Teman-teman

Saturday, April 06, 2013

Siput Belitung @ Siput Sedut

Semalam isteriku bertanya apakah menu yang hendak dimasak. Kepala ikan siakap masih ada dalam peti sejuk. " Apa kata esok kita masak siput belitong. Kepala ikan siakap kita buat hari Ahad ". Aku memberi cadangan kepada isteriku.
" Nah suka siput masak kari. Nah tak suka masak lemak ". Kata isteriku
" Abang pun suka masak kari. Jadi ke esok kita buat siput belitung ". Aku ingin kepastian isteriku.
" Nah boleh masak. Cuma satu saja Nah nak minta tolong abang basuh dan tetak siput yang bawah ". kata isteriku dan aku tak kisah sebab arwah Siti Aishah juga begitu.


Pagi tagi hujan turun dengan lebatnya. Aku redah juga hujan demi siput. Alhamdulillah ada rezeki. Harga sekilo RM12. Aku beli 2 kilo. Aku beli pula ubi keledek dan santan. Aku bawa balik terus bawa masuk kedalam tandas.


Aku mula basuh membuangkan selutnya. Aku tahu isteriku terasa geli dengan selut. Lepas sudah bersih aku pun mulalah menetak bahagian bawah siput agar mudah disedut. Tersenyum isteriku melihat aku bekerja keras untuk siput.


Selesai bersih dan menetak bahagian bawah siput aku basuh sekali lagi dan berikan kepada isteriku yang sudah menanti siput untuk dimasukkan kedalam periuk.


Wangi baunya tumisan untuk siput sedut. Isteriku masukkan ubi keledek agar kuahnya pekat dan manis.


Akhirnya siput belitung @ siput sedut sudah siap untuk di makan. Terus aku masukkan kedalam mangkuk. Memang best rasanya. Terima kasih isteriku kerana telah merealisasikan impianku. I LOVE YOU.

6 comments:

insan marhaen said...

Untung WN. IM selalu makan lauk tunjuk je. Memang tak sama dengan air tangan sendiri...

radziah AR said...

wah sedapnya....tapi paling mahal ayat org putih yg akhir tu.... bertuah kak rosnah

Ariff Budiman said...

Insan marhein.......Betul. Semua tu Allah yg kurniakan kpd kita

Ariff Budiman said...

Radziah AR...... Ha ha ayat last juga yg nampak ya.

Anonymous said...

lama tak makan siput sedut.kadang2 smpai semput sedut tak keluar2 gak siputnya.hihihi.sedap

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany....Kena tahu caranya nak kerat di bawah. kalau tak memang susah nak sedut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...