Teman-teman
Thursday, October 29, 2009
Astaghfirullah Ramainya
Jam ditangan menunjukkan pukul 12 tengahmalam. Aku melalui jalan ini ketika pulang dari mesyuarat. Terdapat rumah teres yang begitu hampir diantara satu sama lain. Boleh dikatakan ia banyak dihuni oleh keluarga india. Bau setanggi yang amat kuat menusuk hidungku. Ia bukanlah setanggi syurga nyanyian kumpulan nasyid Inteam tetapi ia adalah setanggi yang digunakan untuk tujuan sembahyang. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada kuil diluar rumah. Terdapat beberapa buah rumah orang melayu dan sebuah rumah kosong yang sedang dipantau oleh isteriku untuk membelinya.
Kelihatan asap setanggi memenuhi ruang setiap rumah. Didalam asap itulah kelihatan begitu banyaknya makhluk yang mencucuk mulut seperti gambar diatas berjalan berlegar-legar dalam kawasan perumahan itu. Aku tersentak melihat ini. Namun aku memberanikan diriku melalui jalan ini. Rupa mereka begitu hodoh. Darah memenuhi muka mereka. Sampai dirumah aku membaca ayat suci Al-quran bermohon kepada Allah agar mereka tidak mengekoriku. Aku menceritakan peristiwa ini kepada isteriku. Bermula hari itu dia tidak pernah lagi melalui kawasan itu dan tidak lagi berminat dengan rumah kosong yang ditinggalkan.
Isteriku tidak boleh melihat jikalau aku terlalu memerhati akan sesuatu tanpa berkedip mata.
" Bang nampak apa. Ada ka benda tu ". Aku hanya mengangguk kepala. Aku tidak mahu menceritakan apa yang aku lihat walaupun siang atau malam. Memang susah untuk orang mempercayainya. Anak saudara isteriku juga dapat melihat benda yang orang lain tak dapat melihatnya. Dia tidak berani ke hospital sebab katanya terlalu banyak benda itu disana. Baru ni dia talipon isteriku katanya dia melihat ada seorang wanita berambut panjang sedang berdiri diluar rumah mereka. Isteriku mengajak aku kesana dan ternyata betul. Bukan saja ddalam rumah tetapi diatas pokok mangga juga kelihatan. Aku yang sedang taip waktu malam ini pun terasa seram.
Rumah kakak iparku berada diatas bukit. Baru-baru ini ada aku ceritakan tentang kejadian kecurian dirumah kakak iparku. Aku masih ingat ketika seorang lelaki berkata,
" Ala jangan takut dengan makhluk halus. Bila kita lihat baca saja ayat Al-quran. Pasti lari lintang pukang ". Padaku aku tidak mahu bercakap besar sebab bila dia sudah berada didepan kita barulah kita tahu dimana kehebatan kita dan aku begitu takut bila berhadapan dengannya. Teringat aku dengan arwah sepupuku. Kalau orang meminta dia mengubat dia suruh cari orang lain yang hebat. Kalau tak jumpa barulah cari dia.
Pernah suatu ketika seorang gangter cina tersekat tulang ikan. Selepas mencari barulah berjumpa dengan sepupuku. Dia berkata bahawa dia akan menepuk dahi cina itu dan akan terasa sakit. Bila dibaca ayat Al-quran terus ditepuk dengan kuat dahi cina itu. Terdengar tepukan itu begitu kuat. Risau juga aku kalau tidak berhasil. Dilengan para gangster kelihatan begitu banyak tatu. Akhirnya tulang ikan terkeluar juga. Bukan main seronok gangter cina tu. diberinya sepupuku wang yang begitu banyak tetapi sepupuku menolak atas alasan katanya,
" Wa guna itu ayat tuhan ala saja. Wa tak bole ambil duit ".
Selepas kematian sepupuku, pernah aku berjumpa dengan gangter cina yang sepupuku ubati. Mereka ingat aku akan meneruskan ilmu pengubatan sepupuku tetapi aku berkata yang aku tidak ada ilmu itu. Terlalu banyak dugaan bagi mereka yang mengamalkan ilmu pengubatan. Setiap hari pasti dijemput. Bukan saja di dalam Pulau Pinang tetapi juga diluar kawasan. Aku tidak sanggup dan itulah kelemahanku. Kata sepukuku
" Budiman, hang ni dok ikut saja aku. Sekali sekala hang mengubat sama la ".
" Saya tak yakin dengan diri saya bang ".
" Awat hang nak tunggu sampai keluarga hang kena baru nak mengubat ". Marah dia.
Kini aku menyesal sebab aku tak suka pergaduhan dan akhirnya isteriku sendiri yang kena. Ia benar-benar membuat hati aku terluka seperti mahu membalas dendam. Mahu saja aku menggunakan apa yang aku pelajari untuk menghentam kembali mereka yang membunuh isteriku. Tetapi agamalah yang menghalang aku dari meneruskan niat burukku. Benarkah tindakkanku ini. Isteriku meninggal dan aku masih berdiam diri selama 10 bulan. Hanya Allah saja yang tahu apa yang terjadi.
Tuesday, October 27, 2009
Besarnya Ular Tu
" En Ariff nak ka burung merbuk ".
" Terima kasih. Saya tak minat dengan burung ". Aku dah berjanji dengan diri sendiri bahawa aku tidak mahu lagi menganiaya burung. Seperti biasa setiap hari aku akan melakukan rutin checkup diluar. Aku sendiri tidak perasan didepan aku adalah seekor ular tedung selar. Ingatkan kabel yang tak digunakan lagi. Lama kelaman barulah perasan yang kabel itu bergerak. Apalagi terkejut beruk aku bila melihat didepan, dia dah panggung kepala.
Akibat tergamam aku berkata, " Sorry kalau hang syaitan pergilah dari sini. Kalau hang ular jangan dok kacau aku. Aku hanya tumpang lalu untuk buat kerja ". Anehnya ular itu terus pergi dari situ. Bila pulang aku cerita dekat isteri. Tertawa dia bila mendengar,
" Abang cakap bahasa Penang dekat dia ".
" Ya la dah dia tinggal di Penang. Sebenarnya abang tergamam dan tak tahu nak kata apa-apa. Terus abang ucap lagu tu la ".
Pernah bila waktu petang sedang aku duduk ditangga luar, seekor ular sawa membuat lintas hormat didepan aku. Besar juga. Terus dia masuk dalam longkang. Biawak pula ada sebesar paha. Kira kerja di Juru ni penuh dengan pemandangan yang luar biasa.
Monday, October 26, 2009
Ayah..Kakak Lulus Ujian Memandu
Hari ini dia mengambil pula ujian memandu. Aku ditempat kerja menjadi gelisah. Apa pula berita kali ini. Talipon berbunyi, " Assalamualaikum ayah.. Kakak lulus ujian memandu ". Alhamdulillah syukur kepada Allah dan lagi sekali aku berkata, " Siti...Zinnirah telah lulus ujian memandu ". Namun aku tetap juga bercakap seorang diri. Akhirnya aku talipon isteriku yang juga mengetahui bahawa Zinnirah akan memduduki ujian memandu. " Syukur bang Zinnirah telah lulus. Jadi macam mana dengan janji abang kalau dia lulus ".
Teringat akan janji aku pada anakku, " Kakak kalau lulus ujian memandu dan dapat buat praktikal di Penang atau Sungai Petani, ayah akan beli kereta ". Apalagi gembira sungguh dia bila mendengar akan janji seorang ayah. Aku berkata pada isteriku, " Insyaallah janji itu akan dipenuhi samada membeli kereta terpakai atau dipinjamkan dulu kereta abang selama 3 bulan praktikal ". Dulu waktu arwah isteriku nak belajar kereta macam-macam dugaan yang datang. Bila nak daftar anak-anak pula memerlukan wang untuk pelajaran mereka. Jadi terpaksa diutamakan yang perlu dahulu. Habis wang dikumpulnya semula. Bila nak daftar pula mesin jahitnya rosak. Terpaksa beli yang baru. Pernah keluargaku marah sebab tidak menggalakkan isteriku belajar memandu. Kata mereka senang kalau terjadi apa-apa tak payahlah menunggu aku pulang. Aku hanya mendiamkan diri sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Saturday, October 24, 2009
Aduhai Pengguna Jambatan Pulau Pinang
Akhirnya setelah aku tak sabar akibat pemuda itu mengekoriku. Aku membuka dompet dan menunjukkan wang RM15 kepadanya. Kataku, " Tauke kita ada wang banyak ini saja. Kalau jadi boleh pasang sekarang ". Akibat terkejut dia terus kata jadi. Baru-baru ini masalah ini masih lagi terjadi. Berpuluh buah motosikal telah mengalami tayar pancit. Aku melalui terus dengan rasa lega sebab aku tidak kena. Akhirnya setelah melepasi jambatan motosikal aku dah melelong dan akhirnya terpaksa juga kehilangan RM10. Kalau diatas jambatan sudah tentu RM15. " Nak buat macam mana, dah terpaksa ". Kata pengguna. Kalau menggunakan kereta rasanya teruk juga dengan minyak dan tol. Dengan motosikal senang sebab kalau nak singgah satu tempat amat mudah. Inilah keluhan pengguna Jambatan Pulau Pinang.
Friday, October 23, 2009
Ayat Al-Quran pada kulit bayi
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah celcius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis " kata ibunya Medina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev.
Thursday, October 22, 2009
Berhati-hati bila memberi pinjam
Ketika menjamu selera aku hampir tersembur nasi bila DJ menyanyi karaoke lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian Jamal Abdillah. Tetamu yang lain turut tertawa bila mendengar suara DJ. Kata seorang tetamu, " Kalau dia masuk AF sebelum habih dia menyanyi aku dah undi keluaq. Sogha macam tu pun ada hati nak nyanyi ". Tapi aku tabik dekat DJ ni sebab dia membuat hadirin tertawa dengan gelagat kelucuannya. Aku sendiri pun tak mampu melakukan begitu. Memanglah suaranya hampir membuat orang lain pecah perut akibat gelihati mendengar. Mungkin itu ada trade mark dia. Aku pun dah mendapat tempahan DJ bulan Disember ini. Lama aku berhenti.
Setelah selesai kami berangkat pulang. Sampai saja dirumah kakak iparku, terlihat seorang pemuda berpakaian segak sedang duduk dihadapan rumah. Tanpa mengesyaki apa-apa mereka terus berhenti kereta. Terlihat penuh kasut berada dihadapan pintu rumah. Tuan rumah akibat kelam kabut nak ke Pendang terlupa kunci rumah. Rumah yang hanya beberapa biji saja yang ada membuat sering berlaku kecurian. Melihat kasut berada didepan terus kami memegang pemuda itu. Katanya dia hanya nak ambil pemetik api yang berada disitu. Bila ditanya kenapa kasut berada didepan tangga sedangkan sebelumnya berada didalam.
Katanya, " Oleh sebab saya tak boleh nak jawab yang itu jadi saya nak belah ". Terus dia berlari meninggalkan motosikal EX5. Laju sungguh dia berlari. Tak terkejar kami semua. Lagi pun dia dah mahir dengan selok belok laluan semak samun disitu. Setelah menghubungi pihak polis maka datanglah mereka dengan Land Rover. Selepas soal siasat dijalankan mereka mengambil motosikal itu ke balai polis. Selang beberapa hari polis menghubungi abang ipar mengatakan bahawa tuan punya motor datang menuntut. Katanya kawannya pinjam dengan alasan hendak membeli nasi tetapi kerja lain yang dilakukan.
Agak malang pemuda itu sebab motor itu telah menjadi motor kes. Bukan senang untuk dipulangkan kembali. Terdapat banyak prosedur yang perlu diambil. Nasihat polis kepada kepada abang ipar meminta memesan kepada anak-anak mereka agar jangan senang-senang memberi pinjam motosikal atau kereta kepada kawan-kawan sebab kalau tersilap beri, padah untuk mendapatkannya kembali terlalu sukar.
Tuesday, October 20, 2009
Abang Sihat Ka
Aku dah berjanji dengan isteriku yang malamnya kami akan makan ikar bakar. Bila tiba malamnya kami nikmati masa itu dengan hati yang begitu gembira sekali. Sekali sekali ingatanku mengimbas kenangan silam semasa bersama arwah ditempat yang sama. Cepat-cepat aku potong ingatan yang akan membuatkan aku terasa lain. Alhamdulillah aku dapat mengawal perasaan dengan baik. Kami pulang dengan hati yang gembira setelah lama tidak bersembang. Sebelum tidur aku telah biasakan diriku membaca Al-mathurat lalu aku berdoa agar Allah memelihara akan keluargaku.
Setelah terlelap maka mimpiku pun bermula. Aku menaiki tangga rumahku. Terasa amat wangi sekali. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya haruman ini. Ketika aku menghampiri rumahku aku dapati rumahku bercahaya dan wangian itu datang dari rumakhku' Anakku Zinnirah lari mendapatkan aku, " Ayah cepat..mak balik ". Aku tergamam mendengar kata-kata anak gadisku. Bila aku membuka pintu aku lihat Siti Aishah begitu berseri sambil tersenyum padaku. Apalagi bercucuran airmataku sambil memeluknya. Menangis anakku melihat kami berpelukan sambil menangis kerinduan.
" Siti sihat ka ". Tegurku kepada Siti Aishah. " Siti sihat bang. Bagaimana dengan abang. Abang gembira ka ". Aku hanya terdiam tanpa jawapan. " Abang nak makan apa, Siti nak masak ". akhirnya dia memasak mee rebus kesukaanku. Aku begitu lahap menghirup kuah yang sedap itu. Sudah lama aku tidak merasainya. Tiba-tiba anakku Hermawan pulang. Terkejut dia melihat emaknya. Apalagi terus dipeluknya emak sambil mencium pipi emaknya. Kami empat beranak berpelukan sesama kami akibat tidak dapat menahan airmata ini.
" Bang Siti nak pergi bang. Abang jaga diri dan anak-anak baik-baik. Siti akan tunggu abang ". Siti Aishah mematikan esakan kami. " Tolong Siti..jangan pergi. Abang tak mau berpisah lagi dengan Siti. Cukuplah Siti menghilang selama ini". Namun tubuh Siti Aishah lama-kelamaan semakin menghilang dan terus hilang dari pandanganku. " Siti..Siti ". Tiba-tiba aku terasa seperti dikejutkan. " Bang bangun bang. Apa yang dok mimpi ni ".
Selepas selesai solat subuh isteriku memandang kearahku. " Semalam abang mimpi apa, dok terjerit nama Siti beberapa kali. Abang mimpi Aishah ka ni ". Aku terkejut sampai begitu sekali aku bermimpi sehingga terjerit-jerit. Terasa bersalah pula aku terhadap isteriku tetapi ia bukan dalam kawalanku. Setelah isteriku keluar berniaga aku pun mulalah mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak nasi. last sekali aku buat nasi goreng special sebagai tanda kasih aku kepada isteriku. Bila dia pulang tersenyum dia melihat baju semua sudah dibasuh dan nasi sudah dimasak. Nasi goreng yang aku goreng entah sedap entah tidak . Bagi aku dah cukup sedap. Akhirnya dia mengucap terima kasih kerana menolongnya dan aku meresa senang hati melihat kegembiraannya. Namun didalam hatinya aku dapat mengerti perasaan sekali sekala cemburu bila aku bermimpi apatah lagi kalau aku mimpi akan Siti Aishah.
Aku berdoa kepada Allah agar dapat mengawal mimpiku bukan aku tidak mahu mengingati akan Siti Aishah tetapi isteriku ini amat baik sekali dan aku tidak mahu melukakan hatinya
Friday, October 16, 2009
Jamuan Aidil Fitri TNB
Kelihatan begitu ramai pekerja TNB dan penduduk sekitar yang mendapat undangan. Kanak-kanak sungguh seronok memilih berbagai jenis makanan. Satu yang aku puji anak-anak ialah akhlak yang dididik dibangku sekolah digunakan disini. Barisan penuh dengan mereka menanti dengan sabar akan giliran. Aku sampai dan menyuruh isteriku duduk manakala aku beratur dibelakang kanak-kanak.
Terdengar suara rakan-rakan berkata," Tak payah beraturlah Ariff. Terus saja ambil. Depa tak marah ". Memang aku boleh berbuat demikian tetapi ini menunjukkan bahawa akhlak kini begitu rendah berbanding kanak-kanak yang begitu sabar beratur. Dalam 20 minit aku beratur aku begitu hampir dengan tempat makanan. Tiba-tiba datang seorang wanita bertudung memesan 2 pinggan satay. Merungut kanak-kanak didepan. " Makcik kami beratur lama dah tapi pasai apa kakak tu tak beratur terus boleh ambil ". Merungut seorang kanak-kanak. Wanita itu hanya tersenyum saja. Aku terus bersuara, " Betoi kata budak-budak ni. Depa dok beratur dengan sabar. Kakak senang-senang saja mai ambik ".
Tanpa memperdulikan akan kata-kataku mungkin geram dia memesan lagi satu pinggan. " Ala kak oii tal habislah satay tu. Akhlak budak-budak ni baguih berbanding kita yang tua ". Mendengar akan kata-kata pedas aku dia terus meninggalkan makanan tadi. Aku melihat dia bercakap sesuatu kepada suaminya dan selepas itu asyik memandang aku. Terasa glamour la pula. Aku cerita dekat isteriku dan didengari oleh seorang wanita india. " Ya la bang itu orang yang banyak pakai tudung tarak ikut law. Mau senang saja. Budak sekolah amat bagus ".
Betul kata wanita india itu. Kadang-kadang kita lupa yang kita ini sebagai seorang yang mengaku islam merupakan pendakwah. Setiap tindak tanduk kita akan dinilai orang lebih-lebih lagi mereka yang non muslim. Kalau beginilah sikap kita macam mana kita nak terangkan akan kecantikan islam kepada mereka sedangkan perbuatan kita tidak mencerminkan agama kita. Hairan sungguh bab makanan pun kadang-kadang manusia boleh hilang pertimbangan
Tuesday, October 13, 2009
Anak Toyol Tak Takut Rupanya
Aku sampai diperkarangan rumah. Tiba-tiba aku terkejut bila seorang budak tercegat didepan aku dalam keadaan bogel. Dalam keadaan perkarangan rumahku yang suram aku begitu tersentak dengan terjahan ini. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran lalu aku hembus kepada budak itu. Tak lut rupanya lalu aku baca dan hembus sekali lagi. Toyol itu masih lagi tercegat memerhati aku. Aku up lagi ayat suci Al-Quran dan perkara yang sama aku lakukan. Astaghfirullah Hal Azim. Aku dah berpeluh bila ayat-ayat Al-Quran yang aku hembus tak menjadi. Selalunya kalau begini sekali hembus saja dah hilang makhluk. Ini tidak sitoyol begitu berani berdiri didepan aku.
Ini bermakna aku dalam masalah ni. Aku tak tahu nak buat apa-apa sekarang. Aku hanya tercegat menanti toyol ini pergi. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang, " Fikri balik rumah. Dok merayau-rayau malam-malam buat apa ". Budak itu bila mendengar tok wannya memanggil terus berlari kearah tok wannya. " Haa.. Budiman hang gempaq sikit budak ni. Suka sangat merayau malam-malam ".
Rupanya bukan aku yang kejut si toyol ni tapi dia yang kejut aku dulu. Aku cerita kepada isteriku. Ketawa dia bila mendengar macam mana aku berpeluh berhadapan dengan si toyol yang aku sangkakan. Ketika aku sendirian aku berfikir kembali tentang kejadian yang baru menimpa aku. Mungkin Allah nak mendidik aku sesuatu. Selalunya aku berkata kepada anak dan isteriku supaya jangan takut dengan makhluk halus ini. Tak ada apa. Kini bukan makhluk halus yang aku berhadapan tetapi seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa telah mengajar aku.
Kini baru aku tahu mungkin selama ini aku tidak menyedari bahawa dalam hati kecilku masih ada segelumit perasaan bangga diri dengan anugerah yang tak seberapa. Aku sering berkata takut apa dengan hantu, makhluk halus dan bermacam-macam lagi. Baru aku berhadapan dengan budak kecil saja aku dah berpeluh dan menggelabah. Sebagai hambanya aku hanya mampu memohon ampun diatas ketelanjuranku. Tidak ada yang paling hebat melainkan Allah. Tidak ada yang paling kaya melainkan Allah. Manusia adalah hambanya yang lemah. Itulah aku..Warna Nostalgia.
Keesokan harinya pula kereta baruku berselisih dengan unser yang membuatkan keretaku calar sedikit. Frust sungguh bila melihat kesan calar itu. Setelah melihat aku termenung sambil melihat akan calar kereta, isteriku menghampiriku lalu berkata, " Tak apa bang sedikit saja calar tu. Syukurlah hati abang tidak calar ". Aku memandang tepat muka isteriku tanpa berkata apa-apa. Disangkanya aku marah akan tegurannya lalu dia meminta maaf. " Tak abang tak marah malah ucapkan terima kasih kerana mengingatkan abang ".
Teringat aku bila mesyuarat surau yang lepas aku berkata akan berhenti dari terus menjadi setiausaha surau walaupun semuanya tidak bersetuju. Aku kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang begitu hipokrit dan akhirnya isteriku yang menjadi mangsa keadaan. Kedua-dua insiden ini penuh dengan pengajaran bagiku. Adakah akhir-akhir ini aku begitu jauh dengan Allah. Semoga mendapat iktibar dari pembaca semua
Saturday, October 10, 2009
Berita Misi Kasih Padang
Satu daerah iaitu Kacamatan telah tenggelam terus. Yang tinggal hanyalah mereka yang pergi bekerja. Cuba bayangkan ketika pulang didapati kampung serta keluarga mereka lenyap ditelan bumi. nasib baik ia berlaku waktu siang. Kalaulah berlaku malam tentu kesemuanya lenyap. Satu kawasan pula telah diistiharkan sebagai tanah perkuburan disebabkan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka bekerja sama dengan relawan dari ACT iaitu A-Aksi, C-Cepat dan T-Tanggap(Care)
Relawan ACT seramai 7000 orang. Kebanyakan relawan hanya memakai selipar berbanding dari tempat lain yang berpakaian lengkap dengan keselamatan. Ketua mereka yang paling tua berumur 45 tahun. Mereka bekerja dengan ikhlas meninggalkan anak isteri memandu kijang dari kota Jakarta ke Padang selama 28 jam. Setiap relawan ditugaskan mencari 5 orang kemudian ditinggalkan mereka dengan tugasan mereka. pentarbiahan mereka adalah ditempat kejadian.
Di Acheh banyak masjid yang terselamat manakala di Padang banyak masjid yang rosak teruk. Penduduk masih lagi takut untuk tinggal didalam rumah mereka akibat masih lagi trauma. Wang yang dibawa hanya dapat diagihkan kepada 75 buah keluarga sahaja. Setiap keluarga mendapat sebanyak 100,000 rupiah iaitu dalam lingkungan RM35. Sebanyak RM1500 diperlukan untuk membina penempatan untuk sebuah keluarga. Bagi kanak-kanak pula setiap seorang telah mendapat sebatang pensil HB sudah gembira.
Keadaan disana tidaklah seteruk Acheh. ketika makan di sebuah restoran masih ada lagi karaoke sambil menyanyi lagu isabela. Diakhir penerangan Tuan Hj Bakhtiar berkata mereka memerlukan bantuan untuk membina semula penempatan. Guru-guru diperlukan untuk membimbing atau melakukan program untuk anak-anak. Wang ringgit diperlukan untuk menjana kembali ekonomi Padang. Cuba baca Ayat Al-Quran tentang kejadian. Hanya Allah jua yang mengetahui akannya, Semoga mendapat iktibar.
?Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur?an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): ?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.?
17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.?
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
Thursday, October 08, 2009
Misi Kasih Padang
Inilah orang telah dipilih oleh Allah untuk bantuan ini. Walaupun pernah hebuh isu ganyang Malaysia tetapi tidak mematahkan langsung semangat ingin membantu saudara seagama. Isu itu merupakan isu yang remeh yang diperbesarkan. Di Malaysia ramai yang tidak terkesan dengan hal ini. Mungkin ada segelintir yang berkata buat apa menolong anjing yang tersepit. Itu hak mereka untuk berkata demikian. Yang pastinya saudara kita disana memerlukan bantuan kita.
Wednesday, October 07, 2009
Cerita Pasal Durian
Tuesday, October 06, 2009
Hilangkan Tension
Diatas jeti inilah aku melihat seorang wanita sedang memerhatikan kami. Namun wajahnya tidak dapat aku rakam didalam kamera digital ini. Siapa yang di Pulau Pinang mungkin tahu dimana tempat ini. Nak bagitau tempat takut fitnah dan ketakutan
Sunday, October 04, 2009
Dakwah Non Muslim
Aku tertarik bila dia bermula dengan mengatakan bahawa semua agama disarankan mencari rezeki. Agama Buddha juga tidak terkecuali. Dia tidak memperkecilkan agama lain dan dia tidak terus mengatakan bahawa hanya islam agama yang sebenarnya diterima Allah. Cara dia bercakap menunjukkan bahawa dia amat menghormati agama lain. Akhirnya barulah dia mengatakan bahawa dalam islam Allah menyuruh mencari rezeki yang halal. Terdiam cina penjual ikan mendengar Pak Sheikh menerangkan tentang islam. Walaupun lengan mereka bertatu namun mereka tidak sedikit pun menunjukkan kebosanan.
Akhirnya Pak Sheikh bersalaman dengan aku. Sempat dia berkata, " Islam Is The Way Of Life ". Aku kagum dengan kesungguhan Pak Sheikh ini. Tidak jemu berdakwah sambil membeli. Ada ruang saja pasti dakwah diutamakan. Pak Sheikh berlalu pergi dan mendapatkan isterinya. kemudian datang pula isteriku. Selesai membeli ikan kami berangkat pulang. Kami bertembung dengan pak Sheih tadi. Bila dia melihat aku bersama isteri dia terus mendapatkan aku. " Brother.. are you a muslim ". Tegur Pak Sheikh. " ya.. this is my wife ". Sambil aku perkenalkan isteriku kepada isteri Pak Sheik. Berpelukan mereka seolah-olahnya sudah lama berkenalan.
" Sorry brother..i thought you are non muslim ". Aku tersenyum saja. Akhirnya kami berpelukan sebelum beredar. Dalam berpelukan dia sempat berkata padaku Sampaikan walau satu ayat. Aku amat familar dengan hadis ini. Namun kadang-kadang aku sendiri tidak melakukan begitu. Pak Sheikh ini telah menjentik diriku. Terasa bahawa aku jarang melakukan amlan ini. keluargaku ya..itu kerap. Tetapi jiran, non muslim dan masyarakat.. itu jarang.
Apa yang aku boleh jawab nanti didepan Allah. Bila ada ruang aku jarang berdakwah kepada mereka yang perlu. Semoga insiden pagi hari menjadi iktibar kepada aku bahawa jangan sekali-kali kita melupakan tanggungjawab kita kepada orang lain. Aku tidak mahu menjadi orang yang syok sendiri bila bercakap bab islam dan dalam jangka waktu yang sama non muslim masih tertanya-tanya tentang kebaikan islam. Aku juga tidak mahu menjadi insan yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak nampak
Thursday, October 01, 2009
Bantulah Saudara kita
Sekurang-kurangnya bila berada dihadapan Allah kita tidak tergagap-gagap memberi alasan yang tak mungkin mampu kita lakukan pada hari yang dijanjikan. Cuba bayangkan Malaysia yang dikatakan bebas dari bencana ini di uji Allah. Apa yang kita harapkan ialah pertolongan saudara seagama kita. Mari kita membantu mereka. barilah saluran yang benar-benar boleh dipercayai. Setiap RM yang kita keluarkan akan menenangkan jiwa kita.