Hasil dari mandian Sungai Tok Keramatlah aku menjadi berani menyelam dalam perigi ketika arwah adik jatuh. Kerap juga aku membawa anak sedara datang kesini. Masa itu mereka masih kecil lagi. Niat dihati akan kubiarkan mereka didalam air. Bila terkena air mereka akan hilang perasaan gemuruh. Ini gambar aku. Ia diambil selepas sebulan adik pergi menemui ilahi setelah jatuh dalam perigi. Rakan-rakan ajak aku untuk menghilangkan tension. Ni ilmu terapung. Inilah sungai yang terdalam yang menjadi tempat ramai remaja berkumpul menghabiskan masa. Siapa sampai awal mereka akan jadi ketua. Makna orang lain kena tunggu sehingga orang tu selesai. Sebab itu kadang-kadang pukul 8 pagi kami dan kesana. Untuk kesana kena melalui bukit dan kebun-kebun buah. Tapi kira baguih juga kami sebab musim buah durian atau buah duku tak pernah pun kami sentuh buah orang. Kadang-kadang apek kata kalau nak makan ambillah. Atas batu inilah kami akan berdiri. Ada yang terjun kepala dulu. Ada kaki dulu dan ada yang macam terjun dari kapal terbang. Itu kena ikut tahap terror masing-masing. Kalau terjun guna kepala dulu memang power terror sebab silap haribulan leher boleh terseliuh dibuatnya.
Sekian ariman
3 comments:
Ingat lagi kami kena angkat kaki bila dikejar anjing masa naik motor bertiga dengan Pak Njang.
Uish! Rasa jantung macam nak pecah hehe.
Tapi dapat mandi sungai memang best. Pak Njang mungkin tak pernah tahu yang kami berdua sentiasa berdebar bila Pak Njang terjun ke dalam air hijau biru tu.
Kalau Pak Njang tak timbul macam mana kami nak balik? Kena hambat anjing lagi...hehe....adeh...pemikiran budak-budak.
sabor sabor. Teringat bila sampai dekat sungai tengok Fatimah tak ada atas motor. Rupanya dan terjatuh dari motor. Pkjamg brutal masa tu. Sabor lagi sekali
penah p tgk je tmpt tuh...da ketaq lutut...
Post a Comment