Teman-teman

Tuesday, May 29, 2012

Nasihat Untuk Anak Remaja

Aku pulang kerumahku yang pertama lalu membuka peti surat. Biasalah bila tiba hujung bulan sudah pastinya banyak bil yang perlu dilunaskan. Memang padat peti suratku. Surat menyurat pun banyak. Dalam semua surat aku tertarik satu surat yang tanpa setem dan hanya menulis namaku sahaja iaitu Encik Budiman.Aku meneliti sampulnya. Bukan sampul walimatul urus. Aku terus membuka surat tersebut. Tak sempat pulang kerumah. Ringkas saja tulisan tangan.
" Assalamualaikum Encik Budiman. Boleh tak datang ke rumah saya. Saya nak minta pertolongan sedikit ". Begitu ringkas sekali isinya. Terselit juga nombor talipon bimbitnya. Memandangkan yang menghantar surat itu lelaki, aku terus dial nombornya.

"Assalamualaikum. Saya Budiman. Encik ada hantar surat dekat saya ka ". Ringkas pertanyaanku.
" Ya Budiman. Terima kasih kerana sudi talipon. Boleh tak datang rumah saya. Nak minta pertolongan Budiman sikit. Masalah anak saya ". Kata lelaki tersebut. Masalah anak. Apa la yang aku pandai sangat tentang anak. Aku bukannya pakar kaunseling. Mengapa mereka tak nak berjumpa pakar yang lebih baik dari aku. Aku berjanji perjumpaan akan diadakan selepas solat asar di rumahnya. Aku tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini. Macam mana duduk setempat pun aku tidak mengenalinya.

Selepas asar seperti yang di janjikan aku sampai di rumahnya. Aku memberi salam dan terdengar jawapan lalu pintu di buka. Tersenyum suami isteri menyambut kedatangan aku. Jantungku berdebar-debar menanti apakah bentuk pertolongan yang mereka perlukan dari aku.
" Begini Budiman..Ini masalah anak kami. Tentu Budiman mengenalinya ". Si suami memulakan bicara. Aku terdiam sambil memikirkan siapa gerangan anaknya. Biarlah mereka menghabiskan cerita dahulu. Tak perlu aku terburu-buru untuk mengetahui.
" Dulu kami risau dengan anak kami. Sekarang pun kami risau dengannya. ". Bertambah pening dengan kerisauan mereka. Sedang asyik berbual tiba-tiba muncul anaknya. Memang aku kenal budak ini. 3 tahun yang lepas aku kerap berjumpa dengannya serta kawan-kawan lepak sambil menghisap rokok.

Yang paling aku ingat ialah ketika hari Khamis. Dia begitu rajin kesurau tapi tidak menunaikan solat. Dia hanya duduk di luar surau sambil menanti nasi kenduri di agihkan. Bila selesai agihan untuk anak-anak maka datanglah group anak remaja meminta nasi. Memang aku kenal sangat dengan anak muda ini tapi kami semua di surau tidak pernah memarahi mereka. Kami beri juga nasi kepada mereka dengan harapan suatu hari nanti mereka akan datang untuk berjemaah. Aku masih ingat ketika aku di alam remaja. Kami di halau Tok Siak kerana tidak berjemaah. Kami di ibarat macam peminta sedekah.
" Hangpa semua balik. Sembahyang tak mau...nasi hangpa mau ". Kata Tok Siak. Akhirnya ketika kami sedang lepak datang Tok Siak kembali lalu menghulurkan nasi kepada kami.
" Tak habis baru cari kami. Bagi dekat anak pak haji la. Kami tak lapar dah ". Aku berkata dengan nada kasar. Terus berlalu pergi Tok Siak.

Aku menghirup kopi yang pekat. Terasa begitu enak sekali kopinya.
" Ini kopi apa ". Tanya aku
" Kopi cap kapal layar ". Sambil menuangkan dalam cawanku yang sudah kosong.
" Adik tak kerja ka hari ni ". Inilah ayat biasa yang diguanakan. Kalau bertemu kawan-kawan kerapnya ayatnya mesti, " Sudah ada berapa orang anak ". Ayat ini senang untuk memulakan bicara.
" Tak kerja. Insyaallah Allah akan bantu kita kalau kita bantu agama Allah ". Pada orang lain tentu ayat ini tidak ada cacat celanya tapi padaku ayatnya masih boleh lagi di pertikai.
" Suruh kerja tak mau. Nak belajar agama tapi duit minta dekat ibu bapa ". Sampuk si emak. Si anak hanya diam membisu. Aku tersenyum mendengar kata-kata dari si anak. Kata-kata ini telah lama aku guna suatu ketika dahulu.

" Begini dik..Masa pakcik di alam remaja, pakcik banyak habiskan masa dengan memetik gitar ditepi jalan bersama kawan-kawan. Ada setengah kawan-kawan yang menghisap dadah. Itulah markas mereka. Pakcik merasakan tempat itu bagaikan syurga pakcik. Sehari tak berjumpa kawan-kawan tak senang duduk dibuatnya. Tapi pakcik tidak pernah merokok atau menggunakan najis dadah. Pakcik masih boleh lagi berfikir akan baik buruknya perbuatan itu. Emak dan ayah pakcik selalu marah pada pakcik ".
" Lama kelamaan pakcik terpaksa berdikari dengan mencari pekerjaan. Timbul minat baru pakcik iaitu suka mengejar hantu. lepas maghrib kami berkumpul dan kemudian mula memasuki hutan mencari hantu ". Tercengang kesemua mereka. Mungkin inilah pertama kalinya mereka mendengar perkataan mengejar hantu.

Suatu hari ayah pakcik memarahi pakcik sebab tidak pernah ke masjid berjemaah dan mendengar kuliah.
" Sekali sekala Budiman pergilah ke masjid dengar kuliah. Tolong ayah azan. Ni tak..dok buat kerja tak berfaedah ".
" Terpaksa pakcik menjaga hati ayah. Bila masuk waktu maghrib, pakcik pun mengalunkan azan. Terasa begitu lazat yang tidak dapat di gambarkan pada orang lain. Ayah terlalu gembira dengan perubahan pakcik lalu membeli motosikal second hand untuk pakcik gunakan pergi kerja. Lama kelamaan dengan wang gaji pakcik, pakcik dapat membeli motosikal baru. Gembira sungguh hati pakcik. Kalau dulu pakcik amat liat mendengar kuliah dan ceramah, kini pakcik sudah jatuh hati dengan kuliah ".

" Pakcik sudah meninggalkan kawan-kawan tepi jalan. Pakcik sudah mendapat kawan baru. Kawan yang akan memimpin pakcik ke jalan yang benar. Pakcik mula mencari ilmu. Segenap pelusuk pakcik pergi sehinggakan pakcik tuang kerja. Bila pakcik pergi kerja, pakcik dimarahi oleh bos disebabkan pakcik suka tuang kerja. Pakcik tidak hairan semua itu. Pada pakcik kalau kita tolong agama Allah maka Allah akan menolong kita tanpa mengetahui bahawa Allah tidak akan membantu kita kalau kita tidak membantu diri sendiri ".

" Akhirnya pakcik mengambil keputusan berhenti kerja dan meneruskan pengajian agama. Ayah pakcik begitu kecewa dengan tindakan pakcik. Akhirnya pakcik mula merasa kepanasan. Duit bulanan motosikal bagaimana pakcik nak melunaskannya. Nak pergi belajar agama minyak harus di isi dan untuk semua itu memerlukan wang. Pakcik terpaksa menebalkan muka meminta wang pada emak. Pakcik tidak ada wang sesen pun. Emak beri pakcik sebanyak RM5 tapi tak cukup sebab minyak dan makan sudah melebihi RM5. Emak menyuruh pakcik meminta pada ayah ".

" Akhirnya dengan berat hati pakcik terpaksa meminta pada ayah. Ayah memarahi pakcik dan tidak menghiraukan permintaan pakcik. Pakcik merajuk lalu masuk kedalam bilik. Pada pakcik, ayah tidak langsung membantu pakcik hendak belajar agama. Sewaktu melayan perasaan, ayah masuk lalu menghulurkan wang sebanyak RM20. Kata ayah pakcik dia tidak bermaksud menghalang pakcik mempelajari agama tetapi ayah pakcik lebih suka pakcik berdikari. Kerja itu amat penting. Agama boleh dicari bila-bila masa sahaja ".

" Sambil memegang wang pemberian ayah, pakcik mengelamun akan kata-kata ayah. Akhirnya timbul kesedaran. Rupanya pakcik tersilap langkah dalam mencari ilmu. Kita nak bergerak memerlukan material dan material itu adalah wang. Dari mana datangnya wang. Dari kerja kita secara halal. Adik faham tak cerita pakcik ni ". Budak tersebut hanya angguk kepala saja.
" Kesian dekat emak dan ayah. Mereka dah bekerja keras untuk adik. Kini adik dah dewasa dan boleh berdikari. Mereka tidak mahu wang adik tapi mereka inginkan adik menjadi seorang yang bertanggung jawab. Itu saja. Belajar agama itu amat baik. Allah sentiasa membantu kita tapi adik perlu ingat bahawa setiap kehidupan itu ada hak-haknya. Inilah masanya adik menyenangkan emak dan ayah. Kita bekerja untuk mendapat keredhoan Allah dan kita belajar agama agar mendapat rahmat darinya ". Aku mengakhiri cerita aku dengan panjang lebar sekali.

Aku mengharapkan agar anak muda ini tidak jemu dengan cerita pengalaman hidup aku ketika berada di alam remaja. Dari gaya penumpuannya bila aku bercerita, aku yakin bahawa dia boleh berfikir dengan waras. Sambil bersalaman dengan anak muda serta kedua-dua ibu bapanya sempat juga si ayah berkata,
" Terima kasih Budiman kerana luangkan masa. Nanti boleh datang lagi. Kami nak dengar cerita Budiman kejar hantu ". Aku tertawa tapi dalam hati, aku berkata adakah mereka hanya menangkap akan kisah mengejar hantu saja. Jadi kepada adik-adik remaja marilah kita berfikir secara matang. Kita bekerja bukan kerana kita mengejar harta dunia tapi kita bekerja untuk bergerak dalam dakwah.



6 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga anak itu akan berubah menjadi lebih baik lagi. InsyaAllah.

Ariff Budiman said...

kakcik...Insyaallah. Mudah-mudahan begitulah

Unknown said...

As salam En Arif,

Tentu En Arif org yg disegani sb itu ada yg menjemput ke rumah utk menasihati anak mereka :)

Mmg padat & penuh isinya cerita ni... Saya pernah dgr org baik2 berkata "Ilmu adalah hak Ulama tp dakwah adalah hak semua org"

Menuntut ilmu & berdakwah boleh dilakukan bila2 masa & dimana shj... Utk mengerakkannya kita perlu bekerja sbg modal...
:))

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Tepat sekali kata2 ini. Sampaikan walau satu ayat

Thirah said...

memberi ilmu dari pelbagai medium ..;)

Ariff Budiman said...

athirah...Benar athirah. Kita kena kreatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...