Hari ini aku masuk kerja jam 9 pagi. Aku beritahu isteriku yang aku nak beli roti canai dan makan di rumah sahaja. Isteriku terus meminta agar membeli kari bersama ikan. Dia keseorangan dirumah jadi katanya tak payah masak. Aku akur sahaja permintaannya. Bila tiba di kedai mamak terus aku meminta ikan serta karinya. Pekerja restoran membungkus dan letak sebelah. Aku minta pula dua biji roti canai dan aku beritahu pekerjanya yang aku nak kari ikan sebab aku tak gemar dengan kuah dal. Pekerja itu akur saja permintaanku. Terus dia letak untuk bosnya mengira.
Bosnya memasukkan ikan serta kari kedalam plastik. Dia mengambil roti canai serta bercakap dalam bahasa ibundanya. Aku dapat menangkap maksudnya mungkin dia bertanya kuah apa sebab dia memegang kuah kari ikan. Dia meletakkan kembali kauh kari yang aku minta dan terus menghulurkan kepadaku.
" Itu kuah kari yiu tak masuk dalam plastik ". Aku berkata kepada mamak tersebut.
" Itu kuah kari ikan sudah cukup mau makan dengan roti canai ". Kata mamak tersebut. Terus menyirap darah aku.
" Mamak. Itu ikan sama gulai saya beli. Saya bukan minta free. Itu kari pula untuk roti canai sebab saya tak makan kuah dalca ". Aku berkata kepada mamak tapi dia terus menghulurkan bungkusan kepadaku tanpa memperdulikan kata-kataku.
" Lu simpan tu semua. Banyak kedai lagi saya boleh beli ". Terus aku keluar dari kedai. Pelanggan yang lain terdiam melihat drama tadi. Tauke mamak kelihatan bercakap dengan pekerjanya. Pekerjanya datang kepadaku sambil memberi bungkusan. Katanya tauke yang beri. Aku mengambil bungkusan tersebut lalu masuk kembali kedalam kedai.
" You tau tak. Selalu saya beli roti canai kedai depan. Tapi Allah dorong saya masuk you punya kedai tapi you menolak rezeki. You kedekut. Saya punya bini pun meniaga roti canai tapi tak kedekut setakat orang minta kuah lebih ". Panjang juga aku bahasakan tauke mamak tu. Terdiam dia.
Aku keluar meninggalkan bungkusan yang aku beli diatas mejanya. Padaku biarlah ia menjadi pengajaran kepada mamk tersebut. Jangan terlalu kedekut. Sudahla menjual air dengan mahal. Dia buat pelanggan macam sampah. Silap orang laa.....
4 comments:
Teruk betui mamak tu. Macam org tak dak duit nak bayaq. Kalau gee pun gee akan tinggai ja semua benda tu - Bearcat
Hari tu memang dia menolak rezeki
Semoga kita tak akan pernah lupa yang rezeki kita dalam bentuk harta ataupun kejayaan dan sebagainya adalah Milik Allah swt. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan moga tahun ini amalan kita lebih baik dari yang sebelumnya.
Anonymous...Benar. Pemberi rezeki ialah Allah swt. Selamat menyambut bulan Ramadhan juga dari saya. Semoga Allah terima amal2 kita
Post a Comment