Teman-teman

Thursday, July 25, 2013

15 Ramadhan Penuh Meriah

Selalunya aku berbuka dengan ala kadar saja. Kadang-kadang aku tidak menyentuh langsung nasi. Kuih muih, bihun, koay teow dan mee yang menjadi pembuka selera. Di tambah dengan tugasanku yang tidak menentu membuatkan aku berbuka ala kadar sahaja. Pada 15 Ramadhan aku mendapat rehat sehari. isteriku cukup gembira sebab aku berada di rumah. Aku mengajaknya ke pasar mencari barangan berbuka puasa. Tiba-tiba saja rasa teringin naki makan sesuatu.

Ikan siakap bakar

Akhirnya kami membeli sebanyak 3 ekor ikan siakap untuk di bakar. Kebetulan harga ikan pada hari itu di turunkan. Ini bermakna seekor ikan siakap bersaiz besar hanyalah berharga RM10 seekor. Memang murah la. Seekor ikan sudah pasti untuk kedua-dua anakku.

Sotong kurita dengan air asam

Kami berlegar lagi dan aku berjumpa pula dengan sotong kurita. Juga aku mengambil sebanyak 4 ekor. 2 ekor untuk anak2ku dan 2 ekor lagi untuk kami. Kami suka memerap sotong di dalam air asam dan di biar beberrapa jam. Memang enak rasanya. Tak payah susah-susah nak memcicah.

Sambal tumis petai

Isteriku membeli petai yang telah di kupas kulitnya. Cukup sedap dibuat sambal petai beserta udang. Pasti bertambah nasi. Pulang kerumah isteriku memasak semua yang di beli. Setelah siap aku terus hantar kepada anak-anakku. Barulah aku dapat menjamah makanan dengan sempurna bila aku tahu anak-anakku makan benda yang sama. Aku tahu pada mereka tidak kisah. Tapi naluri seorang ayah tidak tenang andaikata hanya ayah yang makan makanan lazat sedangkan anak tidak. 

6 comments:

Miss Brenito said...

Abg budi, boleh share tak resepi sotong air asam tuh.. sungguh menyelerakan

Ariff Budiman said...

Miss Brenito...
1. Buat sambal belacan. Gaul dlm sotong
2. Buat pula air asam ( Limau kasturi, cili padi, buah tomato, asam jawa )
3. Gaul kesemua dalam sotong. Boleh simpan dalam peti sejuk

Selamat mencuba ya

Miss Brenito said...

Sotong tuh masak ke tak?????

hihihi.. tqvm

Ariff Budiman said...

Miss Brenito....Kih kih. Sorry perturun ilmu tak habis. Ya sotong harus di rebus dahulu

Unknown said...

ingatkan soton mentah2..macam buat jeruk lak.. nanti cik afra nak try la buat..

Ariff Budiman said...

Afra luthfiyah.....Haiya...takkan mau makan mentah2. Kasi rebus dulu maa.....Cik afra cuba buat. Seeedappppp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...