Teman-teman

Sunday, June 29, 2008

SEJARAH PERTAMA KALI BELAJAR SILAT ( 2 )

Zaman sekarang Mat rempit menggunakan motosikal. Zaman dulu basikallah yang paling banyak digunakan sebab tidak mampu untuk memiliki motosikal. Tersebut alkisah tok guru samseng ni. Kalau naik basikal pasti mulut berbunyi deruman enjin motosikal. Terus di rempitnya dalam kampung. Pernah satu ketika kampung menjadi kecoh akibat seorang budak patah kaki akibat dilanggar oleh tok guru samseng ni. Kes tu senyap begitu saja sebab tak mahu banyak gaduh. Bertambah samsenglah tok guru ni. Dari jauh akan kedengaran bunyi deruman rempit membelah suasana sunyi kampong. Vrummm....... mulut berbunyi sambil kaki mengayuh. Entah berapa Km sejam.

Cerita tentang bagaimana aku dan rakan-rakan ditipunya tak pernah padam. Satu malam suasana kampung sungguh damai. Bulan penuh mengambang. Dapat lihat bayangan pohon kelapa melambai-lambai. aku dan seorang rakan si Dali berjalan untuk kepekan. Tiba-tiba terdengar deruman bunyi basikal motor. Vrumm.... terus melintas depan kami. Sempat juga ketawa kepada kami. Aku berkata pada rakan, malam ni dia akan mendapat habuan dari hasil yang dia lakukan. Aku memberi cadangan pada rakan agar mengubah batang kelapa yang telah dipotong dan diletak mengikut bayangan pokok kelapa. Sekali pandang memang tak perasan.

Selesai tugas kami berjalan keluar. Kemudian dari jauh kami lihat tok guru samseng mengayuh basikal dengan lajunya sambil membunyikan mulutnya. Vrumm.... terus masuk kekampung. Prang... prup prap dan jeritan adoi..... kedengaran. Aku berkata kepada rakan jerat kita mengena. Sebentar kemudian kelihatan tok guru samseng datang kearah kami sambil tangan terkial-kial menanggung sakit. Katanya," Sapa punya kerja letak batang kelapa atas jalan". aku hanya menggelengkan kepala sambil berkata tak tahu. Tok guru samseng terus beredar. Kami tak sabar nak lihat apa sebenarnya berlaku.

Mak datuk basikalnya berkecai. Rim basikal tersangkut atas pokok limau. Tak tahan melihat keadaan basikal tok guru samseng kami ketawa hingga bergolek diatas tanah. Kataku kepada rakanku biar kita bergolek diatas tanah namun mulut harus ditutup. Pecah rahsia nahaslah kami. Akibat kemalangan itu tok guru samseng mendapat kecederaan kekal. Jari kelingkingnya patah sehingga kata doktor tak boleh repair lagi. Bermula kejadian itu tok guru samseng jarang keluar malam dan tidak pernah lagi menunggang basikal. Emaknya berkata dia akan train anaknya agar menjadi lebih samseng lagi.

Kini tok guru dah meninggal dunia akibat kemalangan dilaut sewaktu menggunakan jet ski. Mungkin dia bawa laju. Padaku walau perasaan marah amat tebal namun kawan tetap kawan. semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang yang soleh. Perasaan dendam tidak baik diamalkan terutamanya kita yang beragama islam. Bermula perkara itulah aku tak berani mengucapkan yang aku berdendam dengan seseorang sebab syaitan akan sentiasa mengingatkan kita. Kalau marah kita buat tak kisah sudahlah. Moga Allah ampunkan dosaku sewaktu berada dialam remaja.

Sekian
ariman

1 comment:

pulasan007 said...

lama x men silat.rs2 cam dah lupa je segala bunga ngn buah.yg tggl daun ngn ranting.keh3x.dl time memula masok silat rs cam takut sgt.cam ragu2 lak leh ke nk bersilat ni.tgk sume org len bdn keding2 ja.haha.sempat smp bengkong putih ja.pastu dah xdak.sedih tol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...