Teman-teman

Thursday, August 21, 2014

Mungkin Dia Terdesak

Awal pagi aku dan isteri ke pasar. Banyak barang juga isteriku beli sebab pada hari Sabtu ini dia telah menerima tempahan nasi tomato untuk 400 orang. Rezeki dialah tu. Terpaksa aku angkat dan masuk kedalam kereta sedikit demi sedikit dan kemali ke pasar. Aku kembali semula ke kereta untuk memasukkan barangan yang telah di beli
" Assalamualaikum bang ". Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki cina berkopiah memberi salam kepadaku dengan loghat cina
" Waalaikumussalam ". Aku menjawab sambil tersenyum. Mukanya nampak muram
" Encik ada RM10. Saya nak makan tak ada duit ". Katanya dengan nada sedih.


Aku membuka beg duitku. Aduhh...duit sudah aku guna membeli barang. Hanya tinggal M5 sebab aku akan mengambilnya bila ke Giant nanti. Serba salah aku. Walaupun aku musykil terhadap lelaki cina tadi tapi memandangkan dia telah memberi salam kepadaku maka aku layannya juga
" Minta maaf. Saya hanya ada RM5. Boleh ka ". Lelaki cina tadi hanya menganngguk tanda setuju. Dia terus berlalu mencari orang lain. Ramai yan buat tak tahu saja. Itu hak mereka. Aku terfikir mungkin lelaki cina ini terlalu terdesak bila memeluk agama islam dan di buang keluarga. Banyak kes yang aku dengar tentang kisah ini. Aku mengambil sikap positif. Itu antara dia dengan Allah sebab padaku dengan RM5 tidak membuatkan aku jatuh miskin

Kalau itu merupakan suatu kebaikan, aku telah niatkan pahalanya untuk kaum keluarga aku terutamanya arwah Siti Aishah. Tidak pernah aku lupa kepada ibubapa Norasyikir bt Mamat yang telah pergi. Moga insan-insan ini mendapat ganjarannya. Kalau lelaki cna ini menipu aku itu antara dia dengan Allah. Aku tidak mahu hanya dengan sikap curiga aku akhirnya telah menghalang aku dari bersedekah. Aku telah beroleh rezeki dengan gajiku dan apalah salahnya rezeki itu aku kongsi sedikit buat mereka yang memerlukannya. Aku berdoa kepada Allah semoga Allah kabulkan doa-doa aku ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...