Teman-teman

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu Aku Melangkah Setapak Kehadapan

Alhamdulillah sehari sebelum masyarakat Malaysia menyambut kedatangan Hari Ibu, aku dan anak-anak telah melangkah setapak kehadapan. Pada 9 Mei 2009 merupakan hari sejarah kehidupan baruku. Hari inilah aku bertunang dengan seorang wanita yang sudi menerima dan merawat lukaku. Ibuku merupakan insan yang paling gembira sekali. Setiap hari dia akan bertanya, " Tak mau kahwin lain ka Budiman. Mak kesian tengok hang macam ni". Aku hanya mampu menjawab ketika itu, " Tak apalah mak kalau Allah dah tetapkan jodoh insyaallah Diman akan kahwin juga ".


















Ibuku sedang menyarung cincin di jari bakal menantunya

Dan 9 Mei 2009 telah tercatat dalam memori hidupku bahawa aku telah bersedia melangkah dengan harapan baru tanpa meninggalkan sedikit pun memori silam. Biarlah memori ini aku letakkan kedalam peti kacaku. Ibuku terlalu gembira dengan perkembanganku ini sehinggakan dia asyik bertanya bila nak bawa balik rumah menantunya. Ahli keluargaku berkata," Mak Diman baru lesen L lagi ".

Kedua-dua anakku kelihatan tenang menerima emak baru mereka walaupun mereka tahu ia tidak sama dengan emak yang asal namun atas sebab sayangkan aku maka mereka menerima dengan hati yang penuh dengan kesyukuran. Angin-angin masih bertiup kencang yang mengatakan aku terlalu awal menuju gerbang perkahwinan. Tak apa aku tak kisah semua itu. Janji aku tahu apa yang aku lakukan dan seluruh keluargaku meredhoi perkahwinanku. Itu yang paling penting. Tanpa restu keluarga sebuah perkahwinan itu pasti tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Keluarga sebelah mertuku tidak hadir semasa majlis pertunanganku sebab kata mereka, mereka sedih bila melihat aku terpaksa mengharungi dugaan ini. Janji mereka turut meredhoiku dan aku pun tidak pernah mengabaikan mereka juga. Aku berdoa kepada Allah semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah dan kebahgiaan yang kami doakan berkekalan sehingga keakhir usia.

Terima kasih kepada mereka yang selalu mendoakan aku dan menasihat aku. Terima kasih kepada kaum keluargaku yang banyak membantuku. Terima kasih kepada keluarga mertuaku yang masih menerimaku dan paling tidak lupa ialah kepada kedua-dua anakku Siti Zinnirah dan Hermawan. Ayah terus hidup adalah disebabkan oleh kedua-dua anak ayah. Inilah harta ayah dan emak. Semoga anak-anak ayah berjaya didunia dan juga diakhirat insyaallah.
Special thanks to 2 orang sahabat Siti Aishah dengan izin Allah jua telah mempertemukan aku dan sidia. Semoga Allah merestui kalian berdua.

11 comments:

insan marhaen said...

Yes... Keep on move. Do not turn back...

zai said...

tahniah, yg pergi ttp pergi dan xkan kembali but life must goes on..dan moga2 perkahwinan kali ke 2 ini nanti juga mendatangkan kenangan terindah dalam hidup anda..

alizarin said...

wahhhh...entry yang mengejutkan dan mengujakan..tahniah diucapkan dan mudah-mudahan pertemuan antara dua insan ini akan mengembalikan kegembiraan dalam kelurga saudara.

Ariff Budiman said...

Insan marhaen.. Sekali sekala kena pandangbelakan juga. Thanks

Zai.. Harap-harap macam tu la insyaallah

Alizarin..Takkan terkejut kot. Terima kasih semua

almuna said...

Tahniah! Jangan bertunang lama-lama..

Ariff Budiman said...

Cikgu.. Insyaallah akad pada 13 Jun 2009

hrusli61 said...

Kenangan silam pasti tidak mudah dipadamkan dan tidak perlu dipadamkan. Namun kenangan baru insyaAllah akan mengukir keindahannya yang tersendiri.

Dua insan murni yang memang aku kenali. Ubatilah perasaan masing-masing. Kedua-duanya saling memerlukan.

Semoga keceriaan dan kebahagian bertambah di dalam keluarga antum dan keluarga besar JIM.

Ariff Budiman said...

Cikgu Rusli..Terima kasih diatas doa ini

kak ja said...

Tahniah Sdr Budi..

Jgn pikir langsung apa kata org sekeliling ttg keputusan Sdr Budi tu.. Yg memandang tak merasa beban yg dipikul..

Ariff Budiman said...

Kak ja... Terima kasih. Ya sebab tak mau fikirlah saya teruskan juga hasrat ini

Anasfadilah said...

tahniah,

kenduri nanti jangan lupa jemput kami sekeluarga

-anas,fadilah dan ziyyad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...