Teman-teman
Monday, December 29, 2008
Allah Selamatkan Palestin
Aku mengimbas kembali program aku dan isteri terlibat didalam ceramah Palestin anjuran surau kami. Slaid demi slaid dipaparkan agar masyarakat ditempat aku sedar akan perkembangan Palestin terkini. Ceramah diakhiri dengan mengutip tabung kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Ramai juga yang menderma alhamdulillah. Aku dan isteri amat terkesan dengan seorang ibu tua. Selesai ceramah dan mengemaskan surau, kami berdua pulang lalu dihampiri oleh seorang makcik. Katanya dia tak ada wang untuk diberikan kepada tabung Palestin. Beliau menghulurkan seutas rantai katanya rantai itu kepunyaan anaknya. Kataku tidakkah anaknya akan menangis bila menyedari rantainya tiada. Kata makcik itu pula dia yang akan menangis bila melihat dan mendengar akan penderitaan umat islam Palestin tetapi tidak melakukan sesuatu. Kata makcik itu lagi Allah akan berikannya rezeki lain kali.
Keesokkan hari pula sewaktu kami berdua hendak kepasar, seorang ibu muda mendapatkan kami dalam keadaan sebak. Katanya jika suaminya mengizinkan dia untuk berjihad di Palestin beliau akan berangkat segera kesana. Tergamam kami berpandangan sesama sendiri. Subhanallah engkau telah mentarbiah aku dengan semangat seorang wanita sedangkan dihati aku tidak terdetik untuk kesana membantu Palestin. Aku begitu kagum dengan semangat wanita ini. Pakaiannya sederhana sahaja walaupun menutup aurat tapi jiwanya mengalahkan lelaki.
Seminggu kemudian seorang kawan memberitahu aku mengenai seorang kontraktor sewaktu mendengar ceramah Palestin, sebagai pengerusi majlis aku merayu agar mereka yang allah berikan rezeki lebih sedikit bantulah umat islam. Kata kontraktor itu, arab sama arab pun tak bersatu buat apa kita rakyat Malaysia nak tolong. Inilah sebahagian budaya rakyat Malaysia yang terlalu cintakan dunia.
Sebagai umat islam marilah kita titipkan doa kepada Allah agar umat islam diseluruh dunia yang ditindas , Allah berikan kemenangan. Aku doakan semoga roh isteriku aman disana dan Allah berikan kemenangan kepada umat islam dan allah hancurkan kufur. Amin ya rabbal a lamin.
Saturday, December 27, 2008
Seminggu sudah berlalu
Memang hidup tanpa isteri begitu menyiksakan. Setiap aktiviti yang dilalui bersama bukan senang untuk dipadamkan. Kadang-kadang bila pulang kerumah masih terasa isteri sedang memasak. Bila memetik komputer terasa isteri berada disebelah sambil menjahit baju. Aklhirnya aku sendiri yang akan keluar dari rumah. Ramai yang menasihat agar aku melupakan peristiwa lama dan membina hidup baru. Aku hanya mendiamkan diri.
Aku bukanlah jenis kaki yang suka merayau tak tentu hala. Jika tiada program aku selalu berada dirumah bersama isteri. Kini kemana lagi harus aku tuju kalau tidak dirumahku sendiri. Blog inilah tempat aku meluahkan segala isi hati.Kadang-kadang aku merasakan betapa indahnya andaikata peristiwa yang berlaku ini hanya sebuah mimpi. Namun aku perlu sedar yang aku berpijak dibumi yang nyata. Cuma aku tidak berani berhadapan dengan orang yang ingin tahu sebab musabab kematian isteriku. Sedikit demi sedikit kami membiasakan diri. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami semua insyallah.
Tuesday, December 23, 2008
Aktivitiku bermula
Dalam hati berkata petang ini nak buat nasi goreng. Seperti biasa aku tidur dulu. Bila bangun terus kedapur nak buat nasi goreng. Ya Allah aku tak letak nasi. Aku terus mandi dan pakai uniform terus turun kebawah. Apabila nak bertolak aku selalu automatik akan mendongak keatas sebab selalunya isteriku akan melambai tangan. Katanya abang kerja jauh, Siti berdoa moga abang dilindungi Allah. Sejuk aku ketempat kerja.
Kini tiada lagi lambaian dari seorang isteri. Aku lesu ketempat kerja dalam kelaparan. Aku singgah membeli goreng pisang untuk aku makan semasa diatas motor. Sebak juga hati. Nak buat macam mana. Aku kena belajar dari A hingga ke Z. Baju tak usah kata. Anak perempuan berada di Sungai Petani. Kalau dia tahu keadaan aku tentu dia risau. Apa tidaknya uniform sudah 3 hari tidak bertukar sebab aku tidak pandai gosok sendiri. Sewaktu isteriku bergurau dengan anak-anak dia berkata. " Ayah first class dalam basuh baju kemudian kutip baju dan akhirnya letak diatas katil". Kata isteriku lagi. " Abang kena belajar serika baju, kalau Siti mati sapa nak buat semua ini". Aku hanya tersenyum depan anak-anak yang ketawa berdekah-dekah bila emak mereka perli aku. Ya Allah bahagianya aku waktu itu.
Kini anak-anak sudah besar-besar. Masing-masing membawa diri. Aku yang keseorangan dirumah. Aku bila kepekan berjumpa saja orang mereka akan menahan aku dan bertanya isteri sakit apa sehingga meninggal. Ni yang aku malas nak layan. Ia akan membuat hati aku bertambah hiba. Sambil mengucap terima kasih aku berkata dah janji Allah. Satu lagi yang memeningkan kepala aku ialah tahlil. Bila nak buat tahlil aku pasti kena ada sehinggakan kadang-kadang tiap-tiap hari ada saja tahlil untuk arwah. Aku amat letih sekali tetapi demi menjaga hati orang yang menyayangi isteriku ku langkahi juga.
Kepada adikku Masteja dan suaminya Zaabar. Abang ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjaga Kak Aishah semasa di Kelantan. Sesungguhnya memori Kelantan tidak dapat abang lupakan. Itulah saat genting Kak Aishah bertarung dengan kesakitan siang dan malam. Semoga Allah memberikan kebahgiaan rumah tangga dan kesihatan yang baik kepada Mas sekeluarga.
Saturday, December 20, 2008
Berakhirnya sebuah kehidupan
Jam 5 pagi kami bangun untuk pulang ke Penang. Aku melihat perubahan pada isteriku. Dia amat keletihan dan kadang-kadang hilang ingatan. Aku memapahnya masuk kedalam tandas. Sementara menunggu isteriku, aku berkemas apa yang perlu. Hatiku terasa kenapa isteriku belum keluar dari tandas lagi. Aku terus kesana. Aku mendengar isteriku menangis sambil memanggil namaku. Apalagi panik aku. Ya Allah pintu terkunci. Aku menyuruh dia membuka pintu tapi katanya dia tak boleh bangun. Nasib baik adik ipar ada kunci pendua. Aku meluru masuk kedalam. Hati aku begitu sayu melihat keadaannya yang tidak bermaya. Aku menangis semahunya. Aku terus memapahnya keluar.
8.30 pagi - Firefly meluncur laju meninggalkan bumi Kelantan. Isteriku sepanjang perjalanan hanya mampu tidur sahaja. Sekali-sekali aku menjeling kearahnya. Sayu hati melihat orang yang aku sayangi berkeadaan begini. Orang inilah ketika aku sakit dia menjaga aku dengan penuh ikhlas. Jam 9.30 pagi kelihatan bumi Pulau Pinang. Aku mengejutkan isteriku. Dia terjaga tanpa berkata apa-apa. Setelah semua penumpang turun barulah kami berdua dizinkan turun. Kaki isteriku terketar-ketar untuk menuruni anak tangga kapal terbang. Ini menyebabkan kru MAS kelam kabut membantu. Seorang pemuda meminta izin aku untuk mencempung isteriku. Aku mengizinkannya dan terus dicempungnya dan diletakkan didalam van dan dibawa ketempat balai ketibaan.
Sampainya kami dirumah apalagi keluarga isteriku meraung melihat perubahan dirinya. Apa tidaknya semasa pergi isteriku tersenyum dan bila pulang sudah tidak mengenali sesiapa lagi. Aku hanya mampu mengalir air mata. Sudah puas aku bermain air mata. Setelah meletakkan barang-barang, aku terus membawa isteriku untuk berubat. Kata tok bomoh yang merawat isteriku masih terdapat kesan-kesan isteriku di serang dengan bertubi-tubi. Katanya dia sudah membuangnya. Aku membawa pulang isteriku kembali. Sampainya dirumah isteriku sudah mula meracau dan kadang-kadang tangisan sakit. risau dan sedih melihat keadaan isteriku yang bertambah parah. Aku membawa kembali isteriku kesana. Kata tok bomoh apa yang Allah berikan kepadanya telah pun dia gunakan. Badan isteriku sudah clear dari santau dan gangguan lain. Katanya mungkin kesan dari apa yang terjadi menyebabkan kecederaan dalaman dan menyuruh aku membawanya ke hospital.
Aku bergegas membawa isteriku ke hospital Pantai Mutiara. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Selesai aku mengerjakan solat maghrib, nurse telah menolak isteriku masuk kedalam ICU. Setelah segala kelengkapan dipasang aku dibenarkan masuk. Menangis aku terisak-isak melihat orang yang selama ini menjaga ketika aku sakit berkeadaan begini. Badannya dipenuhi dengan wayar. Dia nampaknya penat. Sempat juga dia mencium tanganku sambil menunjuk isyarat agar aku berdoa. Tak terkata apa-apa. Aku hanya mampu mengangguk dan aku terus memeluknya sambil menangis. Aku amat merinduinya. " Kenapa orang sanggup buat begini kepada kita Siti ". Sambil memeluk aku meratapi namun isteriku tetap mengusap kepalaku tandanya suruh bersabar diatas ketentuan Allah. Aku melihat airmata mengalir dipipinya.
Aku menyuruh anak lelakiku masuk. Sebentar kemudian dia keluar sambil menangis. Katanya emak suruh berdoa. Bagaimana aku harus memberitahu anak gadisku yang sedang mengambil peperiksaan semnya. Bingung memikirkannya. Berita isteriku sakit telah tersebar luas. Kelihatan ramai orang datang untuk menziarahinya. Doktor memarahi nurse dan mengarahkan agar tidak membenarkan sesiapa melawat. Takut jangkitan kuman kata doktor.
17 December 2008 - Aku mendapat berita dari Doktor mengatakan bahawa buah pinggang isteriku rosak. Hati rosak. Limpa rosak. Sebelah paru-paru tidak berfungsi. Ya Allah mengapa manusia sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk hidup amat tipis. Bermulalah episod isteriku tidak lagi sedarkan diri. Dia berada didalam keadaan koma. Mendengar perkataan doktor membuatkan aku hampir terjatuh sebab aku tahu bahawa bila-bila masa saja isteriku akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku takut menghadapi saat itu. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahhim. Kau berikanlah ruang sedikit masa lagi untuk aku bersama isteri tercinta. Aku begitu merinduinya. Sudah lama aku tidak melihat akan senyuman isteriku.
18 December 2008 - 5.50 pagi. Aku menerima panggilan dari hospital mengatakan bahawa isteriku amat tenat. Apalagi bergegas aku memandu kereta bersama anak lelakiku. Sambil menangis aku berdoa kepada Allah agar Allah ringankan beban keatas isteriku. Aku meminta abangku menalipon anak gadisku. Aku sendiri tidak sanggup memberitahunya. Doktor memberitahu keadaan isteriku amat kritikal. Ya Allah aku tak sanggup berpisah dengannya. Anakku sampai setelah selesai peperiksaan. Menangis ia sebab terlalu sayangkan ibunya. Namun ibunya sudah tidak mampu lagi bersuara atau membuka mata. Dirangkul ibunya.
6.00 petang - Kami dibenarkan untuk membaca yasin di depannya. Aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan kalimah syahadah. Kaum keluarga dibenarkan untuk bersama. Didepannya aku berdoa, " Berat hati abang untuk berpisah dengan Siti. Kalau itu merupakan ketentuan Allah untuk kita Siti, pergilah dengan tenang. Jangan risau tempat Siti adalah di syurga. Abang redho dan abang ampunkan segala dosa Siti. Terima kasih kerana menjaga abang dan anak-anak. Kita akan bertemu di akhirat kelak. Kita akan menuntut keadilan di sana ". Aku tidak dapat lagi mengawal perasaan yang selama ini aku pendam sehingga ditenteramkan oleh kaum keluarga.
7.20 petang - Aku melihat tekanan pernafasan digital yang di pakai isteriku semakin menurun. 20,19,18.......4,3,2,1........Tatkala azan maghrib berkumandang isteriku telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. " Inna lillahi wainna ilai hirojiun ". Walaupun aku sudah bersedia menghadapinya namun aku tidak dapat menerima kenyataan yang isteriku telah pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang-ngiang janjiku padanya " Siti kita akan pergi umrah dan haji bersama ". Esak tangis dari kaum keluarga tidak dapat dihalang lagi. Mayat dibawa pulang ketempat kami. Setelah dilakukan pembersihan mayat isteriku kelihatan tersenyum dan itulah senyuman yang aku rindukan.Manis sungguh senyumannya. Masyaallah air mataku berlinangan. Dalam hati aku berkata, " Siti bahagialah hidupmu. Engkaulah telah mendapat Bihusnil Khatimah seperti yang di idamkan oleh semua orang". Berita kematian membuatkan begitu ramai sekali yang melawat.
19 December 2008 - Mayat isteriku telah dikapankan. Sebelum dibawa ke masjid kaum keluarga di izinkan mengucup untuk kali yang terakhir. Seorang demi seorang datang mengucup. Akhirnya tiba giliran aku sebelum jenazah isteriku di tutup kembali. Aku mengambil peluang ini untuk menatap wajahnya yang terakhir. Aku memeluk isteriku berulang-ulang kali. Begitu juga aku mengucupnya berulang kali. Kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai terdengar esak tangis mereka. Selepas solat jumaat dan jenazah isteriku dibawa ke perkuburan sambil dilindungi oleh awan. Ramai yang menyedarinya. Ada yang berkata tentu mayat ini seorang yang baik sehingga awan melindunginya. Selesai upacara pengkebumian semua orang pulang. Ramai yang datang untuk menenangkan aku supaya bersabar. Terimalah dugaan ini dengan tenang. Tapi Siti abang amat rindu padamu. Macam mana abang nak melalui hidup ini tanpa siti. Kemana saja abang pergi wajah siti mesti dapat dilihat. Walaupun aku nampak tenang namun didalam hati Allah saja yang tahu betapa sunyinya hidup ini tanpa isteri tersayang. Kau dapat bertemu dengan anak yang kau rindukan selama ini.
Ya Allah kau berikanlah aku dan anak-anak kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Terpaksa aku mempelajari kehidupan baru ini setelah selama ini engkaulah yang membuat segalanya. Abang benar-benar merinduimu Siti Aishah. Siti Aishah. Namamu seindah akhlakmu. Aku kelihatan tenang namun di dalam hatiku siapa yang tahu, " Siti jangan tinggalkan abang Siti. Abang amat rindu padamu ". Ya Allah....Aku pulangkan Siti Aishah kepadaMU. Terima kasih kerana dia dapat bersama dengan aku walaupun hanya seketika cuma.
sekian ariman
Video yang di upload ini pembaca dapat melihat renungan terakhir isteriku sewaktu membawanya berubat di Kelantan. Aku merindui renungan ini. Renungan yang seolah-olah enggan berpisah denganku. Di gambar terakhir ialah ketika rakaman dibuat di atas kapal terbang Firefly sewaktu pergi ke Kelantan. Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada semua dimana janganlah kita berdendam dan akhirnya bersekongkol dengan syaitan untuk menjahanamkan kehidupan orang lain. Padahnya akan di terima di akhirat kelak sebab kami sekeluarga tidak mudah mengampunkan kesalahan mereka. Biarlah orang berkata yang aku ini berhati keras kerana tidak mengampunkan dosa orang sedangkan Rasulullah sendiri telah mengampun dosa umatnya.Tetapi kenapa mereka memisahkan kebahgiaan keluarga kami. Itu saja
Gambar terakhir semasa menyambut hari ibu. Selang beberapa bulan begitu cepat isteriku telah berubah.
Monday, December 15, 2008
Balik ke Penang
Setelah aku sampai di Kelantan terus tidak buang masa ketempat bomoh. Aku tak berapa berkenan sebab tok bomoh tu mulut celupar sedikit walaupun agak ramai yang datang untuk berubat. Aku diperkenalkan pula dengan seorang tua. Cara dia berubat agak tele dengan tok bomoh yang mengatakan bahawa isteriku telah disantau varu setakat dada. Beliau terus memberi minum air jampi. Katanya ini hanya keracunan makanan.
Malamnya pabila masuk saja waktu Maghrib isteriku mulalah mengalami sakit dada, perut dan kepala. Semalaman kami tidak tidur. Aku menyuruh anakkku buat sembahyang hajat untuk ibunya. Itulah saja senjata orang mukmin iaitu doa. Aku mengambil kesempatan pada waktu yang hening memohon doa kepada Allah agar diringankan sedikit bebanan dugaan terhadap isteriku. Alhamdulillah selesai saja memberi salam isteriku telah nyenyak tidur.
15 December 2008 kami baru pulang dari berubat. Kata tok bomoh isteri disantau dari kaedah siam. Beliau terus menjampi agar benda itu pulang kembali ketempat asalnya. Setelah kami sampai dirumah isteriku hanya diam tidak bersuara. Hanya matanya liar memerhatikan sekeliling. Aku dapat merasai bahawa ia sedang bertembung debgab barang yang berada didalam badan. Kata tok bomoh orang buat kerja ini nak supaya isteriku hilang akal. Patutlah kadang-kadang dia bertanya kami berada dimana. Ya Allah lindungilah kami dari gangguan iblis dan syaitan serta hasad dengki manusia
Sekian ariman
Wednesday, December 10, 2008
INDAHNYA CIPTAAN TUHAN
Alhamdulillah aku berkesempatan untuk merehatkan minda setelah sekian lama memikirkan perkara yang menimpa kami sekeluarga. Sehingga ke hari ini masih lagi kami dengan masalah kami. Aku tidak mahu terlalu memikirkannya. Aku telah mengambil keputusan untuk ke Kelantan. Rupanya isteriku telah disantau. Bila aku tanya tok bomoh kenapa ada yang mengatakan ia bukan santau sebab dikuku tidak nampak warna biru. Kata tok bomoh tahap itu dah merbahaya. Kini walaupun ia belum pulih sepenuhnya aku bersyukur isteriku tidak lagi meratap sakit dada.
Semasa berada diatas awangan terasa begitu kerdilnya aku disisi tuhan. Bumi Allah terbentang luas.
Monday, December 01, 2008
Dia masuk kembali - 2
Talipon berdering. Anak saudara kepada isteriku meminta izin kepada aku untuk membawa uztaznya untuk melihat samada masih ada lagi atau tidak makhluk ini. Aku mengizinkan asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Gurunya merupakan seorang tarekat Shazaliah kalau tidak silap aku. Selepas asar mereka sampai. Aku melihat perubahan pada muka isteriku. Jantungnya berdebar dengan kencang sehinggakan anak gadisku berkata," Ayah, awat jantung mak bergerak kencang". Kataku itu petanda makhluk itu ada lagi dalam badan.
Uztaz itu memulakan membaca ayat quran. Mukanya hanya tersenyum saja sambil memandang isteriku. Tiba-tiba isteriku jatuh pengsan. Sah memang betul tekaanku. Ustaz kata biarkan dia tidur sambil terus membaca sesuatu menunjukkan tangannya kearah isteriku. Tiba-tiba isteriku bangun kembali dan terbatuk dengan teruk sekali. Akhirnya terkeluar muntah yang selama ini membelenggu isteriku. Banyak sungguh. Ia seakan ketul-ketul daging yang hancur. Ustaz berkata," tudia dasyat sungguh depa hantar yangn kuat".
Sambil membaca dia berkata tak apa kita hantar balik kepada tuannya. Kata anak saudara isteri bagaimana kalau depa hantar balik. Kata ustaz yang ni kita kena bagi buah keras. Sambil membuat air panawar isteriku terus minum airnya. Nampak alhamdulillah sebab selama ini hanya batuk kuat saja dan kini muntah telah dikeluarkan. Ustaz bertanya aku jawatan apa yang kami pegang. Aku menjawab aku adalah setiausaha surau dan isteriku hanya ajk surau.
Sambil menggelengkan kepalanya ia berkata tak pa insyaallah dan dia buat air penawar untuk dibuat mandian. Malam itu langsung tidak kedengaran gangguan. Namun semalam kami dapat mendengar benda berjalan diatas bumbung sambil kedengaran anjing menyalak mendayu-dayu didepan rumah. Aku tidak henti-henti memainkan cd bacaan ayat-ayat suci al quran. Suatu perkara yang aku amat bersyukur kepada Allah ialah tatkala isteriku ditimpa musibah, Allah pula menganugerahkan kepadaku kesihatan yang baik. Kalau tidak selalunya akulah yang kerap sakit kaki dan isteriku akan memasak air panas untuk aku rendamkan kakiku kedalamnya. Itulah rutinnya.
Aku pasti semua yang berlaku keatas kami bukan sia-sia. Sebenarnya setiap apa yang Allah bagi akan ada kebaikannya kelak. Kebaikan yang aku dapati ialah ukhwah persahabatan dalam jemaah amat kuat. Dapat satu sms saja ramai yang datang untuk membantu kami. Sebenarnya inilah yang menguatkan semangat kami. Yang tak dapat datang akan menalipon memberi nasihat. Syukur kepada Allah. Pengajaran yang aku dapat ketika bersama dengan masyarakat ialah, jaga lidah, jaga perbuatan dan hurmatilah mereka walaupun mereka tidak sama kefahaman seperti kita.
Kini masyarakat masih lagi mencari aku. kata mereka, " Budiman, dulu surau buat pertandingan nasyid. kini depa nak buat pertandingan menari pula ". Memang betul bila aku pulang kerumah ramai juga yang datang mengadu akan hal ini. Kata mereka budak-budak nasyid banyak yang masuk sehingga terpaksa membuka tudung untuk menunjukkan sanggul. Gembira sungguh ibubapa mereka melihat anak menari diatas pentas. Yang paling aku sedih ialah mereka menjadikan surau lama untuk latihan menari. Surau yang sebelum ini dipenuhi dengan majlis ilmu agama.
Aku hanya dapat mengeluh didalam hati sahaja. Ya Allah kau berikanlah hidayah kepada mereka agar mereka ketahui perkara yang baik. Kau permudahkan kami ajk surau untuk terus memainkan peranan terhadap masyarakat. Kau kuatkan iman kami ketika ramai yang menyuruh kami meninggal surau. Aku cuma nak meminta pandangan dari mereka yang membaca cerita ini perlukah kami melepaskan jawatan kami dalam surau padahal kami sendiri tak boleh meninggalkan surau. Ikutkan hati ini, kami akan terus memikul tanggungjawab disurau walaupun diuji.
Ada yang berkata kepadaku," Budiman hangpa dapat apa bila pegang jawatan di surau. Hang tengok sendiri apa yang jadi dekat isteri hang". Aku berkata, " sebenarnya kami pagang jawatan ini sebab itu adalah amanah dari Allah dan sekurang-kurang bila berada didepan Allah kami boleh menjawab". Dalam hati aku berdoa kepada Allah dan aku amat yakini bahawa Allah tidak sekali akan membiarkan orang yang membesarkan agamanya dianiayai. Apa yang Allah berikan ini ada penawarnya kelak insyaallah.
Sekian ariman
Saturday, November 29, 2008
Dia masuk kembali
Memang benar habis saja memberi salam terakhir terus dia jatuh tidak sedarkan diri. Aku buntu memikirkan semua ini. Memang aku tahu ini semua ijian dari Allah tetapi sebagai manusia yang lemah aku amat tertekan. Aku menalipon abnagku. Katanya teruskan pasang cd. Bila pasang saja cd dia jatuh. Aku talipon seorang ustaz yang memang pakar bab jin. Katanya bawa isteri pada hari Ahad. Aku kecewa sebab hari ini baru Jumaat. Aku tak sanggup melihat keadaan isteriku. Aku menalipon seorang rakanku Ust Romzi. Ketika aku sedang bercakap isteriku batuk dengan teruk sekali semacam nak tercabut nyawa.
Mendengar esakan tangis dari isteriku kawanku terus berhenti mengajar Al Quran dan terus pergi mencari kawannya yang boleh berubat. Kawanku talipon mengatakan mereka akan datang jam 9.30 malam. Syukur aku kepada Allah ada juga yang sudi datang. Dr Danial talipon mengatakan dia juga nak datang.
Jam 9 malam. Jantung isteriku bergerak kencang. Katanya gorenglah pisang sikit untuk yang datang malam ini. Terdengar kereta Dr Danial dah sampai. Masuk saja dia isteriku tak boleh dah pandang wajah Dr Danial. Terus dia jatuh terkulai. Kemudian datang kawanku bersama rakannya. Dia memulakan pengubatan. Tatkala membacakan sesuatu isteriku membuka mata dan memerhati kami seorang demi seorang dan terus memfokus kepada oarang yang sedang membacakan ayat-ayat Al Quran.
Isteriku terus membeliakkan mata memandang orang itu. Kini mata mereka saling bertentangan. Tiba-tiba Orang itu terus berkata, "keluar". Terdengar berdentum diatas bumbung yang membuatkan ayam-ayam bertempiaran lari. Isteriku sedar kembali. Semua yang hadir dapat mendengarnya.Kami diberi garam untuk memagar rumah. Malam itu isteriku tidur dengan nyenyak sekali tapi yang menjaganya dapat mendengar benda berjalan diatas bumbung rumah kemudian anjing menyalak mendayu-dayu didepan pintu. Aku terus memasang cd Al Quran. Subuh dapat dilaksanakan dengan tenang.
Pagi ini dia merasa kakinya lenguh. Dalam hati aku terdetik apakah petanda makhluk itu masuk kembali. Waktu sembahyang yang akan menentukannya. Anak saudaraku di Kelantan tak senang. Dia akan cari Ust disana dan kalau tiada perubahan untuk isteriku akan ku bawa ke kelantan insyaallah untuk berubat dan kami boleh aktif kembali di surau. Terima kasih yang sudi membaca dan memberi komen. Aku tulis hanya untuk meredakan stress aku dan bukan untuk mencari populariti. Mungkin orang lain yang membaca mendapat iktibar dari peristiwa ini.
sekian ariman
Friday, November 28, 2008
Terima kasih sahabat semua
Aku dan keluarga merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat JIM yang memenuhi ruang tamu untuk menunaikan solat hajat dan membaca surah yasin. Aku sendiri tidak menyangka kedatangan yang begitu ramai. Terasa kemanisan hidup berjemaah. Kepada JIM Timur Laut terima kasih kerana sudi datang dan bawa juadah makanan sekali. JIM Seberang Perai Tengah Cikgu Rusli, Hj Atan dan isteri masing yang sudi datang walaupun jalan dan jambatan jamn. Tetapi disebabkan ingin membantu sahabat yang ditimpa musibah mereka sanggup datang. JIM Barat Daya aku amat berterima kasih terutama kepada YDP Mohd Tuah dan juga Bakhtiar yang mengesyurkan agar majlis ini diadakan.
Ketika kami nak tidur isteriku sedang menunaikan solat isyak. Aku pasang CD ayat-ayat quran yang kursus untuk menghalau jin yang telah dipinjamkan oleh Dr Abd Halim. Selesai saja salam yang terakhir terus dia jatuh terkulai tak bermaya. Katanya mengantuk tak tahan. Biasalah kalau dengar ayat al quran beginilah keadaannya. Aku ulang dan ulang kembali bacaan yang dah selesai. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Telah 5 kali aku ulang CD bacaan ayat suci. Kali ini aku melihat tindak balasnya. Dia nampak gelisah. Pusing kiri tidak kena dan pusing kanan pun tidak kena. Aku menyuruh anak lelakiku Hermawan membaca ayat ke-9 dari surah yasin dan dihembus ketelinga kanan.
Apalagi apabila terkena saja hembusan dia menjadi agresif dan melawan. Anakku hembus lagi ayat itu. Dia menutup lubang telinga kanannya tidak membenarkan hembusan dibuat. Dia menendang kami. Bila sampai saja kepada ayat 3 Qul dia menjadi tidak tentu arah. Meracau. Aku dan anak apalagi kami bertempik, " keluar kalau tidak mahu sakit". Isteriku menangis mendayu minta jangan dihembus kuat-kuat katanya sakit sampai kedalam. Tangisannya membuat aku lembut seketika dan memohon maaf kalau ada kekasaran. Anak perempuan aku bertanya itu mak atau makhlus halus. Aku kata kedua-duanya sekali. Isteriku sedar tentang apa yang berlaku tetapi badannya seolah-olah telah dikawal.
Aku menyuruh anakku menghembus perlahan-lahan sehinggakan terbatuk-batuk sambil menangis hiba. Aku kata kepada anak-anakku dia minta simpati. Anakku tak kasi can dia terus membaca ayat itu dan dihembusnya perlahan-lahan. Isteriku terus bangun. Katanya dia tidak mengantuk dan sakit paha dan badan. Ternyata makhluk itu telah keluar dari badan isteriku akibat tidak tahan. Pagi tadi isteriku menceritakan bahawa dia marah ketika itu bila sedar saja dari tidur terdengar ayat 3 Qul dan itulah yang membuatkan dia meronta. Kini katanya badannya tidak sakit-sakit lagi.
Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memberi bantuan yang amat aku harapkan melalui kedatangan yang begitu ramai dari sahabat-sahabat. Insyaallah kalau dengan izinnya doa salah seorang daripada kami akan Allah makbulkan. Aku mengharapkan isteriku akan pulih sepenuhnya. Apa pun terpaksa tunggu petang ini baru tahu akan hasil yang telah dilakukan. semoga Allah membantu. Aku terkesan semasa sesi tazkirah selepas solat hajat dari YDP JIM SPT. Katanya musibah ini menjadi pengajaran kepada kita. Selama ini kita lalai dengan tanggungjawab kita terhadap Allah. Kita tidak dekatkan diri kita dengan si pencipta. Kita sibuk dengan urusan duniawi sehinggakan kita lupa dengan tugas kita sebagai hambanya.
Terima kasih sekali aku ucapkan kepada sahabat dengan bantuan dan doa dari kalian semua amat kami menghargainya.
Sekian ariman
Thursday, November 27, 2008
DJ....Yang Buntu
Aku melangkah longsai dan tidak ceria memikirkan keadaan isteri. Aku tidak banyak bercakap sewaktu dirumah kenduri. Dengan hanya memasang lagu-lagu nasyid aku terus buntu mencari idea. Sekejap anakku menghantar sms mengatakan emak muntah darah. Ya Allah kau percepatkanlah masa sampai jam 5 petang. Aku terpaksa talipon bertanyakan khabar, tapi kata isteriku tak apa boleh bertahan lagi.
Alhamdulillah jam dah pukul 5 selepas aku bereskan kerjaku, aku bergegas pulang. Kulihat isteriku sedang menangis menahan kesakitan. Kakinya terasa lemah dan tidak bermaya. Aku mengajaknya keluar untuk mengambil angin. Aku hanya mengambil jalan-jalan yang mudah seperti jalan menuju pulang kerumahku. Aku tidak berani membawanya kepantai. Kami melalui masjid. Terdengar bacaan ayat suci Al Quran surah Yasin yang menandakan ada kematian. Apalagi isteriku menangis bila mendengarnya. Katanya mungkin suatu hari bacaan Al Quran ini adalah untuk dirinya.
Air mata tidak mampu ku bendung lagi. Sambil memandu air mata berlinangan mengenangkan percakapan isteriku tempuh hari. Katanya, " Kalau Siti pergi abang redholah pemergian ini. Sedekahlah ayat-ayat Al Quran untuk Siti ". Apalagi aku menangis semahunya dalam kereta. Aku berhenti di depan masjid dan terus berkata kepada isteri. " Kita jangan mudah putus asa. Rasulullah telah diuji dengan lebih dasyat lagi. Mungkin mereka yang melakukan ini mahukan kita berputus asa".
Keesokkan harinya jiranku telah membawa seorang pengamal perubatan untuk membantu. Aku terima saja demi isteriku asalkan ianya tidak menyeleweng. Aku tidak mahu ia berkecil hati. Kata tok bomoh dia hanya mampu menghalau keluar saja, tapi kalau datang balik ia tak dapat buat apa-apa ibarat menghalau anak ayam dari memakan makanan. Katanya tok bomoh benda yang berada didalm badan isteriku amat kuat dan pandai. Bila dibacanya ayat ia akan pura-pura tidur. Begitu juga kalau kami sekeluarga berhimpun untuk membaca Yasin, bila sebuat saja ayat Yasin.... dia terus tertidur. Selesai membaca dia akan bangun semula. Kata tok bomoh kalau nak pendinding dia ada tapi ini kena bayar sedikit iaitu sebanyak RM 140. Ia berbentuk tangkai yang perlu dibuat rantai dan digantung dileher. Aku menolaknya secara baik. Aku tidak mahu bergantung harap kepada azimat tangkai. Itu dah syirik
Sambil tersenyum tok bomoh berkata ini semua sebab terlampau aktiflah. Ada yang cemburu dan hasad. Aku tahu kalau disurau kalau ada apa-apa pergi tanya Budiman & Aishah. Orang yang hantar benda itu keisteriku marah sebab ia kata Aishah suka menonjolkan diri. Subhanallah, yang aku tahu isteriku bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk. Tidak pernah is bermusuh dengan sesiapa. Cuma makcik-makcik memang mengharapkan setiap program Aishah mesti ada sebab dia yang paling muda. Kalau tak ada Aishah kata mereka, mereka tidak boleh bekerja.
Seorang kenalan aku yang juga seorang ustaz mengatakan isteriku jadi begini sebab terlalu baik. Insyaallah dia akan cuba mengumpulkan beberapa orang ustaz untuk membantu kami. Pagi ini aku akan membawa isteri ke USM untuk berjumpa dengan ust Abd rahman. semalaman isteriku tak dapat tidur manakala aku terlalu keletihan tidak sedar diri. Sedar-sedar dah subuh. Kulihat isteri sedang menangis akibat tidak dapat tidur. Katanya semalam ia mendengar orang mengetuk pintu dan berlari diatas anak tangga.
Insyaallah malam ini beberapa orang sahabat dari JIM Bara Daya akan melakukan solat hajat dan membaca yasin dirumah mertuaku yang selama ini aku duduk semenjak isteri keluar dari hospital. Katanya ia takut untuk pulang kerumah walaupun merinduinya dan aku sendiri tidak akan membiarkan isteriku keseorangan dirumah. Inilah ujian yang perlu kepada orang yang mengaku beriman kapeda Allah. Kata Allah, kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji. Inilah ujiannya. ketakutan
Semoga dalam kesedihan ada kegembiraannya. Anakku dah mula berontak. Mereka menaliponku minta tolong ustaz beritahu yang melakukan pekerjaan terkutuk ini. Mereka perlu diajar. Mereka tidak sanggup melihat emak mereka dilakukan seperti ini. Kata mereka adakah ini hasilnya setelah bekorban untuk masyarakat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah menenangkan perasaan anak-anaku. Kami terkejut bila ketika melihat program di TV9 keluar iklan halaqah. Gambar Dr Danial ditunjukkan. Keluar ayat dari isteriku," Orang tua ni lah yang buat aku malam tu".Bersahaja saja tapi orang lain yang terdiam. Ya Allah semoga ujian terhadap isteriku tidak berpanjangan.
Tuesday, November 25, 2008
AKHIRNYA.... TERBONGKAR JUA
Setelah berada dihospital selama 9 hari, pada tanggal 11 November 2008 akhirnya isteriku dibenarkan pulang. Namun demam panas masih lagi menguasai badan. Panadol, ubat hospita dan klinik ternyata tidak memberi kesan. Hari - hari pasti demam panas. Aku pening memikirkan perkara ini sehinggakan aku terlupa dengan tugas seharianku. Surau ramai jemaah yang bertanya kemana menghilangnya Budiman. Kenduri dijemput aku juga lupa hadir. Sedar-sedar kenduri dah selesai. Terpaksa berjumpa tuan rumah memohon maaf.
Yang menghairankan aku apabila menjelang Maghrib isteriku mula merasa menggigil kesejukan dan diikuti dengan badan yang panas. Apabila waktu nak mengambil air sembahyang mulalah batuk menyerang tidak henti - henti. Ini membuatkan badan bertambah sakit dan demam panas. Aku mula terasa kepelikan dan mula tersedar kemungkinan ada benda lain yang mengganggu didalam tubuh isteriku. Aku membaca Al Mathurat didepan isteriku. Tiba-tiba ayatnya hilang didepan mata. Setelah beristighfar beberapa kali barulah penglihatan kembali pulih. Aku menyuruh anakku membaca surah Yasin. Tiba-tiba dibalingnya kelambu membuatkan wajah anakku pucat. Isteriku hanya tersenyum melihatnya. Aku dah syak.
Aku ajak isteriku turun kebawah. Sambil bergurau kepada ipar dan anak saudara, aku berkata, " Kawan Pakcik kata pakcik ni boleh berubat tapi tak yakin. Sekarang mari kita berkumpul sambil lutut bertemu lutut dan Pak Cik akan ubati Makcik". isteri menjeling tajam kearahku. Aku tahu yang ia dah mula merasainya. Aku meminta anak saudara membacakan ayat Al Quran didepan isteriku dan aku nak lihat reaksinya. Ternyata tindak balas berkesan. Ku lihat isteriku menggenggam tangan menahan sesuatu. Aku mendekati isteriku dalam keadaan bergurau namun didalam hati, aku membaca surah yang aku telah bacakan didepan isteriku sewaktu aku sendiri tidak sedar ketika mengikut kelibat seorang pendekar sedang menggerakkan tari silatnya.
Bila sampai saja aku didepan isteri, aku terus meletakkan telapak tangan didahi isteriku. Apa lagi menjerit, tertawa dan mengilai. Apa lagi terkejut dengan peristiwa ini ipar dan anak saudara melarikan diri. Tinggal aku dan anakku. Aku beritahu kepada anakku jangan takut dan tolong bantu ayah memulihkan kembali emak. Aku menyuruh dia mengikuti bacaan ayat kursi. Dia membaca amat pelahan, tapi bila disuruh baca dengan kuat suaranya bertukar garau. Aku membaca ayat-ayat suci Al Quran sehinggakan membuatkan isteriku longlai tak bermaya. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana aku lakukan semua ini. Aku hanya ingat aku pegang ditempat tertentu sambal membaca ayat Quran. Aku menyuruh anakku menalipon abangku dan beritahu keadaan mak dan katakan ayah tak mampu nak buat seorang diri.
Isteriku ternyata letih dan tidak bermaya. Beliau berkata nak tidur. Aku tahu bukan dia yang nak tidur tapi benda yang berada didalam badannya. Tiba-tiba taliponku berbunyi, anakku memberi tahu Pak Ngah talipon dan sedang menuju kerumah kami. Bila terdengar suara abangku dari dalam talipon matanya mula tidak tentu arah. Apabila terdengar saja salam dari abangku tiba-tiba dia terus bingkas bangun sambil ketawa geram. Apa lagi abangku tak bagi chance langsung terus dimintanya air lalu membacakan sesuatu di tepuk ke kepala isteriku sebanyak 3 kali. Terus longlai dan akhirnya ia keluar dari badan isteriku.
Aku dapat merasai yang benda itu hanya keluar seketika sahaja. Sebelum ini bila aku suruh isteriku senyum sebab aku nak test ternyata senyuman memang meremangkan bulu roma. Tetapi setelah kena tepuk dari abangku dia tidak berani senyum. Setelah keadaan tenang abangku pun pulang kerumah. Aku sengaja test kembali senyuman isteriku. Apalagi senyumannya kembali menakutkan dengan ketawa sinis.
Semalam seorang bomoh tradisional datang untuk merawat isteriku dan ternyata memang ada benda didalam tubuh isteriku. Bila aku pulang dari tempat kerja jam 12 malam sebelum aku masuk kedalam aku membaca ayat kursi dan dapat merasai bahawa benda itu masih lagi berlegar didalam rumah. Sewaktu kami tidur terdengar orang berjalan. Seluruh isi rumah semalam tidak dapat tidur sebab diganggu. Aku mebuat solat hajat memohon kepada Allah semoga kami semua dipelihara dari gangguan iblis dan syaitan terutama sekali isteriku. Alhamdulillahisteriku dapat tidur dengan tenang walaupun aku sendiri tidak dapat tidur sebab diganggu oleh makhluk halus yang ingin masuk kembali kedalam badan isteriku
Aku dapat merasai ia mencuit belakangku, ia mengetuk dan menolak pintu. Ada seketika ia berlari diatas bumbung. Aku hanya berzikir dan membaca Al Mathurat. Hanya kepada Allah lah kita semua meminta disamping berikhtiar. Tujuan aku menulis untuk kalian semua ialah janganlah kita memandang ringan tentang perkara ini. Sekali kita terlalai padah yang menanti. Kalau kalian pulang dari rumah lewat malam, sebelum masuk kedalam bacalag dulu ayatul kursi. Tak salah dan susahkan. Mohonlah kepada Allah semoga keluarga terselamat dari gangguan iblis yang direjam. Kini isteriku masih belum pulih sepenuhnya. Ya Allah kau bantulah kami. Biarlah orang dengki dan khianat namun kami tidak akan membalasnya kembali. semoga mereka yang membuat perkara ini Allah berikan hidayah dan keinsafan. Akhir sekali kepada kalian berhati-hatilah. Kadang-kadang kita buat benda kebaikan pun orang tidak suka. Semoga mendapat iktibar insyaallah.
Terima kasihku tak terhingga kepada abangku, anak saudara, sahabat handai dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kami dan membantu mencari air penawar. Semua ini tidak dapat kami balas dengan wang ringgit. Hanya doa yang kami pohon semoga Allah berikan keberkatan kepada keluarga kalian semua. Amin...
Sekian ariman
Tuesday, November 18, 2008
REMAJA YANG AKTIF
Malam itu selepas Isyak kami berjalan kaki ke Pesta Pulau Pinang. Seronok sakan kami malam tu. Sedar-sedar pesta dah nak tamat. Kami berjalan kaki pulang sambil berbincang tentang joging esok pagi. Sah nama aku juga kekal sebagai orang yang pertama kena kejut seorang demi seorang. Sampai dirumah jam dam 1 pagi. Aku terus tidur. Pagi perlu bangun awal. Terkejut beruk bila lihat didinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku terus ketandas mengambil air sembahyang dan terus sembahyang subuh. Selesai saja solat aku terus keluar rumah siap dengan kasut jogging. Semangat betul. Aku melintasi pokok ciku yang rendang. Tiba-tiba pokok digoyang dengan kuat sekali. Terkejut juga aku. Aku tertawa sambil berkat," Oii lekaslah pukul berapa nak joging".
Diam seketika. Tiba-tiba pokok digoyang dengan lebih kuat. Aku melihat diatas untuk mencari kalau ada siapa-siapa yang nak mainkan aku. Gelap tak nampak. Aku berkata. " Patutlah hangpa pilih aku, rupanya hangpa nak gempar. Ni sorrylah silap orang". Hai diam juga. Tiba-tiba aku melihat pelita menyala di tandas luar rumah kawanku. Aku terus kesana. Oh Pak Yusuf ka. Terkejut pak cik Yusuf. " Ha Jiman hang buat apa pagi-pagi ni ". " Nak pi jogging Pak Yusuf". Kataku. " Awat awai sangat". " La ni pukul berapa Pak Yusuf ". " 3.30 pagi". Balas Pak Yusuf. Ha terkejut aku. " Tadi masa saya lalu bawah pokok ciku sapa yang goncang pokok Pak Yusuf". " Hmm sapa lagi benda yang suka jelir lidah la ".
Apalagi seram aku dibuatnya. Aku terus pecut pulang kerumah dan sambung kembali tidor. Bangun dari tidur jam 8 pagi. Mak tanya sembahyang subuh ke belum. Aku jawab belum sebab 3.30 pagi dah sembahyang. Apalagi berleterlah si mak ini suruh aku sembahyang sekarang. Katanya sembahyang tidak boleh dibuat main. Jam 9 pagi kawan-kawanku datang kerumah bertanya kenapa aku tidak mengejutkan mereka tadi. Kataku sekarang lebih baik kita mandi di sungai Tok Keramat lagi best. Semua setuju. Aku pulang dan tanya mak masak apa pagi ini. Wow nasi goreng. Aku keluar ambil daun pisang dan layur diatas api lalu kubungkus nasi goreng. Adoh wanginya bau nasi sambil makan didalam air.
sekian ariman
Friday, November 14, 2008
DI BALING BATU DARI POKOK
Sekian ariman
Tuesday, November 11, 2008
Isteriku telah pulih
Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isteriku. Yang datang melawat tak kira jemu, yang menalipon, yang hantar sms dan prihatin membawa segala jenis ubatan agar demam isteriku pulih. Semua ini kami tidak dapat membayarnya dengan wang ringgit. Kami mohon kepada Allah semoga mereka yang prihatin ini Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kepada klinik syifa ( panel klinik ) kerana memberi surat rujukan. Insyaallah hari Rabu tugas tape Islam Moden Dr Danial berjalan seperti biasa. Amin.....
sekian ariman
Monday, November 10, 2008
TERPERANGKAP DIDALAM LIF
Ya Allah anakku akan menduduki peperiksaan. Isteriku masih lagi di hospital. Lamunanku terhenti apabila terdengar ketukan dari luar yang datang membantu. Syukur akhirnya kami terperangkap dalam lif selama satu jam 15 minit. Keluar saja aku dari lif terus aku berkata aku taubat dah tak naik lif ni. Rakan yang lain tertawa sambil berkata," Tu la hang tinggal tempat ni tak bagi tau dekat depa, depa marah la". Depa tu siapa dia. hanya aku dan orang yang tahu saja mengerti perkataan ini.
sekian ariman
Wednesday, November 05, 2008
ROOM 350
Aku tidak sampai hati melihat badannya yang begitu panas sehinggakan bila duduk berhampiran pun terasa bahangnya. Pada tanggal 3 Nov 2008 aku terus ke klinik panel untuk mendapatkan surat rujukan yang akan aku gunakan semasa pendaftaran di hospital. Sampai saja disana isteriku terus dibawa ke bilik ER. Aku diberitahu olih Dr bahawa demam isteriku terlalu panas. Semasa menanti isteri, aku mengelamun aktiviti kami yang lalu. Insan inilah yang bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk hari keluarga walaupun telah dinasihat. Atas dasar amanah yang diterima dia berkata" Hari ini kita tolong orang, suatu hari nanti Allah akan tolong kita ". Dalam orang lain menolak tugasan ini beliau bersama ibunya membalut ketupat, membuat serondeng, nasi himpit dan kuah kacang.
Keesokan harinya kami terus hantar ketempat hari keluarga yang telah diadakan. isteriku tidak menjamah makanan langsung sebab tidak lalu. Selesai hari keluarga dia terus mengajak aku pulang sebab terlalu letih. Badannya terlalu panas. Lamunanku terhenti bila namaku dipanggil untuk membawa isteriku masuk kedalam wad. Beliau, Dr suspek bermacam-macam jenis penyakit yang membuatkan dirinya tidak dapat mengawal perasaan. Aku terpaksa menenangkan perasaannya walaupun aku sendiri tahu memang ketika ini memang berat untuk sesiapa yang mengalaminya. Lama kelamaan berita yang kami terima sedikit sebanyak melegakan hati kami. Namun panasnya masih belum hilang.
Tanggal 5 Nov 2008 Dr mengesahkan bahawa isteriku negatif dari penyakit TB. Esok darahnya akan diuji mengapa ia kerap demam dan penantian masih lagi berterusan. Anak-anakku terpaksa ku tahan dari pulang kerumah sebab mereka sibuk dengan peperiksaan mereka. Mungkin ini semua ujian dari Allah dan aku berdoa moga Allah memberi kegembiraan untuk kami terus berbakti kepada yang esa sedaya yang kami mampu.
Sekian ariman
Saturday, October 25, 2008
AKU KENA SAUNA
Sekian ariman
Saturday, October 18, 2008
KENANGAN SUNGAI TOK KERAMAT
Hasil dari mandian Sungai Tok Keramatlah aku menjadi berani menyelam dalam perigi ketika arwah adik jatuh. Kerap juga aku membawa anak sedara datang kesini. Masa itu mereka masih kecil lagi. Niat dihati akan kubiarkan mereka didalam air. Bila terkena air mereka akan hilang perasaan gemuruh. Ini gambar aku. Ia diambil selepas sebulan adik pergi menemui ilahi setelah jatuh dalam perigi. Rakan-rakan ajak aku untuk menghilangkan tension. Ni ilmu terapung. Inilah sungai yang terdalam yang menjadi tempat ramai remaja berkumpul menghabiskan masa. Siapa sampai awal mereka akan jadi ketua. Makna orang lain kena tunggu sehingga orang tu selesai. Sebab itu kadang-kadang pukul 8 pagi kami dan kesana. Untuk kesana kena melalui bukit dan kebun-kebun buah. Tapi kira baguih juga kami sebab musim buah durian atau buah duku tak pernah pun kami sentuh buah orang. Kadang-kadang apek kata kalau nak makan ambillah. Atas batu inilah kami akan berdiri. Ada yang terjun kepala dulu. Ada kaki dulu dan ada yang macam terjun dari kapal terbang. Itu kena ikut tahap terror masing-masing. Kalau terjun guna kepala dulu memang power terror sebab silap haribulan leher boleh terseliuh dibuatnya.
Sekian ariman
Wednesday, October 15, 2008
AKU TUGAS DAN DUGAAN
Kata bos itu semua tahyul belaka. Mereka tanam juga. Lama kelamaan pokok itu membesar dan rendang. Aku tidak sedap hati sebab hari-hari aku terpaksa melalui jalan ini untuk keluar masuk. Suatu malam dalam lingkungan jam 2 pagi sewaktu aku habis tugas, aku melalui jalan ini sebab gate ini perlu aku kunci. Sampai saja didepan pokok tiba-tiba sebiji batu kecil hinggap diatas kepalaku. Dalam hati aku berkata " Dia buat dah". Aku pun start motor. Terasa pelik motor ku ini. Ah biarkan saja bisik hati kecilku. Selesai membayar tol jambatan aku terasa kenapa berat sangat motor ini tak seperti selalu. Aku syak ini mesti benda ni bertenggek diatas motor. Aku memberhentikan motor lalu membaca ayat Qursi dan terus berkata," pi balik tempat hang, jangan dok ikut aku".
Terus saja motor aku meluncur dengan lajunya. Kalian tentu hairan kenapa aku boleh syak. Ceritanya begini dalam tahun 1994 aku telah ditugaskan ditempat ini. Beberapa ekor anak anjing liar aku memberi ia makan sehinggalah mereka besar dan mengenaliku. Suatu malam selepas solat Maghrib aku terdengar salakan anjing yang mendayu-dayu. Seram juga aku dibuatnya. Aku memberanikan diri ini turun untuk memberi lebihan sisa makananku. Tiba-tiba aku terpandang sesusuk tubuh berpakaian lengkap seperti hulubalang sedang menunjukkan gerak tari silatnya. Aku hanya memerhati sambail badanku mengikut gerak tarinya. Bunganya amat cantik. Lembut tapi ada kekerasannya. Kena pula orang yang menunjukkan tarinya persis pendekar.
Entah macam mana aku merapatinya dan ia terus berlari lalu merempuhku. Selepas itu aku tak sedar lagi. Yang aku sedar bila aku berada diatas katil dirumahku. Aku bertanya isteriku bagaimana aku boleh berada diatas katil. Isteriku menceritakan bahawa semalam aku balik dalam keadaan pelik. Mata merah dan menyuruh isteriku membaca sebanyak 3 kali. Akhirnya aku sendiri yang membaca sepotong ayat quran. isteriku terus menalipon abangku dan menceritakan segala-galanya. Kata abangku kalau ayat quran yang dibaca itu tidak apa. Sampai hari ini aku sendiri tidak mengerti mengapa ini terjadi kepadaku. Yang aku ingat dengan jelas ialah gerak tarinya yang seketika membuatkan aku akan hilang konsentrasi. Aku tidak berani mengikut gaya tarinya walaupun aku mampu mengingati dengan jelas. Takut ajaran terpesong dan aku yang terpaksa menanggungnya.
Lain kali aku akan cerita lagi banyak peristiwa yang berlaku tentang pokok ini. Bagaimana batu sebesar penumbuk hinggap dileherku yang sakit dan akhirnya sembuh. Kalau ada masa aku akan tunjukkan batu itu disini. Mungkin ada setengahnya yang tak percaya. Terpulanglah sebab aku sendiri yang merasainya.
Sekian ariman
Sunday, October 12, 2008
AKTIVITIKU YANG PADAT

Antara menu - menu yang sempat aku rangkap semasa jamuan Hari Raya bersama YB Abd Malik Kassim Adun Batu Maung. Yang paling laku sekali ialah satay. Ada yang boleh angkut sampai 20 cucuk seorang tanpa memikirkan orang lain. Adat la katakan. Manusia akan lupa diri bila melihat makanan yang banyak
Monday, October 06, 2008
RAMADHAN BERLALU SYAWAL MENGHITUNG HARI
Anak muda masih terus leka dengan dunia mereka. Adakah mereka perlu dipersalahkan. Apakah program yang telah kita lakukan untuk mereka.
Kini Syawal menghitung hari. Baru-baru ini aku terkejut dengan pemergian emak dan anak saudara kawanku Yusuf Ismail. Kami pernah bertukar pendapat tentang silat. Dia dari silat Gayung Harimau. Pernah kami menunjuk teknik buah silat masing-masing diperkarangan rumahku semasa dikampong. Kini emaknya dah meninggal akibat kemalangan jalanraya di Sungai Petani. Berita dapat dibaca di akhbar Metro 6 Oktober 2008. Kami pernah terserempak di pasar ketika sibuk membeli untuk persiapan hari raya.
Entah macam mana selepas pulang dari menziarahi mayat, aku terkeluar kalam kepada isteri bertanyakan bila kita nak ke Mekah menunaikan haji. Hari ini aku ke Tabung Haji untuk mendaftar diri dan isteri. Alhamdulillah selesai. Kami telah didaftarkan ke sana pada tahun 2021. Ini bermakna umurku pada waktu itu ialah 62 tahun. Sempatkan aku ke Mekah. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Manusia hanya tahu merancang.
Friday, October 03, 2008
AKTIVITI MENJALA KEMBALI
Tanggal 3 Oktober Pantai seagate berhampiran Pulau Jerjak telah mengamit kami kembali untuk neneruskan aktiviti menjala. Siapa lagi aku dan anak la.

Subhanallah memang cantik, tenang dan damai merasai bayu laut. Sewaktu aku dan anakku sampai di Pantai Seagate. Tempat yang paling kami sekeluarga suka menjala udang. Inilah tempat yang memberi kami rezeki kalau nak makan mee atau cucur udang
Tu dia nampak macam terror la aku menjala. Hai minat katakan. Raya ketiga pun kami bedal juga. Teringin nak makan cucur udang. Beli tak sedap. Aku bagi tau dekat isteri ready dekat rumah, aku nak bawa balik udang. Sambil menjala air liur meleleh dah. Dok terbayang udang.
Akhirnya alhamdulillah kami berjaya juga mendapat seekor udang besar. Setelah mendapat kata sepakat udang terpaksa dilepaskan kembali sebab takut berebut. Selalunya rezeki kira ok juga la. Kalau teringin nak makan cucur udang terus ambil jala dan menjala. Sekali jala dapatlah 15 ekor. Inilah yang dikatakan rezeki dari Allah. Rupanya kami silap sebab udang masih berhari raya laa.
Tuesday, September 30, 2008
Monday, September 29, 2008
PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA PADA 27 SEPTEMBER 2008
Gulai ayam masak merah. Memang berebut nak bawa balik. Sup ayam, Laksa Penang memang sempoi.
Adegan last ni. Balance bolih bawa balik untuk sahur pula. Ni siapa pula yang bawa balik. Sempat juga camera man tangkap gambar. Jadi bahan bukti pada tanggal 27 September 2008 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1429
Thursday, September 18, 2008
WANITA MEMANG KUAT DAN TABAH
Dengan baju yang masih beruniform memandu kereta sambil menjaga anak kecil disebelahnya. Mungkin baru ambil dari tempat asuhan. Yang menarik keinsafanku ialah aku sudah boleh bernafas lega mencari juadah untuk berbuka manakala rakanku seorang wanita masih lagi diatas jalanraya. Ternyata bila sampai ia dirumah terus tidak ada rehat baginya. Pastinya anak yang perlu dilihat dan kemudian akan terus memasak untuk berbuka puasa bersama suami. Waktu aku pulang dari kerja aku dapat membayang selepas solat asar aku akan baring sebentar.
Aku kagum dengan wanita ini. Ia memberi satu pentarbiahan kepadaku. Pernah satu ketika aku kasihan terhadap isteri yang tidak mempunyai rehat secukupnya. Aku cadangkan kepadanya agar ia tak perlu bangun sahur. Biar aku yang bangun sebab kebetulan hari itu aku cuti. Dengan senyum isteriku mengiakannya. Anak-anak berkata ayah boleh ka bangun. Aku berkata insyaallah itu hanyalah perkara kecil saja. Aku meminta isteriku mengunci jam gerak agar senang aku jaga.
Aku terkejut bunyi jam. Dalam hati berkata," Ah baru saja tidur dah bunyi jam". Aku sempat mengerja solat tahajjud. Selesai saja solat aku terus kedapur. Sambil mendengar lagu nasyid aku terus memasak apa yang patut. Selesai saja aku memasak aku terus hidang diatas meja seperti yang selalu isteriku lakukan. Aku terus memerhati jam didinding. Subhanallah dah 5.30 pagi. Aku terus mengejutkan isteri dan anak-anak.
Mendengar aku berkata dah 5.30 pagi, apalagi kesemua terus bangun untuk bersahur. Isteriku berjalan sambil memicit kepala. Pening katanya sebab terkejut. Kami makan sambil aku berbangga kerana dapat bangun. Tiba-tiba isteriku menjerit," Bang baru pukul 4.30 pagi ". Apalagi ketawa sakan anak-anaku. Patutlah senyap sunyi sekeliling rumah. Hari tu kami sahur awal. Isteriku berkata bukan senang nak jadi seorang isteri. Aku hanya mengiakan saja sebab aku baru nak mula dah riuh satu rumah.
Bagiku memang wanita Allah jadikan mereka sifat sabar, kuat tabah menghadapi dugaan. Memang lelaki tidak dapat menandingi sifat-sifat ini.
Sekian ariman
Sunday, August 17, 2008
DI KEJAR BABI HUTAN
Bagiku perkara itu tidak menjadi hal. Selama hampir 8 bulan aku melalui jalan itu alhamdulillah tidak pernah berlaku perkara yang mereka katakan. Hantu dimana-mana pun ada. Ia juga makhluk Allah yang perlu taat kepada Allah. Pernah satu ketika aku dibaling batu sebesar penumbuk singgah dileher sewaktu pulang dari kerja.
Berbalik tempat kerjaku yang baru ini. Baru-bari ni dalam pukul 1100 malam aku pulang dari bertugas. Sewaktu sampai disimpang aku ditahan oleh seorang pemuda. Hairan juga jam begini masih ada orang lagi. Selalunya lengang saja. Maklumlah kuala. Dia berkata," Bang didepan ada babi huta besar bang". Aii heran juga selama 8 bulan tak pernah bertembung dengan apa-apa pun, tiba-tiba ada babi huta. Dalam hati aku mengesyaki ni mesti nak rompak aku ni. Aku bersedia sebarang kemungkinan akan berlaku.
Aku mengajaknya dia ikut belakangku dengan motor. Aku menjangkakan bahawa didepan pasti ada orang yang akan menahanku. Aku menggunakan lampu high beam. Ternampak sesuatu sedang bergerak. Bila dekat mak datuk besarnya babi hutan macam anak lembu. Taringnya panjang. Aku stop motor. Dalam hati dok fikir nak jalan terus atau lari belakang cari jalan alternatif. Dalam hati berkata tak boleh jadi ni. Aku kena jalan juga. Pemuda itu hanya mengikut di belakang.
Aku guna gear satu. Berdesup motor meluncur. Tiba-tiba tanganku tersilap menekan hon. Apalagi terkejut si babi tu terus ia mengejar aku. Menjerit aku mendengar dengusan babi tu. Tapi motor 125 katakan. Aku selamat. Aku pandang belakang lihat pemuda tu cabut lari kebelakang. Mesti dia terkejut melihat aku di kejar babi hutan. Aku menceritakan perkara ini kepada orang kampung. Mereka pun terkejut sebab tak pernah jumpa babi hutan. Aku terfikir babi hutan ka apa dia. Perkara ini bermain dikotak fikiranku. Nak menyara keluarga aku sanggup menempuh apa saja.
Sekian
ariman
Wednesday, August 13, 2008
RAMADHAN MENJELMA LAGI
Tujuan kami malam tu ialah nak kebas buat jambu botol. Nak dapat bukannya senang. Tuan rumah punyala kedekut. Buah yang jatuh pun dia tak bagi ambil. Malam tu giliran kami berlari. Aku dan rakanku si Dali dah berpakat malam ni kami akan ambil buah. Aku panjat pokok manakala rakanku berada dibawah mengutip buah. Sambil kutip buah aku makan. Buahnya punyala manis.
Tiba-tiba kami terkejut sebab tuan rumah membuka pintu. Dia menuju kearah pokok. Apalagi rakanku cabut lari. Tinggal aku sendirian diatas pokok. Merungut dia sebab katanya kelawar memakan buah begitu banyak. Sambil mengutip tuan rumah tak habis dengan sumpah seranah pada kelawar. Aku diam tak bergerak diatas pokok. Tuan rumah menyalakan lampu suluhnya. Habis aku, bisik dalam hati. Beliau menyuluh diatas pokok. Tiba-tiba tuan rumah menjerit bila cahaya lampu suluh terkena badan aku. Apalagi dia menjerit, " Putih ada hantu atas pokok jambu". Aku pula malam tu pakai baju teluk belanga putih. Memang kena sangat.
Aku tenggelam punca bila mendengar jeritan tuan rumah. Berdebuk aku terjun dari pokok. Tuan rumah jatuh terduduk menyangkakan yang hantu terjun kearahnya. Tolong !!! dia menjerit. Apalagi anak-anak dia terus menyerbu kearah bapa mereka. Aku masa tu dah 100 m pecut. Esok anak tuan rumah datang beritahu yang malam tu bukan hantu tapi orang curi buah jambu. Katanya kalau dapat orang tu aku akan cincang. Aku dan rakanku hanya diam saja. Masing-masing menjeling. Lepas dia pergi kami pakat lagi. Lepas ni projek buah limau isi merah.
Sekian
ariman
Wednesday, July 30, 2008
KALAULAH MANUSIA MENGETAHUINYA
Kata si ibu, " Betul Mad, kalau kita buat apa saja kebaikan nescaya Allah akan memberi pahala. Tetapi kita tidak nampak. Macam Mad tolong ustaz tempuh hari, itu merupakan pahala di dunia yang kita nampak". Terpinga-pinga si anak kecil tak faham akan kata-kata ibu. Yang dia bersemangat ialah kata-kata ibu tadi mengatakan setiap pekerjaan yang baik akan Allah beri ganjarannya samada di dunia atau akhirat cuma manusia saja yang tidak mahu mengambil peluang keemasan ini. Marilah kita perbanyakkan amal yamg soleh.
Sekian
ariman
Wednesday, July 16, 2008
PANDAI-PANDAILAH MERANCANG MASA DEPAN ANAK-ANAK
Pernah suatu ketika sewaktu aku memegang jawatan sebagai gurubesar KAFA di Kariah. Sambutan alhamdulillah amat menggalakkan. Yang menjadi masalah ialah sikap ibubapa yang tidak perihatin terhadap yuran. Walaupun yuran sebanyak RM5 dikenakan masih ada ibubapa yang tidak membayarnya padahal bukanlah mahal sangat kalau dibanding dengan ilmu yang di curahkan. Kini perkara yang sama berulang kembali. Satu kelas Al-Quran terpaksa di tutup akibat tidak dapat menanggung kos sewa rumah akibat sikap ibubapa yang tidak mementingkan pembelajaran anak-anak. Ibubapa sanggup bermewah tetapi yuran Al-Quran anak-anak tidak di endahkan. Akibatnya Ustaz tersebut terpaksa menutup kelas Al-Quran. Ramai dikalangan ibubapa tidak perihatin ilmu yang akan menolong mereka di akhirat kelak. Ramai dari kalangan kita berfikiran bahawa kalau mengajar agama perlu free tidak perlu dikenakan yuran sedangkan dalam perkara lain kita boleh berbelanja tanpa batasan.
Sekian
ariman
Tuesday, July 15, 2008
PALESTIN OH PALESTIN
Rakan saya meminta sedikit sumbangan sambil menunjukkan borang sumbangan kepada beliau. Berubah air muka si kontraktor ini. Katanya ," Ni bangsa Arab memang tak guna, depa sama depa pun tak bersatu pasai apa pula kita yang kena tolong". Berderau darah rakan saya bila mendengarnya sambil berkata," Kalaulah Malaysia ditimpa musibah, kepada siapalah kita nak minta tolong". Katanya," Malaysia aman mana boleh timpa musibah".
Ahad lepas sewaktu program kuliah maghrib di surau, seorang ustaz menceritakan program sempena 60 tahun Nakbah iaitu hari memperingati Palestin yang diadakan di mini stadium. Yang datang ialah wakil Hamas. Ustaz merupakan seorang penterjemah. Wakil Hamas seorang yang bersemangat dan sudah tentu penterjemah pun kena seorang yang bersemangat. Israel telah memberi 2 ketetapan kepada Palestin. 1. Tunduk kepada israel 2. mengakui negara israel. Kata Hamas mereka menolak kedua-duanya dan menerima yang ketiga iaitu berjuang berhabis-habis memerdekakan Palestin.
Bangun seorang lelaki india lalu bertakbir, " Allahuakbar!!!. Kata ustaz yang bukan islam pun ada kesedaran tetapi yang islam masih leka dengan hiburan yang melampau. Banyak yang sanggup berhabisan wang menghantar sms kepada program maksiat. Siapa yang menangis mengenangkan penderitaan Palestin. Kadang-kadang doa pun kita tak sanggup sedekah kepada mereka. Ada yang sanggup mengatakan mengapa disia-sia hidup dengan mengebom diri. Tidak kah ia berdosa.
Bantulah umat islam Ya Allah
ariman
Tuesday, July 08, 2008
BUAT PERINGATAN UNTUK DIRIKU YANG LUPA
Terdetik di hati ini bila insiden Jawatankuasa Surau memohon sumbangan untuk menjalankan program surau, masih ada yang marah kerana dikatakan mengganggu. Ada yang berkata tak pergi bank lagi dengan muka yang masam padahal kalau dihulurkan sebanyak RM1 seikhlas yang mampu sudah besar nilainya disisi Allah.
Jauh bezanya kita dengan masyarakat Non Muslim. Kalau untuk kuil, gereja dan persatuan, duit tidak menjadi hal janji dapat menjana tabung nereka. Inilah kelemahan umat islam. Mereka mudah lupa rezeki datang dari Allah dan tidak ada kesedaran untuk menolong agama Allah. Umat islam asyik bercakaran, fitnah sesama sendiri. Sebab itulah islam di pijak, dihina dan diludah. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
Tepuk Dada Tanya Iman
ariman