" kita buat kenduri kesyukuran dan jemput kaum keluarga yang terdekat sudah ler ". Kataku kepada isteri namun dia masih tidak mahu. Akhirnya aku mengalah juga bila isteriku berkata dia akan buat kek harijadinya sendiri dan makan anak beranak.
Tepat jam 12 tengahmalam aku menghantar mesej selamat Hari lahir dari tempat kerjaku. Keesokkan harinya bila aku pulang dari kerja aku telah plan nak singgah di kedai yang menjual bunga. Akan aku beli sejambak bunga ros untuk isteriku. Tapi hampa sebab kedai yang menjual bunga tutup. Akhirnya aku berlegar di pekan lain dan akhirnya berjumpa dengan 2 kuntum bunga ros yang cantik. Hanya tinggal ini saja. Jadilah tu. Aku beli dan minta dibungkus elok-elok.Bbila tiba dirumah, isteriku membuka pintu.
" Selamat hari jadi Nah ". Sambil menghulurkan 2 kuntum bunga ros. Tertawa gelihati isteriku sebab semenjak kami berkahwin inilah pertama kalinya aku menghadiahkan bunga kepada isteriku.
" Terima kasih bang ". Terus di ciumnya bunga ros
" Minta maaf. Hadiah lain abang tak beri ". Kataku kepada isteri
" Tak apa bang. Nah tak kisah. Bunga pun dah ok ". Kata isteriku.
Tapi dalam diam aku sudah berpakat dengan sahabat fb aku yang tinggal di Sabah. Aku bertanya apa souvenir cantik yang boleh di dapati di sana. Beliau mencadangkan agar di beri keronsang dan jam tangan dari mutiara sabah. Aku bersetuju dan meminta pertolongan darinya untuk membeli barang tersebut dan hantar kepadaku. Alhamdulillah pada 20 Jun 2013 ketika maghrib aku menerima panggilan dari courier yang menghantar barang. Aku mengambil barang ditepi jalan sahaja. Senang tak payah mereka tercari-cari dimana alamat rumah aku
Sampai dirumah aku meminta isteriku membuka parcel yang dikirim. Terkejut isteriku melihat ada kotak kecil beserta barangan lain yang di order.
" Nah buka ler kotak misteri tu ". Aku bergurau dengan isteriku. Dia membuka dengan berhati-hati. Jantung aku pula yang berdegup kencang. Dan bila dibuka maka riak muka isteriku berubah.
" Jam dan keronsang abang hadiah untuk Nah. Walaupun murah inilah tanda kasih abang pada Nah. Kalau abang tak ada barangan ni akan jadi kenangan buat Nah ". Kata-kataku membuatkan airmata jernih mengalir di pipinya.
" Terima kasih abang. Cantik jam tangan mutiara. Sayang pula nak pakai ". Di ikatnya kembali kotak seperti sediakala. Aku merupakan orang yang paling gembira bila melihat isteriku gembira. Terima kasih kepada sahabat baikku Afra Cumil Craft kerana bersusah payah merealisasikan impianku
22 Jun 2013. Kaum keluarga akan berkumpul dirumahku. Kami akan mengadakan mesyuarat khas memandangkan anak saudaraku bakal melangsungkan perkahwinannya. Aku meminta anak saudaraku menempah sebiji kek. Aku nak buat surprise semasa kaum keluarga berhimpun. Isteriku pulang buat mee goreng untuk menjamu kaum keluarga. Selesai kami bermesyuarat dan sebelum kami menjamu selera aku meminta agar kek dikeluarkan.
Terkejut isteriku dan tersipu-sipu malu bila diminta memotong kek. Aku menemaninya memotong kek sambil didoa oleh kaum keluarga agar diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga. Isteriku bertanya padaku siapa punya idea memesan kek. Aku katakan yang ini semua adalah idea anak saudara. Tersenyum isteriku. Alhamdulillah. Aku merasa lega sebab telah menggembirakan hatinya. Walaupun sederhana tapi kemeriahan itu tetap ada. Terima kasih tak terhingga kepada anak saudarku yang sudi menolong merealisasikan sekali lagi impianku. Semoga Allah dapat membalas budi Afra Cumil Craft dan anak saudaraku.
4 comments:
Salam en budiman
Rasanya ada sikit kesilapan pada tarikh tu sebenarnya mei kot,bukan jun
Sekamat hari jadi kpd kak ros ....
Selamat hari lahir mak nah. Semuga mak nah dan keluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah sehingga ke syurga firdaus. Ameen.
Waalaikumussalam Anonymous..........Terima kasih di atas pembetulan tarikh. Sudah betulkan.
Anonymous.......Terima kasih juga di atas ucapan
Post a Comment