Teman-teman

Wednesday, May 22, 2013

Bergurau Senda

Seperti selalu sebelum aku ke pasar membeli barang aku pasti menulis dahulu. Bukan apa takut aku terbeli benda yang lain. Maklum la aku kan mudah lupa. Senang begini dan aku tak pernah merasa malu membacanya di khalayak ramai ketika berada di pasar.


Selesai menulis aku beritahu isteri yang aku akan ke pasar. Cepat-cepat isteriku menahan meminta aku meletakkan botol kosong di luar. Sengaja isteriku kumpul botol untuk diberikan kepada seorang lelaki india. Setiap hari lelaki india ini akan mencari botol kosong, tin buruk untuk di jual bagi menyara keluarganya. Kadang-kadang isterinya datang bertanya kami samada ada botol kosong yang hendak di buang. Apalagi aku pun meminta isteriku mengambil gambar.
" Ni nak letak dalam fb ler ". Kata isteriku. Benar sekali katanya. Aku letak dalam fb dan berkata ianya untuk dijual. Sengaja aku bergurau dengan rakan-rakanku. Isteriku tertawa bila membaca aku menulis aku hendak jual botol untuk membeli barangan.


Bila aku pulang cepat-cepat aku memanggil isteriku. Sekali lagi aku meminta isteriku mengambil gambar.
" Alhamdulillah Nah. berebut orang ramai beli botol kosong kita. inilah rezeki kita untuk makan tengahari ni ". Aku bergurau dengan isteriku.
" Sedih pula bila abang kata macam tu. Kalau la rezeki macam tu dan tugas abang pula begitu....'. Terus sebak isteriku. laa...lembut sungguh hati isteriku. sampai kesitu dia berfikir. bila aku kenangkan kembali gurauanku betapa bersyukurnya aku dengan pekerjaanku sekarang.

Aku harus menghargainya. Aku harus beramanah dan aku harus bangga dengan majikanku. Rezeki itu dari Allah dan majikanku sebagai perantara sahaja. Apapun aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada majikanku. Sekurang-kurang aku dapat membeli benda yang aku hajati. Yang penting isteri dan anak-anakku terjamin kehidupan mereka.


Alhamdulillah. Lepas solat zohor isteriku pun buat mee rebus. ketika di hidangkan tergamam aku melihat mee tersebut. Nampak menggoda. Apalagi dengan lafaz bismillah aku makan dengan penuh semangat. Lama tak makan mee rebus. Walaupun kadang-kadang aku makan mee juga di kedai tapi mee masakan isteri lebih enak rasanya.
" Terima kasih Nah kerana telah melaksanakan impian abang ". Tertawa isteriku dengan gurauanku.

2 comments:

Anonymous said...

Salam
Pasai apa lama x update blog?

Ariff Budiman said...

Anonymous....Wsslm. Minta maaf. agaka kesibukan dan kepenatan dgn tugas. insyaallah akan cuba update sekerap yg boleh. T.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...