
Setelah berada ditempat kerja dengan aircon pula yang sejuk aku sudah merasai denyutan di lututku. Semakin lama semakin kuat denyutannya. Setelah aku sampai dirumah, isteriku membuka pintu. Dilihatnya aku masih berdiri dan tidak bergerak tahulah dia yang lutut aku dah problem. Sambil tersenyum melihat aku terhincut-hincut berjalan, " Haa tulah Nah dah pesan. Abang makan juga. Sekarang siapa yang sakit ". Aku hanya tertawa kecil sambil menahan kesakitan. Seperti cara yang digunakan arwah Siti Aishah, isteriku Rosnah memasak air panas untuk diremdam kaki aku. Terasa segar bila kaki direndam didalam air suam.
Malamnya isteriku telah menjelajah keluar dari Penang, aku masih terkebil-kebil menahan kesakitan. Kesian pula aku nak kejutkannya. Besok dia nak berniaga. Sambil membaca surah Al-fatihah aku menghembus lututku agar dapat bertahan sehingga paginya. Aku mencari panadol yang khas untuk kesakitan bahagian yang joint. Walaupun sakit tetapi masih boleh bertahan. Ketika isteriku bangun untuk memasak untuk meniaga ketika itulah aku baru boleh tertidur. Diurutnya perlahan-lahan kaki aku dan akhirnya aku keluar juga dari daerah Pulau Pinang merantau jauh. Sedar-sedar dia baru selesai solat subuh. Aku bangun sambil terhincut-hincut. " Abang boleh kerja ka dengan keadaan kaki macam tu ". Aku hanya mengangguk kepala saja.
Sebelum aku ketempat kerja isteriku sambil tersenyum, " Bang malam ini ada pasar malam. Mau tak Nah beli buah dokong ". Aduhh...walaupun nadanya bergurau tapi tajamnya masuk hingga kedalam. Berdesup. " Tak payah abang sudah insaf ". Aku menjawab sambil tertawa gelihati dengan gurauannya. Suami isteri kalau tidak ada tangisan dan gurauan memang tidak sah maka pincanglah rumahtangga. Itu pendapat akulah. Pendapat pembaca semua mungkin lain.
4 comments:
Salam, very sweet couple..saya tumpang gembira..
baru-baru ni kawan IM ada bagi tau pasal apple cider bagus untuk depa yang gear box ada problem.
mungkin boleh check dalam website...
marina monroe..Terima kasih kerana tumpang gembira ya
insan marhein...Baru dengar nama apple cider. Nanti saya check di website. Terima kasih tolong bagitau
Post a Comment