Teman-teman

Tuesday, November 16, 2010

Sabar Menempuh Ujian

Aku mendapat berita yang standby aku telah tamat. Sudah berapa bulan aku bekerja tidak kira waktu sehingga lupa hari apa. Ketika dalam perjalanan pulang kerumah kakak aku menalipon mengatakan yang kakak sulong kami telah dimasukkan kedalam CCU. Selepas solat maghrib aku dan isteri serta anak gadisku bergegas ke hospital.Inilah orang yang membesarkan aku serta adik-adik yang lain. Tidak menang tangannya menyuap nasi kemulut kami. Aku masih ingat kami berebut-rebut minta disuapkan seperti anak burung yang kelaparan. Kini setelah aku melihatnya kaku tidak bermaya hati aku terlalu sebak. Didepannya semalam aku berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Biarlah kakakku pulih seperti biasa.

Anak kakak aku seorang lagi telah disahkan mengalami demam denggi. Hari ini akan dimasukkan ke hospital. Abang iparku masih lagi dalam keadaan koma di hospital besar Taiping. Baru-beru ini isterinya menalipon isteriku. Menangis dia menceritakan perihal jirannya yang datang melawat. Jirannya menyuruh isteri abang iparku memegang tangan dan memanggil nama sedang doktor melarang berbuat demikian. " Panggil nama dia. Mungkin ini merupakan yang terakhir. Tengok muka dia. Dah hitam. Tak ada harapan lagi ni ". Kata jirannya yang melawat.

Memang tidak mempunyai akal orang sebegini rupa. Tiada langsung akhlak dan adap ketika menziarah orang sakit. Kalaulah isterinya begitu bagaimana perasaan jika dikatakan tiada harapan. Aku dan keluarga berdoa agar Allah permudahkan segalanya.

2 comments:

hentian said...

IM doakan kebaikan buat semua. maafkan IM kerana lansung tidak ziarah...

Bearcat said...

Terima kasih Paknjang.
Memang ramai orang yang tak ada otak ketika melawat orang sakit dan orang yang dah meninggal.
Mulut ikut sedap saja cakap tanpa mengambil kira perasaan orang yang sedang bersedih kematian insan tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...