Teman-teman

Wednesday, November 04, 2009

Abang..Boleh tunjuk Gambar Aishah

Petang semalam aku seperti biasa menatap laptop dan melayari blog kawan-kawan sementera isteriku berada didapor memasak. Melihat aku sedang bermain laptop dia terus menghampiri aku.
Sambil matanya merenungku.
"Apa yang tak kena dengannya pula sehingga merenung aku semacam". Bisik hati kecilku.
" Bang boleh tunjuk gambar Aishah. Nah tak pernah lihat lagi gambarnya secara lebih dekat. Mesti orangnya special sehingga abang begitu sayang akan Aishah ".
Aku tergamam tak dapat menjawab. Aku hanya mampu memandang wajahnya. Tak sangka betul permintaannya.
" Betul ka Nah nak tengok. Abang bukan tak mahu tunjuk. Abang takut nanti Nah terasa yang abang terlalu mengingati orang yang telah pergi ".

Akhirnya aku tunjuk klip video yang aku simpan didalam youtube. Aku melihat dia mengalir airmata. Entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin didalam hatinya berkata inilah wanita yang aku sayangi suatu ketika dahulu sehingga terbawa didalam mimpi.
" Nah. Percayalah kepada abang. Bagaimana abang menyayangi Siti Aishah, abang juga akan berbuat begitu kepada Rosnah. Nah begitu banyak bersabar agar abang pulih seperti sediakala dan hari ini abang hampir pulih".
" Terima kasih bang ". Berderau airmata kami berdua

Pembaca boleh melihat kembali 3 klip video yang aku hasilkan selepas seminggu Siti Aishah pergi. Mungkin ada yang masih belum melihat. Bukan sengaja aku nak ingat kembali. Sekadar sentuhan peribadi. Saksikanlah. Kepada anak saudaraku janganlah menangis bila melihat klip Pak Anjang dan Mak Anjang





5 comments:

Maiyah said...

bru ni sy dpt tgk muka kak aISYAH, moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya Al Fatihah :)

Guru said...

assalammualaikum

memang sedih...
tapi
doa saya
moga roh arwah sentiasa dalam rahmatNya,
dan semoga bahagia bersama isteri yang baru

zai said...

Zai dah tak boleh ulang klip video ni sbb sedih sangat..pastinya ia merupakan sebuah kehilangan yang sangat dirindui..

teringat masa zai masuk wad tahun 2002 kat hospital pantai kerana demam panas pun..husband setia menemani sampai tidur diwad sampai dia cakap masa tu dia risau sangat dan terfikir bagaimana dia nak teruskan hidup kalau jadi apa2 kat zai..sbb tu zai selalu cakap hidup mesti diteruskan tak kira bersama atau tanpa zai satu hari nanti..hidup ini terlalu singkat..kita semua hanya pinjaman..

Sedihla en. diman tak leh nak bayang hidup tanpa orang2 yg kita sayang kan ?

yus said...

en. Diman, saya menangis tak henti bila baca blog en. saya dah tak dak ayah. Tinggal mak je. Saya , mak dan abang. dilahirkan dalam kuarga yang kecil, bila salah sorang pergi, rasa kekuatan pun hilang....saya berdoa agar en diman diberi kekuatan dan ketabahan....mengingati orang yg telah pergi itu perlu kerana ia dapat membentuk kita menjadi lebih matang dalam menghargai apa yang ada dan mengingati yang telah pergi....

Ariff Budiman said...

Yus..Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Semoga Allah tempatkan orang yang kita sayang bersama para solihin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...