Teman-teman

Tuesday, June 29, 2010

Inilah Bijih Besi

Aku masih ingat ketika membawa arwah isteriku berubat diserata tempat. Ada yang minta bijh besi atau tahi besi. Lantas aku teringat akan bersebelahan tempat kerjaku ada kilang besi. Pernah aku melihat lori membawa keluar bijih besi untuk dibawa entah kemana. besi yang masih lagi kemerahan dituang jentolak keatas lori. Bila time nak guna kilang itu ditutup sementara waktu untuk renovation. Hasrat untuk mendapat bijih besi terpadam begitu saja. Dikatakan bahawa bijih besi dapat memasung iblis agar tidak terus mendiami dalam tubuh manusia. Aku diminta mencarinya sebab ruang dalam badan isteriku telah terbuka luas dan menyebabkan makhluk halus keluar masuk macam highway. Selain ayat suci Al-Quran, bijih besi juga dapat melemah mereka. Setelah kematian isteriku, seorang rakanku membawa aku serta anak-anak ke Parit Buntar untuk melihat samada aku dan anak-anak telah disantau. Alhamdulillah setelah dilihat tapak tangan kami, kami bebas dari santau. Kemudian tok bomoh bertanya samada aku pernah melihat bijih besi. Dia amat memerlukannya untuk tujuan pengubatan. Ketika aku kekilang itu lagi sudah tidak kelihatan bijih besi lagi.


Bijh besi macam ketul batu tetapi ringan. Juga dikenali sebagai tahi besi

Pagi entah aku bertugas semula ditempat lama. ketika dalam perjalanan aku terlihat begitu banyak ketulan bijih besi jatuh diatas jalan berdekatan dengan kilang besi. Aku terus mengambilnya lalu aku masukkan kedalam beg plastik. Tujuanku adalah untuk membantu jikalau ada sesiapa yang mencari bijih besi untuk tujuan perubatan. Ia bewarna hitam semacam ketul batu tetapi ia ringan. orang tua dulu ketika membuat senjata ada dimasukkan juga bijih besi dengan tujuan untuk melemahkan mereka yang mempunyai kekebalan. itu dari cerita orang dahulu kala yang diceritakan sampai kepada aku. Betul atau tidak hanya Allah saja yang berkuasa mengetahuinya. jadi pembaca sekelian kalau ada yang memerlukannya bagi tahulah. insyaallah sebab aku bukan along tetapi aku nak Tolong.

7 comments:

kapten said...

tersenyum bila sampai kat ayat nie "aku bukan along tetapi aku nak Tolong"

Ariff Budiman said...

Kapten..He He sekali sekala keluar ayat

hentian said...

kalau gitu lebih baik jadi tahi besi dari jadi tahi minyak..he..he..

masa kecil dulu IM selalu mendulang bijih timah. tahi bijih timah namanya amang...

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..masa kecil juga saya suka cari serpihan bijih timah belakang kilang kertas untuk dibuat ladung sendiri

Bearcat said...

La....kami pun ada benda ni 2 tongkoi...bukan nak buat apa pun. Orang bagi kami simpan dalam laci.
Percaya kat Allah dahla...bijih besi ni buat baling anjing yang suka makan kucing kat rumah lagi baguih.

Unknown said...

mr..aku dari indonesia, butuh tahi besi kiranya bisa beri petunjuk

Unknown said...

Salam tuan..Masih ada lagy ka bijih besi ni...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...