Teman-teman

Sunday, August 24, 2014

Kisah Cinta Penuh Tragis

Aku masih ingat pada bulan Mei tahun 2008. Adik aku akan melangsungkan perkahwinanku. Isteriku Siti Aishah diantara orang yang paling sibuk ketika itu. Kami telah meminjam periuk dari ibunya untuk membuat bubur. Selepas selesai kenduri kami dapati tudung periuk sudah hilang. Kami berjanji kepada ibunya akan mencari dan bertanya pihak katering samada mereka terambil tudung tersebut. Masuk penghujung bulan Julai 2008 isteriku mula demam-demam. Terbantut pencarian tudung periuk. Masuk pula bulan Ogos sudah nampak akan tanda-tanda sakit isteriku semakin kuat. Dia muntah darah. Sudah merata tempat aku bawanya berubat dan yang terakhir sekali ialah pada bulan Disember 2008. Kami ke Kelantan untuk berubat dan bila pulang dari Kelantan sakit isteriku semakin parah. Pada 18 Disember 2008 isteriku pergi menemui penciptanya buat selama-lamanya dan pencarian tudung periuk terus terhenti.


Baru-baru ni isteriku mendapat tempahan nasi tomato untuk 400 orang dan ini memerlukan periuk yang banyak. Aku ke rumah ibu mertuaku untuk meminjam periuk.
" Periuk ada tapi tudung dia hilang. Kan Budiman dan Aishah pinjam dulu ". Ya Allah aku sendiri sudah lupa tentang tudung periuk. Rupanya sudah 6 tahun peristiwa itu berlalu
" Mak...kalau tak ada tudung tak boleh masak kah ". Aku bertanya ibu mertuaku
" Masak tu boleh tapi nak tudung dengan apa. Mak pun tak pernah guna. Ada tersimpan dalam stor ". kata ibu mertuaku. Aku terdiam sambil memikir kembali di mana harus aku mencari periuk. Akhirnya baru aku teringat yang periuk ibuku masih ada. Kalau ada rezeki dia masih tersimpan di dalam stor.

Aku ke rumah ibu yang kini di diami oleh kakakku. Dia menyuruh anaknya mencari periuk di dalam stor. Alhamdulillah anaknya berkata yang di dalam stor terdapat satu periuk dan dua tudung. Terus aku terdetik mungkin itukah tudung ibu mertuaku. Setelah aku letak periuk ibuku di rumahku terus aku kerumah ibu mertua. Subhanallah memang betul itu tudung periuk ibu mertuaku
" Alhamdulillah mak. Dia jumpa balik suami dia setelah 6 tahun terpisah ". Ibu mertuaku tertawa kecil mendengar gurauanku
" Betoi la mak. Kalau jodoh tak ke mana ". Sekali lagi aku bergurau dan ibu mertuaku pasti tertawa mendengar gurauanku

Kalaulah mereka adalah benda bernyawa tentu saat dan ketika itu berderai air mata bertemu kembali setelah 6 tahun terpisah. Terkurung di dalam bilik gelap. Tidak pernah digunakan perkhidmatan mereka hanyalah disebabkan kehilangan sesuatu. Moral cerita ini ialah Kita merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik. Kalau ada jodoh tak ke mana. Suatu hari pasti bersatu kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee.


6 comments:

insan marhaen said...

Aiii... terma kalau jodoh tak kemana ni bahaya pada orang dah pencen macam IM ni...ha..ha..

cukuplah ibu_suriku sorang!

Ariff Budiman said...

Hehe. Semoga Insan Marhein dan Ibu Suri bahagia hingga ke jannah

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Coretan tuan menarik. Di sebalik kisah / kejadian selalu ada iktibar yang boleh diambil dan difikirkan. Terima kasih.
- Hana

Ariff Budiman said...

Wassallam Hana
Terima kasih kerana sudi membaca

sukaxplo said...

assalammualaikum,

alkisahnya..
hihihi

Ariff Budiman said...

Hehe. Begitulah kisahnya sukaxplo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...