Teman-teman

Wednesday, May 15, 2013

Kasihan Aishah

Sudah 3 hari ibu mertuaku berada di dalam hospital. Aku menerima panggilan talipon dari adik iparku mengatakan ibu mertuaku kepenatan. Akhirnya terpaksa di bawa ke hospital dan doktor mengesahkan yang paru-paru ibu mertuaku dimasuki air. Aku hanya mampu mendengar sebab di arah untuk tunggu sedia selama 16 jam. bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahmalam.
" Bila abang boleh ziarah mak ". Kata isteriku. Aku hanya diam sambil memikirkan bila aku dapat ziarah ibu mertuaku. Aku masih ingat akan pesan arwah Siti Aishah.
" Bang kalau Siti tak ada abang tolong jenguk-jenguk mak sama. Emak bukannya sihat sangat ". Masih terngiang-ngiang permintaan isteriku.

Setelah 3 hari berada di hospital aku mendapat mesej dari adik iparku mengatakan yang ibu mertuaku telah discharge dari hospital. Bertambah perasaan bersalahku.
" Emak dak keluar wad. Abang masih tak dapat ziarah emak lagi ". Aku berkata kepada isteriku
" Nanti time abang kerja malam bila balik kerja abang singgah kejap rumah emak. Tentu mak ternanti-nanti mana menantu kesayangannya ". Gurau isteriku. Aku hanya tersenyum.

Ketika aku pulang dari bertugas malam, aku singgah di rumah ibu mertuaku. Pintu rumah masih ditutup. Selalunya kalau waktu begini ibu mertuaku sudah berada di luar di bawah pondok rehat seorang diri. Tentu ibu mertuaku masih belum sihat lagi. Aku menolak pintu dan bila aku jenguk kelihatan ibu mertuaku sedang tidur. Aku terdengar seperti seseorang sedang menggoreng di dapur. Aku masuk kedalam menuju dapur. Entah macam mana ibu mertuaku terjaga. Terus aku pergi kearah ibu mertuaku.
" Mak apa kabar ". Aku bertanya
" Mak letih. Tak lalu makan. Jalan pun tak bermaya ". Perlahan saja percakapan ibu mertuaku. Dari riak mukanya aku dapat merasakan ibu mertuaku masih belum sihat.
" Saya minta maaf sebab tak dapat ziarah emak di hospital ". Kataku kepada ibu mertua sambil mengurut tangannya. Datang adik iparku bila mendengar aku datang. Ibu mertuaku pula bangun dari katilnya terus berjalan dan duduk diatas kerusi bersebelahan dengan aku.

" Emak letih sangat. Nak jalan pun tak boleh. Ni tengah dok buat roti untuk emak. Alhamdulillah ni baru nampak emak boleh bangun dan berjalan ". Kata adik iparku. Aku terus mengurut tangan ibu mertuaku.
" Budiman nampak kurus ". Kata ibu mertuaku. Aku hanya tersenyum.
" Makan pun sikit saja mak. Sebab tu nampak kurus sikit. Rosnah masak sedap tapi bila saya nak makan dok teringatkan anak-anak makan apa. Ayah makan sedap tapi anak-anak entah makan ke tidak. Last sekali saya hanya makan sepinggan nasi saja. Bila sudah biasa macam ni tak boleh nak ubah lagi. Sedap ke atau tidak hanya sepinggan yang saya makan ". Aku berkata kepada ibu mertuaku. Nampak air mata jernih di kelopak ibu mertuaku.

" Zinnirah insyaallah bulan satu tahun depan dia akan kahwin mak. Dah confirm ". Aku berkata kepada ibu mertuaku.
" Kesian Aishah kan mak. Tak dapat merasai hari bahagia anak dia ". Kata-kataku membuatkan adik iparku menangis. Ibu mertua pula menyeka airmatanya.
" Tak sangkakan Aishah begitu cepat pergi. Kadang-kadang saya harap agar semua ni hanya mimpi belaka ". Entah kenapa aku meluahkan perasaanku. Selama ini aku hanya pendamkan perasaanku didalam hati saja. Aku tidak mahu membebani orang lain dengan masalah aku. Aku tewas juga akhirnya di depan ibu mertuaku. Aku menangis sambil bercerita.
" Sebab tu saya mahu agar jenazah Aishah di kebumikan di kariah saya. Mudah untuk saya ziarah kuburnya ". Aku menunjuk gambar kubur isteriku yang aku rakam selepas membersih. Esak tangis adik iparku semakin kuat.

" Tak apalah emak. Insyaallah nanti kami sekeluarga akan bertemu Aishah di akhirat. Di sana nanti tidak akan berpisah lagi ". Aku menyeka airmataku sambil bersalaman dengan ibu mertuaku sebelum pulang kerumah. Aku masih ingat ketika aku dan isteri mendengar kuliah dari Ust Abu Hassan Din Al Hafiz. Kata ust seorang isteri yang kematian suaminya dan kemudian bila dia berkahwin di akhirat kelak dia akan bersama suaminya yang terakhir. Bila pulang isteriku bertanya
" Abang nanti nak pilih siapa ". Soalan yang betul-betul menguji mindaku. Terdiam aku. Maksudnya yang aku faham ialah dia atau Aishah.
" Sudah tentu abang pilih kedua-duanya ". Senang jawapan aku.
" Kalau la di minta pilih hanya seorang sahaja. Macam mana ". Fuh ujian lagi.
" Abang tetap akan bermohon agar dapat memiliki Rosnah dan Aishah sebab kedua-dua isteri abang ni amat abang sayangi dan tak dapat berpisah ". Barulah tersenyum isteriku. Silap jawab maka naya aku.

Bila aku pulang kerumah isteriku sedia menanti. Terus aku cerita akan keadaan ibu mertuaku kepada isteriku. Menangis isteriku mendengar cerita.
" Mungkin emak rindu dekat abang sebab lama tak ziarah ". Aku membenarkan kata-kata isteriku.
" Lepas ni abang kerap-kerap la ziarah emak kalau ada masa terluang ". Pesan isteriku. Syukur isteriku tidak pernah mengongkong kehidupanku.

3 comments:

Anonymous said...

Muga saja kita dapat berhimpun di syurga Allah bersama orang kita kasihi. Sebak hati membaca entri Pak Ariff ni.

Ariff Budiman said...

Anonymous....insyaallah. Terima kasih

Thirah said...

bertuahnya mereka dan en ariff..unsur-unsur sebak ada disitu..urmmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...