Teman-teman

Thursday, October 29, 2009

Astaghfirullah Ramainya

Jalan pintas. Setiap orang pasti mencarinya bila diperlukan. Seperti biasa bila pulang dari kerja jalan inilah yang menjadi kegemaranku sebab ia merupakan jalan pintas. Isteriku merupakan guruku yang menunjukkan jalan pintas ini. Katanya dia selalu menggunakan jalan ini bila pulang dari berniaga. Penduduk kampung juga tidak terlepas dari menggunakan jalan ini. Lama kelamaan jalan ini menjadi sebati dalam hidupku. Padaku walaupun pernah bertembung dengan makhluk lain ia tidaklah begitu terkesan sebab mereka tidak mengganggu manusia. Mereka hanya melintasi kawasn itu. Jika yang ternampak itu dikatakan nasib la. Namun insiden yang berlaku baru-baru ini selepas tamat perayaan hari Deepavali tidak dapat aku lupakan,

Jam ditangan menunjukkan pukul 12 tengahmalam. Aku melalui jalan ini ketika pulang dari mesyuarat. Terdapat rumah teres yang begitu hampir diantara satu sama lain. Boleh dikatakan ia banyak dihuni oleh keluarga india. Bau setanggi yang amat kuat menusuk hidungku. Ia bukanlah setanggi syurga nyanyian kumpulan nasyid Inteam tetapi ia adalah setanggi yang digunakan untuk tujuan sembahyang. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada kuil diluar rumah. Terdapat beberapa buah rumah orang melayu dan sebuah rumah kosong yang sedang dipantau oleh isteriku untuk membelinya.

Kelihatan asap setanggi memenuhi ruang setiap rumah. Didalam asap itulah kelihatan begitu banyaknya makhluk yang mencucuk mulut seperti gambar diatas berjalan berlegar-legar dalam kawasan perumahan itu. Aku tersentak melihat ini. Namun aku memberanikan diriku melalui jalan ini. Rupa mereka begitu hodoh. Darah memenuhi muka mereka. Sampai dirumah aku membaca ayat suci Al-quran bermohon kepada Allah agar mereka tidak mengekoriku. Aku menceritakan peristiwa ini kepada isteriku. Bermula hari itu dia tidak pernah lagi melalui kawasan itu dan tidak lagi berminat dengan rumah kosong yang ditinggalkan.

Isteriku tidak boleh melihat jikalau aku terlalu memerhati akan sesuatu tanpa berkedip mata.
" Bang nampak apa. Ada ka benda tu ". Aku hanya mengangguk kepala. Aku tidak mahu menceritakan apa yang aku lihat walaupun siang atau malam. Memang susah untuk orang mempercayainya. Anak saudara isteriku juga dapat melihat benda yang orang lain tak dapat melihatnya. Dia tidak berani ke hospital sebab katanya terlalu banyak benda itu disana. Baru ni dia talipon isteriku katanya dia melihat ada seorang wanita berambut panjang sedang berdiri diluar rumah mereka. Isteriku mengajak aku kesana dan ternyata betul. Bukan saja ddalam rumah tetapi diatas pokok mangga juga kelihatan. Aku yang sedang taip waktu malam ini pun terasa seram.

Rumah kakak iparku berada diatas bukit. Baru-baru ini ada aku ceritakan tentang kejadian kecurian dirumah kakak iparku. Aku masih ingat ketika seorang lelaki berkata,
" Ala jangan takut dengan makhluk halus. Bila kita lihat baca saja ayat Al-quran. Pasti lari lintang pukang ". Padaku aku tidak mahu bercakap besar sebab bila dia sudah berada didepan kita barulah kita tahu dimana kehebatan kita dan aku begitu takut bila berhadapan dengannya. Teringat aku dengan arwah sepupuku. Kalau orang meminta dia mengubat dia suruh cari orang lain yang hebat. Kalau tak jumpa barulah cari dia.

Pernah suatu ketika seorang gangter cina tersekat tulang ikan. Selepas mencari barulah berjumpa dengan sepupuku. Dia berkata bahawa dia akan menepuk dahi cina itu dan akan terasa sakit. Bila dibaca ayat Al-quran terus ditepuk dengan kuat dahi cina itu. Terdengar tepukan itu begitu kuat. Risau juga aku kalau tidak berhasil. Dilengan para gangster kelihatan begitu banyak tatu. Akhirnya tulang ikan terkeluar juga. Bukan main seronok gangter cina tu. diberinya sepupuku wang yang begitu banyak tetapi sepupuku menolak atas alasan katanya,
" Wa guna itu ayat tuhan ala saja. Wa tak bole ambil duit ".

Selepas kematian sepupuku, pernah aku berjumpa dengan gangter cina yang sepupuku ubati. Mereka ingat aku akan meneruskan ilmu pengubatan sepupuku tetapi aku berkata yang aku tidak ada ilmu itu. Terlalu banyak dugaan bagi mereka yang mengamalkan ilmu pengubatan. Setiap hari pasti dijemput. Bukan saja di dalam Pulau Pinang tetapi juga diluar kawasan. Aku tidak sanggup dan itulah kelemahanku. Kata sepukuku
" Budiman, hang ni dok ikut saja aku. Sekali sekala hang mengubat sama la ".
" Saya tak yakin dengan diri saya bang ".
" Awat hang nak tunggu sampai keluarga hang kena baru nak mengubat ". Marah dia.

Kini aku menyesal sebab aku tak suka pergaduhan dan akhirnya isteriku sendiri yang kena. Ia benar-benar membuat hati aku terluka seperti mahu membalas dendam. Mahu saja aku menggunakan apa yang aku pelajari untuk menghentam kembali mereka yang membunuh isteriku. Tetapi agamalah yang menghalang aku dari meneruskan niat burukku. Benarkah tindakkanku ini. Isteriku meninggal dan aku masih berdiam diri selama 10 bulan. Hanya Allah saja yang tahu apa yang terjadi.

2 comments:

spy said...

Bila dah selalu dok boleh jumpa ini bermakna WN boleh berinteraksi dgn makluk halus tu.Jadi saranan saya pada WN kena buat/ beri kata dua pada golongan mereka.

Dah bertahun-tahun berkenalan dgn mereka saya rasa takut takla macam kami yg tak pernah tengok benda tu.

Saya yakin WN boleh!.boleh..boleh..

Mula-mula test power bang...kata mcm ni.."dlm tempoh sebulan kalau aku jumpa sapa-sapa daripada geng hampa siap aku pasti hancurkan hangpa"..kan WN ada ayat-ayat yg boleh menghancurkan mereka.Test tengok..

Pada dok biar mereka dok timbul tenggelam dlm hidup kita..selamat mencuba

Ariff Budiman said...

spy..Terima kasih spy yang tak pernah jemu komen.Ayat spy power juga no.WN boleh cuba.WN belum pernah bersemuka dengan mereka. Tengok gitu-gitu saja. Bila dibaca ayat quran terus hilang. Bukan senang nak berdepan dengan depa. Ketaq lutut juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...