Teman-teman

Sunday, July 21, 2013

Di Anugerah Cucu

Pada 9 Julai anak titiku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Proses kelahiran melalui pembedahan. Sebagai seorang ayah walaupun aku hanyalah seorang ayah tiri aku tetap memberi cara-cara yang perlu dilakukan bagi mereka yang melahirkan anak melalui proses pembedahan. Aku mempunyai pengalaman dimana 3 orang anakku lahir melalui proses pembedahan. Seorang anak lelaki meninggal ketika berumur 18 hari. Jadi pengalaman ini perlu aku perluaskan pula pada ank tiriku. Aku banyak membantu merawat arwah isteriku selepas melahirkan anak.


Setelah 11 hari berlalu aku mengambil keputusan untuk mencukur rambut cucuku. Itu aku lakukan setelah aku pasti yang demam kuningnya telah turun keparas 141 dan dibawah tahap bahaya. Mudah bagiku sebab rambut cucuku begitu lembut sekali. selesai cukur aku arahkan isteriku memandikan cucunya dan aku melakukan tahnik atau melurah mulut.


Aku sendiri sudah lupa sudah berapa ramai bayi yang aku cukur. Apa yang aku tahu apabila disapa oleh ibu atau ayah mereka mengatakan yang rambut anak mereka akulah yang mencukurnya. Alhamdulillah. semoga Allah terima amal-amal kecilku ini. Aku tidak pernah mengambil wang walaupun diberi. Kataku kepada mereka yang aku ini tidaklah pandai sangat. Aku hanya menolong jikalau tiada orang yang boleh mencukur rambut bayi. Malu aku untuk mengambil wang mereka.


Yang paling gembira ialah isteriku. Setiap malam cucunya tidur bersama kami disebabkan ibunya masih belum kuat untuk bangun. Isterikulah yang akan bangun menukar lampin atau memberi susu botol kepada bayi. Bayi akhirnya diberi nama Nur Alisha. Moga dia menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapa.

9 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assalam Ariff,

Tahniah dapat cucu, moga ianya menjadi anak yang solehah dikemudian hari. Aamiin

Anonymous said...

Masya Allah. Alhamdulilah. Muga Nur Alisha membesar menjadi solehah dan dilimpahi hidup yang penuh barokah oleh Penciptanya. Ameen

Ariff Budiman said...

Marina Monroe @Nanie.........Terima kasih. Ameen

Ariff Budiman said...

Anonymous.....Terima kasih banyak2

Miss Brenito said...

Tahniah bang ariff.. Alhamdulillah, semoga Nur Alisha menjadi anak yang solehah..

Madam Casper said...

cute cucu pak ariff tu. tahniah ya. Selamat berpuasa.

Ariff Budiman said...

Miss Brenito......insyaallah. Ameenn..

Ariff Budiman said...

Madam Casper......Cute ikut atuknya kut. Selamat berpuasa dari saya juga

Anonymous said...

comelnya//

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...