar besar turut sama memotong. Memang pemandu sana penting hanya untuk cepat sampai tanpa memikirkan akan keselamatan penumpang.

 Restoran burung puyuh

Setelah 3 jam perjalanan, kami singgah untuk makan tengahari dan solat. Kami berhenti di restoran burung puyuh. Setelah duduk kami dihidangkan dengan nasi serta burung puyuh goreng. Kami mengajak sekali pemandu kami. Berselera sungguh kami dengan burung puyuh goreng. Pemandu kami siap panggil pelayan agar menambah lauk. Berselera juga dia. Aku amat suka juice markisanya dan durian belanda. Alhamdulillah setelah kenyang kami ke musolla yang disediakan oleh pihak restoran. Kami terus melakukan solat jamak. Tak apalah walaupun ruang tempat solat dikongsi bersama wanita. janji solat ditunaikan. Tidak perlu memikirkan akan keselesaan.

 Burung puyuh goreng. begitu lembut dagingnya

Selesai solat kami bertolak ke Danao Toba. Kami akan tiba lagi 3 jam. Sekali lagi kami tidak dapat melelapkan mata. Jalan yang bengkok bengkok masih lagi berani memotong. Isteriku sudah mengadu pening dan demam. Sebelum bertolak lagi dia demam dan batuk. Kini dengan keadaan pemanduan yang merbahaya akan menambahkan lagi pening isteriku. Perjalanan ke Danao Toba di penuhi dengan bukit dan pokok yang tinggi. Jalan raya begitu sempit sekali. Tersilap potong akibatnya akan terjunam kedalam gaung. Sebab itu kami begitu kecut perut dengan corak pemanduan orang disini. Semuanya ingin cepat. Lambat bergerak maka akan kena hon lah jawabnya.

 Burung puyuh setelah di goreng

Setelah pemanduan hampir 3 jam kami sudah dapat melihat pemandangan indah tasik Danao Toba. Semua kembali girang. Inilah pertama kalinya aku melihat secara live betapa indahnya ciptaan Allah yang dikurniakan kepada rakyat Indonesia. Kami memasuki pekan parapat untuk ke terminal feri. Pemandu kami tercari-cari dimana tempat feri. Sekejap belok dan salah. Undur kembali lalu mencari tempat yang lain. Salah lagi lalu terus mencari dan akhirnya kami tiba di terminal feri jam 6 petang waktu Indonesia. Betapa kecewanya kami bila di beritahu bahawa feri ke Danao Toba akan bertolak pada jam 9 malam. Resort kami berada di Danao Toba. Kami terpaksa menunggu 3 jam lagi untuk kesana.

 Gadis yang menyediakan burung puyuh. manisnya. isteriku berkata yang aku bertuah dapat snap burung dan orangnya.

Isteriku sudah nampak keletihannya. Aku melihat sekejap dia menyapu airmatanya. Aku terus merapati isteriku untuk bertanya khabar. Sambil mengeluarkan airmata dia berkata yang dia begitu letih sekali dan demam sudah menyerang isteriku. Badannya sudah terasa haba.

 Sehingga atas bas pun masih boleh di naiki

Anak saudaraku bertanya kepada penjual warung berkenaan Danao Toba. Kata penjual tersebut, perjalanan feri ke Danao Toba memakan masa selama 40 minit dan dari sana ke resort pula memakan masa 45 minit. Jadi kami akan sampai ke resort sekitar jam 12 tengahmalam. Keadaan isteriku amat letih sekali. Dia hanya mampu duduk di dalam van. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel Parapat saja. Kalau keadaan isteriku pulih, esoknya kami akan Danao Toba. Kalau tidak kami akan berpatah kembali ke Medan. Itulah kata sepakat kami.

 Parapat.Menanti feri untuk ke Danao Toba

Setelah memasuki hotel keadaan isteriku amat letih. Aku memberinya panadol lalu aku mengambil tuala dan lekatkan didahinya. Hanya airmata yang mampu berkata-kata. Diluar cuaca amat sejuk sekali. Sebab itu hotel-hotel di sini tidak mempunyai air con. Aku terus dial anaknya lalu keberikan kepada isteriku. Menangis isteriku bila mendengar suara anaknya. Dalam keadaan sebak dia berkata
" Alhamdulillah emak dah ada di Indonesia. Emak demam dan letih ". Ketika itu isteriku tidak dapat meneruskan perbualan lagi. Di marahnya aku kenapa menalipon anaknya. Dengan cara ini kemungkinan demam isteriku akan berkurangan.

 Bergambar berlatar belakang tasik Danao Toba

Badan aku juga terasa akan keletihan. Sebelum tidur aku membuat air jampi dengan hafalan dari ayat-ayat Al-Mathurat. Alhamdulillah berkat aku menghafal Al-Mathurat, aku tidak perlu membawa buku. Walaupun hafalanku tidaklah penuh tapi cukuplah aku hafal ayat-ayat yang penting saja. Aku berdoa kepada Allah agar dikeluarkan segala bisa-bisa di dalam badan isteriku dan menyembuhkan demam panasnya.

 Parapat

Bukan aku malah semua orang mendoakan agar isteriku pulih dengan cepat. kalau tidak maka kempunanlah kami untuk ke Danao Toba.
" Kalau abang nak ke Danao Toba esok pergilah. Tinggalkan Nah di hotel ". Kata isteriku.
" Tak tak...abang tak akan tinggalkan Nah. Kalau Nah sihat kita kesana. kalau tidak kita semua pulang ke Medan dan anggaplah ini semua bukan rezki kita ". Kata-kataku membuatkan airmatanya mengalir.
" kesian abang, anak-anak dan anak saudara, Sebab Nah semuanya dapat masalah ". Kata isteriku.
" Nah rehatlah. Kita tidak meminta penyakit. Nah minumlah air yang abang buat. Selawat 3 kali dan berdoa kepada Allah agar Allah mengeluarkan segala penyakit di dalam tubuh ". Aku berkata kepada isteriku

Malamnya aku tak dapat melelapkan mata. Sekejap aku memegang lehernya. Terasa panas badan isteriku berkurangan. Nasib baik anak saudaraku seorang doktor. Jadi bermacam-macam jenis ubat dibawanya. Sebut ubat demam ada. Ubat batuk ada dan ubat selesema ada. Jadi kalau ada apa-apa masalah farmasi peribadi kami ada. Badan dan mata aku keletihan dan akhirnya aku pun zzzzzz.......Jumpa lagi

Saturday, May 05, 2012

Semoga Allah Pelihara

Jam 9 pagi kami akan check in di airport Bayan Lepas. Isteriku pagi-pagi lagi sudah demam dan tidak sihat. Nampak tidak ceria di wajahnya. Tidak seperti selalu. Panadol sudah 2 biji ditelannya. Aku pun jadi tidak seronok melihat keadaannya. Kakakku dari awal-awal lagi sudah memesan
" Nanti semasa berada di Medan kalau hang nampak makhluk jangan dok tegur. Nanti tak pasal-pasal depa ikut balik ". Aku  tertawa mendengar pesanan dari kakakku. Apa tidaknya pernah kami ke Kelantan dan sewaktu melalui perkuburan cina aku terlopong dan berkata,
" Tu dia..punya banyak. Sebelah cermin kita pun ada ". Aku berkata sambil jariku menunjuk kearah makhluk tersebut.

Bila aku tidur aku berrmimpi makhluk itu datang sambil marah-marah dan menekan dada aku. Aku menggelupur dan tidak dapat bernafas. Anak-anak aku datang bila melihat aku menggelupur keseorangan. Marah adik beradik bila aku cerita yang aku telah menegur makhluk tadi.
" Hang jangan dok cari pasal dah ". kata kakak aku....
Ok aku sudah nak keluar. Jumpa lagi insyaallah. Doakan agar perjalanan kami selamat ya.

Friday, May 04, 2012

Makhluk Halus Lagi

Esok pagi aku, isteri dan anak-anak akan berangkat ke Medan. Selama 4 hari aku tidak akan membuka laptopku. Tapi sebelum aku kesana aku nak share satu cerita yang aku simpan. Ia berlaku 2 minggu yang lepas.  Semoga ia penuh dengan iktibar. Suatu hari ketika berada di tempat kerja, aku telah menerima panggilan talipon dari anak saudaraku sebelah arwah Siti Aishah.
" Assalamulaikum pakcik. Pakcik boleh tak mai tengok sat kakak. Lepas dia balik mengurut dia dok mengadu sakit badan-badan ". Dari panggilan tersebut aku sudah dapat menggagak sesuatu. Ini bukan kali pertama anak saudaraku mengadu sakit badan. Pernah dulu dia mengalami demam panas, sugul dan suka marah. Rupanya ada benda yang menumpang. Alhamdulillah aku buat cara yang aku tahu saja. Lega seketika.

Keesokan harinya, sebelah petang aku terus kerumah ibu mertuaku. Anak saudaraku dan yang lain-lain sedang berada di halaman. Melihat aku datang semua mereka memerhati aku dan menanti apa yang akan aku katakan. Patutla dia sakit satu badan. Ada benda tenggek di atas badannya dan mencengkam bahunya. Aku buat biasa saja seperti tiada apa yang berlaku.
" Macam mana pakcik...ada apa dekat kakak ni ". Tanya salah seorang dari mereka.
" Mana la pakcik tau. Nampak tak ada pun ". Aku berkata.
" Ala pakcik..kami tau pakcik nampak...bagitau la..". Ishh..nak mampus kalau aku beritahu yang ada benda sedang bertenggek di bahu anak saudaraku.

" Jom masuk dalam ". Aku mengajak anak saudaraku masuk kedalam rumah. Yang lain bila mendengar aku mengajak anak saudaraku masuk terus bergegas mengikut.
" Kakak...ambil garam kasar bawa mai dekat ayah ". Aku berkata kepada anak gadisku. Datang anak gadisku membawa garam kasar. Mata anak saudaraku sudah tidak tentu arah mengerling. Aku mengambil segenggam...
" Aku tak ada kuasa...aku tak ada ilmu...tapi aku tahu Allah itu maha berkuasa. Tempat hang bukan di sini ". Terus aku baling garam kearah anak saudaraku. Hilang makhluk tu. Ini yang jenis bukan kaki melawan. Kalau kaki melawan aku rasa jenuh juga aku nak handle sebab aku tidak ada ilmu.
" Macam mana sakit lagi bahu ". Aku bertanya anak saudaraku.
" Sakit lagi pakcik ". Sambil memicit-micit bahunya. Aku meminta izin darinya untuk memegang bahunya. Bila aku sentuh saja dia sudah menjerit sakit.
" Hai...baru pegang dah sakit ". Aku berkata dengan nada bergurau. Sugul anak saudaraku. Aku terus memicit bahu anak saudaraku sambil membaca ayat suci al-quran.
" Aduhhhhh...eeeeee ". Menjerit anak saudaraku dan jeritan di penghujungnya mengejutkan seisi manusia di dalam rumah. Alhamdulillah hilang rasa sakit badan.

Dia menceritakan bahawa dia pulang ke kampung untuk mengurut. Balik dari mengurut badan baru terasa bisa-bisa. Aku berkata kadang-kadang kena berhati-hati juga dengan kes macam ini. Aku tak mahu menuduh tetapi mungkin sesetengahnya tidak perasan yang ketika mengurut ada benda yang mengambil kesempatan berpindah sebab dia tahu akan kelemahan manusia. Senang dia nak tumpang. Bila pulang kerumah selepas solat maghrib aku membuat air dengan membaca dari ayat-ayat mathurat al-kubra. Kemudian aku berdoa kepada Allah agar Allah keluarkan segala bisa-bisa dan benda-benda yang berada di dalam tubuh anak saudaraku. Terus aku berikan kepada anak saudaraku untuk di minum.

Entah kenapa malamnya aku tidur begitu nyenyak sekali. Bila tersedar aku dapat merasakan yang isteriku sedang meronta dan keluh kesah seperti di ganggu. Sekejap dia menendang depan. Akhirnya sebiji penendang hinggap di perutku. Aduh...rasa macam nak ketandas saja time tu..kih kih. Punyalah senak perut kena sebiji penendang dari isteriku yang tidak tahu apa langsung. Aku membaca ayat 3 qul dan ayatul kursi lalu aku hembuskan kearah isteriku. Alhamdulillah begitu nyenyak dia tidur dan akulah orang paling lega. Keesokan harinya aku bertanya isteriku. Katanya dia tidur begitu nyenyak sekali. Akhirnya aku cerita padanya yang aku telah menerima penendang sulung darinya. Tertawa isteriku mendengar cerita dari aku.

Aku talipon anak saudaraku untuk bertanya kabar.
" Alhamdulillah pakcik...Macam di cabut-cabut bisa tu dari badan. Rasa segar badan ni. Nasib baik ada pakcik ". Kata anak saudaraku.
" Jangan kata macam tu. Boleh jatuh syirik. Jangan letakkan makhluk melebihi Allah. Semua tu Allah yang izinkan. Tanpa Allah kita sebagai makhluk tak boleh buat-buat apa-apa ". Aku perbetulkan kata-kata anak saudaraku yang dia sendiri tidak menyedarinya. Pada yang membaca coretan ini, berhati-hatilah. Bila pulang dari mana-mana saja sebelum masuk kedalam rumah bacalah dulu ayat qursi. Bila masuk berilah salam dengan ucapan Assalamualaikum. Kalau ada jin islam dia akan menjawab akan salam itu. Kalau ada jin kafir dia akan lari sebab salam itu sungguh mulia di sisi Allah. Amalkan ya......Kalau tak mau amal pun no problem...

Belajar Menghargai Masa

Sebelum melelapkan mata aku dan isteri suka berbual-bual kosong. Ya le..takkan la bila baring boleh terus terlelap kan kan. Seperti biasa sebelum tidur isteriku pasti akan setkan alarm clock. Selalunya dia akan setkan jam 4.30 pagi untuk bangun dan memasak untuk perniagaannya.
" Esok Nah nak bangun lewat sikit sebab tak masak banyak sangat. Hari Sabtu dah nak ke Medan ". Katanya kepadaku.
" Nah nak bangun pukul berapa. 6 pagi ke ". Kataku
" Ish,,abang ni. Kalau 6 pagi bangun alamat tak berniaga la Nah nanti. Nah nak bangun pukul 4.50 pagi ". Kata-katanya membuatkan aku ketawa kuat.

" Ha ha...La 20 minit lewat saja. Cukup ka ". Aku berkata sambil ketawa.
" Pada Nah 20 minit amat berharga. Nah dapat rasa nikmat dia ". Kata isteriku dengan senyuman. Malu aku rasa saat itu. Orang yang berniaga memang pandai menghargai masa dan aku yang makan gaji begitu mudah membuang masa. Isteriku sudah lama berada di luar Malaysia. Aku terkebil-kebil mata tak dapat nak tidur. Masih terngiang-ngiang kata-kata isteriku. Bila jam berbunyi pukul 4.50 pagi aku terus tidak dapat melelapkan mata. Akhirnya aku menemani isteriku memasak. Bila bertugas pagi mulalah terasa pening akibat mengantuk. Salah siapakah ini.......

Thursday, May 03, 2012

Siapa Lebih Berakhlak


Kadang-kadang Allah menghantar binatang untuk memberi pelajaran kepada manusia

Menghampiri Fasa Ke - 2

Alhamdulillah..Fasa pertama iaitu mengadakan kenduri perkahwinan anak tiriku telah selamat dengan pertolongan Allah. Majlis alhamdulillah berjalan lancar. Ramai sahabat, kaum keluarga terdekat hadir. Seminggu telah berlalu majlis tersebut. Kini aku sedang menanti fasa yang kedua pula iaitu pada tanggal 5 Mei bersamaan hari Sabtu, aku, isteri serta kedua-dua anak-anakku akan ke Medan bercuti. Sudah setahun aku membuat planning dengan menempah tiket tambang murah Air Asia. Pejam celik setahun sudah berlalu. Begitu pantas sekali masa berlalu.

Aku merupakan insan yang paling gembira kerana dapat membawa kadua-dua anak-anakku. Terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan terhadap aku. Biarlah aku hadiahkan percutian yang tidak sehebat mana. Anak lelakiku Hermawan baru saja menamatkan pengajian Diploma dalam bidang Elektronik. Aku masih ingat pada tahun 2009 aku dan isteriku berkahwin dan pada tahun itu jugalah anak lelakiku mendapat tawaran pengajian Diploma di Politeknik Sultan Azlan Shah di Tanjung Malim. Betapa sayunya hatiku sewaktu memeluk anakku sebelum berpisah. Aku baru kehilangan isteriku dan kini aku berjauhan dengan anakku. Bila tiba di tempat lapang aku berhenti kereta lalu menangis sehingga di tenteramkan oleh isteriku. Kini sudah 3 tahun masa berlalu dan anakku bakal hidup berdikari.Aku berharap kedua-dua anak-anakku tidak melupai jasa ibu mereka yang tidak putus-putus berdoa. Sudah cukup dengan Al-Fatihah. Moga ibu mereka beroleh rahmat dari Allah.

Sudah berapa helai baju telah dicuba oleh isteriku. Gembira sungguh hatinya akan bersamaku ke Medan. Katanya sebelum ini belum pernah dia kemana-mana. Hari ini aku mengajaknya ke shoping kompleks untuk membeli baju untuknya. Aku gembira bila melihat dia gembira dan aku bersyukur bila melihat kedua-dua anakku gembira.Aku terus menghitung hari. Tidak sabar rasanya bercuti bersama keluargaku. Aku berdoa kepada Allah semoga percutian kami berada di dalam peliharaannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...